Kelab Greenboc |
- Buku Sesat Kelab Taat Suami: Jadi "Orang Roh" Untuk Kenikmatan Seks Berganda
- [Bergambar & Video] Kedutaan Malaysia Di Jakarta Diserang
- Upah Ayam Goreng Selepas Rogol Cucu
- Bajet 2012 Kerajaan Persekutuan Banyak Kelemahan - Pakar Ekonomi
- Empat Pelajar Jururawat Dicekup Berpesta Seks
- Wanita Maut Disamun Dan Dilanggar Dengan Keretanya Sendiri
- [Bergambar & Video] Banjir Terburuk Dekad Ini Di Thailand. 100 Buaya Terlepas Dari Sangkar
- 6 Bas Bawa Indon Disyaki Diberi Taraf Warganegara
- Muka Hakim Yang Memplagiat, Hanya Undur Dengar Kes Tapi Tiada Tindakan Ke Atasnya
- Klon Osama Di Sepanyol Mahu Saman FBI
Buku Sesat Kelab Taat Suami: Jadi "Orang Roh" Untuk Kenikmatan Seks Berganda Posted: 13 Oct 2011 12:24 AM PDT Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menyekat pengedaran buku "Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia" yang diterbitkan oleh Kelab Taat Suami kerana didakwa mengarut dan memalukan. Muka belakang buku kontroversi "Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia" terbitan Kelab Taat Suami. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk seri Jamil Khir Baharom berkata perbincangan mengenai hubungan seks dalam buku berkenaan walaupun secara halal antara suami dan isteri adalah tidak wajar kerana ditonjolkan dengan cara tidak beradab dan boleh mengundang tanggapan negatif. "Apatah lagi apabila membicarakan mengenai khayalan yang Allahyarham Asaari Muhammad atau Abuya (bekas pemimpin Al-Arqam) sedang melayari hidup di alam sendiri dan akan menguruskan isterinya untuk dibawa ke alam roh, ini hal karut," katanya. Kelab itu mencetuskan kontroversi apabila pelancarannya diumumkan awal Jun lalu. Jamil Khir menambah, "kita akan siasat dengan teliti kandungan buku ini dan melihat sejauh mana tindakan yang boleh diambil, termasuk kepada Kelab Taat Suami yang diketuai Hatijah Aam (isteri Asaari) ini." Buku itu dilaporkan mengulas mengenai seks suami isteri secara terperinci. Buku 115 muka surat yang dikatakan panduan kepada isteri dan pengantin baru untuk melayan suami di ranjang, turut menyiarkan gambar Hatijah atau lebih dikenali sebagai Ummu Jah, yang mendakwa ketika dunia menyangka Abuya sudah meninggal dunia, pengikutnya kini bangkit memperjuangkan seks Islam. Sementara itu bekas pengikut Al-Arqam Mohd Zawawi Aman berkata buku berkenaan yang diterbitkan di Pasir Puteh, Kelantan kira-kira dua bulan lalu hanya dijual kepada ahli dengan harga RM50 senaskhah. -TMI Ulasan GB Demikianlah, akhirnya Allah mendedahkan kesesatan kumpulan Al-Arqam - dimana perjuangan daripada zikir-zikir yang mereka amalkan berakhir dengan perjuangan atas katil. Begitulah diantara cara-cara bagaimana si iblis memperdaya manusia. Jangan pula selepas ini ada yang mencari-cari buku tersebut. Kedua jauhilah ajaran-ajaran yang menyimpang dari aqidah As-sunnah wal-jamaah. Sabda Nabi saw: (Imam Malik). |
[Bergambar & Video] Kedutaan Malaysia Di Jakarta Diserang Posted: 12 Oct 2011 10:54 PM PDT Isu sempadan Malaysia-Indonesia di Kalimantan Barat yang dihangatkan oleh media tempatan telah menyebabkan sekumpulan rakyat Indonesia mengadakan demonstrasi dan bertindak liar depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta pada Rabu sehingga merosakkan cermin pos pengawal. Kumpulan dari Forum Betawi Rempug (FBR) yang berjumlah kira-kira 650 orang berdemonstrasi selama satu setengah jam mulai pukul 1 petang Rabu, melempar benda keras seperti batu, kayu dan buluh serta telur ke dalam kawasan kedutaan. Ini menyebabkan cermin pos pengawal dan beberapa lampu pagar kedutaan pecah hingga melukakan sembilan anggota polis yang berkawal di situ. Para penunjuk perasaan itu dikatakan membantah tindakan Malaysia yang didakwa kononnya mengambil tanah seluas lebih 1,000 hektar secara haram di Kalimantan Barat. Kumpulan itu dipimpin Pengarah FBR Edwan Hamidy. Pejabat Kedutaan Besar Malaysia tidak melayani sebarang nota bantahan dari kumpulan itu kerana mendakwa tuduhan mereka itu tidak benar. Para penunjuk perasaan menjadi marah apabila dihalang oleh pihak polis daripada memasang bendera FBR di pintu pagar bangunan pejabat kedutaan itu sehingga mereka bertindak liar merempuh anggota polis. Pasukan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata ke arah mereka bagi mengawal keadaan daripada menjadi bertambah buruk. Isu pertikaian sempadan itu berlaku apabila Timbalan Ketua Suruhanjaya 1, Dewan Perwakilan Rakyat Tb Hasanuddin hujung minggu lalu mendakwa Indonesia kehilangan 1,400 hektar di Camar Bulan serta 800 meter garis pantai di Tanjung Datu, yang didakwa telah diambil oleh Malaysia. Dakwaan beliau bagaimanapun segera disangkal beberapa menteri kabinet Indonesia kerana ia tidak berasas. Mereka ialah Menteri Penyelaras Kementerian Politik, Undang-Undang dan Keselamatan Djoko Suyanto; Menteri Luar Marty Natalegawa; Menteri Dalam Negeri Gamawan Fauzi; dan Menteri Pertahanan Purnomo Yusgiantoro. "Tidak timbul sebarang pertikaian sempadan antara Indonesia dan Malaysia kerana kedua-dua negara merujuk pada perjanjian persefahaman yang dibuat semasa era pemerintahan Belanda dan British pada 1891, 1915 dan 1928," kata Marty. Perjanjian yang ditandatangani antara Belanda dan Inggeris itu telah menetapkan garis sempadan kedua-dua negara itu dan sejak sekian lama tidak ada sebarang pertikaian mengenainya. Sehubungan kejadian itu, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta akan menghantar nota diplomatik kepada kerajaan Indonesia berikutan kerosakan yang berlaku. Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan berkata pihaknya akan meminta penjelasan bagaimana kekacauan itu boleh tercetus sehingga keadaan menjadi tidak terkawal. "Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta hampir setiap tahun berhadapan dengan kumpulan penunjuk perasaan sehingga berlaku pelbagai kerosakan pada aset negara. "Nota diplomatik yang akan dikirim ini ialah bagi meminta penjelasan daripada kerajaan Indonesia bagaimana mereka dapat membantu kita menyelesaikan isu ini," katanya di Jakarta. Pengiriman nota diplomatik itu adalah selaras dengan Konvensyen Vienna yang menetapkan bahawa pihak berkuasa sesebuah negara harus melindungi harta benda setiap pejabat perwakilan asing di negara berkenaan. -Bernama |
Upah Ayam Goreng Selepas Rogol Cucu Posted: 12 Oct 2011 10:02 PM PDT Kulim - Tidak serik dipenjara kerana kesalahan merogol, seorang datuk sanggup melakukan perbuatan sama terhadap cucunya yang juga murid tahun tiga dan masih bersekolah. Lebih menyedihkan mangsa hanya diberi upah ayam goreng setelah suspek memuaskan nafsunya. Mangsa dikatakan sering tidak ke sekolah menyebabkan gurunya bertanya tentang masalah yang dihadapinya. Mangsa kemudiannya menceritakan apa yang berlaku dan guru berkenaan yang terkejut dengan pengakuan itu membawa mangsa menjalani pemeriksaan di hospital. Doktor menasihatkan supaya laporan polis dibuat. Kejadian itu kemudiannya dimaklumkan kepada waris mangsa dan suspek datang ke balai polis bersama mangsa untuk membuat laporan polis dengan menuduh bapa mangsa melakukan perbuatan tidak bermoral itu. Polis yang menjalankan siasatan ke atas datuk dan bapa mangsa berasa curiga lalu meminta mangsa menceritakan kisah sebenar. Barulah kanak-kanak itu mengaku dia diarahkan oleh datuknya untuk menuduh bapanya. Setelah menjalankan siasatan terhadap datuk mangsa, akhirnya suspek mengaku melakukan perbuatan itu terhadap cucunya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh berkata, sebelum ini suspek pernah menjalani hukuman penjara kerana kesalahan merogol. "Dia pernah menerima hukuman 12 sebatan dan dipenjarakan sebelum ini. Suspek juga baru dibebaskan dari penjara. Apa yang dilakukan oleh suspek adalah satu kesalahan serius dan kes akan disiasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya. -SH |
Bajet 2012 Kerajaan Persekutuan Banyak Kelemahan - Pakar Ekonomi Posted: 12 Oct 2011 08:11 PM PDT Terdapat berbagai kelemahan belanjawan kerajaan persekutuan terutama membabitkan pembayaran sekali (one-off payments) seperti RM3,000 kepada sesetengah pegawai, kata Ketua Ekonomi Bank Islam Berhad Azrul Azwar Ahmad Tajuddin. Jelasnya, bayaran sekali bukan langkah penyelesaian yang bersifat kekal didalam menangani masalah ekonomi. "Ia tidak diinstitusikan sebagai "safety-net mechanism" atau mekanisme jaringan keselamatan yang rakyat boleh bergantung harap," katanya dalam rancangan "Terus Terang" di TV Selangor hari ini. Di dalam belanjawannya kerajaan persekutuan antaranya memperuntukan bayaran khas RM3,000 kepada kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang telah tamat kontrak. Azrul (gambar) berkata dari segi keseimbangan belanjawan, pembayaran sekali yang terlalu banyak akan meningkatkan perbelanjaan mengurus kerajaan sekaligus melambatkan lagi proses mengurangkan defisit fiskal negara. "Pemberian one-off kepada rakyat perlu mempunyai alasan dan rasional yang kukuh serta pada kadar atau jumlah yang munasabah," katanya. Sebagai contohnya, Azrul mempertikaikan jusifikasi memberi RM100 kepada semua 5.3 juta pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun 1 hingga ke Tingkatan 5, kerana ia boleh berlaku ketirisan. Antara ketirisan yang dilihat Azrul ialah, anak-anak bukan warga Malaysia juga akan mendapat bantuan ini dan yang mungkin dapat untung adalah syarikat-syarikat telekomunikasi. Menurut Azrul peruntukan sebanyak RM530 juta itu sebaik-baiknya disalur ke tabungan biasiswa atau pinjaman pendidikan. Rancangan "Terus Terang" akan disiarkan di TV Selangor pada Jumaat 12 tengahari dengan ulangan pada hari Ahad jam 6 petang. -tvsnews |
Empat Pelajar Jururawat Dicekup Berpesta Seks Posted: 12 Oct 2011 07:25 PM PDT Kelas' seks empat gadis KUALA LUMPUR: Empat gadis bakal bergelar jururawat yang ponteng kuliah di sebuah kolej swasta di Klang, Selangor, sejak beberapa hari lalu, ditahan selepas didapati 'berpesta seks' bersama pasangan masing-masing di sebuah bilik asrama kolej berkenaan, malam kelmarin. Gambar hiasan Dalam serbuan dilakukan pengurusan kolej berkenaan jam 7 malam, dua daripada pelajar perempuan terbabit dilaporkan dicekup dalam keadaan separuh bogel dan dua lagi berpakaian lengkap, manakala empat lelaki berusia awal 20-an bersembunyi dalam tandas asrama kolej. Difahamkan, biarpun menyedari pemeriksaan mengejut dilakukan pihak pengurusan kolej, keempat-empat lelaki terbabit gagal menyelinap keluar menyebabkan mereka bersembunyi di dalam tandas bagi mengelakkan dicekup, namun gagal. Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, pihak pengurusan kolej menerima banyak aduan salah laku keempat-empat gadis terbabit daripada pelajar lain dan pensyarah sejak seminggu lalu. "Antara salah laku yang dilaporkan ialah tidak hadir kelas dan sering membawa lelaki masuk ke asrama sehingga menimbulkan ketidakselesaan di kalangan pelajar lain. "Rentetan daripada aduan berkenaan, satu pemeriksaan mengejut dilakukan pihak kolej selepas dimaklumkan terdapat empat lelaki dipercayai kekasih kepada keempat-empat pelajar terbabit menyelinap masuk ke asrama kira-kira jam 6 petang semalam (kelmarin)," katanya. Menurut sumber, pemeriksaan yang dilakukan empat kakitangan terdiri daripada pihak pengurusan kolej yang diiringi anggota polis itu membuahkan hasil apabila keempat-empat lelaki terbabit ditahan ketika bersembunyi di dalam tandas asrama berkenaan. -hm |
Wanita Maut Disamun Dan Dilanggar Dengan Keretanya Sendiri Posted: 12 Oct 2011 04:42 PM PDT Sayang kereta nyawa melayang Gambar KESAN darah Moy Lay yang dilanggar dan diseret oleh penjenayah yang menyamun kereta mangsa di Jalan Kapar, Klang kelmarin. KLANG - Malang nasib seorang wanita apabila dia bukan saja gagal menyelamatkan kereta Toyota Altis miliknya daripada dilarikan penyamun malah berakhir dengan nyawanya melayang akibat dilanggar dan digilis oleh penjenayah yang tidak berhati perut dalam kejadian di Jalan Kangar 92, Jalan Kapar di sini kelmarin. Semasa kejadian pada pukul 7.15 malam itu, mangsa Teoh Moy Lay, 52, mati akibat cedera di beberapa bahagian badan selepas dilanggar dan diseret sejauh 54.8 meter. Lebih menyayat hati, kejadian tersebut disaksikan oleh suami dan anak Moy Lay selepas mereka berlari keluar dari rumah sebaik mendengar jeritan mangsa. Mengimbas tragedi itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Mohamad Shukor Sulong berkata, polis mengesyaki kedua-dua suspek itu mengekori Moy Lay yang memandu kereta Toyota Altis bernombor pendaftaran BKV 3882 yang bekerja di sebuah syarikat kredit dan kereta terpakai di ibu negara sehingga sampai di hadapan rumah mangsa. Menurut beliau, sampai di rumah mangsa, salah seorang suspek turun dari keretanya sebelum bertindak menaiki kereta mangsa. Ketika itu mangsa baru turun dari keretanya dan enjin tidak dimatikan kerana mahu membuka pintu pagar. -kosmo Ulasan GB Ada moral di situ, iaitu di perenggan terakhir. Ketika itu mangsa baru turun dari keretanya dan enjin tidak dimatikan kerana mahu membuka pintu pagar. Justeru itu berwaspadalah selalau. |
[Bergambar & Video] Banjir Terburuk Dekad Ini Di Thailand. 100 Buaya Terlepas Dari Sangkar Posted: 12 Oct 2011 11:12 AM PDT Banjir Besar, PM Thailand Akui Bangkok Tidak Bersedia BANGKOK - Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra mengakui banjir yang berlaku ketika ini, gagal ditangani oleh Pemerintah Kota Bangkok. Yingluck menyatakan Bangkok sebagai ibu kota Thailand, tidak bersiap sedia menghadapi banjir. Sistem pencegahan banjir di mata adik mantan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra tersebut, belum selesai seluruhnya. Beliau menambah, pemerintah sedang berhadapan dengan faktor masa untuk menghadapi jumlah air yang terus bertambah. Demikian diberitakan Bangkok Post, Selasa (11/10/2011). Pemerintah Metropolitan Bangkok (BMA) menyatakan, pihaknya sudah mendirikan hampir 200 tempat penampungan bagi warga yang terkena kesan banjir. Dianggarkan, Bangkok memerlukan tiga tembok anti banjir, guna menghalang air dari masuk ke kota itu. Tembok anti banjir ini akan dibangunkan di wilayah pemukiman Muang Ake di Pathum Thani. Tembok serupa juga akan dibangunkan di Rangit Khlong 5 dan wilayah Taling Chan, yang berada tepat di belakang Universiti Mahidol. Tembok ini nantinya akan menghalang air dari wilayah dataran yang lebih tinggi dan mengalihkannya melalui daerah pinggiran Bangkok di sebelah timur dan barat. Pengalihan ini membuat air langsung menuju ke laut. PM Yingluck menyatakan tembok anti banjir di Muang Ake akan dibangunkan sepanjang 10 kilometer. Sementara tembok yang berada di Rangsit Khlong 5 akan memerlukan kira-kira 1.5 juta kampit pasir. Kerana pemerintah diberitakan kehabisan kampit pasir, perdana menteri perempuan pertama Thailand ini juga mencari kemungkinan bahawa kampit tersebut akan disediakan oleh pihak swasta. Banjir yang terjadi di Thailand sudah berlangsung hampir dua bulan lamanya. Bencana ini menyebabkan kira-kira 253 jiwa warga Negeri Gajah Putih tersebut terkorban. Diterjang Banjir, 100 Buaya Thailand Terlepas |
6 Bas Bawa Indon Disyaki Diberi Taraf Warganegara Posted: 12 Oct 2011 08:53 AM PDT Resort didakwa kumpul pendatang dapat IC dikepung SEPANG, 12 Okt: PAS hari ini berjaya mengesan satu operasi yang disyaki cuba memberikan warganegara kepada lebih 200 penduduk tetap (PR) di sebuah resort berhampiran Putrajaya di sini. Kesemua yang majoritinya warga Indonesia itu didakwa dibawa dengan bas dari negeri Johor untuk diberi MyKad yang dipercayai ada kaitan untuk pengundian pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti. Exco Pemuda PAS, Mohd Adram Musa berkata pihaknya mendapat maklumat daripada perisikan jentera PAS berhubung perkara itu malam tadi yang mengatakan lapan buah bas membawa warga asing akan menuju ke Putrajaya untuk diberi MyKad. Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Pemuda PAS bersama beberapa anggota dewan itu kemudiannya menunggu bas-bas tersebut yang tiba di Masjid Putra, Putrajaya kira-kira jam 7 pagi. Bagaimanapun hanya enam buah bas didapati tiba di Putrajaya yang didapati beredar beberapa jam kemudian. Kepung resort Mereka mengekori bas-bas tersebut sehingga ke sebuah resort di sini. Bas-bas berkenaan bagaimanapun beredar dari situ, dan meninggalkan kumpulan penumpang tersebut di resort berkenaan. Petugas media yang kemudiannya tiba di situ kira-kira jam 1.30 tengahari juga sempat melihat sebuah kereta Proton Tiara dipercayai membawa 'ketua operasi' itu memecut laju keluar dari resort melalui jalan belakang. "Saya sendiri masuk ke dalam resort berkenaan, dan mendapati memang warga asing di dalamnya. "Kita tanya mereka bagitahu datang untuk kursus," katanya pada sidang media di sini. Menurutnya, kehadiran mereka bagaimanapun tidak disenangi 'ketua' rombongan itu dan mereka mengambil pendirian untuk keluar dari kawasan resort tersebut yang pagarnya kemudian dikunci pemilik resort. Ekoran itu juga mereka bertindak mengepung jalan masuk dari depan dan belakang resort tersebut. Turut serta pada sidang media di hadapan resort itu AJK PAS Pusat Mazlan Aliman. Sumber dalaman Menurut Mazlan, beliau turut mendapat maklumat dari sumber dalaman yang tidak mahu bersubahat dengan operasi jahat itu. "Dia hubungi saya bagitahu terdapat dokumen tebal dalam bas serta mendengar cakap-cakap penumpang bas yang mendakwa akan mendapat MayKad hari ini. "Dia bagitahu saya maklumat ini kerana beliau tidak mahu bersubahat," katanya. Menurut Mazlan lagi, beliau juga dimaklumkan sewaktu bas berhenti di Masjid Putra, beberapa pegawai Jabatan Pendaftaran Negara menemui ketua rombongan bas tersebut dan mengarahkan mereka ke sebuah resort di kawasan berdekatan ekoran rahsia operasi mereka didakwa sudah diketahui. "Saya difahamkan ini trip ke sepuluh untuk operasi ini. "Modus operandi mereka adalah untuk mengalahkan Pakatan Rakyat Selangor," tambahnya. Dalam pada itu satu sidang media khas berhubung perkara itu akan diadakan di Parlimen esok. -HD Dakwa dapat IC, 200 pendatang dikepung Ulasan GB Itu yang dapat dikesan. Yang tak dapat dikesan dan dah pun memperolehi Mykad kita tak tahu berapa ribu jumlahnya. BERSIH 3.0 nampaknya tidak dapat dielakkan. PR sudah sepatutnya bunyikan siren itu. |
Muka Hakim Yang Memplagiat, Hanya Undur Dengar Kes Tapi Tiada Tindakan Ke Atasnya Posted: 12 Oct 2011 06:30 AM PDT Hakim Abdul Malik undur diri berikutan usul 'plagiat' Hampir seminggu selepas seorang ahli parlimen mengemukakan usul di Dewan Rakyat bagi merujuk seorang hakim Makamah Rayuan ke tribunal kehakiman kerana didakwa memplagiat satu keputusan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Singapura, beliau hari ini bersemuka dengan hakim itu. Ia adalah pertemuan yang janggal bagi ahli parlimen itu, Karpal Singh yang juga seorang peguam terpaksa berdepan dengan panel tiga anggota hakim yang diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak. Sehubungan itu, Karpal meminta Abdul Malik mengundurkan dirinya daripada membicarakan kes yang diwakilinya berkenaan dakwaan pengedaran dadah. "Yang Arif, saya mohon Yang Arif Abdul Malik menarik diri daripada mendengar kes ini berikutan tindakan yang saya failkan di bawah Perkara 127 atas dakwaan salah laku kerana memplagiat penghakiman bertulis oleh hakim Singapura." Hakim Abdul Malik, bagaimanapun berkata beliau telah menerima arahan dari Presiden Mahkamah Rayuan (Datuk Md Raus Sharif) untuk mempengerusikan panel itu. Timbalan pendakwa raya Kwan Li Sa berkata pihak pendakwaan mempunyai keyakinan dengan panel tersebut. Namun, Karpal mengingatkan akan timbul persoalan persepsi jika Hakim Abdul Malik memutuskan untuk terus mendengar kes itu. Berikutan itu, Hakim Abdul Malik memutuskan untuk mengundurkan dirinya. "Kes tersebut akan didengar pada 14 Nov di hadapan panel lain tanpa diri saya," katanya dengan tenang. -mk Karpal: 'Copycat judge should resign' Ulasan GB GB sudah ulas hal ini di SINI. Petikan: Ini satu jenayah serius. Bagaimana boleh seorang hakim bertindak memplagiat keputusan hakim lain dari negara lain di dalam mengadili kes yang dia sepatutnya melakukan pengadilan secara serius di dalam menegakkan kebenaran dan keadilan? |
Klon Osama Di Sepanyol Mahu Saman FBI Posted: 12 Oct 2011 04:23 AM PDT Klon Osama saman FBI Gambar: Gaspar Llamazares (kiri) dan Osama bin Laden MADRID: Seorang ahli parlimen Sepanyol berikrar menyaman Biro Siasatan Persekutuan (FBI) kerana menggunakan wajahnya bagi menghasilkan imej yang diubah suai secara digital menjadi pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden yang mati dibunuh komando Amerika Syarikat beberapa bulan lalu. Skandal pengubahsuaian gambar secara digital itu membabitkan Gaspar Llamazares, yang terbongkar pada Januari tahun lalu apabila gambar beliau digunakan untuk mencipta imej Osama menggunakan komputer, ketika pemimpin itu diburu tentera Amerika sebelum dikesan di Pakistan. Walaupun FBI memohon maaf, media Sepanyol melaporkan, agensi keselamatan Amerika itu menyiarkan semula imej Osama yang direka dengan gambar Llamazares, Jumaat lalu, dan hanya memadamkannya daripada laman web agensi berkenaan, semalam. "Saya akan saman FBI kerana agensi itu tidak membetulkan semula imej yang digunakan. Mereka hanya memohon maaf, itu pun tidak ikhlas," kata beliau kepada stesen radio Sepanyol, Cadena Ser. Llamazares yang juga anggota parlimen parti pakatan United Left, berkata sebahagian daripada imej wajahnya digunakan untuk menghasilkan gambar digital menjadi dua individu. "Kedua-dua individu yang dicipta menggunakan gambar saya digunakan sudah mati dibunuh," katanya. Media Sepanyol menyatakan, Llamazares merujuk kepada Osama dan pemimpin nombor dua al-Qaeda, Atiyah Abd al-Rahman yang terbunuh di Pakistan Ogos lalu. Ketika skandal dan pertelagahan membabitkan gambar Osama terbongkar Januari tahun lalu, duta Amerika Syarikat ke Sepanyol Alan Solomont memberitahu kerajaan Sepanyol bahawa beliau berasa 'kesal dan kecewa' dalam isu berkenaan. Pada masa sama, jurucakap FBI berkata, seorang jurutekniknya sudah memadamkan imej Llamazares daripada internet, sebaliknya hanya menggunakan imej rambut dan dahi beliau untuk menghasilkan semula gambar Osama. Komando tentera Amerika membuang mayat Osama di laut selepas operasi di bandar Abbottabad, 2 Mei lalu. – AFP |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan