Kelab Greenboc |
- [Bergambar & Video] Kecelakaan Babitkan 15 Kereta Lumba IndyCar, Seorang Maut
- Warga Singapura Dirompak Di JB, Akhbar Singapura Pertikai Jaminan Keselamatan Polis Johor
- WASPADA: Lelaki Maut Akibat Renjatan Eletrik Pemanas Air Mandi
- Mahathir Lupa Dia Pernah Mengaku Dia Tikus Yang Sanggup Menderhaka Raja
- Lelaki Maut Dihempap Lampu Jalan
- [Video Bergambar] Komandan & 37 Askar Korea Memeluk Islam Sesudah Mempraktik Solat
- "Saddam Hussein" Dipukul Kerana Tolak Main Filem Porno
- Nafikan Hak Royalti Kelantan, UMNO BN Pasti Tumbang
- Peniaga Perlu Timbang Rasa, Ada Yang Mati & Bersalin Dalam Kereta Kerana Kesesakan Lalulintas
- Selepas Khalid Samad & Mat Sabu, Giliran Aziz Bari Pula Bakal Saman Utusan Malaysia
[Bergambar & Video] Kecelakaan Babitkan 15 Kereta Lumba IndyCar, Seorang Maut Posted: 17 Oct 2011 12:58 AM PDT Las Vegas: Pemandu kelahiran Britain, Dan Wheldon terbunuh dalam kemalangan buruk pada siri akhir perlumbaan Las Vegas 300 IndyCar, pagi tadi. Gambar: PEMANDU Will Power (kiri) melayang ke udara dalam Kejohanan Dunia IZOD IndyCar di Las Vegas, hari ini. Dalam perlumbaan siri akhir itu juga, pemandu Dan Wheldon terbunuh apabila keretanya melambung ke atas sebuah kereta lain dan merempuh pagar ketika kemalangan membabitkan 15 buah kereta. - Foto Reuters Wheldon (gambar kanan), 33, pemenang Indianapolis 500 pada Mei lalu, mati akibat kecederaan parah selepas keretanya melambung ke atas sebuah kereta lain dan merempuh pagar ketika kemalangan membabitkan 15 kereta. Kereta yang dipandu oleh pelumba itu terbang ke udara dan terbakar. Akibat kecelakaan ini, keretanya hancur musnah dan meninggalkan serpihan-serpihan bertaburan di litar. Beberapa kereta lain turut melambung manakala selebihnya terbabas akibat terbakar. Ketua Eksekutif IndyCar, Randy Bernard, berkata pihaknya amat sedih apabila mengumumkan bahawa Wheldon mati kerana kecederaan parah. "Ingatan dan doa kami untuk keluarganya hari ini. Pemandu-pemandu lain sudah dimaklumkan mengenai kematian mendiang sebelum Bernard membuat pengumuman rasmi," katanya. - AFP |
Warga Singapura Dirompak Di JB, Akhbar Singapura Pertikai Jaminan Keselamatan Polis Johor Posted: 16 Oct 2011 11:40 PM PDT Belum terjamin... warga S'pura dirompak di JB MESKIPUN ada jaminan daripada Ketua Polis Johor bahawa negeri itu selamat bagi warga Singapura dan penjenayah tidak menyasari warga republik ini, seorang wanita Singapura telah menjadi mangsa rompak, ironinya pada hari yang sama jaminan itu dibuat. Gambar: CERMIN DIPECAH: Perompak memecahkan tingkap kereta Cik Farah sebelum melarikan begnya berisi wang $2,300. Keretanya ditinggalkan di sebuah bengkel kereta di JB. -- Foto FARAH Cik Farah (bukan nama sebenar), 55 tahun, kehilangan wang $2,300, kad pengenalan dan beberapa kad kredit apabila tingkap depan keretanya dipecah. Beg jenama Braun Buffel berwarna coklat yang diletakkan di atas tempat duduk di situ, dibawa lari. Semasa kejadian pada sekitar 5.45 petang Jumaat lalu, kereta Toyota Camry yang dipandunya sedang berhenti, sementara menunggu lampu trafik di sebuah simpang yang sibuk dekat Hotel Thistle Johor Bahru. Beliau sedang dalam perjalanan ke pasar Larkin seorang diri untuk membeli barang bagi perniagaan runcitnya - rutin beliau dua kali seminggu sejak setahun lalu. 'Semuanya berlaku sekelip mata. Bunyi kuat apabila tingkap dipecahkan membuat saya terkejut. 'Saya sangka kereta saya dilanggar tapi bila saya nampak tangan capai beg saya, saya sedar saya dirompak,' kata Cik Farah semalam. Menurut ibu empat anak itu kejadian berlaku terlalu cepat dan beliau tidak sempat mengecam muka kedua-dua lelaki itu, yang kemudian melarikan diri menaiki motosikal. Namun beberapa saksi memberitahu beliau kededua lelaki tersebut berbadan kurus dan berbangsa Melayu. Pembonceng motosikal itu, yang dilihat tidak memakai topi keledar, telah turun daripada motosikal sebelum memecahkan tingkap kereta Cik Farah, merampas begnya dan naik semula motosikal lalu memecut. 'Saya menekan hon lama dan sekuat-kuatnya tetapi tidak sebuah pun kereta di depan yang perasan saya dirompak. 'Kalau salah seorang pemandu di depan saya buka pintu kereta, perompak tersebut tak boleh lari,' kata Cik Farah, meluahkan rasa kesal atas sikap sesetengah pemandu yang tidak ambil kisah. Katanya, beliau trauma seketika dan menangis memikirkan kejadian itu. Pagi Jumaat lalu, Ketua Polis Johor, Dato' Mohd Mokhtar Haji Shariff, mendedahkan tanggapan bahawa Johor sebuah negeri dengan kadar jenayah yang tinggi adalah salah. Katanya, daripada 14.1 juta warga Singapura yang melawat Johor tahun lalu, hanya 0.002 peratus atau 320 orang menjadi mangsa jenayah di situ. Cik Farah berkata semasa beliau membuat laporan di balai polis Johor Bahru Central pada petang itu, beliau bertemu seorang warga Singapura yang menceritakan pengalaman serupa, namun berlaku sehari sebelumnya. 'Saya nasihatkan warga Singapura yang ke Seberang Tambak agar jangan letak beg di atas tempat duduk, mahupun di paha. 'Biar duit kita hilang, jangan kita pula cedera terkena serpihan kaca,' kata Cik Farah yang masih akan ke Johor tetapi tidak lagi seorang diri. -bhs |
WASPADA: Lelaki Maut Akibat Renjatan Eletrik Pemanas Air Mandi Posted: 16 Oct 2011 09:39 PM PDT Kuching: Rasa pelik bunyi air pancutan dalam bilik mandi selama beberapa jam membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai terkena renjatan elektrik ketika menggunakan alat pemanas untuk mandi, awal pagi semalam. Gambar hiasan Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa yang juga seorang juruteknik, Mohd Nesruddin Saji, 48, ditemui mati dalam bilik air rumahnya di Taman Seri Cahaya, Jalan Batu Kawa, di sini dengan sebahagian muka dan badannya melecur. Mayatnya ditemui anak saudaranya yang curiga apabila mendapati pintu rumah tidak berkunci selain televisyen masih terbuka sebelum membuat pemeriksaan. Menurut anak saudaranya, Stephen Ng Wee Chung, 18, dia terkejut ketika menemui bapa saudaranya itu sudah tidak lagi bernyawa dengan tangan kiri menggenggam pemegang pemanas air manakala bahagian kiri muka serta dada kehitaman seperti kesan terbakar. "Ketika kejadian, bapa saudara saya seorang diri di rumah kerana ibu saudara pulang ke kampung di Serian. Rumah saya terletak berhampiran dan menjadi kebiasaan bagi saya dan ahli keluarga lain untuk menjenguknya setiap hari," katanya. Katanya, sebelum itu, adik lelakinya, Wee Kim, 16, ada ke rumah itu kira-kira jam 11 malam namun tidak mengesyaki apa-apa mencurigakan kerana memikirkan bapa saudaranya itu sedang mandi. "Apabila adik saya ke rumah itu, dia mendapati televisyen masih terbuka dan terdengar bunyi air dari dalam bilik air. Adik ketika itu menyangka bapa saudara saya itu sedang mandi sebelum terus pulang semula ke rumah kami," katanya. Katanya, dia kemudian kembali beberapa jam kemudian untuk memeriksa keadaan namun berasa tidak sedap hati apabila tidak ternampak kelibat bapa saudaranya itu selain mendapati pintu rumahnya tidak dikunci. "Saya berasa pelik kerana mendapati bapa saudaranya masih mandi dan memanggilnya beberapa kali namun tiada jawapan sebelum menolak pintu bilik air," katanya. Stephen berkata, dia percaya bapa saudaranya meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik ketika mandi kerana dia turut merasainya ketika cuba mengalihkan pemegang pemanas air itu dari tangan bapa saudaranya itu. Sementara itu, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terpaksa memotong wayar elektrik pemanas air berkenaan sebelum membawa mayat mangsa keluar dari bilik air. Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk menjalankan bedah siasat. -hm Ulasan GB Kejadian ini kerap berlaku. Sentiasa berwaspada dan selanggara alat pemanas mandi untuk pastikan tiada masalah terutama "pendawaian"nya jangan ada yang rosak. Kedua, elakkan memegang gagang pemandi sewaktu mandi dan sebaik-baiknya ia diletakkan di penyangkutnya di dinding. Dan jangan biarkan anak kecil anda mandi atau bermain dengan alat pemanas air tanpa pengawasan. |
Mahathir Lupa Dia Pernah Mengaku Dia Tikus Yang Sanggup Menderhaka Raja Posted: 16 Oct 2011 08:00 PM PDT Enggan Minta Maaf, Dr Mahathir Anggap Dr Aziz Bari Kurang Ajar SERI ISKANDAR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan keengganan Profesor Dr Abdul Aziz Bari memohon maaf serta menarik balik kenyataannya yang mempertikai titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan gereja di Damansara Utama Ogos lalu, 'sebagai kurang ajar'. Beliau berkata kenyataan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu bertentangan dengan moral masyarakat Timur dan boleh disifatkan sebagai kurang ajar dalam bahasa Melayu. "Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Petronas (UTP) Ke-11, Ahad. Dr Mahathir, yang juga Canselor UTP, diminta mengulas kenyataan Dr Abdul Aziz yang disiarkan sebuah portal berita bahawa tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja bukan sesuatu tindakan yang lazim. Abdul Aziz dilaporkan berkata sebagai Ketua Agama Islam di Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhak campur tangan, namun ia perlu dilakukan selaras dengan ajaran Islam. Terdahulu, Dr Mahathir menyampaikan Anugerah Canselor Emas kepada graduan Sarjana Muda Kepujian Kejuruteraan Awam Lai Chin Leong, 23, ekoran kecemerlangannya meraih purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.89. Muhammad Aiman Jamaludin, 22, T. Kuhanesapathy, 23, pula menerima Anugerah Canselor Perak dan Gangsa. - BERNAMA Mahathir: Si tikus derhaka yang kononnya membela raja |
Lelaki Maut Dihempap Lampu Jalan Posted: 16 Oct 2011 05:44 PM PDT Gorgetown: Seorang penunggang motosikal maut apabila dihempap lampu jalan yang secara tiba-tiba terjatuh dalam satu kejadian di Jalan Patani, di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa V Ganesan, 27, yang baru sebulan bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi dikatakan menunggang motosikal dari pejabat ke rumahnya di Sungai Pinang, di sini. Menurut sumber, mangsa ketika itu menunggang berseorangan sebelum lampu jalan itu jatuh dan terkena leher menyebabkan mangsa gagal mengawal motosikalnya lalu terjatuh. Difahamkan, mangsa cedera, manakala urat lehernya terputus. "Selepas terjatuh, mangsa tidak sedarkan diri sebelum dibantu orang ramai yang kebetulan melihat kemalangan itu dan menghantarnya ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut. "Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia berikutan mengalami pendarahan teruk di leher," katanya. Sementara itu, bapa mangsa, S Vadiveloo, 52, berkata ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum diberitahu seorang jiran, anaknya terbabit dalam satu kemalangan. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut masih dijalankan. -hm |
[Video Bergambar] Komandan & 37 Askar Korea Memeluk Islam Sesudah Mempraktik Solat Posted: 16 Oct 2011 04:22 PM PDT Perkara yang semamang nyer kita tak sangka dimana seorang askar Korea dengan hanya melihat orang Islam sembahyang, membuatkan diri nya teruja dengan pergerakan solat dan mempraktikannya dan ternyata membuatkan ketenangan terhadapnya dan terus masuk Islam. Menjelang keberangkatnnya ke Iraq di akhir Julai tahun lalu, 37 Askar Korea Selatan memanfaatkan kesempatan itu sebaik-baiknya untuk langsung memeluk agama Islam Kapten San Jin-Gu adalah salah satu komandan Brigade-11SF, pasukan perdamaian PBB dari Korea Selatan yg ditugaskan di Irak. Kapten San dan pasukannya bertugas di wilayah Irbil, Irak Utara. Saat bertugas di wilayah tsb, ia sering mengamati orang2 muslim sholat berjamaah di masjid, kebetulan markas pasukannya berada dekat masjid. Ia sangat tertegun dengan gerakan-gerakan sholat. Karena dihinggapi rasa kepelikan, ia mencuba menirukan seluruh gerakan solat dan dipraktik di biliknya sendirian. Pada saat mempraktikan itulah ia merasakan ada ketenangan, dan perasaan damai dalam hatinya. "Saya menjadi seorang Muslim karena saya merasa Islam lebih humanistik dan damai berbanding beberapa agama lainnya. Dan jika anda ingin berkomunikasi dengan penduduk setempat terhadap pendekatan agama, saya kira ini akan sangat membantu dalam upaya mewujudkan misi perdamaian kita," kata Son, seorang Askar Korea. Itulah sebabnya, gerakan2 solat tersebut kemudian ia jadikan program meditasi di pasukan yg beliau pimpin (disamping Yoga), dan ternyata sebagian besar prajurit setelah mempraktikan gerakan2 sholat tersebut merasakan hal yg sama, mereka juga merasa lebih tenang dan damai. Sejak itu Kapten San berinisiatif mempelajari Islam untuk mengenalnya lebih dalam lagi, dan akhirnya ia memutuskan untuk memeluk Islam. Ketika niatnya ingin memeluk Islam disampaikan kepada prajurit2nya, ia berkata: "aku telah menemukan cahaya kehidupan yg sesungguhnya, aku ingin berada dalam cahaya itu, dan cahaya itu adalah Islam". Tanpa ia duga, secara spontan 37 prajurit yang ia pimpin mengangkat tangan mereka, sebagai tanda ikut bersama komandanya - untuk juga memeluk Islam. Subhanallah-Walhamdulillah-Allahu Akbar! -Toataaujer Ulasan GB Itu, orang yang asalnya bukan Islam, mempraktik solat dan terus mencapai ketenangan lantas memeluk Islam. Tetapi ada diantara umat Islam sendiri, mengabaikan solat ... malah lebih jauh melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam tanpa menyedari dirinya telah melakukan hal yang membatalkan syahadah. Firmanullah: Wahai orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu yang murtad, maka Allah akan datangkan suatu kaum yang Ia kasihi dan mereka juga kasihkan-Nya mereka bersifat lemah-lembut terhadap orang yang beriman dan tegas terhadap orang kafir, mereka berjuang pada jalan Allah, dan mereka tidak takut celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; kerana Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi Meliputi Pengetahuan-Nya. Sural Al-Maidah:54 |
"Saddam Hussein" Dipukul Kerana Tolak Main Filem Porno Posted: 16 Oct 2011 08:59 AM PDT Kaherah - Sebagai seorang Muslim yang taat, Mohamed Bishr tentunya ingin patuh ajaran Islam. Tetapi dirinya cedera teruk dipukuli oleh sekelompok orang, ketika menolak dipaksa berperanan dalam sebuah film porno hanya kerana dirinya mirip Saddam Hussein. Gambar: Saddam Husseinkah ini? Bukan. Beliau ialah Mohamed Bishr yang dipukul kerana enggan main filem porno (Foto: Reuters) Siapa yang tidak kenal Saddam Hussein? Bekas pemimpin Irak yang akhirnya tewas di tiang gantung. Memiliki wajah yang mirip seperti Saddam Hussein rupa-rupa mendatangkan nasib kurang baik bagi Mohamed Bishr. Ketika ini beliau terpaksa menjalani rawatan di hospital, setelah babak dipukuli oleh tiga orang yang tak dikenalnya. Ketiga orang tersebut memaksa si "Saddam Hussein" ini untuk berperanan dalam sebuah film porno. Namun, keinginan ketiga orang yang tidak dikenal yang membawa senjata tersebut telah ditolak mentaholeh Bishr, menyebabkan mereka marah dan melakukan penculikan ke atas dirinya. "Tiga orang dengan pistol di pinggangnya, memaksa saya keluar dari kereta dan membawa saya masuk ke sebuah bas mini lalu memukul kepala saya," ungkap Bishr kepada laman Berita Ahram, Sabtu (15/10/2011). -okezone |
Nafikan Hak Royalti Kelantan, UMNO BN Pasti Tumbang Posted: 16 Oct 2011 07:34 AM PDT Kota Bahru – 24 daripada 32 telaga minyak dan gas di Medan Bumi dan Suria berhampiran perairan negeri itu memulakan pengeluaran sejak April lalu, kata Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa. Menurutnya, kerajaan negeri kecewa kerana tidak dimaklumkan perkara tersebut walaupun telaga berkenaan berada di kawasan Kelantan sepertimana hasil royaltinya yang tidak dapat dimiliki rakyat negeri ini. "Berdasarkan pengeluaran minyak dan gas mutakhir, 12 daripada 16 telaga minyak di Medan Bumi sudah mengeluarkan hasil sejak April lalu manakala 12 lagi telaga gas daripada 16 telaga di Medan Suria juga memulakan pengeluaran. "Saya diberitahu Kerajaan Terengganu menerima royalti minyak sebanyak RM936 juta bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini. Bayangkan jika setahun berapa jumlah keseluruhan yang diperolehi Terengganu," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kota Darul Naim, semalam. Sebelum ini, Kerajaan Negeri mendakwa Petronas melanggar Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 kerana tidak membayar royalti, hasil daripada minyak dan gas di perairannya dan di kawasan laut yang bertindih di antara Kelantan-Thailand, Kelantan-Vietnam dan Kelantan-Terengganu. Berikutan dinafikan royalti minyak itu, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos tahun lalu. Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Petroleum berkata, sehingga kini timbul persoalan kenapa Terengganu diberikan keistimewaan menerima bayaran royalti minyak berbanding Kelantan yang diketepikan. Menurutnya, kedua-dua kawasan telaga minyak dan gas itu hampir dengan Kelantan dan hanya mengambil masa 35 minit menggunakan helikopter dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Ulasan GB Salah satu sebab yang menyumbang kepada tumbangnya kerajaan Pusat UMNO BN nanti adalah kerana kezaliman mereka menganiaya rakyat Kelantan dengan merompak hasil royalti minyak yang menjadi hak milik rakyat Kelantan. Di dalam keadaan apa sekalipun, kerajaan UMNO BN tidak sewajarnya menganak-tirikan kerajaan negeri yan diperintah oleh Pakatan Rakyat, di dalam konteks Kelantan, diperintah oleh PAS. Hukum kebenaran akan mengambil tempatnya bahawa yang zalim pasti akan menerima balasannya. Allah tidak akan mengizinkan kerajaan yang zalim itu kekal lama. Bacalah Al-Quran. Di sana ada kisah-kisah pemerintahan Namrud dan Firaun yang zalim. Ada kisah Abu Lahab dan Qarun yang tamak haloba. "Baca" juga di sekeliling kita, tumbangnya Marcos di Filipina dan Thaksin di Thailand adalah kerana kezaliman dan salahguna kuasa. UMNO BN juga pasti tumbang. Itu keyakinan kita. Itu keyakinan orang beriman. Itu keyakinan pejuang kebenaran dan keadilan. Pemerhatian GB: Dan Allah itu Maha Adil. Apabila orang yang dizalimi itu bersabar, Allah akan mengangkat darjatnya. Dan apabila UMNO BN tumbang, anak Kelantan jugalah yang berkemungkinan bakal menjadi orang penting di dalam kerajaan baru di Putrajaya untuk membetulkan semula semua kepincangan dan kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan UMNO BN. Teruskan perjuangan, janji Allah pasti berlaku, kemenangan itu tetap menjadi milik orang beriman. Firmanullah: وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُم فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ "Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal salih di antara kalian, bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa" . (Surah An-Nur : 55). Dan Allah s.w.t. juga berfirman: "Allah tidak akan menyalahi janji-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" (Surah Ar-Rum : 6). |
Peniaga Perlu Timbang Rasa, Ada Yang Mati & Bersalin Dalam Kereta Kerana Kesesakan Lalulintas Posted: 16 Oct 2011 05:35 AM PDT Sebuah pasar malam di Kampung Delek Kiri, Klang telah menyebabkan kesesakan lalulintas yang teruk sehingga pernah meragut nyawa orang kampung apabila laluan ambulans tersekat oleh warong penjaja. Pasar malam yang telah beroperasi selama dua dekad itu menjadikan simpang tiga jalan masuk ke kampung sukar dilalui kenderaan penduduk dan kenderaan kecemasan lain seperti trak bomba. Kejadian-kejadian seperti ini yang menyebabkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengarahkan peniaga-peniaga pasar malam tersebut berpindah 150 meter ke hujung jalan yang sama supaya tidak menghalang simpang tiga tersebut. Akan tetapi, segelintir peniaga pasar malam bertindak mengadakan demonstrasi pada hari Jumaat untuk membantah pemindahan itu. Mereka mendakwa perintah itu menjejaskan periuk nasi mereka. Demonstrasi itu yang dipaparkan di TV3 juga menampilkan Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam yang turut mengkritik kerajaan Selangor. Hari ini ADUN Selat Klang Dr Halimah Ali menjelaskan sebab-sebab arahan pemindahan itu dikeluarkan. "Sudah ada kematian disebabkan sakit jantung di mana ambulans tak boleh masuk. Ada yang bersalin dalam kereta kerana tidak boleh keluar. Ambulans tak boleh masuk ada yang sakit jantung yang telah meninggal." Dr Halimah juga berkata mereka yang terlibat di dalam bantahan tersebut bukan mewakili suara semua peniaga pasar malam itu. "Segelintir peniaga-peniaga yang tak mahu berpindah kononnya hilangnya customer, mereka dah lama. Katanya tak ada bangkangan dari penduduk. Ini tidak benar sebab saya dapat aduan daripada ketua kampung sendiri. Bahkan orang surau sendiri." Halimah berkata demikian pada sidang media di UniSel. Beliau berharap, peniaga pasar malam akur dengan arahan MPK bagi menghormati perasaan penduduk. "Saya nak nasihatkan kepada peniaga-peniaga yang majoriti bukan orang kampung itu dan penduduk terpaksa menerima. Masalah kerana mereka nak mengaut ke-untungan. Jadi saya harapkan semua jadi rasional. Kerajaan Negeri mengalu-alukan perniagaan tetapi jangan kita nak dapat keuntungan kita menyebabkan orang lain sakit, mati, susah." |
Selepas Khalid Samad & Mat Sabu, Giliran Aziz Bari Pula Bakal Saman Utusan Malaysia Posted: 16 Oct 2011 03:55 AM PDT Aziz Bari: Saya tak nafi kuasa Sultan, kaji saman media pesong kenyataan Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata beliau sedang mengkaji dengan serius untuk menyaman Utusan Malaysia dan media lain yang menurut beliau telah memutar belit kenyataannya tentang titah Sultan Selangor mengenai isu Gereja Methodist Damansara Utama. Kata pakar perlembagaan ini, pihak-pihak terbabit sepatutnya mengulas dan menganalisis pendapat beliau, bukannya menuduh "derhaka" dan meminta pengurusan Universiti Islam Antabangsa (UIA) mengambil tindakan ke atasnya. "Saya tidak pernah menafikan kuasa Sultan sebagai ketua agama; malah saya akui kuasa itu. Saya hanya komen bagaimana kuasa itu digunakan," kata pensyarah UIA ini dalam satu kenyataan hari ini. Aziz berkata di bawah undang-undang Malaysia tidak ada konsep derhaka atau kurang ajar. "Hanya Thailand yang mempunyai undang-undang 'lese majeste' yakni undang-undang yang menghukum mereka yang menghina raja," katanya. "Tuduhan derhaka dan kurang ajar itu mahu memprovokasi masyarakat supaya membenci saya. Mereka juga putar belit kenyataan saya kononnya saya enggan minta maaf," kata beliau lagi. "Apa salah saya? Dengan siapa saya hendak mohon maaf? Saya hanya beri komen tentang satu perkara yang dalam bidang kajian dan pengetahuan saya," kata beliau sambil menambah, "menuduh saya derhaka tentunya tidak logik kerana saya telah banyak menulis mengenai raja berperlembagaan di Malaysia." "Tesis PhD saya berjudul The Development and Role of Constitutional Monarchy yang dikemukakan kepada Universiti Birmingham, England menghurai pelbagai kuasa raja termasuk dalam aspek agama. "Saya kemudian menerbitkan buku bertajuk Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan Di Sisi Perlembagaan pada 2002 yang dilancarkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Saya juga menulis satu-satunya huraian mengenai kuasa agama raja-raja dalam buku saya Islam dalam Perlembagaan Malaysia (2005)," katanya lagi. Oleh itu soal beliau, "logikkah saya, dengan tulisan yang begitu banyak, hendak derhaka dan biadab kepada raja-raja?" Sambil menegaskan beliau telah memulakan kajian ini sejak 1991, Aziz menambah, "orang-orang seperti Senator Ezam (Mohd Nor), (Pengerusi Pengerusi Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor) Hamidzun Kamarudin dan (Ahli Parlimen) Datuk Zulkifli Noordin elok duduk dan baca buku." "Jangan mengarut dan menyesatkan orang lain," katanya lagi. Aziz juga berkata beliau difahamkan sebuah stesen webTV hendak menganjurkan debat antara saya dengan Zulkifli dan beliau bersedia bila-bila masa. "Saya harap Zul jangan lari dan jangan hanya berani dalam Parlimen sahaja. Dia cabar saya supaya berhenti UIA dan masuk politik. "Saya tak minat politik. Saya hanya mahu berkongsi dengan masyarakat apa yang saya kaji selama ini," katanya. Baru-baru inini, Ezam menggesa agar portal berita MalaysiaKini dan Aziz disiasat dibawah Akta Hasutan 1948 atas alasan mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama. "Aziz Bari telah berlaku biadap dan derhaka kepada Institusi Raja Melayu dengan menghasut orang ramai untuk membenci institusi Raja-raja Melayu. "Kenyataan Aziz ini dikeluarkan oleh laman portal MalaysiaKini," kata Ezam selepas membuat laporan polis di Shah Alam. Katanya, Aziz dan MalaysiaKini menunjukkan sikap biadap, kurang ajar, dan melampaui batas yang dipercayainya perbuatan terancang dan mempunyai agenda jahat disebaliknya. Aziz dipetik berkata tindakan Sultan Selangor untuk campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja itu bukan sesuatu tindakan yang biasa terjadi. Menurutnya, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campur tangan tetapi ini perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam. Beberapa Ahli Parlimen membidas Aziz kerana kenyataannya. Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, pensyarah UIA itu wajar dikenakan tindakan kerana kenyataannya seolah-olah tidak menghormati sultan sebagai ketua agama Islam. Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang mencelah perbahasan Bung Moktar turut bersetuju bahawa tindakan perlu dikenakan terhadap Aziz kerana menyifatkan banyak kenyataan dan tulisan pensyarah itu mengelirukan rakyat selain bersifat partisan. Pandangan sama dikongsi Zulkifli, wakil rakyat Kulim-Bandar Baru, yang secara sinis menyifatkan tindakan itu tidak seharusnya dilakukan oleh seorang yang menggelarkan dirinya sebagai "pakar perlembagaan", kerana menurutnya kuasa sultan dalam hal telah jelas termaktub mengikut Artikel 47 dan 48 Perlembagaan Persekutuan. Ruangan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia, akhbar keluaran Utusan Malaysia hari ini berkata, pihaknya tidak terkejut dengan kenyataan Aziz mempersoalkan titah peringatan Sultan Selangor berhubung isu cubaan memurtadkan orang Islam. "Ramai tahu siapa sebenarnya Abdul Aziz. Awang bukan mahu membuat tuduhan liar tetapi ia sudah menjadi rahsia terbuka sebagaimana yang didedahkan oleh Zulkifli Noordin. "Kecenderungan politiknya kepada pembangkang cukup jelas. Pensyarah hebat seperti Aziz akan selalu mencari kewajaran untuk menjayakan misi politiknya," kata ruangan itu hari ini. -TMI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan