Khamis, 6 Oktober 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Sepatutnya kita semua mampu pakai Ferari atau BMW ...Ha! ha!....

Posted: 06 Oct 2011 09:34 AM PDT

Menjelang awal 1980, harga Honda Civic cuma 13ribu, Toyota Corolla dan banyak model import tidak mencecah 20ribu kerana cukai rendah. Tetapi Sejak proton diperkenalkan harga kereta import dicukai tinggi dan kerajaan mengaut untung besar dari poket rakyat. Berpuluh bilion kerajaan dapat dari kaedah mudah ini.

Polisi kerajaan dengan alasan mahu melindungi kereta nasional, secara tidak langsung telah memangsakan rakyatnya sendiri melaui cara mudah - with one stone killing two birds - cukai yang tinggi keatas kereta import yang menjadikannya mahal; dan meletakan harga Proton mahal, tetapi lebih murah sedikit berbanding kereta import kerana Proton diberikan pelepasan atau rebat dari cukai tersebut.Namun, harga Proton tidak juga semurah mana jika dibandingkan dengan kualiti yang ada padanya.

Ini iklan kereta pada tahun 1930-an...
Emak bapak aku pun belum lahir lagi...

Pada awal mula pelancarannya di tahun 1985 dulu, Proton Saga dikenali sebagai kereta 'Potong Harga' kerana harganya yang murah- cuma 16 ribu sahaja.Tetapi kini rakyat mulai sedar bahawa sebenarnya ia adalah 'Potong Kepala' rakyat Malaysia.

Disebabkan mahu menjaga kepentingan Proton, kereta import telah menjadi begitu mahal berbanding dengan di negara-negara lain di dunia.Lihat perbandingan berikut:

Tanpa Proton, kita di Malaysia tentunya akan menikmati harga kereta
import yang jauh lebih murah dari yang ada dipasaran tempat6an kini

Sikap tamak haloba dan mahu mengaut untung besar dengan mudah tanpa bersaing secara adil di pasaran tempatan, harga Proton diletakan pada harga yang tinggi. Maka sebab itulah harga kereta import yang sama kelasnya melonjak naik gila-gila disebabkan cukai-cukai yang dikenakan.

Cuba perhatikan harga kereta import sewaktu Proton belum lahir dinegara kita ini. Rakyat Malaysia begitu gembira dapat menikmati harga kereta yang murah ketika itu.Tentunnya kawan kita macam Tulang Besi tidak akan marah-marah kepada UBN seperti mana hari ini di sini

Bahawa, kalau tidak ada kereta tempatan, pastinya kita semua mampu pakai kereta import yang lebih berkualiti dan lebih murah.Kalau proton tidak wujud pasti rakyat malaysia dapat pakai kereta import macam BMW, Ferrari, Merc yang jauh lebih berkualiti dan bentuk rekaan terbaru dengan harga yang lebih murah - Orang Parit dan Bota tentunya lebih selesa bergaye dengan Lamborghini!


Bukanlah saya nak kutuk kereta tempatan; tapi kenapa Proton yang dijual di UK spesikasinya lebih baik dari yang dijual dalam negara sendiri? Walau bagaimana pun, tidak ada kereta proton masuk ke USA kerana Proton tidak lulus ujian keselamatan di sana!

Najib dan Rosmah perlu bertaubat dan nafikan kalau ini tidak benar

Posted: 06 Oct 2011 02:08 AM PDT

Ini bukan gambar betul - orang kampong pun tahu...

Saya tanpa sengaja telah terjumpa satu berita di sini.Berkenaan Pengakuan Bersumpah seorang bernama Thagarajoo, supir satu masa kepada Nallakaruppan, bahawa beliau telah membawa Encik Ji (Bomoh Hindu) ke kediaman Najib pada setiap bulan untuk melaksanakan solat dan ritual Hindu . Dan ia nampaknya ia masih berlaku sehingga hari ini. Demikian dakwaan tukang supir tersebut.

Walaupun cerita ini cerita lama - pertama kali tersiar pada Ogos 2008 dulu, kita belum pernah mendengar penafian daripada Najib dan Rosmah mengenainya.

Sehingga kini, setelah hampir 3 tahun berlalu berita ini tersiar, apakah tindakan yang telah diambil oleh mereka yang bertanggung jawab seperti Jakim terhadap cerita / dakwaan yang sangat serius ini?

Adakah berita tersebut hanya fitnah semata-mata.Kalau ianya fitnah, kenapa Najib dan Rosmah terus membisu tidak mengambil apa-apa tindakan yang perlu.

Atau, mungkin ianya suatu perkara yang benar. Agak sukar bagi orang ramai menyangkal dakwaan tersebut yang dibuat melalui 'Akuan Bersumpah'. Bermakna, ianya bukan khabar-khabar angin.Ianya adalah berita dari sumber individu yang berani bertanggung jawab ke atasnya.

Maka Najib dan Rosmah perlu berani tampil menafikannya kalau mereka dipihak yang benar. Apakah Najib dan Rosmah sangka, dengan berdiam diri sebegini, perkara tersebut lama kelamaan akan dilupakan orang?

Bukti Zambry dan gerombolannya ‘gila kuasa’

Posted: 05 Oct 2011 08:03 PM PDT

Cuba cari, mana satu bernama Zambry ...

Selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei, memutuskan Nizar Mohamad Jamaludin sebagai Menteri Besar yang sah pada pukul 5.00 petang itu, Nizar bersama rakan-rakannya terus pergi ke Masjid di Kampung Pandan. Mereka buat sujud dan solat sunat kesyukuran disana sebelum berangkat pulang ke Ipoh.

Kemudian , Nizar telah mengeluarkan satu surat dan dihantar ke Istana pada malam itu juga.Diantara isi kandungan surat yang beliau tandatangani pada malam itu, pada jam 10.45 malam, beliau menyatakan kepada Tuanku :

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik mohon diampun.Oleh kerana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, telah mengesahkan patik sebagai Menteri Besar yang sah, apa sudi kiranya patik memohon perkenan Tuanku untuk dibubarkan Dewan Undangan Negeri Perak dan serahkan balik kepada rakyat negeri Perak untuk menubuhkan kerajaan yang baru, Tuanku.

Demikian yang beliau tulis kepada Tuanku pada malam itu.Ini membuktikan bahawa Nizar bersama Pakatan Rakyat bukan 'Gila Kuasa' sebagai mana Umno dan pencacainya menuduh.Walaupun Mahkamah Tinggi baru sahaja memutuskan bahawa beliau adalah MB yang sah, beliau dan Pakatan Rakyat mahukan DUN Perak dibubarkan supaya rakyat Perak dapat memberikan mandat yang baru, samada mahukan Umno / BN atau Pakatan Rakyat memerintah Perak.

Tapi malangnya pada keesokan harinya, Mahkamah Rayuan telah mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi. Begitu cepat dan pantas sekali Mahkamah Rayuan membuat keputusan dan akhirnya Mahkamah Persekutuan mengatakan Zambry Menteri Besar mahkamah yang sah! Akhirnya , Nizar dan Exconya dihalau dari pejabat Menteri Besar dan pejabat Exco.

Kini baru kita tahu bahawa ianya bertentangan dengan perundangan yang ada.Mahkamah Rayuan yang mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu adalah tidak sah kerana Ramli Ali, Hakim yang mengadili kes tersebut , bukan dilantik oleh Ketua Hakim Negara tetapi oleh seorang Pendaftar.

Apa yang jelas kepada kita semua, bahawa setelah dibicaran di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dulu, Nizar dan Pakatan Rakyat terpaksa pula menunggu selama 3 bulan untuk mendapatkan keputusan perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan apabila keputusan memihak kepada mereka pada lewat petang itu, tiba-tiba pada keesokan paginya , baru saja ayam jantan lepas berkokok di pagi hari , Mahkamah Rayuan dengan seorang hakim yang di lantik oleh Pendaftar itu telah mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan begitu sahaja!Mudahnya Zambry dan gerombolannya melanun negeri Perak!

Maka sejak hari itu, lahirlah seorang Menteri Besar haram di Negeri Perak, Darul Ridhuan.Siapa sebenarnya yang 'gila kuasa' kalau bukan Zambry dan gerombolannya?

Seorang lagi badut muncul di dewan rakyat....

Posted: 05 Oct 2011 05:30 PM PDT

Saya teringat satu peristiwa waktu ditahan di Pulapol pada 9 Julai lalu.Sedang kami menjamah makanan tengahari itu, maka adalah seorang koperal tua tu bertanya kepada kami, " Macamana? Makanan OK?"

Sebagai menjaga adab, menghormati makanan, rezeki yang Allah berikan, kami jawab dengan sepontan sahaja, "Baik, OK!"

Tetapi diluar jangkaan kami, Pak Koperal itu tiba-tiba berkempen untuk UBN. Katanya, "Tengok, kerajaan bagi tuan-tuan semua makan, minum dengan baik, ngapa yang tuan-tuan nak lawan kerajaan?"

Spontan itu juga , tersentap para tahanan Bersih 2.0 yang mendengar kata-katanya itu.Pak Koperal itu tidak tahukah bahawa dia sedang berdepan dengan orang-orang yang sangat peka dengan keadaan sekeliling? Dan mereka ini semua penyokong tegar Pakatan Rakyat!

Pak Koperal ingat, para peserta Bersih 2.0 yang ada dihadapannya ini orang-orang haprak yang yang menerima upah macam mat-mat Bangla... Dia ingat kami semua ini saja-saja ikut untuk berhimpun tanpa mengetahui tujuan dan tuntutan perhimpunan tersebut.Silap haribulan betul Pak koperal ini!

Maka tidak berhenti-hentilah dia kena hamburan oleh kami! Macam-macam yang keluar hingga dia terpinga-pinga tak boleh nak berhujjah dengan ayat-ayat kami.

"Kami menuntut hak kami untuk pilihanraya yang benar-benar adil dan bersih - tak mahu kena tipu"

"Enck kena ingat, ini semua adalah wang kami, wang rakyat.Kami bayar cukai kepada kerajaan tau!" kata seorang.

"Gaji yang encik terima setiap bulan itu pun hasil dari cukai-cukai yang kami bayar!" sampuk yang lain.

"Kalau Pakatan Rakyat perintah Malaysia nanti, Gaji encik ini akan kami naikan nanti. Sekarang ni berapa gaji encik?" sindir seorang lagi.

Tak tahan Pak Koperal itu kena hamburan yang menyengat di kedua belah telinganya dari para tahanan Bersih 2.0.

Mujurlah ada seorang pegawai atasannya yang memerhati keadaan tersebut tidak berapa jauh dari situ menggamitnya; dia pun pergi – mungkin dia baru sedar kesilapan gatal mulutnya tadi itu. Dia mungkin mulai kenal siapa dirinya – hanyalah seorang koperal yang tidak berapa hari lagi akan bersara…

Dan semalam, di Dewan Rakyat, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan membelanjakan lebih RM2 jutauntuk mengerahkan lebih 11,000 anggota polis untuk bertugas ketika perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan pada Julai lalu – seorang lagi badut – dia ingat itu duit emak bapak dia punya!

Tiada ulasan: