DIALOG RAKYAT |
- Kementerian mahu tindakan ke atas pelontar 'bom asap'
- Doktor Belanda: Anwar masih alami sakit belakang
- Isu DUMC: Tunggu keputusan Istana, kata exco
- Exco: Ada pihak eksploitasi isu DUMC
- Pengerusi PSC dihentam buat kenyataan tentang BERSIH
- Liwat II: Mahkamah tolak sepina ke atas Najib, Rosmah
- Menteri sahkan kes hakim didakwa memplagiat
- ‘Bajet 2012 Pakatan realistik’
- Perkasa minta siasat transaksi saham Sime Darby-E&O
- 'Penghakiman burukkan Anwar diarah dikeluarkan'
- Isu pelaksanaan hukum hudud
- Sidang pertama PSC 12 Okt
- Hisham, IGP: Hanya satu anggota polis langgar SOP
Kementerian mahu tindakan ke atas pelontar 'bom asap' Posted: 06 Oct 2011 07:53 AM PDT MALAYSIA KINI Panel enam anggota Kementerian Kesihatan yang menyiasat insiden di hospital Tung Shin (HTS) menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya mengambil tindakan terhadap seorang anggota polis yang membaling bom asap ke dalam perkarangan Hospital Bersalin Cina (CMH) yang bersebelahan dengan HTS.Panel itu berkata tindakan yang sesuai mesti diambil terhadap anggota polis yang membaling bom asap itu untuk memastikan insiden seperti itu tidak berulang. Menurutnya, bom asap telah dibaling ke dalam perkarangan Hospital Bersalin Cina yang pentadbiran berasingan daripada Hospital Tung Shin, dan telah berhenti beroperasi sejak September 2006. Hospital Bersalin Cina itu dijadual menjalani pengubahsuaian pada bulan Disember 2011. Panel itu juga membuat kesimpulan bahawa walaupun pihak polis melepaskan tembakan meriam air ke dalam perkarangan hospital, tetapi dakwaan bahawa gas pemedih mata ditembak ke dalam perkarangan hospital itu adalah tidak benar. Ekoran dakwaan bahawa pihak polis telah menggunakan senjata anti-rusuhan ke atas orang ramai yang mencari perlindungan di hospital tersebut semasa perhimpunan BERSIH pada 9 Julai, Kementerian Kesihatan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa peringkat tinggi untuk menyiasatnya. 'Operasi hospital tak terjejas' Panel itu juga menyatakan bahawa tindakan polis itu tidak menyebabkan sebarang gangguan terhadap operasi dan pengurusan Hospital Tung Shin. Menurutnya, tidak ada sebarang aduan rasmi telah dibuat oleh mana-mana pesakit, ataupun penjaga mereka ataupun pelawat, kepada pihak pengurusan HTS, mengenai sebarang kecederaan, kacau-ganggu ataupun trauma, ekoran insiden pada 9 Julai tersebut. Bagaimanapun, panel itu berkata berlaku kerosakan pada pagar di sebelah tempat letak kereta Tung Shin disebabkan oleh penunjuk perasaan. Panel itu bertemu tiga kali dan menemubual enam kakitangan Hospital Tung Shin dan seorang doktor sepanjang siasatan mereka. Menurut terma rujukan panel itu ialah mengkaji kesan insiden tersebut terhadap keselamatan pesakit, kerosakan fizikal ke atas Hospial Tung Shin dan sama ada operasi hospital terganggu. Berikutan pengumuman laporan Isnin lalu, Kementerian Dalam Negeri berkata anggota polis terbabit akan berdepan dengan siasatan tatatertib dalaman. |
Doktor Belanda: Anwar masih alami sakit belakang Posted: 06 Oct 2011 07:50 AM PDT Hafiz Yatim Pakar tulang belakang Belanda, Dr Thomas Hoogland yang telah melakukan pembedahan pada belakang Anwar pada tahun 2004, telah dipanggil sebagai saksi.
11:00am: Hoogland berkata cakera lumbar keempat dan kelima Anwar telah sembuh, tidak seperti sebelum ini pada tahun 2001. 11:02am: Peguam Sankara meminta untuk rihat sekejab dan hakim membenarkannya. 11:45am: Perbicaraan disambung. 11:46am: Hoogland berkata, tiga bulan selepas pembedahan, Anwar pergi sekali lagi ke kliniknya di Munich pada bulan Februari 2005. Saksi itu berkata pada 7 Februari, beliau melakukan pemeriksaan dan ia menunjukkan bahawa Anwar masih sekali sekala mengalami sakit belakang. 11.50am: Katanya, terdapat peningkatan yang ketara dalam keadaan Anwar sebelum pembedahan, tetapi tidak banyak berubah selepas beliau keluar dari hospital pada 24 September 2004. "Otot belakang adalah penting untuk mengawal pergerakan belakang." 11:54am: Hoogland berkata, beliau telah merawat ramai pesakit Islam dari negara-negara Timur Tengah, dan solat selalunya menjadi isu. "Saya menasihatkan Anwar untuk solat, dengan melakukannya secara berhati-hati dan perlahan-lahan. "Anda boleh bengkok ke hadapan dengan cepat tetapi apabila anda kembali, lakukannya dengan sangat perlahan-lahan (bergerak kembali tegak dan berdiri)." |
Isu DUMC: Tunggu keputusan Istana, kata exco Posted: 06 Oct 2011 07:49 AM PDT Abdul Rahim Sabri Exco hal ehwal agama Selangor Datuk Dr Hasan Ali tidak dapat memastikan bilakah Sultan Selangor akan mengumumkan laporan lengkap berhubung tindakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC). Dr Hasan ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini berkata, ia "bukan dalam bidangnya" untuk mengulas perkara tersebut "Itu rundingan antara Menteri Besar (Tan Sri Khalid) dan Tuanku. Saya belum meninjau perkara itu, elok kita tunggu (keputusan) daripada Istana," katanya lagi. Beliau ditanya demikian susulan kenyataan menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim pada 28 September lalu bahawa Sultan Selangor sendiri dijangka bertitah berhubung isu tersebut dalam masa terdekat. Khalid dalam kenyataannya berkata, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah bersetuju memberikan pandangan dan nasihat untuk menyelesaikan isu itu dengan cara terbaik. Dalam pada itu, Hasan juga berkata beliau kini masih menunggu "kelapangan" daripada Sultan Selangor untuk berbincang lanjut berhubung isu pemberian tauliah kepada ahli politik. Katanya lagi, beliau juga ingin bertemu dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi membincangkan perkara itu.. "Kita tengok kelapangan yang ada pada Istana, kelapangan yang ada JAIS dan MAIS. "Tetapi apa pun, kelapangan istanalah lebih penting daripada kelapangan orang lain," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Implementasi Dasar dan Strategi: Peranan Media Dalam Mendepani Ancaman Akidah di Shah Alam hari ini. Menurutnya lagi, tindakan JAIS tidak memberikan tauliah kepada ahli politik menyebabkan "timbulnya sedikit keraguan, kekeliruan dan tidak puas hati" di kalangan pengamal dakwah yang secara kebetulan merupakan ahli politik. |
Exco: Ada pihak eksploitasi isu DUMC Posted: 06 Oct 2011 07:47 AM PDT Abdul Rahim Sabri Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini menegur media yang melaporkan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja pada Ogos lalu sebagai satu "serbuan." Hasan yang juga ADUN Gombak Setia berkata, beliau dan barisan exco negeri kini dilarang daripada membuat sebarang kenyataan walaupun "banyak benda" yang ingin diperkatakannya berhubung isu tersebut. "Dan saya rasa isu ini melibatkan (orang) Islam dan bukan Islam, melibatkan dua agama, menyebabkan sensitifnya perkara ini," katanya. "Saya tidak minta sokong JAIS, tidak, tidak, tidak. |
Pengerusi PSC dihentam buat kenyataan tentang BERSIH Posted: 06 Oct 2011 07:43 AM PDT S Pathmawathy Ahli parlimen Pakatan Rakyat menghentam pengerusi Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai reformasi pilihan raya, Datuk Maximus Ongkili kerana membuat kenyataan BERSIH tanpa berbincang dengan anggota PSC yang lain. Semalam, Ongkili (kiri) telah berkata memandangkan BERSIH telah diisytiharkan haram di bawah Akta Pertubuhan sebelum perhimpunan 9 Julai 9, maka ahli-ahlinya boleh mengambil bahagian dalam perbincangan sebagai individu, dan bukan sebagai wakil gabungan tersebut. Wakil Pakatan dalam PSC, Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) dan Anthony Loke (DAP-Rasah), berkata Ongkili mungkin patut mengendalikan sendiri semuanya jika beliau mahu membuat keputusan seumpama itu. Dr Hatta berkata, walaupun Ongkili seorang menteri, beliau juga sama seperti mereka dalam jawatankuasa berkenaan. Menurutnya, menteri sains, teknologi dan inovasi itu sepatutnya berbincang dengan semua sembilan anggota jawatankuasa tersebut sebelum bercakap dalam sidang akhbar semalam. Dr Hatta (kiri) berkata, Ongkili menolak BERSIH sebagai pihak berkepentingan dalam perkara itu. Katanya, ia bukan perkara besar tetapi keputusan itu dibuat oleh Ongkili seorang sahaja. Sedangkan, tegas Dr Hatta, mesyuarat pertama PSC pun belum lagi diadakan untuk memutuskan peraturan-peraturan yang akan tetapkan dan perkara-perkara lain. Selain Dr Hatta dan Loke, seorang lagi wakil Pakatan ialan timbalan presiden PKR. Azmin Ali. Manakala Konsensus Bebas diwakili ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong. Di samping Ongkli selaku wakil bagi Sabah dan Kadazan), empat lagi wakil BN ialah Datuk Alexander Nanta Linggi (Sarawak dan Iban), Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (Umno dan Melayu), Tan Sri Dr Fong Chan Onn (MCA dan Cina) serta Anggota Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan (MIC dan India). [Baca berita penuh] |
Liwat II: Mahkamah tolak sepina ke atas Najib, Rosmah Posted: 06 Oct 2011 07:41 AM PDT Hafiz Yatim Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tidak akan tampil ke mahkamah sebagai saksi pembelaan dalam perbicaraan kes liwat II. Najib dan Rosmah diwakili oleh peguam Ghazi Ishak, Hisyam Teh Poh Teik, Salehuddin Saidin, M Athimulan dan Affifuddin Mohd Afifi. |
Menteri sahkan kes hakim didakwa memplagiat Posted: 06 Oct 2011 07:38 AM PDT Hazlan Zakaria Seorang bekas menteri undang-undang mengesahkan bahawa satu aduan rasmi telah dibuat pada tahun 2000 berhubung kes memplagiat yang didakwa dilakukan seorang hakim Malaysia. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini mengesahkan bahawa beliau maklum dengan kes berkenaan. "Perkara itu telah kami serahkan kepada Ketua Hakim Negara yang berkhidmat pada masa itu untuk melunaskan siasatan dan juga apa-apa hal yang harus diambil tindakan," katanya lagi. Bercakap ketika ditemui di bangunan parlimen hari ini, Rais berkata terpulang kepada badan kehakiman untuk membuat susulan ke atas dakwaan tersebut. |
‘Bajet 2012 Pakatan realistik’ Posted: 05 Oct 2011 05:00 PM PDT Ketika beberapa ahli politik dan persatuan nelayan mendakwa ia bajet bohong, orang ramai melihat ia bajet yang boleh dilaksanakan. PETALING JAYA: Rakyat memberi pelbagai pendapat dan reaksi terhadap bajet Pakatan Rakyat yang dibentangkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam. Ketika beberapa ahli politik dan persatuan nelayan mendakwa ia bajet bohong, orang ramai melihat ia bajet realistik dan boleh dilaksanakan. Bajet Pakatan Rakyat memberi fokus kepada usaha membantu rakyat "mengharungi suasana ekonomi yang semakin menghimpit." Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan membentangkan bajet 2012 kerajaan di Dewan Rakyat Jumaat ini. Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo berkata, bajet Pakatan Rakyat mirip kepada bajet negeri itu tetapi banyak janji yang tidak dapat dilaksanakan. Ibu tunggal "Mereka janji nak beri suri rumah dan ibu tunggal RM1,000 seorang tetapi tidak buat. Begitu juga dengan rawatan percuma kepada warga emas tetapi sehingga sekarang belum ditunaikan. "Kalau kepada negeri Selangor yang mempunyai rakyat lima juta orang tidak dapat dilaksanakan mana mungkin ia boleh dibuat kepada rakyat Malaysia yang berjumlah 28 juta. Ini yang dinamakan bohong atas bohong," kata Dr Khir. Pengerusi Persatuan Nelayan Kuala Selangor Omar Abdul Rahman pula berkata, golongan nelayan tidak percaya bajet Pakatan boleh ditunaikan. Katanya, "jika kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara berpuluh tahun sukar memberi bantuan dengan jumlah yang banyak mana mungkin Pakatan boleh melakukannya. Ini cakap politik kerana Anwar orang politik." Anwar boleh Bagaimanapun, seorang pekerja kontrak binaan yang ditemui berkata, bajet Pakatan boleh dilaksanakan. Menurut Afandi Anuar, 54 tahun, orang ramai kecewa dengan bajet kerajaan BN kerana terlalu menyusahkan hidup rakyat terutama kenaikan harga makanan dan barangan keperluan sepanjang masa. "Saya harap Anwar boleh memberi kehidupan yang lebih baik kepada rakyat bawahan," katanya. Peniaga kecil, Ahmad Karim menambah, kalau dilihat dari pengurusan ekonomi Selangor, ianya lebih baik berbanding beberapa negeri lain yang diperintah BN. "Kalau Selangor dijadikan contoh bermakna Pakatan boleh melaksanakannya di seluruh negara," katanya dengan yakin. |
Perkasa minta siasat transaksi saham Sime Darby-E&O Posted: 05 Oct 2011 04:57 PM PDT Siasatan terperinci perlu dibuat jika wujudnya krisis kepentingan, penyelewengan dan salah laku penjawat awam, kata ketua penerangan Ruslan Kasim. KUALA LUMPUR: Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mengemukakan aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu pembelian 30 peratus ekuiti syarikat Eastern & Oriental Berhad (E&O) bernilai RM776 juta oleh Sime Darby Berhad (Sime Darby). Laporan itu dibuat oleh Ketua Penerangan Perkasa Ruslan Kasim di Bangunan SPRM Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane di sini petang tadi. Bercakap kepada pemberita, Ruslan berkata siasatan terperinci perlu dibuat jika wujudnya krisis kepentingan, penyelewengan dan salah laku penjawat awam ke atas transaksi dagang dan pembelian saham terbabit yang berharga RM2.30 seunit. Ruslan berkata, transaksi berprofil tinggi dalam jangka masa singkat menunjukkan timbulnya keraguan tentang peranan yang dimainkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC) Tan Sri Zarinah Anwar dalam transaksi yang melibatkan suaminya sendiri yang juga Pengerusi Bukan Eksekutif E&O Datuk Azizan Abdul Rahman. 'Insider trading' Beliau mendakwa wujud aktiviti dagangan dalaman (insider trading) memandangkan beberapa pengarah E&O termasuk Datuk Azizan didapati telah membeli saham syarikat tersebut sebelum diumumkan pembelian 30 peratus oleh Sime Darby. "Walaupun Zarinah terpaksa mengumumkan beliau tidak campur tangan dalam siasatan berkaitan dengan urusan tersebut, tetapi apakah tiada kemungkinan imej dan pengaruh yang dimilikinya sebagai Pegerusi SC dapat pula mempengaruhi sebarang tindakan dan keputusan sepanjang siasatan dilakukan. "Kenapa dalam keadaan baru lepas menanggung kerugian berbilion ringgit, Sime Darby sanggup membayar sehingga 60 peratus lebih dari harga pasaran E&O?," soal Ruslan selain turut membangkit persoalan penglibatan individu yang menjadi dalang dalam permainan transaksi ini. Sehubungan itu, beliau mendesak SPRM bertindak dengan segera menyiasat isu ini tanpa pilih bulu sama ianya melibatkan 'ikan paus' atau 'ikan bilis' dan mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan jika terbukti wujudnya salah guna kuasa. Siasatan ini amat diperlukan sekaligus bagi melindungi dan menjamin ketelusan, kewibawaan dan integriti sebuah badan pengawas selia kewangan sektor awam berprofil tinggi seperti SC, katanya. Isu membabitkan Azizan timbul selepas beliau didakwa telah membeli kira-kira 450,000 saham syarikat hartanah daripada pasaran terbuka membabitkan lima transaksi berasingan sejak April dan Ogos tahun ini. Tiga daripada transaksi dibuat antara Julai dan Ogos dan transaksi terakhir membabitkan pembelian 100,000 saham pada 12 Ogos lalu. Penguasaan itu menjadikan Sime Darby sebagai pemegang saham terbesar dalam syarikat hartanah yang memiliki Hotel E&O di Pulau Pinang. Sementara itu, SC yang diketuai dua pegawai kanannya Datuk Francis Tan dan Datuk Gumuri Hussain telah mula melakukan siasatan menyemak transaksi saham E&O-Sime Darby sejak bulan lalu, manakala Zarinah terpaksa menarik diri dalam siasatan itu. |
'Penghakiman burukkan Anwar diarah dikeluarkan' Posted: 05 Oct 2011 04:55 PM PDT Hafiz Yatim Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengeluarkan sebahagian daripada penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan yang dianggap bersifat menghina dan merendah-rendahkan ahli politik dan peguamnya berhubung perbicaraan liwat II. Karpal dalam hujahnya hari ini berkata penghakiman Abdul Malik bertujuan untuk memuaskan pemimpin politik yang menaunginya. Beliau berkata tidak ada asas bagi kenyataan itu kerana merit rayuan tidak didengar di Mahkamah Rayuan ketika membenarkan bantahan awal oleh pihak pendakwaan. |
Posted: 05 Oct 2011 04:50 PM PDT MALAYSIA KINI ULASAN - Rangkaian gerakan Islam ABIM-PKPIM-WADAH merakamkan rasa terganggu dan terkilan dengan gejala sikap kurang bertanggungjawab dalam menyikapi isu hudud yang kembali dipolemikkan dan dipolitikkan sebagaimana tercermin dalam kenyataan-kenyataan pelbagai pihak, termasuk yang mengeksploitasikannya dengan motif semata-mata untuk kepentingan politik sempit, juga yang menanggapinya secara dangkal, nakal dan provokatif. |
Posted: 05 Oct 2011 04:46 PM PDT MALAYSIA KINI Pengerusi jawatankuasa terpilih (PSC) untuk memperbaiki pilihanraya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata jawatankuasa berkenaan akan bersidang buat kali pertama pada 12 Oktober. Menurutnya, jawatankuasa terpilih itu juga akan mengadakan sekurang-kurangnya enam pendengaran awam untuk mendapatkan input bagi tujuan tersebut bermula November. Tambahnya, pendengaran awam yang akan dijalankan di seluruh negara itu bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menyerahkan memorandum masing-masing. "Kita juga akan buka satu laman web di parlimen supaya mereka boleh hantar cadangan," katanya lagi dalam sidang media di bangunan parlimen petang ini. |
Hisham, IGP: Hanya satu anggota polis langgar SOP Posted: 05 Oct 2011 04:40 PM PDT S Pathmawathy Seorang anggota polis telah dikenalpasti melanggar garis panduan operasi polis (SOP) ketika cuba menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 di Hospital Tung Shin pada 9 Julai lalu. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussien dan Ketua Polis Negara Tan Ismail Omar mengesahkan tindakan tatatertib akan diambil ke atas anggota itu tidak lama lama lagi. Namun, menurut Hishammuddin, kejadian berkenaan telah diperbesar-besarkan dan polis tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya terhadap situasi semasa perhimpunan menuntut reformasi pilihan raya itu. Katanya kejadian di Hospital Tung Shin itu adalah hanya "satu daripada enam atau tujuh" kesilapan. Dalam laporan siasatannya yang didedahkan semalam, Kementerian Kesihatan mengesahkan meriam air polis telah ditembak ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat meletak kenderaan bertingkat dan pintu masuk utama Hospital Tung Shin. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan