Kerabu Bersuara ® |
- Panas! Menu 1 Malaysia Mengelirukan! 'Caption' Dan Gambar Penipu!
- Fenomena Aziz Bari: Di mana silapnya?
- Gantung Aziz Bari tindakan UIA paling tidak tamadun, kata Dr Asri
- Belajar Di Oxford Tak Semestinya Cerdik. Ni Contohnya
- Hentikan penindasan terhadap Dr Aziz Bari
- Tugas Dr Aziz Bari Di UIA Diganti Oleh Blogger Umno?
- BONGKAR! Tangisan PALSU Rakyat Hulu Kelantan. PapaGomol Apa Macam?
- Prestasi Selangor Lebih Baik Daripada Pusat
- Khairy tunjuk belang: Bila semua gagal, seks dan seks lagi
- Ranking Terkini Bola Sepak Malaysia. Tahniah FAM
Panas! Menu 1 Malaysia Mengelirukan! 'Caption' Dan Gambar Penipu! Posted: 20 Oct 2011 05:30 AM PDT Utusan Malaysia 19 Oktober lalu menyiarkan di muka hadapan foto Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak dan hidangan Menu Rakyat 1 Malaysianya. Sumber berita dan foto adalah dipetik dari Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, BERNAMA. Dalam Menu Rakyat 1 Malaysia, untuk hidangan makan tengahari/, yang paling asas ialah: Nasi, 1 jenis lauk, 1 jenis sayuran dan 1 gelas air (jenis lauk/sayuran/air berbeza-beza antara restoran/negeri) Harga maksimum Semenanjung Malaysia RM4 dan Sabah/Sarawak RM5 Tetapi di dalam laporan oleh BERNAMA dan juga situasi semasa Perdana Menteri membayar RM4 untuk hidangan yang diambil beliau, amat mengelirukan malah boleh dianggap tidak masuk akal. |
Fenomena Aziz Bari: Di mana silapnya? Posted: 20 Oct 2011 04:44 AM PDT Muhammad Kamil Abdul Munim Tidak sukar untuk kita memahami amalan demokrasi di negara ini. Dosa besar dalam amalan demokrasi di Malaysia ialah berkata benar kepada pemimpin. Arak, judi, zina, bukan lagi 'dosa'. Budaya ini mengimbau kembali kepercayaan melayu kuno terhadap sultan iaitu sebagai jelmaan tuhan di bumi. Ini jahil dan amalan jahiliyah ini perlu dihapuskan. Kenyataan Professor Dr Abdul Aziz Bari yang disiarkan di laman berita Malaysiakini telah mencetuskan kemarahan mereka yang jahil tentang peranan sultan sebagai ketua agama Islam berikutan kenyataan Sultan Selangor mengenai pemeriksaan ke atas gereja yang dilakukan oleh JAIS baru baru ini. Mereka ingin dilihat sebagai Melayu sejati yang mebela ketuanan Melayu walhal tindakan sedemikian boleh dikategorikan sebagai tindakan 'bodoh' atau 'kurang cerdik' dalam bahasa yang lebih sopan. Menyamakan titah sultan sebagai titah Tuhan adalah syirik. Sultan bukan nabi atau malaikat. Mereka ialah manusia biasa yg diciptakan dari setitis air mani sama seperti manusia lain, mempunyai sifat sifat yang dimiliki oleh manusia lain seperti bodoh, pemalas, pelupa, rajin dan sebagainya. Isu sebenar yang dibangkitkan oleh beliau adalah bagaimana peranan sultan dalam menggunakan kuasa yang diperuntukkan kepada mereka. Tidak ada apa apa yang salah di sisi undang-undang. Bahkan beliau sendiri ialah seorang pakar dalam undang undang perlembagaan. Justeru beliau mempunyai hak untuk bercakap dalam konteks perlembagaan. Tindakan menggantung beliau sebagai pensyarah adalah permulaan kepada kesilapan. Modus operandi ini sama digunakan oleh British ketika menentang kebangkitan golongan anti penjajah dengan menggantung mayat Tok Janggut dan diusung di sekitar Kota Bharu bagi meberi amaran kepada mereka yang cuba menetang British. Kini Aziz Bari menjadi simbol amaran kepada ahli akademik yang cuba mendedahkan kebenaran kepada masyarakat maka mereka akan dihukum. Malangnya situasi ini harus dihentikan secepat mungkin kerana dikhuatiri kesan daripada isu ini boleh meledakkan kemarahan rakyat khususnya di kalangan anak muda kerana penafsiran mereka terhadap institusi diraja sangat kritikal. Risau-risau nanti ada pula gerakan menentang institusi monarki. Oleh kerana itu, 'hujah mesti dibalas dengan hujah'. Amalan biasa yang dilakukan di Malaysia adalah 'hujah dibalas dengan kezaliman' dan amalan ini harus dihentikan. Oleh kerana kami berpendidikan, kami benci bila kami diperbodohkan. Penulis adalah pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia |
Gantung Aziz Bari tindakan UIA paling tidak tamadun, kata Dr Asri Posted: 20 Oct 2011 04:31 AM PDT Oleh G Manimaran KUALA LUMPUR, 20 Okt – Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang kini mengikuti program felo di Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) menyifatkan tindakan pengurusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung perkhidmatan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai "satu tindakan paling tidak bertamadun dalam dunia akademik." "Saya membaca berita penggantungan Prof Dr Aziz Bari. Bagi saya itu adalah satu tindakan yang paling tidak bertamadun dalam dunia akademik. "Ternyata perlantikan 'kepimpinan baru di UIA' itu tidak melambang ketokohan akademik, tetapi lebih kepada nilai-nilai politik," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Bekas penuntut UIA berkata, kepimpinan pusat pengajian tinggi itu sekarang tidak di bawah orang yang terbilang dari segi pemikiran dan dunia ilmu, sebaliknya orang yang berpotensi melakukan tindakan yang melambangkan kejumudan fikiran yang bertentangan dengan norma dunia akademik. Tambah beliau, tindakan ke atas Aziz merupakan "sesuatu yang amat memalukan dunia akademik kita." "Tindakan ini tiada asas ilmu sama sekali sebab dalam dunia ilmu setiap orang berhak berbicara atas asas fakta dan ijtihad. Tindakan ini adalah tindakan mengampu," kata beliau lagi. Asri yang juga tenaga akademik Universiti Sains Malaysia menambah, "setahu saya rektor UIA sekarang merupakan ahli MAIS (Majlis Agama Islam Selangor)." "Saya bimbang ada kepentingan konflik dalam tindakan terhadap Prof Aziz," kata beliau sambil menambah, Malaysia hanya mencampak diri ke zaman kegelapan Katolik yang membakar tokoh-tokoh akademik protestan atas tuduhan derhaka kepada istana dan heresy kepada agama." Katanya, sebagai lepasan UIA, beliau rasa telah berlaku kesilapan besar dalam pengurusan akademik di universiti itu hari ini. "UIA yang patut bertaraf pusat pendidikan dunia, telah bertukar menjadi pejabat agama yang penuh kesempitan fikiran," tambah beliau. |
Belajar Di Oxford Tak Semestinya Cerdik. Ni Contohnya Posted: 20 Oct 2011 02:00 AM PDT |
Hentikan penindasan terhadap Dr Aziz Bari Posted: 20 Oct 2011 01:00 AM PDT PETALING JAYA, 20 OKT – Tindakan keras kerajaan UMNO-Barisan Nasional dan pihak berkuasa Universiti Islam Antarabangsa terhadap pakar undang-undang Prof Dr Abdul Aziz Bari membuktikan bahawa ruang kebebasan akademik di Malaysia semakin sempit dan kian tertutup. Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua berkata kerajaan dan UIA perlu menghentikan tekanan dan intimidasi terhadap para ilmuan Malaysia yang berbeza pendapat dengan pihak pemerintah. Katanya, walau pun DAP tidak semestinya bersetuju dengan pendapat Dr Aziz pada setiap masa, ia adalah hak setiap rakyat di Malaysia untuk mengemukakan pandangan tentang apa-apa perkara berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan, apatah lagi dari sudut pemikiran pakar-pakar dalam bidang berkenaan. "Amat membimbangkan apabila Prof Dr Aziz Bari dikenakan tekanan yang teruk daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Polis Diraja Malaysia dan UIA. "Semua tindakan keras itu hanya berpunca daripada Dr Aziz memberikan pendapat dalam bidang yang menjadi kepakarannya iaitu Perlembagaan Malaysia dan undang-undang yang berkaitannya dengannya," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Laman web berita Malaysiakini pada tengah hari tadi melaporkan bahawa Dr Aziz bukan sahaja diberi surat tunjuk sebab oleh UIA tetapi juga telah digantung tugasnya sebagai pensyarah undang-undang di universiti itu. Dr Aziz adalah pakar Perlembagaan Persekutuan yang telah menulis banyak buku termasuk Perlembagaan Malaysia: Asas dan Masalah, Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan dalam Perlembagaan, Islam dalam Perlembagaan Malaysia, Politik Perlembagaan, Constitution of Malaysia: Text and Commentary, Malaysian Constitution: A Critical Introduction, dan Cabinet Principles in Malaysia: The Law and Practice. Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkta, tindakan kerajaan UMNO-BN dan pihak UIA juga membuktikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang sememangnya zalim telah sekali lagi digunakan untuk menutup mulut dan kebebasan ahli akademik serta pelajar untuk menyuarakan pandangan. Beliau menjelaskan bahawa laporan terbaru Times Higher Education (THE) 400 Top World University Ranking 2011/12 yang mencatatkan tidak ada satu pun universiti dari Malaysia yang berjaya menduduki tangga 400 universiti terbaik dunia, sebagai bukti keruncingan masalah institut pengajian tinggi di negara ini. Katanya, ia adalah sesuatu yang memalukan kerana 60 universiti dari negara-negara Asia telah berjaya menduduki ranking THE, iaitu 16 dari Jepun, 10 dari China, lapan dari Taiwan, tujuh dari Korea Selatan, enam dari Hong Kong, dua dari Singapura, dan masing-masing satu dari India dan Thailand. "Mutu rendah universitu kita adalah hasil yang jelas bahawa pakar-pakar akademik Malaysia sudah meluat dengan cara universiti kita ditadbirkan, dan biasanya mereka lebih suka berhijrah ke luar negara dan diterima oleh university-universiti berwibawa di sana. "Kesannya, pelajar-pelajar universiti Malaysia mengalami masalah berganda, iaitu bukan sahaja terpaksa menerima tenaga pengajar yang lemah sebagai pensyarah dan tutor tetapi mereka juga dilarang daripada mengamalkan pemikiran kritis dan beranalisis kerana dikekang oleh AUKU," ujarnya. – Roketkini.com |
Tugas Dr Aziz Bari Di UIA Diganti Oleh Blogger Umno? Posted: 20 Oct 2011 12:25 AM PDT UIA gantung tugas Prof Aziz Bari Oleh G Manimaran KUALA LUMPUR, 20 Okt — Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari sehingga siasatan ke atas beliau diselesaikan, berhubung kenyataannya tentang titah Sultan Selangor minggu lalu. Perkara itu terkandung dalam surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada beliau petang semalam. Aziz ketika dihubungi berkata beliau menyerahkan kepada peguamnya untuk menguruskan perkara itu. "Saya serahkan kepada peguam saya," katanya ketika dihubungi. Dalam pada itu, peguamnya Dr Dzulkarnain Lukman mengesahkan bahawa selain digantung tugas, Aziz juga dilarang berada di UIA dan berhubung dengan mana-mana kakitangan dan mana-mana pihak yang ada kepentingan dengan universiti itu. "Berdasarkan surat tunjuk sebab, syarat-syarat ini dikenakan sehingga inkuiri selesai dijalankan," kata beliau sambil menambah Aziz dikenakan tuduhan mengeluarkan satu kenyataan, yang dibawa oleh portal MalaysiaKini, didakwa telah memudaratkan nama baik dasar UIA. Tuduhan itu dikenakan di bawah Perkara 15(1) Peraturan-peraturan Disiplin Universiti. "Saya difahamkan ini kali ketiga Prof Aziz Bari diberikan surat tunjuk sebab," kata Dzulkarnain lagi. Bagaimanapun difahamkan ini kali pertama beliau dilarang menjejaki kaki di kampus UIA. "Dua surat sebelum ini, Prof Aziz Bari sendiri yang jawab, jadi saya tidak pasti sama ada digantung tugas atas tidak," kata peguam itu yang semalam mengiringi pakar perlembagaan itu ketika disoal siasat oleh polis di bawah Akta Hasutan di Shah Alam. Menurut Dzulkarnain, pensyarah itu diberi tempoh sehingga pukul 4 petang 25 Oktober ini untuk menjawab surat tunjuk sebab dikeluarkan semalam. "Prof Aziz akan menjawab surat tunjuk sebab dalam waktu terdekat," kata beliau lagi. Semalam, polis memulakan siasatan ke atas Aziz mengikut Akta Hasutan berikutan laporan pemimpin Umno Senator Ezam Mohd Nor pada 13 Oktober lalu. Difahamkan sekurang-kurangnya lima laporan polis dibuat berhubung perkara yang sama. Isnin lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyoal siasat Aziz. Aziz sebelum ini dipetik berkata tindakan Sultan Selangor campur tangan dalam isu pemeriksaan gereja terbabit pada 3 Ogos lalu bukan tindakan lazim. Menurutnya, sebagai ketua agama Islam negeri, baginda mempunyai hak untuk campur tangan tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam. Selepas dikritik pelbagai pihak, Aziz sehari kemudian menjelaskan bahawa Akta Hasutan memperuntukkan bahawa tidak menjadi kesalahan mengkritik Raja-raja Melayu asalkan mereka tidak menuntut pemansuhan institusi itu. Tidak puas hati dengan kenyataan itu, Ezam dan beberapa aktivis pertubuhan bukan kerajaan tampil membuat laporan serentak dengan mendakwa Aziz berlaku biadap dan derhaka kepada institusi raja Melayu. Sultan Selangor sebelum itu bertitah bahawa baginda amat tersinggung dengan usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di negeri itu. Titah baginda, cubaan memesongkan akidah umat Islam itu berjaya dibuktikan hasil siasatan Jais tetapi ia tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang. Ditanya sama ada syarat-syarat yang dikenakan ke atas Aziz terlalu keras, Dzulkarnain berkata, "ya, saya rasa syarat-syarat seperti ini tidak perlu. Beliau tidak mengganggu sesiapa.. ini bukan kes gangguan seksual." "Lagi pun beliau ada pelajar-pelajar yang hendak diselia, ada kuliah, ada kelas untuk disampaikan," katanya lagi. Bagus! Gantung la Dr Aziz. Ganti Dr Blogger Umno yang sekor tu kat tempat Dr Aziz di UIA. Dengar citer hujah dalam blog bukan main bernas lagi kan. Sampai ketua pemuda umno pun kena balun dan ditipu? |
BONGKAR! Tangisan PALSU Rakyat Hulu Kelantan. PapaGomol Apa Macam? Posted: 19 Oct 2011 09:57 PM PDT YB Adun Gual Ipoh, Cikgu Wan Yusoff menjawab tuduhan yang disebarkan UMNO melalui VCD Produksi mereka yang bertajuk Tangisan Rakyat Hulu Kelantan. Fahami dan dapatkan fakta sebenar isu yang diputar belit oleh pihak UMNO. Respon ini diberikan ketika YB Wan Yusof, ADUN Gual Ipoh sewaktu membahaskan Belanjawan 2012 dalam Sidang DUN Kelantan 19 Oktober 2011. |
Prestasi Selangor Lebih Baik Daripada Pusat Posted: 19 Oct 2011 09:54 PM PDT KUALA LUMPUR, 20 OKTOBER : Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menegaskan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor mempunyai kelayakan untuk mendapat kenaikan elaun disebabkan prestasi yang ditunjukkan mereka dan negeri amat baik sekali. Khalid menjelaskan demikian pada sesi perbahasan belanjawan 2012 di Dewan Rakyat apabila ahli parlimen Barisan Nasional (BN) mempertikaikan tindakan Pakatan Rakyat (PR) menolak kenaikan yang dicadangkan oleh kerajaan pada pembentangan Bajet tetapi menerima cadangan yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Selangor lapor Harakah Daily. "Kecemerlangan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sepanjang tahun 2009 hingga 2011 telah menghasilkan bajet yang seimbang, hutang negeri tidak meningkat kerana tiada pinjaman dilakukan. "Hasil negeri meningkat jika dibandingkan dengan pemerintahan di bawah BN yang mana rakyat sekarang dapat merasa hasil kekayaan negeri sejak dari awal dilahirkan sehinggalah mereka meninggal dunia, selain menikmati air percuma," jelas Khalid yang juga AJK PAS Pusat. Tambahnya lagi, merujuk kepada prestasi baik dan keseimbangan antara hasil negeri dan rakyat, maka secara jelas setiap Adun di Selangor memang layak mendapat kenaikan elaun jika dibandingkan dengan prestasi yang ditunjukan oleh ahli parlimen BN terutamanya perbelanjaan defisit selama 14 tahun berturut-turut. "Ahli Parlimen tidak layak mendapat kenaikan elaun jika kita melihat prestasi dan amalan pentadbiran BN berbelanja sehingga membuatkan hutang negara meningkat sehingga 53 peratus dari Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK). "Bagaimanakah kita hendak bersetujuan agar kenaikan elaun ini diluluskan, kemerosotan ini bukannya disebabkan oleh dari ahli parlimen PR tetapi disebabkan oleh mereka di dalam BN yang selalu mengamalkan bodek dan kroni," katanya lagi. Beliau juga memberitahu prestasi buruk merupakan halangan untuk melayakkan setiap Ahli Parlimen mendapatkan kenaikan dan ini pasti boleh diubah apabila PR mengambil alih pantadbiran di Putrajaya nanti. Tindakan menuduh pendirian PR tidak bersependapat dengan apa yang dilakukan di Selangor, Khalid memberitahu kenaikan bergantung kepada hasil dan prestasi negara, malah jika dibandingkan dengan Negeri Selangor dari sudut pentadbiran jauh lebih baik dari apa yang kerajaan BN lakukan di negara ini. "Kita melihat bagaimana kerajaan negeri menambah pendapatan negeri yang diperolehi dari hasil dan sumber asli, mengambil kembali hutang dari mereka yang telah berhutang serta menghapuskan budaya kroni. "Sedangkan kerajaan pusat hanya tahu menambah hutang negara dan menurut kajian yang dilakukan oleh badan bebas mengatakan jika amalah defisit ini dilakukan oleh BN, maka pada tahun 2020 hutang negara akan meningkat RM1 trilion dan ia akan membawa negara ke arah kebankrapan," sambungnya lagi. Beliau juga menyentuh janji kerajaan yang dinyatakan semasa belanjawan tersebut yang mahu menaikkan taraf Hospital Kuala Lumpur (HKL) adalah satu yang baik tetapi dalam pada masa yang sama kerajaan perlu melihat kedudukan Hospital Shah Alam yang telah terbengkalai sejak sekian lama. |
Khairy tunjuk belang: Bila semua gagal, seks dan seks lagi Posted: 19 Oct 2011 06:15 PM PDT Oleh Douglas Tan Dalam kurang daripada 140 abjad, Khairy Jamaluddin mungkin telah menghancurkan peluangnya dan UMNO untuk meraih sokongan golongan atas pagar dan sederhana Malaysia kepada Barisan Nasional di Pilihanraya Umum akan datang. Beliau telah melakukan dosa besar politik dengan mencemuh bukan lawan politiknya, tetapi anaknya. Cuma budak sekolah, apa yang telah dilakukan oleh Lim Junior untuk menerima fitnah seperti itu? Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang mempunyai semua hak untuk menjadi marah di atas perbuatan keji ini. Adalah satu hal apabila blogger-blogger pro-UMNO menyebarkan pembohongan dan fitnah di Internet. Ianya uma tersebar ke penonton terhad. Ahli politik memang dijangka menghadapi ritikan setiap hari. Malahan boleh dikatakan kritikan akan membuatkan seseorang itu lebih kuat. Tetapi, untuk memberi pukulan kepada budak berumur 16 tahun, ini bukanlah lagi perlawanan yang adil. Tiada siapa yang dapat bertoleransi dengan serangan ke atas anak seseorang, samada di pihak kerajaan atau pembangkang. Apabila seorang ahli pembangkang menghentam anak seorang ahli parti pemerintah, di mana anak itu tidak berdaya untuk mempertahankan dirinya sendiri, ianya haruslah dikutuk. Sama juga dengan keadaan sebaliknya. Sederhana benar atau tipu Sekarang ini, Khairy Jamaludin berada dalam keadaan merbahaya. Sebagai Ketua Pemuda UMNO, beliau telah menunjukkan imej sederhana dan pembawa perubahan di dalam parti yang telah kehilangan nilai-nilai mereka dalam usaha mengekalkan kuasa. Beliau seorang yang muda, berpendidikan tinggi dan boleh bertutur dengan baik, mewakili generasi baru dunia politik di negara ini. Kita juga tahu beliau seorang ayah yang kasih kepada dua anaknya. Bayangkan sekiranya salah satu daripada anak lelakinya berada di posisi Lim Junior. Tidakkah dia akan marah? Kita akan terkejut sekiranya tidak. Tetapi kenapa pula beliau bertindak menambah minyak pada api dengan dua tweet, pertama pada hari semalam di mana beliau merespon tweet daripada seorang blogger pro-UMNO "@PapaGomo" yang berbunyi "Mungkin dia hancurkan Kampun Buah Pala untuk diganti dengan Kampung Buah Dada", yang boleh dilihat sebagai serangan ke atas Lim Junior. Pilih lawan sama saiz Di sebalik penjelasan bahawa budak perempuan itu bukan dari kelas yang sama dengan Lim Junior pun, Khairy tidak berlembut. Dalam responnya apabila diminta untuk meminta maaf, beliau membela komentar dengan men-tweet "Bro, apa yang pemimpin BN & keluarga mereka terima daripada pembangkang lebih teruk lagi. Jangan jadi hipokrit" menjawab kepada Liew Chin Tong dan Satees Muniady. Saya menjawab, melalui @douglast86 "kerana pemimpin BN sedih di atas serangan lalu mereka boleh menjustifikasi serangan ke atas anak LGE?" Secara peribadi, saya takut impak daripada kedua-dua pihak menuduh masing-masing bermain politik kotor, anak-anak akan dibabitkan bersama. Ini adalah sangat jijik, dengan setiap ibu bapa menghentam perbuatan seperti ini, tidak kira hubungan politik mereka. Adakah kita nampak Khairy yang sebenar? Bagaimana dengan pembawa perubahan dan cahaya masa depan UMNO? Bolehkah Khairy yang sebenar berdiri? Sekarang beliau menghadapi kesukaran untuk membaik pulih imej partinya. Mohon maaf harus dipinta, tetapi beliau harus berusaha lebih lagi untuk memadam peristiwa ini daripada memori rakyat. Semoga Tuhan memaafkannya di atas provokasi dan serangan terhadap anak yang tidak bersalah. Di masa hadapan, ingat peraturannya dan pilih lawan sama saiz. - Douglas Tan adalah seorang pembaca Malaysia Chronicle |
Ranking Terkini Bola Sepak Malaysia. Tahniah FAM Posted: 19 Oct 2011 05:50 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan