RAKYAT MARHAEN |
- Video-Libyan revolution: Interim fighters advance on Bani Walid
- Video : YB Dato Husam Musa - cadangan agihan royalti minyak kepada rakyat kelantan
- Serang kubu Umno dengan 25,000 risalah Imelda Rosmah
- Wacana ilmu bincang kepimpinan Tuan Guru
- Apabila nyanyuk menjadi suatu kenikmatan......
- Hudud sebagai pendekatan tangani gejala sosial
- Tiada bukti dalam 'konspirasi Kristian', kata Hisham
- Isu hina Sultan: SKMM siasat profesor
- Anak muda bakal dijadikan pekakas UMNO-BN… sekali lagi
- 21st (i)
- Anugerah Projek 250Juta Kepada Keluarga Menteri.?
- Kelantan mampu maju jika Pusat telus
- Cerpen : Hanya lima ratus ringgit
- Budaya menulis pemimpin PAS hambar?
- Calon boleh menang belum tentu ‘boleh menang’
- Agenda Selangorku: Ke Arah Menjadikan Selangor Negeri Idaman Dan Contoh
- Rakyat Malaysia reka jam Menara Mekah
- Selamatkan akidah umat Islam!
- Dapat RM500 lepas tu siap-siaple...LHDN sudah ada fail anda...!!!
- Menteri kata tak payah bayar yuran PIBG....
- Politik Sengal : Rumah YDP PAS Segamat disimbah cat merah
- Nik Aziz: ‘Bolehkah orang tentang hudud sokong Akta Murtad’
- Sampai bila Malaysia akan diperintah oleh pemimpin yang gagal
- Peter Chin mahu jawatan presiden SUPP
- Pemuda PAS Sabah lancar Kempen Selamatkan Pulau
Video-Libyan revolution: Interim fighters advance on Bani Walid Posted: 16 Oct 2011 09:26 PM PDT | ||
Video : YB Dato Husam Musa - cadangan agihan royalti minyak kepada rakyat kelantan Posted: 16 Oct 2011 09:25 PM PDT | ||
Serang kubu Umno dengan 25,000 risalah Imelda Rosmah Posted: 16 Oct 2011 09:23 PM PDT REMBAU 16 Okt: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan menggempur kubu-kuat Umno dengan 25 ribu risalah seluruh negara bagi mendedahkan pemborosan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, risalah setebal 16 muka bertajuk "Penjelasan Isu Cincin, Imelda Rosmah Boros" itu akan mendedahkan pembelian cincin berlian berharga RM24.45 juta dan pembaziran lain yang dilakukan Rosmah. Menurutnya, serangan risalah itu akan dilakukan di lokasi yang dikenalpasti, terutama di kawasan luar bandar dan pengundi majoriti Melayu yang masih menyokong Umno-BN. "(Kita) sedia maklum pengundi Melayu di luar bandar terlalu bergantung kepada media pro Umno seperti Utusan Malaysia, RTM dan TV3. Mereka masih tidak faham isu cincin berlian bernilai RM24.45 juta ini. Pelbagai fitnah dilemparkan ke atas saya kononnya saya menipu dalam isu ini. "Dalam risalah tebal ini saya bukan sahaja menjawab segala pertuduhan dengan bukti nyata tetapi merungkai kronologi isu cincin ini daripada mula ia dibawa masuk sehingga kononnya telah dibawa keluar dari negara," katanya Read More / Baca Lagi >> | ||
Wacana ilmu bincang kepimpinan Tuan Guru Posted: 16 Oct 2011 09:20 PM PDT Oleh ABDUL SHUKUR HARUN Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan saja dilihat sebagai pemimpin parti politik Islam, bahkan sebagai pemimpin yang mempunyai wawasan jauh, malah mendahului zamannya. ADA dua ciri pemimpin, iaitu pemimpin yang bertaraf negarawan dan satu lagi pemimpin politik biasa. Negarawan memikirkan nasib masa depan negara dan rakyatnya, sementara pemimpin politik hanya memikirkan kemenangan pilihan raya. Tentu saja tidak mudah untuk menjadi negarawan, tetapi mudah untuk menjadi pemimpin politik biasa, lebihlebih lagi yang sekular, yang mengkesampingkan agama dalam interaksi politiknya. | ||
Apabila nyanyuk menjadi suatu kenikmatan...... Posted: 16 Oct 2011 09:16 PM PDT Oleh: tokpepijat "Bila Dr Mahathir melabel Pakar Undang-Undang Dr Aziz Bari sebagai "kurang ajar" kerana sikapnya menegur Sultan Selangor, ini semacam satu "lawak jenaka" bagi politik Malaysia. Pelik betul perangai Mahathir. Semua orang tidak betul. Dia sahaja betul dan bagus. Adakah ini tanda umurnya diambang sore. Mengidap sindrom kenyanyukkan? Read More / Baca Lagi >> | ||
Hudud sebagai pendekatan tangani gejala sosial Posted: 16 Oct 2011 09:05 PM PDT KOTA BHARU, 17 Okt: Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK) merujuk kepada hasrat kerajaan Negeri Kelantan yang ingin melaksanakan sistem berteraskan hudud adalah suatu langkah yang baik. "Pihak kami mewakili suara pelajar mahasiswa Islam di Kelantan menyambut baik hasrat tersebut," kata Timbalan Yang Dipertuanya, Mohd Syahiran Muhammad. Jelasnya, hudud merupakan satu tuntutan syariat dan aqidah bagi umat Islam. Katanya, perintah perlaksanaan hudud adalah bersifat qati'e atau mutlak iaitu kewajipan yang mesti dilaksanakan yang harus diterima oleh umat Islam negeri ini. Read More / Baca Lagi >> | ||
Tiada bukti dalam 'konspirasi Kristian', kata Hisham Posted: 16 Oct 2011 09:04 PM PDT Akhbar The Sun melaporkan bahawa perkara itu didedahkan oleh ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi pada sidang akhbarnya di Georgetown semalam yang memetik jawapan bertulis di Dewan Rakyat oleh menteri berkenaan. Menurut Ooi, yang juga dituduh terbabit dengan plot itu, jawapan itu soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin. Akhbar itu memetik Ooi berkata kes berkenaan telah diklasifikasikan sebagai NFA (tiada tindakan lanjut) oleh timbalan pendakwa raya selepas kertas siasatan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara Read More / Baca Lagi >> | ||
Isu hina Sultan: SKMM siasat profesor Posted: 16 Oct 2011 09:03 PM PDT "Seorang pegawai SKMM akan datang menemui saya di pejabat di Gombak jam 1030 ini. "Mungkin kerana desakan (kolumnis) Awang Selamat dalam MM (Mingguan Malaysia) semalam," katanya kepada Malaysiakini pagi ini. | ||
Anak muda bakal dijadikan pekakas UMNO-BN… sekali lagi Posted: 16 Oct 2011 08:58 PM PDT Oleh Muhammad Zir 17 OKTOBER – Tiga cadangan Datuk Seri Najib Razak untuk anak muda telah menimbulkan banyak persoalan tentang niat dan hasil di sebalik keindahan nama-nama program yang cuba dijualnya kepada golongan belia. Dalam pembentangan Bajet 2012, satu syarikat modal teroka milik kerajaan, iaitu MyCreative Venture Capital, akan ditubuhkan untuk menggalakkan pembabitan golongan muda menerokai bidang industri kreatif. Untuk kesekian kalinya, ia membawa maksud, kerajaan UMNO-Barisan Nasional akan menggunakan wang rakyat untuk berniaga. Ini adalah format perniagaan sentralisasi oleh kerajaan, kuasa dan monopoli kerajaan sedang berjalan rancak. Dalam asas demokrasi sosial atau dalam konsep Pakatan Rakyat sekali pun, dasar disentralisasi menjadi matlamatnya. Inilah konsep Ketuanan Rakyat, kita mahu rakyat bijak berdikari dan hanya dipandu oleh kerajaan, bukan dicucuk hidung oleh kerajaan. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 16 Oct 2011 08:54 PM PDT Oleh: MSK "The illiterate of the 21st century will not be those who cannot read and write, but those who cannot learn, unlearn and relearn." Tajuk ni Chor yang bagi yang bermaksud, illiterates of the 21st Century, dan mintak aku tambah semangkuk sebab dia dah fed-up dengan pemikiran politik cabang. Petang semalam aku join Xenan and bros kat Taiping…juga sembang perkara yang sama. Tentang kualiti pemimpin. Kata-kata Alvin Toffler ini selalu digunakan dalam kursus pengurusan. Nak kaitkan dalam konteks politik…susah jugak nak cari modai. Zaman berubah..persekitaran berubah…dan kita juga kena berubah. Read More / Baca Lagi >> | ||
Anugerah Projek 250Juta Kepada Keluarga Menteri.? Posted: 16 Oct 2011 08:50 PM PDT Siapa yang nak jadi kaya di Malaysia tiada masalahnya, tidak kisahlah mereka ini Melayu, Cina ataupun India. Rasanya orang tidak akan melenting apatah lagi menyimpan perasaan dengki sekalipun dengan golongan kaya seperti ini asalkan mereka berjaya hasil usaha dan titik peluh mereka sendiri. Tetapi, yang menjadi pertikaian & persoalannya kalau ada kalangan "mereka-mereka" yang mengumpul kekayaan dengan dengan jalan pintas, atas kapasiti mereka ada kuasa ataupun mempunyai hubungan baik dengan "pihak-pihak yang berpengaruh & berkepentingan" sehingga begitu mudah Read More / Baca Lagi >> | ||
Kelantan mampu maju jika Pusat telus Posted: 16 Oct 2011 08:43 PM PDT Negeri Kelantan sebuah negeri di pantai timur dan terkenal dengan adat dan budaya ketimuran sebenarnya boleh menjadi sebuah negeri yang termaju di negara ini. Rakyat Kelantan yang rajin berniaga tidak kira apa juga bangsa dan keturunannya setidaknya boleh mencapai tahap sebuah bangsa yang maju setanding dengan rakyat di Korea dan Jepun. Namun, segala impian itu telah tersekat kerana kerakusan pemimpin di kerajaan pusat yang hanya tahu mengaut hasil mahsul negeri termasuk minyak dan gas asli yang menjadi sumber baru untuk negeri Kelantan. Apakah punca dan sebab mereka bertindak kejam terhadap rakyat Kelantan sedangkan rakyat Kelantan juga beragama Islam dan berbangsa Melayu secara majoritinya. Mahu tidak mahu rakyat Kelantan terpaksa melangkah dan berhijrah di bandar lain di Malaysia ini demi memenuhi kehendak dan budaya keusahawanan yang telah dipupuk sejak lahir lagi. | ||
Cerpen : Hanya lima ratus ringgit Posted: 16 Oct 2011 08:41 PM PDT Oleh KERIS ALAM SMS ringkas yang diterima Arman pagi itu agak meresahkan dan mengocak perasaannya apabila waktu itu berada di pertengahan Ramadan. Isteri dan anak-anaknya sedang menanti kiriman wang; terasa sayu bila berulang kali dia menatap telefon bimbitnya. Dia mahu menyudahkan kerjanya sebelum pergi ke bank pada petang itu, dia akan membalas SMS isterinya dengan menjanjikan petang itu juga dia akan mengirimkan wang untuk mereka. Kawan sepejabatnya, Ravi berjalan melintasi hadapannya seraya menyapa. "Bonus kerajaan sudah masuk. Apa lagi Arman, petang boleh pergi cucuk wang." Read More / Baca Lagi >> | ||
Budaya menulis pemimpin PAS hambar? Posted: 16 Oct 2011 08:36 PM PDT Oleh ZAHIRUDDIN ZABIDI SEBAGAI editor dan penulis buku, menjadi kelaziman bagi saya berkunjung ke mana-mana kedai buku. Dari kedai buku kecil hinggalah kepada rangkaian kedai buku gergasi seperti MPH dan Popular. Bagi para pencinta buku, berkunjung ke kedai buku samalah perasaan terujanya dengan para wanita atau isteri yang melihat jualan murah di gedung membelibelah, sukar dinyatakan! Bagaikan ada adrenalin khas yang entah dari mana menguasai waras akal dan jiwa lantas mendorong diri ke sana. Read More / Baca Lagi >> | ||
Calon boleh menang belum tentu ‘boleh menang’ Posted: 16 Oct 2011 08:34 PM PDT KUALA LUMPUR, 17 Okt — Sementara Datuk Seri Najib Razak mengulangi mahu meletakkan calon-calon boleh menang dalam pilihan raya umum ke-13 mewakili Barisan Nasional (BN), penganalisis dan pemerhati politik melihat aspek atau pendekatan itu tidak semestinya akan membawa kemenangan kepada perikatan tersebut. Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, kriteria sebegini menjadi pilihan rakyat mahupun parti kerana rakyat mahukan calon terbaik yang dapat mewakili kepentingan dan memberi khidmat terbaik serta memahami masalah rakyat. Read More / Baca Lagi >> | ||
Agenda Selangorku: Ke Arah Menjadikan Selangor Negeri Idaman Dan Contoh Posted: 16 Oct 2011 08:20 PM PDT Agenda Selangorku Pelan dan Visi Untuk Tiga Tahun 2011-2013 telah dilancarkan oleh YAB Dato' Menteri Besar, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia peringkat Negeri Selangor pada 16 September 2011. Agenda Selangorku bertujuan menjelaskan falsafah pentadbiran dan wawasan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor serta menggariskan program-program dan perancangan kerajaan negeri untuk tempoh dua tahun akan datang. | ||
Rakyat Malaysia reka jam Menara Mekah Posted: 16 Oct 2011 08:18 PM PDT MEKAH – Seharusnya Malaysia boleh berbangga melihat struktur menara jam yang tersergam indah menghadap Masjidil Haram di sini, Menara Hotel Jam Diraja Mekah atau dikenali sebagai Abraj Al-Bait, kerana ia sebenarnya mempunyai 'sentuhan anak Malaysia'.Wan Nazri Wan Aria, 31, merupakan jurutera syarikat dari Jerman, SL Rasch, yang bertanggungjawab menampilkan reka bentuk dan pembinaan menara jam gergasi itu.Katanya menara itu memerlukan 'lightweight steel structure' untuk menyokong jam gergasi itu, dan di sini kejituan teknologi Jerman dengan kerjasama tenaga pakar dari syarikat Premier Composite Technology dari Dubai, diperlukan untuk menyempurnakan tanggungjawab itu. | ||
Posted: 16 Oct 2011 08:16 PM PDT Ridhuan Tee Abdullah Tanggal 22 Oktober 2011, kita sebagai umat Islam akan melakarkan sejarah, percubaan untuk mengimpunkan seramai sejuta orang di Stadium Shah Alam. Sama ada berjaya atau tidak, kita serahkan kepada Allah SWT.Perhimpunan ini yang dianjurkan oleh Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) serta badan-badan bukan kerajaan, NGO-NGO Islam, mewakili pelbagai pertubuhan, institusi-Institusi pendidikan, warga korporat, kelab-kelab sukan dan riadah, persatuan seni mempertahankan diri, pasukan beruniform, kelab-kelab belia, ahli jawatankuasa masjid dan surau, tenaga guru dan lain-lain badan. Perhimpunan yang bertemakan "Selamatkan Akidah", secara tidak langsung mahu memberi amaran kepada bukan Islam supaya tidak mencampuri urusan orang Islam dan jangan sekali berani memurtadkan mereka. | ||
Dapat RM500 lepas tu siap-siaple...LHDN sudah ada fail anda...!!! Posted: 16 Oct 2011 08:09 PM PDT Oleh: sifuyus "Bagi korang yang rasa macam best sangat dapat RM500 tu, aku cuma nak ingatkan dan tolong bagitau orang2 kampung.. Sebenar-benarnya BN nak pastikan yg semua orang x kira apapun statusnya ada fail kat LHDN..Caranya mudah utk pastikan org ramai termasuk org kampung x boleh lari dr cukai pendapatan. Logiknya target tahun ni kerajaan mesti capai lebih daripada RM90 bilion. Mungkin sekali tu je dapatnya maklumle one off.Bagi makcik pakcik yg ada berniaga nasi lemak ke, ada sawit ke, siap-siaple untuk dikenakan cukai. Sekarang ni pegawai2 LHDN pun tengah meronda keliling Malaysia..Bijakkan kerajaan BN..Bagi RM500 tp pulangannya nanti sangat lumayan..pada yg syok sangat tu jangan marah..hi..hi" | ||
Menteri kata tak payah bayar yuran PIBG.... Posted: 16 Oct 2011 08:03 PM PDT Oleh: amkns " Hancurlah pendidikan negara macam ni. Bajet 2012 bukan main lagi Najib berbangga yuran sekolah yang hanya RM24.50 dimansuhkan. Najib lupa yuran PIBG ada yang sampai RM300 apa cerita? Yuran PIBG lah selama ini diguna untuk membantu sekolah dan guru dalam pelbagai aktiviti akademik dan kokurikulum di sekolah sebab peruntukan kerajaan BN yang selalu tak ada, lambat, tak cukup. Akhirnya Menteri dibawah pun kata pelajar miskin wajar dikecuali yuran PIBG. Pelajar miskin bermakna mereka dari keluarga pendapatan RM3,000. Read More / Baca Lagi >> | ||
Politik Sengal : Rumah YDP PAS Segamat disimbah cat merah Posted: 16 Oct 2011 07:59 PM PDT SEGAMAT, 17 Okt: Rumah Yang Dipertua PAS Segamat, Firdaus Masood, telah dilontar cat merah dipercayai dilakukan pihak-pihak yang begitu marah setelah merasakan pengaruh mereka tergugat dan tercabar berikutan kehadiran dua tokoh Pakatan Rakyat, baru-baru ini. Kehadiran Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada 10 Oktober dan diikuti dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dua hari kemudian (12 Oktober), benar-benar telah menimbulkan kemarahan pihak-pihak terbabit sehingga bertindak di luar batas moral. Read More / Baca Lagi >> | ||
Nik Aziz: ‘Bolehkah orang tentang hudud sokong Akta Murtad’ Posted: 16 Oct 2011 07:58 PM PDT "Saya diminta untuk memberikan respons tentang isu Akta Murtad, saya menyokong. "Cuma saya musykil, bolehkah orang yang menentang hudud menyokong Akta Murtad?" kata beliau (gambar) dalam satu mesej menerusi laman sosial Facebook hari ini. Read More / Baca Lagi >> | ||
Sampai bila Malaysia akan diperintah oleh pemimpin yang gagal Posted: 16 Oct 2011 07:53 PM PDT Oleh Hafiz Zainuddin 17 OKTOBER – Datuk Seri Najib Razak menyindir Belanjawan Pakatan Rakyat sebagai bajet yang 'menjanjikan bulan dan bintang' yang bunyinya sama seperti ejekan budak-budak sekolah yang masih berhingus. Mungkin, ia bukanlah sesuatu terjangkau oleh fikiran mereka di pihak Barisan Nasional kerana Pakatan Rakyat bukan sekadar menjanjikan urus tadbir ekonomi yang baik malah menawarkan pentadbiran yang berintegriti dan telus seperti mana terbukti di negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Bukti-bukti kejujuran Pakatan Sebagai contoh, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang tidak berasaskan perkauman dan politik kronisme berjaya mencatatkan lebihan bajet untuk tiga tahun berturut-turut sejak 2008 mellaui urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT). Read More / Baca Lagi >> | ||
Peter Chin mahu jawatan presiden SUPP Posted: 16 Oct 2011 07:38 PM PDT Persidangan perwakilan tiga tahun sekali Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Disember ini dijangka menyaksikan jawatan presiden ditandingi oleh menteri kabinet kerajaan negeri dan menteri kabinet persekutuan. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin (kanan) semalam mengesahkan hasratnya untuk bertanding jawatan presiden semingu selepas Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Negeri, Datuk Seri Wong Soon Koh mengumumkan hasratnya. Peter Chin merupakan ahli parlimen Miri sementara Wong adalah ADUN Bawang Assan. Chin yang juga setiausaha penganjur SUPP berkata beliau membuat keputusan itu berikutan gesaan daripada 306 pemimpin akar umbi dari 33 cawangan parti yang bermesyuarat di ibu pejabat parti semalam. SUPP mempunyai 43 cawangan di seluruh Sarawak. Read More / Baca Lagi >> | ||
Pemuda PAS Sabah lancar Kempen Selamatkan Pulau Posted: 16 Oct 2011 07:36 PM PDT KOTA KINABALU, 17 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) yang komited dan serius terhadap isu penjualan pulau Sabah ke pihak asing melancarkan kempen Selamatkan Pulau-pulau Sabah di Pejabat PAS Putatan, semalam. Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah, Saudara Lahirul Latigu berkata, Pemuda PAS Sabah bersama-sama dengan Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Pemuda PAS Malaysia menganjurkan kempen bagi mengutip tandatangan rakyat Sabah bagi memberi sokongan membantah penjualan Pulau Montokud, Pulau Pandanan dan Pulau Mengalum. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan