Ahad, 16 Oktober 2011

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Biasalah orang tua...lupalah tu!!

Posted: 16 Oct 2011 07:15 PM PDT





  • Aziz Bari: Siapa kurang ajar pada raja-raja Melayu?
  • "Cuba bandingkan, apa yang saya katakan dan tulis (mengenai Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama) dengan apa yang diperkatakan dan dilakukannya pada tahun 1983 dan 1993," kata Aziz.

Aziz Bari Sambut Cabaran Zulbabwe Untuk Berdebat..Jangan Lari Ha...!!

Posted: 16 Oct 2011 03:58 AM PDT

Sambil menegaskan beliau telah memulakan kajian ini sejak 1991 Aziz menambah "orang-orang seperti Senator Ezam Mohd Nor Pengerusi Pengerusi Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor Hamidzun Kamarudin dan Ahli Parlimen Datuk Zulkifli Noordin elok duduk dan baca buku ".

"Jangan mengarut dan menyesatkan orang lain," katanya lagi.

Aziz juga berkata beliau difahamkan sebuah stesen webTV hendak menganjurkan debat antara saya dengan Zulkifli dan beliau bersedia bila-bila masa.

"Saya harap Zul jangan lari dan jangan hanya berani dalam Parlimen sahaja. Dia cabar saya supaya berhenti UIA dan masuk politik.


Dan di bawah ini ialah cabaran Zulbabwe kepada Dr. Aziz Bari dalam blognya...

Malahan, dengan sikap partisan kepartian yang ditunjukkan oleh Aziz Bari, teman mencabar beliau supaya meletakkan jawatan sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa dan ceburkan diri dalam politik kepartian. Persilakan. Sertailah parti Anwar Ibrahim kalau mahu. Atau daftarlah sebagai ahli PAS, mahupun DAP.

Kalau tak ada parti yang mahu menerima beliau, buatlah parti sendiri. Parti tupperware pun takpe. Nanti dalam PRU 13, masuklah bertanding sebagai calon. Kalau takde sangat tempat, teman persilakan Aziz Bari bertanding di Parlimen Kulim Bandar Baharu, atau mana-mana kawasan Parlimen yang beliau mahu. Bertandinglah mewakili parti apa yang dia nak, ataupun atas lambang apa juga dia pilih.

Janganlah cari makan di Universiti Islam yang dibiaya oleh Kerajaan Persekutuan. Janganlah berselindung dibalik jubah professor di UIA sambil syok menembak sembrono orang lain. For once, be man enough to face the people, the voters!

Uhh... kesiannya. Tak tau lagilah ko ni dipilih bertanding semula ke idak oleh Najib bawah BN? Nak bertanding sendiripun hutang dulu tak bayor lagi. Ada hati nak pelawa orang bertanding di Kulim Bandar Baru. Lu sapa yob? Hehe...

Lagi satu tang perenggan akhir tu lu kena ingat sendirilah...lu menang dulupun atas tiket PKR. Lu tumpang tuah aje yob...kalu ada maruah lu letaklah jawatan...!! Haha...kembang kempis hidung nak menipu lagilah tu...

Tiada ulasan: