Isnin, 10 Oktober 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Gambar Muslimah PAS tayang peha?

Posted: 09 Oct 2011 04:13 AM PDT

SEBUAH blog gerombolan songkok tinggi, memaparkan sekeping gambar yang menunjukkan tiga orang wanita termasuk dua orang bertudung memakai pakaian (kain) jarang.

Blog tersebut menggambarkan bahawa wanita-wanita di dalam gambar tersebut adalah Muslimat PAS. Jelas kelihatan peha dan punggung mereka di sebalik kain jarang yang dipakai.

Wajah ketiga-tiga wanita tersebut tidak kelihatan, tidak tahu apa yang menunjukkan bahawa mereka adalah Muslimah PAS, tambahan pula salah seorang dari mereka tidak bertudung.


Begitu jelas, politik lucah sudah menjadi senjata perang saraf utama bagi gerombolan songkok tinggi di dalam meraih sokongan rakyat.

Apa saja unsur lucah akan digunakan sebagai propaganda untuk memburukkan pihak lawannya. Lihat sahaja di blog-blog mereka penuh dengan video dan gambar lucah sambil mereka lantang kononnya memperjuangkan Islam.


ReJaM© "Perjuangkan Islam dengan gambar dan Video lucah seperti makan nasi berlaukkan taik..."

Indonesia dakwa Malaysia curi sempadan mereka

Posted: 09 Oct 2011 03:09 AM PDT

BERITA yang agak panas berkaitan isu antarabangsa. Biasanya kita ketahui bahawa Kerajaan Malaysia sangat lembik di dalam menjaga kedaulatan negara dan wilayah.

Sebelum ini Pulau Batu Putih dan Tanjung Pagar diserah kepada Singapura akibat pemimpin lembik Pak Lah dan Najib. Kini kita menanti Pulau Pisang pula untuk diserahkan kepada Singapura.

Apa yang menarik, portal Yahoo News menyiarkan satu laporan yang dipetik dari portal berita berpengaruh Indonesia TribunNews mendakwa Malaysia mencuri sempadan Indonesia pula [YahooNews 9 okt 2011].


Menteri yang diberi kuasa menjaga wilayah serta pihak berkuasa yang terlibat wajib menangani isu ini dengan bijak.

Benarkah Malaysia mencuri 1400 hektar tanah yang menjadi wilayah Indonesia? Atau Malaysia bakal menggadaikan kedaulatan negara kepada Indonesia pula?

ReJaM© "Kalau tak pandai jaga negara, sila letak jawatan..."

Tiada ulasan: