Isnin, 17 Oktober 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Perhimpunan Sejuta Ummat : Ada agenda lagakan orang Islam dan Kristian?

Posted: 17 Oct 2011 06:57 AM PDT


Khalid Samad mengingatkan penganjur Perhimpunan Sejuta Ummat supaya tidak memainkan isu Kristianisasi - "jangan terpengaruh dengan permainan politik yang berlaku di negeri Selangor."

"Kalau ia sebegitu ia bukan perhimpunan untuk mantapkan akidah umat Islam kerana caranya bukan dengan lagakan orang Islam dengan Kristian atau pihak lain," katanya dalam sidang media sebelum itu di parlimen.

Menurutnya, PAS Selangor pada asasnya menyokong prinsip asas untuk mengadakan perhimpunan itu."(Tapi) kalau betul ada agenda untuk lagakan orang Islam dan Kristian, dan menimbulkan kesangsian di kalangan mereka, kemungkinan kita akan tarik diri," katanya.

Himpunan Sejuta: PAS pusat buat pendirian esok

Posted: 17 Oct 2011 05:45 AM PDT

Oktober 17, 2011

KUALA LUMPUR, 18 Okt – PAS akan membuat pendirian rasmi sama ada menyertai atau tidak Himpunan Sejuta Umat di Shah Alam, Sabtu ini yang diadakan, antara lain untuk menyatukan umat Islam dalam satu saf bagi menegaskan pendirian mempertahankan akidah Islam dengan memfokus isu mencegah murtad.

Penganjur sebelum ini berkata ia akan merupakan "permuafakatan akbar" seluruh umat Islam tanpa mengira aliran mahupun kepentingan agar bersatu mempertahankan akidah.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman berkata, PAS pusat akan mengadakan mesyuarat khas malam esok untuk membuat pendirian sama ada menyertai himpunan itu ataupun sebaliknya.

"Setakat ini PAS Selangor belum membuat pendirian sama ada http://www.blogger.com/img/blank.gifmenyertai ataupun tidak, kami akan mengumumkan pendirian (kemungkinan Rabu ini) sebaik sahaja PAS pusat mengambil pendirian pada mesyuarat khas yang diadakan esok," kata Dr Rani ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Kata beliau, buat masa sekarang tidak timbul soal PAS Selangor keluar daripada perhimpunan itu sebab "kami belum masuk lagi, tetapi ini bergantung pada hasil mesyuarat esok."

"Pendirian kami masih statik... belum masuk (menyertai perhimpunan), jadi tak timbul isu PAS mengambil pendirian keluar," kata beliau. Baca lagi di sini

Bila Dengan Allah dan Rasulnya pun dia berkurang ajar

Posted: 16 Oct 2011 07:50 PM PDT


Siapa sebenarnya yang 'Kurang Ajar' kepada Raja-Raja Melayu kalau bukan Mahathir Mohamad Iskandar Kutty. Kalau dengan Allah dan Rasulnya dia berani berkurang ajar, inikan pula terhadap Raja-Raja Melayu.

Pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim, mulut celupar beliau berkata kepada wartawan : Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

Pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan : "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam." dan "Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini."

Pada Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997 : "Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam".

Tentu semua kita ingat Krisis Perlembagaan yang di cetuskan oleh Mahathir bagi merampas HakIstimewa Raja-Raja Melayu.Bagaimana Mahathir dan kuncu-kuncunya memaki dan menghina Raja-Raja Melayu. Bagaimana Mahathir melondehkankan Raja-Raja Melayu hinggakan ketahap UMNO sanggup menabalkan Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan di bawah pokok ketapang!

Raja-Raja Melayu kini tidak ubah seperti wayang kulit. Yang hanya bergerak apabila di gerakan oleh Tok Dalang. Bila tiba waktu untuk dipersembah, dikeluarkan daripada "ancak" dan bila selesai disimpan kembali.

Yang di Pertuan Agung hanya digunakan bila hendak mengisytiharkan Awal Puasa, Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Dan bila nak merasmikan persidangan Dewan.

Begitulah perangai puak-puak Umno ini yang hanya mempergunakan Raja-Raja Melayu apabila terdesak.Mereka mengheret Raja-Raja Melayu dan memperalatkan mereka bila terhimpit.

Posted: 16 Oct 2011 07:50 PM PDT

Siapa sebenarnya yang 'Kurang Ajar' kepada Raja-Raja Melayu kalau bukan Mahathir Mohamad Iskandar Kutty.Kalau dengan Allah dan Rasulnya dia berani berkurang ajar, inikan pula terhadap Raja-Raja Melayu.

Pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim, beliau berkata kepada wartawan : Hukum rejam kepada penzina adalah primitif
ada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan :

"Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam."
"Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini."
Pada Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997 : "Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam".
Tentu semua kita ingat Krisis Perlembagaan yang di cetuskan oleh Mahathir bagi merampas HakIstimewa Raja-Raja Melayu.Bagaimana Mahathir dan kuncu-kuncunya
memaki dan menghina Raja-Raja Melayu. Bagaimana Mahathir melondehkankan Raja-Raja Melayu hinggakan ketahap UMNO sanggup menabalkan Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan di bawah pokok ketapang!

Apalagi yang ada pada Raja Melayu yang hendak dipertahankan? Raja-Raja Melayu kini tidak ubah seperti wayang kulit. Yang hanya bergerak apabila di gerakan oleh Tok Dalang. Bila tiba waktu untuk dipersembah, dikeluarkan daripada "acak" dan bila selesai disimpan kembali.

Yang di Pertuan Agung hanya digunakan bila hendak mengisytiharkan Awal Puasa, Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Dan bila nak merasmikan persidangan Dewan. Kalau sekadar ini yang hendakdipertahankan, rasanya tidak perlulah di gembar-gemburkan.

Begitulah perangai puak-puak Umno ini yang hanya mempergunakan Raja-Raja Melayu apabila terdesak.Mereka mengheret Raja-Raja Melayu dan diperalatkan bila terhimpit.

Tiada ulasan: