Selasa, 18 Oktober 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Apa yang boleh Tsu Koon ‘korbankan’?

Posted: 18 Oct 2011 01:00 PM PDT

OLEH Ismail Dahlan

Pertaruhan agak tinggi bagi Ketua Wanita Gerakan Tan Lian Hoe apabila beliau berkeputusan untuk membuat pendirian bertentangan dengan Presiden parti itu, Koh Tsu Koon. Beliau lemah, katanya, dan menyeru Koh Tsu Koon untuk meletakkan jawatannya.

24 jam kemudian beliau menarik balik kata-katanya, mengisytiharkan 'kesetiaannya' kepada Koh, dan berjanji untuk mematuhi segala keputusan yang dibuatnya.

Kebanyakan penduduk Pulau Pinang boleh memberitahu Tan bahawa Koh memang lemah. Ken=banyakan penduduk Pulau Pinang telah menyuarakan pandangan mereka pada Mac 2008 bahawa mereka tidak mahu Koh lagi

Politik parti

Sememangnya, penarikan semula kata-kata Tan yang memalukan itu merupakan simptom politik parti di dalam parti-parti komponen Barisan Nasional. Dalam kes ini, menurut sumber-sumber parti, kebanyakan kelompok Tan setuju bahawa Koh adalah pemimpin yang lemah, berbolak-balik dan suram.

Sudah pasti kepimpinan Koh tidak akan membantu Gerakan pada Pilihanraya Umum. Tetapi, mereka tidak mahu Tan menjadi wira dengan menjadi individu yang menyingkir Koh.

Jadi, beliau ditinggal sendirian tanpa bantuan dan dipaksa untuk mebuat kenyataan yang sangat hipokrit dengan menarik balik kata-katanya hari ni. Mana mungkin beliau bertukar fikiran secara begitu drastic dalam tempoh satu malam sahaja.

Pengunduran bermaruah

Satu lagi sumber mendakwa satu perjanjian telah dilakukan di mana Koh tidak akan bertanding dalam pilihanraya tetapi Tan Lian Hoe harus menarik balik kata-katanya untuk menjaga 'perpaduan parti' dan memberi laluan untuk Koh berundur dengan 'maruah'. Kelihatan Koh memberi kesahihan dengan menawarkan untuk 'mengorbankan' dirinya untuk parti.

Tidak jelas apa sebenarnya yang dikorbankan oleh beliau, melihat kepada beliau telah hidup dengan hasil titik peluh rakyat Pulau Pinang selama berdekad-dekad; dan tanpa apa-apa kesan pun.

Bukanlah ianya akan membawa banyak perbezaan untuk Gerakan, satu parti yang menunggu kepupusannya pada Pilihanraya Umum akan datang. Sebab kenapa Gerakan, dan beberapa lagi parti komponen BN, seperti MIC dan SUPP, akan disingkarkan adalah kerana parti-parti ini tidak mencerminkan kehendak rakyat.

Silap besar lagi

Ada beberapa orang yang masih mengambil berat terhadap Gerakan dan mahu Koh keluar; tetapi politik parti mencegahnya. Rakyat India mahu Samy Velu berundur pada tahun 2008 tetapi politik parti MIC mengekalkan kuasanya dan MIC menanggung akibat daripada itu. MIC masih belum pulih daripada pukulan yang mereka tanggung pada tahun 2008. Dan Samy Velu masih memegang kuasa dalam MIC, beroperasi dari belakang tabir.

Jadi BN tetap melakukan kesilapan, terpotong daripada aspirasi rakyat, di mana mereka melihat coretan di dinding, tidak mampu berbuat apa-apa kerana politik parti dan peribadi. Kepada mereka yang sudah bosan membaca tentang entity-entiti yang tidak relevan sepert Gerakan, mereka boleh bertenang dengan hakikat yang mereka tidak perlu untuk berbuat begitu lagi selepas pilihanraya akan datang.

- Malaysia Chronicle

Celaka! Tok Guru Nik Aziz Dihina Dan Digelar 'Binatang' Oleh Blog Lucah Umno

Posted: 18 Oct 2011 06:15 AM PDT

"Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bagian yang banyak." (Tirmidzi, Ahmad, Ad-Darimi, Abu Dawud. Dishahihkan oleh Al-Albani)

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/299052_10150308585872592_358919387591_8539877_1878725524_n.jpg

satu blog yang terkenal dengan paparan video seks dan lucah malam ni telah mengggelar seorang ulama TG Nik Aziz sebagai binatang. Segala macam penghinaan dan fitnah terhadap tuan guru dilemparkan.

Blog lucah dan seks yang kononya alim dan suci mempertikaikan Tok Guru dan menghina Tok Guru tidak adil dalam tugasan. Gelaran binatang adalah amat berat bagi seorang ulama terkenal.

Kejahilan dan kebiadapan blog lucah ini semakin mencabar kesabaran penyokong dan pendukung agama islam di malaysia.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiZlMKINzsCWGOjI5Haq1yDnF4Ixpnwh2iV4E_X2lkExAeoyHhNeIHIpXkIoHVDIqJhxHqAGmzgruQTYvvsbFhpSVq4o8Og6mhNPsA3AgX_cH6MP016lUyI1MTImA0b7RGg9FL0wxE9-K8/s1600/rosmah_mansor_02.jpg

Hanya satu yang alim dan suci di mata gomo iaitu

puan yang bergambar di atas.

Terima kasih.

Kejahilan dan memang sesuai la blog picisan anda memaparkan video seks dan lucah.

Syabas dan tahniah juga kepada pihak keselamatan dan berkuasa yang menyokong penuh usaha blog lucah ini dengan tanpa mengambil apa-apa tindakan sewajarnya.

Belanjawan dan belanja minum kopi

Posted: 18 Oct 2011 06:00 AM PDT

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT

TANPA mengulas butiran terperinci Belajawan 2012, tak ramai yang tak nampak bajet kali ini berlainan sedikit daripada yang lazimnya. Kata orang dulu-dulu, ini bajet pilihan raya (umum).

Betullah tu. Tapi, walaupun slogan Umno kekal 'dulu, kini dan selamanya' (menyadur daripada tagline iklan satu jenama popular minuman berkabonat), strategi basi kerajaan Umno-BN menggulagulakan rakyat dengan memansuhkan itu dan ini hanyalah tidak lebih dari nostalgia zaman 'dulu'.

'Kini' seluruh percaturan mengambil hati rakyat sudah berubah sepenuhnya. Yang tidak berubah hanyalah mentaliti kuno Umno-BN dengan kecenderungan mutlak untuk kekal 'selamanya'.

Tentu ramai masih ingat retorik 'reformasi' Umno pasca Mac 2008. Tapi sebagaimana lazim, retorik tetap retorik. Tidak ada yang direformasikan dan tidak ada apa yang berubah.

Modus operandi Umno-BN dalam konteks bajet menjelang pilihan raya umum adalah mudah dan tak pernah mengalami sebarang perubahan.

Dilihat sebagai senjata ampuh untuk mengubah pendapat umum dan dengan bantuan sorak sorai media mereka, minda barisan pemimpin Umno-BN dijajarkan dalam kesepakatan jitu betapa hanya inilah satu-satunya ikhtiar untuk memenangi pilihan raya umum.

Kali ini bagi menunjukkan betapa prihatinnya kerajaan Umno-BN terhadap penderitaan yang ditanggung oleh rakyat ialah memansuhkan yuran persekolahan. Kalau nak hapuskan duti import ke atas barangan kemas berasaskan berlian tentu tak guna sebab tak ramai rakyat yang mampu membelinya.

Kalau adapun, cuma mereka yang mahu mendirikan rumah tangga dan membeli perkakas berlian di antara 0.03 hingga 0.20 karat.

Yang boleh cincin berlian 1-10 atau 15 karat lagi tidak ramai. Dan yang mampu dan paling penting sanggup membazirkan wang tanpa ada rasa bersalah pada diri-sendiri untuk membeli cincin berlian 65 karat hanyalah seorang sahaja.

Justeru, pemansuhan duti seperti ini tidak akan memberi kesan dalam usaha mengubah pendapat umum kerana mereka yang terlibat hanyalah segelintir sahaja.

Cara terbaik, menurut hemat pemimpin Umno-BN dalam kerajaan ialah menggula-gulakan rakyat dengan memansuhkan sesuatu melibatkan jumlah besar rakyat.

Maka menerusi Bajet 2011 ini kerajaan di bawah pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak dengan bangganya mengumumkan pemansuhan yuran persekolahan, pemberikan wang tunai RM100 untuk setiap anak yang bersekolah dan baucer buku untuk pelajar universiti.

Selain daripada itu ada juga bonus setengah bulan untuk kakitangan awam. (Kesian mereka, apa salahnya sesekali bagi dua bulan bonus terus?) Ada juga pemberian one-off sebanyak RM500 kepada keluarga yang berpendapatan kurang RM3,000. (Kenapa pemberian one-off dan bukan bantuan bulanan?)

Apa pun pada perkiraan Najib pemberian yang diumumkan dalam Bajet 2011 ini sudah tentu dapat sedikit sebanyak mengambil hati rakyat.

Namun beliau lupa, isu yang dihadapi oleh Umno-BN dalam pilihan raya umum yang bakal menjelang ini bukan sekadar ekonomi membabitkan rakyat secara langsung, tetapi melibatkan banyak-banyak isu-isu lain.

Sekiranya Najib dan pemimpin Umno-BN lain serta para profesor dan ahli perancang pilihan raya mereka membaca semua jenis tulisan di internet menjelang pilihan raya umum lalu dan masih ingat akan isi kandungannya, hanya sedikit sahaja kritikan dan cemuhan yang dihalakan ke atas Umno-BN, rata-rata kritikan dan cemuhan serta rasa tidak-puas hati rakyat dihalakan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu menjadi Perdana Menteri.

Untuk pilihan raya umum akan datang yang membabitkan Najib ini, rasa tidak puas hati dan marah rakyat bukanlah sekadar terhadap Perdana Menteri tetapi juga terhadap isteri dan terhadap Umno-BN dan merangkumi isu-isu besar yang tidak wujud di zaman Abdullah dan tidak pernah dijadikan sebagai modal kempen pilihan raya oleh parti oposisi. Selain daripada itu rakyat juga marah kepada pemimpin Umno dan MCA atas pelbagai isu.

Justeru, sekiranya dalam Bajet 2011 ini Najib mengumumkan pemberian wang tunai one-off hatta RM1 juta sekalipun, rakyat mungkin menerimanya dengan segala senang hati. Tetapi untuk mengundi BN, belum tentu lagi.

Masalah kesempitan ekonomi yang ditanggung oleh rakyat tak boleh dihapus atau dimansuhkan dengan pemansuhan yuran, pemberian one-off RM500 dan sebagainya. Apa yang perlu dilakukan adalah jauh daripada itu.

Seluruh pentadbiran perlu overhaul dan rakyat tahu Umno- BN tidak bersedia melakukan hal tersebut. Oleh itu apa yang Najib berikan kepada rakyat dalam Bajet 2011 ini adalah ibarat membelanja mereka secara kopi di warung tepi jalan.

Pakatan kecam fitnah terhadap keluarga Guan Eng

Posted: 18 Oct 2011 05:45 AM PDT

(Oleh: Nabihah Hamid)

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Pakatan Rakyat mengecam tindakan Umno yang menyebarkan fitnah bagi mengaibkan keluarga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, fitnah yang mengheret anak lelaki Guan Eng itu merupakan politik jijik yang dilakukan Umno untuk menjatuhkan lawan mereka.

"Kita bersimpati dengan apa yang dialami oleh Guan Eng sekeluarga dan kita melihat inilah cara Umno melemparkan isu fitnah,"

"Tindakan Umno menggunakan remaja yang berusia 16 tahun adalah jijik, mengaibkan dan hanya melambangkan kepura-puraan pemimpin Umno yang mempersoalkan moral serta akhlak," kata Ketua Umum KEADILAN itu pada sidang media di parlimen hari ini.

Semalam blog-blog pro-Umno dilapor menyebarkan fitnah dengan mendakwa anak lelaki seorang kenamaan di negeri itu mencabul kehormatan seorang rakan pelajar wanitanya.

Blog berkenaan juga membuat spekulasi bahawa identiti orang kenamaan yang dimaksudkan itu adalah Lim.

Anak lelaki ketua menteri yang berusia 16 tahun itu didakwa dipindahkan dari sekolahnya kerana masalah disiplin, namun pihak sekolah menafikan dakwaan berkenaan.

Menyifatkan tindakan itu untuk memenuhi nafsu serakah Umno, Pakatan turut mengutuk dan menggesa fitnah tersebut dihentikan segera.

"Kita berharap Guan Eng dan keluarga dapat bersabar menghadapi fitnah tersebut. Kita ada keluarga dan anak, menggunakan politik sedemikian adalah sesuatu yang tidak masuk akal," Ujar Anwar.

Sementara itu Presiden PAS , Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyelar tindakan keji blogger Umno tersebut, dengan menyifatkan ia merupakan taktik biasa dilakukan Umno.

"Ini adalah perkara yang biasa, kita akan dijadikan bahan fitnah dan akan mendapat undi simpati. Budaya fitnah biarlah hanya berlegar dalam BN saja dan jangan melibatkan rakyat,"

"Penyakit ini adalah penyakit Umno yang memusnahkan senario politik Malaysia," kata beliau.

Penasihat DAP , Lim Kit Siang turut meminta kerajaan menyatakan pendirian dan tindakan tegas diambil terhadap blogger berkenaan.

Bajet pilihan raya: BN beri rakyat ikan, bukan kail

Posted: 18 Oct 2011 05:30 AM PDT

Oleh MAT ZAIN MAT ISA

INGAT lagi apa komen Dato' Seri Najib Razak tatkala parti pembangkang berjanji akan menurunkan harga minyak dalam pasaran tempatan sekiranya Pakatan Rakyat diberi peluang memerintah negara dalam pilihan raya umum lalu?

Dalam salah satu reaksinya pada awal 2008, Najib yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri mendakwa negara akan bankrap sekiranya subsidi ditambah bagi menurunkan harga minyak. Beliau malah menganggap cadangan pembangkang itu sebagai tindakan yang 'tidak masuk akal'.

Langkah itu juga, menurut Najib, bakal menyulitkan kerajaan melaksanakan pembangunan negara, termasuk menyediakan pelbagai kemudahan awam diperlukan rakyat.

Bagi menambahkan persepsi negatif terhadap cadangan pembangkang itu, digambarkan pula tabiat bergantung harap kepada subsidi sebagai kebiasaan buruk yang merugikan negara dan tidak wajar diteruskan. Ia tidak membentuk warga negara yang berdaya saing. Rakyat yang dimanjakan dengan subsidi dan berbagai insentif kerajaan didakwa akan malas berusaha keras untuk kemajuan dalam hidup.

Seperti lazimnya dalam budaya BN, apabila 'kepala kereta api' berpandangan sedemikian, seluruh gerabak akan mengikut dengan taat.

Hujah itu segera diratib dan dipanjangkan segenap rank-andfile BN.

Pelbagai rasional dan alasan dikemukakan yang kesemuanya menjurus kepada mewajarkan usaha kerajaan menghapus atau sekurang-kurangnya memotong pembiayaan subsidi ke atas sebilangan barangan keperluan rakyat, terutama bahan bakar.

Gambaran positif itu diuaruarkan lagi oleh seluruh saluran media arus perdana yang sememangnya menjadi talibarut BN.

Pada masa sama, para penggiat ekonomi, ahli akademik dan individu terhormat senada seirama menyokong tindakan BN. Mereka menganggap usaha mengurang atau menghapuskan subsidi amat baik, terutama dalam konteks mendidik rakyat menjadi warga yang berdikari dan berdaya saing. Tabiat mengharapkan subsidi dan insentif kerajaan dikecam dan diberikan persepsi serong.

Amat mengejutkan dalam keadaan rakyat belum begitu lupa terhadap nilai positif yang kononnya cuba disemai oleh BN itu, perkara sebaliknya pula dibawa parti pemerintah itu minggu lalu. Pembentangan Belanjawan 2012 oleh Najib secara zahirnya disifatkan banyak pihak sebagai menjamu rakyat dengan taburan wang tunai.

Antaranya, pemberian tunai secara one-off berjumlah RM500 kepada setiap keluarga dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, bantuan tunai RM100 kepada setiap pelajar Tahun Satu hingga Tingkatan Lima, serta RM200 baucer buku untuk pelajar Tingkatan Enam dan institusi pengajian tinggi.

Turut diumumkan ialah pemberian tunai RM3,000 untuk bekas perajurit atau balu mereka, juga untuk ribuan bekas kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Kementerian Penerangan, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Manakala kalangan penjawat awam turut dihadiahkan bonus setengah bulan gaji atau minima RM500, selain kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.

Kemurahan hati kerajaan mencurahkan habuan sedemikian sudah tentu disambut baik khalayak terbabit. Namun harus diingat ia juga bakal menghasilkan suasana ekonomi yang 'berat sebelah' terutama kepada golongan yang tidak terlibat dengan mana-mana kelompok disenaraikan di atas.

Limpahan tunai di kalangan rakyat akan menggalakkan perbelanjaan. Ia sekali gus meningkatkan permintaan dalam pasaran. Kejutan itu menyebabkan permintaan jauh mengatasi bekalan, yang sekali gus akan menggalakkan kenaikan harga.

Satu kesan lain, lambakan insentif menerusi belanjawan itu juga menyalahi apa yang sebelum ini dicanangkan BN sendiri.

Cakap berdegar-degar sebelum ini kononnya kerajaan mahu mendidik rakyat lebih bertanggungjawab, tidak bergantung harap kepada habuan kerajaan seolah-olah hanya cakap kosong.

Para pemimpin BN seolaholah terlupa pernah melaunglaungkan falsafah, "kita beri kail, tak beri ikan." Kononnya, sekiranya diberi ikan, rakyat akan hanya boleh menikmatinya untuk sementara waktu.

Tetapi jika diberi kail, dalam erti kata diberi kemahiran dan galakan mencari rezeki sendiri, maka rakyat akan menikmati pendapatan berterusan. Ia bukan sahaja mengurangkan beban perbelanjaan kerajaan, tetapi juga membentuk rakyat yang berdikari dan jayadiri.

Sewaktu melontarkan idea yang digambarkan sangat motivatif itu BN nampak benarbenar mahu mengikis mentaliti subsidi atau mengharapkan disuap kerajaan dengan jamuan kebendaan.

Kononnya tabiat itu boleh membankrapkan negara. Malang sekali, belanjawan negara yang secara jelas menyaksikan taburan wang tunai sebegitu dahsyat memusnahkan cakap penuh berwawasan dan hebat tadi. Yang diberi BN kepada rakyat bukannya kail, tetapi ikan. Sekali lagi BN membuktikan mereka 'bikin tak serupa cakap'

Gambar-Gambar Program Anak Muda Berbasikal Bersama Ustaz Azhar

Posted: 18 Oct 2011 05:15 AM PDT

Mempertahan kerajaan PAS

Posted: 18 Oct 2011 05:15 AM PDT

Oleh ABU FIRDAUS

Sebagai sebuah parti politik yang menang di peringkat negeri, maka PAS tidak akan dapat mencorak negara secara menyeluruh. Ia memerlukan suatu gerakan yang membahas habis fahaman politik Islam.

PERASAAN ini hampir serupa. Iaitu ketika gerakan Islam menang menubuhkan pemerintahan Islam yang penuh harapan akan wujudnya keadilan dan cita-cita haraki.Dalam hidup ini, penulis dapat merasakan perasaan gembira ini ketika gerakan Islam menang di Iran, Afghanistan, Kelantan, Turki, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Kemenangan di Iran berlaku ketika Ayatollah Khomeini pulang ke Teheran pada tahun 1979 ekoran pemergian Shah Iran.

Begitu juga perasaan yang sama muncul ketika Mujahidin masuk ke Kabul ekoran tumbangnya kerajaan komunis pimpinan Babrak Karmal di Afghanistan.

Di Iran, kemenangan berlaku secara revolusi sementara di Afghanistan, ia merupakan hasil jihad. Tetapi kemenangan melalui pilihan raya tetap mendatangkan nikmat istimewa.

Perasaan seronok kemenangan dalam pilihan raya berlaku pada tahun 1990 apabila Angkatan Perpaduan Ummah pimpinan PAS menyapu bersih kerusi Dewan Undangan Negeri.

Begitu juga apabila mendapat tahu Parti Refah pimpinan Necmettin Erbakan menang pilihan raya Turki dan selanjutnya buat pertama kali parti berasal Islam menubuhkan kerajaan Ankara.

Perasaan yang sama mengiringi penulis apabila PAS yang merupakan sebahagian daripada Barisan Alternatif dapat menumbangkan kerajaan Barisan Nasional Terengganu pimpinan menteri besar Wan Mokhtar Ahmad pada tahun 1999.

Terasa nikmat kemenangan pilihan raya apabila PAS dan sekutu-sekutunya berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Sememangnya kemenangan perjuangan dalam revolusi, jihad dan pilihan raya itu hanyalah pembukaan kepada kerja yang lebih sukar dan mencabar, iaitu pentadbiran kerajaan.

Apakah yang Iran boleh lakukan sebaiknya gerakan Islam menang? Amerika Syarikat tidak duduk diam. Iraq digunakan Amerika untuk kalau boleh menumbangkan Khomeini.

Begitu juga dengan Afghanistan. Rusia terus campur tangan dalam perpecahan di kalangan Mujahidin yang membawa Taliban ke tampuk kuasa.

Di Malaysia, gerakan Islam yang menang hanya di peringkat negeri, tentu tidak dapat menghalang gangguan kerajaan Pusat.

Inilah yang dialami oleh kerajaan pimpinan PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Sementara PAS yang berkongsi kuasa melalui Pakatan Rakyat di Perak dan Selangor terpasa menerima hakikat realiti kerajaan campuran.

Namun kalaulah PAS memegang kerajaan Pusat sekalipun, keadaan tidak juga mudah.

Lihatlah Erbakan yang berjaya menubuhkan kerajaan di peringkat Pusat di Turki, beliau terpaksa berdepan dengan tentera yang menganggap dirinya sebagai pelindung perlembagaan negara.

Di Malaysia, pihak tentera tidaklah mempunyai kedudukan kuat seperti Turki. Namun ia tetap berpengaruh kuat.

Tradisi tentera Malaysia dengan sejarahnya melawan Jepun, kemudian komunis serta Indonesia semasa Konfrontasi menjadikan ia mewakili jati diri negara.

Setakat sebagai sebuah parti politik yang menang di peringkat negeri, maka PAS tidak akan dapat mencorak negara secara menyeluruh.

Ia memerlukan suatu gerakan yang membahas habis fahaman politik Islam.

Apa Nasib Bayi Ni? Adakah Malaysia Sedang Menunggu Bala Dari Allah?

Posted: 18 Oct 2011 05:00 AM PDT

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/298645_10150333645306045_572966044_8347974_1555282469_n.jpg


BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek

Perjudikan One-Off hadapi PRU13

Posted: 18 Oct 2011 04:30 AM PDT

Oleh SAFAR JUMAAT

SELEPAS ketawa besar, dengan sokongan ampu-ampuan daripada rakanrakannya, Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak nampaknya masih belum puas menerima pujian-pujian kerana mendakwa telah membentangkan Bajet Transformasi 2012.

Tiada siapa peduli, bajet yang dibentangkan ini merupakan sambungan daripada bajetbajet defisit yang sudah lama berlarutan, kerana Najib kelihatan gelabah untuk membacakan cadangannya itu di Parlimen, selepas Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengambil langkah awal membentangkan Bajet Mesra Rakyat.

Bila Najib menyebut 'one off', ini bererti Najib cuba sebaik mungkin membelanjakan wang yang ada, bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus mendapat tempat di hati rakyat – jika tidak, dikhuatiri mereka yang sedang berkuasa sekarang tidak sempat membelanjakan apa yang ada, seandainya Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang sudah tidak dimenanginya lagi.

Dalam kegelabahan itu, beliau nampaknya terpaksa 'sedia berbelanja boros' kerana mahu memikat hati rakyat yang sudah dikesan tidak lagi mahu memberi peluang kepada BN untuk terus berkuasa.

Ini menyebabkan mereka mahu mencurahkan air di tempayan kerana mereka nampak, jika dengan cara ini akan dapat menadah hujan yang bakal turun atau, mereka akan berpuashati selepas segala-galanya dihabiskan, untuk mempertahankan Putrajaya hingga ke syiling yang penghabisan.

Untuk apa wang jika selepas ini hilang kuasa, kata seorang Ahli Parlimen BN yang ditemui selepas mendengar Najib membentangkan bajet.

Maknanya, Najib memperjudikan wang negara dengan harapan dapat meneruskan kuasa yang seperti telor di hujung tanduk.

Itulah sebabnya, ketika mengadakan program turun pandang ke Selangor, Najib memilih kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang BN kalah antaranya Ijok, Batu Caves dan Gombak Setia. Ini kerana mereka di Selangor yakin, jika boleh menang semula kerusi Ijok yang diwakili Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, harapan BN untuk menang semula Selangor agak cerah.

BN Selangor juga mengharapkan BN boleh menang kerusi Dun Batu Caves yang selama ini diwakili calon MIC dan Gombak Setia, kerana BN tidak bimbang kawasan sebelah Sabak Bernam, Sungai Besar dan Tanjung Karang tetapi yang mereka khuatir ialah Gombak, Hulu Langat, Ampang Jaya dan Pandan.

Kawasan-kawasan di pinggir bandar ini, khabarnya cukup terkesan dengan pembentangan bajet baru-baru ini. Malahan, Najib juga tidak sabar-sabar untuk turun berkempen sebaik sahaja pembentangan dilakukan kerana mahu melihat sambutan daripada rakyat terhadap kehadirannya di mana-mana.

Bajet pilihan raya Memetik kata-kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin bahawa bajet ini boleh dikatakan bajet pilihan raya atau sebagainya, kelihatan beberapa Menteri Kabinet tidak sabar-sabar mahu pulang ke kawasan masingmasing bagi membawa khabar gembira ini kepada pengundi di kawasannya.

Mereka seperti dapat suntikan semangat baru dari apa yang dibentangkan Najib tanpa mereka mempedulikan bahawa Najib membunuh langsung legasi perjuangan bekas Perdana Menteri terdahulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi terhadap pembangunan modal insan.

Apakah ia disengajakan atau tidak, tiada siapa dapat menjawabnya tetapi kalau boleh Najib mahu seluruh rakyat Malaysia tidak lagi menyebut Islam Hadhari dan Modal Insan, gagasan Abdullah dahulu.

Dalam masa yang sama, Najib juga tidak menyentuh langsung Wawasan 2020 yang diperkenalkan Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun beliau menyebut di kalimah akhirnya pembentangannya bahawa apa yang sudah dilakukan Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein On, Dr Mahathir dan Tun Abdullah, kini diteruskannya.

Itulah sebabnya Najib menyebut bahawa beliau baru 2 tahun lebih memimpin bagi meminta rakyat tidak menyalahkannya dengan apa yang berlaku sekarang hingga defisit meningkat dan hutang negara bertambah.

Najib sedar, tanpa sokongan kakitangan kerajaan, mana mungkin BN akan terus mengekalkan kuasa dan Najib juga sedar bahawa guru-guru merupakan jentera yang cukup dekat dengan pengundi.

Itulah sebabnya, kali ini Najib memberi tumpuan kepada gaji kakitangan kerajaan selain bonus dan skim kenaikan pangkat guru-guru yang dilihat perlu diutamakan jika mahukan sokongan golongan ini.

Najib sudah berkali-kali memberitahu, beliau tidak mahu bajet yang dibentangkannya dianggap sebagai dicedok dan terikut-ikut kehendak Buku Jingga tetapi dalam masa yang sama, apabila Najib memberi fokus kepada warga emas dan guru, ia sekali gus menjawab bahawa kesan Buku Jingga telah masuk ke pemikiran Najib.

Biarlah beribu kali Najib menafikannya tetapi mana mungkin ada pembelaan kepada bekas anggota keselamatan jika tidak kerana serangan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu?

Najib juga terpaksa memikirkan untuk membela nasib ahli-ahli parlimen kerana Najib tahu mereka yang bersama-sama BN pun tidak menentukan lagi pendiriannya jika nasib mereka tidak diperdulikan.

Najib tahu, tiada siapa yang boleh 'dipercayai' lebih-lebih lagi ada ahli parlimen BN pernah berucap di Parlimen mengatakan 'apa guna duduk di rumah besar jika hanya berada di kaki lima. Lebih baik duduk di rumah kecil tetapi dapat duduk dalam rumah dan ada bilik disediakan'.

Apakah kata-kata itu tidak memberi kesan kepada tahap sokongan Ahli-ahli Parlimen BN? Jadi, selain dari pertemuan dan perjumpaan yang diatur, Najib sering diserang rasa bimbang kalau-kalau ada antara anggota BN yang berpaling tadah.

Angkara Sekor Blogger Umno Berpangkat Doktor Yang Kaki Fitnah

Posted: 18 Oct 2011 04:00 AM PDT

Guan Eng berang anaknya dijadikan mangsa politik

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berang dengan tindakan penulis blog pro-Umno yang cuba menamatkan kerjaya politiknya dengan mengheret kehidupan anak remajanya dengan segala pembohongan yang "keji serta tidak bertamadun".

Dalam satu kenyataan media, Lim menuntut bahawa Umno bertindak ke atas mereka yang bertanggungjawap melakukan perbuatan itu bagi membuktikan bahawa parti itu tidak menggunakan taktik "terdesak, berbahaya dan kotor" untuk terus berpaut pada kuasa.

Beliau mengutuk tindakan beberapa pemimpin Umno yang memuat-naikkan artikeji yang keji itu di blog mereka. Antara yang dinamakan adalah naib ketua Umno bahagian Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin.

Khairy yang juga ahli parlimen Rembau, sebelum itu telas menulis di tweeter @ PapaGomo Mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada."

"Saya berharap mereka yang menabur dusta ini tentang anak muda saya boleh melihat diri mereka sendiri di cermin sebagai seorang bapa, dan bertanya sama ada mereka mahu anak mereka menderita trauma pembohongan seumpama itu," kata Lim.

"Keluarga saya dan saya berhak mengambil apa-apa tindakan selanjutnya untuk melindungi diri kami. Buat masa ini, isteri saya dan saya akan cuba mententeram dan memulihkan anak muda saya dan berdoa bahawa dia akan pulih daripada dilakukan sebegitu kejam".

Lim berkata jika seteru politiknya mahu 'menghabiskan' kerjayanya, mereka boleh berbuat apa sahaja terhadap dirinya tetapi anak-anaknya tidak harus diusik.

Katanya, ahli-ahli politik Umno juga mempunyai anak-anak, tetapi DAP tidak pernah tergamak mengganggu mereka dan tidak menaruh sebarang niat bagi membalas perbuatan itu.

"Anak saya terkejut besar dengan segala pembohongan ini. Beliau juga tidak pergi ke sekolah selama dua hari. Saya berasa sedih bahawa saya tidak dapat melindunginya daripada perbuat keji Umno itu."

Jelasnya, anaknya itu berpindah sekolah bukan kerana masalah disiplin seperti yang didakwa oleh blog pro-Umno tetapi kerana mahu menyimpan rambut yang lebih panjang.

Di sekolah asalnya, SMJK Heng Ee, pelajar lelaki diwajibkan menggunting pendek rambut mereka.

Fitnah anak 16 tahun bukti sifat binatang blogger UMNO

Posted: 18 Oct 2011 02:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Hanya kerana ketagihkan kuasa yang melampau, beberapa pemimpin dan blogger pro-UMNO sanggup menggunakan fitnah jijik dan tidak bertamadun untuk memusnahkan kehidupan pemimpin Pakatan Rakyat.

Dalam kes terbaru, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menjadi mangsa oleh para pemimpin dan blogger UMNO yang bersifat kebinatangan apabila anak lelakinya yang berusia 16 tahun difitnah kononnya telah mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan.

"Jika anda mahu memusnahkan karier saya, lakukanlah terhadap saya sahaja, tetapi jangan heret anak saya yang tidak berdosa itu.

"Ahli-ahli politik UMNO juga mempunyai anak dan DAP tidak pernah menyerang anak-anak mereka dan tidak bercadang untuk berbuat demikian.

"Dalam zaman moden ini, adalah sangat sukar bagi anak-anak muda yang membesar, terutamanya apabila ayahnya merupakan seorang Ketua Menteri yang setiap hari menjadi sasaran media pro-Barisan Nasional," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu difitnah, dikecam dan diserang tanpa sebarang bukti oleh para pemimpin UMNO dan blogger upahan mereka serta lidah rasmi UMNO, iaitu Utusan Malaysia dan media umum yang dikawal oleh UMNO-BN, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan mengingatkan agar ahli-ahli politik UMNO memahami perasaan sebagai seorang ayah.

"Anak saya resah gelisah dan mengalami trauma kerana pembohongan ini. Dia juga sudah tidak ke sekolah dua hari. Saya sedih kerana gagal melindungi anak saya daripada pemimpin dan bolgger UMNO yang bersifat binatang ini," ujarnya.

Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Puteh berkata demikian sebagai respon terhadap kenyatan beberapa pemimpin UMNO dan blogger yang menyebarkan fitnah tentang anaknya yang berpindah sekolah kerana kononnya meramas buah dada seorang pelajar.

Beliau menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku:

"Anak saya telah ditukarkan ke Sekolah St Xavier di Pulau Pinang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Cina Heng Yee kerana saya telah berjanji kepadanya bahawa dia boleh berpindah sekolah mengikut pilihannya jika mendapat memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 6A dalam PMR.

"Apabila dia berjaya mendapat keputusan itu, dia telah dipindahkan pada awal penggal persekolahan tahun ini iaitu pada bulan Januari 2011.

"Anak saya juga mahu pergi ke St Xavier kerana dia tidak mahu rambutnya dipotong menjadi crew cut (seperti rekrut askar) yang diwajibkan terhadap pelajar-pelajar di Heng Yee," katanya.

Guan Eng juga kesal apabila Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin turut terlibat dalam fitnah yang memalukan itu.

Dalam pautan twitter Khairy ada mesej yang berbunyi: "@PapaGomo Mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada." (http://twitter.com/#!/Khairykj/status/125841671102529536)

Menurut Guan Eng, Naib Pengerusi UMNO Bahagian Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri juga terlibat dalam penyebaran fitnah yang keji itu.

Katanya, Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya mengenakan tindakan terhadap pemimpin-pemimpin partinya yang menyebarkan fitnah tidak bermaruah itu yang bertujuan menjatuhkan beliau.

"Oleh itu, UMNO perlu bertindak terhadap mereka yang cuba untuk menghancurkan hidup anak saya dengan melakukan pembohongan yang keji dan tidak bertamadun itu, hanya kerana mahu menjatuhkan kerjaya politik saya," katanya.

Beliau mencabar mereka yang menyebarkan fitnah itu agar mencerminkan diri sebagai seorang ayah.

"Tanyalah (diri sendiri) sama ada mereka mahu anak mereka menerima trauma dari penipuan kejam itu," katanya.

Dalam masa sama, Guan Eng menjelaskan beliau dan isterinya akan tetap sabar dan berdoa serta cuba sedaya upaya memulihkan trauma anaknya itu, akibat kekejaman yang dilemparkan oleh pemimpin dan blogger pro-UMNO itu.

Beliau berkata adalah haknya untuk mengambil apa-apa tindakan lanjut sebagai ketua keluarga yang akan sentiasa mempertahan dan melindungi keluarganya dari sebarang ancaman. – Roketkini.com

Kakitangan awam lebih terbela bersama Pakatan Rakyat – Oleh Adil Mat Selamat

Posted: 18 Oct 2011 02:00 AM PDT

18 OKTOBER – Walau bermacam tawaran dan godaan Barisan Nasional terhadap kakitangan awam, satu perkara mudah dan memang diperlukan oleh perkhidmatan awam tidak berani dilakukan oleh kerajaan pusat. Pakatan Rakyat secara ikhlas dan tegas mahu memperkenalkan gaji minimum RM1,100 sebulan dalam sektor perkhidmatan awam.

Gaji minimum Pakatan

Ini bererti tidak ada sesiapa pun di peringkat paling rendah akan mendapat gaji kurang daripada RM1,100, dan ini tidak termasuk elaun-elaun lain serta peluang-peluang kenaikan gaji dan pangkat.

Jumlah kakitangan perkhidmatan awam secara keseluruhannya sekitar 1.2 juta orang dan 25 peratus daripadanya mendapat gaji di bawah RM1, 000. Jika 25 peratus ini diterjemah kepada jumlah, ia bermakna sekitar 300,000 orang akan mendapat manfaat atas pengenalan gaji minimum.

Malah, secara keseluruhannya Pakatan mahu mengekalkan imbuhan di samping menambah elaun serta memperbaiki sistem kenaikan pangkat yang selama ini menjadi keluhan di kalangan kakitangan awam.

Majoriti dari 25 peratus kakitangan awam ini adalah kaum Bumiputera yang kurang mendapat peluang dari laba kemewahan ekonomi Malaysia. Malah adalah satu realiti bahawa golongan ini mempunyai pendidikan yang sederhana.

Sudahlah peluang kenaikkan pangkat agak sukar, peluang untuk melanjutkan pendidikan juga agak terhad. Justeru, keputusan drastik dan luar biasa perlu dilakukan, iaitu dengan memperkenalkan satu mekanisme sistem gaji minimum dan reformasi sistem kenaikan gaji serta pangkat.

Dasar ini dengan jelas menjawab fitnah UMNO-BN yang mendakwa kononnya Pakatan Rakyat mengabaikan golongan Bumiputera. Sedangkan umum tahu siapa yang menjadi kerajaan pusat pada masa yang menyebabkan Bumiputera menanggung masalah.

Tawaran BN – gembira sebulan, merana selamanya

Kerajaan pusat BN mahu memperkenalkan gaji tahunan penjawat awam yang akan ditingkatkan di antara RM80 hingga RM320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), akan mendapat faedah kenaikan gaji di antara 7 dan 13 peratus.

Dari segi jumlah wang yang bakal diterima oleh 25 peratus kakitangan awam yang berpendapatan di bawah RM1,000, mereka hanya akan menerima kenaikan sekitar RM80 hingga RM100 sahaja, tambahan dari gaji mereka yang sudah sedia rendah itu. Ini kerana mengikut gred perjawatan, kebanyakan golongan ini adalah berjawatan Pembantu Am Pejabat dalam gred N1 hingga N4.

Bandingkan dengan tawaran Pakatan yang akan memastikan pelaksanaan gaji minimum.

Memang gaji minimum sahaja belum memberi jaminan terhadap peningkatan mutu dan produktiviti kakitangan awam.

Di sini kita perlu juga memahami bahawa faktor utama selain sikap dan latihan, ialah dilema kakitangan awam yang rendah produktivitinya adalah disebabkan faktor upah dan kos sara hidup. Ini menjadi faktor paling besar.

Dengan kata lain, kerajaan yang bakal dibentuk oleh Pakatan Rakyat akan berjaya menunai dan menyelesaikan faktor halangan utama untuk mendorong kakitangan awam meningkatkan mutu kerja.

Oleh yang demikian, bagi mana-mana kakitangan awam selepas pelaksanaan gaji minimum, mereka tidak punya alasan lain untuk tidak produktif. Ibarat kata, perahu sudah di air, dayung sudah di tangan.

Rakyat termasuk perniagaan, sama ada kecil, sederhana atau besar, yang membayar cukai menuntut perkhidmatan awam yang terbaik.

Guru dan perguruan.

Bagi Pakatan Rakyat, sudah agak jelas keperluan golongan sektor perguruan iaitu, imbuhan tetap RM500 bagi setiap orang guru di samping elaun dan imbuhan-imbuhan serta peluang kenaikan pangkat yang telah sedia ada, di samping pembaikan daripada kelemahan sistem sekarang.

Imbuhan ini juga berperanan seperti gaji minimum. Ia akan menjadi pendorong bagi golongan guru untuk melaksanakan amanah dengan sedikit keselesaan dalam menjalankan tugas penting mendidik anak-anak Malayasia.

Kita memahami kompleksiti di dalam sektor perguruan. Perubahan pada salah satu daripadanya yang akan memberi kesan secara langsung ialah reformasi sistem pendidikan.

Oleh itu, apabila Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat, sudah pasti akan wujud usaha untuk mereformasikan keseluruhan sistem.

Guru memerlukan satu keadaan yang kondusif untuk mereka fokus mengajar, ini bermakna mereka memerlukan satu sistem pendidikan yang baik dan jelas. Kerja mengajar adalah kerja guru dan kerja mentadbir adalah kerja pengurus.

Pakatan perlu memberi tumpuan serius untuk memastikan guru-guru tidak lagi dibebankan dengan paper work supaya mereka dapat menumpukan tugas sepenuhnya untuk mengajar dan mendidik anak-anak kita.

BN masih berjanji, guru-guru sudah menanti berpuluh tahun

Kerajaan UMNO-BN menggunakan faktor 'masa' untuk membeli keyakinan para guru.

Kata pemimpin besar BN, "Seorang guru terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat, sebaliknya sekarang, dalam skim baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16. Bagi guru bukan siswazah, dari gred 29 kepada 32, jika mengikut sistem time-based sekarang, ia memakan masa 10 tahun, namun, di bawah SBPA hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja".

Lihat bagaimana silap mata UMNO-BN ini yang sedang cuba mengaburi mata guru. Malah, taktik mengumpan guru-guru dengan faktor 'masa' jelas merendah-rendahkan intelek guru-guru seolah-olah mereka tidak pandai mengira dan menghitung.

Bukankah, sistem kenaikkan pangkat cara BN ini tidak akan menyelesaikan masalah utama golongan guru? Bukankah guru mahukan pembelaan dari aspek kenaikan imbuhan tetap dan suasana kerja yang kondusif?

Guru masih di takuk lama, hanya diumpan dengan kenaikan pangkat yang belum tentu keberkesanan perlaksanaannya, seperti dekad-dekad sebelumnya.

Jangan lupa, dalam tempoh hendak naik pangkat itu nanti, kos sara hidup semakin meninggi, jumlah murid pula semakin bertambah, sudah tentu beban semasa guru juga meningkat.

Stress bagi kedua-dua golongan guru dan murid akan naik mendakak. Justeru apakah jaminannya dalam hal ini? Tepuk dada tanya selera.

Golongan pesara kerajaan

Realiti kerja dalam perkhidmatan awam ialah golongan muda mahukan lebih peluang kenaikan pangkat termasuk peluang kerja. Itu fitrah golongan muda.

Golongan tua bukannya mahu terus bekerja sangat, sama ada umur pencen adalah 58 atau 60 tahun, tetapi terpaksa bekerja kerana beban hidup dan ekonomi seharian.

Ini menunjukkan kesan ekonomi yang dikendalikan oleh kerajaan UMNO-BN yang menimbulkan masalah yang memaksa orang lama terpaksa membanting tulang untuk terus bekerja walau usia telah lanjut.

Pakatan Rakyat tidak menghalang, malah menggalakkan mana-mana individu yang sihat tubuh badan terus bekerja. Ia budaya yang baik.

Faktor utama golongan pesara yang sedang meniti zaman emas, sudah tentu isu utamanya adalah ingin menikmati kualiti kehidupan di zaman tua di samping wang pencen yang mencukupi.

Ini bukan soal produktiviti tetapi ia adalah isu kualiti hidup. Golongan ini sudah tentu mahukan sekurang-kurangnya sebuah rumah sendiri, wang belanja harian dan simpanan yang cukup, hutang telah selesai dibayar dan bantuan kepada keperluan kesihatan yang lebih setara dari segi nilai dan perkhidmatan.

Adakah UMNO-BN sudah membuat kajian yang lengkap tentang nisbah graduan yang keluar dari IPTA(S) dengan jumlah kakitangan yang telah dan akan besrara? Adakah ianya setara?

Inilah yang dinamakan sebagai keseimbangan sosio-ekonomi. Maka, perlanjutan umur persaraan yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak itu telah mengabaikan aspek tahap efiensi golongan tersebut. Yang nyata, dalam hal efisien ini, hanya segelintir sahaja yang masih di tahap itu.

Bukankah lebih berkesan jika ia menjadi pilihan bagi mereka yang ingin menyambung khidmat berdasarkan tahap kebolehan, keberkesanan, kesihatan dan rekod perkhidmatan yang cemerlang. Ini lebih fleksibel dan jelas.

Itu belum lagi kita mendengar keluhan dan komen golongan muda dan pra-50 tahun dalam kerajaan. Mereka bergelut untuk mencari peluang kenaikan pangkat.

Transformasi untuk Pakatan

Bayangkanlah jika di sektor awam, hanya sedikit golongan muda yang profesional berbanding golongan emas yang semakin tidak menentu tahap prestasinya. Pasti 'transformasi' Najib akan menjadi sesuatu yang lebih lembam. Daripada kurang efisien sekarang kepada tidak efisien sama sekali. Bukankah ini satu ironi?

Namun, barangkali ini lebih baik untuk Pakatan Rakyat kerana jika golongan profesional muda lari ke sektor swasta, ia akan memudahkan lagi akses golongan tersebut kepada Pakatan Rakyat.

Ini adalah kerana amalan politik berat sebelah dan tidak adil UMNO-BN yang selama ini mengugut mana-mana pegawai dan kakitangan awam daripada terlibat dengan politik pembangkang.

Kita tahu bahawa selama ini, golongan muda yang profesional sering dibelengu ketakutan dan ugutan untuk menyertai atau menyokong Pakatan Rakyat. Justeru, ada baiknya juga jika Najib meneruskan agenda ini. Satu transformasi yang baik untuk Pakatan. – Roketkini.com

Guan Eng kecam ‘pembohongan biadab’ pro-Umno ganggu anak lelakinya

Posted: 18 Oct 2011 01:24 AM PDT

Oleh Clara Chooi

KUALA LUMPUR, 18 Okt — Lim Guan Eng berkata keluargannya kesal dengan "pembohongan biadab" dibawa terhadap anak lelakinya oleh "pihak-pihak kejam yang pro-Umno" sambil merujuk kepada Khairy Jamaluddin dan beberapa pemimpin parti itu yang turut menyebarkan dakwaan dengan komen sinis menerusi blog dan media sosial sejak beberapa hari lalu.

"Saya dan keluarga saya kesal dengan pembohongan dan perbuatan mereka-reka cerita terhadap anak lelaki saya yang kecil adalah sesuatu yang kejam dan keji. Umno seharusnya bertindak terhadap mereka yang cuba untuk menghancurkan kehidupan anak saya dengan pembohongan dan perbuatan mereka-reka cerita dalam usaha mahu memusnahkan saya daripada politik," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Dalam kenyataan menggunakan nada yang keras, Ketua Menteri Pulau Pinang ini berkata anaknya terganggu dengan dakwaan disiarkan oleh blog-blog pro-Umno dan tidak hadir di sekolah sejak beberapa hari lalu.

"Saya menggesa pihak-pihak pro-Umno yang kejam jangan mengganggu anak-anak saya yang kecil. Jika anda mahu menghabiskan saya, buat yang terburuk ke atas saya, biarkan anak-anak saya yang kecil," katanya lagi.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP menggesa kepimpinan Umno mengambil tindakan ke atas ahli-ahli partinya yang didapati menyebarkan khabar angin.

Beliau memberi amaran akan mengambil tindakan susulan ke atas pihak-pihak berkenaan.

"Buat masa sekarang, saya dan isteri saya sedang berusaha untuk memulihkan anak kecil saya dan berdoa agar dia dapat kembali pulih daripada gangguan disebabkan oleh pihak-pihak kejam pro-Umno ini," katanya lagi.

BN hutang besar, anak cucu kita kena bayar

Posted: 18 Oct 2011 12:52 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 OKT – Tahun ini merupakan tahun ke-15 berturut-turut Malaysia mengalami defisit apabila hutang kerajaan meningkat dengan mendadak kepada RM455.75 bilion.

Ini bermakna rakyat Malaysia secara automatik "berhutang" sebanyak RM16,000 setiap seorang kerana hutang kerajaan yang besar, kata Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng.

Justeru, beban hutang itu akan ditanggung oleh generasi sekarang dan masa depan, tidak kira sama ada individu tersebut penyokong Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, atau tidak berparti sekali pun.

Wong yang juga Ahli Parlimen Sibu berkata Bajet 2012 Barisan Nasional telah meneruskan masalah defisit dengan menjadikannya RM51.2 bilion untuk tahun depan kerana kerajaan akan membelanjakan lebih daripada pendapatan.

"Rakyat Malaysia dan generasi akan datang perlu membayar hutan ini. Selepas pilihan raya umum, jika BN masih lagi dalam kuasa, GST (cukai barangan dan perkhidmatan) akan diperkenalkan dan kerajaan akan mengutip lebih banyak cukai daripada rakyat.

"(Kerajaan) memberikan sedikit kepada sesetengah golongan rakyat, terutama kepada kakitangan kerajaan, tetapi (kerajaan) mengambil daripada semua rakyat melalui GST. Ini adalah tidak adil," katanya.

Wong yang menyatakan pandangannya sebagaimana yang dibawakan dalam perbahasan sidang Dewan Rakyat baru-baru ini memberi contoh dua negara bermasalah apabila deficit terlalu besar manakala pentadbiran yang diamalkan tidak bersih dan lemah.

Katanya, Argentina bankrap apabila hutang negara mencatat RM285 bilion manakala Greece mengalami kesusahan kerana pengurusan kewangan yang tidak mantap dan berhemah, dengan kakitangan kerajaan yang terlalu banyak seperti di Malaysia.

"Sewaktu rakyat berusasah payah untuk mencari nafkah, dalam masa tiga tahun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah membelanjakan RM17 juta untuk lawatan ke luar negara manakala Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin membelanjakan RM8 juta untuk tujuan yang sama.

"Sewaktu rakyat dihimpit masalah kewangan dan kenaikan harga barang, kerajaan BN membelanjakan RM2 juta untuk mengerahkan 11,000 orang anggota polis dan menembak 262 peluru gas pemedih mata untuk mengawal perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Bajet 2012 BN telah "mengalahkan" kesemua 53 bajet yang dibentangkan sejak 1957 dengan memberikan paling banyak gula-gula politik demi meraih undi dalam PRU ke-13.

"Ia merupakan usaha bajet yang paling tidak malu dan sinis, menimbunkan hutang kerajaan persekutuan yang paling tinggi dalam sejarah kita – yang akan memecah tanda RM500 bilion tahun depan," katanya.

Menurutnya, hutang kerajaan persekutuan telah bertambah berlipat kali ganda – lebih empat kali ganda dari RM103.1 bilion tahun 1998 yang merupakan 38.3 peratus KDNK menjadi RM455.7 bilion dalam 2011 atau 53.8 peratus KDNK.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, bajet BN memberi satu gambaran masa depan ekonomi negara yang sengaja dimeriahkan tanpa mengambil kira penghitungan realistik tentang keadaan ekonomi antarabangsa.

"Institut Penyelidian RHB member amaran bahawa pertumbuhan ekonomi Malaysia mungkin hanya mencapai kadar 3.6 peratus tahun depan, lebih rendah dari anggaran pertumbuhan 4.3 peratus untuk tahun ini, berikutan risiko akan berlakunya kemelesetan ekonomi global dua kali ganda (double dip global recession)," katanya, merujuk kepada ramalan Najib kononnya ekonomi akan berkembang pada kadar 6 peratus.

Menurutnya, Bank of American Global Research menganggarkan KDNK Malaysia pada kadar 4.2 peratus dalam tahun depan, Maybank Investment Bank meramalkan KDNK di antara 3.5 peratus dan 4 peratus, dan CIMB Investment Bank dengan KDNK 3.8 peratus. – Roketkini.com

Tuduhan Penyelewengan Dana Adalah Satu Penghinaan Kepada Penjawat Awam Selangor

Posted: 17 Oct 2011 10:18 PM PDT

Amanah rakyat menjadi keutamaan Kerajaan Negeri Selangor sejak Pakatan Rakyat mentadbir negeri ini dan kami bekerja keras untuk memastikan amanah rakyat dilaksanakan dengan sebaiknya dan penuh tanggung jawab.

Justeru itu, kami memandang serius tuduhan seorang bekas menteri; Md Zin kononnya baki peruntukan penyelenggaraan pada 2009 berjumlah RM55 juta telah dilesapkan Kerajaan Negeri. Tuduhan liar ini bertujuan untuk mencalar kewibawaan dan kredibiliti Kerajaan Negeri. Lebih dari itu, kita merasakan tuduhan ini turut menghina penjawat awam yang telah bekerja keras bagi memastikan dana negeri diurus dengan baik dan profesional.

Justeru, saya telah memanggil Pegawai Kewangan Negeri, Bendahari Negeri, Juruaudit Persekutuan dan Juruaudit Negeri, Jurunilai Jabatan Kerjaraya dan beberapa akauntan kanan bagi mengutarakan serangan yang cuba dikenakan terhadap mereka serta pegawai kerajaan secara amnya.

Saya telah dimaklumkan bahawa, perjalanan kewangan di Negeri Selangor berdasarkan Pekeliling Perbendaraan yang digunakan pakai di seluruh Malaysia. Pada 27 Februari 1993, Mesyuarat Majlis Kewangan Negara telah memutuskan mulai 1994, semua Kerajaan Negeri hendaklah mewujudkan satu Kumpulan Wang Amalah Penyelenggaraan Jalan-jalan Negeri yang mana semua pemberian ini dicarum terus ke dalam Kumpulan Wang Amanah tersebut dan semua perbelanjaan direkodkan.

Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan-jalan Negeri dengan kod perakaunan 60002 bagi mengakaunkan terimaan dan bayaran pemberiaan Penyelenggaraan Jalan Negeri.

Justeru, penggunaan peruntukan MARRIS oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah berdasarkan peruntukan yang digariskan oleh Arahan Amanah Akaun Amanah Penyelenggaraan Jalan-jalan Negeri.

Pada 2009, Kerajaan Negeri menerima RM315,627,905.00 Peruntukan Penyelenggaraan Jalan-jalan Negeri daripada Kerajaan Persekutuan dengan purata terimaan RM26 juta sebulan.

Sejumlah RM328,751,219.30 telah digunakan pada 2009 iaitu pembayaran terus melalui Akaun Amanah Penyelenggaraan Jalan-jalan Negeri berjumlah RM78,751,219.30 dan pindahan kepada Akaun Hasil Disatukan Penyelenggaraan Negeri Selangor berjumlah RM250 juta.

Baki Akaun Amanah Penyelenggaran Jalan-jalan Negeri pada 1 Januari 2009 ialah RM67,533,879.91 dan baki pada 31 Disember 2009 adalah RM54,410,565.61. Baki ini kemudian dibawa ke tahun 2010. (rujuk lampiran disediakan).

Perincian ini jelas menunjukkan perjalanan dana ini mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Perbendaharaan Negara. Malah, perjalanan dana ini di Negeri Selangor telah diaudit dan diperakui oleh Ketua Audit Negara dalam Laporan Audit 2009 dan sepatutnya tidak dipertikaikan lagi.

Sebagai bekas menteri, Md Zin sepatutnya tidak membuat tuduhan melulu tanpa membuat sedikit kajian tentang perjalanan perakaunan negeri. Jelas beliau sememangnya tiada langsung pengetahuan asas dalam perakaunan. Kedangkalan pengetahuan beliau dan ditambah pula dengan tujuan politik, beliau telah memperkecilkan kebolehan penjawat awam menjalankan tugas untuk memastikan dana diurus dengan baik.

Ini merupakan kali terakhir Kerajaan Negeri memberi penjelasan tentang perkara ini. Jika ada lagi tuduhan penyelewengan melibatkan dana kerajaan tanpa bukti sahih, Kerajaan Negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menuduh dan media yang sewenang-wenangnya menyiarkan tuduhan itu.

TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Sampai Bila Melayu Dan Rakyat Nak Kena Tipu Dengan Umno Bn?

Posted: 17 Oct 2011 08:43 PM PDT

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/301044_2424891539449_1166311439_32970395_2074432772_n.jpg

Pilihanraya Dekat, Datuk Z Semakin Merapu!

Posted: 17 Oct 2011 08:35 PM PDT

Zul Noordin cabar Aziz Bari bertanding dalam PRU

Kontroversi berhubung kenyataan pakar perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari mengenai titah Sultan Selangor menunjukkan tiada tanda-tanda akan berakhir dengan terbaru ahli parlimen Kulim Bandar Bharu Datuk Zulkfili Noordin pula mencabar supaya perdebatan diadakan.

Akhbar-akhbar berbahasa Melayu Berita Harian dan Utusan Malaysia hari ini melaporkan bahawa Zuulklifi berkata bersedia untuk berdebat profesor undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa itu.

Bagaiamanapun, bercakap kepada wartawan di lobi parlimen, semalam, Zulkifli (kanan), berkata beliau hanya sedia berbuat demikian jika Abdul Aziz terlebih dahulu memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Selangor kerana mengeluarkan kenyataan bersifat biadab dan kurang ajar.

"Saya sedia sahut cabaran dia untuk berdebat di mana sahaja dia hendak. Cuma satu sahaja yang perlu beliau lakukan, minta maaf dengan Sultan Selangor dahulu sebab majoriti berpendapat kenyataan beliau mempertikai titah tuanku sebagai kurang ajar dan biadab," katanya dipetik Utusan.

Selain berpendirian bahawa kenyataan Abdul Aziz itu bukan sahaja kurang ajar dan biadab, Zulklifi berkata ia juga bercanggah dengan kedudukan profesionnya sebagai seorang pensyarah.

Letak jawatan

"Justeru dia perlu letak jawatan," katanya dipetik akhbar milik Umno itu.

Sementara itu, akhbar Berita Harian pula memetik Zulkifli membuat cabaran supaya pakar perlembagaan itu bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya cabar Aziz bertanding pilihan raya di Kulim Bandar Baharu atau di mana-mana kawasan yang dia suka jika benar dia mahu menjadi ahli politik. Dia mesti berani meletak jawatan sebagai ahli akademik dan bertanding atas nama parti apa sekali pun.

"Saya tiada halangan dan bersedia menanti Aziz bertanding pada pilihan raya akan datang. Dia akan tahu untung nasibnya dan boleh balik ke kampungnya di Sabak Bernam," katanya dipetik Berita Harian.

Ini bukan kali pertama pemimpin Umno dan media miliknya membidas profesor itu dan menuntut supaya beliau mengundurkan diri.

Cabaran supaya Abdul Aziz meletak jawatan sebagai pensyarah undang-undang UIA turut disuarakan Senator Mohd Ezam Noor apabila bekas ketua Pemuda PKR itu menyifatkan Aziz tidak neutral.

Mohd Ezam berkata, bukti dimilikinya juga menunjukkan Andul Aziz banyak menerima habuan parti pembangkang khususnya dalam pembayaran royalti membabitkan beberapa buku tulisannya terbitan Institut Kajian Dasar (IKD) yang ada kaitan dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Aziz sudah membuktikan dirinya tidak neutral sebagai ahli akademik dan condong menyokong parti pembangkang dengan menggunakan kedudukannya. Dia memang banyak mendapat keuntungan daripada Anwar dan sebab itu, kenyataan politiknya sentiasa menyebelahi parti pembangkang.

"Saya juga cabar Aziz mendedahkan jumlah royalti diterimanya baru-baru ini menerusi buku tulisannya kerana jumlahnya amat lumayan," katanya dipetik Berita Harian.

Gambar Ustaz Azhar Dan Basikal Fixie

Posted: 17 Oct 2011 08:05 PM PDT

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/316138_164856160272684_100002449028419_309770_80053862_n.jpg

Panas! Video MP Kalabakan Tibai Presiden Parti Gerakan

Posted: 17 Oct 2011 06:30 PM PDT

Video: Hukum Hudud Perkara Yang Melucukan Kata Shabery Mulut Buih

Posted: 17 Oct 2011 05:15 PM PDT

Bersih 3.0 jawapan terbaik, tandatangan Najib dan Awang Sariyan

Posted: 17 Oct 2011 05:00 PM PDT

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Memang membazirkan masa, wang ringgit dan tenaga. Namun, apalah pilihan yang ada kepada parti-parti pembangkang di negara ini. Tumpuan kini terpaksa dikerahkan untuk menyediakan padang permainan sama rata dan peraturan gelanggang yang lebih adil, berbanding persiapan untuk "bertarung" itu sendiri.

Segala kelebihan memihak parti pemerintah yang menguasai kerajaan persekutuan, yang menguasai segala sumber, jentera dan kemudahan, dan dengan itu boleh merencana serta melaksanakan apa juga taktik kotor untuk memintas Pakatan Rakyat.

Ketika kempen penerangan pihak oposisi bertembung pelbagai kesukaran, misalnya pemberian permit, kemudahan lokasi, sabotaj ketika berceramah, dan dinafikan liputan media, pada masa yang sama Umno-BN bukan sahaja terus selesa menguasai saluran televisyen, radio dan akhbar harian, malah mereka turut mengambil alih posisi "pengadil permainan".

Begitulah yang sering berlaku selepas mereka dikejutkan dengan keputusan pilihan raya yang memeranjatkan. Lihatlah operasi jahat selepas PRU 1999, khususnya persempadanan semula kawasan pilihan raya dan pendaftaran pemilih. Pengalaman kehilangan kuasa, meskipun setakat peringkat negeri, cukup memeritkan Umno.

Pastinya kita belum lupa tragedi di Terengganu sehingga kerajaan PAS ditumbangkan pada 2004. Senarai daftar pemilih cukup meragukan. Ramai yang mengundi lebih daripada sekali dan bertebaran "pengundi hantu". Khabarnya, kini bekas Menteri Besar, Idris Jusoh, terlibat dalam perancangan menawan negeri-negeri yang dikuasai Pakatan, khususnya Selangor, melalui "kaedah Terengganu" itu.

Ketika rakyat tidak puas hati dan marah dengan sistem demokrasi yang pincang, disusuli dua kali demonstrasi besar-besaran di ibu kota, terbaru 9 Julai lalu, rupanya ia tidak cukup untuk menyedarkan pemerintah bahawa mereka perlu lebih serius dan jujur melakukan reformasi besar-besaran ke atas proses pilihan raya. Kalau pun ada perubahan, ia sekadar percubaan kosmetik untuk mengelirukan tanggapan umum.

Lapan tuntutan Bersih 2.0 - bersihkan senarai pengundi, reformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh berkempen minimum 21 hari, perkukuh institusi awam, hentikan rasuah dan tamatkan politik kotor - seperti tidak dipedulikan. Macam-macam daleh dijadikan perisai.

Kuasa mewajarkan segalanya buat Umno. Apatah lagi bagi orang seperti Najib Razak dan Noh Omar yang mengetuai Umno Selangor. Khazanah negara dipunggah semahunya untuk bekalan "membeli dan menyogok pengundi" dalam PRU13, tetapi sebelum itu, jalan pintasnya terbentang luas dengan memanipulasi senarai pemilih, terutama di kawasan yang menyaksikan BN kalah tipis. Di Selangor, sasarannya adalah kerusi Dun majoriti Melayu.

Ya, perit sekali menyertai pilihan raya di sebuah negara sedang membangun yang begitu rendah ranking ketiga-tiga indeks penting, iaitu demokrasi, kebebasan akhbar dan rasuah, seperti Malaysia. Usaha Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Exco Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat, untuk membuka ruang demokrasi lebih kondusif wajar dipuji.

"Jika konspirasi Umno bersama SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dan JPN (Jabatan Pendaftaran Negara), dengan kerjasama pihak polis ini tidak dapat kita gagalkan, saya rasa BN dapat tawan balik Selangor. Dan BN pun nampak confident," kata seorang AJK PAS Pusat.

"Daripada kita menunggu sehingga selepas PRU13 untuk sekali lagi berarak di jalan raya, dan mungkin sudah terlambat ketika itu, kerana dibimbangi amarah rakyat sukar dikawal, maka adalah lebih baik kita cetuskan Bersih 3.0 sekarang," saya mencadangkan.

Berdasarkan komen anak-anak muda dalam facebook, saya perhatikan mereka cukup kecewa dengan siri pendedahan tidak berkesudahan tentang skandal Mykad dan juga sindiket pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing.

"Itu yang baru kita temui, entah macam-macam lagi konspirasi jahat Umno yang belum terdedah, apa ditunggu lagi? Bersih 3.0 jawabnya," tulis seorang bekas pemimpin mahasiswa. "Ya, banyak lagi kaedah yang mereka gunakan, dan sebahagian besarnya mungkin dibenarkan undang-undang. Tengok sajalah begitu ramai yang Umno daftarkan sebagai pengundi baru tahun ini," saya membalasnya.

Anak-anak muda yang tidak berpuas hati itu mereka merujuk berita serbuan Pemuda PAS Pusat yang mengepung 240 pendatang asing, yang didakwa diberikan kad pengenalan dan didaftarkan sebagai pemilih di sebuah resort di kawasan sekitar Putrajaya baru-baru ini. Kegiatan itu dikatakan berjalan rancak sejak akhir September lalu dan dibimbangi berterusan hingga Disember ini, dengan andaian PRU13 mungkin Februari atau Mac 2012.

Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Khairuddin Othman dilaporkan berkata pihaknya mempunyai bukti wujud pergerakan bas-bas yang membawa pendatang asing - yang didakwanya untuk diberi kad pengenalan dan didaftar sebagai pengundi - yang dikesan berlaku hampir setiap hari.

"Kita memang ada bukti sahih, kita ada sumber dalaman yang mengesahkan ia melibatkan 10 hingga 15 buah bas. Modus Operandi itu dibuat secara terang-terangan membawa pendatang asing dengan bas," katanya, sambil menambah pendatang berkumpul di beberapa lokasi antaranya Paya Jaras, Hentian Sungai Buloh dan Hentian Serdang. Awal tahun ini PAS Selangor pernah menyerbu dua tempat berasingan dan menemui bukti.

Operasi seumpama itu bukan perkara baru. Ia pernah dilakukan di Sabah, terutama bagi menjatuhkan kerajaan PBS. Bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman khabarnya pernah mengesahkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu dikeluarkan di Sabah untuk tujuan pilihan raya.

Amat wajar sekali lagi tekanan ke atas SPR dan pemerintah diteruskan, kempen seluruh negara dipergiatkankan, dan pendedahan disebarluaskan, namun cukupkah sekadar itu? Pemimpin Umno akan bersikap "pekak badak" menunggu PRU13 bagi menjayakan misi mereka.

Harakah turut diasak untuk memainkan peranan lebih proaktif menangani kemelut meruncing ini. "Takkan kita nak biarkan disembelih hidup-hidup begitu saja, seperti berlaku 2004, di Terengganu dan Kedah. Harakah kena fikirkan sesuatu," seorang pembaca mendesak.

Saya dapat menduga jawapan yang dikehendakinya tetapi belum mampu mengungkapkannya lagi ...

Bagaimanapun, seorang lagi pembaca dari Kedah mengingatkan dalam emel, sambil minta saya siarkan dalam kolum ini: "Janganlah kita terlalu sibuk melayan kerja jahat Umno-SPR-JPN sehingga melupakan tugas asasi mendekati rakyat akar umbi. Wakil-wakil rakyat kita mesti turun padang, jangan sombong, usah peraga kehidupan mewah, bantu orang susah yang meminta, ringan tangan berbakti.

"Jangan guna alasan takda peruntukan untuk elak menyantuni orang. Cari dana kebajikan walaupun sedikit. Di negeri Pakatan, mudahkan orang ramai mendapatkan bantuan, termasuk daripada kerajaan pusat. Sekali lagi, jangan ego dan besarkan diri."

II. Tanda tangan Najib dan tender rundingan

Fokus Fikrah kali ini menumpukan isu ketirisan dalam pelaksanaan pembangunan negara. Di sebalik riuh-rendah tawaran dan insentif one-off dalam belanjawan 2012, isu kegagalan sistem penyampaian perlu diketengahkan. Tidak sedikit projek yang diumumkan bajet terdahulu, sama ada gagal ataupun masih belum dilaksanakan.

Ketirisan dalam projek masih berlaku, terutama semasa pelaksanaan projek RMK10. Masih banyak projek-projek besar masih dikendalikan secara tender rundingan, sekadar contoh Institut Kemahiran MARA, Institut Kanser Negara (IKN), Istana Negara dan Malaysian Institute of Aviation Technical (MIAT).

Kontroversi pembinaan Istana Negara tidak perlu diulang lagi, dengan kos awal melebihi RM1 bilion, sehingga menyebabkan Ketua Pengarah Kerja Raya Prof Ir Judin Abd Karim tersingkir. Kos IKN berjumlah RM700 juta, manakala MIAT, RM150 juta.

Perdana Menteri, Najib Razak masih lagi dilihat memberi sokongan kepada kontraktor kroni melalui tandatangan beliau dan mengarahkan Kementerian Kewangan memberikan projek kepada kontraktor berkenaan.

Dalam pada itu, ramai juga tidak berpuas hati dengan insentif RM3,000 kepada kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang telah tamat kontrak. Kedua-dua agensi itu berperanan sebagai agen Umno tetapi menggunakan wang rakyat sepenuhnya.

Saya cuba meninjau laman web Jasa, yang diketuai Fuad Hassan. Dalam kenyataannya sebagai Ketua Pengarah, beliau berkata: "Adalah menjadi harapan saya agar seluruh jentera keluarga besar Jasa berusaha untuk mendapatkan sokongan rakyat terhadap kerajaan (baca Umno-BN) melalui gagasan 1Malaysia."

III. Awang Sariyan dan bahasa supranasional

Ucapan tokoh bahasa, Prof Dr Awang Sariyan sempena Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya, 11 Oktober lalu menarik perhatian saya. Ketika polemik PPSMI masih cuba ditimbulkan pihak tertentu dan kedudukan bahasa Melayu terus terpinggir di negeri sendiri, penegasan Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China ini perlu direnung.

Dalam syarahannya itu, beliau menggariskan enam perancangan berkaitan dengan taraf dan peranan bahasa Melayu. Dr Awang menekankan keperluan peruntukan undang-undang tentang taraf dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu perlu dipertegas dalam pelaksanaan dan penguatkuasaannya.

"Amatlah ironis halnya apabila penguatkuasaan undang-undang pembuangan sampah yang tidak menentu dan kesalahan lalu lintas, misalnya, diberi perhatian, tidak pula undang-undang melanggar peruntukan Perlembagaan negara yang berkaitan dengan dasar bahasa atau akta pendidikan yang memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama tidak diberi perhatian sama sekali," ujarnya.

Mengenai taraf dan peranan bahasa Melayu, beliau berkata, mana-mana pengecualian yang tidak munasabah tidak harus wujud lagi dalam Akta Bahasa Kebangsaan atau akta-akta lain, misalnya pengecualian penggunaan bahasa Melayu dalam sistem kehakiman dan ekonomi (termasuk perdagangan).

Penasihat Persatuan Linguistik Malaysia ini seterusnya mencadangkan penubuhan jabatan atau unit audit bahasa yang memantau penguatkuasaan dasar bahasa, terutama dalam bidang pentadbiran.

Beliau turut menyentuh langkah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa supranasional, iaitu bahasa serantau dan bahasa antarabangsa, yang tidak terikat oleh batas geopolitik. Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa antarabangsa, khususnya dalam zaman bahasa Melayu klasik pada sekitar abad ke-15 dan beberapa abad berikutnya.

Menyinggung peranan penting DBP, beliau mahu kepemimpinannya terus kreatif dan inovatif dalam gerak kerjanya, bukan mengurangkan atau menghentikan kegiatan dan projek.

"Penghematan berbelanja dalam pelaksanaan projek bererti halus dan teliti dalam cara berbelanja, tetapi tidak harus sampai tidak berbelanja untuk projek-projek yang penting untuk kemajuan bahasa, sastera dan ilmu semata-mata kerana hendak memberikan kesan kepada tuan politik bahawa pemimpin DBP pandai berhemat, tetapi sebenarnya tidak memenuhi amanah menjayakan misi memajukan dan mengembangkan bahasa dan persuratan negara," tegasnya, yang juga bekas pegawai kanan DBP.

Terengganu : Masjid RM1.2 juta dikhuatiri runtuh

Posted: 17 Oct 2011 03:12 PM PDT

Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD

HULU TERENGGANU: Sebuah masjid di Terengganu yang ber harga RM1.2 juta dibina ketika Menteri Besarnya, Dato' Seri Idris Jusoh kini heboh diperkatakan oleh penduduk setempat bakal runtuh.

Berdasarkan maklumat penduduk, tinjauan ke lokasi berkenaan mendapat ada asas kebenaran dakwaan tersebut.Ini kerana, berlaku mendapan serius hampir keseluruhan lantai Masjid Al-Redha yang berharga RM1.2 juta di Kampung Manir, dekat sini.

Difahamkan, kejadian lantai mendap telah lama berlaku sedikit demi sedikit sejak dua tahun kebelakangan ini, tetapi semakin serius dua minggu lalu dan kerja-kerja membaik pulih segera dilakukan pihak berkuasa.

Penduduk sekitarnya memaklumkan masjid berkenaan baru dibina sekitar lima tahun lalu bagi menggantikan yang asal diperbuat daripada kayu cenggal.

Malah, Masjid Al-Redha tersebut pernah dikunjungi oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin serta Pemangku Raja Terengganu sebelum ini.

Seorang penduduk, Samsul Bahri Salleh melahirkan rasa kebimbangan dengan kejadian mendapan lantai Masjid Al-Redha di Manir.

Katanya, jika lantai mendap dengan serius dibimbangi akan menjejaskan struktur kerangka ke seluruhan masjid berkenaan.

"Bayangkan, jika se suatu kejadian tidak diingini berlaku pada hari Jumaat sudah pasti boleh meragut nyawa orang ramai.

"Saya bimbang dan minta pihak berwajib terutama Jabatan Kerja Raya (JKR) membuat siasatan menyeluruh dari aspek keselamatan struktur masjid ini," jelasnya.

Menurutnya, kerja-kerja membaik pulih sedang dilakukan di bahagian jemaah muslimat sebelum beralih ke ruang utama masjid berkenaan.

Selain itu, seorang bilal Jusoh Abdullah, 65, menjelaskan selain lantai masjid mendap turut berlaku serangan serangga perosak anai-anai.

Katanya, serangan anaianai juga serius menyebabkan banyak kitab-kitab al- Quran, buku agama, surah Yassin serta almari rosak.

Menurutnya, Masjid Al- Redha tersebut mempunyai tiga orang imam dan tiga bilal yang bertugas mengikut giliran masing-masing.

Seorang Ahli Ja wa tankuasa Masjid yang enggan disebut namanya berpendapat mendapan lantai masjid mungkin berpunca daripada projek "mi segera."

Katanya, ketika zaman pemerintahan Idris Jusoh banyak projek-projek kerajaan yang menggunakan "Dana Khas" (Wang Ihsan).

Menurutnya, wang dana khas adalah wang royalti yang dirampas sewaktu pemerintahan kerajaan PAS Terengganu 1999-2004.

Tiada ulasan: