Aku Budak Balun |
- Universiti Antarabangsa UMNO?
- Turun Demo esok! Himpun boleh Blah!
- Cirit-Birit UMNO di UIA?
- Berhimpun Untuk Selamatkan Akidah? Wakakaka!
Posted: 20 Oct 2011 07:30 AM PDT "Saya bimbang ada kepentingan konflik dalam tindakan terhadap Prof Aziz," kata beliau sambil menambah, Malaysia hanya mencampak diri ke zaman kegelapan Katolik yang membakar tokoh-tokoh akademik protestan atas tuduhan derhaka kepada istana dan heresy kepada agama."" - Dr Maza no komen daripada budakbalun! terkedu dengan ayat-ayat hebat Dr. Maza neh! budakbalun 20102011 Gantung Aziz Bari tindakan UIA paling tidak tamadun, kata Dr Asri"Saya membaca berita penggantungan Prof Dr Aziz Bari. Bagi saya itu adalah satu tindakan yang paling tidak bertamadun dalam dunia akademik. "Ternyata perlantikan 'kepimpinan baru di UIA' itu tidak melambang ketokohan akademik, tetapi lebih kepada nilai-nilai politik," kata beliau (gambar) dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Bekas penuntut UIA berkata, kepimpinan pusat pengajian tinggi itu sekarang tidak di bawah orang yang terbilang dari segi pemikiran dan dunia ilmu, sebaliknya orang yang berpotensi melakukan tindakan yang melambangkan kejumudan fikiran yang bertentangan dengan norma dunia akademik. Tambah beliau, tindakan ke atas Aziz merupakan "sesuatu yang amat memalukan dunia akademik kita." "Tindakan ini tiada asas ilmu sama sekali sebab dalam dunia ilmu setiap orang berhak berbicara atas asas fakta dan ijtihad. Tindakan ini adalah tindakan mengampu," kata beliau lagi. Asri yang juga tenaga akademik Universiti Sains Malaysia menambah, "setahu saya rektor UIA sekarang merupakan ahli MAIS (Majlis Agama Islam Selangor)." "Saya bimbang ada kepentingan konflik dalam tindakan terhadap Prof Aziz," kata beliau sambil menambah, Malaysia hanya mencampak diri ke zaman kegelapan Katolik yang membakar tokoh-tokoh akademik protestan atas tuduhan derhaka kepada istana dan heresy kepada agama." - Minsider |
Turun Demo esok! Himpun boleh Blah! Posted: 20 Oct 2011 06:38 AM PDT Haaa.. Kalau nak tau beza 2 aktiviti ni.. Ni lah dia.. Satu Demo untuk keadilan buat Aziz Bari.. Satu lagi Himpun untuk tunjuk handal oleh UMNO.. Demo esok untuk bagitau UIA yang jangan jadi cirit-birit UMNO.. Yang satu lagi UMNO nak tunjuk juara dalam isu murtad walhal dialah perosak akidah nombor wahid! So, kepada kawan-kawan semua.. Jangan lupa hadirkan diri esok! Tambahan yang duk sekitar Gombak dan student yang tak perlu sambung kerja lepas solat Jumaat! Kalau student pun tak berani turun, baik buang aje degree yang korang dapat sok! wakakakak! budakbalun 20102011 Mobilisasi besar untuk demo sokong Aziz Bari esok Kumpulan mahasiswa akan menggerakkan golongan itu secara besar-besaran daripada seluruh kampus di Lembah Klang untuk berdemonstrasi terhadap Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah. Pengerusi NGO Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Syukri Abd Razab berkata, dijangkakan hampir 1,500 mahasiswa dan anak muda akan hadir bagi "mempertahankan kebebasan akademik". "Solidariti Mahasiswa Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan Universiti Islam Antarabangsa menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari. "Tindakan UIA adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana membelakangkan prinsip 'kebebasan akademik'," kata Syukri (kiri). Perhimpunan itu dijadual berlangsung di masjid kampus di Gombak selepas solat Jumaat.-Mkini |
Posted: 20 Oct 2011 01:30 AM PDT Berfikir... Itulah fikrah manusia.. Sejak lahir sampai lah mati.. Manusia akan sentiasa berfikir... Anak teman.. Dah umur 8 bulan.. Makin hari makin cerdik dan pandai.. hasil dia sentiasa berfikir... dan berani mencuba.. Berjendul gak dahi terhantuk dengan meja.. dengan kerusi.. teman biorkan.. jangan teruk sangat udah! Apa hak teman untuk halang dia berfikir dan mencuba.. Itu budak kecik.. itu bayi.. Ini Profesor! Ini Doktor! yang ada tesis sendiri.. yang sangat memahami bidangnya! Manakan mungkin manusia sebijak ini mahu menipu dalam percakapan? Tambahan pula dia bercakap dalam bidang kepakarannya? Buat Aziz Bari.. Teruskan bercakap perihal bidang kepakaranmu.. Juak-juak.. Cirit-birit UMNO ini memang senantiasa meleleh-leleh busuk lagi membusukkan.. Biarlah sebersihnya mana ucapanmu.. tetap akan dipaksa kotor oleh mereka! buat rakyat Malaysia.. masih mahukah kalian menyokong cirit-birit UMNO ini? budakbalun 20102011 UIA gantung tugas pakar perlembagaan Aziz Bari Bukan sahaja diberi surat tunjuk sebab, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga menggantung tugas pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah undang-undang universiti itu. Malaysiakini difahamkan, perkara itu turut terkandung dalam notis yang dikeluarkan padanya daripada unit undang-undang UIA. Pensyarah paling kanan di fakulti undang-undang itu digantung bergaji sehingga notis selanjutnya dikeluarkan. Selain itu, difahamkan Aziz juga tidak dibenarkan memasuki pejabatnya di kampus Gombak ekoran kad aksesnya harus dipulangkan kepada pentadbiran universiti. Difahamkan penggantungannya itu akan menjejaskan lebih 100 pelajarnya daripada daripada peringkat sarjana muda hingga ke doktor falsafah (PhD). Aziz berkhidmat dengan UIA sejak 22 tahun lalu. - mkini |
Berhimpun Untuk Selamatkan Akidah? Wakakaka! Posted: 19 Oct 2011 06:53 PM PDT Keliru lagi mengelirukan! Nak selamatkan akidah.. buat perhimpunan! Nak selamatkan agama... buat perhimpunan? Nak selamatkan mereka yang murtad... buat perhimpunan? Nak lawan agenda memurtadkan umat Islam.. buat perhimpunan! Tapi dalam masa yang sama.. Usaha dakwah dimasjid surau disekat-sekat... Nak nasihatkan orang Islam kena ada tauliah.. Nak ajak orang Islam buat baik kena ada kelulusan JAIS/MAIS saknikabenda! Ada orang yang dulunya lagho.. La ni dah jadi baik dan nasihatkan orang lain buat baik sekali.. kena tangkap! Silap-silap nanti kena denda dan penjara! Konsert hiburan yang jelas merosakkan akidah seperti SUARA KAMI tu pulak.. usahkan dihalang malah Najib dan Rosmah pun tumpang semangkuk! Najib siap jerit "Inilah generasi baru Malaysia!!!" laagii!! Itu tak pulak ditangkap? Itu tak pulak perlukan tauliah? Itu tak perlu pulak kena ada kelulusan JAIS/MAIS/JAWI/JAKIM saknikabenda?? Sudah-sudahlah kelirukan Umat Islam.. Sudah-sudahlah menggunakan Islam untuk selamatkan diri yang jelas tak sokong Islam! Kalau dah UMNO sendiri tolak hudud.. Apa yang nak dharapkan lagi dengan UMNO untuk pertahankan akidah Umat Islam? Ghyyyuuuuubbbb lah jawabnya!!! Kompom! Teman tak turun Himpunan ni.. Layan siri Kuliah Syeikh Nuruddin Al- Banjari di Masjid Assalam Bukit Sentosa 10000x bagus lahhh!!! budakbalun 20102011 HIMPUN: Umno S'gor mahu hadir, PAS tak ikut serta emuda Umno Selangor akan mengambil bahagian dalam Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) Sabtu itu atas dasar perjuangan Islam dan bangsa Melayu, kata ketuanya, Engku Salleh Engku Jamal. "... Siapa yang menganjurkannya tidak penting kerana yang paling utama adalah perjuangan Islam dan pertahankan akidah umat lslam di negara ini," katanya dalam laporan akhbar Sinar Harian hari ini. Laporan itu memetik Engku Salleh berkata dianggarkan lebih 2,000 Pemuda Umno Selangor akan turut serta dalam perhimpunan itu.-mkini PERKASA tetap sertai HIMPUN walau tak berucap Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata beliau tiada masalah dengan penganjur Perhimpunan Sejuta Umat yang tidak mahu beliau berucap dalam perhimpunan 22 Oktober. "Kita pun tak berminat (berucap)," katanya lagi ketika ditemui di bangunan parlimen hari ini. Jelasnya, penglibatan beliau dalam perhimpunan itu hanyalah dalam soal memberikan ucapan. "(Penganjur) nafikan (penglibatan) sebab ada khabar angin kata saya dan (ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk) Zulkifli Noordin berucap.-mkini Mujahid: Ada sesuatu tidak kena dengan HIMPUN Ahli parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa berpendapat ada sesuatu yang tidak kena pada Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) di Shah Alam pada Sabtu ini. Katanya, walaupun tujuan murni perhimpunan yang bertemakan memelihara aqidah umat Islam itu adalah sesuatu yang wajar namun, beliau berhak untuk berasa bimbang perhimpunan akan lari dari hasrat murni penganjur. "Saya berasa ada sesuatu yang tidak kena pada perhimpunan ini bukan kerana usaha mengumpulkan sejuta umat tetapi persolannya ialah sifatnya yang mungkin mengancam usaha-usaha keharmonian hubungan antara agama di negara ini," katanya yang juga Pengerusi Dialog Antara Agama Rantau Asia Tenggara dipetik oleh Harakahdaily.-mkini MB: K'jaan S'gor tak campur HIMPUN Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri tidak akan mencampuri Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang akan diadakan di Shah Alam Sabtu ini. "Ini (program) NGO. Kerajaan negeri tidak campur dalam hal ini. Ini NGO," katanya. Beliau bagaimanapun tidak menjawab secara langsung sama ada beliau menyokongnya atau tidak, ketika ditanya pemberita.-mkini Anwar: PKR tak sertai Himpunan Sejuta Umat PKR tidak akan menyertai Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) Sabtu ini di Stadium Shah Alam, Selangor. Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata keputusan itu dibuat selepas mengadakan mesyuarat semalam dan semua anggota pembangkang sebulat suara mendapati ia tidak akan memberi hasil yang positif kepada parti tersebut. "PKR bimbang penyertaannya dalam Himpun kelak akan dipergunakan dan diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya daripada beberapa parti politik arus perdana," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.-mkini |
You are subscribed to email updates from Aku Budak Balun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan