Isnin, 24 Oktober 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Satelit ROSAT Jatuh Di Asia Tenggara

Posted: 24 Oct 2011 12:59 AM PDT

Berlin: Satelit penyelidikan Jerman, ROSAT yang tidak lagi berfungsi terhempas di Asia Tenggara awal pagi tadi, menurut seorang saintis Amerika Syarikat, tetapi tiada seorang pun yang pasti di mana.

Menurut Pusat Aeroangkasa Jerman, kebanyakan bahagian satelit sebesar van mini itu dijangka hangus apabila memasuki atmosfera pada kelajuan sehingga 450 kilometer sejam tetapi kira-kira 30 serpihan seberat 1.7 tan metrik mungkin selamat dan terhempas.

Jonathan McDowell dari Harvard-Smithsonian Center for Astrophysics di Cambridge, Massachusetts, berkata satelit berkenaan mungkin jatuh di Asia Tenggara.

Katanya, dua bandaraya China dengan jutaan penduduk iaitu Chongqing dan Chengdu, berada di laluan satelit itu sewaktu kemasukan semula.

"Tetapi jika ia jatuh di kawasan berpenduduk, sudah tentu kita sudah memperoleh laporan sekarang," katanya.

Pengiraan berdasarkan data tentera AS menunjukkan serpihan satelit itu mungkin terhempas di Lautan Hindi di timur Sri Lanka atau di Laut Andaman di luar pantai Myanmar atau di pedalaman Myanmar atau China. - AP

German satellite crashed in southeast Asia

A defunct German research satellite crashed into the Earth somewhere in southeast Asia on Sunday, a US scientist said – but no one is still quite sure where.

Most parts of the car-sized ROSAT research satellite were expected to burn up as they hit the atmosphere at speeds up to 280mph, but up to 30 fragments weighing a total of 1.87 tons, could have crashed, the German Aerospace Center said.

Jonathan McDowell of the Harvard-Smithsonian Centre for Astrophysics in Cambridge, Massachusetts, said the satellite appears to have gone down over southeast Asia. He said two Chinese cities with millions of inhabitants each, Chongqing and Chengdu, had been in the satellite's projected path during its re-entry time.

"But if it had come down over a populated area there probably would be reports by now," the astrophysicist, who tracks man-made space objects, said.

Calculations based on US military data indicate that satellite debris must have crashed somewhere east of Sri Lanka over the Indian Ocean, or over the Andaman Sea off the coast of Burma, or further inland in Burma or as far inland as China, he said.

The satellite entered the atmosphere between 0245 BST to 0315 BST and would have taken 15 minutes or less to hit the ground, the German Aerospace Centre said. Hours before the re-entry, the centre said the satellite was not expected to land in Europe, Africa or Australia.

There were no immediate reports from Asian governments or space agencies about the fallen satellite.

The satellite used to circle the planet in about 90 minutes, and it may have travelled several thousand miles during its re-entry, rendering exact predictions of where it crashed difficult.

German space agency spokesman Andreas Schuetz said a falling satellite also can change its flight pattern or even its direction once it sinks to within 90 miles above the Earth.

The 2.69-ton (2.4 metric ton) scientific ROSAT satellite was launched in Cape Canaveral, Florida, in 1990 and retired in 1999 after being used for research on black holes and neutron stars and performing the first all-sky survey of X-ray sources with an imaging telescope.

ROSAT's largest single fragment that could have hit is the telescope's heavy heat-resistant mirror.

"The impact would be similar to, say, an airliner having dropped an engine," said McDowell. "It would damage whatever it fell on, but it wouldn't have widespread consequences."

Since 1991, space agencies have adopted new procedures to lessen space junk and having satellites falling back to Earth. NASA says it has no more large satellites that will fall back to Earth uncontrolled in the next 25 years. -TheTelegraph




Isu Gantung: Aziz Bari Hantar Jawapan Petang Ini, ABIM Desak Selesaikan Secara Akademik

Posted: 23 Oct 2011 11:33 PM PDT

Prof Dr Abdul Aziz Bari akan mengemukakan respons kepada surat tunjuk sebab pengurusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), yang menjadi kontroversi akhir minggu lalu, hari ini kata peguam beliau.

"Draf surat jawapan sudah siap, Prof Aziz pun sudah luluskan, dan beliau akan menandatangani pagi ini, dan saya akan menghantar kepada UIA petang ini," kata Dr Zulqarnain Lukman ketika dihubungi lewat malam tadi.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan kandungan respons disediakan Aziz.

"Tunggu dulu, biar kami serahkan kandungan kepada UIA," kata beliau.

Pengurusan UIA mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Aziz (gambar) berhubung kenyataan pensyarah undang-undang itu ekoran titah Sultan Selangor berkaitan isu Gereja Methodist Damansara Utama dan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru ini.

UIA memberi masa seminggu sehingga 4 petang esok kepada Aziz untuk menjawab surat tunjuk sebab itu.

Surat tunjuk sebab itu juga menyebut beliau digantung perkhidmatan sehingga siasatan selesai dan dilarang memasuki kampus UIA.

Jumaat lalu, Rektor UIA Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin berkata Aziz perlu menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin, Tatatertib dan Kakitangan UIA berhubung kenyataan mempertikaikan titah Sultan Selangor.

Beliau berkata jika Aziz tidak membalas surat tunjuk sebab itu dalam masa ditentukan, pensyarah berkenaan boleh dihadapkan ke Lembaga Displin, Tataterib dan Kakitangan UIA untuk dibicarakan.

Zaleha berkata kenyataan Aziz berhubung titah ucapan Sultan Selangor akan disiasat mengikut Peraturan 15 Peraturan Tatatertib Kakitangan universiti itu.

Dalam pada itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Amidi Abdul Manan berkata, sewajarnya segala persoalan akademik dilayan secara akademik, bukan menerusi tindakan undang-undang atau seumpamanya kerana sebarang isu yang melibatkan pandangan, pendirian dan buah fikiran dalam bidang kepakaran seseorang adalah persoalan akademik.

"Seharusnya medium perbincangan dibuka seluas-luasnya menerusi forum, perbahasan dan perbincangan ilmiah. Tampilkan pandangan lain yang boleh menjadi pencabar atau alternatif kepada pandangan yang menjadi tajuk perbincangan," kata beliau dalam satu kenyataan.

Amidi berkata jika perkara ini terjadi, Abim percaya kredibiliti kedua-dua pihak dapat dipelihara dan bakal menjadi teladan kepada orang ramai dalam usaha memasyarakatkan ilmu.

Katanya, Abim juga khuatir jika ada campur tangan luar yang membayangi isu ini dan jika ia berlaku, ia akan merugikan kedua-dua pihak dan akhirnya akan menghilangkan kepercayaan masyarakat terhadap dunia akademik di Malaysia.

"Abim menuntut isu ini diselesaikan dengan segera secara matang dan bertanggungjawab oleh semua pihak," kata beliau lagi. -TMI

Abim: Selesaikan isu Aziz Bari secara akademik

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mahu kemelut penggantungan pakar perlembagaan negara Profesor Abdul Aziz Bari tidak diselesaikan menerusi tindakan undang-undang atau seumpamanya tetapi sebaliknya persoalan akademik dilayan secara akademik juga.

Justeru, kata presidennya, Amidi Abdul Manan (kiri), seharusnya medium perbincangan dibuka seluas-luasnya menerusi forum, perbahasan dan perbincangan ilmiah bagi menangani isu itu.

"Tampilkan pandangan lain yang boleh menjadi pencabar atau alternatif kepada pandangan yang menjadi tajuk perbincangan.

"Sekiranya perkara ini terjadi, Abim percaya kredibiliti kedua-dua belah pihak dapat dipelihara dan bakal menjadi teladan kepada orang ramai dalam usaha memasyarakatkan ilmu," katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Amidi, Abim juga khuatir jika ada campur tangan luar yang membayangi isu ini.

"Jika perkara ini berlaku ia akan merugikan kedua-dua pihak dan akhirnya akan menghilangkan kepercayaan masyarakat terhadap dunia akademia di Malaysia. Abim menuntut isu ini diselesaikan dengan segera secara matang dan bertanggungjawab oleh semua pihak," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Aziz yang mencetuskan kontroversi apabila pensyarah UIA itu mengulas titah Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pemeriksaaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Abdul Aziz dipetik berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Jejas reputasi

Berikutan itu, beberapa pemimpin BN dan Umno serta media yang dikuasai mereka membidasnya sehingga pada Khamis lalu UIA bertindak mengantung tugasnya.

Amidi berkata dengan liputan media dan kenyataan oleh pelbagai kelompok, polemik itu boleh menjejaskan reputasi kedua belah pihak.

"Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mempunyai nama dan kredibiliti yang tinggi dalam masyarakat di Malaysia.

"UIA telah berjasa melahirkan graduan yang berkualiti dan mampu memberikan sumbangan yang besar kepada agama, bangsa dan negara. UIA juga mempunyai reputasi yang baik diperingkat antarabangsa," katanya.

Menurutnya, begitu juga dengan Abdul Aziz yang merupakan seorang tokoh akademik dalam bidang perundangan yang begitu dihormati di negara ini.

"Beliau telah banyak menyumbangkan buah fikiran menerusi ceramah dan penulisan buku dan makalah dalam bidang kepakaran beliau iaitu perlembagaan," katanya.

Jumaat lalu, hampir seribu mahasiswa berhimpun selepas solat bagi mengadakan bantahan dan mengancam mengadakan perhimpunan lebih besar jika kemelut itu tidak diselesaikan. -mk


"Adik Beradik" Khalwat Dicekup

Posted: 23 Oct 2011 10:37 PM PDT

Petaling Jaya – Lakonan drama sepasang kekasih berusia 26 dan 28 tahun yang menyamar sebagai adik-beradik bagi mengelak dicekup berkhalwat terbongkar apabila wanita itu ketakutan selepas digertak mengenai balasan orang yang berzina ketika di akhirat.

Mereka ditahan selepas didapati berdua-duaan di sebuah hotel bajet di Taman Medan dalam operasi cegah maksiat Ahli Jawatankuasa dan Pemuda Masjid Nurul Ehsan dengan kerjasama polis awal pagi semalam.

Pasangan itu mengambil kesempatan mengaku sebagai adik-beradik selepas pemeriksaan pada MyKad mendapati kedua-duanya mempunyai nama bapa yang sama namun berbeza alamat tempat tinggalnya.

Pihak masjid yakin sesuatu yang tidak kena berikutan pasangan itu memberi alasan tidur di situ kerana berpindah rumah, malah ketika pintu bilik dibuka si perempuan masih berselimut di atas katil dan hanya memakai pakaian dalam selain mengakui sering melakukan hubungan seks di situ.

Dalam serbuan di hotel yang sama juga, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang ditahan bersama kekasihnya merayu meminta dilepaskan atas alasan ibunya mengenali imam yang terlibat dalam operasi.

Operasi selama tiga jam itu turut menahan seorang guru wanita menyembunyikan diri di dalam bilik air dengan hanya berkemban selepas menyedari rumahnya diserbu.

Ketika ditahan guru terbabit berusia 29 tahun berdua-duaan dengan seorang lelaki berstatus duda berusia 33 tahun di rumah sewa lelaki terbabit
.

Manakala seorang lagi penjawat awam berusia 25 tahun dicekup selepas disyaki berkhalwat dengan seorang janda berusia 35 tahun, anak tiga di rumah.

Imam 1 Masjid Nurul Ehsan, Abdul Muin Abdul Hamid berkata, operasi besar-besaran tersebut akan diteruskan bagi membanteras kegiatan maksiat di kawasan Taman Medan.

"Operasi ini adalah susulan daripada aduan dan maklumat daripada penduduk setempat yang merasakan tempat disyaki seperti hotel bajet dan rumah persendirian perlu diberi perhatian agar tidak menjadi lokasi mudah melakukan perbuatan sumbang," katanya kepada Sinar Harian.

Kesemua pasangan dibawa ke Balai Polis Petaling Jaya sebelum diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan selanjutnya.

Ada Cubaan Hapus Status Bangsa, Agama Dalam MyKad

Posted: 23 Oct 2011 08:32 PM PDT

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman, semalam, mendedahkan terdapat usaha secara halus, terancang dan berterusan pihak tertentu bagi menghapuskan identiti bangsa, status agama dan gelaran Bin atau Binti seperti tertera dalam MyKad sekarang.

Malah, Abdullah berkata, ada pihak tertentu berani tampil untuk mendesak kerajaan supaya menghapuskan keperluan menulis nama Bin atau Binti, bangsa dan agama ketika orang ramai membuat permohonan sijil kelahiran dan Mykad anak masing-masing.

Beliau berkata, perkara itu menjadi semakin menakutkan apabila kebanyakan daripada enam juta belia di negara ini termasuk orang Melayu dan beragama Islam kini turut dipengaruhi oleh idea globalisasi serta liberalisasi dipelopori oleh negara Barat.

"Sebenarnya adalah idea ini berasal dari Barat yang kononnya mampu menyelesaikan masalah perbezaan identiti bangsa, keturunan dan agama. Mereka mahu kita keluar dari fitrah manusia atau dengan kata lain tiada lagi status bangsa seperti Melayu, Cina dan India serta agama.

"Penghapusan Bin dan Binti akan menyebabkan semua orang akan menjadi sama, sekali gus mewujudkan persamaan dan kesamarataan.

"Namun, kesannya anak zina atau zuriat dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan mengikut hukum syarak pun boleh didaftarkan secara sah, sekali gus menghancurkan institusi kekeluargaan serta akidah umat Islam di negara ini," katanya ketika berucap pada Konvensyen Keluarga Melayu Muslim 2011 anjuran bersama ISMA dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di sini, semalam.

Bagaimanapun, Abdullah menyatakan keyakinannya idea kesamarataan dan persamaan yang cuba diterapkan Barat di kalangan masyarakat Malaysia adalah satu bentuk penjajahan baru, kerana ia adalah satu pembohongan bertujuan menghancurkan identiti rakyat negara ini.

Katanya, dengan leburnya identiti bangsa, keturunan dan agama, rakyat Malaysia termasuk beragama Islam akan hilang semangat, perasaan, jati diri dan berjuang sehingga ke titisan darah terakhir untuk mempertahankan negara daripada dijajah sama ada dari aspek pemikiran, ekonomi atau secara fizikal oleh Barat.

"Umpamanya apabila sistem ekonomi Malaysia sekarang dikuasai tauke besar (syarikat multinasional) dari Barat atau kaum bukan Melayu memegang tampuk pemerintahan Malaysia adakah umat Islam di negara kita berasa sensitif atau tidak kisah?" katanya.

"Justeru, saya beranggapan idea persamaan ini adalah satu bentuk penjajahan bukan kemajuan. Jika Amerika Syarikat atau Barat mahu menegakkan keadilan sudah tentu tiada siapa yang dilanda masalah kelaparan atau kebuluran seperti di Somalia sekarang ini.

"Kenapa sekarang semua harta benda dan kekayaan di dunia termasuk bekalan minyak mentah di negara Arab mahu dibolot dan dibawa pulang sepenuhnya ke Barat sedangkan banyak negara lain masih miskin. Sebenarnya mereka mahu menjaya agenda menjajah dan menguasai negara lain termasuk Malaysia," katanya. -BH

Isu Raba Payudara: "Penampar Gila" Ke Muka Muhyiddin

Posted: 23 Oct 2011 06:55 PM PDT

Ketepikan keluarga dari politik keji, gesa PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa ahli politik supaya tidak membabitkan anggota keluarga dalam dunia politik mereka.

"Ini adalah sesuai dalam sebuah negara demokrasi moden, Anda boleh berbahas mengenai perbezaan dasar daripada segi kelemahan pelaksanaan.

"Tetapi ketepikan keluarga anda atau mengeksploitasi hal keluarga untuk kepentingan politik sendiri," kata Najib selepas perhimpunan perdana bersama perdana menteri dengan pesara dan bekas polis di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, hari ini.

Najib mengulas keberangan pemimpin politik Pakatan Rakyat dan juga masyarakat di negara ini berhubung dakwaan beberapa blog pro-Umno yang memfitnah anak remaja ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meramas buah dada rakan kelasnya.

Selain Lim, dan pengetua sekolah anaknya itu, pada Jumaat lalu, gadis yang didakwa oleh blog pro-Umno menjadi mangsa pencabulan oleh anak Lim juga tampil menafikan dakwaan itu.

Najib, bagaimanapun berkata prinsip supaya tidak membabitkan anggota keluarga dalam dunia politik mesti terpakai kepada kedua-dua parti pemerintah dan juga pembangkang.

"Saya tidak tahu fakta kes ini, tetapi jika awak mahu ada beberapa etika untuk mengketepikan keluarga, maka semua termasuk pembangkang mesti mematuhi perkara itu."

Isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, juga seringkali dibidas oleh pembangkang kerana didakwa boros berbelanja dan hidup secara mewah.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dipetik oleh agensi berita nasional Bernama memilih mempertahankan penulis blog itu dan dilaporkan sebagai berkata: "Penafian adalah tidak mencukupi. Kalau tidak buat, minta polis untuk menyiasat dan bersihkan nama." -mk

Pakatan gesa Muhyiddin minta maaf beri 'watikah' serang anak Lim

KUALA LUMPUR, 23 Okt — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa memohon maaf secara terbuka kerana mengeluarkan kenyataan seolah-olah menyokong blog pro-Umno yang membuat dakwaan kononnya anak lelaki Lim Guan Eng telah mencabul kehormatan rakan pelajar wanita.

Semalam, Muhyiddin meminta Lim, Ketua Menteri Pulau Pinang, membuat laporan polis dan membiarkan polis menjalankan siasatan bagi menjelaskan keadaan sebenar kerana penafian sahaja tidak mencukupi.

"Penafian adalah tidak mencukupi. Kalau tidak buat, minta polis untuk menyiasat dan bersihkan nama," katanya.

Mengulas perkembangan itu hari ini, Naib Presiden PKR N Surendran mahu Muhyiddin dengan segera memohon maaf kepada Lim kerana membuat kenyataan sedemikian.

"Kami menggesa Umno-BN menghentikan politik memfitnah dan pembunuhan karakter," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Surendran, yang juga seorang peguam berkata, beliau terkejut kerana Muhyiddin sebagai pemimpin tertinggi negara sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan pelajar perempuan yang dikaitkan, Anya Sun Corke, yang didakwa menjadi mangsa sendiri telah menafikan perkara tersebut dan melahirkan rasa simpati kepada keluarga Lim, anak dan keluarganya.

"Dalam bertindak sedemikian, Anya Corke yang muda telah menunjukkan sikap lebih matang dan sopan berbanding timbalan perdana menteri negara kita," kata Surendran dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, DAP menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegur timbalannya kerana memberi sokongan bulat-bulat kepada pemblog-pemblog pro-Umno untuk mengaibkan dan memusnahkan kehidupan anak Lim.

"Kami terkejut dan marah dengan (kenyataan) Timbalan Perdana Menteri yang dilaporkan berkata bahawa jika Ketua Menteri Pulau Pinang merasakan adalah penting untuk membetulkan maklumat, maka beliau seharusnya datang dengan kenyataan sangat keras. Penafian sahaja tidak mencukupi'," kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.

Dalam kenyataannya, Pua berkata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno seharusnya memeriksa maklumatnya kerana Lim bukan sahaja telah mengeluarkan kenyataan tegas pada minggu lalu, malah "kami telah membuktikan bahawa keseluruhan kes ini adalah rekaan semata-mata."

Selain itu kata beliau, mangsa yang didakwa terlibat dalam kes, yang berusia 21 tahun, sendiri telah menafikan perkara tersebut.

"Mangsa yang didakwa juga telah mengeluarkan kenyataan kepada kesemua media, mengatakan bahawa dia tidak pernah datang ke Malaysia sepanjang tujuh tahun lalu," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini.

Perkara itu turut dinafikan oleh pengetua SMK Heng Ee, sekolah yang anak lelaki Lim belajar sehingga akhir tahun lalu.

Meskipun Lim tidak perlu membuktikan apa-apa, kata Pua, Muhyiddin memilih untuk memberi 'watikah' kepada khabar-khabar angin dan memberi sokongan kepada "mutlak" kepada pemblog-pemblog Umno.

Katanya lagi, daripada melahirkan pendirian untuk mengambil tindakan ke atas pihak yang menyebarkan khabar angin, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memilih untuk mempertahankan pihak terbabit.

"Beban pembuktian terletak pada pihak yang menuduh dan bukannya pada pihak yang difitnah dengan tidak adil," kata beliau.

Pua juga berkata demi menjaga imej kerajaan, Najib selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri sewajarnya mengambil tindakan menghentikan tindakan-tindakan tidak waras dengan memberi teguran kepada timbalan beliau dan juga kesemua ahli partinya yang mengaibkan pelajar berusia 16 tahun.

"Jika tidak akan terbukti kepada rakyat Malaysia bahawa Umno sudah bankrap secara moral dalam usahanya mahu kekal berkuasa dalam apa jua cara pun termasuk menyerang kanak-kanak tidak berdosa," kata beliau. -TMI


Laporan berkaitan
sila klik untuk baca




Isteri Tak Tahan Digoda

Posted: 23 Oct 2011 05:40 PM PDT

Isteri tewas godaan

SAYA tidak bermaksud ingin menjadi isteri yang nusyuz kepada suami. Namun masalah dan perasaan suka tidak dapat dielakkan.

Meskipun saya sudah mendirikan rumah tangga dan pernah berpisah dengan suami seketika, saya masih terjerumus dengan hubungan luar.

Beberapa kali saya tekad untuk berubah dan tidak mengulangi tetapi jejaka yang menjalin hubungan dengan saya terus menggoda, menyebabkan saya lupa status saya.

Walaupun saya memberitahu mereka saya ini isteri orang, mereka tetap menagih, mengharapkan balasan cinta daripada saya.


Perhatian dan habuan daripada kekasih gelap saya menyebabkan saya hampir terdorong untuk terpengaruh dengan pujuk rayu mereka.

Terus terang saya masih sayang suami saya kerana dia baik dan mempunyai pakej menarik. Disebabkan faktor itu saya menerima kembali suami dan membuat keputusan untuk setia dengannya walaupun pada waktu sama lelaki lain tidak putus asa.

Saya benar-benar hendak berubah. Saya memutuskan untuk menjadi isteri yang baik, tetapi ramai pula lelaki yang hadir.

Liena
Selangor


Pernahkah puan dengar pepatah tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Perasaan cinta atau kasih tidak mungkin berjaya jika hanya daripada sebelah pihak saja.

Secara tidak langsung Dang Setia percaya, andainya puan tidak melayan jejaka lain, hubungan cinta terlarang tidak akan terjadi.

Namun sebaik meneliti cerita puan, Dang Setia dapati puan sememangnya lebih gemar bermain api sedangkan puan sedia maklum tindakan itu hanya memakan diri sendiri.

Ada baiknya puan imbas memori saat bahagia bersama suami dalam usaha menghangatkan hubungan cinta sedia ada menjadi lebih intim.

Peranan puan sebagai isteri sepatutnya menjaga kehormatan dan maruah suami. Elakkan daripada berdua-duaan dengan mana-mana lelaki supaya tidak terjerumus dalam lembah kehinaan.


Fokuskan tumpuan yang tidak pernah berbelah terhadap suami supaya rumah tangga dan kehidupan puan lebih berkat.

Selain itu, tidak putus memohon kepada Allah supaya diberi kekuatan agar puan dapat menolak semua tarikan daripada kekasih gelap puan sebelum ini. Insya-Allah jodoh puan dengan suami akan terus berpanjangan.
-hm

[Video] 26 Pekerja Dipecat Kerana 'Curi Waktu' Untuk Solat

Posted: 23 Oct 2011 10:15 AM PDT

Seattle: Lebih sedozen Muslim asal Somalia yang bekerja sebagai drebar dengan syarikat kereta sewa Hertz di Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma, dipecat kerana enggan mencatat pergerakan keluar masuk mereka semasa waktu rehat, yang juga merupakan kesempatan mereka bersolat, menurut laporan-laporan media.

Seramai 26 pekerja yang dipecat itu menjadi drebar kereta sewa Hertz ke lapangan terbang tersebut bagi tujuan pembersihan dan mengisi minyak.

Mereka adalah antara 34 pekerja Hertz yang digantung kerja pada 30 September lalu kerana melakukan pelanggaran peraturan bekerja itu.

Lapan daripada 34 pekerja itu kemudian patuh kepada peraturan tersebut dan sudah bekerja semula, kata jurucakap Hertz, Encik Rich Broome, kepada agensi berita d The Associated Press (AP) lewat kelmarin, menerusi e-mel.

Surat-surat pemecatan sudah dikirimkan kepada mereka yang terbabit.

Syarikat tersebut mendedahkan dengan jelas bahawa para pekerja yang digantung perkhidmatannya itu perlu bersetuju dengan syarat pekerjaan itu jika mereka mahu diambil semula,' kata Encik Broome kepada akhbar The Seattle Times.

Pemecatan itu mula dilaporkan oleh stesen televisyen KOMO-TV.

Encik Broome, awal bulan ini, memberitahu AP bahawa hal itu tidak ada kaitannya dengan solat, 'ia bukan kerana agama, ia mengenai syarat-syarat yang munasabah'.

Hertz pula berkata pekerja yang digantung melanggar peruntukan satu perjanjian tawaran kerja dan satu perjanjian yang dicapai dengan Suruhanjaya Peluang Pekerjaan Sama Rata dua tahun lalu.

Teamsters Local 117, kesatuan sekerja yang mewakili para pekerja itu, berkata kedua-dua pihak gagal merundingkan satu perjanjian yang membolehkan pekerja kembali kepada status sebelum mereka digantung, iaitu mereka tidak perlu patuh kepada peraturan syarikat itu apabila mereka mahu bersolat. -- AP.



Laporan sebelum ini
klik untuk baca




[Video] Banjir Terus Melanda Thailand Selama Sebulan Lagi

Posted: 23 Oct 2011 07:30 AM PDT

Bangkok: Perdana menteri Thailand semalam memberi amaran bahawa negara itu akan dilanda banjir sekurang-kurangnya sebulan lagi, sambil meminta penduduk terutama di ibu negara, Bangkok bersiap sedia menghadapi kemungkinan kenaikan paras air lebih tinggi.

Gambar: ANGGOTA polis trafik menunjukkan arah kepada pemandu yang berusaha mengelak dari banjir di wilayah Don Muang di Bangkok, Thailand, semalam.

Pihak berkuasa melancarkan usaha untuk menyalurkan air banjir dari tengah ibu kota itu ke laut menerusi terusan di bandar raya terbabit, yang sudah menyaksikan kenaikan air hingga paras pinggang di beberapa bahagian di utara pinggir Bangkok.

Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra, yang menggunakan satu undang-undang bencana bagi mengawal penuh keadaan kecemasan itu memberitahu penduduk Bangkok supaya mengalihkan barangan mereka ke tempat lebih tinggi sekurang-kurangnya satu meter.

"Bangkok perlu membuka semua pintu penghalang banjir untuk membenarkan pengaliran keluar air," kata Yingluck. "Jadi ketika hujung minggu yang panjang ini penduduk perlu mengalihkan barangan mereka, kereta dan barangan berharga lain ke tempat sekurang-kurangnya satu meter lebih tinggi."

"Ada pengaliran air dalam jumlah yang besar dari utara dan kita tidak dapat menghalangnya secara berkesan tetapi boleh memperlahankan pengalirannya kerana penghalang yang ada bersifat sementara," katanya melalui ucapan mingguan kepada seluruh negara yang disiarkan melalui televisyen.

Gambar: SEBUAH pasar raya meminta maaf kepada pelanggan kerana kehabisan telur.

"Ia adalah satu keadaan yang amat serius kerana menjejaskan nyawa dan harta benda penduduk," kata Yingluck di mana kerajaan beliau yang berusia dua bulan berusaha untuk menangani bencana kemanusiaan itu.

Hujan lebat selama tiga bulan menyebabkan sekurang-kurangnya 256 orang terbunuh di Thailand dan memusnahkan kediaman serta kehidupan sembilan juta penduduk kebanyakan adalah di utara dan tengah negara itu.

Yingluck berkata kira-kira 113,000 penduduk diarahkan berpindah ke penempatan sementara, sambil menambah ketika beberapa kawasan di negara itu menyaksikan air mulai surut, banjir yang menghala ke ibu negara tidak dapat dihalang.

Secara keseluruhan banjir akan berterusan selama empat hingga enam minggu, katanya.

Di Bangkok yang menempatkan 12 juta penduduk dilaporkan menyimpan bekalan makanan dan air minuman, manakala orang ramai meletakkan beratus-ratus kenderaan mereka di atas jambatan atau jalan lebih tinggi.

Puluhan ribu askar dan polis ditempatkan untuk menjaga ketenteraman awam dan keselamatan.

Pembangkang menggesa kerajaan untuk mengisytiharkan darurat bagi memudahkan mengawal penduduk dan melindungi banjir tetapi menolak tindakan itu. – AFP




Tidur Dengan Seramai Mungkin Lelaki Buru Gelaran Miss-X

Posted: 23 Oct 2011 06:30 AM PDT

Kuala Lumpur: Mengejutkan apabila ada remaja perempuan yang masih bersekolah sanggup menggadai maruah diri dengan meniduri seramai mungkin lelaki terutama golongan berada dan berpengaruh semata-mata ingin merebut gelaran ratu sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu kota.

Gambar: YANTI... masih seronok memburu gelaran Ratu X.

Semakin ramai lelaki yang ditiduri, semakin hebat reputasi gadis itu di kalangan remaja perempuan yang melepak dan berpeleseran di pusat beli-belah berkenaan, sekali gus melayakkannya digelar Ratu X.

Gelaran itu menjadi kegilaan gadis liar dan apa yang menyedihkan kebanyakan remaja berkenaan yang masih bersekolah sanggup menggadai dara hanya untuk mencari populariti segera.

Trend menggemparkan itu diakui Shana dan Yanti, 16 (bukan nama sebenar) yang mendedahkan kegiatan itu biasanya dilakukan pada setiap hujung minggu bagi mengaburi mata ibu bapa dan keluarga.

Menurut Shana, Ratu X adalah gelaran yang diberikan kepada remaja perempuan yang sering mendapat perhatian lelaki yang biasanya melepak sekitar pusat beli-belah berkenaan dan untuk mendapatkan gelaran itu, beberapa syarat perlu dipatuhi.

"Syaratnya mudah saja, untuk menjadi ratu atau popular di kalangan remaja di situ, seseorang itu hendaklah bermalam dengan seramai mungkin lelaki dan lelaki yang dipilih juga harusnya golongan berada atau yang mempunyai ramai kawan atau pengaruh.

"Kumpulan remaja di situ hanya akan berkumpul setiap hujung minggu bermula jam 4 petang hingga awal pagi," katanya kepada Metro Ahad.

Ulasan GB

Sepatutnya usaha HIMPUN juga perlu membenteras gejala sosial yang semakin menjadi-jadi seperti gejala di atas.


[Video] MotoGP Malaysia Batal, Penunggang Honda Mati Dalam Kemalangan Di Litar Sepang

Posted: 23 Oct 2011 05:20 AM PDT

TERKINI: Sepang - Penunggang Honda, Marco Simoncelli (gambar kecil) dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dan kepalanya dilanggar dua pelumba lain pada perlumbaan kategori MotoGP di Litar Sepang, sebentar tadi.

Ia adalah kecelakaan besar menimpa MotoGP Malaysia di litar Sepang petang ini. Pada lap kedua penunggang pasukan San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli terjatuh dan kepalanya dilanggar oleh dua pelumba lain Colin Edwards serta Valentino Rossi. Penunggang Honda itu dilaporkan meninggal dunia.

Super Sic, julukan Marco Simoncelli, gagal mengawal motorsikalnya di selekoh 11 sehingga dia terjatuh di litar. Malangnya, Edward dan Rossi yang datang terlanggar beliau hingga akhirnya kedua-dua penunggang tersebut ikut terjatuh.

Edwards dan Rossi masih mampu bangkit. Sementara Simoncelli yang masih terkapar tak sadarkan diri dengan helmet tercabut langsung dinaikkan ke ambulans. Beliau diberitakan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala akibat dilanggar dua pelumba itu, Edward dan Rossi.

Bendera merah tanda acara dihentikan juga terus berkibar. Sebelum ini ada berita bahawa acara tersebut akan kembali diteruskan, namun setelah menunggu beberapa ketika pihak penganjur Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports akhirnya mengumumkan acara petang ini secara rasmi dibatalkan.

Sementara Edward, diberitakan menderita cedera serius di bahunya.

Italian rider Marco Simoncelli has died after a horrific crash at the Malaysian MotoGP in Sepang.

The race was stopped on lap two when Simoncelli's bike veered across the track at turn 11 into the path of Colin Edwards and Valentino Rossi.

The 24-year-old had his helmet knocked off and was hit by both other riders.

American rider Edwards also fell but escaped serious injury - while fellow Italian Rossi was able to return to the pits.

Simoncelli lay motionless on the track after the impact, while the race was immediately red-flagged.

At first officials were looking to restart the race before the extent of Simoncelli's injuries became clear.

The race was cancelled amid confusion in the grandstand, with fans throwing bottles to show their initial displeasure.


The death is the first fatality in MotoGP since Japan's Daijiro Katoh died from injuries sustained at the 2003 Japanese GP.

It comes a week after British IndyCar driver Dan Wheldon was killed in Las Vegas following a crash.

BBC MotoGP presenter Matt Roberts said: "Marco lost his helmet in the crash. The officials said that, when the track medics got to him, he was in cardiac arrest. They tried to resuscitate him in the ambulance and the medical centre."

Honda rider Simoncelli entered MotoGP for the 2010 season and won his first pole position at the Catalunya race in June this year.

Simoncelli's first podium finish came in the Czech Republic in August when he finished third but he bettered that with a second-place finish at the Australian GP.

World champion Casey Stoner said: "As soon as I saw the footage it just makes you sick inside. Whenever the helmet comes off that's not a good sign."

British MotoGP rider Cal Crutchlow Tweeted: "RIP Marco Simoncelli! A great rider and all round nice guy. My thoughts are with all his family & friends. I will never forget today."

Australian Formula One driver Mark Webber Tweeted: "RIP Marco. A special talent that will be missed. Thinking of your loved ones and all the MotoGP paddock. -BBC




Isu Harga Tanah Dijual Terlalu Rendah: DAP Mahu K'jaan Perak Disiasat

Posted: 23 Oct 2011 01:59 AM PDT

DAP Perak mendesak agar siasatan dijalankan ke atas kerajaan Perak yang didakwa meluluskan lebih 60 ribu ekar tanah di negeri itu dengan bayaran premium yang jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham berkata 60,561.75 ekar tanah telah diluluskan bagi skim industri dan pertanian dengan harga purata hanya RM375 se-ekar.

Walhal Ngeh mendakwa, tanah tersebut mempunyai nilai pasaran sekurang-kurangnya RM20,000 seekar.

Ngeh, yang juga ADUN Sitiawan, menyeru agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memastikan kelulusan tanah tersebut tidak mempunyai unsur rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

"Kalau kita kalikan 60 ribu ini, kalau kerajaan negeri buat public auction, sekurang-kurangnya kita boleh mendapat 1.2 billion,"katanya.

Beliau berkata jumlah RM1.2 bilion yang boleh dipunggut daripada jualan tanah tersebut melebihi belanjawan Kerajaan Negeri yang hanya berjumlah RM800 juta.

Ngeh juga tegas mempertahankan dakwaan itu dan tidak akan menarik balik kenyataannya.

"Saya tidak akan menarik balik kenyataan saya kerana segala yang katakan ni adalah berlandaskan fakta yang kukuh dan saya akan memberikan bukti kepada SPRM yang sememangnya kerajaan negeri telah meluluskan 68,503 ekar untuk skim kuari, pertanian dan perumahan,"katanya.



Tiada ulasan: