Khamis, 6 Oktober 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Ingat Berita Remaja Perempuan Pakai Baju Seluar TERBALIK? Cerita Susulannya di Sini

Posted: 06 Oct 2011 06:15 AM PDT


Saya petik:

[SH] KUALA TERENGGANU - Seorang bekas atlet olahraga dan bola baling Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Terengganu mengakui, akibat terpengaruh dengan filem lucah yang ditonton sebelum ini, mendorong dirinya cuba merogol teman wanitanya yang baru berumur 15 tahun di dalam tandas perempuan di Bukit Keluang Beach Resort, Besut, 25 September lalu. 

Pengakuan itu diluahkan tertuduh, Mohd Norazlan Razak, 20, dari Kampung Baru Serada, Kuala Terengganu semasa disoal hakim, Datuk Zainal Abidin Kamarudin sebelum hukuman dijatuhkan terhadapnya selepas mengaku bersalah di bawah Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan itu di Mahkamah Sesyen di sini, semalam. 

Selepas mendengar dan mempertimbangkan rayuan tertuduh, Zainal Abidin membenarkan tertuduh yang sebelum ini pernah mewakili Terengganu dalam MSSM dari 2005 hingga 2008 itu, dibebaskan dengan bon jaminan berkelakuan baik selama tiga tahun dengan cagaran sebanyak RM2,000 oleh seorang penjamin. 

Berdasarkan kertas pertuduhan, pada 25 September lalu jam antara 4 pagi hingga 5 pagi bertempat di dalam sebuah tandas perempuan di Bukit Keluang Beach Resort, Besut, tertuduh telah cuba merogol mangsa, 15, tanpa kerelaannya. 

Dengan itu, tertuduh didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan yang boleh di penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun dan disebat, serta bagi Seksyen 511 Kanun Keseksaan pula, tempoh penjara yang dikenakan tidak lebih daripada setengah daripada tempoh yang lama sekali ada diperuntukkan bagi kesalahan itu jika disabitkan kesalahan. 

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya, Zulfazliah Mahmud manakala tertuduh diwakili peguam bela Sofian Ariffin. 

Mengikut fakta kes, tertuduh yang bekerja sebagai pembantu tukang masak cuba merogol mangsa yang dikenali sejak dua tahun itu di dalam tandas perempuan di Bukit Keluang Beach Resort, Besut dengan menindih mangsa selepas membuka seluar dan baju yang dipakainya. 

Bagaimanapun, perbuatannya terbantut selepas menerima panggilan telefon daripada kakak mangsa yang menghubunginya untuk meminta bantuan mencari mangsa yang disedari hilang di rumah kira-kira jam 4 pagi, susulan pintu dapur didapati tidak berkunci serta mendapati mangsa tiada di dalam bilik tidurnya selepas dibuka menggunakan kunci pendua. 

Walaupun mangsa telah pulang ke rumah sejurus mengetahui dirinya dicari keluarga, namun perbuatan tertuduh berjaya dihidu oleh keluarga mangsa selepas mendapati mangsa telah memakai seluar serta baju terbalik. 

Setelah didesak, akhirnya mangsa menceritakan kejadian sebenar kepada keluarganya lalu kakaknya itu telah membuat laporan polis di Balai Polis kampung Raja, Besut dan hasil pemeriksaan Pegawai Perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan mendapati terdapat sedikit kesan kemerahan pada bahagian luar kemaluan mangsa tetapi tiada sebarang kesan koyakan serta kesan kemasukan pada kemaluan mangsa.


Enam Remaja 13-17 Tahun Ditahan kerana TONTON Video LUCAH

Posted: 06 Oct 2011 05:00 AM PDT

Ketua Polis Daerah Kangar Supt Abdul Rahman Mohd Noordin (dua dari kanan) dan para pegawainya memberi kaunsel kepada remaja sekolah yang ditangkap menonton video lucah sewaktu masa sekolah di flat Seri Sena. Gambar NST

Saya petik:
[Bernama] Kangar: Enam remaja lelaki termasuk empat pelajar yang ponteng sekolah ditahan polis ketika sedang asyik menonton video lucah di sebuah premis di Pangsapuri Seri Sena dekat sini Rabu.
Ketua Polis Daerah Kangar Supt Abdul Rahman Noordin berkata mereka yang berumur antara 13 dan 17 tahun itu ditahan dalam serbuan pada pukul 11 pagi hasil maklumat orang ramai.

Beliau berkata empat pelajar itu adalah dari dua sekolah menengah di sini manakala dua lagi remaja merupakan bekas pelajar yang dibuang sekolah.

Bercakap kepada pemberita di sini, Abdul Rahman berkata polis turut merampas kira-kira 60 keping VCD lucah dan tiga motosikal.

Video-video lucah itu dipercayai dibeli dari pasar malam tertentu di sekitar negeri ini, katanya.


P/s: Apa nak jadi?

Cuba Teka Berapa Harga iPhone di Amerika? Bandingkan Pula Harganya di Malaysia!

Posted: 06 Oct 2011 03:30 AM PDT


Menurut AFP yang dipetik oleh akhbar tempatan, harga iPhone 4S dijual pada harga minimum RM635 untuk model 16 gigabit atau RM1,273 untuk model 64 gigabit di Amerika Syarikat. Manakala iPhone model terdahulu kini boleh dibeli pada harga hanya kira-kira RM316 di negara itu. 

Bandingkan harganya di Malaysia tercinta ini? Saya tidak mahu menulisnya di sini kerana anda pun tahu harganya. Mengapa iPhone dan barangan import lain terlalu mahal harganya jika dibandingkan dengan negara lain? Persoalan ini juga ada kaitannya dengan tindakan rakyat Malaysia yang gemar membeli barangan tertentu di luar negara daripada di negara sendiri.Ada orang berhujah, bahawa barangan import itu keluaran negara asal, maka tidak hairanlah harganya murah. Jika begitu, mengapa Proton yang merupakan kereta nasional tetapi dijual lebih mahal daripada proton yang dijual di negara Arab? Tidak percaya, baca di sini.

Salah satu faktor harga barangan import dijual dengan harga yang mahal ialah cukai yang dikenakan terhadap barangan tersebut. 

Malangnya, selepas PRU 13, jika BN masih lagi memerintah, mereka akan memperkenalkan cukai GST secara menyeluruh. Hari ini segala-galanya dikenakan cukai, sampai makan di kedai tertentu pun dikenakan cukai. Cubalah makan di restoran makanan segera, lihatlah cukai yang dikenakan. Kalau di Pizza Hut, ada dua cukai yang dikenakan.

Bercerita fasal cukai, cuba baca tulisan ringkas di Malaysia Waves yang memerihalkan bagaimana Proton mempengaruhi harga kereta import di Malaysia di sini. -DCM





KAMPUNG BARU Tinggal SEJARAH di Bawah UMCO, Ke Mana Perginya MP Pakatan Rakyat?

Posted: 06 Oct 2011 01:37 AM PDT


Malam tadi, saya sempat membaca beberapa mesej Twitter pemimpin termasuk YB Mahfuz dan Tian CHua tentang perbahasan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru.

Twitter YB Mahfuz - Sidang parlimen baru selesai 9.45 mlm dgn keputusan MP Umno/Bn jual melayu kg.baru dgn 72 darham.

Twitter YB Tian Chua - Sad day for KgBaru residents, in the eyes of ministers & cronies land has no values other than money, they wld sell anything4 their pockets.

72 Ahli Parlimen bersetuju, manakala 28 menolak. Yang bersetuju itu tentulah Ahli Parlimen BN.

Hari ini, Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) meluahkan rasa kesal kerana Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011 (RUU PPKB) akhirnya diluluskan juga malam tadi seperti dilaporkan oleh Harakah Daily.

Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, hanya Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sahaja yang bangun mempertahankan RUU itu daripada diluluskan sementara majoriti Ahli Parlimen Barisan Nasional bersetuju undang-undang itu diluluskan.

"Tarikh 5 Oktober 2011 serta persidangan Parlimen kali ini mencatat sejarah hitam buat bangsa Melayu bahawa Kampung Baru yang menjadi warisan Orang Melayu Kuala Lumpur dan menjadi entiti penting kepada Orang Melayu akhirnya diperbadankan dan kini hanya tinggal sejarah," ujarnya kepada Harakah Daily.

Menurutnya, beratus tahun lamanya tanah eksklusif milik Orang Melayu itu tidak terusik, namun pada tarikh 5 Oktober 2011 tanah itu telah berpindah tangan.

"Apakah lagi kebanggaan yang tinggal pada Orang Melayu di Kuala Lumpur ini?" soalnya.

Katanya, sidang Parlimen itu juga menjadi saksi bahawa siapakah yang benar-benar berjuang demi bangsanya dan siapakah yang hanya 'beretorik' yang pada hakikatnya mereka tidak peduli terhadap apa yang terjadi kepada bangsanya sendiri.

"Di mana puak-puak yang selalu berkokok kononnya mereka ultra Melayu dan pejuang sejati bangsa Melayu?

"Tidak kelihatan untuk bangun mempertahankan isu ini sehingga akhir sidang Parlimen semalam," katanya.

DPPKT juga, ujarnya merasa terkejut dengan kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bahawa kerajaan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan empat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi membangunkan Kampung Baru iaitu Lembaga Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad, Putrajaya Holding dan Permodalan Hartanah Berhad.

Beliau berkata, amat malang kerana pemilik Kampung Baru belum dimaklumkan lagi tentang hal ini, tetapi harta mereka telah diagih-agihkan dengan tujuan 'pembangunan'. Katanya lagi, tampaknya sedikit masa lagi Kampung Baru akan menjadi sibuk dengan projek pembangunan dan pemiliknya pula menikmati 'pembangunan' yang mereka 'selama ini idam-idamkan'.

"Biarlah kampung sendiri tergadai asalkan Orang Melayu menang sorak dan pastinya yang mendapat laba dan habuan lumayan adalah segelintir elit golongan yang berkepentingan," katanya.

Menyentuh penglibatan GLC tersebut, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, seolah-olah wujud pakatan antara kerajaan dengan pihak GLC untuk mengaut keuntungan di balik penubuhan perbadanan tersebut.

"Bagaimana sudah ada senarai GLC yang akan terlibat dalam perbadanan ini sedangkan Rang Undang-undang baru diluluskan sekejap tadi," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen malam tadi.

RUUPPKB 2011 diluluskan di Dewan Rakyat malam tadi melalui undi belah bahagian dengan 72 wakil BN bersetuju manakala 28 wakil Pakatan Rakyat tidak bersetuju ianya dilluluskan. RUUPPKB 2011 dibacakan kali kedua semalam selepas RUUPPKB 2010 ditarik balik Isnin lalu akibat mendapat tentangan hebat daripada wakil penduduk Kg Bharu dan Pakatan Rakyat.

Mahfuz  yang juga ahli Parlimen Pokok Sena turut berkata, Pakatan Rakyat tidak menolak pembangunan namun mahu hal itu perlu diurus secara telus dan melibatkan wakil penduduk sendiri.

"Beberapa kali  kita tegaskan, kita tidak menolak pembangunan di kawasan Melayu tapi kita tidak mahu pembangunan itu akhirnya meminggirkan orang Melayu sendiri. Esok media arus perdana akan mainkan Pakatan Rakyat tolak pembangunan dan tak mahu Melayu maju.Kita nafikan perkara itu dan kita minta kerajaan benar-benar ikhlas nak majukan kawasan Melayu, bukan komersil semata-mata," katanya.

Persoalannya, di manakah baki Ahli Parlimen PR? Hal ini demikian kerana hanya 28 Ahli Parlimen PR yang menentang undian 72 orang Ahli Parlimen BN. Kalau kesemua 78 orang Ahli Parlimen PR hadir, sudah tentu mereka berjaya menghalang kelulusan rang undang-undang itu!



P/s: Tuntasnya, selain ketamakan BN, Kampung Baru tergadai kerana sikap sambalewa Ahli Parlimen PR sendiri! Siapa yang tidak hadir semalam?


Kekasih Sebar Gambar Separa Bogel Remaja 16 Tahun

Posted: 05 Oct 2011 11:00 PM PDT

Sekadar hiasan. Gambar ini pernah hangat di Facebook suatu ketika dahulu. Anak siapa?

Saya petik:
[HM] AMPANG: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun terpaksa menanggung malu apabila gambar separuh bogel miliknya dikatakan sengaja disebarkan teman lelaki melalui sebuah laman sosial.

Difahamkan, gambar itu mulanya dimuat naik dalam laman sosial milik teman lelakinya berusia 20 tahun sebelum dilihat kenalannya yang kemudian bertindak menyebarkan kepada kenalan lain.

Berikutan penyebaran gambar itu, ia sampai kepada pengetahuan guru pelajar tingkatan empat terbabit yang terkejut sebaik melihat gambar separuh bogel itu lalu bertindak memanggil remaja berkenaan, semalam.

Menurut sumber, mangsa yang tidak mengetahui penyebaran gambar itu turut terkejut sebaik dimaklumkan guru berkenaan.

"Guru berkenaan memaklumkan perkara itu kepada ibu bapa mangsa. Keluarga mangsa diminta hadir ke sekolah bagi mengadakan perbincangan.

"Hasil perbincangan, keluarga mangsa kemudian membawa mangsa ke balai polis untuk membuat laporan," katanya.

Sumber itu berkata, mangsa mendakwa dipaksa teman lelakinya yang sudah bekerja membuka pakaian hingga separuh bogel sebelum gambarnya dirakam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

P/s: Lunyai!!!!

[Gambar] Peserta Dancing With The Stars BERBOGEL Ketika Menari

Posted: 05 Oct 2011 08:30 PM PDT


Pihak berkuasa sedang menyiasat program realiti tarian selebriti Dancing With The Stars versi Argentina selepas dua pesertanya menanggalkan pakaian dan melakukan simulasi aksi seks semasa sesi tarian mereka di sebuah studio di sini, lapor laman hiburan Gawker semalam seperti yang dipetik berita Agensi.

Persembahan lucah bekas peserta program realiti Big Brother, Cinthia Fernandez dan pasangan menarinya, Marcello Tinelli menyebabkan hos program tersebut malu besar. Dia sebelumnya terkejut melihat pasangan itu membuka pakaian masing-masing.

Lebih teruk, ibu bapa Fernandez turut berada di studio berkenaan, lapor laman hiburan tersebut.

Pasangan tersebut memulakan rutin tarian mereka sambil berbaring di atas katil putih dengan memakai jubah era Greek kuno dikenali sebagai toga. Tarian mereka kemudian semakin hangat dengan Tinelli mencurahkan wain merah ke dada Fernandez yang terdedah. Pada penghujung tarian itu, Tinelli membuka seluar dalam pasangannya menyebabkan Fernandez bogel sepenuhnya.

Aksi mereka disiarkan di laman YouTube. Namun, klip itu kemudiannya ditarik balik kerana melanggar polisi portal itu. -DCM


 P/s: GILA!!!


KONDOM untuk Mangsa Banjir di Thailand...

Posted: 05 Oct 2011 07:45 PM PDT


Berita yang dikutip dari AFP melaporkan Thailand semalam mengedarkan sejumlah kondom kepada mangsa-mangsa banjir bagi mengelak peningkatan kehamilan yang tidak dirancang.

Lima buah helikopter mula memindahkan bekalan perubatan termasuk kondom daripada Kementerian Kesihatan di Bangkok ke tujuh buah lokasi di Lop Buri.

"Para sukarelawan memberitahu kami bahawa penduduk kampung tidak dapat melakukan sebarang perkara semasa banjir, justeru bagi mengelak satu pertumbuhan pesat bayi, kami menambahkan kondom," kata seorang pegawai di Institut Perubatan Kecemasan Thailand. -DCM

P/s: Macam-macam!


[Gambar] Apa MIMPI Ibrahim Ali?

Posted: 05 Oct 2011 06:45 PM PDT

Sumber gambar: Anakkedah007

P/s: kah kah kah! Mimpi apa? Adakah dia sedang bermimpi dijulang oleh Najib dan Muhyiddin selepas diumumkan sebagai pemenang dalam perebutan kerusi Parlimen Pasir Mas dalam PRU-13 nanti? kah kah kah!


Takut Dicekup, Pengemis Campak Anak ke LAUT!

Posted: 05 Oct 2011 06:13 PM PDT


Saya petik:

TERSELAMAT...bayi berusia enam bulan diselamatkan penguat kuasa JKM manakala ibunya ditahan, semalam.
TERSELAMAT...bayi berusia enam bulan diselamatkan penguat kuasa JKM manakala ibunya ditahan, semalam.
[HM] TAWAU: Panik dan terlalu takut dicekup pihak berkuasa, seorang ibu hilang pertimbangan sehingga sanggup mencampakkan bayi lelakinya berusia enam bulan ke laut semata-mata untuk menyelamatkan diri apabila diserbu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana disyaki mengemis di pesisiran Pantai Sabindo, di sini, semalam.

Bagaimanapun, bayi itu diselamatkan penguat kuasa JKM yang bertindak spontan terjun ke laut sebaik menyaksikan kejadian menyayat hati itu jam 10 pagi.

Difahamkan, wanita berusia 30-an terbabit mengemis di kawasan itu sambil membawa bayi dan dua lagi anaknya masing-masing berusia enam dan tujuh tahun.

Bagaimanapun, kedua-dua anak pengemis terbabit melarikan diri apabila terjun dan berenang hingga ke tengah laut bagi mengelak ditahan penguat kuasa.

Penolong Pengarah JKM Tawau, Asnah Kassim, berkata operasi dua jam itu berjaya menahan 23 individu termasuk 13 kanak-kanak yang berusia enam sehingga 60 tahun....


P/s: GILA!!!


Peragut MATI Dibelasah

Posted: 05 Oct 2011 05:42 PM PDT


Saya petik:
[KOsmo] KUALA LUMPUR - Tindakan dua lelaki Myanmar yang meragut beg tangan milik dua pelancong warga China berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada peragut itu mati dibelasah oleh orang awam dalam kejadian berhampiran medan makanan di Pudu di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, orang ramai yang berang dengan tindakan peragut itu bertindak memukul dan menendang suspek namun salah seorang daripada peragut itu berjaya melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, sebaik polis tiba di tempat kejadian, suspek yang dipukul telah mati akibat mengalami pendarahan teruk di kepala.

"Sebelum kejadian, kedua-dua suspek itu meragut dua wanita warga China yang ketika itu dalam perjalanan ke hotel selepas makan di medan selera berkenaan.

"Berlaku pergelutan dalam cubaan meragut itu dan dua mangsa wanita tersebut juga cedera akibat ditikam dengan pisau," kata beliau di sini semalam....


Tiada ulasan: