Isnin, 17 Oktober 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Kenyataan Najib Mengelisahkan Umno P Pinang?

Posted: 17 Oct 2011 06:41 AM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar

PENGAKUAN Najib Razak semasa merasmi konvensyen Gerakan semalam yang Umno tidak akan menuntut kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang sekiranya BN berjaya memerintah negeri itu tentunya disambut dengan rasa berbelah bagi dan pro-kontra di antara masyarakat Cina (UBN) dan Melayu Umno di negeri berkenaan.

Orang Cina Gerakan dan MCA merasa senang dengan pengakuan Najib itu. Pengakuan itu akan memberi keyakinan kepada mereka tentang stail atau transformasi politik Umno yang penuh bertolak ansur.

Setidak-tidaknya begitulah bingkasan awal mereka. Serentak itu juga masyarakat Cina tidak perlu merasa cuak dengan gelagat Umno Pulau Pinang ke belakangan ini yang cuba menunjukkan taring dan pengaruh mereka untuk menawan negeri itu.

Umno sebelum ini secara tidak langsung meletakkan kegagalan UBN mengekalkan Pulau Pinang kepada Gerakan. Kerana itu Umno tiba-tiba 'bercongek ekor' membuat serangan kepada Lim Guan Eng dan DAP. Itu orang bernama Rezza Marican Naina Marican selalu muncul dengan pelbagai isu untuk memburukkan kerajaan DAP. Bagi Rizal sama seperti bagi pemimpin pembangkang yang melihat apa-apa yang dilakukan kerajaan semuanya tidak betul, begitu jugalah nilai Rezza.

Beberapa tunjuk perasaan dan himpunan juga sering berlaku di perkarangan Komtar - Pejabat Ketua Menteri. Dari sekecil-kecil isu sampai ke sebesar-besar isu cuba dibangkitkan untuk mempengaruhi pemikiran rakyat. Isu Mat Sabu tuntut wang perubatan kerana luka lutut disebabkan dilanggar kenderaan pada himpunan Bersih juga dibangkit. Kononnya Mat Sabu yang menjadi ahli lembaga pengarah Perbadanan Air Pulau Pinang tidak layak untuk mendapat bayaran ke atas lukanya kerana berhimpun dalam himpunan haram Bersih.

Bukannya banyak apa yang dituntut oleh Mat Sabu tidak sampai pun RM10,000 apalah kalau dibezakan dengan tuntutan ratusan juta dilakukan Umno. Namun kerana itu kesalahan, tidak kisah besar atau kecil jumlahnya. Rezza dan Umno Pulau Pinang tetiba hendak jadi hero memperjuangkan wang rakyat. Sebelum turun gelanggang Rezza dan Umno Pulau Pinang sepatutnya membersihkan atau mengintaikan dulu sampah yang disepak ke bawah karpet oleh pemimpin parti itu.

Atau isu paling hampir yang ada di sisinya mengenai bagaimana seorang bekas setiausaha kepada menteri memilik wang ratusan juta ringgit. Tetapi isu itu nampaknya disunyikan saja oleh Rezza seolah dia tidak pernah mendengar apa-apa tentangnya. Kalau betul Rezza bekas graduan universiti Islam antarabangsa (UIA) beliau tidak mengamalkan budaya kuman di seberang laut nampak tetapi gajah di birai mata tidak nampak.

Segala aksi-aksi itu - apa dilakukan oleh Umno - menunjukkan Umno begitu beriya untuk mengungguli kemudian memerintah Pulau Pinang. Tetapi apabila Najib membuat kenyataan itu segala usaha itu menjadi anti klimek. Belum sempar 24 jam orang bernama Musa Sheikh Fadzil telah memperakui akan akur kepada apa yang dituturkan oleh Najib Razak.

Ertinya perjuangan Umno yang macam 'nak rak' menyerang kerajaan DAP sebelum ini sia-sia sahaja. Perjuangan dan kesungguhan itu semacam tidak mendapat restu dari ketua mereka Najib Razak. Seperti hanya Umno Pulau Pinang saja mengigau untuk menjadi kerajaan di negeri itu tetapi pucuk pimpinan atasanya tidak memepdulikan langsung.

Sebenarnya kalau dilihat kepada sejarah sikap Umno tentang Pulau Pinang tidak perlu dipertikaikan lagi. Satu masa dulu Umno pernah mendapat kerusi lebih banyak dari Gerakan tetapi kerusi ketua menteri diserahkan kepada Gerakan. Hakikat disebalik itu sepatutnya difahami oleh Umno terutamanya orang seperti Rezza Marican dan Musa Sheikh Fadzil.

Biarlah. Soalnya kini pula apakah Cina Gerakan dan MCA Pulau Pinang yakin dengan penjelasan dan pengakuan Najib itu? Apakah benar kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang akan diserahkan kepada Gerakan sekrianya Pulau Pinang dapat ditawan. Macam mana sekiranya dalam pilihan raya nanti Umno mendapat kerusi lebih dari Gerakan? Apakah Umno Pulau Pinang akan akur dengan kehendak Najib?

Bukan semudah itu rasanya untuk orang Cina mempercayai kenyataan Najib itu. Sudah tentu kalau keadaan itu berlaku Umno Pulau Pinang yang sudahm lama mengidam untuk menjadi kerajaan akan menuntutnya. Apa lagi kalau kebetulan Umno mendapat kerusi melebihi daripada apa yang Gerakan dan MCA perolehi?

Kesimpulannya kenyataan dan pengakuan Najib itu tidak ubah ia adalah janji politik semata-mata yang kondisinya boleh berbuah pada bial-bila masa saja. Najib juga tidak akan dapat mempertahankan kenyataan itu sekiranya Umno Pulau Pinang mendesaknya. Saat itu Najib akan mempertimbangkan apakah mengenai persepakatan politik yang semakin meruncing atau kedudukannya yang juga meruncing.

Tegasnya kenyataan itu Najib itu tidak akan membawa banyak perubahan kepada senerio politik Gerakan khasnya dan Umno Pulau Pinang amnya. Ianya hanya sebuah kenyataan bersifat retorika semata-mata.

http://msomelayu.blogspot.com/

Bajet 2012: Anwar cabar PM berdebat

Posted: 17 Oct 2011 06:00 AM PDT

Salhan K Ahmad

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini buat kesekian kalinya mencabar perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat "pada bila-bila masa."

Kali ini, Anwar mahu peluang berdebat untuk menerangkan kepada Najib dasar Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga dan juga bajet bayangan yang ditawarkannya.

"Saya usulkan untuk bantu rakyat terdedah kepada dua-dua dasar kerajaan BN dan pakatan, saya ulangi gesaan untuk adakan debat terbuka," katanya.

Beliau juga mahu berdebat kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan Najib semalam yang menyifatkan bajet oleh Pakatan sebagai "belanjawan republikan aliran kanan yang gagal memahami kehendak rakyat."

Ketika ditanya, Anwar berkata beliau telah menggunakan peluang dalam ucapannya di Dewan Rakyat untuk menerangkan belanjawan berkenaan.

"Kita sudah (bahas) tapi seperti dialog dengan orang tuli," katanya yang menambah bajet bayangan itu telah menggariskan tumpuan untuk meringankan beban rakyat.

"Gaji minimum, kenaikan gaji pekerja awam ditekankan dan konsesi termasuk penjana tenaga bebas, penswastaan juga ditekankan yang sendirinya akan mengurankan beban rakyat.

"Daripada menyinggung kita dan buat kenyataan melulu begini, lebih baiklah berdepan supaya rakyat menilai.

"Nak mohon masa lebih pun tak apa tapi beri ruang kepada kita untuk jelaskan bajet pakatan rakyat dan buku jingga," katanya.

Cuba Korang Pandang Wanita Bertudung Di Sekeliling Anda

Posted: 17 Oct 2011 06:00 AM PDT

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/229649_182911275110203_100001739940931_436108_5149340_n.jpg

adakah tudung mereka sama dengan yang kat atas?

tepuk dada tanya iman buat kaum hawa

islam tidak melarang berfesyen tetapi biarlah

di landasan yang betul

Bayi dengan kesan kelaran ditemui di asrama sekolah

Posted: 17 Oct 2011 04:29 AM PDT

BETONG, 17 Okt – Seorang bayi perempuan yang dipercayai dilahirkan semalam ditemui mati dengan kesan kelaran di bilik asrama perempuan sebuah sekolah menengah di sini hari ini.

Susulan kejadian itu, polis menahan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun pada 9.15 pagi ini bagi membantu siasatan.

"Selepas menerima laporan daripada pihak sekolah, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Betong ke lokasi kejadian dan menemui seorang bayi perempuan yang sudah meninggal dengan beberapa kesan luka di bahagian leher, perut dan belakang badan," kata Pemangku Ketua Polis Daerah Betong ASP Hendry Nyuhai dipetik Bernama Online.

Beliau berkata mayat bayi itu ditemui terbaring bersebelahan katil pelajar perempuan berkenaan.

Katanya polis turut merampas sebilah pisau yang ditemui disorokkan dalam selimut di tempat kejadian.

Pelajar perempuan itu dihantar ke Hospital Umum Betong bagi mendapat rawatan, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ramas Buah Dada? Kahkahkah. Umno Ibarat Simbol Parti Seks

Posted: 17 Oct 2011 04:00 AM PDT

Dakwaan anak VVIP ramas buah dada, Lim enggan ulas

Susan Loone

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng enggan mengulas laporan dalam blog pro-Umno yang mendakwa anak lelaki seorang kenamaan di negeri itu mencabul kehormatan seorang rakan pelajar wanitanya.

Sebaliknya, Lim yang juga setiausaha agung DAP mencabar Umno supaya menerbitkan dakwaan itu di akhbar-akhbar dan media milik mereka.

"Biarkan Umno menerbitkan berita itu dulu, kemudian anda boleh saksikan apa yang akan kami buat.

"Apa yang berlaku sekarang, mereka baling batu, sembunyi tangan. Mengapa harus saya menjawab mereka setiap kali?" soalnya pada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

Menurut Lim, beliua mempunyai tugas lain yang lebih mendesak bagi menguruskan kerajaan negeri daripada menjawap tohmahan seumpama itu.

Awla hari ini, isteri Lim, Betty Chew, juga enggan mengulas dan hanya berkata, "Tolong kemukakan soalan kepada KM".

Media di Pulau Pinang hari ini kecoh apabila blog pro-Umno mendakwa anak pemimpin tinggi politik mencabul kehormatan budak sekolah dan bagi menutup perbuatan itu, bayaran RM200,000 didakwa disogok kepada ibu bapa budak perempuan itu supaya tidak menghebohkannya.

Pindahkan anak

"Dek tidak dapat menanggung malu, bapa VVIP itu telah memindahkan anak beliau ke sekolah lain. Dan perkara ini hanya diketahui oleh mereka yang terlibat sahaja dan juga pegawai-pegawai penting VVIP tersebut!

"Siapalah VVIP negeri Pulau Pinang yang ada ilmu kira-kira dan matematik hingga dapat mengira RM100,000 untuk 1 buah dada yang diramas oleh anak lelaki beliau?" tulis blogger dengan nama Dr MiM di novandri.blogspot.

Berikutan pendedahan itu, blog pro-Umno terus membuat spekulasi bahawa identi orang kenamaan yang dimaksudkan itu adalah Lim.

Anak lelaki ketua menteri itu yang berusia 16 tahun itu didakwa baru-baru ini dipindahkan dari sekolah Cina Heng Ee ke Sekolah St Xavier's Institution baru-baru ini keraja masalah disiplin.

Bagaimanapun pihak sekolah telah menafikan dakwaan berkenaan.

Sumber dari sekolah Heng Ee mengesahkan anak Lim memang dipindahkan ke sekolah lain dan proses dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Beliau menafikan dakwaan pemindahan ke St Xavier's Institution adalah kerana masalah disiplin seperti yang didakwa itu.

"Dia adalah seorang pengawas di sekolah dan mempunyai prestasi yang agak baik dalam bidang akademik. Kami tidak mahu dia meninggalkan sekolah ini.

"Malah ibu bapanya juga tidak mahu dia meninggalkan sekolah ini tetapi dia memilih untuk belajar di sekolah lain," kata sumber yang tidak mahu identitinya didedahkan.

Ucapan YAB Menteri Besar Kelantan Sewaktu Menyokong Usul Junjung Kasih dan Tahniah Kepada KDYMM Sultan Muhammad ke V Hari Ini

Posted: 17 Oct 2011 02:30 AM PDT

JUNJUNG KASIH DAN TAHNIAH DI ATAS PEMILIHAN KDYMM SULTAN MUHAMMAD KE V SEBAGAI TIMBALAN YANG DIPERTUAN AGONG

Bismiilahirrahmanir rahim

YANG BERHORMAT DATO SPEAKER

Saya bagi pihak batang tubuh dan kerajaan negeri Kelantan memohon untuk menyokong usul yang dikemukakan oleh Kelab Penyokong Kerajaan iaitu usul junjung kasih dan tahniah di atas pemilihan KDYMM al-Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke V sebagai Timbalan Yang Dipertuan Agong bagi tempoh 5 tahun bermula 13 Disember 2011.

Mewakili seluruh warga pentadbiran kerajaan negeri Kelantan, setinggi-tinggi junjung kasih dan tahniah dirafakkan kepada KDYMM Sultan Muhammad ke V, Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri Kelantan Darul Naim yang telah dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertuan Agong. Selaku Menteri Besar, saya melahirkan rasa syukur teramat sangat dengan pemilihan yang telah dibuat oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya di Istana Negara 13 Oktober 2011 yang lalu. Semoga Ke Bawah Duli Tuanku dilimpahkan keberkatan yang berpanjangan serta kesihatan yang berterusan untuk terus menaungi rakyat negeri Kelantan serta berkhidmat sebagai Timbalan Yang Dipertuan Agong. Junjung kasih dan doa tulus ikhlas untuk KDYMM Tuanku al-Sultan Kelantan.

Sesungguhnya DYMM Tuanku adalah anugerah Allah SWT untuk bumi Kelantan yang bertuah ini. Bumi inilah yang dikenali dengan jolokan Serambi Mekah dan bumi inilah yang telah melahirkan ribuan ulama semenjak ratusan tahun yang lampau. Jika ditinjau dari sudut kemasukan Islam ke negeri Kelantan, sejarah mencatatkan bahawa bumi Kelantan mula menerima gema syahadah sebelum abad ke-12 Masehi lagi. Ini dibuktikan dengan penemuan dinar di Kota Kubang Labu, Pasir Pekan, Kelantan. Manakala dalam aspek pendidikan Islam di Malaysia, Kelantan merupakan salah sebuah negeri yang terkenal dengan perkembangan pendidikan yang pesat yang telah melahirkan ulama'-ulama' yang berwibawa. Di Tanah Melayu, Kelantan dipercayai di antara negeri yang mula-mula mewujudkan sistem pondok. Pondok pertama yang didirikan di Kelantan ialah pada tahun 1820 M oleh Tuan Guru Haji Abdul Samad bin Abdullah (Tok Pulai Chondong) Selain dari pondok Pulai Chondong yang didirikan di Kelantan sebelum 1910 ialah Pondok Tok Bachok pada tahun 1900, Pondok Haji Abdul Malik Tumpat pada tahun 1907, Pondok Haji Yusuf Pulau Ubi, Geting Tumpat tahun 1908, Pondok Kubang Pasu Kota Bharu pada 1900, Pondok Sungai Budor, Pondok Kampung Banggol, Pondok Tuan Padang dan Pondok Tok Semian yang diasaskan oleh Haji Wan Abdul Samad bin Mohd Salleh atau lebih dikenali dengan gelaran Tuan Tabal.

Yang Berhormat Dato Speaker,

Apakah rahsianya sehingga Kelantan berjaya melahirkan para ulama terkemuka ini? Rahsianya ialah pada kehebatan Sultan yang menaungi pemerintahan. Sejarah mencatat bagaimana pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad ke III pada tahun 1890-1891, baginda telah menguatkuasakan pelaksanaan undang-undang syarak dalam acara guaman sama ada jenayah mahhupun mal. Baginda telah menyambung usaha pelaksanaan undang-undang syariah yang telah dimulakan oleh Sultan-sultan yang terdahulu iaitu Sultan Muhammad II dan Sultan Ahmad. Pada zaman pemerintahan Sultan Mansur pada tahun 1891-1900, undang-undang syariah dilaksanakan sepenuhnya di bumi Kelantan termasuklah hukuman hudud ke atas pencuri dan qisas ke atas pembunuh. Baginda juga menguatkuasakan hukum takzir ke atas orang yang tidak berpuasa dan perempuan yang tidak menutup aurat. Komitmen sultan-sultan yang menaungi Kelantan inilah yang membuka jalan kepada perkembangan dakwah Islam dan lahirnya ribuan ulama serta tumbuhnya pondok-pondok pengajian di seluruh negeri Kelantan.

Yang Berhormat Dato Speaker,

Justeru, dengan pemilihan KDYMM Al-Sultan Kelantan sebagai Timbalan Yang Dipertuan Agong, besarlah harapan saya dan seluruh rakyat negeri Kelantan agar KDYMM Tuanku akan terus diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk menanungi rakyat negeri Kelantan serta seluruh negara dengan ruh syariat. Saya yakin insya-Allah, Kelantan yang dikenali sebagai Serambi Mekah akan terus dilimpahi keberkatan oleh Allah SWT dan mencatat sejarah gemilang sebagaimana di masa yang lalu dengan adanya pemerintah yang menaungi negeri seperti KDYMM Tuanku.

Sekali lagi, saya pohon menyokong usul junjung kasih dan tahniah di atas pemilihan KDYMM al-Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke V sebagai Timbalan Yang Dipertuan Agong. Allahuakbar!

Yang Berhormat Dato Speaker, saya pohon menyokong.

Bertarikh : 17 OKtober 2011

Anak muda bakal dijadikan pekakas UMNO-BN… sekali lagi – Oleh Muhammad Zir

Posted: 17 Oct 2011 02:00 AM PDT

17 OKTOBER – Tiga cadangan Datuk Seri Najib Razak untuk anak muda telah menimbulkan banyak persoalan tentang niat dan hasil di sebalik keindahan nama-nama program yang cuba dijualnya kepada golongan belia.

Dalam pembentangan Bajet 2012, satu syarikat modal teroka milik kerajaan, iaitu MyCreative Venture Capital, akan ditubuhkan untuk menggalakkan pembabitan golongan muda menerokai bidang industri kreatif.

Untuk kesekian kalinya, ia membawa maksud, kerajaan UMNO-Barisan Nasional akan menggunakan wang rakyat untuk berniaga.

Ini adalah format perniagaan sentralisasi oleh kerajaan, kuasa dan monopoli kerajaan sedang berjalan rancak.

Dalam asas demokrasi sosial atau dalam konsep Pakatan Rakyat sekali pun, dasar disentralisasi menjadi matlamatnya. Inilah konsep Ketuanan Rakyat, kita mahu rakyat bijak berdikari dan hanya dipandu oleh kerajaan, bukan dicucuk hidung oleh kerajaan.

MyCreative Venture Capital

Cadangan kerajaan UMNO-BN untuk golongan belia itu membawa maksud akan wujud sebuah lagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Penubuhan demi penubuhan pada setiap kali Belanjawan dibentangkan di Parlimen tidak pernah menjanjikan apa-apa penambahbaikan pada sistem, hatta keuntungan syarikat GLC ini.

Apakah janji MyCreative Venture Capital (MVC) akan lebih berjaya daripada berlambak-lambak GLC yang sudah sedia?

MVC akan ditubuhkan untuk menggalakkan pembabitan golongan muda menerokai bidang industri kreatif. Maka sekali lagi kita ingin bertanya, adakah 'keratif' ini bermakna medium seni – seni muzik, filem atau sekadar menjadi cyber trooper UMNO di alam internet?

Jika demikian, dana ini sepatutnya disalurkan terus kepada kementerian yang terbabit seperti Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) atau Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara atau diagihkan kepada institusi-institusi sedia ada.

Contohnya, jika aliran seni tampak, maka salurkan ke Balai Seni Lukis Negara. Bukankah ia lebih jelas dan mudah tanpa perlu menubuhkan lebih banyak GLC?

Mengapa jika hanya untuk bidang kreatif maka harus ditubuhkan sebuah lagi GLC? Kos penubuhannya sudah tentu memakan belanja sedangkan kos pulangannya belum tentu berjaya.

Ini belum lagi dibincangkan pula tentang bidang kuasa kementerian dan jabatan terbabit yang selalunya dilihat sebagai menghalang kebebasan berekspresi golongan muda dengan menyekat pinjaman peralatan atau permohonan geran.

Gelanggang futsal

Kerajaaan UMNO-BN juga telah mengumumkan pembinaan tambahan gelanggang sukan futsal yang berjumlah 150 buah bagi mencapai matlamat "1 gelanggang 1 mukim". Dari 150 buah ini, 30 buah daripadanya akan dibuat dengan padang tiruan dilengkapi dengan lampu limpah.

Kita akui, membina arena untuk anak-anak muda termasuk masyarakat awam bersukan amatlah baik. Itu tidak kita persoalkan, mana-mana kerajaan sekali pun harus melaksanakan keperluan ini dan tidak perlu menagih 'kredit' (pujian) dari rakyat.

Konsep bersukan harus dilihat sebagai aspek riadah dan kesihatan – mental dan fizikal. Itu jelas.

Apa yang selalu menjadi isu adalah cara ia dilaksanakan. Dalam hal ini, sudah tentu pengagihan kontrak membina dan menjaga gelanggang ini akan mengikut selera kerajaan UMNO-BN, iaitu menerusi syarikat kroni.

Inilah cara yang 'sah' untuk UMNO-BN merompak rakyat sendiri berkali-kali. Amalan ini adalah budaya UMNO sejak zaman Tun Mahathir Mohamad lagi.

Sebagai contoh, bandingkan dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor yang telah wujud lebih awal program 'Jelajah Futsal' yang mana di semua daerah termasuk luar bandar telah memiliki gelanggang futsal mereka sendiri.

Kewujudan gelanggang tidak lagi menjadi isu, hanya soal kualiti dan penambahbaikan sahaja yang sedang dirangka dan dibantu oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Ia dibina oleh pihak swasta dan operasinya berjalan begitu baik, malah kos sewaannya juga amat berpatutan. Ini berlaku sejak 2008 ketika Pakatan Rakyat mengambilalih pentadbiran Selangor. Kerajaan Pakatan Rakyat tanpa bimbang dan ragu telah melaksanakan disentralisasi aspek ini demi menggalakkan persaingan perniagaan yang sihat serta kegiatan anak muda yang bebas atau independen.

Nampaknya kerajaan UMNO-BN ingin memonopoli kegiatan anak muda menerusi bisnes gelanggang futsal. Entah-entah anak muda yang ingin bermain di gelanggang itu perlu mengisi borang keahlian UMNO dahulu, siapa tahu?

Program Strategik Belia 1Malaysia

Kerajaan UMNO-BN juga mengumumkan Program Strategik Belia 1Malaysia atau Strategic Action for Youth (SAY 1Malaysia) yang seakan-akan bunyi dengan program Rakan Muda.

Apakah kita sudah lupa pada program Rakan Muda? Apa jadi pada hari ini? Mengapa perlu sebuah lagi program sedangkan Rakan Muda yang sudah sedia ada struktur dan infrastrukturnya itu boleh dirumus dan diperbaiki lagi?

Kesemua persoalan ini tidak pernah dan tidak akan dijawab oleh kerajaan UMNO-BN kerana mereka beranggapan "aku memerintah, aku punya suka lah". Inilah sikap kerajaan yang yang dicanangkan oleh Datuk Seri Najib Razak.

Tawaran ikhlas Pakatan Rakyat

Dalam pelbagai usaha yang akan dilaksanakan oleh kerajaan UMNO-BN, kita jangan lupa apa pula yang akan dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat kelak apabila mereka memerintah.

Antaranya, sejumlah RM100 juta akan diperuntukkan kepada program Pilihan Anak Muda yang melibatkan anak muda Malaysia berumur bawah 30 tahun, untuk mengimplimentasikan projek-projek dan program-program pilihan mereka melalui sistem undian.

Walau pun kita memahami bahawa inisiatif ini belum begitu lengkap perinciannya, asasnya cukup jelas sekali. Anak muda akan diberi dana untuk mereka memilih, membentuk dan melaksana sendiri apa-apa program yang mereka mahukan tanpa perlu dihambat oleh kehendak kerajaan sepertimana yang UMNO-BN lakukan.

Mesejnya amat jelas, anak muda diberi kepercayaan untuk berprogram, beriadah dan bergerak bebas dalam keadaan yang penuh harmoni dan bertanggungjawab. Bukankah tawaran ini lebih realistik?

Bagi golongan muda yang sejati, wang bukanlah segala-galanya bagi mereka. Maruah, harga diri dan jati diri serta komitmen yang progresif menjadi pegangan kebanyakan anak muda.

Dalam hingar-bingar UMNO-BN menabur duit ratusan juta itu, Pakatan Rakyat telah mengumumkan satu dasar yang amat dinanti-nantikan oleh kebanyakan golongan muda, khususnya mahasiswa.

Pakatan Rakyat akan memulihkan autonomi dan kebebasan ahli-ahli akademik universiti- univesiti di Malaysia dengan menghapuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.

Pemansuhan AUKU bertujuan membebaskan pelajar-pelajar daripada cengkaman Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan memerdekakan pensyarah dan tenaga pengajar daripada kongkongan briokrasi dan politik UMNO-BN. Malah, kepimpinan universiti-universiti awam akan ditentukan berdasarkan merit.

Inilah hadiah paling penting yang tidak akan dilaksanakan oleh kerajaan UMNO-BN. Bagi mereka, anak muda hanyalah perkakas untuk mereka.

Sedangkan Pakatan Rakyat melihat bahawa dengan kebebasan berekspresi, berdialog dan berakedemik, pasti akan menyegarkan kembali idealisme anak muda yang telah dimandulkan oleh UMNO-BN selama hampir 40 tahun.

Jika anak muda mensia-siakan peluang ini, jangan merungut jika kehidupan di kolej atau universiti, atau pun di alam kerja sewaktu muda, masih terperuk dan mandom selama ini. Selagi UMNO-BN di tampuk kuasa, selama itu anak muda tidak merasai nikmat kebebasan sebenar. – Roketkini.com

Hutang negara berjumlah RM437.2 bilion

Posted: 17 Oct 2011 01:30 AM PDT

Muhammad Faizal

KUALA LUMPUR, 17 Okt: Hutang Kerajaan Persekutuan sehingga 30 Jun 2011 berjumlah RM437.2 bilion atau 52.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Daripada jumlah tersebut, sebahagian besar hutang Kerajaan Persekutuan merupakan hutang dalam negeri yang berjumlah RM421 bilion atau 96.3 peratus daripada keseluruhan hutang, manakala baki RM16.2 bilion atau 3.7 peratus merupakan hutang luar negara.

Dengan jawapan bertulis Kementerian Kewangan kepada soalan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang meminta Menteri Kewangan menyatakan hutang luar negara mengikut negara yang memberi pinjaman kepada Malaysia.

Jawapan itu juga memberitahu sumber hutang, pinjaman dalam negeri diperolehi melalui terbitan Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan Kerajaan Kerajaan (TPK), Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM), pinjaman Kumpulan Pinjaman Perumahan dan terbitan Sukuk Simpanan Rakyat serta Sukuk 1Malaysia.

Pemegang instrumen berkenaan terdiri daripada institusi kewangan, syarikat insurans dan pertubuhan keselamatan sosial seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan SOCSO.

Dalam pada itu hutang luar negeri Kerajaan Persekutuan pula diperoleh daripada sumber pasaran modal antarabangsa melalui terbitan sukuk global dan pengeluaran pinjaman projek melalui institusi multilateral seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia dan Bank Pembangunan Islam serta bilateral dalam mata wang asing iaitu Dolar Amerika Syarikat, Yen, Dolar Eura, Dolar Kanada serta Dinar.

MRT: Rakyat menang…setakat ini

Posted: 17 Oct 2011 01:00 AM PDT

PETALING JAYA, 14 OKT – Kontroversi pengambilan tanah untuk pembinaan sistem pengakutan MRT menunjukkan bahawa rakyat berada di pihak yang benar apabila membantah tindakan kerajaan Barisan Nasional menyalahgunakan Kanun Tanah Negara.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua yang mengalu-alukan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Datuk Azhar Abdul Hamid semalam yang berjanji bahawa segala warisan Jalan Sultan tidak akan dirosakkan, menyifatkan bantahan penduduk tempatan sebelum ini memang kena pada tempatnya dan telah mencapai kejayaan.

"Kenyataan Datuk Azhar bertentangan dengan jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang sebelum ini berkata tidak ada jaminan untuk mengembalikan hak milik tanah di kawasan itu kepada pemilik asal," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, kenyataan Azhar itu menolak kenyataan Prasarana Bhd, bekas pemilik MRT, yang sebelum ini menyimpulkan bahawa tiada jaminan untuk menangani pembinaan terowong bawah tanah itu tanpa menjejaskan pemilik tanah.

"Seperti yang ditekankan berkali-kali dalam tempoh kontroversi ini, Kanun Tanah Negara 1965 telah secara khusus dipinda pada tahun 1990 untuk membolehkan pengambilalihan tanah bawah tanah tanpa menjejaskan harta permukaan dengan memasukkan Bahagian Lima (A) (seksyen 92A hingga 92G) di bawah Fasal 3.

"Pindaan ini membolehkan pelupusan tanah di bawah tanah, yang sama ada boleh beri hak milik itu atau dipajak untuk kegunaan untuk membina terowong, tempat letak kereta dan pemasangan paip," katanya.

Justeru itu, Pua berkata bagi mengelakkan sebarang keraguan, MRT perlu mengisytiharkan secara rasmi bahawa tiada permukaan tanah akan diambil secara paksa dan hanya digunakan atas nama kerja pembinaan semata-mata.

"Tiada sebidang tanah pun yang boleh diperoleh hanya semata-mata bagi menjana keuntungan kerajaan," katanya.

Dalam masa sama, Pua menyeru rakyat agar berani bersuara menyuarakan hak-hak dan tuntutan mereka bagi memastikan bahawa rakyat tidak menjadi mangsa kepada cengkaman kuasa kerajaan.

"Sebagai contoh, perhimpunan aman Bersih 2.0 telah berjaya menekan kerajaan untuk menubuhkan Jawatankuasa Pemilih Parlimen mengenai reformasi sistem pilihanraya.

"Walau pun tidak ada jaminan, lebih-lebih lagi jika pilihan raya diadakan sebelum pembaharuan sistem pilihan raya diadakan, ia sekurang-kurangnya adalah satu langkah ke hadapan dalam sistem politik negara," katanya.

Menurutnya, kemarahan rakyat Malaysia juga telah membawa kepada pengumuman oleh Perdana Menteri yang berjanji memansuhkan undang-undang zalim seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Tindakan-tindakan itu membuktikan bahawa tekanan rakyat dan tekanan politik untuk membetulkan kesalahan dan penyalahgunaan kuasa akan menghasilkan kejayaan, ujarnya.

Beliau menambah bahawa sepatutnya lebih ramai rakyat Malaysia tampil ke hadapan untuk bersuara dan mengambil bahagian mempertahankan hak asasi dan hak-hak mereka. – Roketkini.com

BN terus pinggirkan Sabah dan Sarawak

Posted: 17 Oct 2011 12:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 OKT – Walau pun Bajet Barisan Nasional 2012 diwarwarkan sebagai bajet rakyat berpendapatan rendah oleh para pengampu mereka, rakyat miskin kekal menderita dengan janji-janji palsu pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata, projek-projek dalam Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) yang diumumkan Perdana Menteri dua tahun lalu telah gagal mencapai matlamatnya.

Beliau memberi contoh-contoh kegagalan BN yang menyebabkan tekanan hidup semakin memburukkan keadaan rakyat berpendapatan rendah, terutama rakyat Malaysia yang tinggal di Sabah dan Sarawak.

Di Sabah yang didakwa kubu kuat BN:

* Sehingga September lalu, 180,48 km jalan bertar telah siap atau telah diperbaiki. Bagaimana pun, sasaran sebenarnya ialah 366,67km, iaitu hanya mencapai 49 peratus.

* Hanya 3,463 isi rumah luar bandar dan pedalaman telah mendapat bekalan air bersih, gagal dan jauh dari sasarannya, iaitu 18,063 – hanya mencapai 19 peratus.

* Hanya 1,080 isi rumah luar bandar dan pedalaman yang telah menerima bekalan elektrik sedangkan sasarannya adalah 4,509 rumah, iaitu cuma mencapai 24 peratus.

Di Sarawak yang juga dikatakan kubu kuat BN:

* Sehingga September lalu, 112,84 km jalan tar telah siap atau yang telah diperbaiki sedangkan sasarannya adalah 222.95km, iaitu hanya mencapai sasaran 51 peratus.

* Sebanyak 8,823 rumah luar bandar dan pedalaman telah menerima bekalan air bersih, berbanding sasarannya, iaitu 13,024, yakni mencapai sasaran 68 peratus sahaja.

* Hanya 4,360 isi rumah luar bandar mendapat bekalan elektrik sedangkan sasarannya ialah 21,792, iaitu hanya mencapai 20 peratus.

Menurut Teo, enam menteri yang terlibat dalam enam NKRA hanya pandai membuat pengumuman tanpa ada hasil sebenar.

"Pencapaian sebenar enam NKRA itu, sehingga September 2011 langsung tidak mencapai sasaran utama Perdana Menteri, apatah lagi ianya adalah lebih rendah daripada apa yang diunjurkan sehingga akhir tahun ini.

"Setiap tahun, kerajaan persekutuan menaburkan pelbagai janji, tetapi berapa ramai di antara mereka yang hanya bercakap sahaja? Berapa ramai daripada mereka yang kedengaran seperti hebat tetapi langsung tidak praktikal?

"Setelah lebih dua tahun, berapa banyak projek-projek bercita-cita tinggi ini telah dapat telah dilaksanakan?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Serdang berkata, melalui jawapan di Parlimen baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon berkata tahap pencapaian projek-projek itu adalah sekadar 'memuaskan'.

Justeru, Teo mengingatkan Rakyat Malaysia dengan janji Najib dalam Bajet 2011 tahun lepas yang kononnya mahu membina enam lebuh raya yang mana sehingga hari ini belum dilaksanakan.

Malah, jelas beliau lagi, dalam pembentangan Bajet 2012 Najib baru-baru ini, Perdana Menteri telah mengumumkan pula tambahan lima projek lebuh raya baru yang akan dibina.

"Sehingga tahun 2011 akan berakhir, tidak satu pun lebuh raya yang dijanjikan itu telah dibina," katanya, mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan janji-janji Barisan Nasional.

Lebuhraya yang sepatutnya dibina itu ialah Lebuh raya Pantai Timur Jabor-Kuala Terengganu, Lebuh raya Pantai Barat Banting-Taiping, Lebuh raya Segamat-Tangkak, Lebuh raya Central Spine dan menaik taraf jalan Kota Marudu-Ranau. – Roketkini.com

SKMM sedang ambil kenyataan Prof Aziz Bari

Posted: 17 Oct 2011 12:15 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Okt — Profesor Dr Abdul Aziz Bari sedang diambil kenyataan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dipercayai berkaitan dengan kenyataan beliau tentang titah Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama baru-baru ini.

Menurut Aziz, kunjungan mereka ke pejabatnya berkaitan dengan satu laporan yang telah dibuat Jumaat lalu.

"Mereka ada di sini sekarang, sedang ambil kenyataan. Rasa tiada masalah. Katanya laporan terhadap saya dibuat hari Jumaat lepas," kata Aziz.

Najib Rosmah Boleh Tidur Macam Ni?

Posted: 16 Oct 2011 11:43 PM PDT

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/296045_301484376544557_100000489908314_1285190_1559825971_n.jpg

Prof. Aziz Bari: Siapa Kurang Ajar Pada Raja-Raja Melayu?

Posted: 16 Oct 2011 08:04 PM PDT

Pakar perlembagaan negara, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, hari ini, menempelak mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang membidasnya kerana mendakwa tindakan mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Shafaruddin Idris Shah adalah perlakuan kurang ajar."Kata Mahathir saya bersifat kurang ajar, tidak bermoral terhadap raja-raja. Adakah beliau betul?"Cuba bandingkan, apa yang saya katakan dan tulis (mengenai Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama) dengan apa yang diperkatakan dan dilakukannya pada tahun 1983 dan 1993," kata Aziz dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Sebagai mengimbas semula, kenyataan Aziz yang bertajuk "Ehhh….look who's talking?" menceritakan bagaimana pada 1983, Mahathir meminda perlembagaan supaya undang-undang boleh digubal tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong.Selain itu, kuasa menggistiyharkan darurat juga dipindahkan daripada Seri Paduka kepada Perdana Menteri. Semua pindaan itu mencetuskan krisis, katanya.

Menurut Aziz lagi, pada 1993, Dr Mahathir juga melucutkan kekebalan raja-raja Melayu dan mahu peruntukan undang-undang supaya baginda boleh diheret dan dibicarakan di mahkamah khas.

"Semua pindaan itu juga menimbulkan krisis. Dalam kedua-dua peristiwa itu, beliau juga menganjurkan perhimpunan di seluruh negara bagi membidas raja-raja (agar rakyat bangkit menyokongnya)," katanya.

Dr Mahathir selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Ke-11 Universiti Teknologi Petronas (UTP), di Parit, semalam dilaporkan berkata tindakan Aziz mempertikaikan titah Sultan Selangor adalah perlakuan kurang ajar.

Ahkbar milik UMNO, Utusan Malaysia juga memetik mantan perdana menteri itu berkata, walaupun ia mungkin tidak menyalahi undang-undang, tindakan Aziz yang enggan meminta maaf atas kesilapannya itu jelas bertentangan dengan prinsip moral.

"Kalau dalam bahasa Melayu, kita kata kurang ajar. Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar," kata Mahathir.

conference of rulers majlis raja rajaBagaimanapun menurut Aziz, terpulang kepada rakyat menentukan siapa sebenarnya yang bersikap kurang ajar kepada raja-raja Melayu kerana umum tahu pendirian Dr Mahathir dan UMNO yang seringkali tidak tetap dan akan memihak kepada keputusan yang menguntungkan mereka.

"Dua tahun lalu, dia (Dr Mahathir) kata OK bagi pihak Istana menyingkirkan (Menteri Besar Perak Datuk Seri) Nizar (Jamaluddin).

"Dan awal tahun ini pula, beliau berkata dirinya tidak pernah merampas kuasa sultan dalam pelantikan SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri) Selangor (selepas Sultan bertitah baginda tidak lagi mempunyai kuasa melantik SUK)."

Pada 11hb. Oktober lalu, kenyataan Aziz yang berkata tindakan Sultan Selangor untuk campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3hb. Ogos lalu, bukan sesuatu tindakan yang lazim mencetuskan kontroversi. Katanya, tindakan Sultan Selangor itu tidak konsisten dan tidak selaras dengan ajaran Islam.

Berikutan itu, pemimpin BN, khususnya UMNO dan media-media miliknya memperhebatkan bidasan mendesak Aziz memohon maaf dan dikenakan pelbagai tindakan kerana didakwa biadap dan derhaka kepada institusi raja-raja.

Tiada ulasan: