A Mum Of Three Mohd |
Posted: 05 Oct 2011 06:51 AM PDT Hampehhh!! Oooo.... sebab itu rumah VIP, korang lencong. Tapi.... cer kalau rumah rakyat marhaen, habis korang sondol. Malaysia Boleh!! Spad Boleh!! Ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini mempersoalkan sikap dwi-standard Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) dalam pelarasan semula terowong Mass Rapid Transit (MRT) Lembah Kelang berhampiran jajaran Damansara bagi mengelakkan rumah seorang kenamaan menjadi laluan projek berkenaan. Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mendedahkan perkara itu pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini. Dakwanya, rumah mewah kepunyaan orang kenamaan berkenaan, mengikut pelan projek asal, berada di laluan projek MRT itu tetapi secara misteri telah "diselamatkan". "Plan asal jelas menunjukkan sebuah terowong akan melalui di bawah banglo VIP... Bagaimanapun atas alasan yang hanya diketahui oleh pihak berkuasa, kerja-kerja di tapak asal telah dihentikan dan portal terowong dilencongkan," katanya. Pua berkata hartanah lain yang juga sepatutnya diambil-alih oleh Spad kerana terowong MRT itu akan melalui di bawah bangunan di Jalan Bukit Bintang, Taman Tun Dr Ismail dan kawasan warisan Jalan Sultan. -Mkini |
Posted: 04 Oct 2011 11:56 PM PDT Muda lawannya tua. Ya... hari tua kita pasti akan tiba jua, jika dizinkan Allah SWT. Tapi.... bagaimanakah nanti hari tua kita?? Apakah kita akan dikecewakan dan dipersiakan oleh darah daging kita sendiri atau sebaliknya?? Nauzubillah... Atau... apakah kita akan terus berbahagia di samping anak-anak tersayang. Itulah harapan setiap insan bergelar ayah dan ibu. Kita hidup di dunia yang fana ini, ada amanah dan tanggung jawab yang wajib dipikul. Oleh itu, anak-anak semua, hayatilah klip video ini dan renung-renungkanlah. |
Bala 1Malaysia di mana-mana weh.. Posted: 04 Oct 2011 07:05 PM PDT Gambar ini aku ambik daripada blog Pulakdah. Di bawah ini pulak ialah berita tentang gambar di atas. MOGADISHU, 4 Okt -- Gambar empat tentera misi pengaman Kesatuan Afrika di Somalia (AMISOM) yang bertanggungjawab melepaskan tembakan yang menyebabkan kematian jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor yang diemailkan oleh Agensi Keselamatan Somalia kepada BERNAMA di sini, hari ini. Kelihatan mereka berjalan tanpa membawa senjata yang turut dikawal tentera lain ke suatu tempat yang tidak disebut. Laporan media sebelum ini menyebut mereka merupakan tentera Burundi yang bertugas dalam AMISOM.. Berdasarkan laporan polis Somalia, pihak AMISOM telah menjalankan penyiasatan dalaman dan mendapati bahawa keempat-empat yang dituduh itu didapati bersalah melepaskan tembakan ke atas Allahyarham Noramfaizul. Pada Isnin lepas, AMISOM telah memohon maaf diatas kejadian yang telah menimpa jurukamera Bernama TV itu dan melucutkan mereka yang terlibat daripada menjalankan tugas pasukan pengaman dan akan dihantar pulang ke Burundi untuk dibicarakan. Noramfaizul, 39, terkorban setelah terkena tembakan ketika dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan menaiki pacuan empat roda semasa menyertai misi bantuan kemanusiaan anjuran Kelab Putra 1Malaysia di Mogadishu, Somalia pada 3 Sept lepas. Kejadian itu turut mencederakan jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan. Cer kita fikir dengan rasional tanpa ada rasa emosi marah atau tanpa prejudis.... apakah boleh kita nak persalahkan tentera AMISOM seratus peratus kerana kematian Noramfaizul?? Yes.... mereka yang menembak. Yes peluru mereka yang mengakibatkan kematian Noramfaizul tapi bolehkan kesalahan itu bulat-bulat disandarkan ke bahu mereka?? Well... dalam keadaan perang yang menggiler, macam-macam boleh terjadi. Kekeliruan pasti berlaku. Aku setuju dengan pandangan sesetengah pihak bahawa kekeliruan timbul disebabkan bendera. Aha... bendera Malaysia dan bendera USA bukan ke ada banyak persamaan. So.... dalam suasana tak menentu seperti di zon perang, kekeliruan pasti berlaku. Kesannya.... nyawa Noramfaizul melayang. Tapi... kalau dah tahu itu zon peperangan dan bahaya, mengapa pergi juga tanpa sebarang persediaan untuk meminimakan risiko kena serang atau kena tembak. Takkan bodoh sangat..... tak tau yang zon perang ialah kawasan berisiko tinggi untuk kena attack. Jangan ingat, hanya kerana mereka pergi ke sana atas misi kemanusiaan, semuanya akan selamat dan takkan kena serang. Ini sebenarnya kes terlalu over-confident. Kesalahan Kelab Putra 1Malaysia UMNO yang dikepalai di Azeez.... entah apa ke namanya, adalah kerana mereka take things for granted. Sikap ambik mudah mereka telah membawa padah!! Si bangang tu, bukan Melayu tulen. Sebab tu..... dia tak paham perihabaha Melayu iaitu 'Malang tak Berbau'. Dia main redah jer kerana gilakan publisiti. Sebab tu.... Kelab Putra 1Malaysia UMNO, tak boleh nak 'cuci tangan' daripada peristiwa malang ini. Mereka juga harus memikul tanggung jawab atas kematian Noramfaizul. Azeez.... Azeez... Orang macam ni kita nak pilih jadi pemimpin?? Orang bangang yang membelakangkan keselamatan 'anak buah'nya dan yang hanya mementingkan diri, mengejar publisiti untuk boost-kan karier politiknya, memang tidak layak dipilih sebagai pemimpin. Sah... this fella is not a true leader but a selfish.... a hypocrite and a useless opportunis. Wel... well.... Nampak gayanyer, setelah berlakunya peristiwa ini, nama Azeez tidak akan tersenarai dalam senarai calon UMNO bagi PRU13 nanti. Dia kini boleh dikategorikan sebagai BUKAN CALON WINNABLE. Kesian.... Dia kini sudah menjadi liabiliti kepada UMNO. Kalau bertanding juga dalam PRU13 nanti, SURE KIOK PUNYER!! Akhir kata.... al Fatihah buat saudara kita Allahyarham Noramfaizul dan takziah sekali lagi buat keluarganya. |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan