WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- PROF DR AZIZ BARI AKAN BERTANDING MEWAKILI PKR DI KULIM BANDAR BARU?
- KUMPULAN BENGAP DI SEGAMAT CUBA HALANG LIM GUAN ENG
- TIADA SEBAB TAN SRI KHALID PERLU BERUNDUR - AZMIN (VIDEO)
PROF DR AZIZ BARI AKAN BERTANDING MEWAKILI PKR DI KULIM BANDAR BARU? Posted: 12 Oct 2011 07:59 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS MERUJUK laporan akhbar Sinar hari ini, MP Kulim Bandar Baru YB Zulkifli Noordin yang digelar Zul Kulim menyelar tindakan Prof Dr Aziz Bari yang menyentuh kuasa Sultan Selangor di dalam isu pemeriksaan Gereja di Selangor baru-baru ini. Prof Dr Aziz Bari juga ada menyebut sebelum ini bahawa Sultan juga boleh dikritik oleh sesiapa sahaja sekiranya Sultan bertindak melebihi kuasa yang ada padanya. Saya tidak mahu menyentuh samada titah Sultan Selangor itu betul atau tidak. Selaku Ketua Agama, memang benar Sultan mesti peka terhadap isu memurtadkan umat Islam. Di sebalik itu juga, Sultan mestilah adil dan saksama di dalam sebarang tindakannya sebelum memutuskan sesuatu perkara. Mungkin, Sultan Selangor telah bertindak seperti yang sewajarnya iaitu menyiasat kesemua pihak yang terlibat dan tidak meminggirkan pihak yang lain. Islam itu bukan sahaja adil tetapi mesti dilihat adil. Zul Kulim ini pula tidak tentu pasal marah kepada Prof Dr Aziz Bari ini mengapa? Cuba hujah sedikit apa yang tidak kena dengan kenyataan Prof Dr Aziz Bari itu? Salahkah beliau berkata bahawa Sultan boleh dikritik? Benar atau tidak, di dalam sistem Raja Berpelembagaan yang kita amalkan menyebut bahawa Raja mesti bertindak atas nasihat kuasa eksekutif iaitu PM atau MB? Tentang cabaran YB Zul Kulim agar Prof Dr Aziz Bari agar masuk gelanggang politik dan bertanding di dalam pilihanraya, saya rasa Prof Dr Aziz Bari harus memikirkannya dengan serius. Saya bersetuju jika Prof Dr Aziz Bari memasuki gelanggang politik dan gelanggang pertama yang paling sesuai untuk beliau masuk adalah di Parlimen Kulim Bandar Baru. Mengapa di situ sesuai buat Prof Dr Aziz Bari? Pada saya di situ terdapatnya `seekor lembu peliharaan' yang boleh kita buat `korban' nanti. Jika di Pasir Mas Berahim alkataki, Presiden Perkosa pernah berangan untuk mencabut setiap helai bulu Mat Sabu kerana kelantangan Mat Sabu di dalam isu Mat Indera, maka di kerusi Parlimen Pasir Mas nanti wajar diletakkan Mat Sabu untuk kita melihat bulu siapa yang akan tercabut. `Katak' tidak mempunyai bulu tetapi katak mempunyai kulit. Adakah bulu yang tercabut atau kulit yang tersiat? Justeru itu, di Kulim Bandar Baru elok sangat jika Prof Dr Aziz Bari dicalonkan di situ untuk berdepan dengan `seekor lembu peliharaan'./wfauzdin.blogspot.com |
KUMPULAN BENGAP DI SEGAMAT CUBA HALANG LIM GUAN ENG Posted: 12 Oct 2011 09:36 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS DIKHABARKAN petang semalam sekumpulan `orang-orang bengap ' di Segamat telah berhimpun di hadapan Restoren Siang Kee, Kg Abdullah. Kebanyakan mereka rupa seperti orang Melayu dan ada yang rupa Jawa. Untuk apa mereka berhimpun? Aku ingatkan mereka berhimpun pasal marah disebabkan hilangnya Pulau Batu Putih kepada Singapura. Atau pun mereka berhimpun pasal ghaibnya Tg Pagar juga kepada Singapura. Mungkin juga mereka berhimpun pasal marah kepada Chua Soi Lek yang menghina hukum wanita menutup aurat di dalam Islam sewaktu PRK Dun Tenang dulu. Atau, mereka berhimpun untuk membantah MB Johor yang mengiktiraf Buku `Pengukir Nama johor' terbitan Yayasan Johor yang mempopularkan nama Mat Indera di dalam buku tersebut. Rupa-rupanya mereka berhimpun kerana membantah kehadiran KM P.Pinang, Lim Guan Eng ke Johor. Alasannya, Lim Guan Eng dikatakan memburukkan nama Johor walaupun Lim Guan Eng telah bawa kes tersebut ke mahkamah. Jika itu alasannya, sepatutnya rakyat Terengganu pun kena bangkit apabila ada puak yang menghina Sultan Terengganu yang juga Yang DiPertuan Agung dengan sepanduk bertulis `Kami Mahu Deris, natang" yang dipamerkan di hadapan Istana Terengganu suatu ketika dahulu. Rakyat Kelantan pun kena emosi lah sikit pada KM Melaka, Ali Ketam yang pernah mengeluarkan arahan tidak membenarkan kakitangan Kerajaan Negeri Melaka melawat Kelantan. Tetapi, Ali Ketam tidak diganggu sedikit pun apabila menjejakkan kaki ke bumi Kelantan sewaktu mempromosikan SUKMA di sana. Ketika itu Melaka menjadi Tuan Rumah Sukma. Bahkan, Ali Ketam diberi peluang bercakap di Stesen Radio Manis FM, sebuah stesen radio swasta di Kota Bharu. Ertinya, ada rakyat Kelantan kisah dengan KM Melaka? Ada Sultan Kelantan tersinggung? Siapa tidak tahu berapa tahun Kerajaan Negeri Kelantan diburukkan oleh pemimpin Umno bahkan diburukkan di media-media perdana? Ada rakyat Kelantan kisah? Tapi, bila terkena kepada Lim Guan Eng, meroyan puak-puak bengap tu di Johor. Ini suatu tanda betapa gelabahnya Umno/Bn di Johor sekarang. Ada baiknya juga kerana apabila ini berlaku, sudah pasti sokongan masyarakat Cina di Johor akan beralih kepada Pakatan Rakyat di dalam PRU akan datang. Baru-baru ini di Segamat juga, sekumpulan mat rempit yang hanya diupah RM 10 dan diisi minyak motor sanggup menjadi `hamba sahaya' pemimpin yang takut kepada Mat Sabu. Mereka berjaya ditahan oleh sekumpulan Unit Amal dari PAS dan anak-anak muda dari SAMM. Semalam di Segamat, sekali lagi Unit Amal PAS berdepan dengan puak-puak bengap ini yang cuba mengganggu program melibatkan Lim Guan Eng. Semakin teruk politik Umno/Bn sekarang. Mereka sudah tiada moral lagi untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat secara `gentleman'. Mereka kini gunakan taktik samseng, tetapi samseng taik minyak. Syabas, kepada Lim guan Eng yang berani berdepan dengan puak-puak bengap tersebut. Pedulikan ugutan dan ancaman dari mereka kerana ugutan dari orang yang bodoh tidak perlu dilayan./wfauzdin.blogspot.com |
TIADA SEBAB TAN SRI KHALID PERLU BERUNDUR - AZMIN (VIDEO) Posted: 12 Oct 2011 03:30 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS SUATU keputusan yang jelas, tepat dan bijak sekali apabila PKR serta Pakatan Rakyat Selangor terus mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor. Tiada sebab untuk menyingkirkan Tan Sri Khalid dan isu ini bukan isu baru sepertimana yang disebut oleh YB Azmin Ali. Isu ini dimainkan oleh portal dan blog pro Umno kerana mereka kehabisan modal untuk mencari jalan menghancurkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Jika benar ada beberapa tokoh PKR atau dari Pakatan Rakyat yang tidak sependapat dengan Tan Sri Khalid, ianya tidaklah sampai kepada meminta beliau mengundurkan diri dari kerusi MB Selangor. Apa yang benarnya, pihak yang tidak senang dengan ketelusan dan kebijaksanaan Tan Sri Khalid mentadbir Selangor adalah pihak Umno di Selangor. Bagi mereka, selagi Tan Sri Khalid berada di kerusi MB Selangor, maka amat sukar bagi Umno meletakkan calon MB mereka yang boleh mengatasi MB Selangor sekarang. Jika kehebatan Tuan Guru Nik Aziz sebagai MB Kelantan amat digeruni oleh Umno Kelantan, begitu juga dengan hebatnya Tan Sri Khalid di Selangor. Masing-masing mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri. /wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan