DUNIACACAMARBA |
- AZIZ BARI: Digantung Tugas, Diberi Surat Tunjuk Sebab, Dilarang Masuk UIA, Dilarang Berhubung dengan Pihak yang Ada Kaitan dengan UIA...
- [KANTOI] Sumber Gambar Fitnah Anak Guan Eng TERBONGKAR
- Budak 10 Tahun Fasih 10 Bahasa
- [Video] Penderitaan Lelaki dengan BUAH ZAKAR Seberat 44.5 Kg
- Awas, Van Putih Muncul KEMBALI!
- Tebus Talak Demi Kekasih
Posted: 20 Oct 2011 02:04 AM PDT Saya petik: [TMI] KUALA LUMPUR, 20 Okt — Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari sehingga siasatan ke atas beliau diselesaikan, berhubung kenyataannya tentang titah Sultan Selangor minggu lalu. Perkara itu terkandung dalam surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada beliau petang semalam. Aziz (gambar) ketika dihubungi berkata beliau menyerahkan kepada peguamnya untuk menguruskan perkara itu. "Saya serahkan kepada peguam saya," katanya ketika dihubungi. Dalam pada itu, peguamnya Dr Dzulkarnain Lukman mengesahkan bahawa selain digantung tugas, Aziz juga dilarang berada di UIA dan berhubung dengan mana-mana kakitangan dan mana-mana pihak yang ada kepentingan dengan universiti itu. "Berdasarkan surat tunjuk sebab, syarat-syarat ini dikenakan sehingga inkuiri selesai dijalankan," kata beliau sambil menambah Aziz dikenakan tuduhan mengeluarkan satu kenyataan, yang dibawa oleh portal MalaysiaKini, didakwa telah memudaratkan nama baik dasar UIA. Tuduhan itu dikenakan di bawah Perkara 15(1) Peraturan-peraturan Disiplin Universiti. "Saya difahamkan ini kali ketiga Prof Aziz Bari diberikan surat tunjuk sebab," kata Dzulkarnain lagi. Bagaimanapun difahamkan ini kali pertama beliau dilarang menjejaki kaki di kampus UIA. "Dua surat sebelum ini, Prof Aziz Bari sendiri yang jawab, jadi saya tidak pasti sama ada digantung tugas atas tidak," kata peguam itu yang semalam mengiringi pakar perlembagaan itu ketika disoal siasat oleh polis di bawah Akta Hasutan di Shah Alam. Menurut Dzulkarnain, pensyarah itu diberi tempoh sehingga pukul 4 petang 25 Oktober ini untuk menjawab surat tunjuk sebab dikeluarkan semalam. "Prof Aziz akan menjawab surat tunjuk sebab dalam waktu terdekat," kata beliau lagi. Semalam, polis memulakan siasatan ke atas Aziz mengikut Akta Hasutan berikutan laporan pemimpin Umno Senator Ezam Mohd Nor pada 13 Oktober lalu. Difahamkan sekurang-kurangnya lima laporan polis dibuat berhubung perkara yang sama. Isnin lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyoal siasat Aziz. Aziz sebelum ini dipetik berkata tindakan Sultan Selangor campur tangan dalam isu pemeriksaan gereja terbabit pada 3 Ogos lalu bukan tindakan lazim. Menurutnya, sebagai ketua agama Islam negeri, baginda mempunyai hak untuk campur tangan tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam. Selepas dikritik pelbagai pihak, Aziz sehari kemudian menjelaskan bahawa Akta Hasutan memperuntukkan bahawa tidak menjadi kesalahan mengkritik Raja-raja Melayu asalkan mereka tidak menuntut pemansuhan institusi itu. Tidak puas hati dengan kenyataan itu, Ezam dan beberapa aktivis pertubuhan bukan kerajaan tampil membuat laporan serentak dengan mendakwa Aziz berlaku biadap dan derhaka kepada institusi raja Melayu. Sultan Selangor sebelum itu bertitah bahawa baginda amat tersinggung dengan usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di negeri itu. Titah baginda, cubaan memesongkan akidah umat Islam itu berjaya dibuktikan hasil siasatan Jais tetapi ia tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang. Ditanya sama ada syarat-syarat yang dikenakan ke atas Aziz terlalu keras, Dzulkarnain berkata, "ya, saya rasa syarat-syarat seperti ini tidak perlu. Beliau tidak mengganggu sesiapa.. ini bukan kes gangguan seksual." "Lagi pun beliau ada pelajar-pelajar yang hendak diselia, ada kuliah, ada kelas untuk disampaikan," katanya lagi. P/s: DCM sokong Aziz Bari!!! | ||
[KANTOI] Sumber Gambar Fitnah Anak Guan Eng TERBONGKAR Posted: 19 Oct 2011 11:10 PM PDT Ahli Parlimen DAP Tony Pua menunjukkan gambar pemain catur Grandmaster Hong Kong Anya Sun Corke, 21, yang kini belajar di AS yang difitnah oleh jurublog pencacai UMCO sebagai mangsa cabul anak LGE. Menurut Tony, gadis itu tiada hubungan dengan Malaysia apatah lagi bersekolah di sini. Gambar gadis cun ini boleh dilihat di www.chessbase.com. - DCM P/s: Apalah BINGAI SANGAT jurublog pro-UMCO!!!! Kemas Kini: Berdasarkan pemeerhatian blog Ameno World, jurublog pro-UMCO telah mengeluarkan gambar fitnah ini dari blog masing-masing. Tahu pun takut!!!! | ||
Budak 10 Tahun Fasih 10 Bahasa Posted: 19 Oct 2011 10:00 PM PDT Sonia Yang dimahkotakan sebagai pakar linguistik muda terbaik apabila berjaya menguasai 10 bahasa dengan baik lapor The Sun. Baru berusia 10 tahun, Sonia mengagumkan juri ketika dia menyertai pertandingan bahasa bersama lebih 5,000 peserta semalam. Peserta diuji mengenai pengetahuan terhadap bahasa asing, serta kemampuan belajar bahasa baru. Dilahirkan di Taiwan dan berpindah ke England bersama keluarganya, Sonia kini menetap di Cheadle Hulme, Stockport. Ketika tiba di England, Sonia mampu bercakap bahasa Jepun, China dan Inggeris, selain bahasa ibundanya. Sonia juga mampu menguasai bahasa Kazakhstan, Uganda, Jerman, Sepanyol, Perancis dan Portugal. -DCM Bacaan lanjut di sini. | ||
[Video] Penderitaan Lelaki dengan BUAH ZAKAR Seberat 44.5 Kg Posted: 19 Oct 2011 09:11 PM PDT Seorang lelaki Nevada, Wesley Warren Jr, memerlukan lebih RM3 juta bagi membolehkannya menjalani pembedahan untuk mengecilkan buah zakarnya yang terlalu besar. Selama ini, lelaki berusia 47 tahun itu hanya mendiamkan penderitaannya, namun semalam dia membuat rayuan terbuka bagi membolehkan pembedahan tersebut dijalankan agar dia mampu menjalani hidup seperti biasa petik The Sun. Berdasarkan rekod, Warren memiliki buah zakar seberat 44.5 kilogram. Oleh sebab saiz yang terlalu besar, Warren sukar memakai seluar, selain terpaksa bergantung pada antibiotik dan ubat setiap hari. Apabila keluar rumah, Warren perlu mengenakan seluar besar yang telah diubah suai. "Masalah ini memaksa saya menghabiskan lebih banyak masa di rumah," katanya. Walau bagaimanapun, keadaan itu tidak menjadikan Warren terlalu kecewa. Menurutnya, selain mempunyai sahabat, dia memasang impian untuk menjalinkan hubungan cinta dengan wanita idamannya. "Di balik kekurangan ini, saya tidak kecewa, berputus asa atau terfikir untuk membunuh diri," katanya. Kata Warren, dia percaya masalah itu berpunca daripada insiden yang berlaku pada tahun 2008. "Saya terkepit kemaluan ketika tidur dan keesokan harinya, ia membesar seperti bola," katanya. Sementara itu, doktor berkata, Warren menghadapi masalah limfatik pada zakarnya menyebabkan berlaku takungan cairan pada organ berkenaan dan organ itu membengkak secara melampau.-DCM P/s: Mudah-mudahan lelaki malang ini sembuh seperti sedia kala. | ||
Awas, Van Putih Muncul KEMBALI! Posted: 19 Oct 2011 07:25 PM PDT
Saya petik: [HM] AMPANG: Tragedi kes culik dan pembunuhan kejam Nurin pada 20 Ogos 2007 hampir berulang apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun hampir diculik dua lelaki menaiki van putih persis kenderaan yang didakwa melarikan Nurin. Menggunakan taktik hampir sama seperti kes penculikan sebelum ini, kanak-kanak lelaki terbabit diculik dan dibawa lari beberapa meter sebaik berjalan keluar dari sekolahnya berhampiran Kampung Melayu Ampang, Jumaat lalu. Bagaimanapun, mangsa terselamat apabila sempat melarikan diri sebaik pintu van berkenaan terbuka akibat tindakannya yang meronta-ronta ketika ditahan. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa baru tamat waktu persekolahan dan mahu pulang ke rumahnya yang terletak berhampiran. "Ketika sedang berjalan tiba-tiba seorang lelaki tempatan memakai kemeja-T terus keluar dari van putih diletakkan di tepi jalan lalu menghampiri kanak-kanak berkenaan yang baru keluar dari pintu utama sekolah. "Lelaki itu dikatakan memeluk lalu menangkap mangsa dari belakang. Akibat terkejut dengan tindakan itu, mangsa meronta dan cuba melepaskan diri," katanya ketika dihubungi semalam. Namun, mangsa dibawa masuk menaiki van dipandu seorang lagi lelaki tempatan dipercayai untuk dibawa lari. "Dalam perjalanan itu, mangsa terus meronta-ronta melepaskan diri. Disebabkan keadaan van yang bergegar, pintu van itu terbuka. | ||
Posted: 19 Oct 2011 06:55 PM PDT Saya petik:
[HM] JOHOR BAHRU: Untuk memastikan wanita dicintai menjadi milik mereka biarpun si dia sudah berkahwin, ada lelaki tidak kisah mengeluarkan puluhan ribu ringgit untuk membayar wang tebus talak. Mungkin ada menganggap perbuatan itu ibarat `membeli isteri orang' namun bagi lelaki dan wanita terbabit, itu bukan persoalan penting kerana segala urusan dilakukan mengikut prosedur termasuk proses di mahkamah. Berkongsi pengalamannya, seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Normah, 31, mengaku teman lelakinya membayar RM20,000 kepada mahkamah untuk kos tebus talak bagi mengesahkan perceraiannya dengan bekas suami. Normah berkata, selepas diceraikan dia terus berkahwin dengan teman lelakinya itu dan kini mereka bahagia sebagai suami isteri.... P/s: Macam-macam! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan