Isnin, 24 Oktober 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Minta Maaf Kat Sultan Salah Ke?? Bodoh Betoi La Umno P. Pinang Nie..

Posted: 23 Oct 2011 11:47 PM PDT

Ketua Pembangkang Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim memulakan hari pertamanya di sidang Dewan Dewan Undangan Negeri dengan mempersoalkan rasional ketua menteri negeri itu memohon maaf kepada Sultan Johor berhubung kenytaannya yang didakwa memburuk-burukkan negeri itu.

Azhar yang juga ADUN Penaga, berkata soalan bertulisnya itu dibuat bagi pihak semua penduduk Pulau Pinang, yang ingin tahu mengapa Lim Guan Eng memohon maaf sedangkan ketua menteri itu berkeras bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.

Soalan yang dikemukakannya sebelum Dewan Undangan Negeri bersidang hari ini, bagaimanapun telah ditolak oleh speaker Datuk Abdul Halim Hussein.


Azhar, setiausaha badan perhubungan Umno negeri, berkata soalan yang diajukannya itu adalah "terus-terang dan jelas", dan tidak mempunyai apa-apa agenda tersembunyi.

Katanya, tidak ada niat jahat berhubung soalannya itu kerana ia ditujukan bukan kepada Lim secara peribadi tetapi kedudukannya sebagai ketua menteri Pulau Pinang.

"Seluruh negara tahu tentang hal itu ... tindakan menolak soalan saya adalah tidak munasabah," katanya.

Bulan lalu, Lim memohon maaf kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar kerana menyinggung perasaan baginda berhubung satu kenyataan yang didakwa memburukkan negeri Johor.

Katanya, beliau bersetuju dengan titah baginda yang tidak mahu diseret ke dalam arena politik tetapi merasakan bahawa beliau telah disalah lapor oleh media massa yang dikawal oleh BN.

Blogger Ruang Bicara Faizal Kecut Telur Disaman Husam Musa

Posted: 23 Oct 2011 09:40 PM PDT


Blogger RBF Sembunyi Wajah Ketika Dirakam

Saksi plaintif kes saman anggota EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Husam Musa terhadap Blogger Mohd Faisal bin Rohban Ahmad memberitahu, defendan cuba menyembunyikan wajah ketika gambarnya dirakam semasa beliau menghantar writ saman.

Mohd Shah Karim, 30 berkata, semasa menghantar writ saman kepada Mohd Faisal pada 31 Mei 2010, dia (Faisal) membantah ketika cuba dirakam gambar dengan telefon bimbit di hadapan rumahnya di Shah Alam.

"Ketika saya sampai di rumahnya dia baru tiba dan terkejut ketika diberitahu ada notis saman daripada Dato' Husam.


"Selepas itu beliau menghubungi rakan, peguam dan anggota polis. Tidak lama kemudian datang seorang anggota polis lengkap beruniform dan dua lagi berpakaian biasa serta peguam.

"Anggota polis yang datang dengan kereta Kancil itu membaca writ saman yang saya bawa, kemudian meminta kad pengenalan saya dan Faisal. Ketika itu saya nampak namanya pada kad pengenalan," katanya menjawab soalan peguam Adly Abdul Manas, mewakili Mohd Faisal pada perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini.

Kes terebut dibicarakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim. Plaintif diwakili peguam Hisham Fauzi.

Faisal dalam blognya ruangbicarafaisal.blogspot.com pada 3hb. Oktober, 2009 menulis rencana berunsur fitnah terhadap Husam yang bertajuk, "Husam dan Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta."

Husam dalam pernyataan tuntutannya menjelaskan artikel disiarkan dalam blog defendan adalah mengelirukan dan bermaksud memberi gambaran buruk serta tidak benar terhadapnya.

Ekoran itu plaintif melalui peguamnya mengemukakan notis menuntut defendan memohon maaf secara terbuka dan membayar ganti-rugi.

Husam menuntut defendan memohon maaf secara bertulis tanpa syarat kepadanya, menyiar permohonan maaf dalam blognya, mengiklan permohonan maaf dalam akhbar harian utama & membayar ganti rugi RM500,000.

Selain itu juga Husam juga mebuat tuntutan ganti-rugi teladan, ganti-rugi melampau, punitif, injuksi menghalang defendan atau agen mengulangi penerbitan kenyataan tersebut.

Mohd Shah seorang peniaga yang berasal dari Salor, merupakan saksi kedua kes tersebut.

Sebelum itu Husam dalam keterangan secara bersumpah memberitahu Mahkamah, sebelum artikel tersebut disiarkan beliau menerima sistem pesanan ringkas (SMS) daripada Faisal.

Katanya, selepas artikel tersebut disiarkan, beberapa blog lain turut memetik rencana tersebut sehingga nama baiknya sebagai seorang Ahli Politik dan Anggota Pentadbir Kerajaan terjejas teruk.

"Oleh itu saya berpendapat wajar dikenakan ganti rugi yang lebih tinggi kerana melemparkan fitnah sehingga menjatuhkan air muka seseorang," katanya.

Husam berkata, berdasarkan kepada pencarian dibuat melalui nombor talifon yang digunakan Faisal didaftar bukan menggunakan namanya yang sebenar sebaliknya menggunakan nama adiknya.

Ketika disoal balas peguam defendan, Husam memberitahu Mohd Faisal menggunakan banyak alamat, namun rumah bapanya dikesan di Wakaf Bharu, Tumpat.

Menjawab soalan peguam lagi katanya, selepas menerima notis saman, defendan tiba-tiba berubah sikap di mana Faisal dalam SMSnya memberitahu mahu sertai PAS dan memohon balak.

Hakim kemudian menangguh kes tersebut dan menetapkan sambung bicara pada 12 dan 13 Disember hadapan.

Adly sebelum itu memohon penangguhan kes tersebut memandangkan anak guamnya sedang menunaikan haji.

Beliau juga memberitahu akan mengemukakan tiga saksi iaitu Mohd Faisal, wakil daripada Umno Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

facebook.com

Anwar: Apa kaitan HIMPUN, petani miskin, anak menteri?

Posted: 23 Oct 2011 09:16 PM PDT

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bagaimana wang RM250 juta yang diperuntukan untuk menolong peladang, petani dan nelayan telah disalurkan kepada anak seorang menteri.

Katanya, anak lelaki menteri yang berusia 21 tahun itu langsung tidak mempunyai sebarang rekod ataupun pengalaman dalam bidang pertanian.

"Dasar pelaksanaannya RM250 juta diberi kepada anak seorang menteri, umurnya 21 tahun. Tidak adapa apa rekod apa-apa sekalipun. Patut diberikan keseluruhan (dana itu) kepada petani dan nelayan miskin. Sampai hari ini belum ada jawapan," katanya pada satu sessi dialog bersama graduan muda di Petaling Jaya, semalam.


Menurut Anwar, perkara itu telah dibawa oleh Pakatan Rakyat ke Dewan Rakyat tetapi hingga sekarang, masih tiada penjelasan daripada kerajaan BN.

Pada Bajet 2012, Najib telah mengumumkan peruntukan dana RM1.2 bilion bagi Tabung Pertanian yang bertujuan membantu peladang, petani dan nelayan di negara ini.

Anwar berkata pada dasarnya, perancangan kerajaan itu nampaknya murni tetapi ia sebenarnya diselubungi pelbagai penyelewengan bagi kepentingan politik BN, khususnya Umno.

Sudah salah

"Bolehkah kita terima ini. Secara moral ini sudah salah dan kalau ikut peraturannya sudah (jelas) ini amalan rasuah atau pecah amanah (CBT). Di Malaysia tidak ada jawapan (diberikan). Katalah banyak manapun, tidak akan dilaporkan di media arus perdana," kata Anwar.

Ketua umum PKR itu juga membidas tindakan kerajaan berhubung sebuah agensi yang sepatutnya menolong petani dan nelayan miskin akhirnya dijadikan alat untuk meraih keuntungan beberapa individu.

"Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) diswastakan (menjadi Bernas). Kaut untung besar, daripada siapa, penanam padi. Siapa penanam padi? 95 peratus orang Melayu miskin," katanya.

Menurut beliau, selepas keuntungan besar, syarikat itu kemudiannya dijual kepada seorang tokoh korporat yang rapat dengan Umno dengan beberapa individu tertentu meraihRM30 juta hingga RM40 juta setiap seorang daripada hasil penat lelah petani dan nelayan.

Bernas diberi tempoh pengedaran beras selama 10 tahun hingga tahun 2021.

Menurut Anwar, berdepan dengan masalah dan juga kesilapan yang dilakukan oleh pimpinan Melayu Umno sendiri, pentadbiran Najib cuba meletakkan kesalahan di pihak lain.

"Sekarang ini oleh kerana dikatakan orang Cina ini banyak menyokong Pakatan Rakyat, India ini sekarang adalah berubah-ubah sikit, tumpuan adalah (masyarakat) Melayu.

"(Jadi kata mereka) kita perhimpunkan Melayu kerana ancaman Kristian. Kerana Umno sahaja akan menyelamat Melayu, kalau tidak (kerana) Umno habislah Melayu di negara ini, habislah biasisawa untuk anak-anak Melayu, habislah saham-saham Melayu, kata mereka," kata Anwar dalam nada menyindir.

Orang miskin

Beliau dipercayai merujuk Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang bertujuan mempertahankan akidah umat Islam yang berlangsung Sabtu lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga semalam memuji penganjur semalam yang dikatakan merupakan contoh penganjuran perhimpunan secara aman seperti yang dihasratkan kerajaan.

Katanya, perhimpunan anti murtad itu cukup berbeza dengan BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini pada 9 Julai sehingga lebih seribu perserta ditangkap dan dikenakan pelbagai dakwaan.

Bagi Anwar, tindakan itu hanya bertujuan melalaikan orang Melayu daripada ancaman sebenar yang dihadapi negara hari ini.

"Tapi kita tengok dasar. Yang Melayu apa, baru laksana, suku bilion (diberikan) kepada anak menteri. Baki belum tentu dapat pada orang miskin," katanya lagi.

Himpun: Najib bermuka-muka

Posted: 23 Oct 2011 05:38 PM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Okt: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia membidas kenyataan 'flip flop' Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang memuji program Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) berjalan dengan aman dan teratur berbanding himpunan Bersih 2.0 yang lalu.

"Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan kenyataan tersebut cukup hina, berniat jahat dan menunjukkan sikap sebenar seorang Perdana Menteri yang pandai 'bermuka-muka' sedangkan Sekretariat Bersih 2.0 telah mengikut prosedur yang ditetapkan untuk menjayakan program tersebut dengan mematuhi saranan Yang di-Pertuan Agong," kata pengarahnya, Mohd Sany Hamzan.


Tetapi , katanya amat malang sekali apabila pihak kerajaan dengan sewenang-wenangnya terus melabel Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram, menangkap penjual dan pemakai baju kuning Bersih 2.0, menggunakan pihak polis untuk memburu dan menangkap pimpinan Bersih 2.0 dan pimpinan Pakatan Rakyat, menidakkan permit himpunan walupun diarahkan untuk memohon permit, menghalang untuk menggunakan stadium walaupun Perdana Menteri berjanji untuk menyediakan kemudahan stadium kepada himpunan Bersih 2.0.

Kata beliau, sememangnya program Himpun tidak mengganggu dan mengacau mimpi pemimpin Umno dan Barisan Nasional kerana agenda aqidah umat Islam tidak menjadi agenda utama perjuangan Umno dan tidak mampu untuk menggugat kuasa pemerintahan mereka.

Ini, ujarnya berbanding agenda Bersih 2.0 yang membabitkan perjalanan pilihanraya yang telus, bersih dan adil boleh menyebabkan Umno BN akan kehilangan kuasa pemerintahan mereka selama ini yang diperolehi dengan cara yang cukup kotor, penipuan, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan sehingga ke tahap 'menjual maruah negara'.

"Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan kenyataan Datuk Seri Najib hanyalah sebagai lakonan terbaru beliau apabila melihat kegagalan Bajet 2012 diterima oleh rakyat, penolakan sepina mahkamah untuk menjadi saksi utama kes liwat II Anwar Ibrahim, kes cincin Rosmah, tekanan tehadap perbincangan Undang-undang Hudud Negeri Kelantan dan Terengganu, penghinaan terhadap institusi beraja dan pelbagai lagi isu yang menggugat kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri dan Presiden Barisan Nasional," ujarnya.

Peguam: Respons Prof Aziz Bari dihantar petang ini

Posted: 23 Oct 2011 05:15 PM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Okt — Prof Dr Abdul Aziz Bari akan mengemukakan respons kepada surat tunjuk sebab pengurusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), yang menjadi kontroversi akhir minggu lalu, hari ini kata peguam beliau.

"Draf surat jawapan sudah siap, Prof Aziz pun sudah luluskan, dan beliau akan menandatangani pagi ini, dan saya akan menghantar kepada UIA petang ini," kata Dr Zulqarnain Lukman ketika dihubungi lewat malam tadi.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan kandungan respons disediakan Aziz.

"Tunggu dulu, biar kami serahkan kandungan kepada UIA," kata beliau.


Pengurusan UIA mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Aziz (gambar) berhubung kenyataan pensyarah undang-undang itu ekoran titah Sultan Selangor berkaitan isu Gereja Methodist Damansara Utama dan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru ini.

UIA memberi masa seminggu sehingga 4 petang esok kepada Aziz untuk menjawab surat tunjuk sebab itu.

Surat tunjuk sebab itu juga menyebut beliau digantung perkhidmatan sehingga siasatan selesai dan dilarang memasuki kampus UIA.

Jumaat lalu, Rektor UIA Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin berkata Aziz perlu menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin, Tatatertib dan Kakitangan UIA berhubung kenyataan mempertikaikan titah Sultan Selangor.

Beliau berkata jika Aziz tidak membalas surat tunjuk sebab itu dalam masa ditentukan, pensyarah berkenaan boleh dihadapkan ke Lembaga Displin, Tataterib dan Kakitangan UIA untuk dibicarakan.

Zaleha berkata kenyataan Aziz berhubung titah ucapan Sultan Selangor akan disiasat mengikut Peraturan 15 Peraturan Tatatertib Kakitangan universiti itu.

Dalam pada itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Amidi Abdul Manan berkata, sewajarnya segala persoalan akademik dilayan secara akademik, bukan menerusi tindakan undang-undang atau seumpamanya kerana sebarang isu yang melibatkan pandangan, pendirian dan buah fikiran dalam bidang kepakaran seseorang adalah persoalan akademik.

"Seharusnya medium perbincangan dibuka seluas-luasnya menerusi forum, perbahasan dan perbincangan ilmiah. Tampilkan pandangan lain yang boleh menjadi pencabar atau alternatif kepada pandangan yang menjadi tajuk perbincangan," kata beliau dalam satu kenyataan.

Amidi berkata jika perkara ini terjadi, Abim percaya kredibiliti kedua-dua pihak dapat dipelihara dan bakal menjadi teladan kepada orang ramai dalam usaha memasyarakatkan ilmu.

Katanya, Abim juga khuatir jika ada campur tangan luar yang membayangi isu ini dan jika ia berlaku, ia akan merugikan kedua-dua pihak dan akhirnya akan menghilangkan kepercayaan masyarakat terhadap dunia akademik di Malaysia.

"Abim menuntut isu ini diselesaikan dengan segera secara matang dan bertanggungjawab oleh semua pihak," kata beliau lagi.

Fitnah Ramas Buah Dada - Najib Tegur Siapa Ni Muhyiddin Oi..??

Posted: 23 Oct 2011 05:13 AM PDT

Najib: Jangan heret keluarga kerana politik

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa pemimpin-pemimpin tidak kira parti politik supaya tidak mengheret urusan keluarga demi kepentingan politik masing-masing, sebaliknya memfokus soal berkaitan dengan dasar.

Ia kenyataan pertama Najib sejak blog pro-Umno membuat dakwaan kononnya anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah mencabul kehormatan rakan pelajar wanita dan menggunakan kedudukan bapanya untuk melepaskan diri daripada hukuman.

Pelajar perempuan yang dikaitkan dengan isu itu, yang belajar di Amerika Syarikat, telah menafikan dakwaan sedemikian. Begitu juga pengetua sekolah anak Lim belajar sebelum ini.


Beberapa pihak sejak pagi tadi menggesa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf secara terbuka kerana mengeluarkan kenyataan seolah-olah menyokong blog pro-Umno yang membuat dakwaan itu.

Semalam, Muhyiddin meminta Lim membuat laporan polis dan membiarkan polis menjalankan siasatan bagi menjelaskan keadaan sebenar kerana penafian sahaja tidak mencukupi.

"Penafian adalah tidak mencukupi. Kalau tidak buat, minta polis untuk menyiasat dan bersihkan nama," kata Muhyiddin.

Hari ini, Najib (gambar) memberitahu: "Keadaan yang ideal ialah demokrasi moden di mana anda memberi tumpuan ke atas perkara-perkara berkaitan dasar."

"Apabila anda membahaskan kelemahan polisi dari sudut kelemahan pelaksanaan, biarkan keluarga ke tepi atau (anda) mengeksploitasi urusan keluarga bagi keuntungan politik sendiri," kata beliau selepas menghadiri perhimpunan perdana pesara polis dan bekas anggota polis di PWTC di sini.

"Anda perlu bersetuju dengan beberapa (elemen) etika. Ia terpakai kepada kedua-dua sebelah.

"Saya tidak bercakap mengenai fakta kes ini. Saya tidak tahu mengenai fakta kes ini, tetapi jika anda mahu bercakap mengenai etika, kecualikan keluarga, maka setiap orang perlu mematuhinya termasuk pembangkang," kata beliau.

Pagi tadi, Naib Presiden PKR N Surendran mahu Muhyiddin dengan segera memohon maaf kepada Lim kerana membuat kenyataan sedemikian.

"Kami menggesa Umno-BN menghentikan politik memfitnah dan pembunuhan karakter," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Surendran, yang juga seorang peguam berkata, beliau terkejut kerana Muhyiddin sebagai pemimpin tertinggi negara sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan pelajar perempuan yang dikaitkan, Anya Sun Corke, yang didakwa menjadi mangsa sendiri telah menafikan perkara tersebut dan melahirkan rasa simpati kepada keluarga Lim, anak dan keluarganya.

"Dalam bertindak sedemikian, Anya Corke yang muda telah menunjukkan sikap lebih matang dan sopan berbanding timbalan perdana menteri negara kita," kata Surendran dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, DAP menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegur timbalannya kerana memberi sokongan bulat-bulat kepada pemblog-pemblog pro-Umno untuk mengaibkan dan memusnahkan kehidupan anak Lim.

"Kami terkejut dan marah dengan (kenyataan) Timbalan Perdana Menteri yang dilaporkan berkata bahawa jika Ketua Menteri Pulau Pinang merasakan adalah penting untuk membetulkan maklumat, maka beliau seharusnya datang dengan kenyataan sangat keras. Penafian sahaja tidak mencukupi'," kata Setiausaha Publisitinya Tony Pua.

Dalam kenyataannya, Pua berkata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno seharusnya memeriksa maklumatnya kerana Lim bukan sahaja telah mengeluarkan kenyataan tegas pada minggu lalu, malah "kami telah membuktikan bahawa keseluruhan kes ini adalah rekaan semata-mata."

Selain itu kata beliau, mangsa yang didakwa terlibat dalam kes, yang berusia 21 tahun, sendiri telah menafikan perkara tersebut.

"Mangsa yang didakwa juga telah mengeluarkan kenyataan kepada kesemua media, mengatakan bahawa dia tidak pernah datang ke Malaysia sepanjang tujuh tahun lalu," kata Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini.

Perkara itu turut dinafikan oleh pengetua SMK Heng Ee, sekolah yang anak lelaki Lim belajar sehingga akhir tahun lalu.

Himpunan 5 Ribu Umat - Umno Yang Anjur Mestilah Baik Dan Bagus.. Hahaha

Posted: 23 Oct 2011 04:59 AM PDT

PM puji HIMPUN teratur tidak seperti BERSIH 2.0

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini memuji penganjur perhimpunan anti murtad HIMPUN semalam yang dijalankan secara teratur.

Katanya, HIMPUN cukup berbeza dengan BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini pada 9 Julai sehingga lebih seribu perserta ditangkap dan dikenakan pelbagai dakwaan.

"Itulah apa yang saya maksudkan apabila saya tawarkan stadium untuk BERSIH 2.0 berhimpun," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis penghargaan kepada polis-polis veteran di Kuala Lumpur petang ini.


"Berbanding dengan huru-hara pada BERSIH 2.0 denagn perhimpunan semalam, terdapat perbezaan yang besar. Tiada siapa yang diganggu,tertekan atau merasa tidak selamat akibat perhimpunan itu."

Menurut Najib, HIMPUN mencerminkan usaha dalam agenda pembaharuannya bagi meminda Seksyen 27 Akta Polis untuk membenarkan lebih banyak ruang untuk demonstrasi aman.

Gimik 300 sertai Umno di Tanah Merah dibongkar

Posted: 23 Oct 2011 04:04 AM PDT

TANAH MERAH, 23 Okt: Gimik kononnya 300 penyokong PAS di Taman Perumahan Hulu Kusial menyertai Umno terjawab apabila hanya 20 orang sahaja dikenal pasti ahli dan bekas penyokong PAS.

Selebihnya penyokong Umno menyertai Umno berkali-kali. Strategi itu sudah kerap kali diuar-uarkan di Pasir Puteh sebelum ini.

Namun impian Umno dengan diketuai Datuk Mustapa Mohamed mengumpankan bekas penyokong PAS terbabit tidak kekal lama apabila sebahagiannya mendedahkan sebagai gimik semata-mata.

Setiausaha Majlis Tindakan Dun Gual Ipoh, Razali Yusof berkata, sebahagian bekas penyokong PAS terbabit ketika ditemui memberi jaminan mahu kembali semula kepada perjuangan asal.


"Mereka hadir pada program penyerahan borang menyertai Umno semata-mata kerana sentimen bersifat sementara," katanya ketika ditemui pada program ceramah sempena 160 bekas Umno dari lima kampung menyertai PAS di Gual Ipoh malam kelmarin.

Penyokong dan bekas ahli Umno itu diketuai anggota jawatankuasa Umno Cawangan Bukit Kelidang, Rustam Mustafa, 37.

Beliau menyerah borang mewakili rakan-rakannya kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada program yang diadakan di rumah Mohd Yusof Mat Zain, 62, seorang usahawan berjaya di kampung itu.

Sebelum program ceramah bermula diadakan solat hajat dan perasmian dewan terbuka di tapak ceramah milik Mohd Yusof atau lebih dikenali Abe Soh.

Pada 11 Oktober lalu media melaporkan seramai 300 penyokong setia PAS di Hulu Kusial menyertai Umno yang diketuai Zahari Mamat.

Ekoran program itu Mustapa yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan mendakwa sokongan terhadap Umno semakin pulih.

Rustam yang pernah menjadi perwakilan Umno Tanah Merah ke perhimpunan agung parti itu di Kuala Lumpur memberitahu sudah sampai masanya beliau dan rakan-rakan meninggalkan Umno kerana usahanya selama ini tidak dihargai parti itu.

Katanya, Umno hanya mengharap tenaga ketika beliau senang, dan ketika berdepan dengan kesusahan hidup mereka tinggalkan.

"Alhamdulillah Cikgu Wan dan Abe Lie banyak membantu saya memberi kesedaran baru dalam hidup," katanya.

Hadir pada program itu Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, anggota-anggota Exco, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman, Abdul Fattah Mahmood dan Adun Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustafa.

Tempat ceramah tersebut penuh sesak dengan kehadiran orang ramai biar pun hujan turun lebat pada sebelah petang.

Manakala lebih 100 lagi ahli dan penyokong Umno akan mengisytihar menyertai PAS di Dun Bukit Panau dalam masa terdekat ini.

(Ikuti laporan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang).

Guan Eng: Muhyiddin terbukti gagal ‘ujian moral dan etika’ jadi PM

Posted: 23 Oct 2011 03:10 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Okt — Lim Guan Eng melabel Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pemimpin "pengecut" dan "gagal dalam ujian moral menjadi perdana menteri" kerana mengulangi dakwaan blog kononnya anak lelaki beliau telah mencabul kehormatan rakan pelajar wanita.

Ketua Menteri Pulau Pinang berkata beliau terkejut dan mual dengan kenyataan Muhyiddin yang menyerang anaknya demi kepentingan politik, sebaliknya menggesa pemimpin nombor dua Umno itu agar memfokus ke atas dirinya jika mahu.

"Jika Muhyiddin sangat membenci saya, beliau boleh melakukan yang terburuk untuk menghabiskan saya dari politik," kata Lim (gambar) dalam satu kenyataan.


"Sebaliknya Muhyiddin tidak harus menyertai mereka yang pengecut untuk memilih anak saya berusia 16 tahun dan terus meletakkan anak saya dalam keadaan trauma," kata beliau.

Lim juga berkata Muhyiddin telah gagal ujian moral dan etika untuk menjadi perdana menteri kelak kerana mengulangi pembohongan ke atas remaja yang tidak boleh mempertahankan dirinya, meskipun pelajar yang kononnya menjadi mangsa telah menafikan dakwaan-dakwaan yang dibawa blog-blog Umno.

Tambah Lim, Muhyiddin berhadapan dengan risiko kehilangan rasa hormat di mata masyarakat umum jika terus mengulangi dakwaan itu.

The Malaysia Insider

Tiada ulasan: