Sabtu, 22 Oktober 2011

Biaqpila

Biaqpila


KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 22/10/11

Posted: 22 Oct 2011 07:41 AM PDT

PAKSA BUKA SELUAR

Posted: 22 Oct 2011 03:00 AM PDT


Gambar Hiasan
Sungai Siput (U) – Seorang lelaki warga Bangladesh yang bekerja sebagai pembantu kedai makan didakwa mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superitendan Azman Salim berkata, pada 14 Oktober lalu, lelaki berumur 21 tahun itu menjemput seorang pelajar di hadapan sebuah sekolah di Pekan Sungai Siput.

Menurutnya, perbuatan remaja itu menunggang motosikal bersama lelaki warga asing tersebut disedari beberapa guru dan rakannya.

"Difahamkan pelajar berkenaan memang mengenali lelaki itu dan sudah berhubung melalui telefon pada malam sebelum kejadian.

"Mereka berjanji untuk bertemu di hadapan sekolah sebaik sahaja pelajar itu turun dari bas," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini, kelmarin.

Beliau berkata, berdasarkan laporan dibuat ibu mangsa yang berusia 48 tahun, lelaki berkenaan didakwa mencabul anaknya dan ada memaksa pelajar itu membuka seluar.

Jelasnya, menurut laporan, lelaki itu membawa pelajar berkenaan ke rumah sewanya di Taman kemiri dan anaknya memberitahu diraba di situ.

"Lelaki itu juga ada memaksa mangsa membuka seluar trek yang dipakai dan kebetulan pada hari kejadian terdapat aktiviti kokurikulum di sekolah.

"Pelajar itu menolak perbuatan lelaki tersebut dan warga asing berkenaan kemudiannya meninggalkan mangsa di belakang sebuah kafe siber di pekan Sungai Siput," katanya.

Azman berkata ,kira-kira jam 10 pagi pada hari yang sama, suspek ditangkap orang awam apabila guru dan rakan mangsa menyampaikan maklumat mengenai tindakan pelajar itu kepada ibunya.

Katanya, lelaki itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Sungai Siput untuk siasatan lanjut dan dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan.

"Lelaki itu disiasat di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat jika sabit kesalahan.

"Dia dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 yang dibayar majikannya dan lelaki itu memiliki Kad Pendatang Asing menerusi program pemutihan baru-baru ini," katanya.

gboc

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Mengapa Payudara Wanita Terus Membesar?

Posted: 22 Oct 2011 12:00 AM PDT



[LONDON] Sebuah penelitian yang dilakukan di Inggris menunjukkan, sebanyak 80 persen wanita salah dalam memilih ukuran yang tepat untuk bra yang mereka pakai. Mungkinkah itu terjadi karena payudara yang terus membesar? Jika itu terjadi, janganlah Anda terlalu bangga dahulu, karena hal ini bisa saja menjadi pertanda adanya masalah.

Menurut Profesor Michael Baum ahli kanker payudara dari Inggris, lemak merupakan jawaban umum mengenai membesarnya ukuran payudara wanita. "Karena lemak juga terdapat di bagian payudara seperti juga di bokong dan paha. Kami telah mengamati terjadinya epidemik dari obesitas. Jadi jika ada banyak masalah pembesaran payudara wanita, ini bukanlah hal yang mengejutkan," katanya.

Namun menurut Anna Prince dari Bravissimo, produsen pembuat pakaian dalam kulit wanita, kini banyak terdapat wanita dengan ukuran tubuh yang tidak biasa. Misalnya, ia memiliki perut yang ramping atau bertubuh kecil, namun memiliki payudara yang besar.

Jadi lemak juga bukan penyebab utama bertambah besarnya payudara wanita. Dr Marilyn Glenville ahli nutrisi dan hormon mengatakan, dari berbagai kasus pembesaran yang ada, diketahui kalau lemak bukanlah hal utama. Ia meyakini telah terjadi peningkatan dalam level jaringan payudara.

"Kita harus melihat apa yang menstimulasi pertumbuhan jaringan payudara. Saya cenderung menunjuk ke oestrogen yang merupakan hormon wanita. Oestrogen juga menyebabkan perubahan ukuran tubuh saat pubertas," katanya. Menurutnya kandungan hormon Oestrogen bisa dengan mudah ditemui dalam suplemen yang di jual bebas di pasar.

Hal itu mengubah segalanya. Karena tanpa sadar kandungan hormon yang memproduksi oestrogenic terus mengalami peningkatan karena masuk dari obat dan pil yang menjadi suplemen. "Anak perempuan sekarang cenderung mengalami pubertas lebih cepat. Kemudian mereka juga menikah di usia muda dan memiliki anak serta menyusuinya. Hasilnya telah ada perbedaan antara wanita sekarang dengan sebelumnya. Saat ini kita lebih memacu peningkatan oestrogen yang pada akhirnya merangsang ovulasi (proses pelepasan telur yang sudah matang dari dalam rahim).

Saat ini sudah banyak perempuan yang lahir dari ibu-ibu yang juga meminum pil kontrasepsi. Awalnya pil ini mengandung dosis tinggi sintetis dari oestrogen. Apalagi pada masa itu jarang yang mau mempelajari dampak panjang penggunaan pil seperti itu untuk generasi mendatang. Jadi benarkah oestrogen yang bertanggung jawab terhadap pembesaran payudara?

Dr Glenville mengatakan, kehamilan dan menyusui bayi merupakan langkah pengamanan terhadap kanker payudara. Karena dengan itu mereka mengontrol hormon. "Hanya saja dengan semakin banyaknya wanita menunda kehamilan hingga usia semakin lanjut, dan semakin sedikit mereka melahirkan anak, mereka mengalami lebih banyak siklus bulanan. "Saya yakin jika Anda melihat gambar atau foto kaum wanita di era Victoria, Anda akan melihat mereka memiliki dada yang kecil dan rata, karena rata-rata dari mereka memiliki lima hingga enam anak," katanya.

ditonews

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Jadi wanita selepas mencuri

Posted: 21 Oct 2011 09:00 PM PDT


SHEIK AZAHAR (kanan) menunjukkan Pajero yang ditemui semula selepas dicuri dua lelaki pada sidang akhbar di Jeli, Kelantan semalam.


JELI – Sepasukan polis yang menyerbu sebuah rumah untuk menahan seorang suspek curi kenderaan terkejut apabila mendapati lelaki itu tergamak memakai baju kelawar semata-mata hendak menyamar sebagai perempuan.

Kejadian pukul 7.30 pagi itu berlaku apabila suspek bertindak menyarung pakaian tersebut selepas terperangkap ketika sedang bersembunyi di celah katil di dalam bilik di rumah keluarganya di Kampung Air Merbuk, Tanah Merah.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Supritendan Sheik Azahar Sheik Omar berkata, suspek ditahan selepas pihaknya menjalankan siasatan sebaik menerima laporan mengenai kehilangan sebuah Pajero milik seorang petani berusia 64 tahun di Kampung Pasir Dusun di sini pada pukul 1.15 pagi.

Katanya, polis yang menjalankan siasatan kemudian telah terserempak dengan kenderaan itu lalu mengekorinya hingga di kaki bukit Kampung Air Kayan Jedok, Tanah Merah.

"Suspek yang terperangkap kemudian telah meninggalkan kenderaan itu dengan enjinnya masih hidup lalu melarikan diri.

"Polis kemudian telah menjalankan operasi mencari sebelum mengepung rumah suspek berusia 28 tahun lalu menahannya ketika sedang bersembunyi dengan memakai baju keluarga milik ahli keluarga perempuannya," katanya.


kosmo

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Zulkifli Noordin ‘jahil murakkab’ tentang hudud

Posted: 21 Oct 2011 06:00 PM PDT

Oleh Mohamed Hanipa Maidin   

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru (Bebas), Zulkifli Noordin menuduh hukum hudud yang hendhttp://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/berita/zulkifli%20nordin.jpgak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri. Tuduhan tersebut dibuat dengan kononnya dirujuk kepada draf dan Enakmen Hudud dan Qisas Terenggganu 2002 yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ketika PAS memerintah negeri itu dulu.



Menurut beliau berdasarkan Seksyen 14 enakmen tersebut yang menerangkan tentang liwat yang dimaksudkan dengan seseorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang lelaki atau perempuan, kecuali isteri. Katanya, perkataan kecuali dengan isteri itu jelas membawa maksud seseorang suami boleh memasukkan zakarnya ke dalam dubur isterinya kerana ia tidak dimaksudkan meliwat.

"Inilah hudud PAS. Ini bercanggah dengan Islam. Dalam Islam, jika seseorang lelaki itu memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang tidak kira dengan sesiapapun termasuk dengan isteri sendiri, ia tetap liwat.”

Adalah suatu yang malang bagi profesion guaman di negara ini mempunyai seorang peguam seperti Zulkifli Noordin yang nampaknya tidak memahami perkara asas dalam penafsiran undang-undang.

Daripada kenyataan beliau di atas adalah jelas bahawa Ahli Parlimen yang "bebal" syariah ini nampaknya terlibat dengan politik murahan yang hanya sekadar untuk menimbulkan keraguan terhadap perkara yang jelas dan tiada keraguan. Mereka yang tidak, seperti dikatakan oleh Abul A'la Maududi, mengetahui ABC mengenai undang-undang syariah mungkin dapat diragukan oleh orang yang ragu seperti Zukifli Noordin.

Hujah beliau yang mengatakan bahawa seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu bercanggah dengan Islam kerana tidak menganggap perbuatan meliwat isteri sebagai satu kesalahan boleh dengan mudah dipatahkan dengan alasan- alasan berikut.

Pertamanya seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu secara jelas memperuntukkan “Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

Jika dilihat kepada seksyen 14 tersebut terdapat dua kesalahan yang boleh diklasifikasikan sebagai kesalahan liwat iaitu hubungan seks melalui dubur (anus) antara lelaki dan lelaki dan hubungan seks melalui dubur (anus) antara lelaki dan wanita selain daripada isteri lelaki tersebut.

Seksyen 15 Enakmen yang sama memperuntukkan “ Sesiapa melakukan kesalahan liwat hendaklah dihukum dengan hukuman yang sama seperti yang ditetapkan bagi zina.

Hukuman zina adalah 100 rotan bagi pesalah zina yang ghayru muhsan ( lihat seksyen 13 (2) Enakmen yang sama dan rejam sehingga mati bagi yang Muhsan (lihat seksyen 12 ( 2 ) Enakmen yang sama.

Adalah jelas di dalam memperuntukkan hukuman bagi kesalahan liwat sama dengan hukuman hadd ke atas penzina pihak penggubal undang-undang syariah Terengganu telah mengambil pendapat Imam Malik, Syafie dan Imam Ahmad yang berpandangan bahawa liwat wajib dikenakan hukuman hadd seperti hadd ke atas pesalah zina disebabkan “li wujudin ma’na al-zina fihi” ( kerana kewujudan makna zina padanya) .

Zulkifli menyatakan bahawa berdasarkan seksyen 14 Enakmen tersebut seorang yang meliwat isteri tidak melakukan kesalahan. Beliau berhujah bersandarkan frasa “selain daripada isterinya” suami yang meliwat isteri terlepas dari hukuman hadd.

Kebodohan hujah tersebut timbul kerana beliau tidak memahami perbezaan asas antara hudud dan takzir. Seksyen 14 bercakap tentang hudud. Seorang suami yang meliwat isterinya bukan tidak bersalah. Ia tetap salah. Cumanya kesalahan itu tidak boleh dikenakan hukuman hudud.

Mungkin Zulkilfli bertanya kenapa tidak boleh kena hukum hudud?

Jawapannya sepertimana yang dikatakan oleh Abdul Kadir Audah di dalam bukunya yang terkenal “Tasyri’ Janaie” terdapat keraguan sama ada isteri yang dinikahi secara sah oleh lelaki boleh dikenakan hukuman hadd hanya kerana ia “menggunapakai hartanya ” mengikut kehendaknya. Dan prinsip yang terpakai dalam hukum hudud adalah keraguan membatalkan hukuman hadd (idraul hudud bisyubhah).

Zulkifli mungkin bertanya adakah ini bermakna seorang suami yang meliwat isterinya akan terlepas hukuman? Jawapan kepada soalan tersebut adalah tidak. Suami yang meliwat isteri masih boleh dihukum tetapi bukan dengan hukuman hudud sebaliknya beliau hanya boleh dihukum oleh hukuman takzir.

Jika Zulkifli cermat dan tidak tergopoh gapah membaca keseluruhan Enakmen tersebut dia akan pasti dapat melihat seksyen 3 Enakmen yang sama (apa yang dipanggil proviso ) yang menyatakan secara jelas.

“Dengan syarat bahawa apabila sesuatu kesalahan hudud atau qisas tidak boleh dihukum dengan hukuman hudud atau hukuman qisas kerana tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki bagi hukuman-hukuman itu, maka kesalahan itu adalah menjadi suatu kesalahan takzir dan hendaklah ia dihukumkan demikian.”

Seksyen 3 Enakmen tersebut sekaligus menjawab segala kekeliruan yang Zulkifli Noordin cuba timbulkan. Seksyen 3 menunjukkan bahawa liwat ke atas isteri tetap salah menurut enakmen yang PAS gubal tetapi ia bukan kesalahan hudud sebaliknya ianya hanya satu kesalahan takzir. Dan Zulkifli juga kena faham hukum takzir tidak semestinya lebih ringan dari hukuman hudud.

Jika Zulkilfli jujur dalam hujahnya beliau sepatutnya mengkritik “hudud Umno”. Dalam undang-undang yang Umno gubal di Wilayah Persekutuan liwat hanya salah jika lelaki meliwat lelaki yang lain.

Berdasarkan tafsiran liwat di Seksyen 2 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan adalah jelas bahawa seorang yang sama ada meliwat seorang perempuan yang lain atau meliwat isterinya TIDAK dikira melakukan apa-apa kesalahan di Wilayah Persekutuan jauh sekali akan dihukum

Renungan kepada Zulkifli Noordin: Undang-Undang mana yang lebih melindungi wanita? Ingatlah saudara Zulkifli hanya kerana anda berkopiah bukan bermakna anda layak bercakap tentang undang-undang hudud. Berhentilah jadi jahil murakkab (orang jahil yang tidak tahu dia jahil).



DD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Nak buang sial, tapi kena perkosa

Posted: 21 Oct 2011 03:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Terpengaruh dengan dakwaan dirinya disihir dan perlu dirawat, seorang wanita berusia 42 tahun dirogol seorang lelaki di sebuah hotel di Kepong, di sini, ketika mahu melakukan rawatan bagi membuang sial, Selasa lalu.

Difahamkan, mangsa yang dipengaruhi lelaki berusia 38 tahun yang mendakwa mempunyai kebolehan membuang sial, bersetuju mengekorinya ke premis berkenaan sebelum dirogol kononnya kaedah berkenaan mampu merawat mangsa.


Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa yang menyedari ditipu, membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini.

Menurut sumber, mangsa mengenali suspek kerana dia menyewa bilik di rumah mangsa sejak April lalu.


"Suspek menyewa di bilik berkenaan dengan isterinya dan sejak tinggal di rumah mangsa, lelaki terbabit sering mendakwa mangsa terkena sihir individu yang berdendam dengannya.


"Pada mulanya mangsa tidak percaya namun akibat sering mendengar dakwaan itu, mangsa menjadi takut," katanya.


Sumber berkata, akibat takut mangsa bersetuju mengikut suspek ke sebuah hotel bagi menjalani rawatan.


"Sebaik tiba di hotel, suspek merogol mangsa dan mendakwa kaedah itu mampu membuang sial dan sihir yang ada pada tubuhnya," katanya.


Mangsa yang menyedari ditipu kemudian membuat laporan polis berhampiran kediamannya untuk siasatan dan tindakan lanjut.


Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Khairi Arasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.

HM

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: