Selasa, 18 Oktober 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Pelajar CUN Tawar SEKS untuk iPhone 4S

Posted: 18 Oct 2011 06:30 AM PDT



Menurut AsiaOne, seorang pelajar di Nanjing, China menawarkan habuan seks kepada seorang lelaki sebagai balasan untuk mendapatkan iPhone 4S baru.

Gila? Memang gila!!!

Paparan skrin perbualan QQ antara gadis tersebut dengan lelaki itu menunjukkan bahawa dia pada mulanya menawarkan seks oral sebagai pertukaran untuk telefon tersebut.

Menggelarkan dirinya 'lovemelo' dalam program mesej segera China, dia meminta lelaki itu, "Tolonglah, bawa saya pergi".

Beliau memberitahu lelaki itu, "Selagi anda membasuhnya bersih-bersih, tidak ada apa yang hendak dirisaukan."

Lelaki itu menolak tawaran tersebut dengan berkata, "Tidak, saya tidak suka dengan idea seks oral ".

Merasakan bahawa lelaki itu telah hilang minat, pelajar tahun dua sarjana muda itu menawarkan habuan seks selama lima malam berturut-turut sebagai pertukaran untuk gajet terbaru Apple yang berharga kira-kira  4 500 Yuan (RM2 200).

Lebih terdesak, gadis itu turut menawarkan diri untuk bersama-sama dengan lelaki dalam tempoh yang lebih lama asalkan lelaki itu membelinya gajet Apple itu.

Gila? Memang gila!!!

"Anda boleh berbuat apa-apa sahaja yang anda mahu. Atau saya boleh menghabiskan masa berbulan-bulan dengan anda," tawar gadis itu.

"Saya boleh melakukan apa-apa yang anda mahu. Hanya dapatkan saya Apple."

Menurut The New Paper, media China berjaya mengenal pasti gadis itu apabila butiran perbualannya dengan lelaki itu bocor di internet. Hasilnya, mereka menyiarkan nombor telefon mudah alih, gambar, dan butir-butir lain.

Sebagai akibatnya, gadis itu terpaksa menukarkan nama samarannya sebanyak  tiga kali dan seolah-olah terperanjat terhadap perhatian daripada media.

Gadis itu dilaporkan mengeluarkan kenyataan, "Apa salahnya dengan tawaran saya? Orang lain turut membuat pertukaran seks untuk barangan berjenama."

"Mengapa pilih saya?" - DCM


P/s: Trend ini memang sudah ada di Malaysia. Pernah terbaca berita budak sekolah merelakan dirinya disetubuhi beberapa lelaki hanya untuk mendapatkan telefon bimbit terpakai?



[Video- Wajib Tonton] Ahli Perniagaan Dakwa Pemuda UMCO UGUT, ANCAM, BELASAH kerana Enggan Bayar WANG PERLINDUNGAN!!!!!

Posted: 18 Oct 2011 05:40 AM PDT

Gengster UMCO?

Saya petik:

[FMT] KUALA LUMPUR: Tiga ahli perniagaan mendakwa pekerja mereka diugut, diancam dan dipukul oleh sekumpulan ahli Pemuda Umno kerana enggan membayar wang perlindungan kepada kumpulan pemuda berkenaan.

Ahli perniagaan berkenaan mendakwa membeli sebuah unit bangunan di tingkat bawah sebuah hotel di Jalan Haji Hussein, Chow Kit di sini, Jun lalu.

Mereka mendakwa pekerjanya mula diganggu kumpulan lelaki terbabit Jumaat lalu.

Selain pekerjanya yang cedera didakwa dipukul, cermin lori milik ahli perniagaan itu juga dipecahkan.

Wartawan serta ahli parlimen Cheras, Tan Kok Wai yang dibawa ke tempat kejadian secara tiba-tiba didatangi seorang Pemuda Umno yang menafikan tindakan itu sambil menyifatkan ia tuduhan palsu.

Pemuda itu yang dikenali sebagai Zulkeflie Mat mengaku beliau adalah ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa dan juga wakil Hal Ehwal Penjaja di Chow Kit.

Nafi bawa konco

Turut kelihatan seorang lelaki yang memakai baju merah dikenali sebagai Jaamat Jantan yang merupakan Ketua Umno cawangan Masjid Pakistan dan juga penjaga kawasan.

Zulkeflie menafikan bahawa beliau membawa konco-konco untuk membuat kacau serta meminta wang perlindungan seperti yang didakwa ahli perniagaan tersebut.

"Saya berjumpa dengan salah seorang rakan kongsi peniaga terbabit. Saya bertindak kerana menerima aduan daripada penjaja lain. Mereka buat ubahsuai adakah mengikut saluran yang betul? Mereka boleh tuduh..tapi saya tegaskan saya menjaga hal-ehwal penjaja-penjaja kecil yang berniaga di tepi-tepi jalan ini," katanya ketika ditemui pemberita.

Dalam sidang media sebelum itu, salah seorang rakan kongsi yang dikenali sebagai Lee Kok Leong, 43, mendapat tahu bahawa seorang pekerjanya warga Bangladesh dipukul oleh sekumpulan lelaki.

Tidak cukup dipukul, para pekerja mereka diugut agar pihak majikan mereka segera menghentikan kerja pengubahsuaian di bangunan itu.

Menurut Lee, beliau didatangi oleh dua lelaki, iaitu Zulkeflie dan seorang lelaki hanya dikenali sebagai AD.


Minta bayaran RM800

"Mereka datang bertemu kami dengan wajah yang garang dan meminta bayaran sebanyak RM800," katanya.

Katanya ekoran tindakan kumpulan itu tiga laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Jumaat lalu dan semalam.

Seorang lagi rakan kongsi Cheng Chin Heng, 36, kesal dengan polis yang enggan menyiasat walaupun laporan polis sudah dibuat.
"Sehingga sekarang saya mendapati penama dikenali sebagai AD dan Zulkeflie masih berada di kawasan kedai kami. Meraka melarang saya dan pekerja balik ke sana jika tidak kami akan dipukul. Mereka juga membawa masuk barang-barang mereka seolah-olah ia tempat mereka.

"Ekoran saya enggan membayar wang perlindungan kepada dua penama itu, dan saya diberitahu mereka dari Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa, mereka kata tempat itu dijaga oleh Umno," katanya yang turut ditemani peguam.

Menurut Cheng satu laporan polis akan dibuat hari ini kerana semua peralatan untuk pengubahsuaian turut hilang. Seorang lagi rakan kongsi mereka adalah wanita tetapi namanya enggan didedahkan.










Khairy Mempertahankan FITNAH Raba Tetek, Apa Respons Pemimpin DAP dan Lim Kit Siang?

Posted: 18 Oct 2011 04:53 AM PDT

Saya petik:

[TMI] Khairy Jamaluddin menegaskan kenyataannya mengenai dakwaan ke atas anak lelaki Lim Guan Eng tidak salah dan pada masa yang sama beliau melabelkan pihak yang mengkritiknya sebagai hipokrit.

Tengah hari tadi, Lim berkata keluarganya kesal dengan "pembohongan biadab" dibawa terhadap anak lelakinya oleh "pihak-pihak kejam yang pro-Umno" sambil merujuk kepada Khairy  dan beberapa pemimpin parti itu yang turut menyebarkan dakwaan dengan komen sinis menerusi blog dan media sosial sejak beberapa hari lalu.

"Saya dan keluarga saya kesal dengan pembohongan dan perbuatan mereka-reka cerita terhadap anak lelaki saya yang kecil adalah sesuatu yang kejam dan keji. Umno seharusnya bertindak terhadap mereka yang cuba untuk menghancurkan kehidupan anak saya dengan pembohongan dan perbuatan mereka-reka cerita dalam usaha mahu memusnahkan saya daripada politik," kata beliau dalam kenyataan.

Menjawab kritikan ke atas beliau menerusi Twitter petang ini, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, ahli-ahli politik Barisan Nasional (BN) dan keluarga mereka telah berhadapan dengan situasi lebih buruk daripada pihak pembangkang.

Khairy, yang juga Ketua Pemuda BN, mengecam ahli DAP bernama Satees Muniandy dari Pulau Pinang kerana begitu "hipokrit" apabila beliau menimbulkan perkara itu menerusi Twitter.

"Saudara, apa yang pemimpin-pemimpin BN dan keluarga mereka dapat daripada pembangkang adalah lebih teruk. Jangan hipokrit," kata Khairy lagi.

Satees menulis bahawa, "anda hanya perlu tunggu! Saya mahu melihat apa reaksi anda apabila Puma & Cougar anda membesar dan dilayan dengan pembohongan dan fitnah!"

"Puma & Cougar" merupakan nama timbangan digunakan oleh Khairy untuk merujuk dua anak lelakinya.

"Adakah anda menjustifikasi dan mempertahankan tindakan murahan pemblog-pemblog pro-Umno? Saya tidak terkejut kerana anda juga bergandingan dengan mereka!" kata Satees.

Dia kemudian menyoal Khairy sama ada ahli-ahli DAP ada bertindak sehingga begitu buruk dalam menyerang tingkah laku ahli keluarga menteri-menteri Umno atau saudara mara wakil rakyat itu sendiri, kecuali bapa mertuanya Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga bekas perdana menteri.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP dalam kenyataan tengah hari tadi mengecam Khairy kerana menulis komen sinis menerusi Twitter ketika membalas dakwaan ke atas anak lelaki pemimpin itu.

Semalam, Khairy menulis, "mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada."

Khairy membalas mesej Twitter pemblog pro-Umno PapaGomo.

Dakwaan itu muncul di blog-blog Umno dengan memfokus kononnya salah laku anak Lim di sekolah dan mendakwa remaja itu menggunakan nama dan kedudukan bapanya untuk melepaskan diri daripada hukuman.

Blog itu mendakwa Lim kemudian memindahkan anaknya ke sekolah lain dan membayar RM200,000 untuk menyembunyikan skandal itu.

Khairy terus mempertahankan dirinya daripada kritikan pengguna Twitter termasuk komen Ahli Parlimen DAP bagi kawasan Bukit Bendera Liew Chin Tong.

Seorang lagi pengguna yang bernama "whackalibabas" mengingatkan Ahli Parlimen Rembau itu bahawa "Tuhan sedang memerhatikan anda."

Kepada mereka yang mempertahankannya, Khairy menulis, "usah kisah. Jelas, standard yang berbeza bagi pemimpin-pemimpin pembangkang."

Penasihat DAP Lim Kit Siang, yang juga bapa kepada Guan Eng turut berbalas mesej Twitter dengan mengecam dakwaan ke atas cucunya.

"Bagaimana perasaan PM/TPM jika anak/cucu mereka menjadi mangsa serangan buruk berdasarkan pembohongan?


"Adakah Najib/M'ddin (Muhyiddin( akan mengecam serangan sedemikian ke atas kanak-kanak tidak bersalah oleh 'cybertrooper' Umno?


Adakah ini dimaksudkan pembaharuan politik Najib? "Saya akui saya sangat sedih/kesal sejak dua hari lalu kerana tidak dapat melindungi cucu-cucu saya daripada serangan tidak berhati perut ini. Najib/Mddin (Muhyiddin) merestui mereka?" tulis beliau


Drama Liwat II: 4 Saksi Balas untuk Pertikai Pakar Pembelaan Didakwa GAGAL

Posted: 18 Oct 2011 02:00 AM PDT

Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR, 18 Okt- Empat saksi balas yang dikemukakan pendakwaraya hari ini gagal mencabar keterangan pakar tulang belakang yang merawat kecederaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendengar keterangan Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Zaninah Mohd Zin, pegawai penyiasat ASP Jude Pereira, Sarjan Ahmad Abdullah dan pakar runding HKL Dr Jayaindran Sinadorai.

Mereka dipanggil pendakwa untuk mencabar keterangan saksi ketujuh peguam bela, Dr Thomas Hoogland bahawa Anwar tidak mungkin meliwat pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan ekoran kecederaan tulang belakang yang dialaminya.

Keterangan Dr Zaninah, Jude Pereira dan Sarjan Ahmad Abdullah dibuat secara terbuka manakala Dr Jayaindran pula menerusi rakaman kamera.

Dr Hoogland sebelum ini berkata, Anwar tidak mungkin melakukan perbuatan itu terhadap Saiful akibat stenosis leher, artritis teruk dan kerosakan saraf yang dialami Ketua Pembangkang itu.

Beliau yang menjalankan pembedahan terhadap Anwar di Munich Jerman pada 2004 berkata, Anwar akan berhadapan dengan kesakitan yang teruk jika beliau berada dalam posisi membongkok dan berlutut.

Hari ini, tiga saksi iaitu Dr Zaninah, Jude pereira dan Sarjan Ahmad Abdullah turut memberi keterangan berhubung salinan laporan perubatan bertarikh 16 Julai 2008.

Mahkamah diberitahu terdapat dua laporan perubatan iaitu yang pertama ditandatangani Dr Jayaindran dan kedua ditandatangani bersama oleh doktor Hospital Kuala Lumpur, Dr Ee Boon Leong.

"Bukti ini tidak boleh menyangkal keterangan Dr Thomas Hoogland. Ia tidak mencabar penilaian Hoogland," kata peguam pembela Sankara Nair kepada pemberita selepas mahkamah ditangguhkan.

Ketika ditanya mengenai butiran rakaman Dr Jayaindran yang dibuat menerusi rakaman kamera, Sankara enggan mengulas mengenainya.

"Saya tidak boleh kata banyak sebab sesi dijalankan menggunakan kamera. Tetapi, apa yang boleh saya katakan sekarang ialah bukti dikemukakan hari ini tidak boleh sangkal Hoogland," kata Sankara.

[PANAS] Isu Raba Payu Dara: Jawapan LGE terhadap KAKI FITNAH

Posted: 18 Oct 2011 12:52 AM PDT


Saya petik:
[MStar] PETALING JAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyangkal dakwaan bahawa anak lelakinya ditukar dari sekolahnya kerana dikatakan telah mencabul pelajar perempuan sekolah terbabit.

Lim berkata, beliau dan isterinya berang dengan tindakan pemilik blog pro Umno yang membuat tuduhan tersebut.

"Anak saya yang di tingkatan 4 dipindahkan ke Institut St Xavier di Pulau Pinang daripada SMK Cina Heng Ee kerana saya telah berjanji bahawa dia boleh berpindah ke sekolah pilihannya jika memperoleh sekurang-kurangnya 6A dalam PMR.

"Apabila dia berjaya, dia dipindahkan pada permulaan penggal sekolah tahun ini iaitu Januari lalu. Anak saya ingin ke sekolah tersebut kerana mahu berambut panjang yang tidak dibenarkan di Heng Ee," katanya.

Lim menyifatkan dakwaan yang dilemparkan terhadap anaknya itu sebagai tidak berperikemanusiaan dan tidak boleh diterima akal.

"Emosi anak saya sangat terganggu dengan penipuan itu. Dia juga tidak ke sekolah selama dua hari. Saya sedih kerana tidak dapat melindungnya.

"Jika anda mahu menghancurkan saya, lakukan apa saja pada saya tetapi jangan melibatkan anak-anak saya yang tidak berdosa," katanya.



P/s: Tegas dan padat.
LGE, sila saman blog UMCO yang menyiarkan fitnah melampau itu.

Cerita awal boleh dibaca di sini.


Perempuan Simpanan LOMPAT TINGKAP

Posted: 17 Oct 2011 11:23 PM PDT



Menurut wantchinatimes  seorang wanita di Nanjing, China, terpaksa melompat keluar dari tingkap tingkat dua sebuah hotel selepas diserbu oleh isteri kekasihnya.  Dia kemudiannya menaiki sebuah teksi yang ditahan oleh kekasihnya dalam keadaan telanjang bulat sambil diperhatikan oleh orang ramai. Paling malang, aksinya itu dirakamkan oleh orang ramai sebelum dimuat naik ke internet. Video itu kini panas di China. -DCM

 P/s: Macam-macam!

Kerana Berahi Melampau, Warga Asing Didakwa Perdaya dan Rogol Isteri Rakan

Posted: 17 Oct 2011 09:41 PM PDT


Saya petik:
[HM] MELAKA: Seorang kakitangan sebuah bank di negeri ini mendakwa diperdaya seorang lelaki warga asing yang memaksanya melakukan hubungan seks sebagai balasan bagi membebaskan suami yang kononnya diculik.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa pada 8 Oktober lalu, wanita berusia 27 tahun itu mendakwa dirogol dan dipaksa melakukan seks oral oleh lelaki berkenaan selepas mengikuti suspek, 29, yang kononnya mahu membantunya mencari suaminya.

Menurut sumber, sehari sebelum kejadian (7 Oktober), mangsa mendakwa dia dan suaminya, lewat 20-an, membawa lelaki warga asing itu yang juga rakan suaminya, makan di sebuah restoran di Bukit Beruang, sebelum suaminya menghantar lelaki itu pulang, manakala dia menaiki sebuah lagi kereta.

"Beberapa jam kemudian, mangsa mendakwa lelaki berkenaan menelefonnya bertanya mengenai suaminya menyebabkan dia terkejut kerana sepatutnya dia bersama kenalannya itu.

"Lelaki warga asing itu yang juga ahli perniagaan kemudiannya menyatakan suaminya mungkin diculik dan menawarkan diri untuk membawa wanita itu ke balai polis untuk membuat laporan.

"Mangsa cuba menghubungi suaminya beberapa kali, namun gagal dan berikutan bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia akhirnya bersetuju mengikuti lelaki berkenaan," kata sumber.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan, wanita itu mendakwa lelaki berkenaan mengherdiknya selain mengaku dia yang menculik suami mangsa dan disembunyikan di rumahnya di Bukit Beruang.

Katanya, wanita itu mendakwa kemudian dibawa ke rumah suspek sebelum dipaksa melakukan seks oral dan dirogol dengan ganas hingga mangsa mengalami kecederaan di kedua-dua belah pahanya sebagai balasan membebaskan suaminya.

"Mangsa mendakwa lelaki memberitahu dia ghairah melihat bentuk tubuhnya hingga mahu melakukan hubungan seks.

"Berikutan laporan polis yang dibuat mangsa, polis kemudian menahan lelaki warga asing berkenaan di rumahnya di Bukit Beruang Utama beberapa hari selepas itu.

Sumber berkata, kejadian culik itu dipercayai tidak berlaku dan suami mangsa pulang ke rumah keesokan harinya dan ketika kejadian, dia berada di tempat lain.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Negeri, Datuk Chuah Ghee Lye, mengesahkan menerima laporan kejadian.

Menurutnya, warga asing itu turut membuat laporan berasingan kelmarin mendakwa wanita itu dan suaminya mereka-reka cerita kerana gagal memeras wang daripadanya.


 
 P/s: Siapa yang betul?


Brunei LEBIH TAKUT akan Allah, Malaysia Takut kepada Siapa?

Posted: 17 Oct 2011 07:15 PM PDT


Berita lain di sini.

Malaysia takut kepada siapa?

takut akan diri yang sering bergelumang dengan dosa?
takut hilang undi pilihan raya?
takut akan parti komponen?
......



Pelajar 16 Tahun Bunuh Anak Luar Nikahnya

Posted: 17 Oct 2011 06:48 PM PDT


Saya petik:

[HM] BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek....


P/s: Gila!!!!!

Tiada ulasan: