Tukar Tiub |
- HANYA SATU JAWAPAN - LAWAN!
- PENDUDUK KG BARU LAWAN RAJA BERSIONG
- TANAH PUSAKA BAKAL MENGGANTI TERANG BULAN?
- BERITA DI NANTI NANTI DARI PARIS
- MELELEH AIR LIUR MELIHAT
- PASTI REBAH WALAU PUN BERUBAH
Posted: 03 Oct 2011 01:16 PM PDT LAWAN DAN TERUS BAGUN MELAWAN SAKSI MISTERI AKAN BERI KETERANGAN ESOK - mkini Seorang saksi misteri dijadual memberi keterangan pada perbicaraan kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim esok. Peguambela Anwar enggan mendedahkan identiti individu berkenaan ketika ditanya oleh pihak pendakwaan dan mahkamah. Peguam Sankara Nair hanya berkata individu itu akan memberi keterangan selepas ketua pengarah Jabatan Kimia Lim Kong Boon berbuat demikian. Sankara yang ditemui wartawan di luar mahkamah berkata saksi berkenaan bukan saksi alibi dan tidak berada di senarai saksi pendakwaan. "Saya tak boleh dedahkan nama orang itu atau beritahu siapa dia kerana bimbang dia mungkin ditekan daripada sekarang sehingga esok," katanya. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... BAWA LAH SEPULUH RIBU SAKSI MISTERI.... kah kah kah.. woit...BAWA LAH SATU JUTA SAKSI.... kah kah kah... kah kah kah.... SEMUA TAK ADA MAKNA... kah kah kah.. kah kah kah...SEMUA KERJA BODOH.... kah kah kah.. kah kah kah...KEPUTUSAN TELAH LAMA DI BUAT...kah kah kah... kah kah kah...ANWAR AKAN DIDAPATI BERSALAH.... kah kah kah.. kah kah kah... ANWAR AKAN DI JATUHKAN HUKUM PENJARA.... kah kah kah.. kah kah kah..ANWAR AKAN HILANG KELAYAKAN DALAM PARLIMEN.... kah kah kah... kah kah kah... AKAN ADA RAYUAN DI MAHKAMAH.... kah kah kah... kah kah kah...SEMENTARA MENDENGAR RAYUAN ANWAR TIDAK DI BENAR BERTANDING.... kah kah kah.. woit..INI LAH BIOLOGICAL WARFARE YANG DI JALANKAN OLEH NAJIB.... kah kah kah.. kah kah kah... NAJIB MENUNGGU ANWAR JADI TUA TURUN NAIK MAHKAMAH.... kah kah kah NOTA: persolannya apa tindakan anak muda dalam pkr? |
PENDUDUK KG BARU LAWAN RAJA BERSIONG Posted: 03 Oct 2011 12:52 PM PDT KENYATAAN MEDIA SEKRETARIAT PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU (SPKB) PENARIKAN RUU PPKB 2010 DAN PEMBENTANGAN RUU PPKB 2011 SATU SILAP MATA KERAJAAN Sekretariat Pembangunan Kg. Bharu (SPKB) mengucapkan syabas dan tahniah kepada pemilik dan pewaris tanah Kg. Bharu kerana atas keteguhan dan kejituan semangat mereka maka pada hari ini (3/10/2011) Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) telah menarikbalik Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2010 (RUU PPKB 2010 – DR 45/2010). Sekalung penghargaan dan Al-Fatihah juga selayaknya dihadiahkan kepada Allahyarhamuha YB Dr. Lo'lo' Hj Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa yang tidak pernah jemu membawa suara dan hasrat pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu. SPKB mengalu-alukan penarikan RUU PPKB 2010 – DR 45/2010 ini tetapi berpendapat tindakan KWPKB ini hanyalah tindakan untuk mengaburi mata pemilik dan pewaris tanah Kg. Bharu semata-mata. Tindakan penarikan balik RUU PPKB 2010 tidak mempunyai apa-apa makna kerana dalam masa yang sama KWPKB telah membentangkan pula suatu Rang Undang-Undang baru iaitu Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 – DR25/2011. Tindakan KWPKB ini hanyalah suatu permainan silap mata sahaja. Mulanya menarikbalik tetapi kemudiannya membentangkan yang baru. Asas pendirian SPKB ini ialah RUU PPKB 2011 yang baru dibentangkan untuk Bacaan Kali Pertama di Dewan Rakyat hari ini hanyalah penambahbaikan sebahagian daripada RUU PPKB 2010 sebelum ini. Ini hanyalah tindakan kosmetik yang cuba melalaikan dan melenakan para pemilik dan pewaris tanah. Pokok persoalan asas RUU PPKB samada yang lama atau yang baru ialah jaminan hak para pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu. Rata-rata pemilik dan pewaris tanah mahukan jaminan bahawa setiap perancangan pembangunan yang hendak dilakukan di Kampong Bharu di atas tanah hakmilik mereka dibuat dengan mengambilkira hak dan kepentingan serta faedah mereka, bukannya kepentingan mana-mana pihak lain yang tiada apa-apa kepentingan langsung. Persoalan RUU PPKB 2010 dan RUU PPKB 2011 ini ialah persoalan teknikal yang mungkin akan mengelirukan para pemilik dan pewaris tanah. Ini persoalan undang-undang yang perlu dijelaskan sejelas-jelasnya kepada semua pemilik dan pewaris tanah sebelum persetujuan mereka diperolehi. SPKB ingin merekodkan di sini bahawa RUU PPKB 2010 yang ditarikbalik tiada apa-apa perbezaan ketara di dalam RUU PPKB 2011. Kuasanya masih berada MUTLAK di tangan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Peruntukkan fasal 17 RUU PPKB 2011 masih sama seperti RUU PPKB 2010. Fasal 17 RUU PPKB 2010 dan RUU PPKB 2011 memperuntukkan seperti berikut :- Perbadanan hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri, dan Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberikan arahan yang tidak bercanggah dengan peruntukkan Akta ini dan Perbadanan hendaklah melaksanakan segala arahan yang diberi itu. Peruntukan ini dengan jelas memberikan kuasa penuh kepada MENTERI sedangkan sepatutnya jika benar para pemilik dan pewaris tanah hendak dilibatkan, maka Perbadanan tersebut hendaklah tertakluk dan bertanggungjawab kepada para pemilik dan pewaris tanah. Siapa Menteri yang hendak memandai-mandai menentukan untung nasib pemilik dan pewaris tanah? Tanah yang hendak dibangunkan itu adalah tanah orang-orang Kampong Bharu bukan tanah milik Kerajaan. RUU PPKB 2011 telah memotong peruntukkan Fasal 15(2)(h) di dalam RUU PPKB 2010 yang menyatakan bahawa tanah Kampong Bharu boleh diambil menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960. Pemotongan peruntukkan tersebut dibuat dengan harapan agar para pemilik dan pewaris tanah merasa terjamin bahawa tanah mereka tidak akan diambil secara paksa menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960. Ini dibuat semata-mata mengambilhati dan untuk tidak membangkitkan kemarahan pemilik dan pewaris tanah. Perlu diambil perhatian bahawa walaupun RUU PPKB 2011 tidak memperuntukkan tentang Akta Pengambilan Tanah 1960, ini tidak bermaksud bahawa Akta Pengambilan Tanah 1960 tidak boleh digunakan. Kekosongan dan kelompangan tentang penggunaan Akta tersebut tetap membolehkan tanah Kampong Bharu diambil menggunakan Akta tersebut. Malah Menteri sendiri mengakui di dalam Dewan Rakyat bahawa Kabinet telah bersetuju untuk melaksanakan konsep pembangunan secara komprehensif ke atas Kampong Bharu, di mana antara mekanisme pembangunan yang akan dijalankan ialah menerusi kaedah penyerahan dan pemberimilikan semula hakmilik tanah di bawah peruntukan Seksyen 204D Kanun Tanah Negara 1965 dan penggunaan Akta Pengambilan Tanah 1960. Peruntukan Fasal 57 RUU PPKB 2010 dipotong di dalam RUU PPKB 2011 dan ini akan menimbulkan lebih banyak persoalan daripada penyelesaian. Fasal 57 RUU PPKB 2010 ialah peruntukkan yang membatalkan Malay Agricultural Settlement Rules 1950 yang menubuhkan Kampong Bharu dan membubarkan Lembaga Pengurusan Petempatan Pertanian Melayu atau sinonimnya Lembaga Pentadbiran MAS. Apabila peruntukkan fasal 57 ini dipotong maka Lembaga MAS masih wujud dan berfungsi seperti sediakala seperti kewujudannya sejak tahun 1900 dahulu. Jika Lembaga MAS masih wujud, kenapa perlu ada sebuah Perbadanan baru yang mempunyai fungsinya yang sama? Apa akan jadi dengan Lembaga MAS sekiranya Perbadanan diwujudkan melalui RUU PPKB 2011 ini? Kenyataan KWPKB bahawa Perbadanan hanyalah sebagai penyelaras dan pemudahcara kepada pembangunan di Kampong Bharu hanyalah penipuan semata-mata. Perkara ini dibuktikan dengan Fasal 14 RUU PPKB 2011 berkaitan fungsi Perbadanan yang antaranya untuk melaksanakan dasar, arahan dan strategi berhubungan dengan pembangunan Kampong Bharu mengikut pelan struktur dan pelan tempatan yang disediakan di bawah Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982. Apakah dasar di dalam pelan struktur tersebut? Ianya telah diluluskan seperti yang terdapat di dalam Pelan Pembangunan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 yang mempunyai suatu jilid khusus tentang Kampong Bharu yang tidak pernah diterangkan kepada awam termasuk pemilik dan pewaris tanah. Dalam Pelan Pembangunan tersebut juga dinyatakan dengan jelas bahawa antara pihak yang akan terlibat dengan pembangunan Kampong Bharu ini ialah GABEM iaitu satu biro ekonomi dalam parti politik. Soalnya, mengapakah badan ini dilibatkan sedangkan ia tidak langsung mempunyai kepentingan ke atas tanah Kampong Bharu? Apakah ada muslihat atau agenda pihak-pihak tertentu yang ingin mengambil kesempatan di atas nilai tinggi tanah Kampong Bharu ini? Fungsi Perbadanan juga adalah untuk menyebarkan apa-apa maklumat mengenai potensi pelaburan dan pemasaran kepada pelabur samada pelabur asing atau tempatan dalam kawasan pembangunan Kampong Bharu. Perbadanan juga selain itu berfungsi untuk menguruskan dan mempromosikan penjualan hartanah di dalam kawasan pembangunan Kampong Bharu. Adakah fungsi-fungsi yang diperuntukkan dengan nyata di dalam Fasal 14 RUU PPKB 2011 ini menunjukkan Perbadanan hanya sebagai pentadbir, penyelaras dan pemudahcara sahaja ataupun ia jelas menunjukkan bahawa Perbadanan sebenarnya merupakan satu "business entity" atau entiti perniagaan yang tidak dapat melindungi kepentingan pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu? Kenyataan Menteri pada hari ini memaklumkan bahawa RUU PPKB 2011 yang dibentangkan akan memberikan suara yang lebih kepada pemilik tanah merupakan suatu kenyataan penyedap hati sahaja. Adakah hanya dengan memberikan keanggotaan di dalam Perbadanan kepada enam (6) orang wakil tuan tanah sudah memadai untuk Kerajaan menyatakan bahawa suara tuan tanah sudah didengar sedangkan kuasa penuh terhadap Perbadanan berada di tangan Menteri? Sebelum ini pada Jun 2011, Menteri yang sama menyatakan bahawa undang-undang berkaitan Kampong Bharu hanya akan diteruskan setelah mendapat keputusan referendum pemilik dan pewaris tanah. SPKB mendesak dan mencabar KWPKB mendedahkan kepada umum hasil referendum tersebut. Adakah RUU PPKB 2011 ini dibentangkan hasil referendum tersebut? Jika benar, dedahkan hasil referendum tersebut. Jangan hanya menyebut angka sahaja tanpa bukti yang jelas dan kukuh. SPKB sekali lagi menegaskan bahawa penarikan balik RUU PPKB 2010 ini hanyalah tindakan terdesak KWPKB untuk melenturkan kemarahan pemilik dan pewaris tanah. Ia juga tindakan mengelirukan pemilik dan pewaris tanah kerana walaupun ditarikbalik, ianya digantikan dengan suatu RUU yang baru yang hakikatnya masih sama iaitu hak pemilik dan pewaris tanah tidak dijamin sepenuhnya. SPKB tetap dengan pendirian bahawa apa saja bentuk perancangan pembangunan tanah Kampong Bharu hendaklah mengambilkira suara dan hasrat pemilik dan pewaris tanah sendiri dan bukannya kepentingan mana-mana pihak lain yang mempunyai kepentingan tersendiri. AHMAD ZAMRI BIN ASA'AD KHUZAIMI Pengerusi Sekretariat Pembangunan Kampong Bharu 3 Oktober 2011 |
TANAH PUSAKA BAKAL MENGGANTI TERANG BULAN? Posted: 03 Oct 2011 05:47 AM PDT RAIS NAFI SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN HAMBAR - mkini Rais Yatim hari ini menafikan sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 baru-baru ini sebagai hambar seperti yang didakwa oleh Pakatan Rakyat. Rais sebaliknya berkata, perayaan Hari Merdeka yang disambut serentak dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 September lalu mendapat sambutan baik rakyat selain meninggalkan kesan patriotisme dan semangat kekitaan dalam kalangan mereka. "Hanya Yang Berhormat yang kata hambar, barangkali mungkin parti Yang Berhormat kurang kisah tentang perayaan Hari Merdeka atau cara Yang Berhormat melihat Hari Malaysia. "Saya katakan begitu kerana semua negeri, kecuali di Kelantan dan sedikit sebanyak di Pulau Pinang dan Selangor sahaja yang tidak menonjolkan perayaan ini. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit.. MEMANG BETUL TAK HAMBAR...kah kah kah.. kah kah kah... TAHUN INI KITA BUKA DEBAT MALAPETAKA 31 OGOS.... kah kah kah.... kah kah kah..TAHUN INI SEMUA WARGA TAHU SIAPA BARUA BRITISH.... kah kah kah.. kah kah kah.... TAHUN INI SEMUA TAHU DAN KENAL MAT INDERA PEJUANG NASIONALIS... kah kah kah.. kah kah kah.. TAHUN INi SEMUA TAHU PAHAWA PARTI POLITIK TERTUA IALAH KMM TUBUH TAHUN 1938.... kah kah kah.. kah kah kah...TAHUN INI SEMUA TAHU ADA PERJUGAN ANGKAT SENJATA LAWAN PENJAJAH...kah kah kah.. woit..PALING MENAKJUBKAN.... TAHUN INI DUA EKOR KANG KONG MUNCUL... kah kah kah.. kah kah kah...SATU KANG KONG CHINA... SATU KANG KONG KLING..... kah kah kah.. kah kah kah..TAHUN INI KITA BARU BUKA DEBAT TENTANG BENDERA.... kah kah kah.. kah kah kah...TAHUN HADAPAN KIOTA SAMBUNG LAGI.... kah kah kah.. kah kah kah...TAHUN HADAPAN KITA BUKA DEBAT TENTANG MEMULA MOON.... kah kah kah.. NOTA: dengar dengar khabar ahmad merican telah siapa sedia dengan lagu kebangsaan yang baru SILA DENGAR TANAH PUSAKA INI NOTA: lagu tanah pusaka ini lebih masuk akal dari memula moon lebih masuk akal dari terang bulan para pembaca yang ahhli musik sila garap yang baru apabila kerajaan bertukar kita bukan sahaja akan tukar bendera kita juga akan hapuskan terang bulan sebagai negara ku dan pulangkan kembali ke indonesia atau ke peranchis |
BERITA DI NANTI NANTI DARI PARIS Posted: 02 Oct 2011 11:20 PM PDT NOTA: ada pihak yang cuba mengagalkan kes ini siapa kah pihak ini? boleh kah mereka rasuah ketua hakim di paris? boleh kah mereka padamkan kad masuk di lapangan terbang paris? boleh kah mereka tak datang ke mahkamah? mat mongol pasti tak datang walau pun di sapina mahkamah jalan duta lagi tak nak datang inikan di paris lagi kecut buah zakar datang tak datang mat mongol ke paris tak penting yang penting mat mongol di sapina di mahkamah bila sudah disapina maka mat mongol dan suaminya tak boleh lagi landing di eropah kah kah kah kah kah kah kah kah kah inilah yang kita mahu nama mat mongol disenaraikan di semua lapangan terbang eropah kah kah kah kah kah kah kah kah kah ini lah yang kita rancang kita bopengkan muka mat mongol inilah tugas suci kita untuk mengingati arwah altantuya! SUDAH TERPERANGKAP SCORPENE : NAJIB AKAN DISEPINA MAHKAMAH PERANCHIS : SUARAM – keadilan daily LONDON: Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata Najib Razak akan disepina di mahkamah Perancis bagi membantu perbicaraan rasuah pembelian kapal selam Scorpene. Cytnhia berkata, ia berhubung urusniaga membabitkan pemberian komisen kapal selam berkenaan yang dilakukan pada 2002 ketika Najib menjadi menteri pertahanan. "Kita ada bukti cukup kuat untuk memulakan perbicaraan, individu terlibat akan disepina ke mahkamah," kata Cynthia. Katanya, perbicaraan itu tetap akan berlangsung di Perancis walaupun terpaksa ditunda daripada tarikh asal iaitu September lalu. "Kita jangkakan perbicaraan boleh bermula September, tetapi peguam memberitahu ada sedikit masalah di Perancis kerana ada pihak cuba halang kes ini daripada diteruskan. "Kita tidak tahu samada pihak di Perancis atau pihak dari Malaysia, kita tunggu. Kes ini akan berlangsung," ujarnya ketika ditemui Suara Keadilan Jumaat lalu. "Peranan saya sebagai panel, peguam akan beritahu mengenai kes, dan saya akan beritahu mengenai isu-isu rasuah yang melibatkan pembelian peralatan keselamatan dan pertahanan negara," tambah beliau. Menurut Cynthia, selain menghadiri forum tersebut, beliau dijadualkan bertemu dengan peguam-peguam yang dilantik Suaram bagi mengetahui perjalanan kes. Jumaat lalu, beliau berlepas ke London bagi menghadiri forum di Universiti Holborn, bagi memberi penerangan kes itu kepada hadirin di sana tentang perjalanan kes rasuah itu bersama peguam kedua yang dilantik Suaram, Joseph Breham. Selaku ahli panel yang bertindak mewakili rakyat Malaysia, beliau turut mendedahkan rasuah lain yang turut melibatkan pembelian peralatan pertahanan negara. Cynthia juga dijadual menghadiri mesyuarat dengan tiga peguam yang terlibat dalam kes ini pada hari ini dan esok. "Kita akan bincangkan secara mendalam selain akan ditemuramah oleh media dari Perancis," katanya. NAK DATANG TAK DATANG NOTA: bila mat mongol terima sapina dari paris dia akan kata - gua tak takut bila dipanggil datang dia kata - gua tak mahu campur kah kah kah dulak dalik kelik klok |
Posted: 02 Oct 2011 10:22 PM PDT RAJA BERSIONG CARI MANGSA BARU PUTRAJAYA TARIK BALIK AKTA BARU PEMBANGUNAN KG BARU - minsider Di sebalik tekanan dan bantahan berterusan, Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru yang sepatutnya dibacakan buat kali kedua di Parlimen yang bermula hari ini, ditarik balik. Perkara itu dimaklumkan pada hari pertama sidang Dewan Rakyat pagi ini oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Memaklumkan perkara itu menerusi mesej Twitter sebentar tadi, Naib Presiden PKR Tian Chua berkata, ia satu kemenangan kepada perjuangan Pakatan Rakyat. "Agenda pertama di sesi Parlimen ini, Menteri Wilayah Persekutuan Raja Nong Chik tarik balik Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru. Kemenangan Pakatan, Kg Baru selamat!" katanya. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... MELELEH AIR LIUR CUKONG.... kah kah kah.. kah kah kah...PUNAN PARA CUKONG NAK REMBAT TANAH KG BARU...kah kah kah.. woit..KESIAN.....RAJA BERSIONG TAK DAPAT DARAH..... kah kah kah kah kah kah...ADA TUKANG JUAL KONTREK ...KENA PULANG BALIK DUIT PADA CUKONG..kah kah kah.. kah kah kah..TAPI YANG LENDIR TU NAK PULANG MACAM MANA?.... kah kah kah NOTA: kampong banda dalam kampong chu badak semua bersedia untuk bertempur apabila kampong baru gagal para cukong akan cari mangsa baru! NOTA: kontrektor gerombolan demam panas sekarang selangor tak dapat cari makan pulau pinang khalas kampong baru pun tutup kah kah kah NOTA: paling bahaya ialah pantai dalam dan kg kerinchi raja bersiong akan cekik darah orang kampong disini - tak percaya tunngu dan lihat - habis tanah kena rembat rumah rumah rakyat akan dipindah paksa hanya satu cara untuk selamatkan hapuskan raja bersiong hapuskan gerombolan |
Posted: 02 Oct 2011 09:32 PM PDT PERJUANGAN KONTREK DAN PROJEK AHLI UMNO PERLU ABAI KEPENTINGAN DIRI : MAHATHIR – berita hairan Ahli UMNO perlu kembali kepada matlamat perjuangan asal penubuhan parti itu, iaitu untuk agama, bangsa dan negara serta mengetepikan kepentingan diri bagi membolehkan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, kata Mahathir Mohamad. Katanya, ahli UMNO juga perlu membebaskan diri daripada penyakit kritikal yang membelenggu mereka, iaitu menikam dari belakang serta cantas mencantas kerana budaya itu hanya melemahkan parti. "Dulu kita (orang UMNO) sanggup berkorban apa saja untuk parti... sanggup gadai barang kemas dan sebagainya untuk membantu parti, tetapi sekarang mereka pegang jawatan sebab hendak dapat kontrak, jadi calon atau sebab tertentu. "Kita kena kembali kepada perjuangan asal UMNO yang mengutamakan kepentingan agama, bangsa dan tanah air melebihi kepentingan diri. "Jika diadakan PRU waktu ini, UMNO boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka sudah pudar," katanya. Dr Mahathir yang menyifatkan sikap negatif ahli UMNO itu sebagai penyakit yang kritikal berkata, BN boleh menang besar pada PRU nanti sekiranya masalah itu dapat dihapuskan. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit.... INI BANYAK SUSAH WOOOOI..... kah kah kah.. kah kah kah...INI BUKAN PENYAKIT BARU.... kah kah kah... kah kah kah...INI SUDAH JADI DARAH DAGING..... kah kah kah... kah kah kah.... KALAU MAT PET ADA JARUM DAN UBAT.....kah kah kah.. kah kah kah...KALAU GEROMBOLAN... ADA PROJEK DAN KONTREK.... kah kah kah.. kah kah kah..TAK ADA KONTREK KENA REJEK.... kah kah kah.. kah kah kah...TAK ADA PROJEK BOLEH BLAAAAAh..... kah kah kah... woit...KALAU MAT PET BOLEH MASUK PUSAT SERENTI.... kah kah kah.. kah kah kah.....KALAU GEROMBOLAN.... DAH MATI BARU RETI.... kah kah kah... woit... TAK ADA PROJEK MACAM MANA NAK JUAL KONTREK ...kah kah kah ADA KONTREK ADA PROJEK NOTA: yang bagi duit yang bagi derma yang bagi tenaga itu datang dari penyokong pakatan kalau gerombolan tak masyuuuk tak jadi apa kah kah kah |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan