Ahad, 16 Oktober 2011

dollah yankee

dollah yankee


Ahli umno kena paksa Najib bagi jawapan kenapa tak boleh??!

Posted: 16 Oct 2011 05:42 AM PDT

Gurkah-gurkah di'port' cukup tahu kenapa umno tak boleh tuntut dan jangan mimpi mahukan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, sebab yang selalu melepak bersama-sama kami di 'port' ada lah salah seorang bekas pengasas parti Gerakan yang bersama-sama dengan Lim Chong Eu dah lama cerita dekat kami punca umno hanya bermimpi di-siang hari untuk nak jadi Ketua Menteri Pulau Pinang.
Olih itu kepada ahli-ahli umno yang sering memukul gendang bercakap tentang perkara mahukan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang ini diserahkan kembali pada umno, gurkah-gurkah di'port' nasihatkan supaya anda semua kena paksa Najib supaya dia ceritakan hal yang sebenar kerana Najib dan lain-lain PM sebelum ini pun tahu apa perjanjian Lim Chong Eu/Gerakan dengan arwah bapa Najib, Tun Razak.

Hari ini cerita ini di-timbulkan kembali olih ahli-ahli umno (yang cap jari sebagai ahli pun belum kering) sehinggakan memaksa Najib telah membuat keputusan ....

Mimpi Disiang Hari Umno/BN Di Pulau Pinang
Umno tak akan tuntut jawatan KM P Pinang
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Umno tidak akan menuntut untuk mengetuai pentadbiran negeri Pulau Pinang sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri itu dalam pilihan raya akan datang.

Katanya, perkara itu telah dipersetujui secara prinsip oleh ketua perhubungan Umno Pulau Pinang.
"Umno tidak akan meminta kerusi ketua menteri sekiranya BN diberikan mandat oleh rakyat Pulau Pinang sekali lagi," katanya selepas merasmikan persidang nasional parti GERAKAN hari ini.

dollah yankee -
Ini lah masalah bila ahli-ahli umno yang cap jari mereka sebagai ahli masih belum kering, tapi mahu tunjuk lagak, mahu tunjuk juara dan mahu tunjuk 'champion'.

Tiada ulasan: