Selasa, 18 Oktober 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Najib, Rosmah dan hakim: Tidak relevan atau alat BN?

Posted: 18 Oct 2011 06:01 AM PDT

SABAH DAILY

http://politikharian.com/wp-content/uploads/2011/02/anwar_ibrahim.jpgAda sebab penting kenapa Anwar Ibrahim mahukan hakim Kes Liwat II diketepikan. Hakim itu terlalu mentah dan masih belajar menangani kes penting seperti kes Liwat II itu. Apa yang penting, beliau yang diserap ke dalam sistem melalui saluran Eksekutif kerajaan, adalah satu yang memalukan.

Ini juga boleh dikatakan pada keputusan mahkamah yang membenarkan permintaan Najib dan Rosmah untuk tidak hadir ke mahkamah sebagai saksi diterima. Anwar menyifatkan keputusan itu sebagai pengolahan kuasa semata-mata.

Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah bersetuju bahawa Najib dan Rosmah tidak boleh memberikan sebarang maklumat yang terkait dalam kes Liwat II sebagai sah. "Dengan ini saya membenarkan permohonan dan memerintah mahkamah untuk bersambung," ujar Zabidin.

"Kita ada bukti yang menyokong bahawa kedua-dua mereka ada terlibat. Posisi kami ialah isu ini dirancang. Najib patut hadir dan menafikannya. Pihak pendakwaan memohon Najib dan Rosmah sebagai saksi. Sekiranya mereka dikatakan tidak relevan, kenapa mereka dimohon?" Anwar berkata kepada pemberita.

Pendakwaraya menawarkan saksi tidak relevan?

Benar, pihak pendakwarayalah yang menawarkan dua saksi itu dan pihak pendakwaraya yang sama jugalah yang cuba melindungi Najib dan Rosmah. Alasan bahawa kedua-dua mereka itu tidak relevan dalam kes Liwat II ini bohong dan salah.

Sifat utama kenapa Najib menafi dan menarikbalik kenyataannya bila disoal sekiranya beliau mengenali Saiful Bukhari Azlan menunjukkan adanya konspirasi. Apakah yang dibincangkan antara Najib dan Saiful, beberapa hari sebelum Saiful membuat laporan polis? Apakah hubungan antara Saiful dan Najib yang membuatkan Saiful dengan mudah bertemu Najib yang pada waktu itu Timbalan Perdana Menteri, di rumah rasminya untuk membincangkan soal 'biasiswa'?

Namun, persoalan ini jauh lebih dalam lagi. Apakah yang Najib dan Rosmah lindungi dari umum? Apakah alahan mereka untuk tidak hadir ke mahkamah? Untuk menzahirkan wacana ini, mahkamah pula beroperasi memperkenankan permintaan mereka untuk tidak dipanggil hadir.

Reputnya institusi kehakiman

Ini merupakan satu misteri dan ini menunjukkan yang institusi kehakiman mula mereput. Mahkamah undang-undang seharusnya bebas dari gengaman para Eksekutif kerajaan. Ia sepatutnya menjadi benteng ampuh kepada mereka yang tidak boleh mempertahankan diri sendiri, namun di Malaysia, mahkamah mempunyai wewenang untuk melangsaikan hal golongan elit negara ini dengan cara tersendiri. Mahkamah boleh dibeli atau dieram atau ditekan dan inilah yang berlaku dalam kes Liwat II.

Bukankah sepatutnya testimoni diperdengar dahulu sekiranya relevan atau tidak oleh hakim? Namun, Mohd Zabidin bertindak menyatakan testimoni itu tidak relevan sebelum sesi pendengaran atau soal-jawab dilakukan. Bukankah sepatutnya hakim bertindak untuk kepentingan umum dan menjadikan Najib dan Rosmah warganegara Malaysia, menyatakan 'tidak bersalah' di dalam mahkamah undang-undang? Mahkamahlah yang berkuasa untuk menentukan sama ada mereka bersalah atau tidak hanya selepas testimoni mereka didengarkan.

Kerana ini, Mohd Zabidin telah bertindak diluar etik profesionalisme telah memalukan institusi kehakiman yang sepatutnya mengutamakan umum sebagai asas badan itu, lebih dari apa-apa kepentingan lain. Jika tidak, masyarakat tidak berfungsi dan semuanya akan menjadi porak-peranda.

Protes di Wall St

Malang sekali sebuah institutsi yang sepatutnya menjadi lambang kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia telah dilacurkan. Ada 'double-standards' yang digunapakai oleh mereka-mereka yang duduk dikerusi-kerusi empuk hukum yang turut dihuni oleh para Eksekutif pemakan rasuah. Institusi kehakiman bukan sahaja mereput, tetapi turut merebak ke dalam semua sistem undang-undang negara.

Kenapa bantahan berbentuk protes di Wall Street, New York masih berlangsung hingga hari ini tanpa ada sebutir gas pemedih mata dilemparkan kepada pendemo? Di Kuala Lumpur 9 Julai yang lalu, warga yang mengikuti perhimpunan BERSIH 2.0 telah dihujani serangan pihak polis yang menembak 262 butir kanister gas pemedih mata.

Polis Malaysia turut menyembur air berasid menggunakan jenteranya, menembak bom asap kepada warganegara yang tidak bersenjata dan yang duduk di atas jalan tanpa melakukan aksi provokasi. Ini juga adalah pihak polis yang sama ketika Anwar Ibrahim ditumbuk sehingga lebam matanya pada kes Liwat I tahun 1998. Apa yang digeruni ialah keputusan yang akan dibuat untuk Anwar dalam kes Liwat II ini nanti.

Masa menghumban Najib dan Rosmah keluar

Jelas, cara untuk mengelakkan Najib dari dipanggil mahkamah dilakukan kerana demam pilihanraya ke-13 semakin hampir. Dengan melengah-lengahkan kes Liwat II Anwar ini, Najib boleh mengumumkan tarikh pilihanraya umum sambil memastikan kem Anwar serta Pakatan Rakyat tempang untuk turun ke padang bertemu rakyat jelata.

Inilah jawapan kepada kes Liwat II yakni untuk menghancurkan karier politik Anwar dalam apa jua cara. Namun, Najib tersalah baca firasat dan kehendak rakyat. Rakyat Malaysia tidak memerlukan Anwar untuk berhimpun pada 9 Julai yang lalu kerana rakyat melakukan ini untuk diri mereka sendiri.

Dan walaupun Najib merasakan dirinya selamat, akhir nanti rakyat jualah yang akan menghumban pasangan 'pertama' Malaysia ini ke dalam penjara.- Malaysia Chronicle

Pemuda UMNO Kutip Wang Perlindungan Berlagak Samseng Pukul Peniaga

Posted: 18 Oct 2011 05:57 AM PDT

KELAB GREENBOC

Kuala Lumpur: Tiga ahli perniagaan mendakwa pekerja mereka diugut, diancam dan dipukul oleh sekumpulan ahli Pemuda Umno kerana enggan membayar wang perlindungan kepada kumpulan pemuda berkenaan.

Ahli perniagaan berkenaan mendakwa membeli membeli sebuah unit bangunan di tingkat bawah sebuah hotel di Jalan Haji Hussein, Chow Kit di sini, Jun lalu.

Mereka mendakwa pekerjanya mula diganggu kumpulan lelaki terbabit Jumaat lalu.

Selain pekerjanya yang cedera didakwa dipukul, cermin lori milik ahli perniagaan itu juga dipecahkan.

Wartawan serta ahli parlimen Cheras, Tan Kok Wai yang dibawa ke tempat kejadian secara tiba-tiba didatangi seorang Pemuda Umno yang menafikan tindakan itu sambil menyifatkan ia tuduhan palsu.

Pemuda itu yang dikenali sebagai Zulkeflie Mat mengaku beliau adalah ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa dan juga wakil Hal Ehwal Penjaja di Chow Kit.

Nafi bawa konco

Turut kelihatan seorang lelaki yang memakai baju merah dikenali sebagai Jaamat Jantan yang merupakan Ketua Umno cawangan Masjid Pakistan dan juga penjaga kawasan.

Zulkeflie menafikan bahawa beliau membawa konco-konco untuk membuat kacau serta meminta wang perlindungan seperti yang didakwa ahli perniagaan tersebut.

"Saya berjumpa dengan salah seorang rakan kongsi peniaga terbabit. Saya bertindak kerana menerima aduan daripada penjaja lain. Mereka buat ubahsuai adakah mengikut saluran yang betul? Mereka boleh tuduh..tapi saya tegaskan saya menjaga hal-ehwal penjaja-penjaja kecil yang berniaga di tepi-tepi jalan ini," katanya ketika ditemui pemberita.

Dalam sidang media sebelum itu, salah seorang rakan kongsi yang dikenali sebagai Lee Kok Leong, 43, mendapat tahu bahawa seorang pekerjanya warga Bangladesh dipukul oleh sekumpulan lelaki.

Tidak cukup dipukul, para pekerja mereka diugut agar pihak majikan mereka segera menghentikan kerja pengubahsuaian di bangunan itu.

Menurut Lee, beliau didatangi oleh dua lelaki, iaitu Zulkeflie dan seorang lelaki hanya dikenali sebagai AD.

Minta bayaran RM800

"Mereka datang bertemu kami dengan wajah yang garang dan meminta bayaran sebanyak RM800," katanya.

Katanya ekoran tindakan kumpulan itu tiga laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Jumaat lalu dan semalam.

Seorang lagi rakan kongsi Cheng Chin Heng, 36, kesal dengan polis yang enggan menyiasat walaupun laporan polis sudah dibuat.

"Sehingga sekarang saya mendapati penama dikenali sebagai AD dan Zulkeflie masih berada di kawasan kedai kami. Meraka melarang saya dan pekerja balik ke sana jika tidak kami akan dipukul. Mereka juga membawa masuk barang-barang mereka seolah-olah ia tempat mereka.

"Ekoran saya enggan membayar wang perlindungan kepada dua penama itu, dan saya diberitahu mereka dari Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa, mereka kata tempat itu dijaga oleh Umno," katanya yang turut ditemani peguam.

Menurut Cheng satu laporan polis akan dibuat hari ini kerana semua peralatan untuk pengubahsuaian turut hilang.

Seorang lagi rakan kongsi mereka adalah wanita tetapi namanya enggan didedahkan. -FMT


Ulasan GB

Kita mahu lihat ketelusan dan keadilan Polis menjalankan siasatan dan tindakan ke atas Pemuda UMNO ini.

Yang aneh, sejak bila adanya kutipan "wang perlindungan" ini dan sejak bila pula Pemuda UMNO diberikan hak konsesi mmbuat kutipan berkenaan?

Kenyataan Najib Mengelisahkan Umno P Pinang?

Posted: 18 Oct 2011 05:50 AM PDT

MSO


PENGAKUAN Najib Razak semasa merasmi konvensyen Gerakan semalam yang Umno tidak akan menuntut kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang sekiranya BN berjaya memerintah negeri itu tentunya disambut dengan rasa berbelah bagi dan pro-kontra di antara masyarakat Cina (UBN) dan Melayu Umno di negeri berkenaan.

Orang Cina Gerakan dan MCA merasa senang dengan pengakuan Najib itu. Pengakuan itu akan memberi keyakinan kepada mereka tentang stail atau transformasi politik Umno yang penuh bertolak ansur. Setidak-tidaknya begitulah bingkasan awal mereka. Serentak itu juga masyarakat Cina tidak perlu merasa cuak dengan gelagat Umno Pulau Pinang ke belakangan ini yang cuba menunjukkan taring dan pengaruh mereka untuk menawan negeri itu.

Umno sebelum ini secara tidak langsung meletakkan kegagalan UBN mengekalkan Pulau Pinang kepada Gerakan. Kerana itu Umno tiba-tiba 'bercongek ekor' membuat serangan kepada Lim Guan Eng dan DAP. Itu orang bernama Rezza Marican Naina Marican selalu muncul dengan pelbagai isu untuk memburukkan kerajaan DAP. Bagi Rizal sama seperti bagi pemimpin pembangkang yang melihat apa-apa yang dilakukan kerajaan semuanya tidak betul, begitu jugalah nilai Rezza.

Beberapa tunjuk perasaan dan himpunan juga sering berlaku di perkarangan Komtar - Pejabat Ketua Menteri. Dari sekecil-kecil isu sampai ke sebesar-besar isu cuba dibangkitkan untuk mempengaruhi pemikiran rakyat. Isu Mat Sabu tuntut wang perubatan kerana luka lutut disebabkan dilanggar kenderaan pada himpunan Bersih juga dibangkit. Kononnya Mat Sabu yang menjadi ahli lembaga pengarah Perbadanan Air Pulau Pinang tidak layak untuk mendapat bayaran ke atas lukanya kerana berhimpun dalam himpunan haram Bersih.

Bukannya banyak apa yang dituntut oleh Mat Sabu tidak sampai pun RM10,000 apalah kalau dibezakan dengan tuntutan ratusan juta dilakukan Umno. Namun kerana itu kesalahan, tidak kisah besar atau kecil jumlahnya. Rezza dan Umno Pulau Pinang tetiba hendak jadi hero memperjuangkan wang rakyat. Sebelum turun gelanggang Rezza dan Umno Pulau Pinang sepatutnya membersihkan atau mengintaikan dulu sampah yang disepak ke bawah karpet oleh pemimpin parti itu.

Atau isu paling hampir yang ada di sisinya mengenai bagaimana seorang bekas setiausaha kepada menteri memilik wang ratusan juta ringgit. Tetapi isu itu nampaknya disunyikan saja oleh Rezza seolah dia tidak pernah mendengar apa-apa tentangnya. Kalau betul Rezza bekas graduan universiti Islam antarabangsa (UIA) beliau tidak mengamalkan budaya kuman di seberang laut nampak tetapi gajah di birai mata tidak nampak.

Segala aksi-aksi itu - apa dilakukan oleh Umno - menunjukkan Umno begitu beriya untuk mengungguli kemudian memerintah Pulau Pinang. Tetapi apabila Najib membuat kenyataan itu segala usaha itu menjadi anti klimek. Belum sempar 24 jam orang bernama Musa Sheikh Fadzil telah memperakui akan akur kepada apa yang dituturkan oleh Najib Razak.

Ertinya perjuangan Umno yang macam 'nak rak' menyerang kerajaan DAP sebelum ini sia-sia sahaja. Perjuangan dan kesungguhan itu semacam tidak mendapat restu dari ketua mereka Najib Razak. Seperti hanya Umno Pulau Pinang saja mengigau untuk menjadi kerajaan di negeri itu tetapi pucuk pimpinan atasanya tidak memepdulikan langsung.

Sebenarnya kalau dilihat kepada sejarah sikap Umno tentang Pulau Pinang tidak perlu dipertikaikan lagi. Satu masa dulu Umno pernah mendapat kerusi lebih banyak dari Gerakan tetapi kerusi ketua menteri diserahkan kepada Gerakan. Hakikat disebalik itu sepatutnya difahami oleh Umno terutamanya orang seperti Rezza Marican dan Musa Sheikh Fadzil.

Biarlah. Soalnya kini pula apakah Cina Gerakan dan MCA Pulau Pinang yakin dengan penjelasan dan pengakuan Najib itu? Apakah benar kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang akan diserahkan kepada Gerakan sekrianya Pulau Pinang dapat ditawan. Macam mana sekiranya dalam pilihan raya nanti Umno mendapat kerusi lebih dari Gerakan? Apakah Umno Pulau Pinang akan akur dengan kehendak Najib?

Bukan semudah itu rasanya untuk orang Cina mempercayai kenyataan Najib itu. Sudah tentu kalau keadaan itu berlaku Umno Pulau Pinang yang sudahm lama mengidam untuk menjadi kerajaan akan menuntutnya. Apa lagi kalau kebetulan Umno mendapat kerusi melebihi daripada apa yang Gerakan dan MCA perolehi?

Kesimpulannya kenyataan dan pengakuan Najib itu tidak ubah ia adalah janji politik semata-mata yang kondisinya boleh berbuah pada bial-bila masa saja. Najib juga tidak akan dapat mempertahankan kenyataan itu sekiranya Umno Pulau Pinang mendesaknya. Saat itu Najib akan mempertimbangkan apakah mengenai persepakatan politik yang semakin meruncing atau kedudukannya yang juga meruncing.

Tegasnya kenyataan itu Najib itu tidak akan membawa banyak perubahan kepada senerio politik Gerakan khasnya dan Umno Pulau Pinang amnya. Ianya hanya sebuah kenyataan bersifat retorika semata-mata

POLIS BUAT KERJA UNTUK SIAPA? !!! Banci rakyat undi parti mana

Posted: 18 Oct 2011 05:25 AM PDT

MARDIANY DIGONG

http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRp9jhxp_UB9AxqKIHSzZ7S9id3u8vYQgNhZD4lpZWhvT0gnEjLUmKC-CDY

gambar hiasan.


SAYA amat terkejut dengan tindakan dua pegawai polis 'Cawangan Khas' (SB) yang mengunjungi rumah saya 16 oktober 2011, meminta saya mengisi borang mengenai undi pilihanraya.

Pada mulanya saya ingat mereka bukanlah pegawai polis, tapi penyamar yang ingin merompak rumah kami kerana tindakan mereka mengambil gambar luar rumah. Saya memohon dengan pegawai polis ini supaya datang keesokan hari untuk menuntut borang kerana ragu akan tindakan mereka.

Saya segera bertanyakan hal ini kepada balai polis berhampiran, pada mulanya pihak polis di balai polis itu sendiri tidak tahu akan hal ini. Mereka juga ada mengatakan bahawa, jika ada apa-apa borang dari pihak polis, ianya selalu disertakan dengan logo balai polis; berbeza dengan borang yang pegawai polis dari cawangan khas ini berikan, tiada apa-apa logo tertera.

Tetapi apabila mereka menghubungi cawangan khas dan menanyakan hal ini, mereka mengakui ada pegawai mereka yang mendatangi rumah ke rumah untuk membuat banci.

Bukankah undi itu rahsia dan hak kami saya bertanyakan hal itu dengan mereka, mereka mengatakan ini cuma untuk mengira secara rawak sahaja. Tetapi di borang yang mereka berikan, ada diminta untuk menulis nombor kad pengenalan. Maka ini bukanlah secara rawak jika dokumen pengenalan diri juga diminta bersama.

Pada 16 oktober 2011, dua pegawai polis itu datang sekali lagi, meminta lagi borang itu. Saya bertanyakan sekali lagi, "Bukankah undi adalah rahsia? Sepatutnya kamu sebagai polis lebih tahu."

Mereka menjawab bahawa tindakan mereka adalah atas 'ARAHAN PIHAK ATASAN'. Saya telah menelefon pihak Suruhanjaya Pilihanraya dan mereka sekali lagi menegaskan bahawa tindakan pegawai polis tersebut adalah salah dari segi undang-undang kerana sekali lagi dinyatakan, "UNDI ADALAH RAHSIA".

Kepada Ketua Polis Negara dan OCPD, hentikanlah kerja sia-sia ini kerana kami tidak akan memberikan hak kami untuk dinodai.




Hadiah Deepavali Bagi Kuil Puchong

Posted: 18 Oct 2011 05:22 AM PDT

Oleh Afix Redzuan


PUCHONG: Setelah lebih 20 tahun berjuang untuk mendapatkan hak tanah, akhirnya Persatuan Penganut Sri Maha Mariamman Devasthanam boleh menarik nafas lega apabila kerajaan Selangor bakal mewartakan tapak kuil ini sebagai hak mereka.

Pengumuman ini sekaligus menjadi hadiah paling bermakna bagi penganut Hindu di sini bersempena perayaan Deepavali yang bakal menjelma.

Perkara ini diumumkan sendiri oleh Exco Kerajaan Negeri yang juga Adun Kinrara, Taresa Kok.

Menurut beliau, sebagai penghargaan kepada pihak pemaju yang sudi mempertimbangkan tuntutan ini, kerajaan negeri akan membantu pihak IOI Groups dari segi pembangunan di kawasan Puchong.

"Baru baru ini dengan kerjasama K. Arumugam dari MPSJ, IOI mengeluarkan satu surat akujanji kepada pihak kerajaan dan MPSJ bahawa mereka akan serahkan tanah ini kepada kerajaan dan kita akan wartakan," katanya di satu sidang media di kuil tersebut.

Hadir bersama di majlis tersebut adalah Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jeyakumar dan ADUN Puchong Gorbind Singh Deo.

Menurut beliau, perkembangan ini merupakan satu langkah positif yang diambil untuk mengekalkan keharmonian penganut agama di Puchong

Sementara itu, Dr Xavier Jeyakumar menyatakan, proses mewartakan tanah ini telah berada di fasa terakhir dan beliau berharap agar perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin dalam tempoh 60 hari.

Menurut beliau, ini bukan perkara baru yang dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat di Selangor memandangkan sebelum ini banyak isu yang telah berjaya diselesaikan berhubung masalah rumah ibadat.

"Kalau dikira tanah untuk rumah ibadat, kita telah memberikan lebih 120 lot tanah kepada semua penganut agama di Selangor.

"Tanah-tanah ini merupakan tanah kerajaan yang diwartakan untuk rumah ibadat. Terdapat juga beberapa tanah yang diberikan hasil kerjasama dengan pihak swasta," katanya

Beliau turut mengakui perolehan tanah untuk rumah ibadat di Selangor adalah sukar memandangkan banyak penganut agama lain turut sama menghantar permohonan kepada kerajaan negeri.

Sementara itu, AJK Persatuan kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam, K. Yugapuriyan memaklumkan, tapak kuil ini telah wujud sejak tahun 1877 dengan keluasan 33,000 kaki persegi dan tanah ini dahulunya dimiliki oleh Pilihan Megah Sdn Bhd sebelum diambil alih oleh IOI Groups.

Pada tahun 1980, IOI meminta kuil ini dipindahkan memandangkan kawasan ini ingin dimajukan.

Pertelingkahan mengenai status tapak kuil ini juga pernah berlarutan sehingga ke mahkamah.

Kempen Tangani Gejala Arak Di Selangor

Posted: 18 Oct 2011 05:21 AM PDT

Oleh Naeem Raffi


SUBANG : Bagi menangani masalah gejala arak serta kesannya terhadap masyarakat, Kerajaan Negeri Selangor mengambil inisiatif melancarkan kempen Pencegahan Arak dan Pelancaran Logo Anti Arak Peringkat Negeri Selangor 2011 di sini.

Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata usaha dan cabaran mendidik masyarakat berhubung kesan negatif pengambilan arak adalah tanggungjawab sesebuah kerajaan terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media sebelum lancarkan kempen Pencegahan Arak dan Pelancaran Logo Anti Arak Peringkat Negeri Selangor 2011 di Plaza Tol Banadar Sunway hari ini.

"Ini adalah usaha penting di mana pemimpin bertemu rakyat, bagi menyatakan bahawa pengambilan arak adalah suatu perkara yang di kutuk oleh agama dan tidak diizinkan oleh enakmen jenayah 1995 di negeri Selangor ini,

"Tiada seorangpun manusia yang normal pemikirannya akan mengizinkan pengunaan arak ke atas keluarganya sama ada semasa memandu, waktu bekerja dan sebagainya," katanya.

Mengulas lanjut, Dr Hasan yang juga ADUN Gombak Setia berharap kempen pencegahan arak ini dipanjangkan oleh ketua masyarakat, rumah-rumah ibadah seterusnya keperingkat anggota masyarakat sehingga matlamat masyarakat yang hidup tanpa pengaruh alkohol tercapai.

"Pelancaran di plaza tol hari ini adalah simbolik untuk bertemu dengan rakyat, kita akan meneruskan usaha ini ke universiti, pusat perniagaan, pasar tani dan pasar borong dan sebagainya untuk kita mendedahkan kepada orang ramai bertapa seriusnya pengambilan arak ini, ini adalah langkah penting bagi kita," jelasnya.

Di Selangor pencegahan arak ini dilakukan dengan menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) tahun 1995.

Kesalahan meminum arak bagi orang Islam diperuntukan dalam Seksyen 18 (1) dan sekiranya sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Kesalahan bagi orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan diperuntukan dalam Seksyen 18(2) enakmen yang sama. Sabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM5000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Kempen ini melibatkan kerjasama pelbagai agensi agama, agensi kerajaan dan swasta.

Antaranya Polis Di-raja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

MDKL Mula Tugas Pengambilalihan Pengurusan Sisa Pepejal

Posted: 18 Oct 2011 05:17 AM PDT

Oleh Naeem Raffi


BANTING : Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) kini menguruskan sendiri sisa pepejal dikawasan pentadbirannya sebaik pengambilalihan kerja-kerja kutipan sisa pepejal oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor daripada Alam Flora.

Yang DiPertua MDKL, Abdul Razak Jaafar berkata, MDKL menerusi Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Persekitaran (JPBP) kini dalam rangka kerja meningkatkan keupayaan dan kebolehan menguruskan sisa pepejal di kawasan operasi di daerah ini bagi memastikan penduduk tidak menghadapi kesukaran untuk melupuskan sisa pepejal tersebut.

Abdul Razak juga berkata, MDKL telah bersedia dalam menguruskan hal-hal sisa pepejal ini serta MDKL tidak menghadapi sebarang kesukaran dalam menguruskannya dengan adanya pegawai dan kakitangan yang mempunyai kebolehan yang tinggi.

"Ini dapat dilihat dari proses urusan pengambilalihan pengurusan sisa pepejal di Kuala Langat yang telah berjalan dengan lacar dan terkawal. Semua pihak yang terlibat di dalam proses ini seperti pihak AFSB dan kontraktor telah memberikan kerjasama yang baik dan perkara ini dapat diselesaikan dengan jayanya,"katanya

Alam Flora Sdn Bhd tidak lagi menjalankan tugas mengutip sisa pepejal dan pembersihan awam di negeri Selangor mulai Ahad lalu.

Ini berikutan pengambilalihan sepenuhnya perkhidmatan berkenaan oleh kerajaan negeri Selangor.

Sejajar dengan itu, kerajaan negeri mengesa rakyatnya mengemukakan sebarang aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan masing-masing.

Mengulas lanjut, Abdul Razak berkata pihaknya berharap kerjasama dan keperihatinan orang ramai agar tidak membuang atau meninggalkan sampah di tepi-tepi jalan atau di tempat yang tidak sepatutnya.

Penduduk di kawasan pentadbiran MDKL boleh menghantar aduan di talian aduan mengenai permasalahan sisa pepejal tersebut melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MDKL ADUAN dan hantar ke 15888.

Bagi tujuan menyemak status aduan pengguna perlu taip MDKL SEMAK dan hantar ke 15888.

Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi Unit Aduan MDKL di talian 03 - 3187 2825 / 2732 sambungan 138 untuk berhubung terus kepada Pegawai Khidmat Pelanggan.

"Hanya dengan kerjasama yang jitu daripada penduduk dengan menghantar aduan dengan cara ini, MDKL akan dapat melaksanakan sebarang tindakan pantas dengan lebih berkesan dan cepat dalam meningkatkan lagi perkhidmatan MDKL," jelas Abdul Razak.

Beliau juga berharap agar tiada pihak yang akan mengambil kesempatan terhadap isu ini bagi mengeruhkan lagi keadaan dan mengganggu gugat kesefahaman yang telah tercapai di antara MDKL dan pihak yang terlibat.

Abdul Razak juga menyeru agar seluruh penduduk Kuala Langat memberikan kerjasama dan sokongan kepada MDKL dalam menyediakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang terbaik demi kepentingan bersama.

Fitnah anak 16 tahun bukti sifat binatang blogger UMNO

Posted: 18 Oct 2011 05:13 AM PDT

Roketkini.com

KUALA LUMPUR – Hanya kerana ketagihkan kuasa yang melampau, beberapa pemimpin dan blogger pro-UMNO sanggup menggunakan fitnah jijik dan tidak bertamadun untuk memusnahkan kehidupan pemimpin Pakatan Rakyat.

Dalam kes terbaru, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menjadi mangsa oleh para pemimpin dan blogger UMNO yang bersifat kebinatangan apabila anak lelakinya yang berusia 16 tahun difitnah kononnya telah mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan.

"Jika anda mahu memusnahkan karier saya, lakukanlah terhadap saya sahaja, tetapi jangan heret anak saya yang tidak berdosa itu.

"Ahli-ahli politik UMNO juga mempunyai anak dan DAP tidak pernah menyerang anak-anak mereka dan tidak bercadang untuk berbuat demikian.

"Dalam zaman moden ini, adalah sangat sukar bagi anak-anak muda yang membesar, terutamanya apabila ayahnya merupakan seorang Ketua Menteri yang setiap hari menjadi sasaran media pro-Barisan Nasional," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu difitnah, dikecam dan diserang tanpa sebarang bukti oleh para pemimpin UMNO dan blogger upahan mereka serta lidah rasmi UMNO, iaitu Utusan Malaysia dan media umum yang dikawal oleh UMNO-BN, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan mengingatkan agar ahli-ahli politik UMNO memahami perasaan sebagai seorang ayah.

"Anak saya resah gelisah dan mengalami trauma kerana pembohongan ini. Dia juga sudah tidak ke sekolah dua hari. Saya sedih kerana gagal melindungi anak saya daripada pemimpin dan bolgger UMNO yang bersifat binatang ini," ujarnya.

Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Puteh berkata demikian sebagai respon terhadap kenyatan beberapa pemimpin UMNO dan blogger yang menyebarkan fitnah tentang anaknya yang berpindah sekolah kerana kononnya meramas buah dada seorang pelajar.

Beliau menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku:

"Anak saya telah ditukarkan ke Sekolah St Xavier di Pulau Pinang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Cina Heng Yee kerana saya telah berjanji kepadanya bahawa dia boleh berpindah sekolah mengikut pilihannya jika mendapat memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 6A dalam PMR.

"Apabila dia berjaya mendapat keputusan itu, dia telah dipindahkan pada awal penggal persekolahan tahun ini iaitu pada bulan Januari 2011.

"Anak saya juga mahu pergi ke St Xavier kerana dia tidak mahu rambutnya dipotong menjadi crew cut (seperti rekrut askar) yang diwajibkan terhadap pelajar-pelajar di Heng Yee," katanya.

Guan Eng juga kesal apabila Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin turut terlibat dalam fitnah yang memalukan itu.

Dalam pautan twitter Khairy ada mesej yang berbunyi: "@PapaGomo Mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada." (http://twitter.com/#!/Khairykj/status/125841671102529536)

Menurut Guan Eng, Naib Pengerusi UMNO Bahagian Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri juga terlibat dalam penyebaran fitnah yang keji itu.

Katanya, Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya mengenakan tindakan terhadap pemimpin-pemimpin partinya yang menyebarkan fitnah tidak bermaruah itu yang bertujuan menjatuhkan beliau.

"Oleh itu, UMNO perlu bertindak terhadap mereka yang cuba untuk menghancurkan hidup anak saya dengan melakukan pembohongan yang keji dan tidak bertamadun itu, hanya kerana mahu menjatuhkan kerjaya politik saya," katanya.

Beliau mencabar mereka yang menyebarkan fitnah itu agar mencerminkan diri sebagai seorang ayah.

"Tanyalah (diri sendiri) sama ada mereka mahu anak mereka menerima trauma dari penipuan kejam itu," katanya.

Dalam masa sama, Guan Eng menjelaskan beliau dan isterinya akan tetap sabar dan berdoa serta cuba sedaya upaya memulihkan trauma anaknya itu, akibat kekejaman yang dilemparkan oleh pemimpin dan blogger pro-UMNO itu.

Beliau berkata adalah haknya untuk mengambil apa-apa tindakan lanjut sebagai ketua keluarga yang akan sentiasa mempertahan dan melindungi keluarganya dari sebarang ancaman. –

Kakitangan awam lebih terbela bersama Pakatan Rakyat

Posted: 18 Oct 2011 05:12 AM PDT

Oleh Adil Mat Selamat


Walau bermacam tawaran dan godaan Barisan Nasional terhadap kakitangan awam, satu perkara mudah dan memang diperlukan oleh perkhidmatan awam tidak berani dilakukan oleh kerajaan pusat. Pakatan Rakyat secara ikhlas dan tegas mahu memperkenalkan gaji minimum RM1,100 sebulan dalam sektor perkhidmatan awam.

Gaji minimum Pakatan

Ini bererti tidak ada sesiapa pun di peringkat paling rendah akan mendapat gaji kurang daripada RM1,100, dan ini tidak termasuk elaun-elaun lain serta peluang-peluang kenaikan gaji dan pangkat.

Jumlah kakitangan perkhidmatan awam secara keseluruhannya sekitar 1.2 juta orang dan 25 peratus daripadanya mendapat gaji di bawah RM1, 000. Jika 25 peratus ini diterjemah kepada jumlah, ia bermakna sekitar 300,000 orang akan mendapat manfaat atas pengenalan gaji minimum.

Malah, secara keseluruhannya Pakatan mahu mengekalkan imbuhan di samping menambah elaun serta memperbaiki sistem kenaikan pangkat yang selama ini menjadi keluhan di kalangan kakitangan awam.

Majoriti dari 25 peratus kakitangan awam ini adalah kaum Bumiputera yang kurang mendapat peluang dari laba kemewahan ekonomi Malaysia. Malah adalah satu realiti bahawa golongan ini mempunyai pendidikan yang sederhana.

Sudahlah peluang kenaikkan pangkat agak sukar, peluang untuk melanjutkan pendidikan juga agak terhad. Justeru, keputusan drastik dan luar biasa perlu dilakukan, iaitu dengan memperkenalkan satu mekanisme sistem gaji minimum dan reformasi sistem kenaikan gaji serta pangkat.

Dasar ini dengan jelas menjawab fitnah UMNO-BN yang mendakwa kononnya Pakatan Rakyat mengabaikan golongan Bumiputera. Sedangkan umum tahu siapa yang menjadi kerajaan pusat pada masa yang menyebabkan Bumiputera menanggung masalah.

Tawaran BN – gembira sebulan, merana selamanya

Kerajaan pusat BN mahu memperkenalkan gaji tahunan penjawat awam yang akan ditingkatkan di antara RM80 hingga RM320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), akan mendapat faedah kenaikan gaji di antara 7 dan 13 peratus.

Dari segi jumlah wang yang bakal diterima oleh 25 peratus kakitangan awam yang berpendapatan di bawah RM1,000, mereka hanya akan menerima kenaikan sekitar RM80 hingga RM100 sahaja, tambahan dari gaji mereka yang sudah sedia rendah itu. Ini kerana mengikut gred perjawatan, kebanyakan golongan ini adalah berjawatan Pembantu Am Pejabat dalam gred N1 hingga N4.

Bandingkan dengan tawaran Pakatan yang akan memastikan pelaksanaan gaji minimum.

Memang gaji minimum sahaja belum memberi jaminan terhadap peningkatan mutu dan produktiviti kakitangan awam.

Di sini kita perlu juga memahami bahawa faktor utama selain sikap dan latihan, ialah dilema kakitangan awam yang rendah produktivitinya adalah disebabkan faktor upah dan kos sara hidup. Ini menjadi faktor paling besar.

Dengan kata lain, kerajaan yang bakal dibentuk oleh Pakatan Rakyat akan berjaya menunai dan menyelesaikan faktor halangan utama untuk mendorong kakitangan awam meningkatkan mutu kerja.

Oleh yang demikian, bagi mana-mana kakitangan awam selepas pelaksanaan gaji minimum, mereka tidak punya alasan lain untuk tidak produktif. Ibarat kata, perahu sudah di air, dayung sudah di tangan.

Rakyat termasuk perniagaan, sama ada kecil, sederhana atau besar, yang membayar cukai menuntut perkhidmatan awam yang terbaik.

Guru dan perguruan.

Bagi Pakatan Rakyat, sudah agak jelas keperluan golongan sektor perguruan iaitu, imbuhan tetap RM500 bagi setiap orang guru di samping elaun dan imbuhan-imbuhan serta peluang kenaikan pangkat yang telah sedia ada, di samping pembaikan daripada kelemahan sistem sekarang.

Imbuhan ini juga berperanan seperti gaji minimum. Ia akan menjadi pendorong bagi golongan guru untuk melaksanakan amanah dengan sedikit keselesaan dalam menjalankan tugas penting mendidik anak-anak Malayasia.

Kita memahami kompleksiti di dalam sektor perguruan. Perubahan pada salah satu daripadanya yang akan memberi kesan secara langsung ialah reformasi sistem pendidikan.

Oleh itu, apabila Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat, sudah pasti akan wujud usaha untuk mereformasikan keseluruhan sistem.

Guru memerlukan satu keadaan yang kondusif untuk mereka fokus mengajar, ini bermakna mereka memerlukan satu sistem pendidikan yang baik dan jelas. Kerja mengajar adalah kerja guru dan kerja mentadbir adalah kerja pengurus.

Pakatan perlu memberi tumpuan serius untuk memastikan guru-guru tidak lagi dibebankan dengan paper work supaya mereka dapat menumpukan tugas sepenuhnya untuk mengajar dan mendidik anak-anak kita.

BN masih berjanji, guru-guru sudah menanti berpuluh tahun

Kerajaan UMNO-BN menggunakan faktor 'masa' untuk membeli keyakinan para guru.

Kata pemimpin besar BN, "Seorang guru terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat, sebaliknya sekarang, dalam skim baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16. Bagi guru bukan siswazah, dari gred 29 kepada 32, jika mengikut sistem time-based sekarang, ia memakan masa 10 tahun, namun, di bawah SBPA hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja".

Lihat bagaimana silap mata UMNO-BN ini yang sedang cuba mengaburi mata guru. Malah, taktik mengumpan guru-guru dengan faktor 'masa' jelas merendah-rendahkan intelek guru-guru seolah-olah mereka tidak pandai mengira dan menghitung.

Bukankah, sistem kenaikkan pangkat cara BN ini tidak akan menyelesaikan masalah utama golongan guru? Bukankah guru mahukan pembelaan dari aspek kenaikan imbuhan tetap dan suasana kerja yang kondusif?

Guru masih di takuk lama, hanya diumpan dengan kenaikan pangkat yang belum tentu keberkesanan perlaksanaannya, seperti dekad-dekad sebelumnya.

Jangan lupa, dalam tempoh hendak naik pangkat itu nanti, kos sara hidup semakin meninggi, jumlah murid pula semakin bertambah, sudah tentu beban semasa guru juga meningkat.

Stress bagi kedua-dua golongan guru dan murid akan naik mendakak. Justeru apakah jaminannya dalam hal ini? Tepuk dada tanya selera.

Golongan pesara kerajaan

Realiti kerja dalam perkhidmatan awam ialah golongan muda mahukan lebih peluang kenaikan pangkat termasuk peluang kerja. Itu fitrah golongan muda.

Golongan tua bukannya mahu terus bekerja sangat, sama ada umur pencen adalah 58 atau 60 tahun, tetapi terpaksa bekerja kerana beban hidup dan ekonomi seharian.

Ini menunjukkan kesan ekonomi yang dikendalikan oleh kerajaan UMNO-BN yang menimbulkan masalah yang memaksa orang lama terpaksa membanting tulang untuk terus bekerja walau usia telah lanjut.

Pakatan Rakyat tidak menghalang, malah menggalakkan mana-mana individu yang sihat tubuh badan terus bekerja. Ia budaya yang baik.

Faktor utama golongan pesara yang sedang meniti zaman emas, sudah tentu isu utamanya adalah ingin menikmati kualiti kehidupan di zaman tua di samping wang pencen yang mencukupi.

Ini bukan soal produktiviti tetapi ia adalah isu kualiti hidup. Golongan ini sudah tentu mahukan sekurang-kurangnya sebuah rumah sendiri, wang belanja harian dan simpanan yang cukup, hutang telah selesai dibayar dan bantuan kepada keperluan kesihatan yang lebih setara dari segi nilai dan perkhidmatan.

Adakah UMNO-BN sudah membuat kajian yang lengkap tentang nisbah graduan yang keluar dari IPTA(S) dengan jumlah kakitangan yang telah dan akan besrara? Adakah ianya setara?

Inilah yang dinamakan sebagai keseimbangan sosio-ekonomi. Maka, perlanjutan umur persaraan yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak itu telah mengabaikan aspek tahap efiensi golongan tersebut. Yang nyata, dalam hal efisien ini, hanya segelintir sahaja yang masih di tahap itu.

Bukankah lebih berkesan jika ia menjadi pilihan bagi mereka yang ingin menyambung khidmat berdasarkan tahap kebolehan, keberkesanan, kesihatan dan rekod perkhidmatan yang cemerlang. Ini lebih fleksibel dan jelas.

Itu belum lagi kita mendengar keluhan dan komen golongan muda dan pra-50 tahun dalam kerajaan. Mereka bergelut untuk mencari peluang kenaikan pangkat.

Transformasi untuk Pakatan

Bayangkanlah jika di sektor awam, hanya sedikit golongan muda yang profesional berbanding golongan emas yang semakin tidak menentu tahap prestasinya. Pasti 'transformasi' Najib akan menjadi sesuatu yang lebih lembam. Daripada kurang efisien sekarang kepada tidak efisien sama sekali. Bukankah ini satu ironi?

Namun, barangkali ini lebih baik untuk Pakatan Rakyat kerana jika golongan profesional muda lari ke sektor swasta, ia akan memudahkan lagi akses golongan tersebut kepada Pakatan Rakyat.

Ini adalah kerana amalan politik berat sebelah dan tidak adil UMNO-BN yang selama ini mengugut mana-mana pegawai dan kakitangan awam daripada terlibat dengan politik pembangkang.

Kita tahu bahawa selama ini, golongan muda yang profesional sering dibelengu ketakutan dan ugutan untuk menyertai atau menyokong Pakatan Rakyat. Justeru, ada baiknya juga jika Najib meneruskan agenda ini. Satu transformasi yang baik untuk Pakatan. – Roketkini.com

ANAK lancar gerakan kempen mansuhkan ISA 2

Posted: 18 Oct 2011 04:58 AM PDT

Oleh: Norutul Ilham


KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) melancarkan kempen Gerakan Kempen Mansuhkan ISA 2 bagi mendesak Perdana Menteri melucutkan jawatan Pengerusi Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad, Tan Sri Isa samad.


Menurut Pengerusi Anak, Mazlan Aliman, terdapat bukti yang menunjukkan Isa yang juga pengerusi Felda, tidak layak memegang jawatan tersebut.

"Kita mempunyai asas yang kuat berasaskan undang-undang kecil koperasi di mana Isa Samad merupakan seorang lantikan korporat yang tidak layak menjadi pegerusi Koperasi.

"Untuk menjadi ahli koperasi sebagaimana undang-undang kecil ini, mereka mestilah seorang peneroka, kakitangan Felda atau anak-anak peneroka," kata Mazlan ketika sidang media di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Katanya, pihaknya telah menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Koperasi dan membuat bantahan kepada tribunal Suruhanjaya Koperasi Malaysia atas pelantikan itu, pagi ini.

Kata beliau, pelantikan Isa sama sekali melanggar undang-undang yang termaktub di dalam Koperasi Permodalan Felda, tambahan pula jawatannya itu dilantik tanpa kehadiran Pengurus Besar Felda Plantation, Datuk Zulkifli Abd Wahab.

Tambahnya, beliau juga difahamkan Isa menjadi ahli koperasi pada 22 Jun lalu, yang sama sekali bertentangan dengan peraturan.

Justeru itu, beliau meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya campur tangan dan mendengar rintihan rakyat, terutama peneroka Felda.

Dalam pada itu beliau turut mencabar Isa Samad menampilkan warga Felda yang menyokong beliau memegang jawatan tersebut sepertimana yang disiarkan di TV3 baru baru ini.

"Saya cabar, siapa yang menyokong dia, tolong senaraikan siapa warga Felda yang sokong. Dari Majlis Belia Felda, berapa ribu yang sokong?

"Dalam isu ini, Isa Samad tidak mendapat sokongan, maka sebab itulah kami melancarkan kempen yang akan kita buat Gerakan Kempen Mansuhkan ISA 2, tapi bukan Akta Dalam Negeri (KDN)," ujarnya berseloroh.

Kes fitnah: Permohonan Hisham batal pembelaan Anwar didengar 27 Okt

Posted: 18 Oct 2011 04:56 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi menetapkan 27 Oktober untuk mendengar permohonan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk membatalkan sebahagian kenyataan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam saman berhubung video seks memaparkan pelaku mirip ketua pembangkang itu.

Dipetik Bernama Online, peguam Sunil Abraham, yang mewakili Hishammuddin berkata permohonan itu akan didengar oleh Hakim Datuk V T Singham.

Pada 26 April, Hishammuddin memfailkan saman fitnah terhadap Anwar berhubung wawancara ketua pembangkang itu dengan wakil media pada 22 Mac di Balai Polis Dang Wangi, selepas membuat laporan menafikan yang dirinya adalah lelaki dalam video itu.

Hishammuddin berkata kata-kata dalam temu bual itu antara lain bermaksud yang beliau bertanggungjawab menayangkan video berkenaan kepada sekumpulan editor dan wartawan di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac.

Menteri itu berkata kata-kata itu juga bermaksud yang beliau telah mengaturkan penayangan video itu dan berkomplot dengan perdana menteri dan pegawai tinggi polis berhubung penayangan video itu.

Dalam pernyataan pembelaannya, Anwar berkata kata-kata beliau dalam wawancara itu telah diterbitkan atas kapasiti pelindungan bersyarat dan kedudukannya sebagai ketua pembangkang.

Anwar turut memfailkan kenyataan balas menyatakan kata-kata Hishammuddin pada sidang media yang diadakan beliau pada 21 Mac, seolah-olah mengesahkan kenyataan oleh tiga individu yang mendedahkan video itu bahawa pelaku dalam video itu adalah dirinya (Anwar).

Hishammuddin, dalam jawapannya, berkata Anwar mempunyai niat buruk semasa mengeluarkan kata-kata memfitnah itu yang kemudiannya telah dilaporkan secara meluas di media dan internet.

Beliau berkata kata-kata itu bukan diterbitkan dengan niat baik dan motif utama Anwar ialah untuk mencemarkan reputasinya sebagai menteri dan ahli politik.

Empat saksi pendakwa gagal cabar keterangan pakar, kata peguam Anwar

Posted: 18 Oct 2011 04:52 AM PDT

TERKINI

KUALA LUMPUR — Empat saksi yang dibawa pasukan pendakwa hari ini gagal mencabar kredibiliti keterangan pakar pihak pasukan pembela yang mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim secara fizikal tidak berupaya untuk meliwat sesiapa, kata peguamnya hari ini.

Hari ini, mahkamah mendengar keterangan Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Zaninah Mohd Zin, pegawai penyiasat ASP Jude Pereira, Sarjan Ahmad Abdullah dan pakar runding HKL Dr Jayaindran Sinadorai.

Mereka hadir sebagai saksi pendakwa selepas pasukan pembela menutup pembentangan kes mereka semalam.

Saksi ketujuh pasukan pembela Dr Thomas Hoogland baru-baru memberi keterangan bahawa "sangat tidak mungkin" Anwar telah meliwat pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan ekoran keadaan bahagian belakang yang sakit dan tidak mampu melakukan aktiviti-aktiviti berat.

Semalam, Peguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden memberitahu mahkamah bahawa empat saksi pihaknya akan mengetepikan keterangan Dr Hoogland tentang keupayaan Anwar melakukan perbuatan yang didakwa — meliwat Saiful.

Peguam pembela memberitahu mahkamah bahawa mereka telah menutup kes peringkat pembelaan dan tiada bantahan jika pendakwa mahu membawa saksi-saksi baru.

Dr Hoogland sebelum ini memaklumkan bahawa "sangat tidak mungkin" Anwar telah meliwat Saiful ekoran faktor usia dan juga masalah artritis teruk dan kerosakan saraf yang dialami Ketua Pembangkang itu.

Dr Hoogland, yang mengendalikan pembedahan ke atas Anwar di Munich, Jerman pada 2004 berkata, Anwar berhadapan dengan tiga masalah iaitu stenosis leher, artrisis dan kerosakan laluan saraf yang tidak membolehkan beliau terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang kuat.

Pakar itu berkata sudah pasti Anwar berhadapan dengan kesakitan yang teruk jika beliau mengadakan hubungan seks melibatkan posisi membongkok dan berlutut.

Hari ini, tiga saksi pertama memberi keterangan bahawa peguam-peguam Anwar menerima satu salinan laporan perubatan pada 16 Julai 2008 — yang diambil selepas Ketua Pembangkang itu diminta menjalani pemeriksaan perubatan ketika ditahan antara 16 dan 17 Julai 2008.

Terdapat dua laporan perubatan, yang kedua-duanya ditandatangani oleh Dr Jayaindran manakala yang kedua ditandatangan bersama oleh doktor fizik kerajaan Dr Ee Boon Leong.

Sementara keterangan tiga saksi dibuat di mahkamah terbuka manakala keterangan Dr Jayaindran pula dijalankan menggunakan kamera.

"Bukti ini tidak boleh menyangkal keterangan Dr Thomas Hoogland. Ia tidak mencabar penilaian Hoogland," kata peguam pembela Sankara Nair kepada pemberita selepas mahkamah ditangguhkan.

Butiran keterangan Dr Jayaindran tidak diketahui malah Sankara pula enggan menghuraikan dengan lanjut.

"Saya tidak boleh kata banyak sebab sesi dijalankan menggunakan kamera. Tetapi, apa yang boleh saya katakan sekarang ialah bukti (pendakwa) dikemukakan hari ini tidak boleh sangkal Hoogland," kata Sankara.

Ini merupakan pertuduhan liwat kedua terhadap Anwar. Pada 2000, beliau dituduh meliwat pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar.

Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi kerana meliwat Azizan, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan menyanggah keputusan kesalahan dan mengetepikan hukuman penjara tersebut.

Anwar dituduh melakukan kesalahan itu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan.

Perbicaraan itu, yang bermula pada 3 Februari tahun lepas, di mana Mohd Saiful, 25, memberikan keterangan dengan memberitahu mahkamah mengenai tugasnya di pejabat Anwar sebagai pembantu dan dakwaan insiden tersebut.

Umno: Komponen BN perlu sedia korban kerusi

Posted: 18 Oct 2011 04:51 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR – Parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu berkompromi bagi mengorbankan kerusi masing-masing untuk memastikan perikatan itu terus meneraju negara selepas pilihan raya umum ke-13.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pemilihan calon dan pembahagian kerusi BN oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga tidak harus dipertikaikan oleh mana-mana pemimpin dan anggota komponen parti itu.

"Calon yang dipilih merupakan calon yang mesti menang dan kemenangan parti dalam pilihan raya bergantung kepada siapa calonnya.

"PM (Perdana Menteri) tahu siapa yang terbaik antara yang baik di kalangan calon yang ada. Jadi adalah hak PM untuk tentukan calon dan hak mutlak itu mesti dihormati," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar 1Malaysia dan Ketahanan Nasional yang dianjurkan oleh Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad (IPDM) hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Najib mengenai pelarasan formula pembahagian kerusi BN dalam pilihan raya umum ke-13.

Dipetik Bernama Online, Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata matlamat BN pada pilihan raya umum akan datang bukan saja untuk kekal meneraju negara, tetapi juga mahu menawan semula kerusinya yang hilang ke tangan pembangkang.

"Pada pilihan raya akan datang kita mahu capai majoriti selesa iaitu lebih dua pertiga dan negeri-negeri yang terpinggir dan dipegang oleh pembangkang seperti Kelantan perlu dirampas semula," katanya.

Beliau juga menegaskan anggota komponen parti itu harus mencari jalan untuk menyatukan dan memenangi hati rakyat bagi membantu BN menambah kerusi pada pilihan raya umum itu kelak.

Khairy pertahan serangan ke atas anak Guan Eng, dakwa pengkritik ‘hipokrit’

Posted: 18 Oct 2011 04:47 AM PDT


KUALA LUMPUR– Khairy Jamaluddin menegaskan kenyataannya mengenai dakwaan ke atas anak lelaki Lim Guan Eng tidak salah dan pada masa yang sama beliau melabelkan pihak yang mengkritiknya sebagai hipokrit.

Tengah hari tadi, Lim berkata keluargannya kesal dengan "pembohongan biadab" dibawa terhadap anak lelakinya oleh "pihak-pihak kejam yang pro-Umno" sambil merujuk kepada Khairy (gambar) dan beberapa pemimpin parti itu yang turut menyebarkan dakwaan dengan komen sinis menerusi blog dan media sosial sejak beberapa hari lalu.

"Saya dan keluarga saya kesal dengan pembohongan dan perbuatan mereka-reka cerita terhadap anak lelaki saya yang kecil adalah sesuatu yang kejam dan keji. Umno seharusnya bertindak terhadap mereka yang cuba untuk menghancurkan kehidupan anak saya dengan pembohongan dan perbuatan mereka-reka cerita dalam usaha mahu memusnahkan saya daripada politik," kata beliau dalam kenyataan.

Menjawab kritikan ke atas beliau menerusi Twitter petang ini, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, ahli-ahli politik Barisan Nasional (BN) dan keluarga mereka telah berhadapan dengan situasi lebih buruk daripada pihak pembangkang.

Khairy, yang juga Ketua Pemuda BN, mengecam ahli DAP bernama Satees Muniandy dari Pulau Pinang kerana begitu "hipokrit" apabila beliau menimbulkan perkara itu menerusi Twitter.

"Saudara, apa yang pemipin-pemimpin BN dan keluarga mereka dapat daripada pembangkang adalah lebih teruk. Jangan hipokrit," kata Khairy lagi.

Satees menulis bahawa, "anda hanya perlu tunggu! Saya mahu melihat apa reaksi anda apabila Puma & Cougar anda membesar dan dilayan dengan pembohongan dan fitnah!"

"Puma & Cougar" merupakan nama timbangan digunakan oleh Khairy untuk merujuk dua anak lelakinya.

"Adakah anda menjustifikasi dan mempertahankan tindakan murahan pemblog-pemblog pro-Umno? Saya tidak terkejut kerana anda juga bergandingan dengan mereka!" kata Satees.

Dia kemudian menyoal Khairy sama ada ahli-ahli DAP ada bertindak sehingga begitu buruk dalam menyerang tingkah laku ahli keluarga menteri-menteri Umno atau saudara mara wakil rakyat itu sendiri, kecuali bapa mertuanya Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga bekas perdana menteri.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP dalam kenyataan tengah hari tadi mengecam Khairy kerana menulis komen sinis menerusi Twitter ketika membalas dakwaan ke atas anak lelaki pemimpin itu.

Semalam, Khairy menulis, "mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada."

Khairy membalas mesej Twitter pemblog pro-Umno PapaGomo.

Dakwaan itu muncul di blog-blog Umno dengan memfokus kononnya salah laku anak Lim di sekolah dan mendakwa remaja itu menggunakan nama dan kedudukan bapanya untuk melepaskan diri daripada hukuman.

Blog itu mendakwa Lim kemudian memindahkan anaknya ke sekolah lain dan membayar RM200,000 untuk menyembunyikan skandal itu.

Khairy terus mempertahankan dirinya daripada kritikan pengguna Twitter termasuk komen Ahli Parlimen DAP bagi kawasan Bukit Bendera Liew Chin Tong.

Seorang lagi pengguna yang bernama "whackalibabas" mengingatkan Ahli Parlimen Rembau itu bahawa "Tuhan sedang memerhatikan anda."

Kepada mereka yang mempertahankannya, Khairy menulis, "usah kisah. Jelas, standard yang berbeza bagi pemimpin-pemimpin pembangkang."

Penasihat DAP Lim Kit Siang, yang juga bapa kepada Guan Eng turut berbalas mesej Twitter dengan mengecam dakwaan ke atas cucunya.

"Bagaimana perasaan PM/TPM jika anak/cucu mereka menjadi mangsa serangan buruk berdasarkan pembohongan?

"Adakah Najib/M'ddin (Muhyiddin( akan mengecam serangan sedemikian ke atas kanak-kanak tidak bersalah oleh 'cybertrooper' Umno?

Adakah ini dimaksudkan pembaharuan politik Najib?

"Saya akui saya sangat sedih/kesal sejak dua hari lalu kerana tidak dapat melindungi cucu-cucu saya daripada serangan tidak berhati perut ini. Najib/Mddin (Muhyiddin) merestui mereka?" tulis beliau.

Himpun: ‘Kami agresif pertahan akidah, bukan agresif secara fizikal’

Posted: 18 Oct 2011 04:46 AM PDT


KUALA LUMPUR– Himpunan Sejuta Umat (Himpun) hari ini menolak tanggapan sesetengah pihak termasuk Islamic Renaissance Front (IRF) bahawa gerakan itu merupakan usaha agresif umat Islam ke atas masyarakat bukan Muslim khususnya Kristian dan mahu melaga-lagakan penganut berlainan agama.

Sehubungan itu menurut Pengerusi Bersama Himpun Dr Yusri Mohamad, pihaknya juga menjemput pertubuhan itu untuk sama-sama menyertai perhimpunan ini dalam usaha mereka mempertahankan akidah umat Islam.

"Saya jemput mereka untuk bersama-sama kami, berhimpun dan mereka akan faham motif utama kami menganjurkan perhimpunan ini," kata beliau pada sidang media bersama Gabungan Penasyid-Penasyid Malaysia (Munsyid) yang turut mahu menyertai Himpun.

"Perhimpunan ini tidak bersifat agresif, secara negatif, sebaliknya bersifat positif, kami agresif mempertahankan akidah Islam dan bukan agresif secara fizikal," jelasnya lagi.

Himpun diadakan Sabtu ini untuk membincangkan isu murtad.

Dalam satu kenyataan semalam, IRF berkata tiada perangkaan tepat mengenai kes murtad dan bimbang Himpunan Sejuta Umat akan memberi gambaran salah dan buruk tentang Islam.

Dalam satu kenyataan semalam juga, PAS Selangor tidak akan memberi sokongan kepada perhimpunan itu jika ia bertujuan melaga-lagakan Islam dengan penganut agama lain.

Yusri yang juga Presiden Institut Pengajian Strategi Islam memberitahu, Seketariat Himpun sendiri tidak menganggap masyarakat bukan Islam sebagai musuh, sebaliknya selagi mereka tidak menggugat akidah Islam, Himpun akan bersikap rasional terhadap mereka.

"Saya memberi jaminan perhimpunan ini tidak akan berlaku keganasan yang melanggar undang-undang dan perlembagaan negara," tegasnya.

Yusri turut menolak agenda politik yang sempit mengaitkan Himpun dengan sesetengah parti politik di negara ini.

"Himpun ini seimbang, tidak berat kepada mana-mana ahli politik, dalam seketariat kami juga terdapat mereka daripada setiap parti," tegasnya lagi sambil mengulas penyertaan Pemuda PAS.

"Kami sudah berhubung dengan mereka, setakat ini mereka akan bersama-sama kami, tapi masih lagi belum dikeluarkan kenyataan rasmi daripada peringkat pusat, tapi dari aspek penyertaan individu, saya rasa tiada masalah, itu yang lebih penting," katanya yang optimis parti itu akan turut serta.

Tambah Yusri, pihaknya sengaja tidak meletakkan penyertaan parti politik sebagai agenda utama kerana mereka tidak mahu masyarakat tersalah anggap disebalik penganjuran perhimpunan ini.

"Kami berasa malu kepada negara-negara yang tidak mempunyai undang-undang khas berkenaan Islam sekiranya rakyat kita lemah mempertahankan agama Islam sedangkan kita diiktiraf sebagai negara Islam," ujarnya mempertahankan tujuan perhimpunan ini dan menganggapnya kebangkitan natural umat Islam dalam memperjuangkan agama mereka.

"Bagi pertubuhan-pertubuhan dan NGO-NGO lain, jangan buat kenyataan dan kesimpulan melulu tanpa merujuk kepada kami. Hubungi kami sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perhimpunan ini, sertai kami, anda akan mendapat maklumat jelas," tegasnya lagi.

Menurut beliau, seharusnya usaha ini didokong oleh kesemua pihak yang berkaitan kerana memelihara akidah umat Islam adalah satu tuntutan dalam agama Islam itu sendiri.

Tambah Yusri, matlamat jangka panjang Himpun adalah untuk menghasilkan deklarasi Himpun yang akan diserahkan kepada pemimpin politik, Raja-raja Melayu, dan juga pemimpin agama lain.

"Himpun berharap agar deklarasi ini akan dapat mempengaruhi penggubalan dasar dan undang-undang agar isu murtad ini menjadi sebahagian daripada undang-undang di negara ini," katanya.

SPR tangguh bicara kes bantahan pengundi pos

Posted: 18 Oct 2011 12:31 AM PDT

Muhammad Yusri Amin


KETEREH: Pada akhir tahun lepas penduduk tempatan membantah tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyenarai seramai 499 isteri anggota tentera yang bertugas di Kem Desa Pahlawan sebagai pengundi pos.

Ketika perbicaraan diadakan, pengundi terbabit mendedahkan tidak mengetahui nama mereka disenaraikan sebagai pengundi pos. SPR akhirnya menerima bantahan tersebut.

Bagaimanapun ketika semakan daftar pemilih tambahan bagi suku kedua baru-baru ini, undi pos di kalangan isteri tentera disenaraikan semula.

Kali ini terdapat seramai 408 pengundi pos isteri anggota tentera disenarai pada daftar tambahan itu.

Persoalannya siapa yang mendaftar bagi pihak isteri anggota tentera terbabit. Mungkinkah ada pihak lain di Kementerian Pertahanan atau pihak mana.

Kemunculan senarai baru pengundi pos isteri tentera itu dibantah lagi. Perbicaraan proses bantahan itu diadakan di hadapan pegawai SRP bermula Khamis lalu. Pegawai kanan SPR dari Putrajaya juga hadir.

Hari kedua perbicaraan diadakan semalam, namun terpaksa ditangguh ekoran bantahan dibuat PAS.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihak pembantah mempertikaikan tatacara perbicaraan memandangkan orang kena bantah (OKB) tidak dapat menjelaskan borang memohon undi pos diisi sendiri.

Katanya, keraguan itu pada peringkat awal cuba dipertahankan SPR tanpa dapat menunjukkan dokumen bagi mengesahkan pengundi pos terbabit mengisi sendiri borang A.

"Kami membuat bantahan terhadap tatacara pengendalian perbicaraan SPR dan akhirnya pegawai menangguh kes tersebut bagi merujuk kes itu kepada Putrajaya," katanya ketika ditemui di perkarangan Pejabat Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.

Turut hadir Setiausaha Perhubungan PAS Negeri, Zulkifli Mamat, Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Wan Nik Wan Yusoff, anggota Parlimen Ketereh, Abdul Aziz Abdul Kadir, Pengarah Pilihan Raya Ketereh, Mohd Asri Abdul Rahman dan Penyelia Dun Kok Lanas, Nik Mahadi Nik Mahmood.

Hadir sama mantan Ahli Dewan Negara, Ahmad Rusli Ibrahim dan mantan Ketua Pemuda Umno Ketereh, Sabri Shafei. Sebelum itu lebih 500 penduduk tempatan yang hadir menunaikan solat hajat di perkarangan pejabat berkenaan.

Perbicaraan awam proses bantahan itu bermula 13 Oktober dan dijangka berakhir 27 Oktober.

Takiyuddin yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, bantahan yang dibuat itu terhadap SPR dan bukan melibatkan OKB.

Peruntukan MRSM: Umno bohong bela Melayu

Posted: 18 Oct 2011 12:25 AM PDT

Abdul Aziz Mustafa


KUALA LUMPUR: Peruntukan terlalu kecil kepada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dalam Bajet 2012 sekali lagi membuktikan pembohongan Umno kononnya membela Melayu, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Kalau MRSM yang sepatutnya menjadi pengeluar cerdik pandai Melayu pun hanya mendapat peruntukan begitu kecil dan tidak munasabah, iaitu hanya RM100 juta sahaja, semakin terbukti pembohongan Umno yang kononnya hendak membela Melayu.

"Peruntukan kecil itu dengan sendirinya bermakna tidak ada tambahan MRSM yang baru dalam bajet tersebut," katanya.

Malah, kata beliau lagi, peruntukan itu pun kebetulan diberikan melalui Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah bernilai RM1 bilion khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, menyelenggara, membeli peralatan dan membina blok tambahan.

Ketika membentangkan Bajet 2012 baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, daripada peruntukan tambahan RM1 bilion itu, RM500 juta adalah untuk sekolah kebangsaan, RM100 juta kepada SJKC, RM100 juta kepada SJKT, RM100 juta kepada sekolah mubaligh, RM100 juta kepada sekolah agama bantuan kerajaan dan RM100 juta kepada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

"Saya sengaja tak sebut fasal sekolah agama yang juga menerima peruntukan yang kecil, saya hanya menyebut fasal MRSM sebab Umno setiap hari mendabik dada mendakwa kononnya dialah pembela Melayu sebab kalau dia dakwa dia membela Islam pun orang tak percaya.

"Tetapi, kalau begitulah sikap kerajaan Umno dan jika parti itu terus memerintah, kita perlu tunggu berapa ratus tahun lagi untuk melihat setiap kawasan parlimen mempunyai MRSM yang sepatutnya menjadi pengeluar cerdik pandai Melayu?" kata Mohamad.

Menurut beliau, pendidikanlah yang mengubah nasib orang Melayu di mana sebahagian dari mereka berubah menjadi kelas menengah dalam masa satu generasi sahaja.

"Tetapi peruntukan tak seberapa untuk pendidikan orang Melayu itu, tidak kira sama ada kepada sekolah agama atau MRSM, membuktikan Umno tidak begitu berminat untuk mengubah taraf hidup lebih ramai lagi orang Melayu," katanya.

Mohamad berharap Najib sedar bahawa pelajaranlah yang boleh mengubah nasih sesuatu kaum itu.

"Najib ambil orang-orang Yahudi dalam Apco Wordwide sebagai tempat memohon petunjuk.

"Saya berharap beliau tahu antara perkara pertama yang dibuat oleh orang Yahudi selepas memasuki Palestin ialah membina sekolah dan pada tahun 1925, orang-orang Yahudi sudah mempunyai universiti di wilayah Palestin yang takluki," katanya.

Beliau berharap Najib tidak mengabaikan usaha-usaha agresif untuk meningkatkan taraf pendidikan orang-orang Melayu.

"Jangan abaikan, jangan bagi alasan kepada (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin)," katanya sinis.

Tiada hak khusus untuk wanita dalam Bajet 2012

Posted: 18 Oct 2011 12:21 AM PDT

Muhammad Faizal


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, belanjawan 2012 membuktikan kerajaan tidak menekankan hak kaum wanita secara khusus.

Tambahnya, sistem yang diamalkan oleh kerajaan sekarang masih lemah dalam memberi sokongan kepada pekerja-pekerja wanita seperti kemudahan, perlaksanaan dan juga tanggungjawab.

"Kita melihat kerajaan masih gagal uintuk meletakkan kebajikan kepada suri-suri rumah dalam menaiktaraf kehidupan mereka agar mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan mereka selain membebaskan mereka dari kesempitan ekonomi," jelasnya ketika membahaskan Bajet 2012 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Muslimat PAS Pusat menekankan isu keselamatan wanita perlu diutamakan dalam belanjawan kerana wanita tidak pernah mendapat pembelaan sepenuhnya dan keadaan itu amat merisaukan apabila melihat kes rogol yang telah berlaku.

"Sebanyak 3,275 kes rogol telah berlaku sepanjang tahun 2010 dan ini adalah satu yang amat merisaukan kita semua terutamanya mereka yang berada di luar tidak kira yang bekerja mahupun tidak, selain itu juga kes simbahan asid yang semakin menjadi-jadi, dan saya ingin bertanya bilakah akta kawalan asid akan dibentangkan serta dilaksanakan bagi mengurangkan kejadian tersebut berulang.

"Apa yang kita lihat sekarang kaum wanita hanya digunakan sebagai alat untuk mempromosikan produk jualan sesetengah syarikat dan saya jelaskan di sini tindakan tersebut merupakan satu sikap yang tidak bertanggungjawab.

"Kita mahu wanita dibela dan diberi perhatian dalam soal ekonomi dan juga keselamatan bukannya menmgambil kesempat keatas setiap wanita dalam membuat promosi produk syarikat-syarikat kecil mahupun besar," katanya lagi.

Beliau juga merujuk tentang persetujuan Menteri Pengangkutan yang mahu menjadikan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP) agar dapat mengendalikan lebih banyak penerbangan keluar masuk terutama penerbangan antarabangsa dalam usaha menjadikannya sebagai hab penerbangan serantau.

"Walau bagaimanapun, pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) diharap dapat memberi peruntukan tambahan untuk memanjangkan lagi landasan LTSIP dari 2,400 meter kepada sekurang-kurangnya 3,400 meter bagi membolehkan pengendalian pesawat lebih besar terutamanya B777-200 dan B747-400 sekali gus dapat menawarkan penerbangan haji terus ke Jeddah dan Madinah kelak.

"MOT juga diharap agar dapat mewartakan LTSIP sebagai sebuah lapangan terbang antarabangsa," sambungnya lagi.

Dalam pada itu beliau memberitahu melalui belanjawan yang telah dibentangkan masih wujud sikap pilih kasih Kerajaan Pusat yang telah menganaktirikan Kelantan dalam peruntukan kali ini yang mana segala projek-projek mega yang diumumkan Kelantan masih lagi diketepikan malah pembinaan Lebuhraya Pantai Timur yang menghubungkan Terengganu hingga ke Pengkalan Kubur juga tidak dilaksanakan.

"Rakyat Kelantan juga adalah pembayart cukai jadi jangan nafikan hak mereka, tindakan kerajaan memberi gambaran jelas bahawa kerajaan tidak meletakkan rakyat Kelantan sebagai rakyat Malaysia," ujarnya lagi.

Jangan lupa ‘jasa’ Umno bela Raja Melayu

Posted: 18 Oct 2011 12:19 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 18 Okt: "Kita semua jangan sesekali lupa akan 'jasa' Umno yang hipokrit dan pandai berlakon kononnya mereka pembela kepada institusi raja dan pembela Melayu," kata Drs Khalil Idham Lim.

Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak itu menyatakan demikian sebagai respons bahawa pembela yang dikatakan wujud di sekitar orang Melayu sekarang ini sebenarnya adalah golongan yang tidak menyenangi kuasa Raja-Raja suatu ketika dahulu.

Katanya, Pada 1993, Dr Mahathir Mohamad telah melucutkan kekebalan Raja-Raja Melayu dan beliau sendiri yang mahu diwujudkan satu peruntukan undang-undang supaya raja-raja boleh diheret dan dibicarakan di mahkamah khas.

Nampaknya, kata beliau semakin lama Umno BN menerajui Malaysia, semakin parah dan tenat keadaan negara, penipuan berleluasa, fakta dan sejarah terus menjadi bahan yang berjaya diseludup dari pengetahuan rakyat.

Tambahnya, semakin lama juga BN menerajui pusat semakin meningkat hutang negara, rakyat kini telah merasai kesan meningkatnya jenayah rasuah dan situasi bahaya yang terkini iaitu makin meningkatnya warga asing yang mendapat Maykad segera.

"Jawapan yang meyakin dari pihak kerajaan masih belum muncul sehingga sekarang," ujarnya yang juga Adun Titi Serong kepada Harakahdaily.

Katanya rakyat sepatutnya wajib mengetahui situasi sebenar negara, di mana negara yang semakin tenat adalah akibat pemimpin Umno BN yang telah menyalahgunakan kuasa secara berleluasa.

Justeru, beliau menambah, rakyat perlu melakukan sesuatu untuk menggembleng perubahan kepimpinan negara menjelang PRU 13 nanti.

"Menyokong dan memenangkan Pakatan Rakyat bererti anda telah menyelamatkan Malaysia dari kehancuran yang berterusan akibat kerakusan pemimpin BN yang sentiasa mengaut keuntungan dari jawatan dan amanah yang telah dikhianati sekian lama," ujarnya.

Hutang negara: Noktah terakhir Umno BN PRU13

Posted: 18 Oct 2011 12:18 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa bimbang dengan trend Malaysia yang suka berhutang sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, dalam laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan menyebut, hutang Kerajaan Persekutuan sehingga 30 Jun 2011 berjumlah RM437.2 bilion atau 52.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Daripada jumlah tersebut pula, hutang Kerajaan Persekutuan dalam negeri berjumlah RM421 bilion atau 96.3 peratus manakala RM16.2 bilion atau 3.7 peratus merupakan hutang luar negara.

"DPPM hairan mengapa negara sanggup menanggung hutang setiap tahun. Negara Malaysia adalah antara negara yang kaya dengan pelbagai kegiatan ekonomi, tetapi masih tidak cukup buat menampung perbelanjaan negara," katanya kepada Harakahdaily.

Katanya, dengan hasil bumi seperti petroleum yang semakin bertambah, dengan aktiviti pertanian seperti kelapa sawit, getah, padi, nenas dan lain-lain lagi ditambah dengan pelbagai industri yang semakin berkembang, adakah itu masih tidak cukup menampung perbelanjaan negara.

Yang peliknya, kata beliau rakyat Malaysia tidaklah terlalu ramai jika hendak dibandingkan dengan negara besar seperti Indonesia, China dan India, sepatutnya Malaysia menjadi lebih kaya dan maju serta tidak bergantung dengan pinjaman luar mahupun agensi dalam negara sendiri.

Soalnya, apa perlunya Malaysia meminjam sehingga berhutang keliling pinggang setiap tahun.

"Apakah ia kerana kos perbelanjaan bajet 'one off' atau 'gula-gula' pilihan raya sepertimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Bajet 2012 baru-baru ini menyebabkan Malaysia terpaksa berhutang?

"Ataukah kerana sikap pemimpin Umno BN yang suka projek mega yang membazir dan merugikan negara?

"Adakah juga ia kerana kegagalan pemimpin Umno BN mengurus negara sehingga terpaksa berhutang dalam dan luar negara?" katanya lagi.

DPPM, ujarnya khuatir trend berhutang ituakan menjadikan negara bankrap dan seterusnya memufliskan negara.

Beliau menambah, kesannya terhadap ekonomi negara adalah peningkatan inflasi, jurang pendapatan antara yang berpendapatan tinggi dengan rendah sangat ketara, pelaksanaan cukai yang membebankan rakyat, serta kos hidup yang semakin meningkat.

Katanya lagi, kesan terhadap sosial pula adalah berlakunya penyelewengan kuasa, rasuah, penindasan, kronisme, monopoli dan sebagainya.

"Kenyataan ini membuktikan satu lagi siri kegagalan pemimpin Umno BN dalam memimpin negara ini," ujarnya lagi.

Menurutnya, meskipun kedudukan ekonomi negara dilaporkan baik dan berkembang dengan sihat, hakikatnya pemimpin negara gagal melindungi 'kesakitan' negara ekoran hutang negara yang terlalu banyak.

"DPPM mengharapkan dengan ini rakyat akan meletakkan noktah terakhir buat Umno BN dalam PRU akan datang dan seterusnya memberi peluang Pakatan Rakyat pula memimpin negara ini," katanya.

DPPM, tegasnya yakin Pakatan Rakyat akan mampu membuktikan bahawa dalam keadaan negara tidak berhutang boleh menjamin kemajuan dan kestabilan negara.

Bahkan, tegasnya Pakatan Rakyat akan pastikan negara bebas dari hutang yang membelenggu selama ini dengan pentadbiran yang cekap, amanah, telus, bebas dan adil.

Media Malaysia belum bebas

Posted: 18 Oct 2011 12:15 AM PDT

Muhammad Faizal


KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaaan (KPKK) memberitahu tindakan tidak menjemput pengamal media alternatif dan juga media atas talian (online) pada Majlis Perundingan Media (MPM) pada 25 Julai yang lalu adalah kerana unsur fitnah yang diamalkan oleh media terbabit.

Timbalan Menteri KPKK, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz menyatakan demikian semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua (gambar) mengenai bagaimana pihak kementerian melantik anggota-anggota MPM serta mengapakah tidak merangkumi media portal atas talian (online).

Tambah Tian lagi, kebebasan media di negara ini masih lagi berada pada peringkat yang membimbangkan.

"Melihat pada kedudukan kebebasan media, Malaysia berada pada kedudukan 143 dari 196 ia memperlihatkan media Malaysia belum bebas sepenuhnya.

"Dalam mengembalikan kebebasan media kenapa perundingan tersebut hanya melibatkan media arus perdana sahaja sedangkan media alternatif tidak dijemput sekali," jelas Tian.

Dalam pada itu KPKK juga memberitahu perbincangan yang turut disertai Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu masih lagi diperingkat cadangan dan beberapa faktor perlu diambil kira kerana terdapat tentangan dari pengamal media arus perdana yang tidak mahu campur tangan kerajaan.

Penjawat awam Kelantan terima bonus

Posted: 18 Oct 2011 12:13 AM PDT

Mohd Nor Yahya


KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan hari ini mengumumkan pemberian bonus untuk kali kedua dalam tahun ini yang akan dibayar kepada penjawat awam negeri pada Disember ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, bonus yang diberikan tersebut adalah selari dengan kerajaan Persekutuan yang telah mengumumkan pada pembentangan bajet 2012 baru-baru ini iaitu separuh gaji atau minima RM500 bagi semua penjawat awam.

"Alhamdulillah, sekalipun dikatakan orang kantung negeri Kelantan selama ini kempis, namun kita tetap mampu memberikan penghargaan dalam bentuk bonus kepada kakitangan," ujar beliau.

Husam berkata demikian ketika membentang Belanjawan 2012 pada persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini.

Menurut beliau lagi, kerajaan sentiasa menghargai jasa kakitangan di sektor awam dan pentadbiran dan kerajaan akan sentiasa memastikan kebajikan kakitangannya diambil berat.

"Saya juga ingin merakamkan tahniah kepada jentera pentadbiran negeri kerana pada pertengahan tahun 2011 boleh dikatakan semua jabatan telah mengamalkan bacaan ayat suci Al-Quran dan terjemahan pada setiap pagi dan diharapkan dapat diteruskan pada sepanjang masa," katanya lagi.

Katanya, belanjawan yang bertemakan 'Kesejahteraan Bersama Keberkatan' itu, kerajaan berhasrat untuk berbelanja secara bijaksana dan berhemat dengan bermatlamatkan kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Husam berkata, bajet itu menumpukan kepada tiga aspek utama iaitu penjanaan ekonomi untuk semua rakyat, pembinaan insan yang berteraskan Islam serta pembelaan golongan daif dan miskin, orang kurang upaya, anak yatim, armalah dan warga emas serta mereka yang memerlukan.

Berasaskan tema tersebut, ujarnya bajet negeri terus berpaksikan kepada strategi berikut iaitu memastikan hasil tunggakan keraajan negeri dapat dipungut dengan memantapkan jentera kutipan hasil, memberi fokus kepada aspek pembangunan negeri serta mengurangkan ketidakseimbangan sosio ekonomi terutamanya memastikan matlamat membasmikan kemiskinan tegar.

Begitu juga, ujarnya dengan memastikan perbelanjaan berhemah sepanjang masa, memastikan kesejahteraan rakyat dengan mengimbangi pembangunan fizikal dan rohani dalam kerangka pembangunan insan yang komprohensif, memastikan kemudahan infrastruktur diselenggara dengan baik dan mewujudkan urustadbir yang baik dengan berlandaskan ubudiyah, masuliyyah dan itqan.

"Bagi merialisasikan tema bajet ini, anggaran perbelanjaan mengurus tahun 2012 berjumlah RM513.49 juta berbanding RM464.13 juta dalam tahun 2011," ujar beliau.

Sementara itu, katanya anggaran pendapatan negeri bagi tahun 2012 ialah RM430.27 juta yang meliputi hasil cukai sebanyak RM88.49 juta, hasil bukan cukai RM196.24 juta, sementara terimaan bukan hasil sebanyak RM145.54 juta.

Menurutnya, jumlah tersebut menunjukkan berlakunya peningkatan dalam hasil sebanyak RM19.38 juta atau 5 peratus berbanding dengan anggaran hasil 2011.

Menurut Husam lagi, peningkata hasil itu adalah berpunca dari beberapa penyemakan semula hasi yang dibuat oleh jabatan dan hasil tanah menjadi penyumbang terbesar dengan jumlah RM109.46 juta atau 25.44 peratus dari keseluruhan jumlah hasil.

KPF: Isa dicabar bukti siapa setuju dengannnya

Posted: 18 Oct 2011 12:12 AM PDT

Hazayani Zakaria


KUALA LUMPUR: Gerakan Kempen Mansuhkan ISA 2.0 dilancarkan di Parlimen hari ini sebagai tanda bermulanya desakan agar kontrak Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dibatalkan kerana didakwa menimbulkan konflik dalam Felda.

Kempen itu dilancarkan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud dengan disaksikan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Mazlan Aliman dan wakil beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai gerakan ini.

Mengulas mengenai gerakan tersebut, Mazlan berkata ianya ditubuhkan kerana rasa tidak puas hati terhadap pelantikan Isa sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang didakwa melanggar undang-undang kecil KPF.

"Seseorang yang dilantik menjadi Pengerusi KPF mestilah seorang peneroka Felda atau anak peneroka Felda atau memegang jawatan tetap di dalam Felda. Tapi Isa hanya dilantik secara kontrak," jelas beliau pada sidang media sempena pelancaran gerakan tersebut di lobi Parlimen.

Beliau juga mendakwa Isa dilantik sebagai Pengerusi KPF bagi memudahkan usaha menyenaraikan Felda Holding Ke Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

"Warga Felda sebenarnya berasa terancam dengan penyenaraian ini kerana ekuiti saham mereka akan terjejas sebaliknya syarikat-syarikat besar yang menagut keuntungan," katanya.

Sebelum itu, Mazlan mengetuai sekumpulan pemegang saham KPF ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia menyerahkan surat bantahan mengenai pelantikan Isa dan menuntut perbicaraan dilakukan tribunal mengenai perkara membabitkan kepentingan warga Felda ini.

"Kita dimaklumkan tadi, Suruhanjaya Koperasi akan bersidang dalam masa terdekat melibatkan Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan bagi menyiasat perkara ini," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembagunan Wilayah PAS Pusat.

Mazlan turut mencabar Isa membuktikan warga Felda menyokong pelantikannya seperti yang diperkatakan dalam wawancara dengan sebuah stesen televisyen minggu lalu.

"Isa kata hanya segelintir menolak penyenaraian itu dan hanya segelintir yang tidak bersetuju dia sebagai Pengerusi KPF. Saya cabarkan Isa buktikan lebih kurang 23,000 kakitangan Felda, siapa yang bersetuju dengannya," katanya sambil menambah pelantikan Isa itu menimbulkan pertembungan di antara beliau dan Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab.

Sehubungan itu, Mazlan berkata gerakan itu akan memulakan kempen mengumpul tandantangan warga Felda di setiap negeri dan akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum persidangan Dewan Rakyat berakhir.

"Warga Felda akan turun padang dan berusaha habis-habisan menyingkirkan Isa dan sebelum sidang berakhir, kami akan serahkan tandangan yang dikumpul kepada Perdana Menteri supaya beliau mendengar suara hati warga Felda," katanya.

Selain Anak, antara NGO lain yang menyertai gerakan ini ialah Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa), Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda Kebangsaan (Bangkit) dan Waris.

Kelantan bina lebuh raya, Pusat tidak serius

Posted: 18 Oct 2011 12:08 AM PDT

Harakahdaily


KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sedang serius menimbangkan pembinaan lebuh raya dari Kota Bharu ke Kuala Krai melalui kerjasama dengan pihak swasta.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa (gambar) berkata, ini berikutan sikap kerajaan Pusat yang dilihat tidak serius di dalam memenuhi keperluan rakyat Kelantan yang semakin mendesak termasuklah menafikan keperluan projek ini di dalam Rancangan Malaysia ke-9 dan ke-10.

"Justeru, cadangan membina lebuh raya sepanjang 63 kilometer ini sedang diteliti untuk dilaksanakan," ujarnya ketika membentangkan Belanjawan negeri 2012 pada persidangan Dun Kelantan, sebentar tadi.

Setakat ini, katanya kerajaan Kelantan sudah menerima banyak permohonan pihak swasta yang berminat untuk melaksanakan projek itu.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS memberitahu, sebanyak RM29.65 juta telah disediakan kepada Jabatan Kerja Raya negeri untuk melaksanakan pelbagai projek untuk kesejahteraan rakyat berbanding tahun 2011 sejumlah RM12.0 juta.

Mengenai usahawan, sebanyak RM2.50 juta diperuntukkan di bawah Program Usahawan Berdikari tahun ini berbanding RM2.0 juta tahun lepas yang menggabungkan lima program pembangunan usahawan termasuk Program Galakan Perindustrian dan Pembangunan Usahawan, Gerakan Berdikari Rakyat Kelantan, Program Khas Siswazah, Skim Kerjaya Penganggur, Dana Belia Niaga dan Tabung Usahawan Wanita.

BN Perak ada bayangan formula penyesuaian pembahagian kerusi Pilihan Raya

Posted: 18 Oct 2011 12:04 AM PDT


MALAYSIA CHRONICLE



IPOH - Barisan Nasional (BN) Perak kini mempunyai "bayangan" mengenai penyesuaian terhadap formula pembahagian kerusi berdasarkan peluang dan keupayaan BN meraih kejayaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kesemua pemimpin utama parti komponen BN bersetuju terhadap keperluan kaedah agihan kerusi berdasarkan peluang untuk menang di setiap kerusi tertentu.

Zambry, yang juga Menteri Besar Perak, berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Panglima Tentera Darat Jen Datuk Zulkifli Zainal Abidin di kediamannya di sini Isnin.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang menyatakan BN akan memulakan proses pelarasan kepada formula pembahagian kerusi pilihan raya yang kini diguna pakai bagi menghadapi PRU ke-13.- Bernama

Tiada ulasan: