Isnin, 3 Oktober 2011

Komentar Kini

Komentar Kini


Datuk Kadir Jasin sudah berubah?

Posted: 03 Oct 2011 02:26 AM PDT

Rencana ini saya tulisan berdasarkan kata kata kawan lama saya yang berbunyi: Datuk Kadir Jasin sudah berubah dah.

Kalau kita baca tajuk rencana beliau yang berbunyi: Antara "Dajal" Dan Laut Dalam dalam blognya pasti setuju yang beliau sudah berubah.

Mengapa tidak? Kerana beliau tergamak melabelkan pemimpin umno/BN itu sebagai dajjal.Label yang bagitu berat dan berisiko tinggi dalam arena politik Negara.

Saya juga setuju dengan kata kata bahawa Datuk Kadir Jasin sudah berubah. Masakan tidak. Seorang penyokong kuat umno/BN sejak sekian lama boleh melabelkan pemimpin umno sebagai dajjal.

Tindakan melabelkan dajjal kepada pemimpin umno suatu yang sangat berat dan sangat tak patut, kerana akan membuat ramai yang marah dan tak senanghati.

Apabila saya membaca keseluruhan rencana antara dajal dan laut dalam didapati dia jelas dan nyata beliau tak berubah.

Mengapa saya kata demikian, kerana beliau minta pengundi memilih dajal yang dikenali dan jangan memilih dajal yang tidak dikenali.

Bermakna dalam pilihanraya umum ke 13 nanti beliau mahu supaya pengundi di Negara ini memilih dajal yang dikenali, iaitu mengundi para pemimpin umno yang sedia ada yang dianggap dajal itu.

Jelas dan nyata Datuk Kadir jasin yang dianggap sudah berubah itu tak mungkin berubah sampai bila bila macam juga Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah dianggap oleh para pemimpin PAS sudah berubah, kerana keluar umno.

Saya masih ingat suatu ketika dulu,kebanyakan para pemimpin PAS mengucapkan "Alhamdulillah" dan berkata Tun Mahathir sudah insaf dan sedar tanpa mengambilkira

tindakan beliau yang pernah mempersenda sendakan hukum hudud sebelum ini.
Mudah lupa dan mudah percaya punca para pemimpin PAS bertindak demikian rupa. Pada hal Allah sudah beritahu kepada kita bahawa kebanyakan manusia bertindak berdasarkan pembawaan jiwanya,(ayat 84 surah Al Israa')

Adalah mustahil bagi mereka yang berjiwa umno boleh dan mudah berubah.

Oleh itu, serangan yang dilakukan oleh Datuk Kadir jasin terhadap umno/BN menerusi rencana antara dajal dan laut dalam itu hanya ditulis berdasarkan pembawaan jiwanya saja.

Jauh sekali atas nama kesedaran mahu berubah.Akhir sekali dia minta supaya pembahas jangan salah tafsir kerana dajal yang dia sebut bukan dajal yang ada didalam Al-Quran.

Lebih lebih lagi bagi mereka yang tak setuju hudud di laksanakan di Negara Malaysia ini, baik Tun Mahathir ke siapakah pasti tak akan berubah.

Tiada ulasan: