Isnin, 10 Oktober 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Kenaikan elaun hanya untuk kepentingan MP Barisan Nasional

Posted: 10 Oct 2011 01:08 AM PDT

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, cadangan kenaikan elaun untuk ahli parlimen hanya memberi kepentingan besar kepada peruntukan elaun dan bukannya untuk menggaji kakitangan.

Atas dasar itulah beliau menolak cadangan berkenaan, kata Anwar (kiri) ketika ditanya wartawan di bangunan parlimen hari ini.

"Sebahagian besarnya pergi kepada elaun ahli parlimen, ini tidak boleh diterima.

"Jika (jawatankuasa kecil) kembali dengan cadangan baru, kata mereka hendak sediakan pegawai penyelidik, pembantu di parlimen, itu perkara lain.


"Tapi apa yang dicadangkan ialah perkara khusus lain," katanya lagi.

Namun beliau tidak menghalang sekiranya ahli parlimen Pakatan Rakyat menyokong cadangan berkenaan, katanya lagi.

Tambahnya, perkara itu juga tidak dapat diterima pada waktu rakyat berdepan dengan beban kos sara hidup.

"Saya tidak kata ahli parlimen tidak boleh pertimbang. Tapi, macam mana anda boleh buat begini.

"Anda lihatlah harga barangan dan harga makanan...," katanya lagi.



Parlimen - Pakatan Rakyat Berjaya Sekat Wang Rakyat Dari Dijoli MP BN

Posted: 09 Oct 2011 10:41 PM PDT

Cadangan kenaikan elaun MP ditarik balik

Cadangan mengkaji semula elaun dan kemudahan ahli-ahli parlimen telah dibatalkan kerana mendapat tentangan daripada pembakang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

Pada sidang akhbarnya di lobi parlimen hari ini, Nazri berkata beliau telah menarik balik cadangan berkenaan.

Pada pembentangan Bajet 2012, Jumaat lalu, perdana menteri berkata menyedari tanggungjawab, tugas serta beban kerja ahli-ahli parlimen yang semakin bertambah dari hari ke hari dan perlunya memupuk budaya politik baru bersesuaian dengan Program Transformasi Politik, kerajaan bercadang mengkaji semula elaun dan kemudahan mereka.


Bagaimanapun menurut Datuk Seri Najib Razak cadangan itu dengan syarat, kedua-dua belah pihak, parti kerajaan dan parti pembangkang mestilah seiya sekata bersetuju. Ini termasuklah ahli parlimen Bebas.



Ahli Parlimen Bersorak Macam Beruk Masa Perbentangan Bajet Sebab Inilah..

Posted: 09 Oct 2011 04:39 PM PDT

Elaun ahli Parlimen dijangka naik dua kali ganda

KUALA LUMPUR, 10 Okt — Ahli-ahli Parlimen dijangka akan menikmati kenaikan elaun mereka dua kali ganda di bawah struktur baru yang dicadangkan termasuk aspek berkaitan dengan hak dan keistimewaan wakil rakyat peringkat persekutuan itu.

The Malaysian Insider difahamkan jawatankuasa kajian semula yang dibentuk tahun lalu telah mengesyorkan agar saraan wakil rakyat dinaikkan antara RM30,000 dan RM35,000 termasuk elaun. Kini kadar diterima mereka dianggarkan sekitar RM12,000 sebulan.

Ketika membentangkan Bajet 2012 Jumaat lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) berkata, "menyedari tanggungjawab, tugas serta beban kerja ahli-ahli Parlimen yang semakin bertambah dari hari ke hari dan perlunya kita memupuk budaya politik baru bersesuaian dengan Program Transformasi Politik yang saya umumkan baru-baru ini, maka kerajaan bercadang untuk mengkaji semula elaun dan kemudahan ahli-ahli Parlimen sekalian."


"Dengan syarat.....kedua-dua belah pihak, parti kerajaan dan parti pembangkang mestilah seiya sekata bersetuju. Termasuklah yang bebas-bebas itu. Setelah dipersetujui nanti, elaun baru ini akan berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan," kata beliau yang juga Menteri Kewangan.

Bagaimanapun beliau tidak memberi butiran lanjut.

Jawatankuasa sembilan anggota yang dipengerusikan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar juga mengesyorkan agar diperluaskan hak dan kebebasan ahli-ahli Parlimen dan mewujudkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA), yang dimansuhkan pada 1992.

Wan Junaidi mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa jawatankuasa itu telah mengemukakan tiga rang undang-undang iaitu Rang Undang-undang PSA, Rang Undang-undang Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) (Pindaan) 1952 dan Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 1980 kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dua minggu lalu.

Bagaimanapun Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong tidak mahu mendedahkan butiran mengenai kadar baru yang disyorkan.

Katanya, perkara itu perlu dibincangkan oleh ketiga-tiga mereka sebelum dikemukakan untuk penelitian lanjut kesemua wakil rakyat dan kemudian dibawa kepada kerajaan.

"Kami telah bersetuju bahawa perkara ini perlu dirahsikan sehingga notis selanjutnya. Masih terlalu awal," kata beliau ketika dihubungi.

Wan Junaidi mahu The Malaysian Insider menekankan bahawa ahli-ahli Parlimen Malaysia merupakan antara mereka yang menerima saraan paling rendah di dunia, yang bersamaan dengan wakil rakyat Christmas Island dan Fiji.

"Anda boleh katakan bahawa kita antara yang paling rendah dibayar di dunia. Kita empat kali lebih rendah berbanding Indonesia dan Thailand... dan sudah pasti tidak perlu bandingkan kita dengan Singapura," katanya lagi.

Saraan ahli-ahli Parlimen dikaji semula lima kali — 1992, 1997, 2001, 2002 dan 2005 sejak Akta Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) 1980 digubal.
Pada 2005, gaji pokok dinaikkan daripada RM5,916.90 kepada RM6,508.59 tidak termasuk faedah lain seperti elaun bulanan pemandu RM1,200.




Sapu Malaysia - Adakah Kita Masih Mahu Percaya Dengan BN Lagi?

Posted: 09 Oct 2011 09:58 AM PDT





Pegawai Atasan Beri Arahan, Polis Bawahan Jadi Kambing Hitam.. Kesian..

Posted: 09 Oct 2011 04:43 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Okt — Bersih 2.0 mendakwa pihak berkuasa telah menjadikan seorang anggota polis sebagai "kambing hitam" memikul tangungjawab penuh dalam kes kontroversi melepaskan gas pemedih mata ketika meleraikan penunjuk perasaan di kawasan Hospital Tung Shin di sini 9 Julai lalu.

"Ini sesuatu yang mengarut. Setiap orang ada melihat... keseluruhan dunia telah menonton video. Seorang anggota dijadikan kambing hitam.

"Jika anda mengatakan hanya seorang, adakah mereka telah mengadakan siasatan lengkap? Bagaimana mereka boleh kata hanya seorang sahaja (yang terlibat)?" kata anggota jawatankuasa Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah kepada The Malaysian Insider.

"Mereka seperti Menteri Kesihatan (Datuk Seri Liow Tiong Lai) yang menafikan Tung Shin dijadikan sasaran, ini satu penafian lebih seorang anggota polis terlibat," kata Chin.

Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh memberi jaminan akan mengambil tindakan disiplin ke atas seorang anggota — yang berpangkat koperal — jika didapati bersalah melanggar garis panduan operasi (SOP) semasa meleraikan perhimpunan Bersih 2.0 di kawasan Hospital Tung Shin.

Namun, beliau berkata pihaknya masih mengumpulkan bukti bagi menyiasat kesahihan dakwaan bahawa anggota berkenaan bertindak di luar SOP semasa melaksanakan tugas.

"Kita akan ambil tindakan disiplin dan tatatertib di peringkat IPK (ibu pejabat polis Kuala Lumpur) jika siasatan mendapati perkara itu benar," kata beliau.

Kenyataan Kementerian Dalam Negeri pada Selasa lalu menyebut siasatan Kementerian Kesihatan mengesahkan polis telah melanggar SOP dan bertindak secara tidak beretika ketika hendak meleraikan perhimpunan Bersih 2.0 di kawasan Hospital Tung Shin.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata, anggota polis yang didapati bersalah akan dirujuk kepada lembaga disiplin Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mahmood berkata, Kementerian Dalam Negeri mengambil maklum hasil laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Siasatan Dalaman Peringkat Tertinggi, Kementerian Kesihatan mengenai insiden gas pemedih mata dan meriam air ditembak ke dalam kawasan Hospital Tung Shin.

"Keputusan siasatan mendapati bahawa memang wujud tindakan tidak beretika dan di luar daripada garis panduan operasi polis oleh kakitangan PDRM ketika tindakan penguatkuasaan dilakukan dalam menangani ahli perhimpunan yang secara salah mempergunakan premis hospital tersebut," kata beliau.

Mahmood menambah, laporan itu antara lain menyebut bahawa berlaku semburan air oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat parkir kenderaan bertingkat dan pintu masuk utama hospital itu.

"Bagaimanapun, tindakan ini adalah semata-mata bertujuan untuk menyuraikan kelompok penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di dalam kawasan hospital," kata beliau lagi.

Mahmood juga berkata laporan itu menunjukan bahawa berlaku tembakan gas pemedih mata dari arah premis Waz Lian oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan hospital, dan bagaimanapun, dakwaan yang menyatakan berlakunya tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital adalah tidak benar kerana ia berlaku di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan hospital berkenaan.

"Berlaku lontaran 'bom asap' oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat parkir kenderaan Hospital Bersalin Cina," kata beliau.

Berhubung insiden lontaran bom asap, kata Mahmood, hasil siasatan mendapati ia bukan berlaku dalam kawasan Hospital Tung Shin tetapi di kawasan Hospital Bersalin Cina di mana dari segi pentadbirannya, adalah berasingan daripada Hospital Bersalin Cina.

"Pihak Hospital Bersalin Cina sebenarnya telah memberhentikan operasinya semenjak September 2006 kerana akan dibuat pengubahsuaian secara makro atau menyeluruh terhadap keseluruhan premisnya yang akan bermula pada Disember 2011," katanya lagi.



Tiada ulasan: