Kelab Greenboc |
- Pesuruhjaya PAS Selangor Pertikai Tindakan JAIS Tahan Bob Lokman
- Lembu Untuk Dijual Sempena Ibadah Korban Kena Kebas
- Bob Lokman Ditahan Oleh JAIS. Apa Pula Pendirian Hassan Putu-Mayung?
- Datuk Ahmad Jais Kembali Ke Rahmatullah, Al-fatihah
- WASPADA: Gambar Profil Facebooknya Digunakan Oleh Sindiket Pelacuran
- Gadis Bangun Dari Kubur Kisahkan Dia Telah Diperkosa Dan Ditanam Hidup-hidup
- Jenazah Wanita Malaysia Jatuh Dari Hotel Selamat Dikebumikan, Suami Teruskan Ibadah Haji
- Isu Ugutan Pang Chaw: Sinar Harian Pun Sudah Jadi Utusan Meloya Kedua Hina Hudud?
- PAS Bakal Kemuka Petisyen Gesa Tubuh Suruhanjaya Siasat Gani Patail
- Bunuh Ketika Mabuk Arak
Pesuruhjaya PAS Selangor Pertikai Tindakan JAIS Tahan Bob Lokman Posted: 11 Oct 2011 01:15 AM PDT Berikutan penahanan artis popular Bob Lokman oleh Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) ketika memberi tazkirah di sebuah surau di Hulu Langat mengundang reaksi pelbagai pihak. Antaranya Ketua Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman yang mengesa JAIS agar lebih bersikap terbuka dalam menjalankan tugasnya sebagai institusi yang memperkasakan Islam di negeri ini. Dr Rani menjelaskan pihaknya tidak mempertikaikan tindakan JAIS menghalang penceramah yang tidak bertauliah, tetapi usaha ini dikhuatiri mengekang proses pembelajaran agama di negeri ini. "Kes-kes seperti ini JAIS sepatutnya terlebih dahulu dengar ceramah tersebut, sekiranya orang itu berceramah tidak betul, tegur golongan itu. "Saya sendiri sebagai Pesuruhjaya PAS tidak setuju dengan ceramah berunsur politik kepartian di dalam masjid mahupun surau, tetapi sekirannya ceramah itu bersifat politik Islam ia tidak menjadi masalah. "Siapa yang menyatakan politik berasingan daripada Islam, maka golongan itu perlu mengucap kembali," katanya. Bob Lokman dipercayai ditahan atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah dan dibawa ke balai polis berdekatan. Penulis lirik lagu Isabella itu difahamkan mencerita pengalamannya sewaktu bergelumang dengan kegiatan seni kepada hadirin surau itu malam tadi. Dr Rani yang juga ADUN Meru berpendapat tindakan JAIS menggunakan alasan tiada tauliah sebagai menghalang sesorang dari berceramah dilihat kurang tepat. "Sekirannya benar Bob Lokman bercakap benda yang tidak betul, beritahu, jangan terus tangkap, kalau benar Bob Lokman salah dakwanya di mahkamah, soal tahan seseorang dengan alasan tanpa tauliah, itu tidak berapa tepat," jelasnya. Usaha TVSelangor bagi menghubungi JAIS untuk mendapatkan reaksi mereka masih belum berhasil. Sebelum ini, Pengarah JAIS, Tuan Haji Marzuki Hussin berkata pihaknya tidak membenarkan mana-mana ahli politik dari mana-mana parti untuk berceramah dan berpolitik di masjid sejajar dengan titah Sultan Selangor yang tidak mahu masjid menjadi gelanggang politik. Marzuki menjelaskan sekiranya ahli politik dipanggil untuk mana-mana upacara mahupun perasmian yang bertempat di masjid dan surau haruslah dibuat dipekarangan premis tanpa ucapan berunsur politik dan lambang parti. "Kita telah mengeluarkan surat edaran dan peraturan masjid, ianya hanya dibenarkan diluar pekarangan masjid tanpa sebarang lambang mana-mana parti politi, banner mahupun risalah politik dan ucapannya bebas dari unsur politik," jelas Marzuki. Susulan daripada itu, pihak JAIS tidak akan memperbaharui tauliah kepada mana-mana ahli politik yang sebelum ini memiliki sijil tersebut daripada pihaknya. |
Lembu Untuk Dijual Sempena Ibadah Korban Kena Kebas Posted: 11 Oct 2011 12:47 AM PDT Sungai Pasir – Seorang penternak di sini, tidak menyangka akan mengalami kerugian berganda berikutan 10 lembu yang diternak di kandang dicuri pihak tidak bertanggungjawab. Abd Rahman Ishak, 43, berkata, tiga lembu jantan, tiga betina dan empat lembu dara didapati hilang dari kandangnya yang terletak di belakang kuarters guru di sini minggu lalu. Menurutnya, kejadian dipercayai dilakukan pada waktu malam dan hanya disedari keesokan hari ketika dia sedang bekerja setelah diberitahu rakannya. "Akibat kehilangan 10 lembu, saya mengalami kerugian kira-kira RM20,000. Hanya 10 ekor yang tinggal," katanya. Dia juga berkata, lembu yang diternak dijangka dijual menjelang Aidiladha tidak lama lagi. Berikutan kejadian, Abd Rahman membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda," katanya kepada Sinar Harian. Menurutnya, kecurian itu dilakukan menggunakan taktik licik apabila pencuri bertindak berani menyuntik lembu dengan pelali sebelum mengalihkan lembu berkenaan. "Saya tidak menyangka pencuri sanggup menggunakan perbuatan salah itu semata-mata untuk mencuri 10 lembu," katanya. Abd Rahman berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukannya di sekeliling kawasan kandang, dia menjumpai jarum suntikan pelali yang dikatakan digunakan untuk memudahkan mereka membawa lembu itu. -SH |
Bob Lokman Ditahan Oleh JAIS. Apa Pula Pendirian Hassan Putu-Mayung? Posted: 10 Oct 2011 10:59 PM PDT Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) malam tadi, dipercayai atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah. Bob dikatakan ditahan ketika menyampaikan tazkirah di sebuah surau di Hulu Langat dan dibawa ke balai polis berdekatan. Beliau ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan penahanannya semalam bagaimanapun enggan mengulas lanjut pada masa ini. Sebarang maklumat lanjut, katanya, boleh dirujuk kepada seorang pemimpin Pemuda PAS. Sementara itu, seorang pemimpin kanan dewan itu memberitahu Malaysiakini, Bob, Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Mohd Sany Hamzan dan nazir surau berkenaan diminta memberi keterangan kepada JAIS pada jam 10 pagi nanti. Setakat ini belum jelas sama ada mereka juga turut ditahan bersama Bob semalam. Bob semalam difahamkan mencerita pengalamannya sewaktu bergelumang dengan kegiatan seni kepada hadirin surau itu malam tadi. Usaha Malaysiakini mendapatkan reaksi JAIS setakat ini belum berhasil. -mk Ulasan GB Penahanan Bob Lokman, seorang artis yang bertukar menjadi seorang pendakwah dan menyertai PAS, mungkin mengejutkan beberapa pihak. Tetapi tidak mengejutkan bagi mereka yang mengikuti JAIS yang sentiasa bertindak mengikut telunjuk UMNO untuk memberikan tekanan kepada PAS/Pakatan Rakyat Selangor. Tindakan JAIS sentiasa saja mendapat restu daripada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali, sekalipun pemimpin PAS Pusat telah terpaksa berhadapan dengan satu saman dari UMNO Selangor yang ada kaitan dengan JAIS. Hassan Ali yang dicurigai sebelum ini telah membuat kenyataan bahawa di dalam hatinya cuma ada PAS. Namun tindakan-tindakannya luarannya dilihat oleh kebanyakan pihak sebagai talibarut UMNO apabila bertindak tidak sehaluan dengan pimpinan PAS Pusat. Beliau sebelum ini menafikan ada membuat pertemuan dengan pimpinan UMNO, kerana katanya yang bertemu dengan pimpinan UMNO itu bukan Hassan Ali tetapi mungkin Hassan Putu-Mayung. Di dalam kes serbuan JAIS ke atas gereja Methodist Damansara Utama, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyatakan tindakan JAIS menyerbu gereja di Petaling Jaya Ogos lalu adalah betul, tidak menyalahi undang-undang negeri serta selaras dengan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam Selangor 1988. Itu titah Sultan berdasarkan laporan yang dikemukakan JAIS sendiri, bukan keputusan sebarang mahkamah. Ia bererti juga, JAIS sendiri yang melihat tindakannya betul. Sekalipun baginda bertitah ada cubaan memesongkan akidah umat Islam yang dibuktikan dalam hasil siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu, namun bukti yang diperolehi tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang. JAIS melihat tindakannya betul, tetapi bukti-bukti tidak mencukupi untuk mendakwa pihak terbabit. Dengan sendirinya, dakwaan yang betul itu tidak dapat dipertahankan kerana kekurangan bukti. Misalnya hendak menuduh orang mencuri, tetapi tiada bukti mencukupi, maka tidak dibolehkan lagi membuat pertuduhan tersebut kerana pertuduhan itu sudah menjadi tidak sah. Kini isu Bob Lokman pula yang ditahan menyampaikan tazkirah kerana perbuatan dianggap SALAH oleh pihak JAIS. Hairan. Baginda sultan semalam menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS memantau rapi dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas penyebaran agama Kristian, bukannya tazkirah yang bertujuan memantapkan aqidah umat Islam. Lagipun Bob Lokman bukannya memberi ceramah politik, pun beliau bukan seorang pemimpin parti politik sepertimana telah dikenakan dakwaan kepada Khalid Samad. Bagaimana agaknya pendirian Hassan Putu-Mayung di dalam hal ini? Sokong juga JAIS? p/s Tentang gelaran "hassan putu-mayung", bukan gelaran dari GB, itu adalah gelaran dari Hassan Ali sendiri terhadap seorang lagi "hassan" yang membawa gagasan Unity Government. Siapa "hassan putu mayung" itu? Anda sendiri sudah mengetahuinya. Ingat: Whatever you give, you get back! |
Datuk Ahmad Jais Kembali Ke Rahmatullah, Al-fatihah Posted: 10 Oct 2011 09:33 PM PDT Penyanyi irama pop yeh yeh, Datuk Mohd. Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais telah kembali ke rahmatullah. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Darul Ehsan pada jam 9.28 pagi ini akibat komplikas paru-paru. Datuk Ahmad Jais sebelum ini dilaporkan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami masalah kesukaran bernafas. Anak keempatnya, Maimun Mohd. Jais, 31, sewaktu itu berkata, bapanya diberi bantuan mesin sokongan bagi membolehkannya berehat memandangkan keadaan paru-parunya masih lemah. Maimun menambah, keadaan ayahnya itu dikatakan dilihat semakin stabil dan bertambah baik namun pihak hospital menasihatkan untuk banyak berehat dan masih memantau keadaannya itu. Pada 8 September lalu, Allahyarham mengadu penat dan sakit selepas pulang membuat persembahan di Batu Pahat, Johor. Sakitnya mula serius pada malam Khamis lalu dan beliau terpaksa mengambil alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor. Bagaimanapun, Ahmad Jais kemudian dipindahkan ke Pusat Perubatan Darul Ehsan kerana mempunyai rekod perubatan di situ. Al-fatihah. Datuk Ahmad Jais |
WASPADA: Gambar Profil Facebooknya Digunakan Oleh Sindiket Pelacuran Posted: 10 Oct 2011 07:32 PM PDT Gambar peribadi FB jadi promosi perempuan jalang KUALA LUMPUR: Seorang wanita bukan saja menjadi mangsa penyalahgunaan gambar profil yang menawarkan perkhidmatan pelacuran di facebook (FB) malah dia turut diugut individu tidak bertanggungjawab jika membuat aduan kepada pihak berkuasa. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, 8 Oktober lalu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lina, 43, sedang melayari laman sembang sosial, facebook sebelum menemui sebuah profil menggunakan gambar diri dan suaminya tanpa kebenaran. Katanya, pemilik profil berkenaan itu turut memberikan nama baru untuk pasangan berkenaan. "Saya menerima kejutan yang lebih hebat selepas menemui gambar peribadi yang digunakan sebagai umpan atau promosi perempuan jalang untuk kegiatan pelacuran melalui laman sembang sosial itu," katanya. Menurutnya, apabila dia dan suaminya menghantar pesanan ringkas kepada pemilik akaun profil berkenaan untuk mengeluarkan gambar, mereka hanya menerima mesej berbentuk ugutan. Beliau berkata, pemilik berkenaan mendakwa tidak akan mengeluarkan gambar mangsa dan suaminya sebaliknya akan menyebarkan lagi gambar terbabit secara meluas di facebook. "Seperti yang didakwa, suspek terbabit membuka akaun facebook baru menggunakan nama lain tetapi menyalahgunakan gambar saya dan suami. "Malah maklumat peribadi dalam akaun berkenaan menyerupai identiti suami saya, kami bukan saja diaibkan tetapi identiti peribadi kami digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya. -hm |
Gadis Bangun Dari Kubur Kisahkan Dia Telah Diperkosa Dan Ditanam Hidup-hidup Posted: 10 Oct 2011 05:36 PM PDT Seorang gadis berusia 10 tahun di Filipina berjaya keluar dari tanah kuburan setelah dia ditanam hidup-hidup oleh sepupunya sendiri yang juga telah memperkosanya. Inspektor Roberto Ocumen, Ketua Polis Kota Magpet, Filipina menyatakan, gadis tersebut telah diperkosa dan kepalanya dipukul dengan sebuah benda keras sehingga pingsan lalu dikuburkan dalam keadaan tak sadarkan diri oleh sepupunya sendiri, Dennis Quilaton. Gadis tersebut akhirnya tersadar dan mendapati dirinya sudah berada di bawah tanah. Beliau langsung cuba untuk melepaskan diri dari kuburan tersebut dan berjaya sampai ke rumah dengan bantuan tetangganya. Demikian seperti diberitakan Inquirer, Sabtu (8/10/2011). Ayah dari gadis ini menyatakan, mengikut kisah dari anaknya, anaknya itu diculik oleh sepupunya sendiri pada minggu lalu. Anak perempuannya itu telah dipukul dengan benda keras dan dibawa ke kawasan berumput di rumahnya untuk diperkosa. Setelah itu, Quilaton mengkuburnya hidup-hidup dalam satu lubang yang cetek. "Ajaibnya, dia sadar dan berjaya meloloskan diri dari kuburan tersebut serta berhasil meminta tolong penduduk sekitar," ujar ayah dari gadis malang itu. Hingga saat ini, belum diketahui, berapa lama gadis itu berada di dalam kuburan yang digali oleh sepupunya sendiri Sumber:Philippine Daily Inquirer/ANN |
Jenazah Wanita Malaysia Jatuh Dari Hotel Selamat Dikebumikan, Suami Teruskan Ibadah Haji Posted: 10 Oct 2011 10:39 AM PDT Lembaga Urusan Tabung Haji sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Arab Saudi bagi menyiasat kes kematian seorang jemaah haji wanita dari Malaysia akibat jatuh dari bangunan hotel penginapannya di Madinah Sabtu lepas. Rohani Mohammad Kasim, 39 tahun dari Shah Alam, dilaporkan jatuh dari tingkat sembilan Hotel Al-Haram, Madinah Sabtu lalu. Jenazah Allahyarhamah selamat dikebumikan di Perkuburan Baqi' berdekatan Masjid Nabawi, demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera teruk di kepala kira-kira jam empat petang waktu tempatan. Allahyarhamah mengerjakan Haji di tanah suci bersama suaminya Mohd Nasir Abdullah, 54 tahun melalui pakej diuruskan Lembaga Tabung Haji. Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Salleh Syed Abdul Rahman berkata pihaknya juga sedang mengumpul segala maklumat berhubung kejadian itu di samping berusaha menghulur bantuan buat suami wanita berkenaan. Katanya petugas Tabung Haji dan guru-guru agama sedang memberi kaunseling serta bimbingan dan sokongan kepada suami wanita itu, dan juga tiga rakan sebilik wanita berkenaan. "Kejadian berlaku semasa jemaah wanita itu tinggal berseorangan ketika tiga teman sebiliknya sedang mengerjakan solat Asar di Masjid," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata insiden itu tidak menjejaskan operasi haji jemaah dari Malaysia, dan menurutnya beliau difahamkan suami wanita itu akan meneruskan ibadah hajinya. Syed Salleh berkata wanita itu bersama suaminya yang tiba di Madinah pada 3 Oktober lepas, pada mulanya dijadual akan berlepas ke Mekah hari ini. Menurutnya suami wanita itu sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Arab Saudi dalam membantu siasatan. Jamil Khir berkata, kerajaan kini menunggu laporan lengkap siasatan daripada polis Arab Saudi berkenaan kes itu. "Kita masih menunggu, belum dikeluarkan lagi sebarang laporan lengkap daripada pihak keselamatan dan polis Arab Saudi. Saya sudah pun menghubungi wakil kita dari Tabung Haji yang berada di Madinah yang memaklumkan bahawa kita masih menunggu laporan," katanya. |
Isu Ugutan Pang Chaw: Sinar Harian Pun Sudah Jadi Utusan Meloya Kedua Hina Hudud? Posted: 10 Oct 2011 07:40 AM PDT Pang Chow nafi sekeras-kerasnya ugutan tinggalkan PAS KUALA LUMPUR, 10 Okt: Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw hari ini menafikan dengan sekeras-kerasnya berita yang menyatakan DHPP enggan menyokong PAS jika hudud dilaksanakan. Beliau juga menafikan membuat ancaman untuk tinggalkan PAS sebagaimana yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian hari ini (gambar). "Sebagai salah seorg pengasas kelab penyokong PAS yang kini menjadi DHPP, tidak ada sebab saya buat demikian. "Ia umpama rumah yang dibina dengan duit, masa dan tenaga saya tiba-tiba dibakar oleh saya sendiri atas sebab bocor sikit di dapor," kata beliau kepada Harakahdaily. Akhbar Sinar Harian hari ini menyiarkan di muka depannya laporan kononnya 20,000 ahli DHPP akan keluar meninggalkan PAS jika hudud dilaksanakan. Selesai melalui mesyuarat Sementara itu, berdasarkan laporan Sinar Harian itu, Dewan Pemuda PAS Kelantan meminta pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) itu agar membincangkan segala masalah dalaman parti melalui meja rundingan. Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, pihaknya berpendirian, sewajarnya Pang Chow yang menerajui DHPP lebih memahami dasar PAS berbanding dengan ahli-ahli biasa DHPP yang rata-ratanya tidak mempunyai sebarang masalah dengan hasrat ini. Beliau juga mengingatkan Pang Chow untuk tidak mengambil kesempatan dari jawatan yang disandang untuk membuat kenyataan seolah-olah menggugut kerajaan negeri dan parti. Bahkan beliau sepatutnya telah memahami dasar PAS sebelum menyertai DHPP yang wujud hanya 15 tahun selepas hudud diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan. "Saya menggesa agar Pang Chow tidak lagi membuat kenyataan terbuka seperti ini, sebarang kemusykilan boleh diselesaikan melalui perbincangan tertutup," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Abdul Latif menyatakan demikian ketika memberikan ulasan berkaitan kenyataan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chow seperti yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian hari ini. Di dalam kenyataannya, Pang Chow memberikan isyarat bahawa akan berlaku tindakan keluar beramai-ramai daripada sayap parti itu jika PAS terus memperjuangkan hudud untuk dilaksanakan di Kelantan. "Saya melihat kenyataan Hu Pang Chow sebagai satu kenyataan yang kurang tepat serta tidak realistik dengan senario politik semasa yang sedang berlaku di Malaysia. "Justeru, saya ingin mengulangi sekali lagi penegasan yang dibuat oleh pimpinan PAS samada Presiden ataupun Mursyidul Am bahawa hukum hudud hanya dikenakan kepada orang Islam sahaja dengan tidak melibatkan langsung golongan non muslim. "Pada hari ini, apa yang diperjuangkan oleh PAS adalah pelaksanaan hudud di negeri Kelantan sesuai dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan," kata beliau dalam kenyataan itu. Oleh yang demikian, katanya, Pang Chow selaku Pengerusi DHPP sewajarnya lebih bertindak ke arah memberikan penjelasan kepada non muslim agar tidak khuatir dan bimbang dengan pelaksanaan hukum hudud serta bukannya mengambil langkah untuk menyongsang arus dan membuat pendirian berbeza dengan pucuk pimpinan parti. "Ingin saya ingatkan bahawa kerajaan Kelantan akan terus menjaga dan menjamin hak-hak masyarakat non muslim dan ia diterima oleh rata-rata ahli DHPP," katanya. Sebagai contoh pada 8 Oktober 2011 yang lepas telah diadakan Seminar Keharmonian Masyarakat Majmuk anjuran kerajaan negeri Kelantan. Ia dihadiri oleh wakil-wakil DHPP dari seluruh negara dan rata-ratanya memberikan respon yang cukup positif dan menyambut baik hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk menguatkuasakan hudud ke atas umat Islam di Kelantan. Ramai keluar jika laksana hudud Ulasan GB Ini bukan kali pertama akhbar Sinar Harian "meniru" gaya Utusan Meloya di dalam melakukan penghinaan terhadap hudud. Yang paling nyata ialah apabila Sinar Harian pada 5 Okt lalu mengusulkan pertanyaan kepada para artis : hudud wajar @ tidak? Jadi ternyata, akhbar SH ada agenda tersendiri untuk memberikan gambaran buruk Hudud kepada masyarakat. Sama seperti wartawan Utusan Meloya, serangan SH ke atas hukum hudud mendedah dan menjelaskan lagi kejahilan wartawan berkenaan terhadap Islam. Kesiannya wartawan sebegini... menghina hukum Allah untuk mmeraih publisiti murahan. |
PAS Bakal Kemuka Petisyen Gesa Tubuh Suruhanjaya Siasat Gani Patail Posted: 10 Oct 2011 06:05 AM PDT PAS akan mengemukakan satu petisyen agar diadakan suruhanjaya diraja siasatan bagi menyiasat Peguam Negara, sekali gus menolak keengganan Putrajaya untuk mendakwa Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung kes rasuah. Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar memberitahu The Malaysian Insider hari ini bahawa petisyen itu bertujuan mengenakan tekanan ke atas kerajaan mengambil tindakan tegas. Katanya, tindakan kerajaan secara berterusan tidak mempedulikan siri dakwaan berhubung salah laku peguam negara adalah sesuatu yang tidak dapat diterima sama sekali. Beliau menegaskan jika Gani telah dibebaskan daripada kesemua dakwaan, maka tindakan fitnah seharusnya dikenakan ke atas mereka yang membuat tuduhan termasuk bekas pegawai kanan Datuk Mat Zain Ibrahim dan blogger Raja Petra Kamaruddin. "Bagi saya, ini menunjukkan kerajaan tiada pendirian dalam isu ini. Keengganan mereka mengambil tindakan menunjukkan kesanggupan mereka untuk membersihkan institusi. "Ia bukan urusan mengenakan tuduhan ke atas peguam negara semata-mata, tetapi keseluruhan institusi Jabatan Peguam Negara sendiri yang kelihatan kurang integriti dan kredibiliti," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen pagi ini. Minggu lalu Putrajaya menegaskan tiada tindakan akan dikenakan ke atas Gani meskipun wujud dakwaan terbaru berkenaan amalan rasuah dan mengada-adakan bukti yang dibawa ke atas peguam negara itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata keputusan tahun lalu berhubung dakwaan pembabitan Gani dalam kes berkaitan mata lebam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masih kekal. "Jawapan yang sama, jawapan yang sama. Saya telah menjawab (Penasihat DAP Lim) Kit Siang di Parlimen sebelum ini. Jawapannya masih sama," kata beliau ketika ditanya sama ada Putrajaya akan bertindak ekoran kemunculan dakwaan baru ke atas Gani. Apabila ditanya sama ada kerajaan ke atas pengadu-pengadu terhadap Gani, Nazri menjawab: "Jawapan yang sama." Pada 14 Disember lalu, kerajaan mengetepikan dakwaan dikemukakan oleh Mat Zain bahawa Gani telah memalsukan dokumen-dokumen berkaitan dengan kes mata lebam Anwar. Sebaliknya, Nazri telah memberitahu Parlimen tidak perlu bagi Mat Zain untuk mengadu bahawa panel bebas yang dibentuk untuk menyiasat pemalsuan bukti telah gagal untuk membersihkan namanya dalam insiden itu. Ini kerana, menurut Nazri, Mat Zain tidak pernah tertakluk kepada siasatan panel, sebaliknya hanya dipanggil sebagai saksi untuk memberi keterangan. Dalam surat terbuka kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Mat Zain menegaskan kuasa untuk menubuhkan sebuah tribunal terletak pada Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri. Di sebalik respons Nazri itu, Mat Zain terus-menerus berusaha untuk meyakinkan kerajaan agar mendakwa Gani dan beberapa bulan lalu menghantar siri surat terbuka kepada Ismail. -TMI Ulasan GB GB sudah ulas sebelum ini. Petikan: Malaysia dilihat di dalam banyak hal mengikut telunjuk Peguam Negara yang seorang ini yang nampaknya kian hari kian mencengkam untuk melaksanakan agenda-agenda yang hanya dia dan Allah s.w.t saja yang tahu. Beliau sangat berkuasa di dalam menentukan apa yang perlu dibuat dan apa yang tidak perlu dibuat oleh kerajaan sekalipun apa yang disampaikan sebenarnya hanya untuk kepentingan-kepentingan tertentu. Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai manusia paling hina yang pernah dimiliki oleh negara. Beliau selama ini bertindak seperti beliau seorang Maharaja Paling Berkuasa, memperbodohkan Perdana Menteri dan kabinet serta rakyat seluruhnya dengan melepaskan perahsuah-perahsuah negara serta menakut-nakutkan hakim-hakim dengan bertindak sebagai Pendakwa Raya untuk meminta mahkamah supaya rakyat yang dipandangnya sebagai ancaman kepada pemerintah dihalang daripada diikatjamin. Selebihnya di: Manusia Paling Berkuasa Di Malaysia |
Posted: 10 Oct 2011 04:30 AM PDT Kesan buruk tabiat meminum arak terbukti apabila seorang lelaki langsung tidak menyedari bahawa dia telah memukul hingga mati isterinya selepas bertengkar mengenai kegagalan wanita itu menebus kembali seutas gelang emas yang digadai beberapa bulan lalu. Kejadian di kuarters Pejabat Haiwan, Taman Golden Wood, Ulu Bernam di sini menyebabkan seorang peniaga nasi lemak, S. Gurmeet Kaur, 41, ditemui mati pada pukul 7 pagi semalam disyaki dipukul di muka oleh ahli keluarganya sendiri beberapa jam sebelum itu. Difahamkan, kejadian berpunca apabila mangsa bersama suami dan kakaknya mula meminum arak pada pukul 11 malam sebelum mereka bertengkar mengenai seutas gelang milik kakak mangsa yang gagal ditebus kembali selepas digadai. -kosmo
Ulasan GB Tak tahu siapa yang melaporkannya dengan betul. Kosmo atau Metro. Di dalam laporan yang pertama, dikatakan suami yang memukul isterinya sehingga mati sementara di berita kedua kakaknya yang memukul. Walau apa pun, ia berlaku setelah mereka berada di dalam keadaan mabuk kerana arak. Semua orang tak kira bangsa dan agama mengakui bahawa arak itu mengandungi mudharat yang boleh menyebabkan kebinasaan. Ini amat bertepatan dengan ajaran Al-Quran. يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya. (Al-Baqarah :219) Maka sebab itu ia diharamkan kerana Allah Amat Mengetahui apa yang baik dan tidak baik bagi manusia. يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ Wahai orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah perbuatan keji dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Al-Maidah : 90 |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan