Khamis, 20 Oktober 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Bangunan Belum Siap , Zambry dan Hamidah gi rasmikan ....

Posted: 20 Oct 2011 11:09 AM PDT

Ya, ini kartun punya cerita. Biarlah saya buat kelakar sikit dalam entri saya kali ini. Adik-adik, kakak-kakak semua, izinkan saya memulakan bicara.

Portal Perak Today bukan main gah memaparkan tajuk : SAR Al Falah terima peruntukan RM30,000 daripada kerajaan negeri

Saya terus menalipon sahabat saya , Imam Zulkifli, pengerusi Surau Al-Falah untuk mendapatkan kepastian darinya berhubung perkara tersebut.

"Hello Zul, hebat betul kau bergambar dengan Zambry tadi!" Saya mengusiknya.

"Mana ada!" medengus nada suaranya menafikan, tapi saya terus mengusiknya.

"Dalam gambar, engkau sedang cium tangan Zambry, chup! chup! chup!…bukan kau ker?"

"Aku pergi kerja laa. Mana aku ada kat situ tadi," katanya tegas menafikan keberadaannya.

"Sepatutnya kau kena ambil cuti dan nyambut kedatangan Zambry dan girl-friend lama kau Hamidah ke tempat engkau," saya mengusiknya lagi.

"Depa tu (Zambry dan Hamidah) datang menceroboh; tidak tahu adab!" kali ini dia dengan nada menunjukan kekesalan.Dia kesal sungguh dengan sikap girl-friend lamanya itu.Bukan sebab Midah datang dengan Zambry. Tapi kerana sikap Hamidah yang sangat gelojoh. Imam Zul tahu sangat sikap gelojoh Hamidah sebab mereka dah lama sangat kenal. Lihat sajalah kat blog pengampu Hamidah. Rata-rata mengisahkan Imam Zul. Siap ada gambar sewaktu kawan tu dalam wad rumah sakit.Nampak begitu intim!

"Terasa sunyi hidup Hamidah jika tidak ada mendapat perkhabaran tentang abang Zul," mungkin begitulah keluhan hati Hamidah yang terpaksa berpisah kasih kerana konon ceritanya Imam Zul naik meluat sungguh gara-gara kegelojohannya itu. Berlainan sifatnya dengan Imam Zul yang sangat bersopan santun , mengalahkan Ust Radhi Zainon , yang di hormati oleh masyarakat Dun Sungai Rapat ini.

Apabila saya bertanyakan tentang peruntukan RM30 ribu itu, Imam Zul memaklumkan, Zambry hanya berjanji hendak beri.Belum beri lagi ; entah betul, entah tidak , kita tengoklah nanti. Mungkin Zambry cuba nak ngorat Hamidah dengan menonjolkan sikap pemurahnya. Zambry tahu Hamidah memang jenis penyangak macam dirinya dan mata duitan.

"Huh! Baru berjanji! Saya ingat dia ada menyampaikan cek ke benda...Jadi apa tujuan dia kesana merasmikan bangunan sekolah tersebut?" soal saya. Dalam hati saya , mungkin dia nak tayang hero barunya ala bintang filem Bangla itu kepada Imam Zul.....

"Hamidah yang terhegeh-hegeh sangat.Dia yang beria-ia mahukan sekolah tersebut dirasmikan, pada halnya bangunan itu belum siap lagi.Pihak kontraktor belum menyerahkan kepada pihak kami lagi.Nak rasmikan bagaimana?"

Agaknya, Zambry sendiri pun tidak tahukan hal tersebut. kalau tidak, masakan seorang Menteri Besar bersetuju meresmikan sebuah bangunan yang belum lagi siap!Lainlah kalau Zambry seorang yang bahlol!

Saya mulai faham kedudukan sebenarnya , mengapa Imam Zul enggan bekerjasama dalam soal perasmian ini kerana ianya belum ada CFO dan kontraktor belum menyerahkan bangunan tersebut kepada pihak surau kerana masih belum siap!

Tetapi, kenapa Hamidah Osman begitu mendesak dan blog upahannya, Sungai Rapat Online begitu cabul memfitnah Imam Zul dengan tuduhan-tuduhan liar? Beginilah kerja blogger pengampu yang hanya tahu menjilat tahi hidung dan hingus Hamidah. Urrgh!

"Siapa kontraktor bangunan tersebut?" Saya syak mungkin kontraktor ini sengaja melengah-lengahkan kerjanya.

Fikiran saya berasa tenang apabila dimaklumkan bahawa kontraktor tersebut adalah dari kalangan orang Umno sendiri.Saya khuatir pada mulanya, takut-takut kontraktor itu orang PAS. Kalau orang PAS, tentunya puak-puak Umno akan menyerangnya dengan macam-macam tuduhan liar.Tetapi kerana kontraktor itu orang Umno sendiri, mereka tidak berkata apa-apa.Marah dan Geram tetap ada; maka Imam Zul disasarkan menjadi mangsa kemarahan dan geram mereka.

Menurut imam Zul lagi, kontraktor Umno itu sendiri pun marah.Macam mana dia tidak marah ; orang-orang Hamidah suruh dia tebuk lubang sini, tebuk lubang sana suruh dia pasang letrik untuk perasmian itu.Adoi…ini kerja sasau kalau bukan gila.Bangunan belum siap , belum dapat Sijil Kelayakan Menduduki atau CFO sudah mahu ditambah pinda oleh Hamidah ikut kegelojohannya. Dia tidak tahu undang-undang ke? Main terjah tempat orang berlagak macam samseng!

Seterusnya, Imam Zul memaklumkan, Murid-murid tersebut masih terus menumpang di bangunan surau Al Falah seperti mana biasa kerana belum mendapat CFO.Jangkaan mereka ialah dapat menggunakan bangunan tersebut apabila dibuka sesi persekolahan tahun 2012.

Sebelum mengakhiri perbualan talipon dengannya, saya bertanyakan kepadanya tentang nasihat Zambry, "Janganlah kita mempolitikkan agama dan isu pendidikan hingga anak-anak yang tidak mengerti apa-apa menjadi mangsa."

Dengan selamba dia berkata, kirim salam ajer kat Zambry , sampaikan nasihat Zambry itu kepada bloger Mat Indon Mali! dan ingatkan juga pada Hamidah Gelojoh itu

Semulia-mulia Rajagopal, kentut busuk juga!

Posted: 20 Oct 2011 08:11 AM PDT

Nampak seperti perempuan muslimah yang solehah ; tetapi sebenarnya dia adalah seekor betina yang menjalang di Universiti Islam Antara Bangsa.

Dia bukan penyembah berhala , pokok atau batu. Tetapi dia berang hingga hilang akal kalau ada orang yang kata kentut Rajagopal itu busuk.Malah dia mahu paksa orang lain supaya percaya dan mengakui bahawa ta#* Rajagopal itu adalah semerbak wanginya! Mungkin dia ini sangat gemar menghirup cir#* Rajagopal!

Dia mengaku Islam tapi kelakunya yang terlalu ta'sub terhadap Rajagopal menjadikan dirinya tidak ubah umpama penyembah manusia.

Marilah kita kembali menyembah dan membesarkan Allah semata-mata sebagaimana firman Allah SW -

Maksudnya:"Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia,
kecuali agar mereka beribadah kepada Ku"(Az-Zariyat: 56)



Pelbagai Pihak Protes Penggantungan Dr Aziz Bari

Posted: 20 Oct 2011 06:37 AM PDT


Oleh : Mohd Ezli Mashut - selangorkini

SHAH ALAM, 20 Oktober : Pelbagai pihak menyatakan bantahan terhadap penggantungan perkhidmatan pakar perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ekoran kenyataannya berkenaan titah Sultan Selangor baharu-baharu ini.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melalui Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, penggantungan itu jelas mencalarkan imej UIAM selaku 'Taman Ilmu dan Budi', apabila seorang pensyarah yang berhujah melalui fakta dan kepakarannya, ditekan dengan tindakan seumpama itu.

"AMK tidak berniat untuk campur tangan di dalam pentadbiran UIAM. Sebaliknya, yang dipertikaikan ialah kenapa wujud kekangan ke atas kebebasan akademik, atau secara asasnya kebebasan berfikir di kalangan pensyarah yang bertanggungjawab mendidik mahasiswa?," soal beliau dalam satu kenyataan media.

Sementara itu,Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) menjelaskan, mana-mana negara yang mahukan universiti mereka disanjungi dan dihormati sebagai universiti bertaraf dunia pasti menyokong, menghormati dan melindungi kebebasan akademik.

"Gerak merasa terkilan atas celaan berbentuk peribadi yang telah dikenakan terhadap beliau," kata setiausaha agungnya, Rosli H Mahat.

Jelasnya, Abdul Aziz adalah seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau.

"Kebebasan akademik ini telah disaran oleh UNESCO melalui satu dokumen bertajuk Recommedation Concerning the Status of Higher Education Teaching Personnel," ujarnya lagi.

Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis juga dengan segera perlu menarik balik tindakan mereka mahu menakut-nakutnya pensyarah itu hanya kerana memberikan pandangan mengenai undang-undang.

"Pada masa yang sama, UIA seharusnya menarik balik surat tunjuk sebab yang mengakibatkan persepsi bahawa pihak berkuasa universiti di Malaysia kurang kebebasan dan hanya bertindak sebagai alat kepada parti pemerintah untuk menekan pandangan-pandangan yang berbeza," kata beliau.

Exco Selangor, Elizabeth Wong berkata tindakan UIAM menggantung pakar perlembagaan terkemuka itu amat mendukacitakan. "UIAM, sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang bertaraf antarabangsa, sepatutnya mempertahankan hak ahli akademik menyuarakan pendapat dan idea," katanya.

Tambah Elizabeth lagi, universiti tersebut bukan sahaja gagal mempertahankan Dr Aziz apabila beliau diserang oleh ahli politik dan media UMNO, tetapi sebaliknya menggantung beliau.

"Dengan mengambil tindakan ini, UIAM terbukti mementingkan agenda politik UMNO. "Transformasi" yang sering dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jelas merupakan janji-janji kosong," ujarnya.

Dalam pada itu ,kumpulan mahasiswa akan menggerakkan golongan itu secara besar-besaran daripada seluruh kampus di Lembah Klang untuk berdemonstrasi terhadap UIAM yang menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah.

Pengerusi NGO Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Syukri Abd Razab berkata, dijangkakan hampir 1,500 mahasiswa dan anak muda akan hadir bagi "mempertahankan kebebasan akademik".

"Solidariti Mahasiswa Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan Universiti Islam Antarabangsa menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari.

"Tindakan UIA adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana membelakangkan prinsip 'kebebasan akademik'," kata Syukri.

Lawyers For Liberty pula menyatakan tindakan UIAM tersebut bertentangan dengan Artikel 10 Perlembagaan yang memberi kebebasan untuk bersuara dan menuntut kebebasan akademik dipertahankan.

"Kami menuntut bahawa penggantungan ini wajar ditarik balik serta-merta manakala menyeru SKMM tidak langkau sempadan bidang kuasa. Kami juga menggesa pihak polis menghentikan serta-merta mengganggu Prof Aziz Bari dengan penyiasatan di bawah zalim Akta Hasutan," katanya.

Perhimpunan itu dijadual berlangsung di masjid kampus UIA di Gombak selepas solat Jumaat.

Malahan protes ini semakin hebat melalui laman media sosial apabila beberapa laman Facebook dibuka untuk menyatakan bantahan tersebut.

Laman facebook "10,000 mahasiswa menyokong penuh Profesor Dr Abdul Aziz Bari" dan "Kami Bantah Penggantungan Dr. Aziz Bari" mencatat lebih 2,000 selepas beberapa jam laman itu dibuka.


HIMPUN Sudah Kena Culik ?

Posted: 19 Oct 2011 08:12 PM PDT

Langkah PAS mengambil keputusan memulaukan HIMPUN adalah langkah yang tepat.Kini amat jelas kepada kita bahawa Umno adalah dalang kepada perhimpunan tersebut apabila dengan mudah, HIMPUN mendapat 'permit polis' dengan alasan pihak penganjur telah beri akujanji untuk jaga ketertiban…..nampak tak? Bagaimana taatnya anjing dengan tuannya…

Anjing tidak banyak kerenah sepertimana mana yang berlaku pada 9 Julai lalu, walaupun BERSIH 2.0, melalui Pengerusinya sendiri, Ambiga telah memberikan akujanji malahan jaminan.BERSIH dihambat hingga kelubang cacing kerana kononnya ia satu pertubuhan 'HARAM" kerana ia tidak didaftarkan.Bagaimana pula dengan HIMPUN ? Adakah ia telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan? Bengong punya menteri dalam negeri sila jelaskan ini.

Walaupun hanya tinggal dua hari lagi HIMPUN akan berlangsung, lihat betapa bezanya - KL aman sahaja. Tidak ada kelibat anjing-anjing terlepas liar berkeliaran menyalak dan mengonggong orang ramai.Tidak ada molotov cocktail dalam botol plastik dijumpai sebagaimana suatu masa itu….Tiada peniaga gerai yang mengeluh rugi berjuta-juta!

Tentunya kita semua nostalgia terhadap perhimpunan aman bersih yang telah disabotaj dan diinstigasi untuk berubah menjadi perhimpunan Bukit Aman yang kotor…Apakah HIMPUN kali ini tidak akan menjadi mangsa seperti itu?

Kebimbangan PKR bahawa penyertaannya dalam HIMPUN kelak akan dipergunakan dan diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu nampak berasas sekali terutamanya dengan dengan adanya kelibat samseng-samseng Jihad Jaehat Umno/BN seperti Ezam Mohd Noor Kotak , orang buangan PKR Zulbabwe dan juga pakar lompat sambil tidur , Ibrahim Ali Katak.

Dan amat lucu sekali bila secara tiba-tiba muncul pula kenyataan Menteri Jamil Khir , menjadi tukang cakap bagi pihak penganjur dan cuba memujuk PAS supaya turut terlibat sama perhimpunan tersebut dengan berkata, tujuan perhimpunan itu diadakan - "untuk pertahankan Islam demi penyatuan umat". Aduhai Cikgu Azmi, walaupun perhimpunan ummat itu belum bermula, tetapi HIMPUN sudah kena hijack oleh Umno/BN!

Tiada ulasan: