Sabtu, 22 Oktober 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Apa perlunya sebuah parti Islam? - Hasan Ali

Posted: 22 Oct 2011 04:59 AM PDT


"Saya tetap akan hadiri perhimpunan Sejuta Umat Islam kerana program itu adalah untuk menyedarkan umat Islam seluruh Malaysia bahawa budaya murtad sudah berleluasa di Malaysia".

Apa yang akan saya jawab didepan Allah SWT jika program kesedaran untuk Umat Islam tidak dihadiri oleh seorang yang bertanggungjawab terhadap Agama Islam selangor"

Biarlah mereka dengan sikap kepartian yang melampau sehingga mengharamkan program untuk akidah umat Islam.

Apa perlunya sebuah parti Islam jika sanggup mengharamkan program yang mampu membenteras budaya murtad yang menjejaskan akidah umat Islam. Kita masih ada yang sanggup menganjurkan program akidah sebegini,... - Hasan Ali

Kira-kira 5,000 orang telah memasuki Stadium Shah Alam bagi menyertai Himpunan Sejuta Umat dan pada masa ini para hadirin dihiburkan dengan persembahan nasyid daripada gabungan kumpulan-kumpulan nasyid tanah air.Utusan Meloya menggempar gempurkan dengan tajuk beritanya - Hampir 100,000 ahli daripada kira-kira 3,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dijangka menghadiri Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam di sini, esok. Klik sini

Hasan Ali hadir dan menutup perhimpunan tersebut dengan memimpin bacaan doa munajat.Harap-harap 5,orang yang hadir itu dapat menghafal doa munajat Hasan Ali itu supaya dapat diamalkan oleh mereka setiap malam.

Apakah tindakan yang paling wajar bagi Hasan Ali mengorak langkah seterusnya apabila beliau mempersoalkan keputusan PAS dalam isu HIMPUN ini dengan kata-katanya :

Apa perlunya sebuah parti Islam jika sanggup
mengharamkan program yang mampu membenteras
budaya murtad ...

Saya tidak mahu mengesyorkan supaya Hasan Ali mengikut jejak Zul Kulim.Tapi sendiri fikirlah , apa halnya nak berada dalam PAS kalau pandangannya terhadap parti PAS sedemikian rupa?

Saya tidak pasti samada perhimpunan itu ada memutuskan sesuatu resolusi atau memorandum untuk mendesak kerajaan meluluskan Akta Murtad.

HIMPUNAN MELAYU

Posted: 21 Oct 2011 10:44 PM PDT

Tiada ulasan: