Isnin, 17 Oktober 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Ramas Buah Dada - Guan Eng Enggan Ulas Fitnah Blogger Sampah Umno

Posted: 17 Oct 2011 12:13 AM PDT

Dakwaan anak VVIP ramas buah dada, Lim enggan ulas

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng enggan mengulas laporan dalam blog pro-Umno yang mendakwa anak lelaki seorang kenamaan di negeri itu mencabul kehormatan seorang rakan pelajar wanitanya.

Sebaliknya, Lim yang juga setiausaha agung DAP mencabar Umno supaya menerbitkan dakwaan itu di akhbar-akhbar dan media milik mereka.

"Biarkan Umno menerbitkan berita itu dulu, kemudian anda boleh saksikan apa yang akan kami buat.


"Apa yang berlaku sekarang, mereka baling batu, sembunyi tangan. Mengapa harus saya menjawab mereka setiap kali?" soalnya pada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

Menurut Lim, beliua mempunyai tugas lain yang lebih mendesak bagi menguruskan kerajaan negeri daripada menjawap tohmahan seumpama itu.

Awla hari ini, isteri Lim, Betty Chew, juga enggan mengulas dan hanya berkata, "Tolong kemukakan soalan kepada KM".

Media di Pulau Pinang hari ini kecoh apabila blog pro Umno mendakwa anak seorang pemimpin tinggi politik telah mencabul kehormatan budak sekolah dan bagi menutup perbuatan itu, bayaran RM200,000 didakwa disogok kepada ibu bapa budak perempuan tersebut supaya tidak menhebohkan kejadian berkenaan.

Pindahkan anak

"Dek tidak dapat menanggung malu, bapa VVIP itu telah memindahkan anak beliau ke sekolah lain. Dan perkara ini hanya diketahui oleh mereka yang terlibat sahaja dan juga pegawai-pegawai penting VVIP tersebut!

"Siapalah VVIP negeri Pulau Pinang yang ada ilmu kira-kira dan matematik hingga dapat mengira RM100,000 untuk 1 buah dada yang diramas oleh anak lelaki beliau?" tulis blogger dengan nama Dr MiM di novandri.blogspot.


Berikutan pendedahan itu, blog pro-Umno terus membuat spekulasi bahawa identi orang kenamaan yang dimaksudkan itu adalah Lim.

Anak lelaki ketua menteri itu yang berusia 16 tahun itu didakwa baru-baru ini dipindahkan dari sekolah Cina Heng Ee ke Sekolah St Xavier's Institution baru-baru ini keraja masalah disiplin.

Bagaimanapun pihak sekolah telah menafikan dakwaan berkenaan.

Sumber dari sekolah Heng Ee mengesahkan anak Lim memang dipindahkan ke sekolah lain dan proses dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Beliau menafikan dakwaan pemindahan ke St Xavier's Institution adalah kerana masalah disiplin seperti yang didakwa itu.

"Dia adalah seorang pengawas di sekolah dan mempunyai prestasi yang agak baik dalam bidang akademik. Kami tidak mahu dia meninggalkan sekolah ini. Malah ibu bapanya juga tidak mahu dia meninggalkan sekolah ini tetapi dia memilih untuk belajar di sekolah lain," kata sumber yang tidak mahu identitinya didedahkan.

MP Terencat Akal Dari Kubang Pasu Bercakap Tentang Islam Dan Hudud

Posted: 16 Oct 2011 06:32 PM PDT

PAS tidak konsisten dalam perjuangannya untuk menubuh negara Islam apabila dilihat tidak berani bersuara dalam beberapa isu seperti hukum hudud dan murtad, kata ahli parlimen Kubang Pasu Datuk Mohd Johari Baharom.

Beliau berkata parti itu sanggup diperalatkan DAP dan PKR semata-mata untuk kepentingan politik, dan ini menimbulkan tanda tanya sama ada PAS benar-benar ikhlas memperjuangkan kaum Melayu dan agama Islam, atau sekadar mengikut telunjuk pembangkang yang lain.

"Sejak akhir-akhir ini, PAS hanya mendiamkan diri apabila isu kes murtad dan nasib kaum Melayu dibangkitkan, malah parti itu bersikap 'dingin' apabila Umno berhasrat berunding dengan mereka demi perpaduan Melayu dan kepentingan umat Islam," katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.


Mengenai hukum hudud, Johari yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kedah, berkata PAS sebenarnya tidak mampu melaksanakannya di negeri yang dikuasai seperti di Kelantan dan Kedah.

"Kenapa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan, tidak melaksanakan hukum hudud di negeri berkenaan selepas berjaya menawan negeri berkenaan untuk sekian lama?

"PAS sekarang dilihat terlalu terdesak sehingga membangkitkan isu-isu lama seperti hukum hudud, realitinya Malaysia tidak boleh melaksanakan hukum berkenaan sekarang kerana ia memerlukan pandangan ulama-ulama, golongan pakar dalam perundangan Islam dan pandangan dari bukan Islam," katanya.

Sehubungan itu, Johari meminta PAS menghentikan permainan politik mereka dan kembali kepada perjuangan asal mereka iaitu untuk menegakkan syiar Islam dan tidak hanya mengikut arahan DAP dan PKR semata-mata untuk menang dalam pilihan raya akan datang.

Kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh pada 24 Sept lalu yang menyifatkan Nik Aziz sebagai orang tua yang inginkan perhatian berhubung isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, jelas menunjukkan PAS dan DAP tidak boleh bekerjasama dalam pakatan pembangkang, katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta PAS menunjukkan pendirian yang jelas dalam isu berkaitan agama Islam dan tidak hanya mendiamkan diri demi mengejar cita-cita politik mereka serta memegang jawatan jika parti itu menang dalam pilihan raya kelak.

- Bernama

Aziz Bari: Siapa kurang ajar pada raja-raja Melayu?

Posted: 16 Oct 2011 06:21 PM PDT

Pakar perlembagaan negara, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, hari ini, menempelak mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang membidasnya kerana mendakwa tindakan mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Shafaruddin Idris Shah adalah perlakuan kurang ajar.

"Kata Mahathir saya bersifat kurang ajar, tidak bermoral terhadap raja-raja. Adakah beliau betul?

"Cuba bandingkan, apa yang saya katakan dan tulis (mengenai Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama) dengan apa yang diperkatakan dan dilakukannya pada tahun 1983 dan 19993," kata Aziz dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.


Sebagai mengimbas semula, kenyataan Aziz yang bertajuk "Ehhh....look who's talking?" menceritakan bagaimana pada 1983, Mahathir meminda perlembagaan supaya undang-undang boleh digubal tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

Selain itu, kuasa menggistiyharkan darurat juga dipindahkan daripada Seri Paduka kepada Perdana Menteri. Semua pindaan itu mencetuskan krisis, katanya.

Menurut Aziz lagi, pada 1993, Dr Mahathir juga melucutkan kekebalan raja-raja Melayu dan mahu peruntukan undang-undang supaya baginda boleh diheret dan dibicarakan di mahkamah khas.

"Semua pindaan itu juga menimbulkan krisis.

"Dalam kedua-dua peristiwa itu, beliau juga menganjurkan perhimpunan di seluruh negara bagi membidas raja-raja (agar rakyat bangkit menyokongnya)," katanya.

Dr Mahathir selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Ke-11 Universiti Teknologi Petronas (UTP), di Parit, semalam dilaporkan berkata tindakan Aziz mempertikaikan titah Sultan Selangor adalah perlakuan kurang ajar.

Ahkbar milik Umno, Utusan Malaysia juga memetik mantan perdana menteri itu berkata, walaupun ia mungkin tidak menyalahi undang-undang, tindakan Aziz yang enggan meminta maaf atas kesilapannya itu jelas bertentangan dengan prinsip moral.

"Kalau dalam bahasa Melayu, kita kata kurang ajar. Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar," kata Mahathir.

Bagaimanapun menurut Aziz, terpulang kepada rakyat menentukan siapa sebenarnya yang bersikap kurang ajar kepada raja-raja Melayu kerana umum tahu pendirian Dr Mahathir dan Umno yang seringkali tidak tetap dan akan memihak kepada keputusan yang menguntungkan mereka.

"Dua tahun lalu, dia (Dr Mahathir) kata OK bagi pihak Istana menyingkirkan (Menteri Besar Perak Datuk Seri) Nizar (Jamalauddin).

"Dan awal tahun ini pula, beliau berkata dirinya tidak pernah merampas kuasa sultan dalam pelantikan SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri) Selangor (selepas Sultan bertitah baginda tidak lagi mempunyai kuasa melantik SUK)."

Pada 11 Oktober lalu, kenyataan Aziz yang berkata tindakan Sultan Selangor untuk campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu, bukan sesuatu tindakan yang lazim mencetuskan kontroversi.

Katanya, tindakan Sultan Selangor itu tidak konsisten dan tidak selaras dengan ajaran Islam.

Berikutan itu, pemimpin BN, khususnya Umno dan media-media miliknya memperhebatkan bidasan mendesak Aziz memohon maaf dan dikenakan pelbagai tindakan kerana didakwa biadap dan derhaka kepada institusi raja-raja.

Malaysiakini

Aziz Bari Jawab Fitnah Awang Selamat

Posted: 16 Oct 2011 05:14 PM PDT

Saya sudah mengambil keputusan untuk membawa segala fitnah dan kekeliruan yang dibawa oleh Utusan Malaysia dan pihak-pihak tertentu ke mahkamah.

Sebab itu saya tidak mahu mengeruhkan suasana. Dan saya tidak mahu terlibat dalam perbicaraan melalui media yang tidak adil ini meskipun Utusan semacam sudah menjatuhkan hukuman ke atas saya.

Bagaimanapun apa yang ditulis oleh Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia semalam memerlukan respon segera supaya pembaca khususnya dan umat Islam amnya tidak terkeliru. Saya berpendapat pembaca berhak untuk mengetahui fakta yang sebenar.


Mungkin Awang Selamat dan Datuk Zulkifli Nordin tidak sedar bahawa saya telah memulakan penyelidikan mengenai gejala riddah, khususnya bagaimana undang-undang menanganinya, sejak 1996 sekembalinya saya dari pengajian PhD di United Kingdom. Selain beberapa kertas seminar hasil kajian itu kemudian diterbitkan dalam jurnal undang-undang UKM pada 1999.

Dalam makalah ini saya huraikan ruang lingkup Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan, khususnya kes Jamaluddin Othman yang diputuskan oleh Mahkamah Agung pada 1989, sebuah kes yang begitu menyulitkan umat Islam.

Tafsiran baru yang saya dapati itu kemudian menjadi salah satu hujah yang dikemukakan dalam kes Lina Joy - kes murtad - di mahkamah yang akhirnya diputuskan di pihak Islam oleh Mahkamah Persekutuan pada 2007.

Ini dimaklumkan oleh para peguam yang mengendalikan kes tersebut kepada saya. Justeru untuk menuduh saya tidak sedar usaha memurtad atau mengkristiankan umat Islam adalah tidak benar.

Buku-buku

Tentang kedudukan dan peranan Raja-Raja sebagai ketua agama kenyataannya ialah setakat yang saya tahu hanya ada satu huraian mengenai perkara tersebut dan ia adalah tulisan saya sendiri yang dimasukkan dalam buku saya yang berjudul Islam dalam Perlembagaan yang terbit pada 2005.

Selain bab ini saya juga telah menyentuh isu ini dalam tesis PhD saya yang bertajuk The Development and Role of Constitutional Monarchy in Malaysia yang dikemukakan kepada fakulti undang-undang Universiti Birmingham, England pada penghujung 1995.

Saya telah menghasilkan beberapa tulisan lain selepas itu termasuk buku Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan di dalam Perlembagaan yang diterbitkan oleh DBP pada 2002. Ia telah dilancarkan oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri pada bulan Disember 2002.

Saya fikir tulisan-tulisan itu, bersama dengan sekian banyak tulisan dalam buku-buku saya yang lain, sudah cukup untuk memahamkan masyarakat tentang sikap saya kepada kedudukan Islam dan Raja-Raja dalam perlembagaan.

Mereka boleh menilai segala tuduhan dan kecaman yang dilemparkan oleh Awang Selamat, Zulkifli, Senator Ezam dan kawan-kawan mereka kepada saya selama seminggu ini. Selain itu takkan mereka tidak pernah mengikuti kolum-kolum saya dalam akhbar Sinar Harian (2008-2010) dan Sunday Sun (1996-1998) . Lebih menghairankan lagi saya telah banyak kali diwawancara oleh Mingguan Malaysia sendiri dalam isu-isu itu; beberapa kali selepas pilihan raya umum 2008.

Kegilaan Utusan

Pendeknya kalau Awang sibuk sangat dan tidak berkesempatan untuk membuat rujukan ilmiah wawancara-wawancara semuka penuh dengan saya dengan akhbar beliau dalam antara 2008 dan 2010 itu sebenarnya sudah memadai untuk beliau memahami perspektif saya mengenai Islam, raja dan kebebasan beragama dalam perlembagaan kita.

Saya terkejut bila Awang menghentam saya hari ini. Saya tidak anggap Zulkifli dan Ezam penting sangat, maklumlah mereka orang politik. Tetapi saya menunggu tawaran sebuah stesen TV web yang bercadang mengadakan debat antara orang buangan PKR itu dengan saya.

Adalah diharapkan ahli parlimen Kulim-Bandar Baru itu sudi hadir untuk menjernihkan keadaan. Saya tidak ada peluang mempertahankan diri di parlimen sewaktu beliau menyerang saya.

Sehingga ini saya masih tidak jelas apakah sebenarnya sikap Utusan Malaysia terhadap isu-isu Melayu dan agama itu. Apa pun saya tidak yakin dengan kegilaan yang Utusan pamerkan sekarang.

Sikap tak konsisten

Ini kerana sewaktu saya terlibat dalam usaha memerangi murtad sekitar 2005 Utusan tidak menunjukkan sikap itu. Dan semenangnya Umno - pemilik akhbar itu pun - tidak mempunyai sikap yang konsisten.

Hatta dalam tragedi Natrah yang menyayat hati di Singapura pada 1950 itu pun kita tidak tahu di mana Umno sebenarnya. Isu itu adalah isu Islam yang melibatkan orang Melayu.

Dalam kes Lina Joy itu pun kelibat Umno dan Utusan tidak kelihatan. Saya masih ingat bertemu dengan seorang menteri Umno dalam penerbangan: beliau menyumpah mengapa orang bukan Islam dipaksa masuk Islam. Sedangkan dalam kes Lina Joy itu isunya lain: orang Islam yang masuk Kristian! Apa kata Utusan?

Sikap saya jelas. Bagaimanapun saya juga menjunjung hak dan kebebasan orang bukan Islam. Ini saya tegaskan dalam wawancara saya dengan Mingguan pada akhir 2010, tidak lama selepas bekas exco Perak Ngar Kor Ming dibelasah oleh Utusan - seperti saya sekarang - kerana dikatakan membangkitkan soal peruntukan untuk masjid dan hak orang bukan Islam.

-----------------------------------------------------------------------------------------------
Abdul Aziz Bari adalah pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau banyak memantau perkembangan politik tanah air dan mengulasnya secara kritikal dari perspektif perlembagaan negara.

Jangan Takut Menderhaka Kepada Raja - Mahathir

Posted: 16 Oct 2011 07:27 AM PDT


Antara Aziz Bari Dengan Mahathir, Siapa Lebih Kurang Ajar Dengan Raja-Raja Melayu

Posted: 16 Oct 2011 06:49 AM PDT

Sejarah Mahathir mengurangkan kuasa Raja


Penyampai : DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tajuk : SEMASA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993
Lokasi : DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR
Tarikh : 18-01-1993

Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang bernama Suatu Akta untuk meminda Perlembagaan dibacakan kali yang kedua sekarang.Tuan Yang di-Pertua, Izinkan saya memperkenal dan mengulas Akta yang telah saya sebutkan tadi.

2. Ketika negara menuntut kemerdekaan, pemimpin-pemimpin negara yang telah mendapat kemenangan besar dan sokongan padu dalam Pilihanraya Umum tahun 1955 telah membuat pilihan supaya sistem pemerintahan di negara ini ialah sistem Demokrasi Berparlimen atau `Parliamentary Democracy` dan Raja Berperlembagaan atau `Constitutional Monarchy`.


3. Sistem ini dipilih kerana semasa negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem feudal dengan kuasa di tangan Raja, negeri-negeri Melayu adalah begitu lemah dan pentadbirannya berada dalam keadaan kucar-kacir. Negeri- negeri ini tidak dapat menentukan keamanan dan menguatkuasakan undang-undang. Akibatnya negeri-negeri ini terpaksa meletakkan diri di bawah naungan kuasa-kuasa asing seperti Cina, Siam dan Barat. Akhirnya semua negeri Melayu ditakluki oleh British dan diperintah sebagai tanah jajahan British melalui perjanjian di antara Raja-Raja yang memerintah dengan pihak Kerajaan British.

4. Selepas Perang Dunia Kedua, Raja-Raja Melayu berharap apabila British mentadbir semula kedudukan mereka sebagai Raja yang berada di bawah nasihat pegawai-pegawai British akan dikembalikan. Negeri-negeri Melayu akan sekali lagi diperintah oleh British walaupun tidak seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka, di mana British berkuasa penuh.

5. Bagi majoriti rakyat Melayu negeri-negeri Semenanjung, mereka juga bersedia menerima pemerintahan di mana keMelayuan negeri-negeri Melayu diakui oleh British, walaupun pentadbiran dikuasai hampir sepenuhnya oleh British. Namun ada pendapat di kalangan sebilangan orang Melayu bahawa negeri-negeri Melayu sepatutnya dibebaskan daripada pemerintahan kolonial British sama sekali.

Baca seterusnya disini

Mahathir Kata Prof. Aziz Bari Kurang Ajar

Posted: 16 Oct 2011 06:21 AM PDT

Dr M: Kenyataan Prof Aziz 'dari segi moral kurang ajar'

SERI ISKANDAR, 16 Okt — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula menyifatkan kenyataan Profesor Dr Abdul Aziz Bari berhubung titah Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama baru-baru ini "sebagai kurang ajar."

Beliau berkata, kenyataan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu bertentangan dengan moral masyarakat timur dan boleh disifatkan sebagai kurang ajar dalam budaya Melayu.

"Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar," kata beliau dipetik Bernama hari ini.


Dr Mahathir, Canselor Universiti Teknologi Petronas, diminta mengulas kenyataan Aziz yang disiarkan sebuah portal berita bahawa tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja bukan sesuatu tindakan yang lazim.

Aziz dilaporkan berkata, sebagai Ketua Agama Islam di Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhak campur tangan, namun ia perlu dilakukan selaras dengan ajaran Islam.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin Umno membuat laporan polis agar dikenakan tindakan ke atas Aziz.

Dalam kenyataannya hari ini, Aziz berkata beliau sedang mengkaji dengan serius untuk menyaman Utusan Malaysia dan media lain yang menurut beliau telah memutar belit kenyataannya tentang titah Sultan Selangor.

Kata pakar perlembagaan ini, pihak-pihak terbabit sepatutnya mengulas dan menganalisis pendapat beliau, bukannya menuduh "derhaka" dan meminta pengurusan Universiti Islam Antabangsa mengambil tindakan ke atasnya.

"Saya tidak pernah menafikan kuasa Sultan sebagai ketua agama; malah saya akui kuasa itu. Saya hanya komen bagaimana kuasa itu digunakan," kata beliau.

Aziz berkata di bawah undang-undang Malaysia tidak ada konsep derhaka atau kurang ajar.

"Tuduhan derhaka dan kurang ajar itu mahu memprovokasi masyarakat supaya membenci saya. Mereka juga putar belit kenyataan saya kononnya saya enggan minta maaf," kata beliau lagi.

Kerajaan Pusat Hutang Kelantan RM9.4 Bilion

Posted: 16 Oct 2011 06:06 AM PDT

KOTA BHARU–Putrajaya perlu men­jelaskan hutang tertunggak RM9.4 bilion kepada Kelantan, mencakupi hasil royalti minyak dan pampasan tanah yang diambil untuk dijadikan kawasan Taman Negara.

Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa berkata, anggaran hutang merangkumi RM7 bilion bagi hasil royalti minyak dan RM2.4 bilion bagi pampasan kawasan Taman Negara.

"Jumlah itu besar dan Kerajaan Pusat sepatutnya bertanggungjawab dengan perkara ini," katanya semasa menjadi berucap di Majlis Forum Rakyat di Balai Islam di sini, yang turut dihadiri Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.


Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, tuntutan di Taman Negara melibatkan kawasan 1,043 kilometer persegi termasuk kawasan hutan.

"Berdasarkan kajian awal tuntutan itu ada asas, berikutan kerajaan kehilangan nilai sewa ekonomi terlepas kerana hutan balak daripada hutan kekal tidak dibenarkan dengan nilai bersih terkini iaitu RM1.2 bilion.

"Asas kedua adalah pulangan terlepas bagi menerokai sektor perladangan kelapa sawit dengan nilai bersih terkini RM585 juta seluruh kawasan.

"Manakala, bagi komoditi getah untuk lateks dan balak pula, kerajaan kehilangan yang dianggarkan bernilai RM353 juta, manakala ladang getah hutan kini bernilai RM242 juta," katanya di hadapan 1,000 penyokong Pakatan Rakyat.

Sumber

Perangai Buruk Adun Kota Siputeh Yang Pemalas Masuk Mesyuarat DUN

Posted: 16 Oct 2011 01:43 AM PDT

Kerajaan Negeri Kedah akan mengadakan Program Mesra Rakyat Peringkat Daerah Kubang Pasu, yang akan diadakan di Pekan Kodiang pada 26 Oktober 2011. Program yang akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar itu adalah program kerajaan negeri, bukan program politik.

Tapak yang dicadangkan untuk diadakan Program Mesra Rakyat itu ialah di tapak milik Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP). Di situ ada sebuah dewan yang dibina oleh MDKP dengan mengguna peruntukan Pusat, dibina pun atas tanah milik MDKP. Belum sempat JKR serah dewan atau bangunan itu kepada MDKP pada 2008, kerajaan bertukar tangan. Tiba-tiba UMNO yang tiada kena mengena terhadap pemilikan bangunan itu 'merampas'nya dari JKR, depa pulak yang pegang kunci.

Kerajaan negeri bercadang nak guna dewan itu sebagai sebahagian dari acara Program Mesra Rakyat, buat permohonan dengan baik untuk menyewa dari pemegang kuncinya iaitu UMNO Kodiang. Bila sampai cerita ni dekat Ketua UMNO bahagian Jerlun, Dato' Abu Hasan Sarif dengan angkuhnya permohonan itu dicantas! Apa jadi pun sekali-kali jangan bagi dekat kerajaan negeri buat program... tegas Pak Abu.


Nak habag bagi dekat seluruh rakyat jelata negeri Kedah.. itulah UMNO. Dalam keadaan jadi pembangkang, tak dak kuasa pun angkuh bukan main. Mai kita tengok sikap kerajaan PAS negeri Kedah dalam isu penggunaan reta meredak milik kerajaan negeri kepada pihak pembangkang iaitu UMNO/BN di Kedah ni:
1.
1. Dato' Ahmad Bashah guna premis pejabat penghulu mukim Mergong (milik kerajaan negeri) sebagai Pusat Khidmat DUN Bakar Bata dan Pejabat UMNO Bahagian Alor Setar.. sampai laa ni pun kerajaan negeri tak pernah halau.

2. UMNO Kuala Kedah buat mesyuarat agong kat dewan MBAS, pihak MBAS bagi kebenaran. Begitu juga beberapa UMNO bahagian yang lain, guna premis kerajaan negeri buat mesyuarat agong... kerajaan negeri tak pernah halang.

3. Perdana Menteri, DS Najib turun Kedah buat program kat perumahan awam Mergong, padang awam Guar Chempedak, Mini Stadium Pendang dan Dewan wawasan Jitra – semua milik kerajaan negeri dan di semua tempat kerajaan negeri beri kebenaran.

4. UMNO Kedah buat Rumah Terbuka Aidil Fitri besar-besaran di Stadium Suka Menanti, Dato' bashah sendiri telefon MB minta kebenaran, MB kata tak dak masalah.. buatlah!

5. BN Kedah buat majlis Penerangan Perdana kat Dewan Wawasan Jitra, hentam PAS Pakatan Rakyat.. tak dak masalah ni negara demokrasi, buatlah kerajaan negeri tak pernah halang.

Tapi bila kerajaan negeri nak buat program kerajaan (bukan program politik) atas kehadiran MB, UMNO dah jadi sawan.. halang habis-habisan. Itu pun nak kira dewan tu bukan milik UMNO, depa cuma pegang kunci.. tapi angkuh lebih dari depa tu pegang kunci dunia. Depa tak sedaq kaa.. dewan yang dibina dari peruntukan Pusat tu adalah dibina dari duit cukai yang dikutip dari rakyat Kedah, termasuk orang PAS jugak. Baru pegang kunci dewan bukan main angkuh, sombong dan takabur lagi..

Macam nilah, nak bagi senang urusan rakyat lepas ni kita bagi sama pemerintahan Pusat dan Negeri... kat Pusat kita bagi PR merintah, kat negeri pulak kita jangan bagi dekat BN.. baru sama.

Depa tak bagi guna dewan tu, Program Mesra rakyat tetap akan diadakan di Pekan Kodiang. Bumi Allah taala ni luas, banyak lagi tempat boleh buat. Hangpa rantailaa dewan tu, boh pedai ayam banyak2, kawai dengan parang... tapi ingat setakat PRU ke 13 saja noooo.

Kedah La

Aziz Bari Saman Utusan Malaysia

Posted: 16 Oct 2011 01:24 AM PDT

Aziz Bari: Saya tak nafi kuasa Sultan, kaji saman media pesong kenyataan

KUALA LUMPUR, 16 Okt — Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata beliau sedang mengkaji dengan serius untuk menyaman Utusan Malaysia dan media lain yang menurut beliau telah memutar belit kenyataannya tentang titah Sultan Selangor mengenai isu Gereja Methodist Damansara Utama.

Kata pakar perlembagaan ini, pihak-pihak terbabit sepatutnya mengulas dan menganalisis pendapat beliau, bukannya menuduh "derhaka" dan meminta pengurusan Universiti Islam Antabangsa (UIA) mengambil tindakan ke atasnya.

"Saya tidak pernah menafikan kuasa Sultan sebagai ketua agama; malah saya akui kuasa itu. Saya hanya komen bagaimana kuasa itu digunakan," kata pensyarah UIA ini dalam satu kenyataan hari ini.


Aziz (gambar) berkata di bawah undang-undang Malaysia tidak ada konsep derhaka atau kurang ajar.

"Hanya Thailand yang mempunyai undang-undang 'lese majeste' yakni undang-undang yang menghukum mereka yang menghina raja," katanya.

"Tuduhan derhaka dan kurang ajar itu mahu memprovokasi masyarakat supaya membenci saya. Mereka juga putar belit kenyataan saya kononnya saya enggan minta maaf," kata beliau lagi.

"Apa salah saya? Dengan siapa saya hendak mohon maaf? Saya hanya beri komen tentang satu perkara yang dalam bidang kajian dan pengetahuan saya," kata beliau sambil menambah, "menuduh saya derhaka tentunya tidak logik kerana saya telah banyak menulis mengenai raja berperlembagaan di Malaysia."

"Tesis PhD saya berjudul The Development and Role of Constitutional Monarchy yang dikemukakan kepada Universiti Birmingham, England menghurai pelbagai kuasa raja termasuk dalam aspek agama.

"Saya kemudian menerbitkan buku bertajuk Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan Di Sisi Perlembagaan pada 2002 yang dilancarkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Saya juga menulis satu-satunya huraian mengenai kuasa agama raja-raja dalam buku saya Islam dalam Perlembagaan Malaysia (2005)," katanya lagi.

Oleh itu soal beliau, "logikkah saya, dengan tulisan yang begitu banyak, hendak derhaka dan biadab kepada raja-raja?"

Sambil menegaskan beliau telah memulakan kajian ini sejak 1991, Aziz menambah, "orang-orang seperti Senator Ezam (Mohd Nor), (Pengerusi Pengerusi Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor) Hamidzun Kamarudin dan (Ahli Parlimen) Datuk Zulkifli Noordin elok duduk dan baca buku."

"Jangan mengarut dan menyesatkan orang lain," katanya lagi.

Aziz juga berkata beliau difahamkan sebuah stesen webTV hendak menganjurkan debat antara saya dengan Zulkifli dan beliau bersedia bila-bila masa.

"Saya harap Zul jangan lari dan jangan hanya berani dalam Parlimen sahaja. Dia cabar saya supaya berhenti UIA dan masuk politik.

"Saya tak minat politik. Saya hanya mahu berkongsi dengan masyarakat apa yang saya kaji selama ini," katanya.

Baru-baru inini, Ezam menggesa agar portal berita MalaysiaKini dan Aziz disiasat dibawah Akta Hasutan 1948 atas alasan mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama.

"Aziz Bari telah berlaku biadap dan derhaka kepada Institusi Raja Melayu dengan menghasut orang ramai untuk membenci institusi Raja-raja Melayu.

"Kenyataan Aziz ini dikeluarkan oleh laman portal MalaysiaKini," kata Ezam selepas membuat laporan polis di Shah Alam.

Katanya, Aziz dan MalaysiaKini menunjukkan sikap biadap, kurang ajar, dan melampaui batas yang dipercayainya perbuatan terancang dan mempunyai agenda jahat disebaliknya.

Aziz dipetik berkata tindakan Sultan Selangor untuk campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja itu bukan sesuatu tindakan yang biasa terjadi.

Menurutnya, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campur tangan tetapi ini perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

Beberapa Ahli Parlimen membidas Aziz kerana kenyataannya.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, pensyarah UIA itu wajar dikenakan tindakan kerana kenyataannya seolah-olah tidak menghormati sultan sebagai ketua agama Islam.

Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang mencelah perbahasan Bung Moktar turut bersetuju bahawa tindakan perlu dikenakan terhadap Aziz kerana menyifatkan banyak kenyataan dan tulisan pensyarah itu mengelirukan rakyat selain bersifat partisan.

Pandangan sama dikongsi Zulkifli, wakil rakyat Kulim-Bandar Baru, yang secara sinis menyifatkan tindakan itu tidak seharusnya dilakukan oleh seorang yang menggelarkan dirinya sebagai "pakar perlembagaan", kerana menurutnya kuasa sultan dalam hal telah jelas termaktub mengikut Artikel 47 dan 48 Perlembagaan Persekutuan.

Ruangan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia, akhbar keluaran Utusan Malaysia hari ini berkata, pihaknya tidak terkejut dengan kenyataan Aziz mempersoalkan titah peringatan Sultan Selangor berhubung isu cubaan memurtadkan orang Islam.

"Ramai tahu siapa sebenarnya Abdul Aziz. Awang bukan mahu membuat tuduhan liar tetapi ia sudah menjadi rahsia terbuka sebagaimana yang didedahkan oleh Zulkifli Noordin.

"Kecenderungan politiknya kepada pembangkang cukup jelas. Pensyarah hebat seperti Aziz akan selalu mencari kewajaran untuk menjayakan misi politiknya," kata ruangan itu hari ini.

Tiada ulasan: