Biaqpila |
- Gerakan Mansuh ISA 2.0 di Parlimen, Selasa ini
- BANTUAN ANDA DIPERLUKAN, TAK BANYAK SIKIT PUN TAKPA
- "Saddam Hussein" Dipukul Kerana Tolak Main Filem Porno
- Pakar perlembagaan akan saman Utusan
Gerakan Mansuh ISA 2.0 di Parlimen, Selasa ini Posted: 17 Oct 2011 03:00 AM PDT KUALA LUMPUR, 16 Okt: Pimpinan Pakatan Rakyat akan melancarkan Gerakan Mansuhkan ISA 2.0 di bangunan Parlimen, Selasa ini jam 12.30 tengah hari. Pelancarannya dijangka akan dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang juga ahli Parlimen Marang atau Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh. Gerakan ini merupakan gabungan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan nasib peneroka antaranya Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa), Bangkit dan Waris. Penubuhannya bertujuan mendesak Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad ditamatkan kontraknya secepat mungkin kerana menimbulkan banyak konflik dalam Felda sehingga menyebabkan rasa tidak senang peneroka. Terbaru, berlaku pertembungan kuasa di antara Isa dan Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab apabila Isa dilantik sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang didakwa mendapat persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Menurut Presiden Anak Mazlan Aliman, gerakan tersebut akan mengumpulkan tandatangan warga Felda di setiap negeri yang tidak bersetuju dengan pelantikan Isa sebagai Pengerusi Felda dan Pengerusi KPF. "Kita akan mengumpulkan tandatangan peneroka yang tidak bersetuju dengan Isa dan akan serahkan kepada Perdana Menteri supaya kontrak Isa ditamatkan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat juga berkata, selain mengumpul tandatangan, gerakan itu juga akan mengadakan siri solat hajat agar warga Felda diselamatkan daripada pihak berkepentingan dan sesi taklimat mengenai kesan apabila Felda Holding disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Selain itu katanya, pihaknya akan membawa pemegang saham KPF ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi menuntut tribunal dijalankan mengenai pelantikan Isa sebagai pengerusi koperasi. "Pemegang saham KPF akan serah borang bantahan kepada Suruhanjaya bagi membolehkan satu tribunal dijalankan ke atas pelantikan Isa.Itu prosedurnya," kata beliau. Tambahnya, gerakan itu ditubuhkan atas kesedaran warga Felda sendiri, bukan pengaruh mana-mana parti politik. "Kita buat semua ini bukan atas faktor politik tapi kerana memikirkan nasib peneroka yang sudah lama ditindas dan ditipu." katanya sambil mengalu-alaukan mana-mana NGO yang ingin menyertai gerakan tersebut. HD KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
BANTUAN ANDA DIPERLUKAN, TAK BANYAK SIKIT PUN TAKPA Posted: 17 Oct 2011 12:00 AM PDT TOLONGLAH BANTU ADIK HAIRUMAN BIN MISKAN…MANGSA RENJATAN KABEL ELEKTRIK. Tuan-tuan dan puan-puan masih ingat artikel yang pernah disiarkan di blog ini pada januari lalu? Kalau tak ingat sila klik di sini. Berikut adalah komen kakak kepada mangsa yang di tulis pada artikel tersebut semalam. Maryuni Binti Miskon berkata... Assalammualaikum wbt. Saya Maryuni Miskon, kakak kpd Hairuman amat-amat mengharapkan bantuan yang berterusan untuk menampung hidup dan menampung kos perbelanjaan perubatan hairuman. Bantuan telah terhenti sedangkan ubatan masih lagi diperlukan untuk menyembuhkan kesakitannya. Apatah lagi untuk merancang perjalanan kehidupan hairuman yang masih jauh. Hairuman OKU seumur hidup. Sekarang ini dia menjadi pesakit luar di hospital. Keadaan kulit yang melecur blm lagi sembuh, masih pedih, berair dan gatal. Manakala 3 kerat anggotanya telah dipotong, yang tinggal hanyalah 1 kerat iaitu kaki kanan, tetapi masih dalam pemulihan, tidak boleh digunakan untuk berdiri apatah lagi berjalan, kerana kelecuran yang teruk menyebabkan banyak saraf kaki yang rosak. Ini menyukarkan dia untuk menguruskan dirinya sendiri apatah lagi membuat aktiviti, terpaksa mengharapkan bantuan untuk bergerak. Harapan saya dapatlah kalian terus menyebarkan berita tentang hairuman kerana ramai juga yang tidak tahu tentang kisahnya bila berselisih dengan hairuman di tempat awam. Ada juga org awam yang prejudis dan seakan mengejek2 tanpa tahu apa sebenarnya dia jadi begitu. Harap ada insan-insan yang mulia sudi menghulurkan bantuan untuk menampung kos perubatannya. Tak tertanggung rasanya dengan derita dan kesedihan yang melanda. T.kasih atas sumbangan kalian semua. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas kita semua. Amin.... Untuk sebarang sumbangan bolehlah disalurkan ke : MARYUNI BT MISKON MAYBANK A/C : 162030632448 CIMB A/C : 12570000203529 atau MUHAMAD HAIRUMAN B. MISKON CIMB A/C : 12570005386520 KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
"Saddam Hussein" Dipukul Kerana Tolak Main Filem Porno Posted: 16 Oct 2011 09:00 PM PDT Kaherah - Sebagai seorang Muslim yang taat, Mohamed Bishr tentunya ingin patuh ajaran Islam. Tetapi dirinya cedera teruk dipukuli oleh sekelompok orang, ketika menolak dipaksa berperanan dalam sebuah film porno hanya kerana dirinya mirip Saddam Hussein. Gambar: Saddam Husseinkah ini? Bukan. Beliau ialah Mohamed Bishr yang dipukul kerana enggan main filem porno (Foto: Reuters) Siapa yang tidak kenal Saddam Hussein? Bekas pemimpin Irak yang akhirnya tewas di tiang gantung. Memiliki wajah yang mirip seperti Saddam Hussein rupa-rupa mendatangkan nasib kurang baik bagi Mohamed Bishr. Ketika ini beliau terpaksa menjalani rawatan di hospital, setelah babak dipukuli oleh tiga orang yang tak dikenalnya. Ketiga orang tersebut memaksa si "Saddam Hussein" ini untuk berperanan dalam sebuah film porno. Namun, keinginan ketiga orang yang tidak dikenal yang membawa senjata tersebut telah ditolak mentaholeh Bishr, menyebabkan mereka marah dan melakukan penculikan ke atas dirinya. "Tiga orang dengan pistol di pinggangnya, memaksa saya keluar dari kereta dan membawa saya masuk ke sebuah bas mini lalu memukul kepala saya," ungkap Bishr kepada laman Berita Ahram, Sabtu (15/10/2011). -okezone greenboc KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Pakar perlembagaan akan saman Utusan Posted: 16 Oct 2011 06:00 PM PDT Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata akan menyaman akhbar Umno Utusan Malaysia kerana didakwa memfitnahnya dalam laporan berkaitan kenyataannya terhadap titah diraja dan isu agama. "Sebab utamanya kerana Utusan memutarbelit dan pusing kenyataan saya. "Mereka menggambarkan saya sebagai sombong, angkuh, tidak tahu hormat dan dan keras kepala," kata pensyarah kanan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) kepada Malaysiakini hari ini. Aziz pada 11 Oktober lalu berkata, tindakan Sultan Selangor Sultan campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu, bukan tindakan yang lazim. Menurutnya, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campurtangan tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam. Aziz berkata beliau sudah mengarahkan peguamnya Hanipa Maidin bagi menyaman Utusan dan seorang lagi peguam Zulqarnain Lukman bagi menguruskan perkara berkaitan laporan polis yang dibuat terhadapnya. "Isunya di sini, saya bercakap berdasarkan pengetahuan dan kepakaran saya," katanya - ahli akademik tunggal yang menulils tesis doktor fasafah tentang peranan raja-raja dalam Islam dan demokrasi. "Tetapi mereka bukannya memberitahu saya pandangan mereka, sebaliknya pergi ke merata tempat dan membuat dakwaan terhadap saya." [Baca berita penuh] Utusan terus kritik Katanya lagi dalamSementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Utusan melalui kolumnis kontroversinya Awang Selamat terus mengkritik Aziz dan Malaysiakini yang menyuarkan kenyataan pensyarah itu sebelum ini. Awang menulis, Aziz memberikan isyarat salah kepada pelbagai pihak termasuk bukan Islam bahawa Sultan boleh disanggah biarpun bawah bidang kuasa baginda. Katanya, sebagai rakyat Malaysia dan orang Islam, reaksi Aziz yang mempertahankan kenyataannya dan enggan memohon maaf kepada Sultan Selangor, dilihat angkuh. "Awang percaya seandainya kenyataan Sultan Selangor berhubung insiden di gereja itu dilihat memihak kepada pembangkang, nescaya Abdul Aziz akan berdiam. "Tidak mungkin beliau akan menyanggah baginda kerana ada percaturan lain yang mengatasi soal kepentingan agama dan perlembagaan," coretnya. KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan