DUNIACACAMARBA |
- Rektor UIA Didakwa Berbohong tentang Penggantungan Dr Aziz Bari
- [Gambar/Video] Seperti Gaddafi, Mo’tassim Turut "Dihukum Mati" oleh Kumpulan Penentang
- Raba PUNGGUNG, Kena Penjara 12 Bulan
- Lelaki Kematian Isteri PERKOSA Anak Kandung
- 4 Sekeluarga DITIKAM Bertubi-tubi
- [Gambar/Video] Gaddafi "Dihukum Mati" Tanpa Bicara oleh Kumpulan Penentang
- Sanggup EHEM-EHEM Semata-mata untuk Dapatkan GAM RM5 Setin
- [Wajib Baca] Apakah Jahil Murakkab? Sila Baca!!!
- Persatuan Kakitangan Akademik UIA SOKONG Aziz Bari
Rektor UIA Didakwa Berbohong tentang Penggantungan Dr Aziz Bari Posted: 22 Oct 2011 07:35 AM PDT Saya petik: [MK] Peguam yang mewakili Prof Abdul Aziz Bari berkata kenyataan Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin berkaitan penggantungan perkhidmatan pensyarah undang-undang itu selama tujuh hari dan bahawa beliau bebas masuk ke dalam premis UIAM adalah tidak tepat. Sebaliknya, kata peguam Dr Zulqarnain Lukman, berdasar surat tunjuk sebab dari UIA, adalah jelas bahawa penggantungan perkhidmatan Prof Aziz Baru adalah berkuatkuasa serta merta sehingga siasatan selesai dan bukan hanya dalam tempoh tujuh hari. Dr Zulqarnain berkata, beliau telah mendapat arahan daripada anakguamnya untuk membuat kenyataan berhubung kenyataan yang diberikan oleh rektor UIA itu yang disiarkan oleh akhbar hari ini khususnya oleh Bernama. Menurutnya, tempoh tujuh hari yang dinyatakan Rektor UIA itu adalah merujuk kepada tempoh menjawab surat tunjuk sebab, bukan tempoh penggantungan. Tempoh penggantungan tidak ditetapkan, ertinya sepanjang yang mungkin selagi tidak ditamatkan secara rasmi oleh UIAM. "Begitu juga bahawa adalah jelas anakguam tidak dibenarkan masuk ke premis universiti atau berhubung dengan mana-mana staf UIAM melainkan terdapat kebenaran bertulis daripada Dekan Kulliyah Undang-Undang. "Jika benar terdapat sebarang perubahan kepada notis yang diberikan kepada anakguam, seharusnya pihak universiti mengeluarkan notis baru membatalkan kandungan notis bertarikh 19/10/2011 ini.' "Akhirnya, anakguam memohon pihak UIAM tidak mengeluarkan kenyataan yang berkonflik dan bercanggah satu sama lain yang membingungkan masyarakat awam," katanya. | ||||||||||||
[Gambar/Video] Seperti Gaddafi, Mo’tassim Turut "Dihukum Mati" oleh Kumpulan Penentang Posted: 22 Oct 2011 02:00 AM PDT Pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), mengesahkan seorang anak Gaddafi, Mo'tassim juga terbunuh dan mayatnya dibawa ke Misrata, barat Sirte, tempat dia dan bapanya ditangkap lapor Reuters. Seorang doktor, Ibrahim Tika memberitahu televisyen Al Arabiya, Mo'tassim mati selepas kematian bapanya. "Terdapat kecederaan besar di dada dan bawah lehernya. Ada tiga kecederaan di belakang tubuh dan di belakang kaki. "Ada juga kesan tembakan pada kakinya, tetapi ia luka yang dialaminya beberapa hari lalu. "Keadaan pendarahannya membuktikan dia dibunuh selepas Gaddafi," kata Ibrahim. Detik-detik sebelum Mo'tassim dipercayai "dihukum mati" oleh kumpulan penentang: Video: | ||||||||||||
Raba PUNGGUNG, Kena Penjara 12 Bulan Posted: 22 Oct 2011 12:30 AM PDT Apa yang "sedapnya" meraba punggung? Sudahlah ditangkap polis, kerana perbuatan bodoh itu seorang pengawal keselamatan dikenakan hukuman penjara 12 bulan. [HM] GEORGETOWN: Akibat meraba punggung seorang wanita ketika berada di depan lif sebuah flat di Gat Lebuh Macallum Isnin lalu, seorang pengawal keselamatan terpaksa merengkuk dalam penjara selama 12 bulan selepas dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Majistret, semalam. Tertuduh, Mohd Raffi Saiyed Ibrahim, 33, dari Jelutong, mengaku bersalah terhadap tuduhan mencabul kehormatan seorang wanita dan dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Majistret Noor Aini Yusof dalam penghakimannya berkata, mahkamah membuat keputusan berdasarkan prinsip kepentingan orang awam dan jenayah dilakukannya adalah serius serta memalukan mangsa. Katanya, mahkamah juga membuat keputusan itu selepas mengambil kira dua kesalahan berkaitan jenayah dadah yang dilakukannya pada 2002 dan 2005. "Mahkamah juga mengambil kira pengakuan tertuduh yang mengakui kesalahannya yang menjimatkan kos serta masa mahkamah," katanya. Mengikut fakta kes, Mohd Raffi didakwa melakukan kesalahan itu di depan sebuah lif di tingkat sembilan Flat Sri Saujana, Gat Lebuh Macallus, Isnin lalu, jam 9.40 malam. Mangsa yang berusia 25 tahun ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah apabila Mohd Raffi yang berada di lif terbabit menarik pakaiannya dan terus meraba punggungnya. Mangsa melarikan diri dan memberitahu adik lelakinya mengenai kejadian itu sebelum membuat laporan polis di Jalan Patani. Mohd Raffi ditahan pengawal keselamatan flat berkenaan kira-kira jam 10.05 malam pada hari sama dan diserahkan kepada polis di Pondok Polis Macallum. Terdahulu, Mohd Khairulhazman Ghazali dari Pusat Bantuan Undang-Undang Majlis Peguam Pulau Pinang yang mewakili Mohd Raffi meminta mahkamah mempertimbangkan latar belakang tertuduh serta sejarah hidupnya sebelum menjatuhkan hukuman. Beliau memberitahu mahkamah, Mohd Raffi ialah anak kedua daripada empat beradik yang menyara ibu bapanya dengan gaji RM800 sebulan. P/s: BINGAI! | ||||||||||||
Lelaki Kematian Isteri PERKOSA Anak Kandung Posted: 21 Oct 2011 11:00 PM PDT Saya petik: [HM] JERANTUT: Seorang lelaki yang sudah kematian isteri, bukan saja tergamak merogol anak tunggalnya berusia lapan tahun malah lelaki durjana itu juga sanggup bergaduh besar dengan ibu dan adik perempuannya selepas keluarganya tampil membuat laporan polis berhubung tindakan kejamnya itu. Mangsa, seorang murid tahun dua sebuah sekolah rendah di bandar ini dikatakan dirogol bapanya sendiri yang berusia 32 tahun ketika sedang mandi di bilik air rumah mereka di Kampung Jalan Batu Satu, dekat sini, kira-kira jam 2 petang, 14 Oktober lalu. Sebelum kejadian, kanak-kanak malang itu baru pulang dari sekolah, masuk ke bilik air untuk mandi tanpa mengetahui gerak-gerinya diperhatikan oleh bapanya dan mangsa yang murung menceritakan perbuatan jijik itu kepada ibu saudaranya selepas didesak berbuat demikian. Ibu saudara mangsa yang terkejut mendengar pengakuan mangsa kemudian menceritakan insiden itu kepada ibunya dan kedua-dua mereka memanggil suspek untuk mendapatkan cerita sebenar daripadanya. Ketika ditanya, suspek mula berang dan bergaduh besar dengan ibu serta adik perempuannya itu dan dia turut dikatakan cuba bertindak agresif terhadap mereka. Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Zakaria Kassim, berkata nenek serta ibu saudara mangsa membawa kanak-kanak malang itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut kira-kira jam 2 petang, sehari selepas kejadian. "Lelaki itu turut membuat laporan polis, dua jam selepas itu dengan tujuan mahu mengelak daripada dikenakan sebarang tindakan selain mengadu dirinya dikasari oleh adik perempuannya. Dia ditahan sejurus selepas membuat laporan berkenaan," kata Zakaria. P/s: Kalau sudah tahu diri tidak boleh kawal berahi, kahwinlah...lahanat! | ||||||||||||
4 Sekeluarga DITIKAM Bertubi-tubi Posted: 21 Oct 2011 10:00 PM PDT
[HM] SIBU: Makan malam empat sekeluarga bertukar tragedi berdarah apabila tiga daripada mereka maut, manakala seorang lagi parah selepas ditikam bertalu-talu di dada oleh tiga perompak di sebuah rumah di Jalan Chew Khun, Engkilo di sini, malam kelmarin. Menyedihkan apabila mayat ketiga-tiga mangsa ditemui bergelimpangan berhampiran meja makan di ruang dapur rumah berkenaan dalam kejadian kira-kira jam 7 malam. Sebelum kejadian, semua mangsa sedang menikmati makan malam di rumah berkenaan sebelum didatangi tiga lelaki dipercayai warga Indonesia berusia 30-an dan 40-an yang berpura-pura mahu mencari kerja di rumah keluarga terbabit tetapi tidak dilayan. Difahamkan, tindakan keluarga terbabit menolak permintaan lelaki terbabit menyebabkan mereka 'naik angin' dan berlaku pergelutan sebelum lelaki terbabit mengeluarkan pisau dan menikam penghuni rumah terbabit. Mangsa yang maut dikenali sebagai Tiong Tang Ming, 69, anak lelakinya, Tiong King, 35, serta menantu, Teu Lee Mee, 32, manakala isteri Tang Ming, Peh Kim Eng, 50, parah dan dikejarkan ke Hospital Sibu (HS)... P/s: Gila!!!Jenayah di Malaysia menurun? Mengarut!!!! | ||||||||||||
[Gambar/Video] Gaddafi "Dihukum Mati" Tanpa Bicara oleh Kumpulan Penentang Posted: 21 Oct 2011 08:10 PM PDT Kebanyakan media antarabangsa membangkitkan isu tentang kematian Gaddafi yang pada awalnya dilihat tidak mengalami kecederaan parah yang boleh meragut nyawanya. Berdasarkan paparan video, bekas diktaktor itu diheret, dipukul, dan dipercayai ditembak mati oleh kumpulan penentang. Menurut Reuters, seorang saksi berkata, kesan peluru boleh dilihat dengan jelas di sisi kepala bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi. Selain kesan tembakan di kepala, mayat Gaddafi yang ditunjukkan kepada pemberontak dan seorang saksi Reuters juga mempunyai kesan calar, juga di kepala. Ada beberapa kesan darah pada tubuhnya meskipun kesan darah itu tidak sebanyak seperti yang diilihat pada video sejurus beliau ditangkap.
Sementara itu, DM melaporkan isteri kepada bekas diktator itu, Safia menggesa PBB dan Amnesty menyiasat bagaimana suaminya meninggal dunia sedangkan ketika ditangkap Gaddafi dilihat hanya mengalami kecederaan yang tidak parah. Safia dan ahli keluarga yang lain berada di Algeria.- DCM Detik-detik terakhir sebelum Gaddafi dipercayai ditembak oleh kumpulan penentang.
| ||||||||||||
Sanggup EHEM-EHEM Semata-mata untuk Dapatkan GAM RM5 Setin Posted: 21 Oct 2011 06:44 PM PDT Saya petik: [HM] KUANTAN: Hanya bermodalkan satu tin gam berharga tidak sampai RM5, mana-mana lelaki boleh menikmati tubuh seorang gadis berusia 16 tahun yang sering berkeliaran di bandar ini dengan tujuan mahu mencari sesiapa yang boleh membekalkan bahan mengkhayalkan itu kepadanya. Bukan setakat ringan-ringan, malah gadis yang sering dilihat mundar-mandir di Jalan Pasar dan Medan Warisan di sini, mudah dibawa ke mana saja termasuk ke ranjang asalkan ketagihannya terhadap gam dapat dihilangkan. Berikutan 'populariti' gadis itu yang digelar 'Minah Gam Ringan-Ringan' oleh orang ramai yang mengenalinya, wartawan Harian Metro melakukan penyamaran dan berjaya berbual-bual dengannya. Agak mengejutkan apabila mendapati dia bukanlah selekeh seperti digambarkan, malah mempunyai wajah agak menawan serta pandai bergaya, sekali gus langsung tidak menggambarkan dirinya penagih gam tegar. Dalam perbualan dengan gadis itu yang hanya mahu dikenali sebagai Alia, dia mengaku tidak kisah dibawa ke mana saja asal diberi satu tin gam untuk melepaskan ketagihan manakala bayaran sekadar RM50 memadai jika ingin menidurinya. "Kebiasaannya lelaki mengajak saya ke pusat karaoke di sekitar bandar ini kerana di situ agak selamat serta lebih terlindung daripada pandangan orang ramai. "Tapi kalau di karaoke cuma boleh ringan-ringan sajalah, nak lebih daripada itu kenalah bayar tip sikit dan carilah tempat lebih sesuai," katanya selamba. Apabila ditanya mengenai latar belakang termasuk keluarga serta persekolahannya, Alia enggan menjawab dan mula menunjukkan rasa kurang senang, namun Harian Metro difahamkan dia sudah berhenti sekolah sejak ibu bapanya bercerai. Ditanya sejak bila dia mula menagih gam, Alia cuma menggeleng-gelengkan kepala, namun memberitahu dia melakukan perkara itu hanya sekadar suka-suka. Sementara itu, Penolong Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kuantan, Mohd Aluwi Din mengakui pihaknya ada menerima maklumat mengenai beberapa kes membabitkan gadis seperti Alia. "Ada antara mereka sudah berjaya kami pujuk dan rujuk ke Bahagian Kaunseling untuk mengikuti proses pemulihan. Kita perlu membantu golongan yang ketagihan gam ini, bukannya menghukum mereka," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Katanya, kebanyakan remaja yang terbabit dengan kegiatan menghidu gam yang dirujuk ke AADK dibawa keluarga sendiri namun ada juga ditangkap ketika operasi dijalankan agensi berkenaan. "Mereka diberi kaunseling selain menyediakan aktiviti berbentuk keagamaan dan kemasyarakatan supaya pulih daripada kesan menghidu gam yang boleh menjejaskan otak dan melemahkan ingatan. "Ibu bapa yang menyedari anak mereka terjebak kegiatan menghidu gam tidak perlu malu untuk membawa remaja berkenaan kepada AADK supaya mereka dapat menjalani program pemulihan," katanya. Aluwi berkata, jika terlalu ketagih, penghidu gam akan hilang pertimbangan malah sehingga menjejaskan otak seterusnya menjadi gila, justeru tidak hairan sekiranya remaja perempuan yang menghidu gam boleh bertindak melampaui batas seperti menyerahkan kehormatan diri dan sebagainya. P/s: Murah & hina. Baru-baru ini DCM ada menyiarkan cerita tentang pelajar China yang sanggup menggadaikan diri untuk memiliki iPhone 4S yang berharga lebih RM2000, tetapi di Malaysia budak semuda 16 tahun sanggup menggadaikan maruah diri semata-mata untuk setin gam berharga RM5. Aduhai, parahhhh!!! | ||||||||||||
[Wajib Baca] Apakah Jahil Murakkab? Sila Baca!!! Posted: 21 Oct 2011 06:00 PM PDT Saya petik: [PP]Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru (Bebas), Zulkifli Noordin menuduh hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri. Tuduhan tersebut dibuat dengan kononnya dirujuk kepada draf dan Enakmen Hudud dan Qisas Terenggganu 2002 yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ketika PAS memerintah negeri itu dulu. Menurut beliau berdasarkan Seksyen 14 enakmen tersebut yang menerangkan tentang liwat yang dimaksudkan dengan seseorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang lelaki atau perempuan, kecuali isteri. Katanya, perkataan kecuali dengan isteri itu jelas membawa maksud seseorang suami boleh memasukkan zakarnya ke dalam dubur isterinya kerana ia tidak dimaksudkan meliwat. "Inilah hudud PAS. Ini bercanggah dengan Islam. Dalam Islam, jika seseorang lelaki itu memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang tidak kira dengan sesiapapun termasuk dengan isteri sendiri, ia tetap liwat." Adalah suatu yang malang bagi profesion guaman di negara ini mempunyai seorang peguam seperti Zulkifli Noordin yang nampaknya tidak memahami perkara asas dalam penafsiran undang-undang. Daripada kenyataan beliau di atas adalah jelas bahawa Ahli Parlimen yang "bebal" syariah ini nampaknya terlibat dengan politik murahan yang hanya sekadar untuk menimbulkan keraguan terhadap perkara yang jelas dan tiada keraguan. Mereka yang tidak, seperti dikatakan oleh Abul A'la Maududi, mengetahui ABC mengenai undang-undang syariah mungkin dapat diragukan oleh orang yang ragu seperti Zukifli Noordin. Hujah beliau yang mengatakan bahawa seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu bercanggah dengan Islam kerana tidak menganggap perbuatan meliwat isteri sebagai satu kesalahan boleh dengan mudah dipatahkan dengan alasan- alasan berikut. Pertamanya seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu secara jelas memperuntukkan "Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur. Jika dilihat kepada seksyen 14 tersebut terdapat dua kesalahan yang boleh diklasifikasikan sebagai kesalahan liwat iaitu hubungan seks melalui dubur (anus) antara lelaki dan lelaki dan hubungan seks melalui dubur (anus) antara lelaki dan wanita selain daripada isteri lelaki tersebut. Seksyen 15 Enakmen yang sama memperuntukkan " Sesiapa melakukan kesalahan liwat hendaklah dihukum dengan hukuman yang sama seperti yang ditetapkan bagi zina. Hukuman zina adalah 100 rotan bagi pesalah zina yang ghayru muhsan ( lihat seksyen 13 (2) Enakmen yang sama dan rejam sehingga mati bagi yang Muhsan (lihat seksyen 12 ( 2 ) Enakmen yang sama. Adalah jelas di dalam memperuntukkan hukuman bagi kesalahan liwat sama dengan hukuman hadd ke atas penzina pihak penggubal undang-undang syariah Terengganu telah mengambil pendapat Imam Malik, Syafie dan Imam Ahmad yang berpandangan bahawa liwat wajib dikenakan hukuman hadd seperti hadd ke atas pesalah zina disebabkan "li wujudin ma'na al-zina fihi" ( kerana kewujudan makna zina padanya) . Zulkifli menyatakan bahawa berdasarkan seksyen 14 Enakmen tersebut seorang yang meliwat isteri tidak melakukan kesalahan. Beliau berhujah bersandarkan frasa "selain daripada isterinya" suami yang meliwat isteri terlepas dari hukuman hadd. Kebodohan hujah tersebut timbul kerana beliau tidak memahami perbezaan asas antara hudud dan takzir. Seksyen 14 bercakap tentang hudud. Seorang suami yang meliwat isterinya bukan tidak bersalah. Ia tetap salah. Cumanya kesalahan itu tidak boleh dikenakan hukuman hudud. Mungkin Zulkilfli bertanya kenapa tidak boleh kena hukum hudud? Jawapannya sepertimana yang dikatakan oleh Abdul Kadir Audah di dalam bukunya yang terkenal "Tasyri' Janaie" terdapat keraguan sama ada isteri yang dinikahi secara sah oleh lelaki boleh dikenakan hukuman hadd hanya kerana ia "menggunapakai hartanya " mengikut kehendaknya. Dan prinsip yang terpakai dalam hukum hudud adalah keraguan membatalkan hukuman hadd (idraul hudud bisyubhah). Zulkifli mungkin bertanya adakah ini bermakna seorang suami yang meliwat isterinya akan terlepas hukuman? Jawapan kepada soalan tersebut adalah tidak. Suami yang meliwat isteri masih boleh dihukum tetapi bukan dengan hukuman hudud sebaliknya beliau hanya boleh dihukum oleh hukuman takzir. Jika Zulkifli cermat dan tidak tergopoh gapah membaca keseluruhan Enakmen tersebut dia akan pasti dapat melihat seksyen 3 Enakmen yang sama (apa yang dipanggil proviso ) yang menyatakan secara jelas. "Dengan syarat bahawa apabila sesuatu kesalahan hudud atau qisas tidak boleh dihukum dengan hukuman hudud atau hukuman qisas kerana tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki bagi hukuman-hukuman itu, maka kesalahan itu adalah menjadi suatu kesalahan takzir dan hendaklah ia dihukumkan demikian." Seksyen 3 Enakmen tersebut sekaligus menjawab segala kekeliruan yang Zulkifli Noordin cuba timbulkan. Seksyen 3 menunjukkan bahawa liwat ke atas isteri tetap salah menurut enakmen yang PAS gubal tetapi ia bukan kesalahan hudud sebaliknya ianya hanya satu kesalahan takzir. Dan Zulkifli juga kena faham hukum takzir tidak semestinya lebih ringan dari hukuman hudud. Jika Zulkilfli jujur dalam hujahnya beliau sepatutnya mengkritik "hudud Umno". Dalam undang-undang yang Umno gubal di Wilayah Persekutuan liwat hanya salah jika lelaki meliwat lelaki yang lain. Berdasarkan tafsiran liwat di Seksyen 2 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan adalah jelas bahawa seorang yang sama ada meliwat seorang perempuan yang lain atau meliwat isterinya TIDAK dikira melakukan apa-apa kesalahan di Wilayah Persekutuan jauh sekali akan dihukum Renungan kepada Zulkifli Noordin: Undang-Undang mana yang lebih melindungi wanita? Ingatlah saudara Zulkifli hanya kerana anda berkopiah bukan bermakna anda layak bercakap tentang undang-undang hudud. Berhentilah jadi jahil murakkab (orang jahil yang tidak tahu dia jahil). - Mohamed Hanipa Maidin [HD] KUALA LUMPUR, 21 Okt: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib (gambar) menyifatkan dakwaan ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berhubung suami meliwat isteri melambangkan kejahilannya dalam hukum hakam yang berkaitan dengan hukum syarak. Menurutnya, hukum syarak tidak boleh dibaca sepintas lalu tetapi memerlukan disiplin ilmu yang tinggi. Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan ahli parlimen tersebut di Dewan Rakyat semalam bahawa hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri. Selain itu, Zulkifli juga dilaporkan mendakwa bahawa umur 18 tahun yang ditetapkan dalam enakmen hudud bercanggah dengan Islam yang menetapkan had baligh ialah 15 tahun. Ustaz Harun menjelaskan, liwat di antara suami isteri tidak termasuk di dalam hukum hudud tetapi bukan bererti perbuatan itu tidak salah. Jelasnya lagi, perbuatan itu tetap salah, cuma tidak termasuk dalam hukum hudud dan dari sudut hukuman ia akan dikenakan hukum takzir. " Mengapa ianya dikenakan hukuman takzir dan bukannya hudud? Jawapannya ialah kerana berlaku syubhah di situ. "Untuk makluman beliau, dalam perlaksanaan hudud, seperkara yang mesti diambil kira dalam perlaksanaan ialah perlaksanaan hukuman hudud mesti meraikan satu kaedah yang penting iaitu tudra'ul hudud bi syubhat iaitu hudud itu tidak boleh dilaksanakan sekiranya ada syubhah. "Persoalannya di mana syubhah itu dalam kes ini? Syubhahnya ialah hubungan suami isteri itu sendiri atau dalam istilah feqahnya ialah syubhatul milk iaitu syubhah kerana isteri itu adalah milik suami tidak sepertimana dalam kes kesalahan hudud yang beliau nyatakan yang mana pasangan yang bersalah tersebut tidak mempunyai hubungan yang sah dari sudut syarak, ianya adalah berbeza dengan kesalahan liwat suami isteri," tambah beliau lagi. Beliau berkata, Zulkifli sebagai ahli parlimen tidak sepatutnya membaca sepintas lalu tanpa merujuk kepada para ulama kerana pengetahuan hukum syarak ada disiplinnya yang tersendiri, bukannya mengikut akal fikiran manusia yang lemah. Beliau turut mengulas tentang dakwaan ahli parlimen itu bahawa had umur 18 tahun bercanggah dengan hukum syarak. "Masalah berkenaan had baligh seseorang muslim itu, sebenarnya ianya adalah perkara khilafiah, ianya bukan suatu yang qat'ie. "Ada ulamak dalam mazhab Syafie kata 15 tahun, barulah seseorang itu dianggap baligh, kalau dalam mazhab Hanafi, mereka kata 18 tahun barulah dikira sebagai mukallaf. Jadi dalam isu yang beliau bangkitkan ini, maka kita mengambil had umur yang paling tinggi supaya tidak berlaku masalah khilafiah. Sebagai contoh, jelasnya kalau diambil umur 15 tahun, nanti apabila perbicaraan diadakan, mungkin pihak peguam tertuduh akan mendakwa bahawa anak guaman bermazhab Hanafi, semata-mata untuk lari daripada hukuman. "Jadi kita ambil pandangan 18 tahun supaya tidak berlaku at-tahayul atau helah dalam perbicaraan, itu hanya satu sebab mengapa kita pilih 18 tahun dan di sana masih ada sebab-sebab lain yang boleh kita rujuk kepada buku-buku feqah," ujar beliau lagi. P/s: Kalau TM MALU, tetapi adakah orang macam Zul Kulim ini ada perasaaan malu? | ||||||||||||
Persatuan Kakitangan Akademik UIA SOKONG Aziz Bari Posted: 21 Oct 2011 05:34 PM PDT Berikut kenyataan penuh PKA UIAM [HD] Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PKA UIAM) ingin menyatakan sokongannya terhadap Professor Abdul Aziz Bari di dalam menjalankan amanahnya sebagai seorang murabbi dan sarjana Perlembagaan Malaysia. Kami berasa terkilan atas campurtangan pihak luar ke atas sistem pendidikan di negara ini yang sepatutnya bebas dan bersifat professional. Tohmahan serta tekanan yang tidak berasaskan ilmu yang dilemparkan kepada Professor Abdul Aziz Bari hanya membuang masa dan merendahkan status negara di mata dunia. Professor Abdul Aziz Bari adalah seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau. Ini adalah seperti yang dinyatakan didalam Al Qur'an: Surah al-Anbiya' (21:7): "Kami tiada mengutus rasul-rasul sebelum kamu, melainkan beberapa orang-laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui". Mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau sepatutnya memberi beliau ruang untuk berdebat secara lebih terbuka kerana proses konstruktif sebegini Ini akan meningkatkan tahap pemikiran masyarakat di negara tercinta ini. Peringatan ini jelas berkait rapat dengan ayat Al Qur'an dalam Surah al-Baqarah (2:111): "Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: "Tidak sekali-kali akan masuk syurga melainkan orang-orang yang berugama Yahudi atau Nasrani". Yang demikian itu hanya angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar". Professor Abdul Aziz Bari sepatutnya diberi penghargaan kerana berjaya membuat satu negara berfikir dan memberi reaksi di dalam pelbagai cara. Beliau bagaimanapun tidak harus dihukum kerana reaksi pihak ketiga ini. Sebagai seorang ahli akademik, Professor Abdul Aziz Bari berhak menyatakan pendapat seperti yang telah dilakukannya. Ini adalah sebahagian dari kebebasan akademik yang dipunyai oleh setiap ahli akademik. Mana-mana negara yang mahukan universiti mereka disanjungi dan dihormati sebagai universiti bertaraf dunia pasti menyokong, menghormati dan melindungi kebebasan akademik ini. Kami tidak mahu tindakan ini kelak dijadikan satu 'precedence' pada masa akan datang kerana ia boleh menyekat sumbangan intelektual dari ahli akademik terhadap isu-isu kenegaraan sama ada yang dianggap sensitif atau sebaliknya. Sebarang tafsiran dan pandangan yang dibuat dari hasil kepakaran seseorang ahli akademik sewajarnya disambut secara lapang dada oleh mana-mana pihak. Kritikan inteletek adalah sangat penting di dalam dunia akademik kerana dengannya budaya keilmuan di sesebuah universiti itu boleh berkembang dan menyumbang sesuatu kepada pembangunan anak bangsa dan negara. Kebebasan akademik ini telah disaran oleh UNESCO melalui peruntukan dalam "Recommendation Concerning the Status of Higher Education Teaching Personnel" yang dihasilkan melalui persidangan UNESCO pada 11 November 1997, seperti dalam Artikel 26 dan 27 yang berbunyi: "the right to contribute to social change through freely expressing their opinion of state policies and of policies affecting higher education". PKA UIAM menyeru semua pihak supaya menghayati dan menghormati kebebasan akademik. Keprihatinan pihak-pihak yang berkepentingan (stakeholders) dalam perkara ini amat perlu untuk memertabatkan Malaysia sebagai hub pendidikan tinggi antarabangsa dengan universiti-universitinya bertaraf dunia. Sekian. Terima kasih. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan