Aku Budak Balun |
- Apabila Kakak Dalam Islam pun Jahil...
- Apabila Soalan Ditanya Bukan Pada Ahlinya!
- Politik Peha Putih Gebu? Pencacai Sukaaa!
Apabila Kakak Dalam Islam pun Jahil... Posted: 05 Oct 2011 05:50 AM PDT hmmm.. Kena ada usaha yang kuat untuk men'cerah'kan pemahaman NGO SIS ni.. Sebab kian lama kian jelas ke'gelap'annya.. Selalu sangat bersetentang dengan Al-Quran puak-puak neh! Yang herannya... Jelas.. pada fikiran mereka Hudud ini adalah Undang-undang bercorak hukuman! Walhal Hudud ini sebenarnya adalah sangat-sangat ke arah mencegah! Bukankah mencegah lebih baik daripada mengubat? pada teman.. bior kita kena hukum 1, 100 yang kemudiannya selamat dari melakukan kesalahan sebab insaf melihat hukuman yang kena kat 1 tadi! daripada la ni.. yang mati kena hukum gantung kat penjara tu pun yang tau 5-6 orang je.. tau-tau mayat je keluar dari penjara untuk dikebumi dek waris! Yang kena sebat lagi haru! Silap-silap ahli keluarga dia sendiri tak tahu yang dia kena sebat! berapa kerat je yang insaf? Wallahua'lam... budakbalun 05102011 Sisters in Islam tegas bantah hudud, dakwa tidak adil kepada wanitaPengarah Eksekutif SIS Ratna Osman berkata, pihaknya kekal dengan pendirian yang diputuskan sejak 1993 itu - pada tahun kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS meluluskan enakmen bagi menguatkuasakan perundangan itu. Terengganu membawa enakmen yang sama 10 tahun kemudian. Bagaimanapun pelaksanaan terbantut ekoran sekatan pusat atas alasan kedudukan Perlembagaan Persekutuan. Kata beliau, SIS menentang perundangan itu kerana ia akan menafikan hak kaum wanita selain bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan melanggar jaminan berperlembagaan yang diperuntukkan. |
Apabila Soalan Ditanya Bukan Pada Ahlinya! Posted: 05 Oct 2011 02:24 AM PDT Sikit-sikit tanya pendapat artis.. Sikit-sikit tanya pendapat artis! Sejarah negara tanya artis... Hari merdeka tanya artis.. Isu kebuluran somalia tanya artis.. Isu Paletin tanya artis... Isu maksiat tanya artis.. Itu tanah runtuh tanya artis.. Terbaru.. isu hudud tanya artis?? aduhhh!!! Ulama' habis kena 'gam'.. aduhhh!! budakbalun 05102011 |
Politik Peha Putih Gebu? Pencacai Sukaaa! Posted: 04 Oct 2011 06:52 PM PDT Wakakakaka!! Ni patutnya Pemuda MCA jemput sekali Zahid Hamidi.. Maklumlah.. Masa kat Perak hari tu ok aje kannn? MCA ni dah hilang arah 100%.. Dan melainkan cara menipu, teman tak nampak langsung tanda-tanda MCA ni akan pulih di PRU akan datang... Jauh benor bezanya dengan DAP mahupun Gerakan.. errr.. Gerakan?? ada lagi ke parti ni? Buat UMNO.. Syabas atas tunjuk ajar yang diberikan kepada MCA! wakakakakaka! budakbalun 05102011 Jelitawan MCA: Benar atau sekadar opera Cina? Kehadiran tujuh jelitawan muda pada Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda MCA pada Sabtu lalu, cukup mencuri tumpuan para perwakilan dan sesetengah media memilih menyiarkan gambar mereka di halaman utama di akhbar mereka pada keesokan harinya. Setelah diberikan isyarat, tujuh jelitawan itu mendahului kumpulan wanita MCA memasuki dewan di Wisma MCA itu dan mengambil tempat dududuk yang disediakan khas. Mereka juga sempat memberikan senyuman kepada jurugambar yang sibuk merakamkan kejelitawan mereka. Tindakan itu adalah sebahagian daripada permulaan simbolik kepada Pemuda MCA yang bakal membuka pintunya kepada ahli-ahli wanita mulai tahun depan. Walaupun jelitawan itu cukup selesa mengukirkan senyuman di hadapan kamera, namun kegagalan pihak penganjur mengaturkan sesi wawancara denagn wartawan menimbulkan persoalan sama ada ini satu sandiwara ataupun opera Cina.- Mkini |
You are subscribed to email updates from Aku Budak Balun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan