Isnin, 31 Oktober 2011

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


KERANA KURANG AJAR, PENYOKONG NEGERI SEMBILAN KENA BELASAH ?

Posted: 30 Oct 2011 12:31 PM PDT


Betul ke tidak cerita ini aku tak tahu. Diberitakan seorang penyokong bolasepak Negeri Sembilan dibelasah oleh beberapa orang penyokong Terengganu sejurus tamat Perlawanan Akhir Bolasepak Piala Malaysia malam kelmarin.

Puncanya, dikatakan penyokong dari Negeri Sembilan ini mula membuat `provokasi' terhadap penyokong Terengganu yang malam itu Terengganu tewas kepada Negeri Sembilan 1-2. Beliau telah membakar bendera Negeri Terengganu, maka itulah puncanya budak kurang waras ini dibelasah. Aku pun setuju jika budak itu diajar sedemikian kerana perbuatannya yang kurang ajar. Kalau mahu merayakan kemenangan pun, kibarkan saja bendera Negeri Sembilan, mengapa pergi rajin bakar bendera negeri lain?

Itu kerja bodoh dan tidak melambangkan semangat kesukanan. Jika budak tu bakar bendera atau logo FAM tu, aku taklah pelik sangat pasal Setiausaha Agung FAM pun kurang ajar juga. Tidak kurang ajar ke bila Setiausaha Agung FAM boleh kata, terpulang pada peminat samada mahu datang ke stadium atau boikot kerana negara ini demokrasi. Setiausaha Agung FAM tu jawab macam orang bodoh dan sombong apabila ramai peminat bantah harga tiket naik sehingga RM50.

Aku penyokong Negeri Sembilan juga, tapi aku amat tak setuju kalau kita meraikan kemenangan sampai menghina bendera orang lain. Ini kerja yang amat memalukan. Mungkin, berbaloi kot budak tu kena belasah....

Cerita lanjut, baca je di bawah ni...
----------------------------------------------------------------------------------------

SEORANG lelaki yang dipercayai penyokong pasukan bola sepak Negeri Sembilan dibelasah teruk di Stadium Shah Alam malam tadi selepas perlawanan akhir Piala Malaysia, Terengganu menentang Negeri Sembilan.

Lelaki tersebut dibelasah beramai-ramai oleh penyokong bola sepak Terengganu kerana tindakannya yang didakwa telah membakar bendera Negeri Terengganu serta mencetuskan provokasi setelah pasukan Terengganu tewas 1 - 2 kepada Negeri Sembilan. Lelaki tersebut dikatakan mencetuskan provokasi dengan membakar bendera Negeri Terengganu di kawasan tempat letak kereta penyokong Terengganu.

Rakan-rakan yang cuba menyelamatkannya juga turut terkena pukulan sekumpulan penyokong Terengganu yang berang dengan tindakan itu.
Tindakannya yang cuba menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke dalam sebuah bas penyokong Terengganu memburukkan lagi keadaan. Meskipun ada segelintir penumpang yang simpati, lelaki tersebut terus dipukul.

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/10/lelaki-dibelasah-kerana-bakar-bendera.html#ixzz1cEk1SMo3

Tiada ulasan: