Kerabu Bersuara ® |
- HIMPUNAN Sejuta Rakyat Pertahankan Akidah? Adakah Mereka Semua Munafik? Apa Kata Umno?
- Isu Aziz Bari, Bahana Malapetaka Ciptaan Umno
- Wajah Pembunuh Gaddafi Didedahkan
- Himpunan Sejuta Umat berlangsung dengan penyertaan ‘jauh lebih kecil’
HIMPUNAN Sejuta Rakyat Pertahankan Akidah? Adakah Mereka Semua Munafik? Apa Kata Umno? Posted: 22 Oct 2011 03:00 PM PDT Pada 25 Mac 1988, Tuan Guru Haji Hadi telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi ditolak oleh ahli parlimen Islam UMNO. Kemudian, pada 2 November 1999, Tuan Guru Haji Hadi juga tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad. Pada March 2006,Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pernah mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad.. Namun Rang undang-undang itu ditolak mentah-mentah oleh Ahli Parlimen UMNO... sedikit pun mereka tidak menunjukkan minat kepada rang undang-undang tersebut.. Dan Salahuddin Ayob cuba sekali lagi menyelamatkan akidah umat Islam dengan mencadangkan pindaan perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan peruntukan yang jelas menghalang individu Islam daripada secara bebas mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam. Dan sekali lagi,ahli-ahli parlimen UMNO tidak mempedulikan usul tersebut.. Ahli-ahli parlimen UMNO juga mendiamkan diri apabila 9 menteri BN (yang bukan Islam) cuba bertindak mempertikaikan perkara 121 (1A) itu dengan tujuan membolehkan mahkamah sivil memansuhkan keputusan mahkamah Syariah... apakah perkara 121 (1A)? perkara 121 (1A) itu adalah mahkamah yang disebut dalam Fasal (1) tidaklah mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah Syariah.. Menteri BN cuba mendesak agar perkara itu disemak semula agar keputusan mahkamah syariah dapat dibatalkan dengan keputusan penghakiman semula di mahkamah sivil.. contoh.. jika anak kita nak istihar keluar dari agama Islam,mahkamah syariah tidak membenarkan.. keputusan tersebut boleh dicabar di mahkamah sivil,dan keputusan mahkamah sivil boleh membatalkan keputusan mahkamah syariah.. Isu ini menjadi panas dan menjadi pertikaian menteri-menteri BN yang bukan beragama Islam selepas kematian pendaki Everest Sarjan M. Moorthy atau Muhammad Abdullah... balunya, S.Kaliammal dan Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) terlibat dalam perebutan untuk mengebumikan jenazah beliau. Jawi menuntut jenazah itu setelah mendapati Moorthy telah memeluk agama Islam. Moorthy yang meninggal dunia pada 20 Disember 2005 akhirnya dikebumikan oleh Jawi pada 28 Disember 2005 berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah bahawa beliau adalah seorang Islam. Kerana isu tersebutlah maka 9 orang menteri (ketika itu) cuba mencabar perkara 121 (1A) itu serta menghantar memorandum kepada PM Pak Lah mendesak supaya perkara 121 (1A) disemak semula.. menteri-menteri itu adalah.. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy, Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek, Menteri Air, Tenaga dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Maximus Ongkili, Menteri Perusahaan Utama, Datuk Peter Chin Fah Kui, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Chan On. Di mana UMNO pada waktu itu..? tengah sibuk betulkan samping ker..? Jadi sekarang ni UMNO nak jadi juara himpunan sejuta umat pulak..? tak payah ler buat perhimpunan, terus jer buat undang-undang murtad.. tak payah berlakon... jangan jadi bangsa yang bercirikan sifat-sifat "MUNAFIK" |
Isu Aziz Bari, Bahana Malapetaka Ciptaan Umno Posted: 22 Oct 2011 10:58 AM PDT Oleh Mohd Rashidi Hassan Umno-Barisan Nasional harus diberi peringatan, bahawa mereka bukanlah tuan kepada negara Malaysia, yang sesukahati boleh menguasai dan mencorakkan semua keadaan demi survival politik Malaysia. Kuasa yang dinikmati sebagai kerajaan selama lebih 50 tahun, menjadikan Umno-BN alpa. Dengan rakusnya mereka 'mencabul kehormatan' insitusi Parlimen, kehakiman, polis dan sebagainya, sehingga majoriti rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap semua institusi ini. Kerakusan mereka tidak terhenti di situ. Selepas semua agensi dan badan berkaitan kerajaan dipergunakan sepenuhnya untuk kepentingan politik Umno-BN, kini institusi Raja hendak dicorakkan di atas kehendak Umno. Buktinya jelas. Ada dua perbezaan yang amat ketara di antara perilaku hodoh pemimpin Umno Terengganu yang membuat demonstrasi di hadapan Istana Terengganu, yang dengan jelas menggelarkan Sultan dengan istilah 'binatang', berbanding dengan satu kenyataan umum Profesor Dr Aziz Bari terhadap Sultan Selangor. Aziz Bari tidak menghina Sultan Selangor. Beliau tidak menggelarnya binatang seperti yang dibuat Umno Terengganu. Sebagai pakar perlembagaan dan perundangan Islam, Aziz Bari hanya mencadangkan supaya Sultan Selangor mengambil tindakan selaras dengan kuasanya sebagai Ketua Agama Islam negeri, iaitu mengikuti tatacara Islam dalam menangani kes DUMC. Itu sahaja. Adakah kenyataan Aziz Bari itu suatu penghinaan terhadap Sultan? Mengapa beliau harus disiasat polis? Mengapa SKMM menyoal siasat beliau? Dan mengapa UIA bertindak keras sehingga menggantung Aziz Bari? Apa kesalahannya? Mengapa Umno-BN terlalu jahat untuk mengenakan tindakan tegas terhadap Aziz Bari, sedangkan kenyataannya itu hanyalah bersifat umum dan langsung tidak menjejaskan kemuliaan Sultan Selangor. Apa yang disuarakan Aziz Bari, jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Umno Terengganu. Kenapa Umno Terengganu, khususnya juak-juak Dato' Seri Idris Jusoh boleh diampunkan? Umno Terengganu dan seluruh kepimpinan Umno yang merestui tindakan 'membinatangkan' Sultan, adalah penderhaka yang amat jijik dan jahat. Kita berasa amat kesal kerana ada segelintir golongan istana, yang seolah-olah memejamkan mata dengan kejahatan Umno menghina Raja, dan bersikap keras terhadap mana-mana pihak yang cintakan keadilan, hanya kerana mereka pro-Pakatan Rakyat. Semua institusi yang dipergunakan Umno-BN harus sedar. Kedurjanaan mereka dengan mencipta malapetaka suatu persatu hanya kerana hendak mengikut agenda Umno, untuk menyelamatkan masa depan Umno, akan dihentikan rakyat. Kuasa rakyat yang bangkit hari ini (21 Oktober) di UIA, hanyalah permulaan daripada kebangkitan yang lebih besar. Soalnya bukan hanya Aziz Bari semata-mata, bukan hanya pencabulan kebebasan akademik yang dipertahankan, tetapi ke arah sesuatu yang lebih besar daripada itu. Kiat harus memperjuangkan kebebasan akademik, kebebasan mahasiswa bersuara dan seterusnya kita berjuangkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) ciptaan Umno yang mengongkong golongan mahasiswa sebelum ini. Mahasiswa adalah peneraju kepada perubahan dalam negara. Ayuh bangkit bersama Pakatan Rakyat! Kita perbetulkan sistem akademik dengan mengembalikan martabat universiti dalam negara, kita rebahkan Umno-BN, agar semua institusi dan agensi kerajaan dibebaskan daripada belengu kerakusan orang politik. Mahasiswa bangkit, negara merdeka! |
Wajah Pembunuh Gaddafi Didedahkan Posted: 22 Oct 2011 10:44 AM PDT |
Himpunan Sejuta Umat berlangsung dengan penyertaan ‘jauh lebih kecil’ Posted: 22 Oct 2011 03:46 AM PDT Oleh Yow Hong Chieh SHAH ALAM, 22 Okt — Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam, yang penganjur menyasarkan lebih 100,000 penyertaan, terpaksa dimulakan lewat 90 minit dengan kehadiran hanya sekitar 5,000 orang. Kempen yang mendapat liputan meluas bagi membincangkan isu khusus mengenai murtad di kalangan Muslim dimulakan pada pukul 3.40 petang — lewat satu setengah jam daripada masa dijadualkan ekoran sambutan dan penyertaan yang dingin. Acara dimulakan dengan para hadirin dihiburkan lagu-lagu nasyid tetapi terganggu sebentar dengan satu pengumuman mengecam buku kecil bertajuk "Siapa Bertanggungjawab Kristiankan Melayu di Selangor?" Sekretariat Himpun sebelum ini berkata mereka meletakkan sasaran kehadiran lebih 100,000 kerana mendapat sokongan sekitar 2,000 pertubuhan bukan kerajaan mewakili sekitar empat juta ahli dan pengikut. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan