WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
PROF AZIZ BARI DISIASAT SKMM, LIHAT VIDEO INI UNTUK PERBANDINGAN Posted: 16 Oct 2011 10:37 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS DIBERITAKAN Prof Dr Abdul Aziz Bari kini sedang disiasat oleh SKMM atas isu kononnya menghina raja-raja. Sebelum ini Utusan Meloya seperti mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas Pakar Perlembagaan itu. Betulkah Prof Dr Aziz Bari menghina raja? Atau, salahkah beliau menegur atau menasihati raja-raja? Jika dibandingkan dengan kenyataan Prof Dr Aziz Bari dengan kenyataan Tun Mahathir di dalam klip video di atas, siapa lebih hebat? Utusan meloya pula jangan cakap banyak. Semak balik apa yang tidak pernah dilakukan oleh akhbar pencacai ini untuk menghentam raja-raja. Rakyat berharap agar raja-raja boleh menimbang semula isu ini secara bijaksana tanpa terpedaya dengan puak-puak yang suka berpura-pura itu./wfauzdin.blogspot.com |
DEBAT PROF AZIZ BARI DENGAN EZAM SESUMPAH DAN ZUL KULIM Posted: 16 Oct 2011 03:58 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS APABILA Prof Dr Abdul Aziz Bari mengeluarkan pendapat beliau tentang kuasa raja-raja, maka melalak-melolong lah puak-puak yang pernah menghilangkan kuasa raja ini menghentam Pakar Perlembagaan ini. Golongan yang bersekongkol dengan puak yang pernah menaikkan sepanduk " Kami mahu Deris, Natang" di depan Istana Terengganu dahulu berlakon seolah-olah mereka lah yang paling taat setia kepada institusi raja. Ini bukan zaman masyarakat jahil dan bengap, jika ada pun puak-puak mereka sahaja yang masih ketinggalan zaman. Orang seperti Ezam sesumpah dan Zul Kulim dan beberapa orang pencacai itu kehabisan modal maka dikutipnya modal dari Utusan dan TV 3 suku. Betapa rendahnya moral mereka. Jangan lupa kisah ini..... Prof Dr Aziz Bari tetap mempertahankan kenyataannya sambil menegaskan beliau telah memulakan kajian ini sejak 1991, Aziz menambah, "orang-orang seperti Senator Ezam (Mohd Nor), (Pengerusi Pengerusi Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor) Hamidzun Kamarudin dan (Ahli Parlimen) Datuk Zulkifli Noordin elok duduk dan baca buku." Hebat mereka masa itu....kini mahu bercakap pasal raja? Di dalam masa yang sama, Prof Dr Aziz Bari dengan tegas dan berani menyatakan kesanggupan beliau untuk berdebat dengan puak-puak itu. Masalahnya, ada sejarahkah puak-puak seperti itu berani berdebat? Zul Kulim pernah dicabar untuk berdebat oleh YB Khalid Samad dahulu di dalam isu Kalimah Allah. Zul Kulim terkedu kerana standard beliau hanya bercakap seorang diri umpama orang gila di depan TV sahaja. Kali ini, saya yakin tiada seekor pun di antara mereka itu yang berani termasuk Ezam sesumpah. Paling kuat, Ezam sesumpah akan bersumpah lagi di depan TV menyatakan beliau benar. Apa yang penting.....cuppsss..cuppsss..meleleh air liur kat tangan... Di sini, rakyat boleh melihat secara jelas siapa yang benar dan siapa yang bacul. Akhirnya seperti biasa puak ini akan mengadu kepada Istana, Polis dan mahkamah. Itu saja standard mereka./wfauzdin.blogspot.comSumber lanjut, baca di sini. |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan