Kelab Greenboc |
- Kenyataan Karpal Hudud Tambahkan Bilangan Kes Jenayah Tidak Berfakta
- Isu Pengakuan Janda: Umno Kini Guna Isu Seks Sesama Sendiri
- Kenyataan Soi Lek Hudud Takutkan Pelabur Asing Adalah Dusta
- [Panas] Bapa Saudara Johari Baharom Sertai Pakatan Rakyat
- Fatwa Qardhawi: Hubungan Seksual Suami-Isteri
- Pakatan Rakyat Jangan Pandang Rendah Usaha UMNO BN Rampas Selangor
- Aziz Bari Buat Laporan Polis Mengenai Peluru & Nota Ugutan
- Pelajar Perempuan Hilang Selepas Pergi Ke Sekolah
- Harta FLOP, Imelda Marcos Dirampas, Bila Lagi Harta FLOM?
Kenyataan Karpal Hudud Tambahkan Bilangan Kes Jenayah Tidak Berfakta Posted: 31 Oct 2011 12:53 AM PDT Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh menolak cadangan kerajaan negeri Kelantan bahawa undang-undang sivil harus setegas seperti undang-undang hudud . Karpal, seorang peguam yang berpengalaman luas, berkata bahawa ia tanggapan salah untuk mentafsirkan bahawa hukum hudud atau undang-undang yang tegas seperti hukuman mati boleh menghalang seseorang daripada membuat kesalahan. Katanya, penyokong hukum akan berhujah, tidak seperti undang-undang jenayah, standard pembuktian adalah sangat tinggi bagi kes-kes jenayah. Walaupun standard pembuktian bagi undang-undang jenayah adalah "tanpa sebarang keraguan yang munasabah", undang-undang hudud adalah berdasarkan "kepastian", katanya. "Sebagai contoh, empat orang saksi Islam cukup syarat diperlukan untuk membuktikan kes-kes zina mengikut undang-undang hudud. Ini adalah mustahil dan tidak sesuai untuk negara ini," kata Karpal, pada sidang akhbar di Pulau Pinang, semalam. "Ia akan menjadi mustahil untuk membuat dakwaan. Penjenayah akan bebas kerana adalah mustahil bagi pihak pendakwa membuktikan kes kerana mememerlukan empat saksi beragama Islam yang cukup syaratnya. "Malah, akan berlaku lebih banyak jenayah di negara ini apabila penjenayah tahu betapa sukarnya untuk membuktikan kes dan menghukum mereka. Perkara ini perlu dijelaskan kepada semua orang," kata Karpal lagi. -mk Ulasan GB Apa yang kita lihat kenyataan Pengerusi DAP mengenai hudud di atas tidak bersandarkan kepada fakta tetapi hanya satu alasan dari pemikiran yang dangkal bagi menyembunyikan kebencian terhadap hukum Islam. Fakta yang jelas ialah jenayah berkurangan dan amat rendah di negara yang mengamalkan hukum hudud. Sila lihat jadual di bawah. Bandingkan angka-angka jenayah rogol di negara yang tidak mengamalkan hudud dengan negara yang mengamalkannya. Kajian di atas memaparkan pada tahun 2002, di Kanada yang jumlah penduduknya 33.5 juta terdapat 24,350 kes rogol dicatatkan. Di Amerika dengan jumlah penduduk 306 juta, 95,136 kes rogol berlaku. Di Malaysia sendiri yang jumlah penduduknya 28 juta terdapat 1,431 kes rogol. TETAPI di negara Arab Saudi yang mengamalkan hukum hudud, daripada jumlah penduduknya yang seramai hampir 25 juta, cuma menghadapi 59 kes rogol. Jadi dimanakah justifikasi kenyataan Karpal Singh yang menuduh hukum hudud hanya akan menambah bilangan kes jenayah dan bukan mengurangkannya? |
Isu Pengakuan Janda: Umno Kini Guna Isu Seks Sesama Sendiri Posted: 30 Oct 2011 11:30 PM PDT Peperangan skandal seks dalam Umno demi menjatuhkan lawan dianggap semakin berleluasa apabila seorang janda membuat pendedahan berani yang dikatakan melibatkan seorang Ketua Bahagian Umno di Kelantan baru-baru ini. Rakaman VCD pengakuan tersebut yang telah mula tersebar di Kelantan itu dikatakan dibuat oleh pihak di dalam Umno sendiri berikutan pihak yang melakukan temuramah tersebut dikenal pasti merupakan ahli Umno. Demikian menurut penulis politik terkenal yang merupakan Ketua Pengarang akhbar Siasah, Mohd Sayuti Omar di dalam blognya, Merah Tinta MSO baru-baru ini setelah menonton VCD pengakuan tersebut. "Tetapi dari VCD pendedahan berani bercampur tidak bermoral ini membuktikan inilah stail politik dan amalan orang Umno. "Membuat pendedahan untuk memalukan seseorang tidak menjadi masalah kepada mereka, apa yang penting kepuasan batin kerana berjaya mengaib dan kemudian menjatuhkan lawan. "Kerana saya mempercayai orang yang menjadi tukang interview itu adalah orang Umno, maka saya yakin ia adalah kerja Umno juga," tulis beliau di dalam blognya. Taktik seks makan diri Beliau menganggap menggunakan isu seks telah menjadi satu trend politik baru dan kesan yang memakan diri berikutan sikap Umno sebelum ini yang dikatakan telah mencipta video lucah bagi memburukkan tokoh tertentu tidak berapa lama dahulu. "Nampaknya menjatuhkan kawan dengan menyebarkan video lucah dan pendedahan berani ini menjadi satu trend baru dalam politik negara ini. "Mungkin inilah yang diajar atau hasil ilham orang-orang Umno yang mereka cipta video lucah untuk memburukkan tokoh tertentu ia kini telah memakan diri sendiri," menurutnya. Sayuti juga mendakwa bahawa beliau amat yakin dapat mengecam individu yang melakukan temuramah di dalam rakaman pengakuan janda dirogol tersebut. "Suara sang interview janda itu saya dapat cam dengan cerat, dia lelaki dan bekas seorang artis tumpangan yang berlakon dalam sebuah komedi pada tahun 90-an. "Kalau diminta untuk membuat kawad cam, saya sedia tampil kerana saya kenal benar dengan perantara itu," tulis beliau lagi. Dirogol hingga mengandung Dalam pendedahan tersebut, janda yang dikatakan sebagai mangsa itu mendakwa beliau telah dirogol oleh individu berpengaruh terbabit di sebuah hotel di Golok sehingga menyebabkan beliau mengandung. "Dia ajak saya berjumpa dengannya, mulanya hendak berjumpa di Rantau Panjang, tetapi disebabkan dia bimbang diketahui orang sebab dia orang politik ramai orang kenal, dia mengajak saya ke Golok. "Di Golok, dia menempah sebuah bilik hotel, sebaik masuk bilik hotel, ketua bahagian terus membuka seluar, baju dan memaksa dia bersetubuh dengannya. "Saya cuba menolak tetapi apakan daya kudrat saya sebagai perempuan, akhirnya tepaksa mengalah. "(Selepas itu) saya memberi tahu kepada dia mengenai keadaan diri saya, saya ingat dia orang baik dan benar-benar mahu menerima saya sebagai isteri, tetapi tidak, dia minta saya menggugurkan kandungan dan memberi RM600 untuk tujuan itu," dakwa wanita itu dipetik dari blog terbabit. Sayuti juga difahamkan bahawa wang RM600 itu telah diberi melalui seorang wanita lain yang mempunyai kaitan dengan sebuah NGO terkenal di Kelantan yang dipimpin oleh seorang Ahli Parlimen yang pernah melompat parti. "Saya difahamkan wang RM600 itu diberi melalui seorang perempuan yang merupakan bekas kepada sebuah pertubuhan NGO yang terkenal di Kelantan suatu masa dulu yang dipimpin oleh seorang ahli Parlimen lompat," menurut beliau. Wanita tersebut juga mendakwa selain beliau, beberapa wanita lain pernah menjadi mangsa nafsu buas pemimpin Umno terbabit tanpa mengira samada berstatus isteri orang mahupun anak dara termasuklah seorang isteri serta anaknya sekali. "Banyak lagi yang jadi mangsa dia ini, termasuk seorang isteri orang bersama anaknya sekali, siang dipikul anak, malam dia gendung emak," kata wanita di dalam rakaman pengakuan itu lagi. -FMT Umno Main Kotor Sesama Sendiri Ulasan GB Itulah budaya UMNO! Baru padan dengan muka. Syaitan dengan syaitan berperang tentu lagi dasyat. Silap gaya lepas ini team masing-masing akan keluarkan video lucah pihak lawannya. Mereka yang terlibat dan ada "saham" dalam mengedar video lucah tersebut tentu tidak akan ketinggalan seperti Ahmad Maslan, pihak media dan lain-lain. Tidak hairan nanti ada pemimpin-pemimpin UMNO yang suka sangat mengenai isu video seks tersebut, akan dapati dirinya juga dibogelkan oleh blogger-blogger UMNO sendiri yang kemaruk seks itu. Tuhan itu Adil. Dia kembalikan kepada kamu apa yang kamu suka. Kamu suka video seks, kamu akan "dimasukkan" sebagai pelakon di dalamnya. Kamu redha dengan fitnah, kamu akan terkena fitnah juga. Kamu nak tumbangkan PR dengan fitnah melalui video seks, tetapi dengan video seks kamu juga, UMNO yang sebenarnya tumbang nanti akhirnya..... Itu hukum kebenaran dan keadilan. |
Kenyataan Soi Lek Hudud Takutkan Pelabur Asing Adalah Dusta Posted: 30 Oct 2011 08:30 PM PDT Bohong: Pelabur takut undang-undang Islam KUALA LUMPUR, 30 Okt: Dakwaan kononnya perlaksanaan undang-undang Islam menakutkan pelabur adalah pembohongan, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. "Kita ambil Iran sebagai contoh. Walaupun melaksanakan undang-undang Islam, negara itu menerima pelaburan langsung asing (FDI) sehingga US$3.6 bilion tahun lalu. "Jika kuasa-kuasa besar tidak memaksakan sekatan atau sanction ke atas Iran, adalah diyakini jauh lebih banyak FDI melimpah masuk ke negara itu," katanya. Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semalam dilaporkan mendakwa perlaksanaan undang-undang hudud akan menyebabkan negara ini mundur serta menakutkan pelabur asing dan pelancong. "Sekarang zaman maklumat di hujung jari, Dr Chua jangan menghina dirinya sendiri dan menyerlahkan kepada umum bahawa beliau tidak tahu apa-apa. "Walaupun melaksanakan undang-undang Islam, berjuta-juta pelancong membanjiri Iran dan dalam tahun 2010 sahaja, 400 hotel dan 200 hotel apartment dibina untuk menampung keperluan pelancong ke negara itu," katanya. Dari segi kemajuan pula, kata Mohamad, lebih baik Dr Chua tutup mulut. "Ketika Malaysia tidak habis-habis didedahkan membeli senjata dengan harga yang berlipat kali ganda lebih mahal dari pihak luar, penganalisis Barat percaya Iran mampu menghasilkan bom nuklear dalam masa dua tahun kalau ia mahu. "Negara mundur tidak mungkin boleh membuat senjata malah tak habis-habis membeli senjata dari orang lain dengan harga yang belipat kali ganda lebih mahal. "Mungkin kena tipu atau pemimpin yang menipu rakyat melalui pembelian mahal berlipat kali ganda itu kerana memang menjadi perangai pemimpin negara mundur suka menipu rakyat," kata beliau. Mohamad menyifatkan kenyataan Dr Chua itu membuktikan pemikiran beliau serendah pemikiran ketua cawangan Umno. "Dr Chua mungkin hendak menghina undang-undang Islam dengan kenyataannya itu. "Hakikatnya, beliau menghina dirinya sendiri dengan menelanjangkan kemunduran fikirannya dan undang-undang Islam tidak terjejas dengan kenyataannya itu," kata beliau. Mohamad mengingatkan, undang-undang Islam tidak hina atau menjadi tidak bertamadun dengan penghinaan orang-orang yang menghinanya. "Undang-undang Islam berdiri dengan kekuatannya sendiri. "Penghinaan si penghina tidak menjadikan ia hina dan ia tidak juga hebat hanya kerana pujian orang. Ia hebat kerana kehebatannya sendiri," tegas beliau. -HD PAS kecam Soi Lek cetus polemik agama |
[Panas] Bapa Saudara Johari Baharom Sertai Pakatan Rakyat Posted: 30 Oct 2011 05:58 PM PDT Changlon : Pak Su Dan (Shahidan), bapa saudara kepada Johari Baharom telah mengisi borang masuk PKR. Beliau hari ini telah menceritakan segala-galanya tentang Johari Baharom. Johari menurutnya, telah banyak menaburkan janji kosong kepada rakyat terutamanya di kawasan Parlimen Kubang Pasu. Di kedai makan Pak su Danlah yang menjadi markas bagi Johari Baharom, Markaz Dato Zaini, dan puteri Umno. Tetapi semasa pilihanraya sahaja, selepas Pilihanraya, Pak Su Dan terus dilupakan oleh Johari Baharom. Beliau juga telah menarik lebih 200 orang untuk masuk PKR. Pak Su Dan berpendapat, jika dia tidak dilawat tak ape, tetapi haruslah menjadi tangungjawab seorang pemimpin untuk balik melihat rakyat. Bukan sahaja Pak Su Dan, malah pemandu-pemandu teksi kawasan changlun berasa kesal dengan tindakan Johari Baharom yang menaburkan jnji kosong kepada mereka. Tahun lepas, satu persidangan antara Johari Baharom, agensi-agensi yang bertangungjawab dengan pemandu-pemandu teksi telah dibuat dan pemandu-pemandu teksi telah dijanjikan oleh mereka untuk menyelesaikan masalah mereka iaitu pemandu pemandu teksi Siam yang mengugat pendapatan pemandu teksi tempatan, namun ia hanyalah janji kosong. Sehingga hari ini, setahun lebih, mereka tidak mendapat apa-apa jawapan dari pihak Johari Baharom. Pihak pakatan rakyat telah berjumpa dengan mereka, dan akan usulkan kepada pusat dan meminta pusat mengkaji semula sistem keselamatan. -wikimalay |
Fatwa Qardhawi: Hubungan Seksual Suami-Isteri Posted: 30 Oct 2011 03:59 PM PDT Sebenarnya, masalah hubungan antara suami-isteri itu pengaruhnya amat besar bagi kehidupan mereka. Maka hendaknya mereka memerhatikan atau menghindari hal-hal yang dapat menyebabkan kerusakan dan kelangsungan hubungan suami-isteri. Kesalahan yang bertumpuk boleh mengakibatkan kehancuran bagi kehidupan keluarganya. Agama Islam dengan nyata tidak mengabaikan segi-segi kehidupan manusia dan kehidupan berkeluarga, yang telah diterangkan tentang perintah dan larangannya. Semua telah tercantum dalam ajaran-ajaran Islam, misalnya mengenai akhlak, tabiat, suluk, dan sebagainya. Tidak ada satu hal pun yang diabaikan (dilalaikan). Islam telah menetapkan pengakuan bagi fitrah manusia dan dorongannya akan seksual, serta ditentangnya tindakan ekstrim yang condong menganggap hal itu kotor. Oleh kerana itu, Islam melarang bagi orang yang hendak menghilangkan dan memfungsikannya dengan cara menentang orang yang berkehendak untuk selamanya menjadi bujang dan meninggalkan sunnah Nabi SAW, yaitu menikah. Nabi SAW telah menyatakan sebagai berikut: "Aku lebih mengenal Allah daripada kamu dan aku lebih khusyuk, kepada Allah daripada kamu. Tetapi aku bangun malam, tidur, berpuasa, tidak berpuasa dan menikahi wanita. Maka barangsiapa yang tidak senang (mengakui) sunnahku, maka dia bukan termasuk golonganku." Islam telah menerangkan terhadap kedua pasangan setelah pernikahan, mengenai hubungannya dan masalah-masalah seksual. Bahkan mengerjakannya dianggap suatu ibadat. Sebagaimana dikatakan Nabi SAW, "Di kemaluan kamu itu ada sedekah (pahala)." Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah ketika kami bersetubuh dengan isteri akan mendapat pahala?" Rasulullah SAW menjawab, "Ya. Andaikata bersetubuh pada tempat yang dilarang (diharamkan) itu berdosa. Begitu juga dilakukan pada tempat yang halal, pasti mendapat pahala. Kamu hanya menghitung hal-hal yang buruk saja, akan tetapi tidak menghitung hal-hal yang baik." Berdasarkan tabiat dan fitrah, biasanya pihak laki-laki yang lebih agresif, tidak memiliki kesabaran dan kurang dapat menahan diri. Sebaliknya wanita itu bersikap pemalu dan dapat menahan diri. Kerananya diharuskan bagi wanita menerima dan menaati panggilan suami. Sebagaimana dijelaskan dalam hadits, "Jika si isteri dipanggil oleh suaminya kerana perlu, maka supaya segera datang, walaupun dia sedang masak." (HR Tirmidzi) Nabi SAW menganjurkan supaya si isteri jangan sampai menolak kehendak suaminya tanpa alasan, yang dapat menimbulkan kemarahan atau menyebabkannya menyimpang ke jalan yang tidak baik, atau membuatnya gelisah dan tegang. Nabi SAW bersabda, "Jika suami mengajak tidur si isteri lalu dia menolak, kemudian suaminya marah kepadanya, maka malaikat akan melaknat dia sampai pagi." (Muttafaq Alaih). Keadaan yang demikian itu jika dilakukan tanpa uzur dan alasan yang masuk akal, misalnya sakit, letih, berhalangan, atau hal-hal yang layak. Bagi suami, supaya menjaga hal itu, menerima alasan tersebut, dan sadar bahwa Allah SWT adalah Tuhan bagi hamba-hamba-Nya Yang Maha Pemberi Rezeki dan Hidayat, dengan menerima uzur hambaNya. Dan hendaknya hamba-Nya juga menerima uzur tersebut. Selanjutnya, Islam telah melarang bagi seorang isteri yang berpuasa sunat tanpa seizin suaminya, kerana baginya lebih diutamakan untuk memelihara haknya daripada mendapat pahala puasa. Nabi SAW bersabda, "Dilarang bagi si isteri (puasa sunnah) sedangkan suaminya ada, kecuali dengan izinnya." (Muttafaq Alaih) Disamping dipeliharanya hak kaum laki-laki (suami) dalam Islam, tidak lupa hak wanita (isteri) juga harus dipelihara dalam segala hal. Nabi SAW menyatakan kepada laki-laki (suami) yang terus-menerus puasa dan bangun malam. Beliau bersabda, "Sesungguhnya bagi jasadmu ada hak dan bagi keluargamu (isterimu) ada hak." Abu Hamid Al-Ghazali, ahli fiqih dan tasawuf, dalam kitab Ihya' mengenai adab bersetubuh, berkata, "Disunnahkan memulainya dengan membaca basmalah dan berdoa, sebagaimana diajarkan Nabi SAW, "Ya Allah, jauhkanlah aku dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau berikan kepadaku." Al-Ghazali berkata, "Dalam suasana ini (akan bersetubuh) hendaknya didahului dengan kata-kata manis, bermesra-mesraan dan sebagainya. Dan menutup diri mereka dengan selimut, jangan telanjang menyerupai binatang. Sang suami harus memelihara suasana dan menyesuaikan diri, sehingga kedua pasangan sama-sama dapat menikmati dan merasa puas." Menurut Ibnul Qayyim, tujuan utama dari jimak (bersetubuh) itu adalah: 1) Dipeliharanya nasab (keturunan), sehingga mencapai jumlah yang ditetapkan menurut takdir Allah. 2) Mengeluarkan air yang dapat mengganggu kesihatan badan jika ditahan terus. 3) Mencapai maksud dan merasakan kenikmatan, sebagaimana kelak di surga. Ditambah lagi mengenai manfaatnya, yaitu menundukkan pandangan, menahan nafsu, menguatkan jiwa dan agar tidak berbuat serong bagi kedua pasangan. Nabi SAW bersabda, "Wahai para pemuda, barangsiapa yang mampu melaksanakan pernikahan, maka hendaknya menikah. Sesungguhnya hal itu menundukkan penglihatan dan memelihara kemaluan." Kemudian Ibnul Qayyim berkata, "Sebaiknya sebelum bersetubuh hendaknya diajak bersenda-gurau dan menciumnya, sebagaimana Rasulullah SAW melakukannya." Ini semua menunjukkan bahwa para ulama dalam usaha mencari jalan baik tidak bersifat konservatif. Bahkan tidak kalah kemajuannya daripada penemuan-penemuan atau pendapat masa kini. Yang dapat disimpulkan di sini adalah bahwa sesungguhnya Islam telah mengenal hubungan seksual di antara kedua pasangan, suami-isteri, yang telah diterangkan dalam Alquranul Karim pada surah Al-Baqarah, yang ada hubungannya dengan peraturan keluarga. Firman Allah SWT: "Dihalalkan bagi kamu pada malam hari puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasannya kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu, Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah kamu, hingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedangkan kamu beriktikaf dalam masjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya..." (QS Al-Baqarah: 187). Tidak ada kata yang lebih indah, serta lebih benar, mengenai hubungan antara suami-isteri, kecuali yang telah disebutkan, yaitu: "Mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka." (QS Al-Baqarah: 187) Pada ayat lain juga diterangkan, yaitu: "Mereka bertanya kepadamu tentang haid, katakanlah: Haid itu adalah suatu kotoran. Oleh sebab itu, hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertobat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri. isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercocok tanam, maka datangilah tanah tempat bercocok tanammu itu dengan cara bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan takwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa kamu kelak akan menemui-Nya. Dan berilah kabar gembira bagi orang-orang yang beriman." (QS Al-Baqarah: 222-223) Maka, semua hadis yang menafsirkan bahwa dijauhinya yang disebut pada ayat di atas, hanya masalah persetubuhan saja. Selain itu, apa saja yang dapat dilakukan, tidak dilarang. Pada ayat di atas disebutkan: "Maka, datangilah tanah tempat bercocok tanammu dengan cara bagaimanapun kamu kehendaki." (QS Al-Baqarah: 223) Tidak ada suatu perhatian yang melebihi daripada disebutnya masalah dan undang-undang atau peraturannya dalam Alquranul Karim secara langsung, sebagaimana diterangkan di atas. -republika |
Pakatan Rakyat Jangan Pandang Rendah Usaha UMNO BN Rampas Selangor Posted: 30 Oct 2011 08:29 AM PDT Muhyiddin terus `gempur' Selangor PETALING JAYA: BN terus menggempur Selangor bagi merampas semula kerajaan negeri yang terlepas kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga pengerusi BN Selangor sudah beberapa kali menggempur Selangor dan kali terakhir sehari selepas beliau membentangkan bajet 2011 pada 7 Oktober lalu. Begitu juga dengan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melawat beberapa daerah di negeri itu hujung minggu lalu. Khamis ini, sekali lagi timbalan perdana menteri akan menggempur Selangor. Beliau akan hadir dalam program yang dinamakan `Nurani rakyat sayangi Selangor' di Kelang dan Shah Alam. Jumpa NGO "Di Kelang, TPM akan menghadiri program mesra rakyat di pangsapuri PKNS Pandamaran Jaya, Pelabuhan Kelang. "Muhyiddin akan bertemu dengan pelbagai NGO, persatuan belia, ahli JKKK Persekutuan serta sumbangan Aidiladha. "Sumbangan cermin mata kepada 12 sekolah terplih dan sumbagan kepada tokong Cina," kata Setiausaha BN negeri, Datuk Seri Mohd Zin Mohamad. Di Seksyen 17 Shah Alam, Muhyiddin akan menghadiri perhimpunan rakyat, melancarkan projek laman Agro dan menyampaikan sumbangan aidiadha. Beliau juga akan mengunjugi beberapa rumah pemimpin masyarakat di Shah Alam. -FMT UMNO Guna Taktik 3R Tarik Sokongan Melayu Ulasan GB Berdasarkan kepada perkembangan terkini dan juga maklumat-maklumat semasa, UMNO/BN nampaknya akan terus berusaha untuk merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat di dalam PRU ke 13 ini. Mereka akan berusaha mempastikan matlamat itu dicapai by hook or by crook kerana Selangor merupakan negeri yang peting untuk memperkukuhkan pemerintahan UMNO/BN di bawah Najib dan Muhyiddin. Limpahan PATI yang diberikan taraf kewarganegaraan dengan menjadikan mereka sebagai pengundi-pengundi adalah diantara langkah yang dijangka menyebabkan hasrat UMNO BN itu seakan menjadi kenyataan. Dan sebarang kelemahan kerajaan PR Selangor betapa kecil sekalipun akan dimanipulasikan bagi mempengaruhi pengundi atas pagar supaya menyokong BN. Malah UMNO BN juga sudah berjaya mempunyai proxynya sendiri di dalam barisan exco kerajaan negeri. Begitu juga dengan petadbiran kerajaan negeri di mana proxy UMNO sudah dinobatkan sebagai SUK Negeri. Ia sebahagian grand design UMNO BN untuk merampas Selangor. Kemudian, jangan lupa kejatuhan Terengganu ke tangan UMNO BN di dalam 2004 dimana faktor daftar pemilih & pengundi luar memainkan peranan penting. Disamping faktor "royal" menjadi faktor utama rampasan kuasa di Perak. Kedua-dua faktor ini akan digunakan serentak untuk merampas Selangor. Justeru itu, GB tidak dapat melihat UMNO BN tidak dapat merealisasikan impian mereka untuk merampas negeri Selangor kecuali ada usaha yang bersepadu, tegas dan pantas oleh PR Selangor bagi mempertahankan negeri terkaya di dalam Malaysia ini terlepas ke tangan BN. |
Aziz Bari Buat Laporan Polis Mengenai Peluru & Nota Ugutan Posted: 30 Oct 2011 06:15 AM PDT Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari hadir di ibu pejabat Polis Daerah Gombak dekat sini bagi memberi keterangan susulan berhubung sebutir peluru dan nota ugutan yang diterimanya pagi semalam. Beliau berkata dalam kejadian pada pukul 11.45 pagi semalam peluru dengan nota ugutan yang tertulis "jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti" itu, dihantar melalui pos ketika beliau mahu pulang ke rumah mertuanya di Taiping, Perak. Aziz kini disiasat pengurusan UIA, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kenyataannya menyentuh titah Sultan Selangor berkenaan kes Gereja Methodist Damansara Utama, awal bulan ini. "Saya telah membuat laporan semalam di Balai Polis Taiping dan hari ini saya datang untuk memberi keterangan lanjut . . . pihak polis telah mengambil peluru tersebut untuk siasatan," katanya. Dipetik Bernama Online, Aziz berkata ugutan yang diterima tidak akan mematahkan semangatnya untuk meneruskan tugas seperti biasa dan beliau yakin mungkin ada segelintir pihak yang kurang berpuas hati dengan komen beliau terhadap titah Sultan Selangor baru-baru ini. Tindakan Aziz mempertikai titah Sultan Selangor dibantah beberapa pihak, termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan keengganan pensyarah itu meminta maaf sebagai "kurang ajar". Polis mengesahkan peluru yang diterima Aziz adalah jenis caliber 9mm dan motif pihak tertentu menghantarnya masih dalam siasatan. Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan daripada Aziz pada pukul 7 petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah. -TMI Ulasan GB GB sudah ulas semalam. Petikan: Gejala hantar surat ugutan & peluru, simbah cat merah, pecah rumah & pejabat, lempar molotov koktil dan larikan komputer riba serta seumpamanya sudah menjadi trend - tapi malangnya satu trend yang bebal. Klik untuk baca |
Pelajar Perempuan Hilang Selepas Pergi Ke Sekolah Posted: 30 Oct 2011 04:28 AM PDT Padang Serai: Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang selepas dihantar ke sekolahnya di Lunas dekat sini pada tengah hari Isnin lepas. Nur Ainina Adila Muhd Zuki (gambar), yang dihantar ke sekolah oleh jiran mereka, Rosnah Ahmad dengan menaiki motosikal secara bayaran bulanan, bagaimanapun tidak muncul semasa dijemput oleh wanita itu selepas waktu persekolahan pada petangnya. "Ketika hendak mengambilnya pulang pada petang hari, Rosnah mendapati anak saya itu tidak keluar daripada sekolah dan menunggu anak saya itu sehingga 30 minit," kata bapa pelajar itu Muhd Zuki Jahaya kepada pemberita di rumahnya di Kampung Perenggan, Lunas pada Ahad. Muhd Zaki, 46, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Perenggan, berkata Rosnah, 46, segera menghubungi isterinya Hajar Othman, yang memaklumkan kepadanya dan mereka bergegas ke sekolah namun gagal menemuinya. Hajar, 44, berkata mereka diberitahu oleh beberapa kawan sekelas anaknya itu yang anak mereka tidak hadir di kelas pada hari berkenaan. Katanya dia dan suaminya kemudian membuat laporan mengenai kehilangan anaknya itu di Balai Polis Lunas kira-kira pukul 9.45 malam, hari yang sama. Katanya rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas ada merakamkan gambar Rosnah ketika menghantar anaknya ke sekolah tetapi selebihnya tiada. Hajar berkata anak bongsu mereka itu yang lebih mesra dengan panggilan "Nina" dan "Dikna" adalah seorang pendiam dan pernah memberitahunya bahawa dia mahu bertukar sekolah. "Dia pernah menyuarakan hasratnya itu kepada saya akibat dia sering dibuli dan diejek rakan-rakan sekolahnya kerana kekurangan yang terdapat pada dirinya yang agak lembam dan terkebelakang dalam bidang akademiknya," katanya. Sementara itu, keluarga Muhd Zuki telah melakukan pelbagai cara untuk menjejaki anaknya itu termasuk mengedarkan gambar Dikna di stesen minyak sekitar daerah Kulim, Bandar Baharu di Kedah dan sekitar Bukit Mertajam, Kepala Batas dan Seberang Perai serta Pulau Pinang. Muhd Zuki berharap sesiapa yang mengetahui atau menjumpai Dikna supaya menghubunginya di talian 019-5253307 dan 019-5033091(Hajar) atau mana-mana balai polis. - BERNAMA |
Harta FLOP, Imelda Marcos Dirampas, Bila Lagi Harta FLOM? Posted: 30 Oct 2011 03:14 AM PDT Manila: Tiga hartanah di Manila yang dimiliki oleh bekas wanita pertama negara itu yang ranggi, Cik Imelda Marcos, akan dirampas pihak berkuasa sebagai bayaran bagi wang yang beliau salahgunakan hampir tiga dekad lalu, kata pemerintah Filipina semalam. Rumah-rumah itu bernilai sejumlah US$1.3 juta(RM4.00 juta), menurut pemerintah negara itu. Langkah itu menamatkan satu pertarungan undang-undang yang bermula pada 1987, setahun selepas mendiang suami Cik Marcos, bekas presiden Ferdinand Marcos, diguling, kata seorang jurucakap bagi Suruhanjaya Presiden bagi Pemerintahan Baik Filipina, Encik Nick Suarez. Beliau berkata tidak diketahui apakah keluarga Encik Marcos pernah tinggal dalam rumah-rumah itu, yang akan dijadikan pampasan bagi 10 juta peso yang diambil secara haram daripada agensi pengimport beras Filipina pada 1983. 'Ia satu kemenangan bagi rakyat Filipina dan pemerintah kerana kita telah mendapatkan semula apa yang telah dicuri,' kata Suarez kepada agensi berita AFP. Suruhanjaya itu telah berusaha mencari jalan untuk mendapatkan semula wang berjumlah sehingga berbilion dolar yang dicuri oleh mendiang diktator Filipina dan keluarganya itu semasa beliau memegang jawatan presiden negara itu. Sebuah mahkamah antirasuah khas memutuskan pada April lalu bahawa keluarga Encik Marcos harus mengembalikan wang tersebut kepada pemerintah, bersama faedahnya, dan mahkamah yang sama juga memutuskan minggu ini bahawa pemerintah Filipina kini boleh merampas hartanah itu selepas keluarga berkenaan gagal melunaskannya. Jurucakap bagi Cik Marcos tidak dapat dihubungi untuk mengulas perkara itu. Mendiang Marcos memerintah Filipina dari 1965 hingga 1986, dengan sebahagian besar tempoh tersebut beliau bertindak sebagai seorang diktator. Keluarga dan sekutu-sekutu beliau telah didakwa mencuri berbilion dolar daripada dana negara semasa pemerintahannya. Cik Marcos terkenal kerana tabiatnya yang kuat belanja dan gaya hidupnya yang serba mewah, walaupun negaranya serba miskin. -- AFP. Ulasan GB Itu FLOP - First Lady Of Philipphines. Bilakah lagi untuk FLOM - First Lady Of Malaysia? Yang juga mempunyai harta melimpah ruah setelah Najib menjadi PM dimana FLOM juga seperti Imelda terkenal kerana tabiatnya yang kuat belanja dan gaya hidupnya yang serba mewah? Cincin dan beg FLOM berjuta nilainya. Itu baru dua barangan. Belum cungkil habis harta-harta lain.... |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan