Anak Sungai Derhaka |
- Aku Sokong PERKASA!!
- E-Mail '1Malaysia' Sasaran 5Juta pelanggan.. tapi..
- Hanya seorang? Kenyataan Media oleh KS/U KDN membuktikan Hishamuddin BOHONG!
- Isa Samad lantik dirinya sebagai Pengerusi Permodalan Felda Berhad
- Risalah cincin Rosmah akan diedar.
- Muhyiddin akui Zainal Kling Bohong?
- Zambry anggap tiada kawasan 'hitam' di Perak
- Najib akan umumkan penurunan harga minyak dalam budget 2012?
- Scandal Scorpone : Nama Najib timbul lagi...
Posted: 05 Oct 2011 08:53 AM PDT Aku sokong dalam isu pembelian 30 peratus ekuiti syarikat Eastern & Oriental Berhad (E&O) bernilai RM776 juta oleh Sime Darby Berhad (Sime Darby) ini sajalah.. KUALA LUMPUR: Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mengemukakan aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu pembelian 30 peratus ekuiti syarikat Eastern & Oriental Berhad (E&O) bernilai RM776 juta oleh Sime Darby Berhad (Sime Darby). Laporan itu dibuat oleh Ketua Penerangan Perkasa Ruslan Kasim di Bangunan SPRM Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane di sini petang tadi. Bercakap kepada pemberita, Ruslan berkata siasatan terperinci perlu dibuat jika wujudnya krisis kepentingan, penyelewengan dan salah laku penjawat awam ke atas transaksi dagang dan pembelian saham terbabit yang berharga RM2.30 seunit. Ruslan berkata, transaksi berprofil tinggi dalam jangka masa singkat menunjukkan timbulnya keraguan tentang peranan yang dimainkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC) Tan Sri Zarinah Anwar dalam transaksi yang melibatkan suaminya sendiri yang juga Pengerusi Bukan Eksekutif E&O Datuk Azizan Abdul Rahman. 'Insider trading' Beliau mendakwa wujud aktiviti dagangan dalaman (insider trading) memandangkan beberapa pengarah E&O termasuk Datuk Azizan didapati telah membeli saham syarikat tersebut sebelum diumumkan pembelian 30 peratus oleh Sime Darby. "Walaupun Zarinah terpaksa mengumumkan beliau tidak campur tangan dalam siasatan berkaitan dengan urusan tersebut, tetapi apakah tiada kemungkinan imej dan pengaruh yang dimilikinya sebagai Pegerusi SC dapat pula mempengaruhi sebarang tindakan dan keputusan sepanjang siasatan dilakukan. "Kenapa dalam keadaan baru lepas menanggung kerugian berbilion ringgit, Sime Darby sanggup membayar sehingga 60 peratus lebih dari harga pasaran E&O?," soal Ruslan selain turut membangkit persoalan penglibatan individu yang menjadi dalang dalam permainan transaksi ini. Sehubungan itu, beliau mendesak SPRM bertindak dengan segera menyiasat isu ini tanpa pilih bulu sama ianya melibatkan 'ikan paus' atau 'ikan bilis' dan mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan jika terbukti wujudnya salah guna kuasa. Siasatan ini amat diperlukan sekaligus bagi melindungi dan menjamin ketelusan, kewibawaan dan integriti sebuah badan pengawas selia kewangan sektor awam berprofil tinggi seperti SC, katanya. Isu membabitkan Azizan timbul selepas beliau didakwa telah membeli kira-kira 450,000 saham syarikat hartanah daripada pasaran terbuka membabitkan lima transaksi berasingan sejak April dan Ogos tahun ini. Tiga daripada transaksi dibuat antara Julai dan Ogos dan transaksi terakhir membabitkan pembelian 100,000 saham pada 12 Ogos lalu. Penguasaan itu menjadikan Sime Darby sebagai pemegang saham terbesar dalam syarikat hartanah yang memiliki Hotel E&O di Pulau Pinang. Sementara itu, SC yang diketuai dua pegawai kanannya Datuk Francis Tan dan Datuk Gumuri Hussain telah mula melakukan siasatan menyemak transaksi saham E&O-Sime Darby sejak bulan lalu, manakala Zarinah terpaksa menarik diri dalam siasatan itu. Free Malaysia Today |
E-Mail '1Malaysia' Sasaran 5Juta pelanggan.. tapi.. Posted: 05 Oct 2011 07:51 AM PDT Ini adalah Projek Bodoh Barisan Nasional.. Sasaran PEMANDU (Unit Perabih Boreh)ialah 5,400,000 orang tapi dari tarikh ianya dilancarkan iaitu 14 September lalu hingga sekarang hanya 3000 yang menjadi pelanggan.. Cadangan aku buat Tricubes Berhad.. korang kerah lah seluruh Ahli UMNO yang dikatakan berjumlah 3Juta orang itu untuk menjadi pelanggan.. Takkan depa tak mahu sokong Projek Bodoh Kerajaan Barisan Nasional ni kot??? Aku kata Projek Bodoh kerana bodohlah sesiapa yang nak bayar bagi benda yang boleh diperolehi secara percuma dan lebih baik. Sambutan hambar terhadap perkhidmatan emel '1M'sia ' Sistem pembayaran dalam talian dan perkhidmatan Myemail yang membabitkan kos RM50 juta - telah mengumpulkan 3,000 pelanggan sejak dilancarkan pada 14 September lalu, kata penyedia perkhidmatan tersebut Tricubes Berhad. Dtricubes press briefing 051011 khairun zainal mokhtar pointingalam taklimat media di Kuala Lumpur hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes, Khairun Zainal Mokhtar berkata, angka itu jauh daripada sasaran 5.4 juta pelanggan yang ditetapkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU). "Kami mensasarkan seramai mungkin pelanggan, dan kami yakin dengan sasaran kami itu walaupun PEMANDU telah menetapkan sasaran 5.4 juta pelanggan menjelang akhir tahun ini," katanya. Apabila ditekan lanjut, Khairun berkata, ramalan dalaman telah disemak semula kepada 2 juta pelanggan pada tahun 2012. Sebelum ini dikenali sebagai perkhidmatan 'e-mel 1 Malaysia', Myemail dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 19 April, dan terus menjadi sasaran kritikan orang ramai. Terdapat kebimbangan mengenai aspek privasi dan sama ada jumlah wang yang dibelanjakan itu wajar, memandangkan kebanyakan perkhidmatan emel, adalah percuma. Terdapat juga persoalan mengenai status GN3 Tricubes. Malaysiakini |
Hanya seorang? Kenyataan Media oleh KS/U KDN membuktikan Hishamuddin BOHONG! Posted: 05 Oct 2011 04:44 AM PDT Kenyataan Media oleh YBhg Tan Sri Mahmood Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dibawah membuktikan bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussien dan Ketua Polis Negara Tan Ismail Omar telah berbohong bila mengatakan hanya seorang anggota Polis polis telah dikenalpasti melanggar garis panduan operasi polis (SOP) ketika cuba menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 di Hospital Tung Shin pada 9 Julai lalu. Sila baca kedua-dua laporan di bawah.. Laporan Pertama dipetik dari Malaysiakini. Hisham, IGP: Hanya satu anggota polis langgar SOP Seorang anggota polis telah dikenalpasti melanggar garis panduan operasi polis (SOP) ketika cuba menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 di Hospital Tung Shin pada 9 Julai lalu. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussien dan Ketua Polis Negara Tan Ismail Omar mengesahkan tindakan tatatertib akan diambil ke atas anggota itu tidak lama lama lagi. Namun, menurut Hishammuddin, kejadian berkenaan telah diperbesar-besarkan dan polis tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya terhadap situasi semasa perhimpunan menuntut reformasi pilihan raya itu. Katanya kejadian di Hospital Tung Shin itu adalah hanya "satu daripada enam atau tujuh" kesilapan. Dalam laporan siasatannya yang didedahkan semalam, Kementerian Kesihatan mengesahkan meriam air polis telah ditembak ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat meletak kenderaan bertingkat dan pintu masuk utama Hospital Tung Shin- Malaysiakini *************** Manakala ini pula adalah Kenyataan Media oleh YBhg Tan Sri Mahmood Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri yang membuktikan bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussien telah berbohong mengenai jumlah anggota yang akan dikenakan tindakan tatatertib oleh PDRM. KENYATAAN media oleh YBhg Tan Sri Mahmood Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, pada 4 Oktober 2011, berkenaan tindakan anggota PDRM yang melanggar kod panduan operasi polis dalam insiden di Hospital Tung Shin. Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil maklum hasil laporan yang dikeluarkan Jawatankuasa Siasatan Dalaman Peringkat Tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai insiden gas pemedih mata dan meriam air ditembak ke dalam kawasan Hospital Tung Shin (HTS) ketika perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai 2011. Keputusan siasatan mendapati bahawa memang wujud tindakan tidak beretika dan di luar daripada garis panduan operasi polis (SOP) oleh kakitangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika tindakan penguatkuasaan dilakukan dalam menangani ahli perhimpunan yang secara salah mempergunakan premis hospital tersebut. Laporan yang dikeluarkan KKM hari ini (4 Oktober 2011) itu antara lainnya menyebut bahawa: 1.Berlaku semburan air (water cannons) oleh anggota PDRM, ke arah penunjuk perasaan (demonstrators) yang sedang berkumpul di tempat parkir kenderaan bertingkat dan pintu masuk utama HTS. Bagaimanapun, tindakan ini adalah semata-mata bertujuan untuk menyuraikan kelompok penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di dalam kawasan HTS. 2.Berlaku tembakan gas pemedih mata (tear gas) dari arah premis Waz Lian oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan HTS. Bagaimanapun, dakwaan yang menyatakan berlakunya tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan HTS adalah tidak benar kerana ia berlaku di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan hospital berkenaan. 3.Berlaku lontaran "bom asap" oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat parkir kenderaan Hospital Bersalin Cina (Chinese Maternity Hospital). Berhubung insiden lontaran bom asap, hasil siasatan mendapati ia bukan berlaku di dalam kawasan HTS tetapi di kawasan CMH di mana dari segi pentadbirannya, adalah berasingan daripada HTS. Pihak CMH sebenarnya telah memberhentikan operasinya (ceased hospital operations) semenjak September 2006, kerana akan dibuat pengubahsuaian secara makro atau menyeluruh (major renovations) terhadap keseluruhan premisnya yang akan bermula pada bulan Disember 2011. Susulan daripada laporan hasil siasatan ini, KDN akan merujuk senarai kakitangan berkenaan kepada Jawatankuasa Tatatertib PDRM untuk pertimbangan dan tindakan selanjutnya. Keputusan bagi tindakan ini jelas membuktikan bahawa Kementerian mengambil serius etika kerja setiap kakitangan dan tidak berkompromi untuk tindakan tatatertib jika ada antara mereka terbukti melanggar garis panduan kerja ditetapkan. ************** Sepupu Najib kata cuma seorang.. tapi Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri kata ada senarai anggota yang melanggar SOP itu.. Adakah satu nama akan disebut sebagai Senarai nama? |
Isa Samad lantik dirinya sebagai Pengerusi Permodalan Felda Berhad Posted: 05 Oct 2011 01:12 AM PDT TEMERLOH, 5 Okt: PAS mendesak Jabatan Pembangunan Koperasi menyiasat Tan Sri Isa Samad di atas tindakan melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi Permodalan Felda Berhad (KPF) tanpa melalui mesyuarat agung sebagaimana peruntukan undang-undang koperasi. Perlantikan ini bertentangan dengan Akta, Peraturan dan Undang-undang Kecil Koperasi kerana perlantikan itu sepatutnya dibuat dalam mesyuarat agung dan bukannya dalam mesyuarat lembaga. Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya hari ini. Beliau dipercayai mengulas laporan langkah Isa melantik dirinya sebagai Pengerusi KPF, sebuah koperasi yang dimiliki oleh peneroka dan kakitangan Felda. "KPF ini adalah milik peneroka dan pada pandangan mereka, kepimpinan Pengarah Besar Felda dan juga Pengerusi KPF, Datuk Dzulkifli Abd Wahad tidak perlu ditukar kerana sepanjang pimpinannya, KPF tidak pernah rugi bahkan berjaya memberikan dividen hingga 15 peratus tahun lalu," kata Tuan Ibrahim dalam kenyataannya. Selain itu, tahun lalu, KPF telah dipilih antara 10 koperasi cemerlang di negara ini apabila menerima Anugerah Koperasi Cemerlang (Kluster Besar) 2011. KPF adalah sumber kewangan utama bagi kakitangan dan peneroka Felda selain gaji dan pendapatan mereka sebagai peneroka. Hanya peneroka dan kakitangan Felda sahaja boleh menjadi ahli KPF. "Oleh itu, Isa yang hanya dilantik untuk jangka waktu tertentu sahaja dan bukan kakitangan semestinya tidak layak jadi ahli," kata beliau. Menurut Tuan Ibrahim (gambar bawah) yang tinggal di kawasan Felda Jengka, Pahang, yang menyayatkan hati warga dan kakitangan Felda sekarang ialah bilamana beliau yang bukan ahli KPF, telah secara tidak segan-silu melakukan perlantikan diri-sendiri untuk menerajui KPF. Ia pula dibuat berdasarkan satu surat sokongan dari Perdana Menteri dalam satu mesyuarat lembaga penghujung Ramadhan lalu. Lebih menghinakan bagi warga dan kakitangan Felda, katanya, ialah perlantikan tersebut dikatakan berlaku ketika Datuk Dzulkifli tidak ada dalam negeri. "Tindakan ini mencerminkan sikap sebenar pengerusi baru Felda ini yang terang-terang tidak menghormati kepimpinan koperasi Felda yang sedia ada sehingga menimbulkan bantahan daripada ahli-ahli KPF," katanya. Bagi beliau, walaupun kurang setahun Isa menjawat jawatan Pengerusi Felda, banyak keputusan yang membinggungkan warga dan kakitangan pengurusan Felda telah dibuat. Antaranya: 1. Pinjaman RM6 billion daripada KWSP untuk tujuan yang tidak diketahui sehingga kini. Pada masa yang sama, Timbalan Menteri Ahmad Maslan bermati-matian mempertahankan dakwaan Felda stabil dan mempunyai aset RM19 bilion. 2. Pencagaran keseluruhan tanah Felda Plantation kepada kumpulan pelaburannya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) selama 60 tahun ketika Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab tiada kerana menunaikan umrah. Dan kini, beliau telah mencetuskan satu lagi kontroversi dengan melantik dirinya sebagai Pengerusi KPF. "Peneroka dan kakitangan Felda kini mula bimbang dengan masa depan KPF kerana ia bakal diuruskan oleh seorang pemimpin Umno, yang Umno sendiri pernah menghukumnya kerana terlibat dalam politik wang suatu masa dulu," katanya. Sehubungan itu, katanya, demi masa depan KPF, ahli-ahli KPF perlu bersama PAS dan Pakatan Rakyat dalam mendesak Jabatan Pembangunan Koperasi untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Isa Samad kerana telah melanggar akta koperasi dalam perlantikan tersebut. Harakahdaily |
Risalah cincin Rosmah akan diedar. Posted: 04 Oct 2011 11:37 PM PDT PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan mengedarkan risalah buku kecil minggu depan mengenai pembaziran dan kemewahan melampau khususnya mengenai dakwaan cincin berlian bernilai RM24.45 juta yang dipakai oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Pengerusinya Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard berkata, risalah kecil ini menerangkan isu-isu pembaziran yang melibatkan Rosmah yang menggayakan hidup mewah. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini berikutan jawapan bertulis daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Dalam jawapan bertulisnya kepada Ahli Parlimen DAP-Segambut di Parlimen semalam, Nazri berkata pihak Jabatan Kastam mengesahkan tiada urusan jual beli berlaku dan cincin tersebut telah dikembalikan kepada tuan punya. CheguBard yang juga Ketua PKR Cabang Rembau menyifatkan jawapan tersebut hanya seperti melepaskan batuk di tangga sahaja. Beliau menegaskan bahawa beliau tidak menuduh tetapi dengan kewujudan bukti dan pembelaan puak pengampu yang menambah kecelaruan fakta maka lebih menuntut Rosmah untuk tampil memberi penjelasan, bukan hanya menyatakan "itu semua fitnah dan mereka dengki dengan saya". "Ketika rakyat sedang bergelut dengan pelbagai tekanan hidup, khususnya kelompok pekerja muda yang sedang membina kerjaya dan keluarga, kesombongan dan imej mewah Rosmah yang cuba menyamar sebagai wanita pertama negara seperti mencurah garam ke luka rakyat. "Itu belum lagi mengambil kira gelang tangan bernilai RM1.65 juta yang ada gambar dipakai oleh Rosmah dari syarikat yang sama mengeluarkan cincin. Kini terpulang pada rakyat untuk menilainya," ujar beliau. Free Malaysia Today |
Muhyiddin akui Zainal Kling Bohong? Posted: 04 Oct 2011 09:17 PM PDT "Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," kata sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling pada 9 September lalu. Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi. "Dinaungi tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Dan hari ini... TPM akui Malaysia pernah dijajah Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menolak pandangan pakar sejarah bahawa Malaysia tidak pernah dijajah. Muhyiddin berkata, pendirian kerajaan adalah demikian walaupun sebelum ini didebatkan bahawa negara masih ditadbir oleh sultan, dengan nasihat British. "Sebabnya kita tahu bahawa kita dijajah. Dalam sejarah dulu residen British atau penasihat pada waktu itu beri nasihat kepada raja. "Dan dalam konteks ini, nasihat pesuruhjaya atau residen itu perlu diterima. "Bermakna walaupun ada (sultan) itu tetapi dia tidak bebas, dia terpaksa mengikut apa yang dianjurkan pihak (British). "Atas dasar itulah kita kata kita harus berjuang untuk memerdekakan negara," katanya ketika menjawab satu soalan tambahan daripada Azmin Ali (PKR-Gombak) di Dewan Rakyat hari ini. Katanya lagi atas sebab itu, isu yang mencetus kontroversi sebelum ini, tidak harus didebatkan dengan lebih panjang lebar. Malaysiakini |
Zambry anggap tiada kawasan 'hitam' di Perak Posted: 04 Oct 2011 08:19 PM PDT BN Perak menganggap tiada kawasan mengundi yang boleh dilabelkan 'hitam' iaitu yang tidak boleh dimenanginya dalam pilihan raya umum akan datang. Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang juga pengerusi BN Perak berkata sama ada 'hitam' atau 'putih' sesebuah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen bergantung kepada strategi parti di samping usaha dan kerja keras setiap anggota untuk aktiviti masyarakat di situ. "Sukar katakan kawasan tertentu sebagai 'hitam' sebab ini adalah politik. Kadangkala kawasan yang dianggap 'putih' (peluang cerah untuk menang) boleh bertukar 'hitam' kerana politik adalah sesuatu yang dinamik," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Hari Bertemu Pelanggan di Ipoh, semalam. Beliau memberi contoh, dahulu ada yang menjangka BN tidak boleh menang kerusi Parlimen Ipoh Timur sedangkan BN pernah memenanginya, begitu juga bagi kerusi Parlimen Ipoh Barat. Zambry berkata beliau enggan mempercayai pandangan wujudnya kawasan 'tertutup' kepada BN sehingga mustahil untuk parti itu memenanginya. Beliau berkata semua komponen BN umpamanya MCA boleh meraih kembali mendapat sokongan di kawasan tradisi yang ditandingi termasuk kawasan yang berpotensi untuk menang berdasarkan aktiviti yang dilaksanakan di situ. Katanya MCA di bawah presidennya sekarang, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, adalah parti yang paling aktif menjalankan pelbagai aktiviti dan usaha seperti itu berupaya mengembalikan kepercayaan rakyat serta menggambarkan tahap penerimaan rakyat terhadap parti itu. Zambry juga berkata pada prinsipnya persetujuan mengenai cadangan pertukaran kerusi antara parti komponen BN telah selesai tetapi penilaian masih diteruskan dari semasa ke sesama. Mengenai dakwaan ADUN Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada PAS dalam sebuah akhbar semalam bahawa budaya mencantas dan masalah perebutan kerusi hanya berlaku dalam Umno, Zambry menyifatkan kenyataan itu sebagai 'merapu'. "Cakap merapu, saya tahu mereka (Pakatan Rakyat) di Perak sedang 'berperang' teruk, masing-masing nak berebut kerusi, cuma orang itu (Mohammad Nizar) kata mereka tiada masalah," katanya. - Bernama |
Najib akan umumkan penurunan harga minyak dalam budget 2012? Posted: 04 Oct 2011 06:51 PM PDT Harga minyak yang merudum Ada sahabat dari sebelah sana memberitahu antara kandungan Budget 2012 yang dijangka bakal diumumkan oleh Najib ialah harga minyak diturunkan. Ini sebagai membuktikan kepada Rakyat Malaysia akan keprihatinan pentadbiran Najib tentang keperitan hidup yang kini dialami oleh rakyat Malaysia. Keperitan hidup kerana kegagalan Kerajaan UMNO/BN mentadbir ekonomi negara dengan sebaiknya dan kelemahan kerajaan UMNO/BN dalam menguatkuasakan apa yang dikatakan sebagai harga siling. Jika benar itu yang bakal diumumkan, jangan tertipu dengan propaganda Najib dan UMNO/BN itu.. Minyak diturunkan bukan kerana Kerajaan prihatin akan nasib rakyat tapi sekadar untuk menipu rakyat dengan menunjukkan kepada rakyat bahawa Kerajaan UMNO/BN prihatin akan nasib rakyat. Ini kerana harga pasaran minyak dunia bermula pada sekitar Mei lalu telah mulai turun kurang daripada USD100 setiap barrel, lihat graf diatas. Sebelumnya setiap barrel diniagakan pada harga USD114 dan turun kepada USD97 menjelang jumaat pertengahan Mei - info dari (SINI) Harga minyak memang sepatutnya telah turun mulai Mei lalu dan bukannya selepas Najib umumkan dalam Budget 2012 yang akan datang.. Kerana pada Julai lalu, kerajaan mengumumkan pelarasan subsidi petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan gula mengikut harga pasaran dunia. Ketika itu kerajaan memutuskan harga petrol RON95 dan diesel diselaraskan lima sen kepada harga baru iaitu masing-masing RM1.85 seliter dan RM1.75 seliter. Oleh itu jangan terpedaya dengan ayat 'Kerajaan UMNO/BN prihatin akan nasib rakyat' kerana harga minya sememangnya diturunkan sejak Mei lalu dan bukannya selepas Budget diumumkan. RON97 turun 10 sen, kali pertama sejak harganya diapung KUALA LUMPUR, 15 Jun — Harga petrol RON97 yang mengalami kenaikan berperingkat sejak diapungkan tahun lalu akan turun 10 sen buat julung kali, berkuat kuasa tengah malam ini. Dengan itu, RON97 akan dijual RM2.80 seliter. Sejak awal tahun ini ia telah mengalami empat kenaikan untuk mencecah harga semasa RM2.90 seliter. "Ya, RON97 akan turun 10 sen seliter mulai tengah malam, ini kali pertama ia turun sejak kerajaan memperkenalkan polisi pelarasan subsidi tahun lalu," kata sumber industri ketika dihubungi The Malaysian Insider. Satu lagi sumber berkata keputusan mengenainya dimaklumkan kepada pengedar petang ini. Pada Julai lalu, kerajaan mengumumkan pelarasan subsidi petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan gula mengikut harga pasaran dunia. Ketika itu kerajaan memutuskan harga petrol RON95 dan diesel diselaraskan lima sen kepada harga baru iaitu masing-masing RM1.85 seliter dan RM1.75 seliter. Harga LPG pula diselaraskan 10 sen menjadi RM1.85 sekilogram dan petrol RON97 diapung terkawal memandangkan ia hanya membabitkan 13 peratus penggunaan bahan api di Malaysia. Kerajaan menetapkan harga RON97 pada paras RM2.10 seliter dan mengalami kenaikan sehingga RM2.90 termasuk dua kali tahun lalu dan empat kali tahun ini. The Malaysian Insider |
Scandal Scorpone : Nama Najib timbul lagi... Posted: 04 Oct 2011 10:30 AM PDT Kali ini nama Najib ditimbulkan pula oleh Asia Sentinel dalam artikelnya yang bertajuk Noose Tightens in French Defense Scandal Noose Tightens in French Defense Scandal Written by John Berthelsen Asian dimension as French state-owned arms company faces murder, bribery allegations After years of inaction and coverup, details are emerging in France of the sale of armaments by the French state-owned defense contractor DCNS to countries across the world including Pakistan, Malaysia, Chile, India, Taiwan and Saudi Arabia, with bribes and kickbacks built into DCNS's budget, ensnaring politicians across the globe. Allegations involving DCNS, formerly known as DCN, range from murder to bribery and corruption and go from defense procurement officials in each of those countries to some of the top politicians in France. Under the French legal system, prosecutors under the control of the Ministry of Justice must make a preliminary enquiry, during which no one has access to the files, so that any information the police have obtained cannot be shared. The prosecutors have been stymied for years by the ministry. However, investigators appear to be losing their awe of politicians all the way up to President Nicholas Sarkozy. In September, for instance, Nicholas Bazire, 54, the best man at Sarkozy's wedding to supermodel Carla Bruni, was arrested and charged with misuse of public funds in the 1995 presidential campaign of Edouard Balladur. Sarkozy was Balladur's campaign spokesman and budget minister at the time. Another friend, Thierry Gaubert, Sarkozy's cabinet chief when he was budget and communication minister, was arrested earlier. Sarkozy is seeking avoid the appointment of an instruction judge in an effort to keep the cases under control. But the political knives may be out for Sarkozy. That increases the chances that investigating judges will allow prosecutors a more detailed look at DCNS's books to probe kickbacks in Pakistan, where 11 French submarine engineers were killed in a bomb attack, and Taiwan, where a number of murders and suicides have been recorded in connection with the sale of frigates to Taiwan's navy. The details can be found here. William Bourdon, the leader of a three-lawyer team investigating Malaysia's US$1 billion purchase of submarines from DCNS for the Malaysian reform organization Suaram, earlier told Asia Sentinel he hoped his team would have access to the files by October. Bourdon was summarily deported from Malaysia in July after giving a speech in Penang describing some of the details of the allegations. Prime Minister Najib Tun Razak was defense minister at a time when Malaysia bought two Scorpene-class submarines from DCNS. Included in the transaction was a €114 million commission paid to Perimekar Sdn Bhd, a company owned by Najib's close friend, Abdul Razak Baginda. The transaction has been mired in controversy since 2006, when Altantuya Shaariibuu, a party girl and translator ostensibly hired to help in the contract, was murdered after demanding US$500,000 from Razak Baginda, her jilted lover, for unspecified reasons. Razak Baginda was acquitted of her murder under unusual circumstances without having to provide a defense. Two of Najib's police bodyguards were convicted and sentenced to death. They have appealed the verdict. Joseph Breham, a lawyer with Solicitors International Human Rights Group and a member of Bourdon's team, said in London last week that DCNS often budgeted as much as 8 to 12 percent of its total receipts as "commissions" paid to grease sales of armaments in third-world countries. Breham's speech was reported for the Malaysia website Malaysiakini by Miriam Mokhtar. Malaysia bought two Scorpene submarines from DCNS for about US$1 billion and leased a third from a DCNS subsidiary for training. Of that, the €114 commission was paid to Razak Baginda's company, Perimekar Sdn Bhd. Breham said Razak Baginda's company Perimekar had received the commission for "supporting the contract," which he said was a euphemism for unexplained costs, and also for "housing the crew" of the submarines in France. Perimekar was wholly owned by another company, KS Ombak Laut Sdn Bhd, which in turn was also controlled by Razak Baginda. His wife Mazalinda, a lawyer and former magistrate, was the principal shareholder, according to the French lawyers. Breham questioned why such vast sums could be paid to Razak Baginda's company. The €114 million obtained by Ombak Laut, he said, was more than the amount paid by France to all of its primary school teachers for a year. He also revealed that DCNS's former finance director had written memos in which he alleged that €31 million of the €114 million had been used for "commercial engineering", a term Breham said had no legal meaning. Breham said that in France, before 2002, any money used to bribe foreign officials was tax deductible. When the former finance director of DCN made a claim for the €31million allegedly used to bribe the Malaysians for the purchase of the Scorpenes, the Minister of Budget questioned such a large bribe, although he did eventually authorize the tax break. The French lawyer mentioned a possible third commission, which arose because of the different mechanisms that enabled the submarines to operate. The Malaysian submarines had to be modified to operate in tropical waters, he said, which required altering the technical specifications. A variation order was made which incurred a further US$2.5 million. Breham concluded that the only doubt about the €114 million payment, which is reflected in Perimekar's financial statements, was whether the payment was for valid reasons or unethical ones. The sticking-point for DCNS is the Organization for Economic Cooperation and Development Convention on Combating Bribery of Foreign Public Officials in International Business Transactions, signed by all 34 members of the OECD including France in 1997. The convention establishes legally binding standards to criminalize bribery of foreign public officials in international business transactions and provides for a host of related measures that make this effective. Thus the alleged bribery by a French company of Malaysian officials became an offense under French law. In April 2010, the lawyers, acting for Suaram filed a 'plainte avec constitution de partie civile' complaint, which is a criminal prosecution with a concurrent independent action for civil damages. That would mean there would be two trials, one a criminal trial and the second a civil trial for compensation. This has two great advantages, Breham said. First, an independent instruction judge is appointed for the civil case. Second, Suaram becomes a party to the case, at which point the legal team, acting for Suaram, can then have access to all the files about the case and can ask questions of the instruction judge and request that he investigates on its behalf. There is a huge struggle in France between the prosecution and the instruction judge. Breham says that unlike a prosecutor, this independent judge has investigative powers to subpoena officials from DCN, and access documents in the DCN offices to obtain evidence of commissions. The judge can also request "mutual criminal assistance" from the Malaysian authorities for purposes of information and cooperation. So far, there is no indication that Malaysian officials intend to cooperate. Asia Sentinel |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan