Kelab Greenboc |
- Zina Dan Rogol Menjadi-jadi Di Kalangan Pelajar Sekolah
- Bukti Nyata Kerajaan BN Menzalimi & Mendiskriminasi Wakil Rakyat PR
- Apa Mau Jadi Ni - Suami Cekup Isteri Bersama 2 Lelaki Di Bilik Tidur
- Kes Koperal Tembak Gas Ke Tung Shin, Perulangan Kes Koperal Tembak Aminul-Rasyid
- Seorang Jemaah Haji Wanita Malaysia Maut Jatuh Tingkat 9
- Bukti Jelas Najib Hina Petani Dan Nelayan - Anggap Ia Kelas Rendah
- [Bergambar] Himpunan 109 Lynas: UMNO Terdesak Guna Pelajar PLKN Ganggu Demo Lynas
- Mohd Sabu Ulas Insiden Labis: Tindakan Provokasi Amalan Primitif
- Perkasa Cemburu Namewee Kebal Undang-undang
Zina Dan Rogol Menjadi-jadi Di Kalangan Pelajar Sekolah Posted: 10 Oct 2011 01:23 AM PDT Empat pelajar rogol rakan sekolah SUNGAI PETANI – Empat pelajar tingkatan tiga dan empat di sebuah sekolah menengah di Gurun dekat sini ditahan reman semalam dipercayai terlibat dalam kes rogol melibatkan seorang pelajar perempuan dari sekolah sama. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, keempat-empat mereka berusia 15 dan 16 tahun itu didapati telah merogol rakan sekolah mereka di sebuah rumah salah seorang suspek di Gurun. "Mangsa yang berusia belasan tahun dikatakan baru sahaja berkenalan dengan ahli kumpulan lelaki terbabit sebelum dibawa ke rumah salah seorang suspek. "Mangsa kemudiannya dipercayai dirogol oleh keempat-empat suspek ini," katanya kepada Sinar Harian. Hashim berkata, penahanan suspek dilakukan bagi meneruskan siasatan lanjut mengenai kejadian yang berlaku ini. "Suspek dan mangsa masih dibawah umur dan kita menahan suspek untuk menjalankan siasatan lanjut," katanya. Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan . "Kepada orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh menyalurkan ke balai polis berhampiran atau ke IPD Kuala Muda," katanya. |
Bukti Nyata Kerajaan BN Menzalimi & Mendiskriminasi Wakil Rakyat PR Posted: 10 Oct 2011 12:00 AM PDT Permohonan dana RM1juta Jeyakumar ditolak Permohonan semakan kehakiman ahli parlimen Sungai Siput Dr Jeyakumar untuk mencabar tindakan kerajaan kerana tidak memberi dan menyediakan butiran peruntukan dana tahunan sebanyak RM1 juta kepada bahagian pilihan raya kawasan itu telah ditolak. Ini berikutan keputusan Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini yang membenarkan rayuan kerajaan persekutuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan permohonan semakan kehakiman. Hakim Datuk Low Hop Bing bersama-sama dengan Hakim Datuk Abdul Wahab Patail (abang kepada Peguam Negara, Abd. Gani Patail - GB) dan Anantham Kasinater sebulat suara membenarkan rayuan itu dan menolak permohonan Jeyakumar. Pada bulan Februari lalu, hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Aziah Ali memberi kebenaran kepada Jeyakumar untuk memfailkan semakan kehakiman. Pada 23 September lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak membenarkan kerajaan untuk menangguhkan prosiding semakan kehakiman. Peguam Datuk Ambiga Sreenevasam yang mewakili Jeyakumar berkata, keputusan itu cukup mengecewakan kerana Jeyakumar berharap keputusan mahkamah akan menentukan ketelusan kerajaan dalam mengagihkan wang rakyat. Mengulas keputusan mahkamah hari ini, Jeyakumar berkata mahkamah sebagai benteng terakhir untuk rakyat, sepatutnya menyokong keputusan untuk memastikan wang yang diperuntukkan tidak disalahgunakan. "Saya tidak mahu wang untuk diri sendiri tetapi hanya ingin pastikan wang yang diperuntukkan dibelanjakan dengan betul dan tidak disalah-guna. "Wakil rakyat pembangkang tidak langsung menerima sebarang peruntukan daripada kerajaan persekutuan dan ini adalah amat mengecewakan. Berikutan keputusan ini, mesej saya kepada rakyat adalah kita tidak boleh bergantung pada mahkamah bagi mendapatkan ketelusan tetapi mengharapkan kuasa rakyat dalam membuat keputusan pada pilihan raya umum akan datang." Jeyakumar berkata, beliau akan berunding dengan Parti Sosialis Malaysia sama ada untuk meneruskan rayuan berhubung keputusan itu di Mahkamah Persekutuan yang bakal menelan perbelanjaan yang besar meskipun peguamnya melakukannya secara percuma. -mk Ulasan GB Keputusan mahkamah di atas membuktikan DISKRIMINASI yang amat nyata kerajaan BN terhadap wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat dengan menafikan peruntukan pembangunan dari kerajaan Persekutuan. Kerajaan BN hanya memberikan peruntukan tersebut kepada wakil-wakil rakyat BN sedangkan sebagai sebuah kerajaan, wang rakyat yang digunakan untuk pengagihan peruntukan termasuk hendaklah diberikan juga kepada wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rakyat. Ia bukan wang miik BN, tetapi milik rakyat. Kedua, rakyat berpersepsi bahawa keputusan hakim itu juga membuktikan bahawa hakim-hakim mengikut kehendak dan telunjuk kerajaan Najib. Ia adalah implikasi dari pertemuan Najib dengan para hakim pada awal bulan September lalu. GB sudah ulas dahulu di SINI. Petikan: Istana Keadilan masih mengikut telunjuk eksekutif. Itulah persepsi rakyat. |
Apa Mau Jadi Ni - Suami Cekup Isteri Bersama 2 Lelaki Di Bilik Tidur Posted: 09 Oct 2011 10:11 PM PDT Luluh hati seorang suami berusia 32 tahun apabila menangkap isterinya sedang 'berpesta' arak di dalam bilik di rumahnya di Pantai Dalam, di sini, bersama dua lelaki tidak dikenali, Khamis lalu. Illustrasi hiasan. Lebih mengejutkan, pemeriksaan lanjut si suami di dalam bilik itu menemui puluhan botol dan tin arak disembunyikan dalam almari di bilik tidurnya itu. Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, berang dengan tindakan isterinya berusia lewat 20-an itu, si suami menghalau kedua-dua lelaki terbabit sebelum membuat laporan di Balai Polis Pantai, di sini. Menurut sumber, si suami yang baru pulang dari kerja berasa curiga apabila melihat dua pasang kasut lelaki di hadapan pintu rumahnya. "Sebaik masuk ke dalam rumah, lelaki terbabit mendengar bunyi gelak tawa dari dalam bilik tidurnya. "Si suami terkejut apabila melihat isterinya dan dua lelaki tidak dikenali berada dalam keadaan khayal di dalam bilik tidurnya. "Si suami menghalau kedua-dua lelaki terbabit sebelum menemui puluhan tin dan botol arak disembunyikan dalam almari di bilik itu menyebabkan mereka bertengkar hampir 20 minit," katanya. -hm |
Kes Koperal Tembak Gas Ke Tung Shin, Perulangan Kes Koperal Tembak Aminul-Rasyid Posted: 09 Oct 2011 07:58 PM PDT Bersih: Koperal jadi 'kambing hitam' polis selesai isu Tung Shin KUALA LUMPUR, 9 Okt — Bersih 2.0 mendakwa pihak berkuasa telah menjadikan seorang anggota polis sebagai "kambing hitam" memikul tangungjawab penuh dalam kes kontroversi melepaskan gas pemedih mata ketika meleraikan penunjuk perasaan di kawasan Hospital Tung Shin di sini 9 Julai lalu. "Ini sesuatu yang mengarut. Setiap orang ada melihat... keseluruhan dunia telah menonton video. Seorang anggota dijadikan kambing hitam. "Jika anda mengatakan hanya seorang, adakah mereka telah mengadakan siasatan lengkap? Bagaimana mereka boleh kata hanya seorang sahaja (yang terlibat)?" kata anggota jawatankuasa Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah kepada The Malaysian Insider. "Mereka seperti Menteri Kesihatan (Datuk Seri Liow Tiong Lai) yang menafikan Tung Shin dijadikan sasaran, ini satu penafian lebih seorang anggota polis terlibat," kata Chin. Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh memberi jaminan akan mengambil tindakan disiplin ke atas seorang anggota — yang berpangkat koperal — jika didapati bersalah melanggar garis panduan operasi (SOP) semasa meleraikan perhimpunan Bersih 2.0 di kawasan Hospital Tung Shin. Namun, beliau berkata pihaknya masih mengumpulkan bukti bagi menyiasat kesahihan dakwaan bahawa anggota berkenaan bertindak di luar SOP semasa melaksanakan tugas. "Kita akan ambil tindakan disiplin dan tatatertib di peringkat IPK (ibu pejabat polis Kuala Lumpur) jika siasatan mendapati perkara itu benar," kata beliau. Kenyataan Kementerian Dalam Negeri pada Selasa lalu menyebut siasatan Kementerian Kesihatan mengesahkan polis telah melanggar SOP dan bertindak secara tidak beretika ketika hendak meleraikan perhimpunan Bersih 2.0 di kawasan Hospital Tung Shin. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata, anggota polis yang didapati bersalah akan dirujuk kepada lembaga disiplin Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mahmood berkata, Kementerian Dalam Negeri mengambil maklum hasil laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Siasatan Dalaman Peringkat Tertinggi, Kementerian Kesihatan mengenai insiden gas pemedih mata dan meriam air ditembak ke dalam kawasan Hospital Tung Shin. "Keputusan siasatan mendapati bahawa memang wujud tindakan tidak beretika dan di luar daripada garis panduan operasi polis oleh kakitangan PDRM ketika tindakan penguatkuasaan dilakukan dalam menangani ahli perhimpunan yang secara salah mempergunakan premis hospital tersebut," kata beliau. Mahmood menambah, laporan itu antara lain menyebut bahawa berlaku semburan air oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat parkir kenderaan bertingkat dan pintu masuk utama hospital itu. "Bagaimanapun, tindakan ini adalah semata-mata bertujuan untuk menyuraikan kelompok penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di dalam kawasan hospital," kata beliau lagi. Mahmood juga berkata laporan itu menunjukan bahawa berlaku tembakan gas pemedih mata dari arah premis Waz Lian oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan hospital, dan bagaimanapun, dakwaan yang menyatakan berlakunya tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital adalah tidak benar kerana ia berlaku di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan hospital berkenaan. "Berlaku lontaran 'bom asap' oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat parkir kenderaan Hospital Bersalin Cina," kata beliau. Berhubung insiden lontaran bom asap, kata Mahmood, hasil siasatan mendapati ia bukan berlaku dalam kawasan Hospital Tung Shin tetapi di kawasan Hospital Bersalin Cina di mana dari segi pentadbirannya, adalah berasingan daripada Hospital Bersalin Cina. "Pihak Hospital Bersalin Cina sebenarnya telah memberhentikan operasinya semenjak September 2006 kerana akan dibuat pengubahsuaian secara makro atau menyeluruh terhadap keseluruhan premisnya yang akan bermula pada Disember 2011," katanya lagi. -TMI Ulasan GB Mengingatkan kita tetang kes adik Aminur-Rasyid. Hanya seorang koperal, Koperal Jenain Subi didakwa dandituduh mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan, kemudian didapati bersalah oleh mahkamah dan dihukum penjara 5 tahun sahaja. Koperal tersebut mengemukakan rayuan di mahkamah dan besar kemungkinannya dilepaskan. Hal yang sama mungkin berulang untuk kes Tung Shin. |
Seorang Jemaah Haji Wanita Malaysia Maut Jatuh Tingkat 9 Posted: 09 Oct 2011 05:50 PM PDT Seorang jemaah haji wanita Malaysia meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan hotel penginapannya di Hotel Al-Haram di Madinah, Arab Saudi, kira-kira jam 4 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia), kelmarin. Sumber memberitahu, mangsa yang berasal dari Selangor, bersama suaminya ke Makkah untuk menunaikan Rukun Islam kelima. Katanya, sebelum kejadian, mangsa dikatakan berada dalam biliknya di tingkat sembilan hotel berkenaan. "Mangsa dipercayai terjatuh dari biliknya sebelum meninggal dunia di tempat kejadian," katanya. Pejabat Tabung Haji ditempatkan di hotel ini - GB Sementara itu, jurucakap Tabung Haji ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu. Sementara itu, seorang jemaah haji Malaysia yang turut menetap di hotel sama, Mohd Faizal Mohd Noor berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan ke Masjid Nabawi, tidak jauh dari hotel itu untuk menunaikan solat Asar. Katanya, dia ternampak mangsa terjatuh dari bilik hotelnya dan meninggal dunia di tempat kejadian. |
Bukti Jelas Najib Hina Petani Dan Nelayan - Anggap Ia Kelas Rendah Posted: 09 Oct 2011 03:18 PM PDT PM: `Pilihan raya dah dekat' KUALA LUMPUR: Perdana Menteri hari ini memberitahu ahli penyokong BN hari ini bahawa pilihan raya umum ke 13 sangat dekat. Berucap di majlis penerangan perdana BN Wilayah Persekutuan di PWTC, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata "gendang pilihan raya sudah dipalu dan gemanya semakin dirasai" "Anda sendiri boleh mendengarnya." Beliau yakin BN akan menang sekali lagi berdasarkan kelebihan dan kekuatan yang ada. Bagaimanapun, beliau mengingat komponen mengadakan persiapan di tahap terbaik kerana BN memasuki pilihan raya mahu menang dan bukan mahu kalah. "BN ada kekuatan sekali lagi untuk menang kerana kita berkhidmat untuk rakyat," katanya memberitahu 8, 000 ahli dan penyokong BN. . Pengerusi BN itu juga menegaskan BN bukan parti kelas rendah yang hanya disokong oleh petani dan nelayan. Menurut Najib beliau mahu BN turut disokong oleh orang bandar terutama di Kuala Lumpur. Jangan sabotaj "Kuala Lumpur penting walaupun Kuala Lumpur bukan lagi deposit tetap (BN)," tambahnya. Pengerusi BN itu mengingatkan semua komponen BN menyelesaikan masalah masing-masing selain tidak menimbulkan masalah baru. Beliau juga tidak mahu orang parti sendiri membuat sabotaj sebagaimana yang berlaku dalam pilihan raya kecil sebelum ini. Menurutnya, ada seorang setiausaha bahagian Umno membuat sabotaj dalam pilihan raya kecil kerana tidak terpilih sebagai calon. "Bayangkan rumah Setiausaha Umno bahagian ja, 10 malam sudah gelap, buat pura-pura tidur. Dia tutup pintu rumah," katanya. Najib memberitahu seorang wakil rakyat BN Sarawak selama tiga penggal telah lari ke London kerana merajuk tidak terpilih menjadi calon. Ulasan GB Awal-awal lagi GB sudah melihat bahawa PM yang bernama Najib ini memandang rendah golongan marhaen - golongan petani dan nelayan. Pengerusi BN itu juga menegaskan BN bukan parti kelas rendah yang hanya disokong oleh petani dan nelayan. Beliau menganggapkan bahawa golongan petani dan nelayan adalah golongan yang membuatkan BN sebagai parti kelas rendah. Ini dibuktikan di dalam pembentangan Bajet 2012, golongan petani dan nelayan lansung tidak dihiraukan. Golongan petani dan nelayan secara khusus tersisih dari sebarang peruntukan one-off. Bajet 2012 hanya menumpukan 4 golongan utama yang diharapkan Najib akan menjadi tunggak kemenangan UMNO BN, iaitu kumpulan guru/penjawat awam, polis, tentera dan peneroka FELDA. Keempat-empat kumpulan ini menerima perhatian khusus kerana bilangannya yang ramai yang bakal menjadi pengundi nanti. Lebih-lebih lagi polis dan tentera, yang bilangannya boleh diduplikasikan sepertimana yang didedahkan oleh banyak pihak sebelum ini sebagai kumpulan paling ramai pengundi-pengundi pos dan hantu yang pernah memenangkan Najib di parlimen Pekan di dua pilihanraya umum yang lalu. Justeru baginya petani dan nelayan adalah kumpulan manusia yang rendah kelasnya yang merendahkan taraf UMNO/BN. p/s perhatian untuk Bersih dan PR. Bersih 3.0 perlu digerakkan jika Najib membubarkan parlimen sebelum PSC selesai melakukan kerja untuk penambahbaikan proses pilihanraya. |
[Bergambar] Himpunan 109 Lynas: UMNO Terdesak Guna Pelajar PLKN Ganggu Demo Lynas Posted: 09 Oct 2011 07:47 AM PDT Kuantan, 9 Okt - Orang ramai yang hadir ke Himpunan 109 di Taman Gelora dekat sini terkejut bila hampir 50 orang anggota polis dikerahkan berkawal pada program itu pagi tadi. Ramai yang tidak menyangka pihak polis begitu prihatin mengawal keadaan yang langsung tidak mencemaskan dan mengganggu keselamatan itu sebenarnya. "Saya datang sejak awal pagi untuk sokong program ini. Pada awalnya keadaan terkawal dan acara dapat berjalan dengan lancar. Cuma sekitar jam 7.30 pagi, anggota polis dilihat menghampiri kawasan ini. Ia menakutkan kami yang datang ke sini untuk berhimpun secara aman. Apapun saya ucapkan tahniah kepada pihak polis kerana tidak melakukan apa-apa tindakan yang memudaratkan. Mereka hanya berkawal sahaja", kata seorang peserta himpunan dari Indera Mahkota. Tinjauan PDO mendapati, hampir dua ribu rakyat Kuantan telah hadir menyokong program tersebut. Difahamkan perhimpunan terbabit pada mulanya mendapat permit kelulusan daripada pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Namun ia ditarik balik atas arahan seorang Exco Kerajaan Negeri Pahang lewat malam tadi. Malah, ditapak terbabit juga turut diarahkan program yang melibatkan ratusan pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) berhimpun. Kesemuanya bertujuan untuk mengganggu kelancaran Himpunan Hijau 109. Ia terbukti dengan tindakan mereka mengguna alat pembesar suara yang bersaiz besar dengan bunyi yang kuat bagi tujuan demikian. Ditambah lagi dengan kehadiran beberapa orang pemimpin dan penyokong UMNO serta ahli-ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) ke lokasi terbabit. Tindakan berkenaan jelas sekali mengecewakan orang ramai, malah mereka hairan kenapa senario seperti ini boleh berlaku. Persembahan senamrobik dan hiburan dilakukan pada dua tempat di kawasan berkenaan dari awal pagi sehinggalah ke tengahari. Terdapat juga beberapa orang wakil Kerajaan Negeri Pahang termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar, yang dilihat mundar-mandir di kawasan terbabit. Mungkin dek kerana bilangan peserta yang agak ramai, maka provokasi melampau seperti yang berlaku di Hotel Hyatt, Teluk Chempedak sebelum ini tidak berlaku. Semua yang hadir jelas cuba melakukan sesuatu untuk menggagalkan perhimpunan aman berkenaan. Namun segalanya tidak menjadi dan mereka hanya menyaksikan ia dari jauh sahaja. Mungkin dek kerana melihat begitu ramai kehadiran media antarabangsa termasuk Astro Awani yang berada di situ agaknya. Ramai pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO dilihat hadir beramai-ramai memberikan sokongan. Antara mereka ialah YB Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan), Tan Bun Teat (Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas), Andansura Rabu (Pengerusi BADAR), Dato' Ambiga Sreenevasan (Pengerusi Bersih 2.0) termasuk juga wakil Ahli Parlimen Australia (Green) iaitu Robin Chapple, Wong Tat, See Ping (SEPA's) dan lain-lain pemimpin NGO serta kepimpinan Pakatan Rakyat yang lain. Perhimpunan yang sepatutnya berakhir pada jam 9.00 pagi itu terpaksa disuraikan akibat tindakan pihak polis mengarahkan pemimpin tertentu berucap degunakan alat pembesar suara. orang ramai pada awalnya, enggan berganjak dan membina perisai manusia untuk menghalang tindakan tersebut. Namun akibat ditolak oleh beberapa orang anggota polis yang merempuh akhirnya mereka terpaksa akur. Sebelum bersurai laungan "Hidup Rakyat" disuarakan beberapa kali oleh orang ramai yang kecewa dengan sikap pihak polis itu. Arahan bersurai telah dibuat oleh Ketua Polis Daerah Kuantan sendiri, ACP Mohd Jasmani Yusof. Selepas program berakhir di Taman Gelora, satu sidang media khas telah diadakan di Restoran Mexica, Seri Dagangan Kuantan (berhadapan dengan Megamall Kuantan) selepas itu. Antara pimpinan yang hadir ialah YB Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan), Tan Bun Teat (Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas), Andansura Rabu (Pengerusi BADAR), Dato' Ambiga Sreenevasan (Pengerusi Bersih 2.0) termasuk juga wakil Ahli Parlimen Australia (Green) iaitu Robin Chapple, Wong Tat, See Ping (SEPA's) dan lain-lain lagi. Media antarabangsa turut hadir. [Apa yang jelas dapat disaksikan Himpunan Hijau 109 yang diadakan hari ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Biar pun ada gangguan dan tidakan provokasi pihak-pihak tertentu, namun kebijaksanaan anggota polis dibawah pimpinan OCPD Kuantan, ACP Jasmani Yusof haruslah dipuji. Rakyat perlu tahu, mereka mendapat arahan dan tekanan daripada pihak atasan yang takut gelombang suara rakyat terus bergema menentang projek berisiko tinggi termasuk Lynas di negeri ini. Sokongan rakyat dari pelbagai bangsa dan agama jelas membayangkan Kerajaan Negeri Pahang masih gagal mendapat sokongan penuh rakyat dalam isu Lynas sebenarnya. Langkah menghantar beberapa orang pemimpin UMNO dan NGO terbabit dengan membawa bersama acara hiburan yang melibatkan pelatih PLKN jelas sekali sesuatu yang tidak wajar sebenarnya. Kerajaan boleh gunakan Stadium Darul Makmur jika mereka mahu mengadakan program yang serupa dengan mengajak rakyat menyokong Lynas. Kenapa perlu gunakan pasukan polis untuk menghalang suara rakyat dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini. Bantahan rakyat kini semakin memuncak menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Jika tersilap langkah BN pasti akan kecundang di Pahang] -PDO Pelatih PLKN Kem Hijrah Pekan diangkut bagi menganggu program itu Ia telah mengganggu peserta Himpunan Hijau 109 untuk berhimpun secara aman. Sidang media yang diadakan di Restoran Mexica selepas program tersebut. Kehadiran Ahli Parlimen Australia Mr.Robin Chapple mendapat perhatian Pengerusi Bersih 2.0, Dato' S. Ambiga juga turut hadir memberi sokongan Tindakan pihak polis mendapat bantahan daripada orang ramai yang hadir Kelihatan OCPD Tuan Jasmani arahkan tan Bun Teat berhenti berucap |
Mohd Sabu Ulas Insiden Labis: Tindakan Provokasi Amalan Primitif Posted: 09 Oct 2011 05:16 AM PDT Labis - Tuan Haji Mohammed Sabu, Timbalan Presiden PAS menyifatkan tindakan pihak yang cuba melakukan provokasi pada majlis ceramahnya di Labis seolah-olah masih berada di alam primitif. ''Kita kena keluar dari alam primitif. Berlawanlah dengan hujah.'' tegasnya. Mohammad atau dikenali sebagai Mat Sabu menegaskan perkara ini dengan katanya adalah suatu yang tidak bertepatan dengan amalan demokrasi dalam negara ini dengan cara mengganggu majlis orang lain. ''Kita memilih jalan pilihan raya. Ini cara amalan demokrasi bukan mengancam majlis orang. Ini tindakan yang tak betul.'' ujarnya. Semalam Mtd Pas Benut melaporkan wujudnya cubaan menggagalkan majlis ceramah sehingga mengakibatkan seorang petugas Jabatan Amal cedera dibaling batu sewaktu bertugas mengawal lalu lintas di Labis. Beliau menambah lagi dengan katanya amalan demokrasi yang sihat adalah memberi ruang kepada rakyat melakukan perbandingan dengan penyampaian dasar parti masing-masing, bukan membuat 'kacau'. Sebaliknya menurut beliau lagi dengan menimbulkan ketegangan itu, ia tidak mendatangkan kebaikan bahkan lebih memburukkan lagi keadaan. ''Kalaulah UMNO buat penerangan, kami tak menghalang untuk pergi dengar. Dia (UMNO) buat sebelah sana. Kita (PAS) buat sini. Buat perbandingan. Inilah amalan demokrasi yang sihat. Kalaulah UMNO buat ceramah, Unit Amal ganggu, sayapun tak setuju'' terangnya. Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapannya pada majlis pelancaran Gerakan Kebangkitan Peneroka Kebangsaan (BANGKIT) dan Kempen Mansuhkan Hutang Peneroka di Dataran Cikgu Mala, Pekan Labis, dekat sini, jumaat lepas. Beliau berkata lagi bahawa negara-negara maju dilihat jauh lebih matang dalam pengamalan demokrasinya dan mengharapkan agar negara ini mengikut cara yang diamalkan oleh kebanyakan negara dalam dunia. ''Kalau kacau orang dengan cara yang tak elok ini bukan amalan demokrasi bagi negara maju seperti Eropah, Jepun. Semua orang dah keluar dari alam primitif. Berlawanlah dengan hujah. ''Sudahlah guna tv-radio. Tak cukup, guna akhbar. Kita tak kisah. Kita harap, kita dah lama merdeka, kita sudah semakin matang bukan makin teruk'' ujarnya lagi. Pada majlis yang sama kaunter pendaftaran ahli baru dibuka kepada orang ramai dengan melibatkan beberapa NGO seperti BANGKIT, KERABAT, ANAK dan Jabatan Amal. Hadir sama, Dato' Dr. Mahfodz Mohammed, Pesuruh jaya PAS Johor, Saudara Mazlan Aliman, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Hj. Adly Zahari, Pesuruh Jaya PAS Melaka. -fb mtdpasbenut |
Perkasa Cemburu Namewee Kebal Undang-undang Posted: 09 Oct 2011 03:30 AM PDT Naib Ketua Wira Perkasa, Nurul Izham Anuar menggelar kerajaan sebagai `serigala hilang taring' kerana takut bertindak ke atas Namewee yang kini menjadi pengarah filem Nasi Lemak 2.0. "Namewee ini bebas buat apa sahaja selepas dimaafkan," katanya. Menurutnya, pandangan beliau itu bukan kerana Namewe seorang yang berketurunan Cina. Beliau bertanya adakah Namewee dihukum atas kesalahannya mempersendakan lagu Negaraku dan azan? "Jawabannya tidak. Namewee terus kebal, tiada tindakan diambil ke atas penghinan Negaraku sehingga kini. "Mengapa dia begitu kebal,? tanya Nurul. Namewee pernah mencetuskan kontroversi pada tahun 2009 apabila menyanyikan lagu Negarakuku ketika belajar di Taiwan. Contoh buruk Beliau berkata, pendirian Wira Perkasa mengenai perkara itu adalah jelas dan konsisten. Katanya, Namewee adalah contoh yang buruk untuk diikuti oleh generasi baru dan kerajaan tidak seharusnya membiarkannya mempersendakan kerajaan dan rakyat. Menurutnya, Wira Perkasa sangat khuatir apa yang dilakukan Namewee iaitu dengan hanya memohon maaf maka sesuatu itu boleh dianggap selesai. Nurul juga mendakwa, Namewee mendapat perhatian istimewa kerajaan dalam pelbagai isu. "Apa yang hebatnya lelaki ini diberikan perhatian begitu? Kita juga tidak ralat sekiranya ramai lagi Namewee bakal lahir selepas ini," tambahnya. -FMT Ulasan GB Selama ini Perkasa yang kebal undang-undang walaupun mereka mengancam keselamatan dengan isu-isu perkauman sempit tak sedarkah? |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan