Isnin, 24 Oktober 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Tubuh Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat penyelewengan pengeluaran kad pengenalan

Posted: 24 Oct 2011 05:38 AM PDT

Nasruddin Hassan Tantawi


TUBUH SURUHANJAYA DIRAJA MENYIASAT PENYELEWENGAN PENGELUARAN KAD PENGENALAN

A. ISU MEMPERMUDAHKAN PEMBERIAN HAK KEWARGANEGARAAN

Berikutan daripada kejadian 240 orang warga asing yang telah berkumpul di Istana Dugang Country Resort pada Rabu 12 Oktober 2011, Pemuda PAS Malaysia telah mencurigai perkara-perkara berikut :

1. Ketua Polis Daerah Sepang Superinten dan Imran Abdul Rahman telah menyatakan bahawa warga asing yang berkubu di Istana Dugang Country Resort adalah bertujuan untuk kursus keusahawanan adalah tidak konsisten dengan bukti dan keterangan saksi. Antara keterangan yang diperolehi adalah pertama tiada sebarang kursus pun diadakan dalam tempoh 5 jam tersebut dalam resort tersebut. Warga asing tersebut hanya mundar mandir dalam resort tersebut. Ini telah disahkan oleh petugas-petugas pemuda PAS yang berada dilokasi kejadian.

Kedua tidak ekonomik suatu kursus dalam tempoh masa hanya 5 jam dengan jarak 800 KM pergi dan balik dari Johor Baharu ke Putrajaya untuk melatih 240 orang warga asing. Ketiga apakah keperluan untuk mengadakan kursus keusahawanan kepada warga asing yang tidak dibenarkan berniaga dalam negara ini. Justru pihak polis seolah-olah melindungi pihak-pihak tertentu dalam kejadian yang berlaku ini.

2. Berdasarkan kepada maklumbalas daripada warga asing tujuan mereka berada Putrajaya kemudian dipindahkan ke Istana Dugang Country Resort adalah untuk mengambil kad pengenalan biru.

3. Menurut saksi kejadian terdapat ikrar yang telah dibacakan tanpa menggunakan microfon dalam bas yang memberi maksud bahawa kad pengenalan biru akan diberikan dan diminta mengundi parti kerajaan yang memerintah.

4. Menurut saksi kejadian terdapat seorang wanita yang memakai jaket Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) telah menaiki bas daripada hentian Rawat & Rehat, Kulai. Beliau telah memberi taklimat tertentu di dalam bas tanpa menggunakan microfon. Tetapi beliau tidak bersama kumpulan warga asing ini semasa di Istana Dugang Country Resort.

5. Menurut saksi kejadian arah perjalanan warga asing ini sering berubah-ubah. Mulanya atas tujuan mesyuarat di Putrajaya. Kemudian ada uru-ura dipecahkan dibeberapa lokasi di Johor. Apabila sampai di Putrajaya mereka berpusing-pusing di Putrajaya dan akhirnya di arahkan ke Istana Dugang Country Resort.

6. Menteri Dalam Negeri Hishmuddin Hussin seolah-olah lepas tangan dalam isu ini dengan kononnya mahu menyerahkan kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen berkaitan pilihan raya dan SPR. Pemuda PAS berpendapat bahawa Jawatankuasa Terpilih Parlimen ditubuhkan untuk memperbaiki sistem perjalanan pilihanraya di negara ini bukannya bertujuan untuk memperbaiki sistem permohonan kad pengenalan warga asing yang melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara. Menteri Dalam Negeri juga tidak mengetahui apa tujuan 240 orang warga asing tersebut berada di Istana Dugang Country Resort sedangkan Ketua Polis Daerah Sepang mengetahui tujuan mereka berada di situ kononya menghadiri kursus keusahawanan. Ini memberi isyarat bahawa Menteri Dalam Negeri seolah-olah melindungi pihak-pihak tertentu dalam hal yang berkaitan dengan mempermudahkan pemberian kad pengenalan kepada warga asing bagi tujuan-tujuan tertentu.

Berdasarkan kepada penyatan-penyataan di atas maka Pemuda PAS sangat kuatir bahawa terdapatnya aktiviti memudahkan pemberian hak kewarganegaraan kepada warga asing di negara ini untuk tujuan tertentu.

B. ISU KOD NEGARA "71"

Pemuda PAS Malaysia mempunyai bukti yang kukuh bahawa terdapat 170,818 dalam Daftar Pemilih Induk(DPI) suku ke dua 2011 SPR yang mempunyai kod negara "71". Berdasarkan kepada semakan laman web JPN, tiada kod "71" disenaraikan sebagai kod rasminya. Oleh itu Pemuda PAS menganggap bahawa kod "71" adalah suatu kod warganegara yang tidak diketahui negara asal kelahirannya.

Walaupun terdapat kecurigaan tetapi oleh kerana nama mereka berada dalam DPI maka mereka diberi hak mengundi bagi memilih ahli Parlimen di negara kita.

42.33 % atau 72,742 pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran ini adalah dari rumpun bangsa Cina iaitu Cina (71,252), Hokkien (521), Teochew (375), Cantonese (292), Foochow (135), Hainanese (119), Henghua (25) dan Hokchiu (23).

17.33 % atau 29,605 pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran ini adalah dari rumpun bangsa India iaitu India (24,663), India Muslim (2,399), Punjabi (796), Sikh (639), Sri Lanka (346), Pakistani (328), Tamil (324), Tamil Sri Langka (67), Telegu (21), Malabari (12) dan Bangledeshi (10). Bangsa Bangledeshi adalah bangsa yang paling sedikit sekali menjadi pengundi di negara kita.

Menariknya bagi rumpun bangsa Inonesia yang pernah memanaskan negara dengan Isu Mismah suatu ketika dulu hanya meliputi 4.37 % atau 7,468. Mismah memiliki kod negara "71" dan telah menjadi warganegara pada 31 Januari 2011. Pengundi daripada bangsa Indonesia yang tidak diketahui negara asal kelahiran ini dipecahkan kepada bangsa Indonesian (4,942), Bugis (1,356), Jawa (872), Banjar(240) dan Boyan(58).

Bagi pecahan agama daripada pengundi warganegara tidak diketahui negara asal kelahiran ini adalah Islam 37.7 % atau 64,400 orang sahaja menakala 62.30 % atau 106,418 pengundi bukan beragama Islam. Pecahan bukan beragama Islam adalah seperti berikut Buddha (50,842), Tiada Maklumat (22,595), Hindu (12,698), Tiada Ugama (9,726), Kristian (8,437), Sikhism (2,037) dan lain-lain (83). Menariknya bagaimana mereka yang tidak mempunyai makumat agama meliputi 13.22 % atau 22,595. Suatu jumlah yang sangat luar biasa.

Bagi pecahan mengikut negeri tempat mengundi pula adalah Selangor (29,758), Johor (28,164), Wilayah Persekutuan (17,548), Perak (16,680), Kelantan (15,345), Pulau Pinang (12,799), Sarawak (9,324), Sabah (8,590), Melaka (8,069), Negeri Sembilan (7,516), Pahang (6,495), Kedah (5,793), Terengganu (3,313) dan Perlis (941). Ini bermakna bahawa negeri Pakatan Rakyat (PR) termasuk Perak dan Wilayah Persekutuan mempunyai pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran seramai 57.32 % atau 97,923 orang. Suatu jumlah yang cukup besar yang mungkin boleh menumbangkan kerajaan yang memerintah.

Bilangan 170,818 adalah tidak termasuk nama Mismah dan senarai yang dibantah oleh PAS Selangor serta Pakatan Rakyat (PR) berjumlah 1,597 orang. Pemuda PAS Malaysia menjangkakan bahawa terdapat lebih ramai lagi pengundi tidak diketahui negara asal kelahiran ini dalam Daftar Pemilih Induk(DPI) suku ke-3 2011. Dijangka DPI suku ke-3 2011 ini akan digunakan untuk pilihanraya akan datang.

Dalam jawapan yang telah diberikan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) pada 5 Oktober 2011 dinyatakan bahawa kod "71" adalah kelahiran warganegara Malaysia di luar negara dan Pemastautin Tetap Malaysia. Mulai tahun 2001 JPN baru mewujudkan kod-kod Negara luar secara khusus mengikut negara kelahiran masing-masing.

Walau bagaimana pun kewujudan warga negara yang mempunyai kod "71" pada waktu ini adalah terlalu ramai dan mencurigakan kerana JPN terlalu lewat memperkenalkan kod-kod kelahiran mengikut negeri sejak tahun 2001. JPN bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat Malaysia :

a. Berapakah jumlah pecahan mengikut negara asal kelahiran bagi semua kod "71" ?
b. Berapakah bilangan warga negera yang lahir di luar negara dan menggunakan kod "71" ?

C. ISU KAD BERKEMBER DALAM DAFTAR PEMILIH INDUK(DPI) SPR


Pemuda PAS Malaysia telah membuat siri-siri pendedahan manipulasi pilihanraya selama dua bulan kepada pihak media. Hasilnya, kami dapat mengenalpasti bahawa terdapat ribuan kes kad pengenalan yang berkembar. Buktinya, pertama yang paling jelas adalah melalui kenyataan dalam media The Star pada 24 Julai 2011 di mana Wan Ahmad Bin Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR mengakui bahawa terdapat kad pengenalan klon dalam daftar pemilih SPR. Bukti kedua adalah melalui data yang telah dikeluarkan oleh SPR daripada Daftar Pemilih Induk (DPI). SPR memberi alasan punca utama mereka mengeluarkan data tersebut adalah kerana data tersebut tidak ada dalam rekod JPN. Isunya adalah bagaimana nombor kad pengenalan tersebut pernah diwartakan sebagai pengundi yang sah. Bukti ketiga adalah terdapat dua jenis data yang telah dibongkar oleh Dewan Pemuda iaitu pertamanya isu dua nama yang sama memiliki no kad pengenalan yang hampir sama dan keduanya isu satu kad pengenalan lama dimiliki oleh dua individu. Kedua-dua kad pengenalan ini sangat mencurigakan.

Bersama ini Pemuda PAS menyediakan satu lampiran contoh-contoh nombor kad pengenalan yang berkembar.

D. DESAKAN

Bukti-bukti yang Pemuda PAS bangkitkan adalah melambangkan kecelaruan kerja yang terdapat dalam JPN. Kelemahan ini mungkin telah diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk memanipulasi data- data JPN. Kami penuh yakin terdapat dalang di sebalik masalah yang berlaku. Kami akan mendesak kepada pihak atasan agar ditubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat penyelewengan pengeluaran kad pengenalan di negara ini.

*Memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ketua Pembangkang dan ahli-ahli parlimen Malaysia, daripada Nasruddin Hassan Tantawi selaku Ketua Pemuda PAS Malaysia.

Malaysia, Hudud dan cinta tragik dari Kunduz

Posted: 24 Oct 2011 05:31 AM PDT

Hafiz Zainudin


Kita tidak boleh menyalahkan PAS kerana setiap kita mempunyai hak untuk memasang cita-cita. Seperti kata-kata Martin Luther King, "I have a dream.." yang kemudiannya dimakbulkan tuhan!

Ternyata sebab kita sukakan polemik. Contohnya sebagaimana telah dicetuskan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang akhirnya mencungkil salah satu fakta sejarah yang dikambus UMNO selama ini iaitu Mat Indera adalah salah seorang pejuang kemerdekaan yang mempunyai dan latar belakang pendidikan Islam yang kukuh.

Terkini, yang menyebabkan satu Malaysia gempar lagi. HUDUD! Lihatlah bagaimana "keperihatinan" orang Malaysia terhadap polemik hudud yang telahpun bermula sejak lebih 20 tahun dahulu di Kelantan dengan kelulusan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993. Walau bagaimanapun, kerajaan pusat telah mengugut untuk mengisytiharkan darurat sekiranya undang-undang ini dikuatkuasakan.

Isu hudud ini terus evergreen dan menarik ramai pihak terjerumus ke kancah perdebatan. Samada membawa kepada pencerahan fikrah mahupun sebaliknya, polemik hudud ini akan terus sahaja timbul sepanjang musim.

"Hudud" menjadi perkataan magik yang turun dari langit dan membuatkan kita semua bercakap mengenainya lalu histeris; seolah-olah telah ramai yang telah mati direjam batu atau dipotong tangan. Dihantui dengan debu-debu padang pasir, lelaki beserban dan kisah cinta tragik sepasang kekasih muda dari Kunduz, Siddqa yang diratah batu dan mati dimuncung AK47 manakala kekasihnya Khayyam, mati direjam batu begitu sahaja Januari lalu.

Hudud sebagai ancaman?


Sama ada sengaja mahupun tidak. Polemik hudud membuatkan kita hanyut dan tenggelam dalam emosi, kemudian kita jadi asyik dan khayal di samping menimbulkan perasaan-perasaan yang tidak sedap sehingga boleh memberikan kesan yang sangat besar.

Belum ada muslim di Malaysia mati di hududkan. Tetapi, dalam konteks politik di Malaysia, lihatlah bagaimana DAP pernah kalah teruk pada PRU 1999. Masyarakat Cina dipolemikkan dengan isu Negara Islam yang diperjuangkan PAS di mana "hudud" antara yang diberi keutamaan. Malah pada tahun 2003; PAS menerbitkan Dokumen Negara Islam yang dilihat bertujuan untuk menyaingi UMNO yang mengakui bahawa Malaysia memang sebagai sebuah "negara Islam".

Di saat PAS berjaya mewartakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2002 dan "memindahkan" monumen penyu ke stor JKR Kuala Terengganu, BN terus berkuasa dengan majoriti yang baik. Persoalannya, adakah kita tidak belajar dari "keghairahan" lepas dan mahu menanggung risiko "kalah teruk" Yang kemudiannya mengakibatkan negara ini terus ditadbir oleh golongan yang korup semata-mata untuk perkara yang masih jauh?

Medan ujian Pakatan Rakyat


Kalau tidak disebabkan musim PRU 13 yang bakal tiba dan sambutan Hari Hudud Negeri Kelantan, mungkin polemik hudud tidak ketara timbul dan PAS boleh menumpukan kepada isu-isu yang lebih realistik. Paling dekat, pembelaan serius terhadap kelembapan kes yang dibicarakan di mahkamah syariah terhadap kalangan isteri yang mohon fasakh. Begitu juga menganjurkan lebih banyak program kebajikan terhadap golongan miskin, pelajar dan saudara baru.

Justeru, telah wujud persoalan, apakah polemik hudud ini; walaupun bukan isu "Negara Islam" akan menyebabkan nasib malang buat gabungan Pakatan Rakyat? Menariknya, ia merupakan sebagai medan ujian buat Pakatan Rakyat sendiri. Apakah tawaran Negara Berkebajikan Pakatan Rakyat mampu menampung tekanan yang kuat akibat polemik hudud yang dimainkan BN sehingga ini?

Kita, pada masa yang sama juga diperlihatkan bagaimana PAS menangani polemik ini dengan berhemah dan terbuka. Ia adalah sesuatu yang sangat dialu-alukan yang akhirnya; dengan tidak menggadaikan prinsip Islam yang dibawanya, PAS secara terbuka mengulangi penegasan untuk terus mendokong aspirasi bersama Pakatan Rakyat iaitu keutamaan membentuk sebuah negara berkebajikan. Ini merupakan sebuah toleransi yang perlu dihargai samada oleh DAP mahupun PKR.

Populariti PAS atau ijtihad baru?

Polemik hudud telah menaikkan populariti PAS di kalangan masyarakat Melayu negara ini. Walau bagaimanapun pada masa yg sama populariti PAS dilihat menurun bagi masyarakat Cina. Secara tidak langsung kita dapat melihat semakin ramai kalangan muslim mahupun non-muslim memperbincangkan polemik hudud ini secara terbuka-sehingga bosan?

Apapun, dalam konteks Malaysia kini, saya sangat bersetuju dengan pendapat Dr.Asri yang menyatakan bahawa hudud perlu ijtihad baru dalam karangannya berjudul Hudud dan beberapa gambaran salah yang telah disiarkan di laman webnya, Minda Tajdid. Antara lain beliau menekankan aspek hak privasi dan pembinaan masyarakat yang pemaaf. Beliau, pada masa yang sama turut mengenengahkan rasional berserta nas-nas dari Quran dan hadis berkaitan soal ini dan didapati ianya mampu untuk memberi kefahaman secara ringkas dan baik.

Tenggelam timbul dan persoalan..

Dalam membicarakan soal hudud, kita telah pergi jauh dan perlu berhenti. Maksud saya, polemik ini telah menjauhkan kita dari realiti sebenar Malaysia yang perlu ditangani segera. Sepertimana yang pernah diungkapkan oleh saudara Mohamad Sabu sendiri melalui wawancara oleh Editor BM, Lim Hong Siang. Soal samada hudud boleh dicapai atau tidak, secara berjenaka Mohamad Sabu berkata "Macam kita-lah, nak kahwin seorang puteri. Mungkin kita tidak dapat puteri itu, kita dapat kahwin dengan kerabat diraja pun cukuplah!" (Baca: Mat Sabu: Jangan terperanjat anak tokoh PAS bertanding atas tiket DAP)

Isunya sekarang bukan soal perlaksanaan hudud sesuai atau tidak, begitu juga samaada soal ia bertentangan atau dibenarkan perlembagaan. Bukan juga isu menerima atau menolak hukum ini. Lupakan juga soal bila waktu paling kondusif untuk perlaksanaan hudud.

Di sekeliling kita masih ada ramai keluarga miskin yang perlukan bantuan, pelajar- pelajar yang menderita akibat hutang pendidikan, pekerja-pekerja yang bersuara agar gaji mereka dinaikkan, nasib petani dan peneroka yang perlukan pembelaan, balu-balu dan anak-anak yatim yang perlukan perlindungan. Soalnya ialah, di manakah keutamaan kita sekarang? Apakah kita perlu beri ruang kepada BN untuk mengucar-kacirkan gabungan Pakatan Rakyat melalui isu ini kerana ruang yang "diberikan" terlalu luas?

Sekali lagi ditegaskan. Ini bukan soal menolak hukum Quran. Ini soal keutamaan. Soal menguruskan manusia juga sebahagian dari ajaran Islam. Di antara ruang-ruang keutamaan dan kesamaran ini, ia merupakan sebuah proses pembelajaran danpengisian.

Soal perlaksanaan hudud di Malaysia masih terlalu samar dan jauh. Apakah kita mahu tenggelam dalam suatu yang masih belum pasti?

*Hafiz Zainuddin ialah kolumnis MerdekaReview.

UMNO tidak akan minta maaf, MCA turut serta dalam ‘pencabulan’ Anya

Posted: 24 Oct 2011 05:27 AM PDT

Melissa Lee, Malaysia Chronicle


Mengambil kiu daripada Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden MCA Liow Tiong Lai bergesa-gesa turut serta dalam pertelingkahan dalam membela UMNO dan menyerang Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di atas skandal seks terkini yang disajikan oleh BN.

"Keluarganya mendapat simpati daripada kami tetapi Guan Eng, Lim Kit Siang dan DAP dilihat mencuba memolitikkan isu ini. Jangan salahkan Barisan Nasional (BN) kerana bukan BN yang melakukan perkara ini. Ianya dibuat oleh seorang bloger. Kenapa salahkan BN?" Liow, yang juga merupakan Menteri Kesihatan, memberitahu pemberita.

Pemimpin MCA itu, yang baru-baru ini ditangkap membohong di atas kekecohan gas pemedih mata Hospital Tung Shin, dengan serta-merta dihentam oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, yang berkata salah satu pembuat khabar angin terhadap anak lelaki Guan Eng yang berumur 16 tahun itu adalah Ketua Bahagian UMNO Bukit Gelugor Novandri Hasan.

"UMNO tidak mempunyai 'class' untuk meminta maaf. Mereka memanggil konco-konco mereka untuk bercakap bagi pihak mereka. Liow mesti sedang pening kepala. Adakah dia ingin mengatakan Novandri itu bukan UMNO atau UMNO itu bukan BN. Penipuan yang berani dikatakan oleh BN sekarang melalui media adalah di luar kawalan," Naib Presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

Tiada 'class', UMNO

Pada hujung minggu, Muhyiddin, yang juga merupakan Menteri Pendidikan telah mengejutkan negara dengan menyebelahi pihak blog-blog UMNO, termasuklah blog Novandri Hasan. Blog-blog UMNO, yang telah mencuba menggoyangkan pentadbiran negeri Guan Eng semenjak Pakatan mendapat kawalan ke atas negeri itu pada tahun 2008, telah mendakwa anak lelaki remaja Ketua Menteri Pulau Pinang itu telah mencabul juara catur UK Anya Corke.

Setakat ini, Anya, Pengetua sekolah Heng Yee dan Pengarah Pendidikan Pulau Pinang telah menafikan adanya pencabulan.

Anya yang berasa kesal telah menghentam blog-blog UMNO dan menyampaikan simpati ke atas budak lelaki itu yang "difitnah dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas". Saya tidak pernah bertemu atau mendengar tentang semua orang yang terlibat. Saya tidak pernah diserang secara fizikal dengan cara apa sekalipun. Saya tidak pernah dijadikan mangsa oleh budak lelaki ini dan keluarganya," kata Anya dalam kenyataannya minggu lalu.

Seruan minta maaf

Seruan timbul untuk UMNO meminta maaf, menyebabkan Muhyiddin mebuat kesilapan bodohnya, yang memburukkan lagi kredibilitinya sebagai seorang yang sesuai menjadi pemimpin negara yang mempunyai kebolehan yang mencukupi untuk memimpin Malaysia.

Kata Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam kenyataanya: "Saya sememangnya terkejut dan sangat marah dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa penafian daripada Lim Guan Eng terhadap tuduhan salahkau seksual oleh anaknya (cucu saya) tidak mencukupi. Biar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan setiap Menteri Kabinet berkata samada mereka setuju dengan Muhyiddin atau tidak – yang juga akan menunjukkan kualiti Menteri Kabinet yang ada di Malaysia."

"Pengetua sekolah itu telah menafikan berlakunya sebarang kejadian salahlaku seksual yang melibatkan cucu saya. Pengarah Pendidikan Pulau Pinang Director Ahmad Tarmizi Kamaruddin juga berkata semalam jabatannya tidak menjumpai apa-apa bukti untuk menyokong dakwaan di beberapa blog. Mangsa yang didakwa Anya Corke, yang merupakan seorang Woman Grand Chessmaster berumur 21 tahun di tahun ketiganya di Wellesley College di Amerika Syarikat telah menolak dakwaa itu, kerana dia sudah tidak berada di Malaysia selama tujuh tahun dan tidak mengenali Guan Eng mahupun cucu saya."

"Bolehkan Muhyiddin menjelaskan apa itu "tidak mencukupi" di mana sudah ada banyak penafian dan pematahan tuduhan yang sangat tidak bertanggungjawab, kejam dan keji yang dikenakan ke atas pelajar sekolah berumur 16 tahun yang tidak bersalah semata-mata untuk si penuduh mengenakan Guan Eng?"

Laporan polis dan jenayah fitnah

DAP telah membuat laporan polis terhadap Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin di atas dakwaan jenayah fitnah terhadap anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Khairy telah membuat ulasan pada blog Novandri. Khairy juga kemudiannya mencadangkan serangan itu dijustifikasi kerana keluarga BN juga sering diserang oleh pihak pembangkang.

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata mereka akan mencadangkan tindakan undang-undang di atas tweet yang dilakukan oleh Khairy pada 17 Oktober mengenai isu itu.

"Kerosakan akan menjadi 'sangat, sangat' tinggi. Serangan ke atas anak lelaki Lim Guan Eng yang berumur 16 tahun kerana dituduh mencabul rakan sekolahnya akan menjadi kunci perdebatan di pilihanraya akan datang. Kita semua mempunyai anak. Seperti yang dikatakan oleh Lim, kita sebagai ahli politik adalah sasaran politik, seranglah kami, bukan anak-anak kami," kata Pengerusi DAP Karpal Singh.

Perdana Menteri Najib Razak telah mengulang kata-kata Guan Eng untuk meninggalkan keluarga daripada serangan-serangan politik. Walau bagaimanapun, pengaruhnya dalam UMNO semakin pudar dan beliau dijangka membuat pusingan U jika kem Muhyiddin mengenakan tekanan ke atasnya. - Malaysia Chronicle

PAS lepaskan bom: Umno ‘lakonkan’ Himpun utk hidup semula kerajaan 'unity'

Posted: 24 Oct 2011 05:20 AM PDT

Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle


Pemimpin-pemimpin PAS telah mengeluarkan satu kenyataan, mendakwa UMNO untuk mencuba menghidupkan semula perbincangan kerajaan campuran di bawah samaran Perhimpunan Sejuta Ummat membantah pemurtadan yang telah diadakan pada hari Sabtu.

Bukan sahaja berita dakwaan kelicikan UMNO itu telah memeranjatkan seluruh negara, tetapi jika benar, ini sudah pasti akan menimbulkan kemarahan di kalangan golongan Kristian, yang membentuk 10 peratus daripada pengundi-pengundi di Malaysia dan yang sudah pun marah kerana sering digadaikan dalam polemik agama Perdana Menteri Najib Razak.

"Sebagai pemimpin Kristian tua di Malaysia, saya percaya sebagai komuniti kami sudah mejadi semakin sensitive, lebih berjaga-jaga dan berasa tidak selamat sebagai warga negara ini disebabkan oleh pihak berkuasa yang kelihatan membenarkan kelakuan beberapa golongan ekstrimis membuat dakwaan palsu ke atas kami," Ramon Navaratnam, bekas presiden Transperency International memberitahu Malaysia Chronicle.

"Saya ingin menyuarakan ulasan yang dibuat oleh Dr Ahmad Farouk Musa daripada Islamic Renaissance Front pada hujung minggu. Beliau berkata berdasarkan banci populasi yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik, tidak ada satu pun orang Melayu yang telah menukar agama atau murtad. Jadi jika kamu bertanya kepada saya samada saya terkejut dengan dakwaan bahawa Himpun adalah satu samaran untuk tujuan politik, saya kata saya tidak terkejut."

Gunakan Kristian untuk 'kahwinkan' PAS dengan UMNO

Perhimpunan Himpun dihindari oleh Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, yang berkata tidak wujud ancaman pengkristianan di negara ini, maka, tiada alasan untuk menyokong demonstrasi itu.

Pemimpin-pemimpin Islam lain telah memberi amaran bahawa penganjur perhimpunan itu mungkin mempunyai motif-motif lain. Mereka menunjukkan bagaimana pentadbiran Najib telah membuka pintu luas untuk Himpun mendapatkan permit polis, dan menyelesaikan urusan-urusan lain yang melibatkan pelbagai agensi-agensi kerajaan persekutuan dalam masa yang sangat singkat.

Di sebalik kuasa yang membuka laluan untuk mereka, seruan Himpun kepada umat mesti dianggap salah. Hanya kurang daripada 5,000 orang yang hadir.

"Satu-satunya pemimpin senior PAS yang hadir ialah Hasan Ali, yang pergi secara peribadi. Mungkin dia berharap untuk menjumpai sesuatu yang tidak ada di situ," MP Shah Alam Khalid Samad memberitahu Malaysia Chronicle.

Khalid, yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, mendakwa penganjur Himpun cuba menunjukkan Islam sedang "diancam". Ini bertujuan untuk membangkit perasaan marah ahli-ahli PAS supaya mereka hadir dan menyokong majlis itu bersama-sama UMNO.

"Walaupun Perdana Menteri Najib Razak dan pemimpin-pemimpin UMNO lain menyatakan mereka tidak ada kena mengena dengan Himpun, kumpulan adiknya Perkasa berserta pemimpin-pemimpin UMNO Selangor telah menyeru orang-orang Islam untuk turut menyertai Himpun. Jelaslah UMNO memerlukan PAS atau mereka akan menghadapi kekalahan besar di pilihanraya umum akan datang," kata Khalid.

Hasan masih mengharapkan jawatan MB Selangor

Akibat daripada pilihanraya umum ke-12 yang telah diadalan pada Mac 2008, Hasan Ali – yang pada waktu itu Pesuruhjaya PAS Selangor – telah mencuba mengusulkan kerajaan campuran dengan UMNO. Tetapi, pemimpin-pemimpin tertinggi PAS termasuk presiden Hadi Awang dan Mursyidul Am Nik Aziz telah menolak rancangan itu.

Sejak itu, Hasan berterusan mencuba 'mengkahwinkan' kedua-dua parti Melayu itu walaupun tidak berjaya dan memberi kesan berat terhadap kerjayanya. Hasan diturunkan daripada ketua negeri di kongres tahunan parti itu pada awal tahun ini, dan ramai orang-orang dalaman PAS percaya dia masih belum berputus asa dan akan mencuba membantu UMNO berjaya.

Hasan, ahli DUN Gombak Setia, dipercayai ditawarkan jawatan Menteri Besar jika rancangan 2008 itu berjaya.

Sememangnya, perarakan Himpun adalah berikutan keputusan kontroversi Sultan Selangor di atas serangan Jais-DUMC pada 13 Ogos, di mana Hasan memainkan peranan utama.

Hasan dengan keras mempertahankan Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) yang dikawal UMNO itu walaupun mereka menyerbu masuk Gereja Methodis Damansara Utama kerana disyaki berlaku aktiviti pemurtadan tanpa mendapatkan apa-apa waran geledah.- Malaysia Chronicle

Kuburkan hasrat BN mahu rampas Selangor

Posted: 24 Oct 2011 05:16 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengalu-alukan kenyatan Timbalan Pengerusi BN Selangor yang juga merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar untuk merampas kembali negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat.

Begitupun, ketuanya, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) menegaskan pihaknya mempastikan hajat Noh ingin mengembalikan semula negeri Selangor kepada pentadbiran yang korup dan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, keuntungan kekayaan negeri berlegar di sekeliling pemimpin Umno serta kerosakan-kerosakan yang lain akan 'dikuburkan' di dalam pilihan raya umum yang akan datang dengan sokongan dan dokongan padu rakyat negeri Selangor yang bersama-sama dengan Pakatan Rakyat.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan impian Noh Omar hanyalah angan-angan kosong kerana Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor setakat ini walaupun baru sepenggal memerintah negeri Selangor telah menunjukkan pemerintahan yang mempunyai sistem urus tadbir yang jauh lebih baik, telus, bebas rasuah, cakna kebajikan rakyat serta telah meningkatkan hasil kerajaan dan simpanan negeri Selangor," ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, rakyat negeri Selangor kini telah dapat banyak manfaat daripada agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

"Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor bersama-sama kepimpinan pemuda PAS di semua peringkat dan kepimpinan Pemuda Pakatan Rakyat akan menjadikan impian Noh Omar sebagai 'mimpi ngeri' Barisan Nasional di negeri Selangor dengan izin Allah Taala, insya Allah," katanya.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga, katanya melahirkan rasa kebimbangan di atas keyakinan Noh Omar menzahirkan hasrat BN merampas negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat sudah pasti akan ada taktik dan teknik 'kotor dan jahat'.

Katanya, Umno BN Selangor yang akan mengguna pakai cara jahat bagi mencapai maksud tersebut selain kemungkinan daripada kerja kotor yang dibuat oleh pemimpin Umno BN di peringkat Pusat dengan memberikan kerakyatan mudah kepada pemastautin tetap serta mengeluarkan kad pengenalan palsu kepada pendatang tanpa izin seperti yang telah didedahkan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia, baru-baru ini.

Menurutnya, dengan pertambahan pengundi baru yang cukup luar biasa untuk negeri Selangor bagi tahun ini kemungkinan berlaku penipuan adalah sangat besar seperti mana yang dilakukan oleh Umno BN semasa merampas negeri Terengganu dahulu.

Oleh itu, katanya Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan semoga seluruh jentera Pemuda PAS di semua peringkat memperkasakan jentera pilihanraya di semua peringkat dengan memberikan khidmat terbaik dari segi penerangan terhadap kecemerlangan pengurusan dan pentadbiran serta kerja-kerja kebajikan kepada rakyat yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tanpa mengira fahaman politik, budaya dan agama.

Selain itu, katanya perlu meningkatkan kewaspadaan terhadap sebarang taktik kotor Umno BN yang sedang terdesak untuk merampas kembali negeri Selangor.

"Seluruh rakyat negeri Selangor juga dinasihatkan untuk melaporkan sebarang kecurigaan dan salah laku pemimpin Umno BN yang cuba untuk memberikan kad pengenalan palsu kepada pendatang tanpa izin, pemastatutin tetap ataupun kepada mereka yang tidak layak bagi menjadi pengundi di dalam pilihan raya yang akan datang," katanya.

Nazri enggan jawab peruntukan untuk MP Pakatan

Posted: 24 Oct 2011 05:14 AM PDT

Muhammad Faizal


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof (gambar) meminta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menjelaskan kenapa peruntukan yang dikhususkan kepada setiap kawasan parlimen yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat tidak disalurkan terus kepada ahli parlimen yang dipilih.

"Saya ingin penjelasan dari kerajaan kenapa peruntukan yang sepatutnya disalurkan kepada setiap kawasan parlimen tidak disalurkan terus kepada ahli parlimen yang dipilih terutamanya kawasan yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

"Apa yang kita lihat kerajaan lebih fokus menyalurkan peruntukan tersebut menggunakan Jabatan Pembangunan Persekutuan dan apa bezanya kawasan yang dimenangi Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat," tanyanya sewaktu sesi penggulungan kementerian itu.

Nazri yang bertindak tidak mahu menjawab pertanya tersebut memberi alasan bahawa soalan tersebut selalu dijawab setiap kali sidang parlimen berlangsung dan meminta Siti Zailah merujuk kepada hansard parlimen sebelum ini bagi mendapat jawapan.

Dalam pada itu beliau juga mengatakan jawapannya tetap sama dengan apa yang telah diberitahu sebelum ini sambil menegaskan tiada perubahan jika ia ditanya sekarang.

Tambah Siti Zailah lagi, cadangan kerajaan terhadap kenaikan elaun dan juga peruntukan yang lain kepada ahli parlimen merupakan perkara yang baik tetapi persoalan pertama kenapa peruntukan sebelum ini tidak disalurkan terus.

"Nak beri peruntukan itu cadangan yang baik tapi kerajaan perlu jawap terlebih dahulu kenapa peruntukan yang perlu diberikan kepada kawasan parlimen Pakatan Rakyat disalurkan terus kepada agensi kerajaan.

"Tindakan mengelak untuk memberi jawapan pada soalan saya ini menggambarkan kerajaan tidak ikhlas untuk turut sama membantu kawasan parlimen Pakatan Rakyat," sambungnya lagi.

Nazri yang tetap bertegas tidak mahu menjawab persoalan tersebut malah meminta ahli parlimen yang ingin tahu jawapan perlu merujuk kepada hansard terdahulu.

Najib didesak hormati kebebasan akademik

Posted: 24 Oct 2011 05:13 AM PDT

Aziz Muda

KUALA LUMPUR: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak Perdana Menteri dan Kerajaan BN menghormati kebebasan akademik di negara ini yang kini amat tercalar dengan tindakan penggantungan terhadap Profesor Dr Abdul Aziz Bari oleh pihak pentadbiran UIA.

Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Abdul Razak berkata, pihaknya amat berharap agar kejadian seperti yang terjadi ke atas Dr Aziz itu tidak akan berulang pada masa akan datang.

Menurutnya, namun dalam hubungan ini SMM amat kesal dengan sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menyokong prinsip kebebasan akademik.

Katanya, sebaliknya kenyataan Perdana Menteri dilihat senada dengan rektor UIA yang jelas gagal untuk menyokong prinsip kebebasan akademik di negara ini.

"SMM menuntut agar Datuk Seri Najib menyokong prinsip kebebasan akademik dengan tuntutan universal yang termaktub dalam Deklarasi Prinsip Kebebasan Akademik dan Ahli Akademik 1970, Senarai Hak Akademik 2001 dan Kempen Akademik untuk Kebebasan Akademik," katanya pada sidang media di lobi Dewan Rakyat di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Rektor UIA, menurut beliau, masih lagi berdegil dan angkuh, apabila penggantungan terhadap Aziz masih belum ditarik balik yang seolah-olah memandang remeh tuntutan mahasiswa yang berdemonstrasi Jumaat lalu.

Katanya, oleh itu, SMM akan menganjurkan satu lagi demonstrasi di UIA Gombak esok bagi menyerahkan memorandum kepada Najib yang akan hadir ke universiti itu untuk merasmikan Debat Piala Perdana Menteri sekitar jam 8.00 malam.

Sehubungan itu SMM menyeru mahasiswa seluruh negara hadir menyertai demonstrasi itu dalam menuntut kebebasan berakademik di negara ini.

"SMM juga akan menganjurkan kempen menuntut kebebasan berakademik melalui roadshow, forum awam, ceramah dan seumpamanya dalam masa yang terdekat ini," katanya.

Turut hadir pada sidang media itu, Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria, Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Safuan Anang, Presiden MPMUM, Syahid Zaini dan beberapa orang kepimpinan SMM lain.

Sebelum itu, Nasir Zakaria berkata, penggantungan Aziz Bari merupakan satu lagi titik hitam sejarah negara yang sekali gus menghitamkan lagi rekod Barisan Nasional memerintah negara kita.

Katanya, penggantungan terhadap Aziz selaku pensyarah kanan UIA yang sudah berkhidmat selama 22 tahun sangat mengejutkan dan menyedihkan warga Malaysia.

"Beliau adalah antara putera terbaik Melayu yang merupakan pakar undang-undang perlembagaan. Adakah hanya kerana memberi pandangan berdasarkan pengalaman akademik dan pengalaman beliau dan beberapa laporan polis sudah cukup untuk menamatkan riwayat akademik beliau," katanya.

Prof Dr Aziz Bari, katanya, terkenal berani dan kontroversi. Beliau bukan sekadar berkongsi ilmu di media perdana, wacana, kelas toturial malah menjangkau kepada media alternatif yang mesra pembangkang.

"Beliau bukan sekadar mengkritik kerajaan tetapi pernah mengkritik kepimpinan pembangkang. Beliau berani dan tegas terhadap pandangan beliau walaupun berdepan cemuhan," ujarnya.

Sebelum itu, Ahmad Syukri dan rakan-rakannya turut menyerahkan memorandum bagi mendesak perlaksanaan kebebasan akademik di negara ini kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah menerusi pegawai khasnya, Shahmi untuk dipanjangkan kepadanya di bangunan Parlimen hari ini.

Skandal IC amat membahayakan negara

Posted: 24 Oct 2011 04:56 AM PDT

Aziz Muda


KUALA LUMPUR: Skandal kad pengenalan (IC) terutama yang membabitkan kod "71" dan pemberian kad pengenalan biru dengan mudah kepada warga asing perlu diberikan perhatian serius oleh kerajaan kerana ia amat merbahaya keselamatan negara.

Sehubungan itu, PAS akan memberikan perhatian serius terhadap perkara itu termasuk membawanya ke persidangan Dewan Rakyat bagi mendapatkan respon segera dari pihak kerajaan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, antara tindakan segera yang dilakukan termasuk membantu Dewan Pemuda PAS menyerahkan memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz di bangunan Parlimen hari ini.

Menurutnya, memorandum yang diserahkan itu bertujuan mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasat penyelewengan pengeluaran kad pengenalan di negara ini.

Katanya, dalam memorandum tersebut, pihak pemuda PAS turut menyuarakan kecurigaannya dengan insiden yang berlaku di Istana Dugang Country Resort di Kajang pada 12 Oktober lalu yang membabitkan 240 orang warga asing yang akan diberikan kad pengenalan biru.

"Dalam hal ini, kami amat kesal dengan tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Tun Hussein yang seolah-oleh lepas tangan dengan kononnya mahu menyerahkan kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen berkaitan pilihanraya dan SPR," katanya pada sidang media di lobi Dewan Rakyat di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Pada hal, menurut beliau, sebagai menteri yang menjaga Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Hishamuddin sebenarnya boleh menjawab terus isu tersebut tanpa menunggu untuk dibawa kepada jawatankuasa berkenaan.

Katanya, kod "71" adalah suatu kod warganegara yang tidak diketahui negara asal kelahirannya.

"Walaupun terdapat kecurigaan, tetapi oleh kerana nama mereka berada dalam Daftar Pemilih Induk (DPI), maka mereka diberi hak mengundi bagi memilih ahli Parlimen di negara kita," katanya.

Kini, ujarnya, bilangan mereka amat banyak sehingga jelas menunjukkan masa depan negara akan ditentukan oleh warga asing yang tidak diketahui asal usulnya.

"Perkara ini amat penting bagi negara. Ia bukan perkara kecil, tetapi melibatkan keselamatan negara yang perlu diberikan perhatian serius oleh kerajaan," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Sejajar dengan itu,katanya, pihaknya akan terus membangkitkan perkara itu secara berterusan sama ada membawanya ke persidangan Dewan Rakyat dan menerusi saluran lain bagi menyedarkan pihak kerajaan agar tidak memandang sebelah mata mengenainya.

Pemuda PAS bantah konsert Elton John di Genting

Posted: 24 Oct 2011 04:52 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Dewan Pemuda PAS Pahang membantah konsert Greatest Hits Tour melibatkan penyanyi Elton John di Arena of Stars, Genting Highlands 22 November ini kerana dianggap tidak sesuai dengan budaya negara ini.

Ketuanya Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz berkata walaupun mungkin penyanyi yang berkahwin sesama lelaki itu datang sekadar menghiburkan peminatnya, tetapi bimbang ikon muzik dunia itu akan menjadi ikutan negatif kepada generasi muda.

Elton, 64, akan mengadakan konsert sulungnya di Malaysia.

"Pihak berkuasa kena sedar bahawa budaya hedonisme atau berhibur secara berlebihan dan melampau kian menular, merebak umpama racun berbisa yang semakin menyerang remaja Islam.

"Sedangkan budaya inilah yang lazimnya membawa kepada kerosakan sebuah masyarakat seperti pergaulan bebas, gejala arak, berzina, anak luar nikah dan melekakan mereka terhadap tanggungjawab beragama selama ini," kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini.

Katanya, "ini ditambah lagi dengan kemunculan pengamal seks sejenis. DPPNP tidak dapat bayangkan bagaimana penerimaan golongan muda apabila pihak berkuasa tidak menyekatnya dari awal."

Katanya, sama ada Jabatan Agama Islam Pahang, Kerajaan Negeri Pahang, Majlis Daerah Bentong atau mana-mana pihak berkuasa perlu menggembeleng tenaga supaya mencegah kemungkaran ini kerana gejala sosial dan kebejatan moral yang ada pada hari ini pun tidak mampu lagi ditanggung.

"Jadi pihak penganjur tidak boleh berbangga dengan aktiviti yang mungkin dianggap membawa keuntungan tetapi sebaliknya merosakkan institusi mayarakat dalam jangka panjang," menurut kenyataan tersebut.

Elton yang terkenal dengan lagu hits seperti Candle In The Wind, Rocket Man, Levon dan Your Son telah mendirikan rumah tangga dengan rakannya David Furnish pada 21 Disember 2005 selepas kerajaan Britain membenarkan perkahwinan sejenis.

Anak mereka, Zachary Jackson Levon John, dilahirkan melalui ibu tumpang pada 25 Disember 2010 di California.

Muhyiddin: Siasatan polis cara terbaik bersihkan isu anak Guan Eng

Posted: 24 Oct 2011 04:43 AM PDT

TERKINI

KUALA LUMPUR — Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan kenyataannya dibuat kelmarin sambil berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng seharusnya meminta polis menyiasat dakwaan kononnya anak beliau telah mencabuli seorang pelajar perempuan bagi mengakhiri kontroversi itu.

Timbalan perdana menteri berkata, kenyataan Lim bahawa anaknya tidak bersalah tidak cukup bagi pertimbangan orang ramai, sebaliknya satu siasatan yang sewajarnya perlu diadakan.

"Itu hasrat saya, bukannya saya mahu campur tangan. Tolong lihat niat saya. (Saya) tiada niat buruk," kata beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Ipoh Timur di Parlimen hari ini.

"Saya tidak mengatakan dia bersalah tetapi orang lain akan membuat penilaian mereka sendiri. Ia akan lebih jelas (melalui siasatan polis). Ia bukan isu politik," kata Muhyiddin (gambar).

Semalam, beberapa pihak menggesa Muhyiddin memohon maaf secara terbuka kerana mengeluarkan kenyataan seolah-olah menyokong blog pro-Umno yang membuat dakwaan itu.

Kelmarin, Muhyiddin meminta Lim membuat laporan polis dan membiarkan polis menjalankan siasatan bagi menjelaskan keadaan sebenar kerana penafian sahaja tidak mencukupi.

"Penafian adalah tidak mencukupi. Kalau tidak buat, minta polis untuk menyiasat dan bersihkan nama," kata Muhyiddin.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam menggesa pemimpin-pemimpin tidak kira parti politik supaya tidak mengheret urusan keluarga demi kepentingan politik masing-masing, sebaliknya memfokus soal berkaitan dengan dasar.

Pelajar perempuan yang dikaitkan dengan isu itu, yang belajar di Amerika Syarikat, telah menafikan dakwaan sedemikian. Begitu juga pengetua sekolah anak Lim belajar sebelum ini.



Ketua Umno Pulau Pinang saman Guan Eng RM30 juta

Posted: 24 Oct 2011 04:41 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR – Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman hari ini memfailkan saman malu berjumlah RM30 juta terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung kenyataannya mengaitkan Umno dengan demonstrasi dan cubaan membakar ibu pejabat DAP di Pulau Pinang pada Julai lalu.

Beliau memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini Isnin melalui Tetuan Jahaberdeen & Co.

Selain Lim yang juga Setiausaha DAP, turut dinamakan sebagai defendan ialah Parti Keadilan Rakyat selaku pemilik laman berita elektronik Keadilan Daily dan akhbar Suara Keadilan; Segmen Fleksibel Sdn Bhd yang merupakan syarikat penerbitan Keadilan Daily dan Suara Keadilan; dan ketua penyuntingnya, Fazallah Pit.

Peguam Jahaberdeen Mohamed Yunoos, yang mewakili Zainal Abidin, 51, memberitahu pemberita bahawa saman itu difailkan atas kapasiti peribadi pemimpin Umno Pulau Pinang itu.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Zainal Abidin mendakwa pada 3 Julai lepas, Lim telah menerbitkan suatu kenyataan akhbar melalui emel yang kemudiannya disiarkan di Keadilan Daily pada 3 Julai dan di akhbar Suara Keadilan pada 5 Julai lalu, lapor Bernama Online.

Zainal Abidin berkata kenyataan Lim itu antara lain membawa maksud kononnya beliau terlibat dalam kegiatan mengguling Ketua Menteri Pulau Pinang melalui cara yang salah serta menyembunyikan penglibatannya dalam satu demonstrasi ganas yang berlaku di Komtar dan Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai lalu.

Lebuh Raya Desaru: Silap kira kos ambil tanah, kerajaan pikul RM375 juta

Posted: 24 Oct 2011 04:40 AM PDT


KUALA LUMPUR— Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan kos pengambilan balik tanah bagi projek Lebuh Raya Senai-Desaru meningkat hampir 103 peratus dengan kerajaan terpaksa menanggung tambahan sebanyak RM375.60 juta.

Ekoran perkembangan itu Ketua Audit Negara mahu kerajaan menentukan pendekatan baru dengan menetapkan 'capping' yang akan diperuntukkan oleh kerajaan.

Pada awalnya syarikat konsesi Senai-Desaru Expressway Bhd (SDEB) menganggarkan kos pengambilan balik tanah hanya berjumlah RM365 juta sedangkan jumlah akhir yang dibayar adalah sebanyak RM740.6 juta iaitu perbezaan sebanyak 102.9 peratus, kata laporan itu.

Lebuh Raya Senai-Desaru merupakan sebahagian daripada pembangunan Iskandar Malaysia. Laluan itu menyambungkan Senai di barat Johor dengan Desaru di timur Johor.

Fasa pertama sepanjang 77 kilometer siap pada Ogos 2009 manakala fasa kedua pula siap pada Jun 2011.

Pembinaan Lebuhraya Senai-Desaru bermula pada Julai 2004.

Dalam laporannya Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata, pada pendapat pihaknya Lembaga Lebuh Raya (LLM) tidak meneliti perancangan pembinaan lebuh raya dan aggaran kos pengambilan balik tanah menyebabkan berlakunya pertambahan kos yang ketara.

"Ini menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kos pengambilan balik tanah yang berjumlah RM740.6 juta iaitu peningkatan sejumlah RM375.6 juta atao 102.9 peratus.

"Sehubungan itu, syarikat konsesi tidak membuat anggaran kos pengambilan balik tanah projek lebuh raya ini dengan tepat dan realistik," katanya.

Kata Amrin, walaupun perancangan awal telah dibuat dengan teliti, namun faktor pertukaran status tanah dan pemberian oleh pihak nerkuasa negeri telah menyumbang kepada kenaikan kos pengambilan tanah.

"Ini kerana kerajaann terpaksa membayar pampasan yang tinggi ke atas bangunan yang telah dibina," katanya lagi.

Selain itu, anggaran kos pengambilan balik tanah telah disediakan pada 2002, katanya.

"Mengikut rekod di Bahagian Pengurusan Tanah LLM, Pelan Pengambilan Tanah di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 telah diwartakan pada 4 Novemver 2004 bagi Daerah Kota Tinggi dan 18 November 2004 bagi Daerah Johor Baru.

"Penilaian tanah oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta adalah berdasarkan harga semasa pada November 2004 yang mana lebih tinggi daripada 2002 dan ini menyebabkan pertambahan kos yang ketara," kata Amrin dalam laporannya.

Katanya, bagi mengatasi isu ini berulang, jumlah peruntukan pengambil balik tanah akan ditetapkan bagi projek penswastaan lebuh raya.

"Jika kos pengambilan tanah melebih 'capping' yang diperuntukkan, maka kos tambahan pengambilan tanah tersebut akan ditanggung oleh syarikat konsesi," katanya.

Laporan Audit: JPA terlebih bayar pencen lebih 2,300 penerima

Posted: 24 Oct 2011 04:36 AM PDT


KUALA LUMPUR – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah terlebih bayar pencen membabitkan pesara yang telah meninggal dunia dan masih hidup melibatkan jumlah lebih RM4 juta sepanjang tiga tahun sejak 2007.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan hari ini menyebut berdasarkan Daftar Bayaran Balik Pencen Terlebih dibayar bagi tempoh 2007 hingga September 2010, sejumlah RM2.57 juta bayaran pencen bulanan telah dibayar kepada 1,975 pesara atau penerima pencen yang telah meninggal dunia.

Selain itu, Laporan Ketua Audit Negara juga berkata semakan terhadap Daftar Bayaran Balik Pencen Terlebih bagi tempoh 2007 hingga September 2010 juga menunjukkan sejumlah RM2.09 juta telah terlebih dibayar kepada 339 pesara atau penerima yang masih hidup.

Daripada lebihan bayaran RM2.57 juta, kata laporan tersebut, sejumlah RM850,000 telah dapat dikutip balik daripada 965 waris dan baki RM1.72 juta yang sepatutnya dituntut daripada 1,010 waris mendapati, hanya RM390,000 sedang dikutip daripada206 waris secara bayaran ansuran.

"Manakala sejumlah RM1.33 juta masih belum dapati dikutip balik disebabkan notis tuntutan tidak dapat diserahkan kepada waris sama ada mereka tidak dapat dikesan, telah berpindah ke tempat lain atau telah meninggal dunia. Namun begitu bagi notis tuntutan yang telah dapat diserahkan kepada waris pula masih tiada bayaran balik dibuat," katanya.

Mengenai RM2.09 juta telah terlebih dibayar kepada 339 pesara atau penerima yang masih hidup, laporan berkata, "berdasarkan maklum balas Bahagian Pasca Perkhidmatan (BP), kes-kes terlebih bayar berpunca daripada kelonggaran kawalan dalaman antaranya tiada amaran sekiranya amaun pencen melebihi gaji akhir, tiada akaun pencen dan tiada had maksimum tempoh perkhidmaan yang boleh diambil kira untuk pengiraan pencen."

Laporan itu menambah, semakan Audit juga menunjukkan BP telah mengambil tindakan mengutip balik jumlah pencen terlebih dibayar secara ansuran melalui potongan sebahagian pencen bulanan yang diterima oleh pesara atau penerima pencen.

"Bayaran pencen terlebih dibayar tersebut melibatkan pembayaran pencen terbitan kepada yang tidak layak seperti anak melebihi 21 tahun yang tidak melanjutkan pelajaran, jumlah pencen terbitan kepada balu atau duda tidak disusutkan kepada 70 peratus selepas 12 setengah tahun dari tarikh persaraan, khususnya bagi kes sebelum 1 Januari 2009, kesilapan membayar ke dalam dua akaun pencen serentak, kesilapan membuat dua kali pelarasan dan kesilapan perkiraan gaji akhir.

"Selain itu didapati satu kes kesilapan meletakkan titik perpuluhan telah menyebabkan pencen terlebih bayar berjumlah RM133,051 sejak Januari 2006 sehingga Mei 2007.

"Mengikut perkiraan, pencen sebenar yang patut diterima adalah berjumlah RM214.33 sebulan tetapi pesara telah dibayar sejumlah RM21,433 sebulan untuk tempoh selama 16 bulan," katanya sambil menambah, bagaimanapun pesara berkenaan telah meninggal dunia pada 2007 dan potongan telah dibuat daripada pencen bulanan pesara mulai Julai 2007.

"Selepas pesara meninggal dunia, kutipan masih diteruskan daripada pencen terbitan sehingga Mei 2044," katanya lagi.

Peguam: Respons Aziz Bari sudah diserah, keputusan UIA dijangka esok

Posted: 24 Oct 2011 04:08 AM PDT


KUALA LUMPUR – Universiti Islam Antarabangsa (UIA) memaklumkan akan mengumumkan keputusan hasil siasatannya ke atas pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari esok, kata peguamnya hari ini.

Dr Zulqarnain Lukman berkata, beliau telah dimaklumkan oleh pegawai unit perundangan hari ini bahawa siasatan pihaknya sudah selesai dan akan meneliti penjelasan Aziz (gambar) yang diserahkan petang ini.

"Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh pegawai dari unit perundangan UIA, mereka akan meneliti penjelasan Prof Aziz dan akan memberikan jawapan... keputusan mereka sama ada akan mengambil tindakan susulan, meneruskan tindakan, berhenti di sini (setakat surat tunjuk sebab) atau sebaliknya," kata Zulqarnain ketika dihubungi The Malaysian Insider petang ini.

Beliau menghantar surat penjelasan Aziz, menjawab surat tunjuk sebab UIA, kira-kira 3 petang tadi.

"Unit perundangan akan menghantar surat mengenai keputusan kepada saya selaku peguam esok... itu yang mereka sebutkan kepada saya," kata beliau yang kemudian menuju ke balai polis di Shah Alam untuk menyerahkan komputer Aziz untuk tujuan siasatan.

Zulqarnain berkata dalam responsnya, Aziz telah menjelaskan bahawa kenyataan beliau mengenai titah Sultan Selangor adalah satu bentuk kebebasan dalam memberi pandangan, yang sama sekali tidak bertentangan denagn Artikel 15(3) Peraturan-peraturan Disiplin Universiti dan juga Seksyen 3(2) Akat Hasutan.

"Asasnya penjelasan kami kepada UIA adalah begitu, apa yang dikatakan oleh Prof Aziz ialah ia kebebasan bersuara, tidak melanggar undang-undang dan peraturan negara... Seksyen 3(2) Akta Hasutan sendiri memberi pengecualian," katanya.

Pengurusan UIA mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Aziz berhubung kenyataan pensyarah undang-undang itu ekoran titah Sultan Selangor berkaitan isu Gereja Methodist Damansara Utama dan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru ini.

UIA telah memberi masa selama seminggu sehingga 4 petang esok kepada Aziz untuk menjawab surat tunjuk sebab itu.

Surat tunjuk sebab itu juga menyebut beliau digantung perkhidmatan sehingga siasatan selesai dan dilarang memasuki kampus UIA.

Jumaat lalu, Rektor UIA Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin berkata Aziz perlu menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin, Tatatertib dan Kakitangan UIA berhubung kenyataan mempertikaikan titah Sultan Selangor.

Beliau berkata jika Aziz tidak membalas surat tunjuk sebab itu dalam masa ditentukan, pensyarah berkenaan boleh dihadapkan ke Lembaga Displin, Tataterib dan Kakitangan UIA untuk dibicarakan.

Zaleha berkata kenyataan Aziz berhubung titah ucapan Sultan Selangor akan disiasat mengikut Peraturan 15 Peraturan Tatatertib Kakitangan universiti itu.

Speaker tolak usul penggantungan Aziz Bari

Posted: 24 Oct 2011 04:05 AM PDT

Oleh: Nabiha Hamid

KUALA LUMPUR : Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dikemukakan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang meminta isu penggantungan Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Profesor Dr Abdul Aziz Bari dibincangkan di parlimen.

Speaker, Tan Sri Pandika Amin Mulia, telah menolak usul berkenaan di bawah peraturan mesyuarat 18(2), dengan alasan perkara itu tidak perlu disegerakan.

Menurut Salahuddin, beliau membawa usul berhubung penggantungan Aziz itu pada Jumaat lalu kerana menganggap ia adalah penting.

"Isu ini telah dijadikan modal politik dan akhirnya beliau (Aziz) telah menjadi mangsa sehingga digantung tugas," kata Salahuddin.

Katanya, ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan meneruskan pembelaan terhadap Aziz dalam sesi perbahasan Belanjawan 2012 peringkat jawatankuasa, sejurus parlimen bersidang selepas cuti Deepavali.

"(Penggantungan) ini tidak adil bagi Aziz Bari kerana (beliau) hanya mengatakan pandangan dari sudut perlembagaan yang jelas menyatakan tugas dan peranan raja-raja melayu yang disebut sebagai raja berpelembagaan," tegasnya.

Sementara itu Salahuddin turut mempertikaikan tindakan UIAM menggantung pakar perlembagaan itu dari tugasnya sebagai pensyarah tanpa memberinya peluang membela diri.

"Jika pandangan itu dianggap kurang ajar atau menderhaka, saya itu fikir itu pandangan naif. Ini kerana ada pemimpin tertinggi negara yang pernah keluarkan kenyataan yang lebih jelik" sindir beliau.

Katanya, Pakatan tidak mempertahankan Aziz Bari atas sifatnya yang dilihat 'pro pembangkang', tetapi kerana integritinya sebagai seorang pakar perundangan yang diiktiraf di dalam dan luar negara.

Laporan audit: Harga teropong 2,805 peratus lebih tinggi

Posted: 24 Oct 2011 04:02 AM PDT

Oleh: Ahmad Fadli




KUALA LUMPUR : Laporan Ketua Audit Negara yang diserahkan di dewan rakyat selepas tertangguh selama 17 hari ternyata mengandungi beberapa pendedahan mengejutkan.

Antaranya pembelian peralatan oleh Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) dengan harga kontrak yang jauh lebih tinggi dan tidak masuk akal berbanding harga pasaran.

Dalam laporan itu dinyatakan bahawa JTLM, iaitu agensi yang diletakkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, tidak melakukan kajian pasaran dalam pembelian yang dibuat mereka.

"Semakan audit mendapati tiada bukti JTLM telah membuat kajian pasaran sewajarnya.

"Bagaimanapun, pihak JTLM mempunyai anggaran harga pasaran yang tidak dapat dikenal pasti asas perkiraannya.

"Analisis Audit mendapati perbezaan harga ketara antara 177 peratus hingga 2,805 peratus terhadap kadar harga yang ditetapkan dalam kontrak berbanding anggaran harga pasaran," kata laporan audit yang dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

Di antara pembelian tidak masuk akal yang dibuat JTLM itu adalah dua teropong pandangan malam (night vision) yang berharga cuma RM1,940 dan RM2,827 setiap satu, tetapi dibeli secara kontrak pada harga RM56,350 setiap satu.

Perbezaan harga sebanyak RM54,410 dan RM53,523 itu adalah pembaziran sebanyak 2,805 peratus dan 1,893 peratus berbanding harga asal.

Manakala harga komputer riba Acer Aspire 3935 yang sepatutnya berharga RM3,428 pada harga pasaran dibeli dengan harga RM11,845.

Perbezaan harga sebanyak RM8,417 itu adalah 246 peratus lebih tinggi berbanding harga asal.

Selain itu, pemain LCD dan TV LCD dibeli dengan harga RM16,100 berbanding harga pasaran iaitu sekitar RM2,182 sahaja.

Sementara peralatan walkie talkie pula dibeli pada harga RM4,324 sedangkan harga pasaran hanyalah RM1,561 bagi setiap unit.

Demonstari sambut Najib di UIA esok

Posted: 24 Oct 2011 03:59 AM PDT

Oleh: Nabihah Hamid


KUALA LUMPUR : Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengadakan demonstrasi sambil menyerahkan memorandom kepada Perdana Menteri sewaktu lawatannya ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), malam esok.

Ini berikutan ketidakpuasan hati mereka terhadap penggantungan pensyarah undang-undang UIAM, Profesor Dr Abdul Aziz Bari baru-baru ini.

Pengerusinya Ahmad Syukri Abdul Razak berkata, sikap Datuk seri Najib Razak yang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dalam menyokong prinsip kebebasan akademik, akan membawa padah kepada beliau pada pilihanraya umum akan datang.

"Kita nak respon PM sendiri samada melihat isu besar atau kecil dan menggesa beliau campurtangan supaya penggantungan Aziz Bari ditarik balik.

"SMM juga memohon perhatian serius dari beliau, dan mahasiswa ingin mengetahui pandangan beliau adakah penggantungan ini wajar kerana Aziz Bari digantung tanpa siasatan," katanya ketika sidang media di parlimen hari ini.

Pada masa sama, Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya turut menyelar tindakan UIAM dan menegaskan tidak mustahil perkara yang sama berlaku di Universiti mereka.

"Kami bertegas dalam hal ini kerana tidak mustahil (penggantungan pensyarah) boleh berlaku di kampus lain," katanya.

Terdahulu SMM bersama berapa wakil pertubuhan pelajar menghantar memorandum yang sama kepada wakil Pegawai Khas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Turut hadir ialah wakil pertubuhan yang menganggotai SMM, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional, Pro-Mahasiswa Nasional, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia dan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipendent (KAMI).

Pada 21 Oktober lalu, ribuan mahasiswa berdemonstrasi di masjid UIA selepas solat Jumaat membantah penggantungan Aziz Bari.

Ekoran dari itu, SMM akan meneruskan kempen-kempen kebebasan akademik dan memberi penerangan kepada rakyat bagi menekankan kepentingan tersebut dalam sistem pendidikan negara.

Setelah diperalat, kini belia dipersalahkan

Posted: 24 Oct 2011 03:52 AM PDT

Oleh Adil Mat Selamat


Dalam Bajet Barisan Nasional 2012, jelas sekali kerajaan pusat berhasrat mahu memperalatkan golongan anak muda dengan menggula-gulakan mereka menerusi pelbagai pujukan, rayuan dan program.

Namun, dalam masa yang sama, golongan muda seolah-olah dipersalahkan pula. Menurut lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, lebih 6 juta belia, iaitu lebih separuh daripada jumlah golongan muda di Malaysia, didakwa menghadapi krisis kecelaruan identiti disebabkan terpengaruh dengan gaya hidup Barat.

Laporan itu yang memetik kumpulan yang bernama Ikatan Muslimin Malaysia yang mendakwa membuat kajian melalui laman sosial Facebook dan Twitter, hasil ciptaan teknologi Barat, amat bimbang dengan fenomena berkenaan.

Apa yang kumpulan itu amat takutkan ialah golongan muda Malaysia akan "terbabit ke arah pemikiran secara liberal"!

Apakah tujuan sebenar perkara ini dibangkitkan?

Antara visi, misi dan fitrah

Objektif, visi dan misi di Malaysia ini, bukankah telah ditentukan oleh kerajaan dan institusi itu sendiri? Jika kita mahu anak muda mempunyai onjektif hidup, visi dan misi yang jelas, mengapa pula mereka dihalang dari berdikari dan menikmati kebebasan?

Bukankah hanya dengan melaksanakan sendiri apa-apa rancangan, program dan aktiviti maka anak muda ini akan mencipta visi dan misi itu sesuai dengan fikiran dan kehendaknya?

Tetapi di Malaysia, semua itu dilakarkan oleh kerajaan atau mereka yang sudah terlalu selesa dengan kuasa dan amat takut jika gaya hidup dan kemewahan mereka dicabar oleh golongan muda yang seringnya banyak membawa idea-idea baru.

Jadi mengapa pula anak muda dipersalahkan jika visi dan misi mereka tidak kena dengan kehendak kerajaan? Bukankah selama ini, anak muda terutamanya mahasiswa dihalang dari berprogram dan manjalankan aktiviti sendiri yang tidak mengikut telunjuk kerajaan?

Pada usia muda, seawal usia 15 tahun hingga kematangan 35 tahun sememangnya manusia itu sedang mengembara mengembangkan bakat, potensi, pengetahuan dan tidak terkecuali menerima pengaruh dari sesuatu perkara baik yang diminati, hatta yang dibencinya.

Golongan ini berada dalam proses menjadi insan yang matang, ianya adalah satu proses normal. Mereka amat dahagakan kebebasan untuk melahirkan kreativiti. Jadi di mana pula yang dikatakan krisis itu?

Apakah yang cuba dikatakan oleh kumpulan yang dilaporkan oleh lidah rasmi UMNO itu kononnya ""Kecelaruan sering dikaitkan dengan keadaan hilang pedoman atau hala tuju perjuangan yang kehilangan visi dan misi. Kecelaruan juga sering difahamkan terhadap perbuatan dan amalan yang tidak selari dengan norma-norma positif dalam kehidupan."

Adakah imej, aktiviti dan perlakuan anak muda yang sesuai dengan kehendak orang konservatif UMNO, maka itu dianggap selari dengan norma-norma positif dalam kehidupan? Beginikah cara bijak pandai UMNO merumuskan jati diri atau identiti budaya anak muda?

Jika inilah yang dikatakan sebagai jati diri, memang sukar sekali mahu menjadi anak muda yang berfikiran waras dan terbuka di Malaysia ini. Serba-serbi apa yang mereka buat mesti harus mengikut imej, bentuk, hasil dan gaya seperti yang dikehendaki oleh golongan konservatif yang pantang ditegur.

UMNO benci liberal?

Ketakutan kepada apa yang dikatakan "liberal" sudah menjadi satu penyakit UMNO yang kronik, tiada ubatnya kecuali Tuhan yang Maha Pengasih, Penyayang dan Pemurah memberi hidayah kepada mereka.

Yang mereka katakan liberal berada di "tahap membimbangkan" ini samalah dengan kata-kata ancaman dan ugutan kepada masyarakat, seolah-olah ada satu jalur pemikiran yang maha berkuasa akan datang, mempengaruhi dan menelan bangsa jika kerajaan tidak bertindak segera.

Sedangkan makna istilah "liberal" amat jarang dibincang dan dibahaskan. Hari ini, perkataan "liberal" ini sudah boleh disamakan dengan perkataan "komunis". UMNO dan ejen-ejennya amat suka dengan propaganda istilah yang menyesatkan orang ramai dari memahami asas dan dimensi konsep tersebut.

Kerja ini adalah sama dengan kerja propaganda Nazi di zaman Hitler yang memocongkan perkataan-perkataan mengenai hak dan kebebasan seperti liberty, freedom, demokrasi dan hak asasi, semata-mata untuk menghalalkan pemerintahan kuku besi. Akhirnya, rakyat Jerman tertipu dan hasilnya negara mereka hancur dalam kancah peperangan yang amat dahsyat lebih 60 tahun lalu.

Ingin juga kita tanya kepada para bijak pandai UMNO berkenaan dengan pemansuhan kekebalan Raja-Raja Melayu dahulu, bukankah ia juga berpunca dari semangat "demokrasi liberal"?

Bukankah dalam program Transformasi Ekonomi (ETP) Datuk Seri Najib Razak secara jelas telah menyebut konsep liberalisasi ekonomi.yang berteraskan prinsip kebebasan ekonomi?

Malah tak sampai seminggu yang lalu, Perdana Menteri mahu media massa memainkan peranan penting untuk proses perubahan Malaysia menuju negara bangsa yang lebih moden, progresif dan liberal.

Lupakah para bijak pandai UMNO tentang kata-kata tokoh pujaan mereka Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah mewarwarkan Wawasan 2020 untuk "mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara"?

Memerangkap anak muda

Janganlah sekadar bijak bermain dengan istilah dengan harapan masyarakat akan mengikut rentak kotor. Masyarakat tidak akan lagi terkeliru dengan mainan istilah dan propaganda UMNO.

Walau apa pun nama wadah atau pertubuhan kumpulan konservatif yang takut kepada kebebasan dan hak asasi, apabila mereka menjadi rujukan atau pujaan Utusan sebagai suara UMNO, maka tidak perlu diselindung lagi agenda politik mereka yang berteraskan perkauman.

Anak muda semakin sedar bahawa usaha mempersalahkan golongan belia hanyalah helah supaya mereka akur dengan gula-gula politik, termasuk pujuk rayu Bajet BN 2012, yang hanya indah didengar.

Jika yang "dewasa" mudah digula-gulakan dengan projek dan program, anak muda yang lebih tinggi idealisme mereka, yang mahukan kebebasan bersuara, berekspresi dan berkreativiti, mereka tidak mudah tunduk dengan korupsi yang semakin menjadi budaya di kalangan manusia dewasa yang gah berkuasa. – Roketkini.com

Menu rakyat: Najib je dapat RM4 tapi rakyat kena RM6?

Posted: 24 Oct 2011 03:48 AM PDT

Diterbitkan oleh: Editor@WD


Yang kaya lagi kaya, yang miskin makin tertindas. Itulah realiti yang ditempuhi rakyat di negara ini ketika 50 tahun lebih negara sambut merdeka.


Lebih malang lagi, rakyat mempunyai pemimpin yang rakus dan kuat berbohong untuk menguruskan pentadbiran negara.

Rakyat sekadar didekati bila tiba musim pilihanraya, bila dah habis pilihanraya, 'sepahnya' dibuang jauh-jauh. Kesengsaraan hidup rakyat tiada siapa mempedulikannya.

Baru-baru ini, kerana nak memberitahu kononnya dia seorang pemimpin yang mendengar denyut nadi rakyat, pemimpin sentiasa bersama rakyat, tak pasal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib pi masuk kedai makan konon kedai rakyat yang mempunyai hidangan 'menu rakyat'.

Di kala itu, ramai penyokong Umno gembira dan berbangga dengan pemimpin mereka kerana hanya pemimpin mereka sahaja yang sanggup bersama-sama dengan rakyat, makan bersama rakyat, makan pulak 'menu rakyat'.

Yang menggembirakan hati penyokong Umno ialah, harga menu rakyat yang perlu 'dibayar' Najib yang didakwa terlalu murah dan rakyat mampu untuk makan 'menu rakyat' seperti Perdana Menteri.

Peristiwa itu berlaku di sebuah restoran 'Ukhwah' dan disiarkan meluas oleh blogger upahan Umno dan media arus perdana pro Umno, konon Najib adalah pemimpin rakyat, sanggup makan 'menu rakyat' yang berharga RM4.00 sahaja.

Namun, apa yang mengejutkan, ada yang mendakwa harga sebenar 'menu rakyat' seperti yang didakwa tidaklah semurah yang disangka.

Sampai bila Najib nak berbohong

Najib begitu bangga dengan harga makanan 'menu rakyat' yang dikenakan padanya.

Dakwa Najib, lauk 'menu rakyat' yang diambilnya seperti sepinggan nasi, seketul ayam gorang berkuah kari, kari daging lembu dan acar buah hanya berharga RM4.00.

Namun apa yang sebenarnya ialah, harga RM4.00 yang didakwa Najib itu hanyalah satu pinggan nasi, sepotong ikan goreng, kangkung masak kicap sahaja, tidak pula seperti lauk yang dipaparkan dalam media seperti yang Najib ambil.

Padahal harga sebenar 'menu rakyat' yang Najib makan ialah RM6.00 dan itulah rakyat di luar sana perlu bayar.

Tidak pula Najib yang mempunyai 'keistimewaan' sekadar membayar RM4.00 sahaja dengan lauk yang sama. Untung engkau Najib! Rakyat juga yang terkapai-kapai.

Bantah Mat Sabu: Polis dah join politik?

Posted: 24 Oct 2011 03:43 AM PDT

Oleh: Pembantu Editor WD


Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusuf Rawa meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan penjelasan mengenai keterlibatan pihak polis dalam kempen tandatangan membantah kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berhubung isu Mat Indera.

Ini ekoran satu salinan surat diterimanya baru-baru ini yang ditandatangani bagi pihak Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA).

Menurut Mujahid, surat yang diterima daripada seorang individu yang tidak mahu dikenali itu mengandungi arahan bertarikh 14 September 2011 kepada pegawai awam, kakitangan awam, pesara polis termasuk isteri dan keluarga warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar menandatangani kempen bantahan terhadap Mohamad.

Malahan format kempen tandatangan turut disertakan dan diminta dikembalikan selewat-lewatnya pada 22 September lalu.

"Maksudnya ini arahan yang dikeluarkan oleh pihak atasan polis.

"Saya bercakap di Parlimen, bukan di kedai kopi. Sebab itu saya minta KDN jawab. Kalau betul tidak ada, saya tarik balik dakwaan ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen kelmarin.

Mujahid sebelum itu membangkitkan tentang surat itu sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2011 di Dewan Rakyat petang tadi.

Dalam perbahasannya, beliau meminta PDRM bersikap profesional dalam menjalankan tugas dan tidak mencampuri ususan politik.

Beliau seterusnya menunjukkan surat tersebut kepada dewan menyebabkan ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman bangun membantah diikuti ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin sehingga menimbulkan kekecohan dan terpaksa ditenangkan Timbalan Speaker, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Zulkifli malah menuduh Mujahid mencipta sendiri surat tersebut untuk memburuk-burukkan imej polis.

Bercakap pada sidang media, Mujahid tidak menolak kemungkinan bantahan terhadap Mohamad atau Mat Sabu itu satu tindakan terancang.

"Kes Mat Sabu ini adalah kes betul-betul dirancang untuk menimbulkan masalah.

"Kenyataan Mat Sabu biarlah ahli politik yang jawab. Yang polis nak campur tangan buat apa. Mereka terima laporan sudahlah," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Ekoran kenyataan Mat Sabu dalam ceramahnya Ogos lalu bahawa Mat Indera ialah pejuang kemerdekaan sebenar, pelbagai pihak bangkit menentang dan kira-kira seribu laporan polis dibuat terhadap Mat Sabu.

Fitnah raba buah dada: Blogger pro Umno, Khairy sama-sama kantoi

Posted: 24 Oct 2011 03:17 AM PDT

Editor@WD

WarkahDaily – Trend parti pemerintah untuk pertahankan kuasa dengan menabur fitnah yang menjijikkan semakin menjadi-jadi. Seolah-olah kehidupan rakyat di Malaysia ini dipenuhi dengan amalan seks bebas dan suka bercakap pasal seks. Rendahnya moral!

Apa tidaknya, saban hari ada je laporan dan tuduhan yang berkaitan seks yang cuba digembar-gemburkan kepada masyarakat dengan harapan rakyat memandang buruk terhadap musuh politik mereka. Dalam masa yang sama, menjadi tugas mudah bagi mereka untuk mengekalkan tampuk kuasa yang dipegang dah berabad lamanya.

Blogger upahan Umno menjadi tenaga penting dalam menyebar fitnah jahat yang dirancang. Pemimpin Umno akan menangguk di air keruh, konon perlu disiasat, dan perlu dibicarakan. Walaupun ia berbentuk fitnah yang tiada asas, pemimpin Umno akan menjadi suara kedua selepas blogger upahan mereka untuk menyebar dan menekan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang menjadi mangsa.

Lim Guan Eng jadi mangsa



MANGSA FITNAH: Guan Eng dan keluarga.

Baru-baru ini, blogger upahan Umno telah bertindak merancang satu fitnah jahat terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, konon anak beliau yang berusia 16 tahun telah meraba buah dada rakan sekolahnya dan Guan Eng dikatakan telah membayar sekolah berkenaan RM200,000 untuk tutup mulut. Blogger murahan itu turut menyatakan Guan Eng telah memindahkan anaknya itu ke sekolah lain.

Konon mahu orang mempercayai pembohongan mereka, turut disertakan gambar mangsa cabul bagi membuktikan tuduhannya itu.

Namun, fitnah berkenaan dinafikan oleh Guan Eng sambil mencabar jangan melibatkan anaknya jika mahu menyerang beliau.

"Jika anda mahu memusnahkan karier saya, lakukanlah terhadap saya sahaja, tetapi jangan heret anak saya yang tidak berdosa itu.



FITNAH: Gambar juara catur (kanan) jadi mangsa fitnah blogger upahan Umno

"Ahli-ahli politik Umno juga mempunyai anak dan DAP tidak pernah menyerang anak-anak mereka dan tidak bercadang untuk berbuat demikian.

"Dalam zaman moden ini, adalah sangat sukar bagi anak-anak muda yang membesar, terutamanya apabila ayahnya merupakan seorang Ketua Menteri yang setiap hari menjadi sasaran media pro-Barisan Nasional," kata Guan Eng.

Apa yang menyedihkan, ada pemimpin Umno yang mengaku beragama Islam tapi boleh percaya dengan satu fitnah yang tak berpijak kepada bumi yang nyata.

Seorang pemimpin Umno bertaraf timbalan menteri yang juga Ketua Penerangan Umno Malaysia, Datuk Ahmad Maslan dilaporkan turut percaya dengan fitnah berkenaan dan memintanya ia disiasat.



GAMBAR ASAL: Juara catur, Anya Sun Corke.

Selain itu, naib ketua Umno bahagian Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin turut dilihat cuba menjadi orang yang menyebar fitnah berkenaan apabila turut meletakkan artikel fitnah itu dalam blog masing-masing.

Menurut Malaysiakini, Khairy yang juga ahli parlimen Rembau, telah menulis di tweeter @ PapaGomo secara sinis, "Mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada."

Apabila Guan Eng pertahankan anaknya dan meminta berfikir jika perkara yang sama berlaku terhadap anak-anak pemimpin Umno, Khairy dilihat seolah-olah melenting, konon pemimpin Umno lagi teruk diperlakukan oleh Pakatan Rakyat (PR). Jelas seolah-olah Khairy suka bermain fitnah untuk membalas dendam.

Kejahatan blogger Umno semakin terdedah

Tak sempat disiasat, kejahatan fitnah blogger Umno terdedah jua. 'Ingat ke hujan sepanjang hari, rupa-rupanya panas di waktu petang'.

Satu pendedahan dibuat DAP semalam,pelajar perempuan yang menjadi mangsa cabul seperti yang didakwa blogger upahan Umno itu rupa-rupanya ciptaan jahat blogger berkenaan.



Anya Sun Corke dari Hong Kong.

Dipetik dari The Malaysian Insider, pelajar perempuan itu sebenarnya merupakan juara catur berusia 21 tahun yang bernama Anya Sun Corke dari Hong Kong.

Corke yang kini mewakili England tiada kaitan dengan Pulau Pinang dan tidak pernah belajar bersama dengan anak lelaki Lim di George Town dan sebaliknya dia sedang mengikuti pengajian di Wellesley College, Amerika Syarikat.

Pendedahan itu menjawab fitnah jahat blogger upahan Umno termasuk ketua Umno Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri yang juga turut sama dalam kerja jahat itu.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dalam sesi pembongkarannya telah membuat perbandingan gambar yang dimuatkan di blog Dr Novandri dan Papagomo dan dipadankan dengan gambar-gambar dari laman web www.chessbase.com sebagai bukti.

Fitnah blogger dan pemimpin Umno memburukkan nama baik sistem pendidikan

Kerana otak ciput, fikiran pula cetek, tak mahu berfikir panjang asal dapat keuntungan politik bodoh mereka, secara tak semena-mena, segala tuduhan yang dilemparkan telah memberi satu pandangan yang buruk terhadap sekolah yang disebut.

Ini menggambarkan pemimpin Umno tidak ambil kisah akan perasaan guru-guru dan kakitangan di sekolah berkenaan asalkan tujuan politik jahat mereka dapat dilunaskan dengan nafsu serakah jahat.

Ia sungguh memberi satu penghinaan yang besar terhadap sekolah berkenaan.

Pengetua sekolah tempelak blogger dan pemimpin Umno

Dipetik dari The Malaysian Insider, Pengetua SMK Heng Ee menegaskan dakwaan kononnya anak lelaki Lim Guan Eng pernah mengganggu seorang pelajar perempuan sekolah itu secara seksual tidak benar sama sekali.

Goon Boon Poh berkata beliau terkejut apabila membaca dakwaan itu dalam akhbar dan mahu mengakhiri isu ini kerana ia boleh menjejaskan nama baik sekolah.

"Dakwaan ini sama sekali tidak benar. Sangat mudah, ia tidak benar sama sekali," kata Goh kepada The Malaysian Insider.

"Blog-blog berkata insiden ini berlaku Mei tahun ini. Anak Ketua Menteri tidak menjadi pelajar sekolah ini sejak awal tahun ini," katanya lagi.

Malah kata Goh, gambar-gambar yang diposkan dalam blog bukan anak Lim dan mangsa yang didakwa juga bukan pelajar SMK Heng Ee.

Pengetua ini menjelaskan pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan telah mengadakan siasatan berkenaan dakwaan itu dan mereka berpuas hati dengan penjelasannya.

"Jika saya senyap, ia akan menyebabkan saya, sekolah berada dalam situasi memalukan. Sangat mudah, jika ia benar-benar, pastinya saya tahu, bukan begitu?

"Tiada pelajar yang membuat dakwaan sedemikian," kata Goh.

Oh Khairy, Oh Ahmad Maslan, apa lagi kamu nak kata?



DANGKAL: Khairy boleh percaya dengan blogger murahan?

Bagaimana dengan ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin yang begitu dangkal mempertahankan fitnah blogger murahan seperti Papa Gomo? Sekarang dah dua bukti pembohongan blogger Umno. Apa Khairy mahu kata?

Patutlah Khairy tidak dipandang sebelah mata pun oleh Perdana Menteri dan pemimpin Umno yang lain sejak akhir-akhir ini walaupun beliau adalah ketua Pemuda Umno Malaysia. Rupa-rupa tahap pemikiran begitu cetek dan tidak setanding dengan tempat beliau belajar selama ini. Jelas memang begitu rendah mutu Khairy sebagai ketua Pemuda Umno Malaysia sehingga hanya bermodalkan blogger bodoh dan murahan untuk menyerang pemimpin PR.

Ahmad Maslan pula, memang tak layak kamu berada di kerusi timbalan menteri jika otak kamu Cuma setaraf blogger upahan.

Bagi Tony Pua pula dalam sesi pendedahan fitnah Umno itu, beliau menggesa Khairy agar menarik balik kenyataan sinisnya dan meminta maaf kepada Lim atas mesej yang dihantar menerusi Twitter.

"Sebagai model teladan kepada generasi muda rakyat Malaysia, dan yang mendakwa sebaagi teladan kepada politik baru, beliau harus memikul tanggungjawab," katanya lagi.

Beliau juga menuntut Umno mengambil tindakan disiplin ke atas ahli-ahlinya yang menyebarkan fitnah.

Saranan penulis WarkahDaily Online, apa kata pakat-pakat mintak juara catur, Anya Sun Corke failkan saman fitnah terhadap blogger murahan Umno dan pemimpin Umno yang bersubahat biar seluruh dunia tahu amalan pemimpin negara ini bermain politik.

BERMUKA-MUKA!!! Kenyataan Najib memuji HIMPUN

Posted: 24 Oct 2011 01:57 AM PDT

PASPB

http://komunitikini.com/wp-content/uploads/2011/08/najib-tun-razak.jpg


KUALA LUMPUR: J
abatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia membidas kenyataan 'flip flop' Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang memuji program Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) berjalan dengan aman dan teratur berbanding himpunan Bersih 2.0 yang lalu.

"Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan kenyataan tersebut cukup hina, berniat jahat dan menunjukkan sikap sebenar seorang Perdana Menteri yang pandai 'bermuka-muka' sedangkan Sekretariat Bersih 2.0 telah mengikut prosedur yang ditetapkan untuk menjayakan program tersebut dengan mematuhi saranan Yang di-Pertuan Agong," kata pengarahnya, Mohd Sany Hamzan.


Tetapi , katanya amat malang sekali apabila pihak kerajaan dengan sewenang-wenangnya terus melabel Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram, menangkap penjual dan pemakai baju kuning Bersih 2.0, menggunakan pihak polis untuk memburu dan menangkap pimpinan Bersih 2.0 dan pimpinan Pakatan Rakyat, menidakkan permit himpunan walupun diarahkan untuk memohon permit, menghalang untuk menggunakan stadium walaupun Perdana Menteri berjanji untuk menyediakan kemudahan stadium kepada himpunan Bersih 2.0.

Kata beliau, sememangnya program Himpun tidak mengganggu dan mengacau mimpi pemimpin Umno dan Barisan Nasional kerana agenda aqidah umat Islam tidak menjadi agenda utama perjuangan Umno dan tidak mampu untuk menggugat kuasa pemerintahan mereka.

Ini, ujarnya berbanding agenda Bersih 2.0 yang membabitkan perjalanan pilihanraya yang telus, bersih dan adil boleh menyebabkan Umno BN akan kehilangan kuasa pemerintahan mereka selama ini yang diperolehi dengan cara yang cukup kotor, penipuan, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan sehingga ke tahap 'menjual maruah negara'.

"Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan kenyataan Datuk Seri Najib hanyalah sebagai lakonan terbaru beliau apabila melihat kegagalan Bajet 2012 diterima oleh rakyat, penolakan sepina mahkamah untuk menjadi saksi utama kes liwat II Anwar Ibrahim, kes cincin Rosmah, tekanan tehadap perbincangan Undang-undang Hudud Negeri Kelantan dan Terengganu, penghinaan terhadap institusi beraja dan pelbagai lagi isu yang menggugat kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri dan Presiden Barisan Nasional," ujarnya.

BN bakal kecundang di Pahang

Posted: 24 Oct 2011 01:15 AM PDT

Oleh SAFAR JUMAAT


APA yang ditunjukkan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin setakat ini, memang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sudah semakin dekat.

Kekerapan mereka berdua turun padang, dengan pelbagai nama setelah Program Umno Juara Rakyat gagal, memperlihatkan bahawa rakyat sedang ditaburkan dengan gulagula dan janji manis untuk terus memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi kepada BN.

Cuma, Najib tentulah tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa yang amat sangat terhadap sambutan yang dijanjikan seramai 15 ribu orang ketika menjejakkan kaki buat pertama kali di Dun Gombak Setia, bersebelahan Al-Taqwa Restoran yang dikatakan tempat penyokong-penyokong PAS bersantai, hanya dihadiri sepertiga daripada audien yang dijanjikan.

Khabarnya sibuk kepimpinan Umno Bahagian Gombak membuat laporan untuk diserahkan kepada Najib mengapa jadi begitu kerana permintaan mereka supaya Najib turun ke Dun Gombak Setia ditunaikan, padahal Najib diberitakan lebih berminat untuk ke Dun Batu Caves, yang terletak bersebelahan dengan Dun Gombak Setia.

Dari mereka yang dekat dengan kepimpinan Umno memberitahu, jika Najib dibawa turun ke kawasan tertentu, sekurang-kurangnya 15 ribu audien hendaklah berada di kawasan tersebut bagi menunjukkan sokongan terhadap BN sudah kembali meningkat.

Malangnya, ketika Najib begitu ghairah menuntut jumlah tersebut, pengundi-pengundi di Dun Gombak Setia dan Parlimen Gombak menunjukkan sikap berlainan sama sekali. Mereka tidak bersedia untuk menyambut kehadiran Najib dan mereka tidak mahu "menjamah gula-gula yang ditaburkan" menjelang PRU13.

Sebagai catatan, PM dan TPM dilihat akan turun ke kawasan yang tidak dimenangi BN dalam PRU12 bagi mengembalikan semangat kepada jentera parti, agar bekerja kuat bagi merampas kembali Dun-Dun tersebut, bagi menjanjikan mereka kembali berkuasa di Selangor dan negerinegeri yang terlepas ke tangan Pakatan Rakyat.

Ekoran dari kegagalan kepimpinan Umno Bahagian Gombak memberi sambutan bergaya kepada Najib, khabarnya cadangan membawa Muhyiddin ke Parlimen Selayang, minggu ketiga bulan ini, dibatalkan.

Muhyiddin akan dibawa "untuk turun ke padang" di kawasan Sepang, bagi menjanjikan ada sekitar 10 ribu audien menyambut kehadirannya. Jika Najib mesti disambut 15 ribu audien dan Muhyiddin mesti disambut 10 ribu audien, nampaknya menteri-menteri kabinet tidak berani menetapkan jumlah audien untuk datang ke satu-satu kawasan, kerana jumlah yang besar agak mustahil dapat diadakan.

Dari perkiraan mudah, kata beberapa orang pemerhati politik, jika Gombak boleh dimenangi BN, Ampang Jaya dan Selayang juga akan kembali ke tangan BN. Tetapi jika Gombak tidak mampu ditawan, Ampang Jaya dan Selayang seperti tidak ada harapan langsung untuk dirampas kembali.

Walau apa cara sekali pun Najib, memang mahu BN merampas kembali Selangor daripada tangan Pakatan Rakyat.

Ini kerana Selangor merupakan negeri termaju dan Najib pula memegang jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.

Jika Umno negeri di bawah tangan Najib pun masih sukar dikuasai 100 peratus kerusi yang ditandinginya, apalah yang hendak diharapkan di negerinegeri yang diketuai oleh mereka yang bukan Perdana Menteri dan merupakan Menteri Besar dan Ketua Menteri yang lemah, tercemar dengan imej kotor dan rasuah.

Sambil berjenaka, seorang penganalisis politik berkata; Selepas Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, Kedah terlepas ke tangan pembangkang sedangkan Dr Mahathir datangnya dari Kedah.

Kemudian, Pulau Pinang, negeri di mana datangnya Tun Abdullah Ahmad Badawi pula tumbang ke tangan Pakatan Rakyat dan kali ini, mereka sedang menanti apakah Pahang, negeri di mana datangnya Perdana Menteri akan tumbang atau Selangor di mana negeri yang Umnonya dipimpin Najib akan rebah.

Najib dalam pembentangan Bajet 2012 yang lalu telah cuba sedaya upaya untuk menghulurkan wang secara terus kepada pengundi melalui pelbagai mekanisme, kerana beliau pastinya tahu yang rakyat sudah bersedia menolak BN.

Khabarnya, Muhyiddin semakin kerap mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Umno Bahagian khususnya Ketua, Timbalan, Naib, Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri, tetapi apa yang dikutipnya dari maklum balas tersebut, BN tidak akan kembali berkuasa selepas PRU13.

Jangan hairan jika waktu ini Najib mengatakan pembahagian semula kawasan pilihan raya akan dikaji semula kerana Umno sedaya upaya mahukan beberapa kerusi yang selama ini menjadi milik MIC, Gerakan dan MCA, mesti diserahkan kepada Umno.

Contoh paling ketara Dun Batu Caves yang sejak sekian lama diwakili calon MIC kini sudah cuba direbut oleh calon Umno.

Kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang sejak kewujudannya diwakili MCA sedang diusahakan untuk diberikan kepada Umno dengan alasan KeADILan memenangi kerusi itu kerana meletakkan calon Melayu.

Usaha juga sedang dirancang untuk meminta Umno yang bertanding kerusi Parlimen Selayang jika mahu BN kembali menguasai kawasan tersebut.

Ini hanya beberapa kawasan yang boleh dijadikan contoh di mana Umno sudah merasakan mereka jauh lebih kuat dari MCA, MIC dan Gerakan selepas ancaman tsunami 2008.

"Adik Beradik" Khalwat Dicekup

Posted: 24 Oct 2011 01:12 AM PDT

KELAB GREENBOC

Petaling Jaya – Lakonan drama sepasang kekasih berusia 26 dan 28 tahun yang menyamar sebagai adik-beradik bagi mengelak dicekup berkhalwat terbongkar apabila wanita itu ketakutan selepas digertak mengenai balasan orang yang berzina ketika di akhirat.

Mereka ditahan selepas didapati berdua-duaan di sebuah hotel bajet di Taman Medan dalam operasi cegah maksiat Ahli Jawatankuasa dan Pemuda Masjid Nurul Ehsan dengan kerjasama polis awal pagi semalam.

Pasangan itu mengambil kesempatan mengaku sebagai adik-beradik selepas pemeriksaan pada MyKad mendapati kedua-duanya mempunyai nama bapa yang sama namun berbeza alamat tempat tinggalnya.

Pihak masjid yakin sesuatu yang tidak kena berikutan pasangan itu memberi alasan tidur di situ kerana berpindah rumah, malah ketika pintu bilik dibuka si perempuan masih berselimut di atas katil dan hanya memakai pakaian dalam selain mengakui sering melakukan hubungan seks di situ.

Dalam serbuan di hotel yang sama juga, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang ditahan bersama kekasihnya merayu meminta dilepaskan atas alasan ibunya mengenali imam yang terlibat dalam operasi.

Operasi selama tiga jam itu turut menahan seorang guru wanita menyembunyikan diri di dalam bilik air dengan hanya berkemban selepas menyedari rumahnya diserbu.

Ketika ditahan guru terbabit berusia 29 tahun berdua-duaan dengan seorang lelaki berstatus duda berusia 33 tahun di rumah sewa lelaki terbabit
.

Manakala seorang lagi penjawat awam berusia 25 tahun dicekup selepas disyaki berkhalwat dengan seorang janda berusia 35 tahun, anak tiga di rumah.

Imam 1 Masjid Nurul Ehsan, Abdul Muin Abdul Hamid berkata, operasi besar-besaran tersebut akan diteruskan bagi membanteras kegiatan maksiat di kawasan Taman Medan.

"Operasi ini adalah susulan daripada aduan dan maklumat daripada penduduk setempat yang merasakan tempat disyaki seperti hotel bajet dan rumah persendirian perlu diberi perhatian agar tidak menjadi lokasi mudah melakukan perbuatan sumbang," katanya kepada Sinar Harian.

Kesemua pasangan dibawa ke Balai Polis Petaling Jaya sebelum diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan selanjutnya.

Isu Gantung: Aziz Bari Hantar Jawapan Petang Ini, ABIM Desak Selesaikan Secara Akademik

Posted: 24 Oct 2011 01:10 AM PDT

KELAB GREENBOC

Prof Dr Abdul Aziz Bari akan mengemukakan respons kepada surat tunjuk sebab pengurusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), yang menjadi kontroversi akhir minggu lalu, hari ini kata peguam beliau.

"Draf surat jawapan sudah siap, Prof Aziz pun sudah luluskan, dan beliau akan menandatangani pagi ini, dan saya akan menghantar kepada UIA petang ini," kata Dr Zulqarnain Lukman ketika dihubungi lewat malam tadi.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan kandungan respons disediakan Aziz.

"Tunggu dulu, biar kami serahkan kandungan kepada UIA," kata beliau.

Pengurusan UIA mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Aziz (gambar) berhubung kenyataan pensyarah undang-undang itu ekoran titah Sultan Selangor berkaitan isu Gereja Methodist Damansara Utama dan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru ini.

UIA memberi masa seminggu sehingga 4 petang esok kepada Aziz untuk menjawab surat tunjuk sebab itu.

Surat tunjuk sebab itu juga menyebut beliau digantung perkhidmatan sehingga siasatan selesai dan dilarang memasuki kampus UIA.

Jumaat lalu, Rektor UIA Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin berkata Aziz perlu menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin, Tatatertib dan Kakitangan UIA berhubung kenyataan mempertikaikan titah Sultan Selangor.

Beliau berkata jika Aziz tidak membalas surat tunjuk sebab itu dalam masa ditentukan, pensyarah berkenaan boleh dihadapkan ke Lembaga Displin, Tataterib dan Kakitangan UIA untuk dibicarakan.

Zaleha berkata kenyataan Aziz berhubung titah ucapan Sultan Selangor akan disiasat mengikut Peraturan 15 Peraturan Tatatertib Kakitangan universiti itu.

Dalam pada itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Amidi Abdul Manan berkata, sewajarnya segala persoalan akademik dilayan secara akademik, bukan menerusi tindakan undang-undang atau seumpamanya kerana sebarang isu yang melibatkan pandangan, pendirian dan buah fikiran dalam bidang kepakaran seseorang adalah persoalan akademik.

"Seharusnya medium perbincangan dibuka seluas-luasnya menerusi forum, perbahasan dan perbincangan ilmiah. Tampilkan pandangan lain yang boleh menjadi pencabar atau alternatif kepada pandangan yang menjadi tajuk perbincangan," kata beliau dalam satu kenyataan.

Amidi berkata jika perkara ini terjadi, Abim percaya kredibiliti kedua-dua pihak dapat dipelihara dan bakal menjadi teladan kepada orang ramai dalam usaha memasyarakatkan ilmu.

Katanya, Abim juga khuatir jika ada campur tangan luar yang membayangi isu ini dan jika ia berlaku, ia akan merugikan kedua-dua pihak dan akhirnya akan menghilangkan kepercayaan masyarakat terhadap dunia akademik di Malaysia.

"Abim menuntut isu ini diselesaikan dengan segera secara matang dan bertanggungjawab oleh semua pihak," kata beliau lagi. -TMI

Abim: Selesaikan isu Aziz Bari secara akademik

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mahu kemelut penggantungan pakar perlembagaan negara Profesor Abdul Aziz Bari tidak diselesaikan menerusi tindakan undang-undang atau seumpamanya tetapi sebaliknya persoalan akademik dilayan secara akademik juga.

Justeru, kata presidennya, Amidi Abdul Manan (kiri), seharusnya medium perbincangan dibuka seluas-luasnya menerusi forum, perbahasan dan perbincangan ilmiah bagi menangani isu itu.

"Tampilkan pandangan lain yang boleh menjadi pencabar atau alternatif kepada pandangan yang menjadi tajuk perbincangan.

"Sekiranya perkara ini terjadi, Abim percaya kredibiliti kedua-dua belah pihak dapat dipelihara dan bakal menjadi teladan kepada orang ramai dalam usaha memasyarakatkan ilmu," katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Amidi, Abim juga khuatir jika ada campur tangan luar yang membayangi isu ini.

"Jika perkara ini berlaku ia akan merugikan kedua-dua pihak dan akhirnya akan menghilangkan kepercayaan masyarakat terhadap dunia akademia di Malaysia. Abim menuntut isu ini diselesaikan dengan segera secara matang dan bertanggungjawab oleh semua pihak," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Aziz yang mencetuskan kontroversi apabila pensyarah UIA itu mengulas titah Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pemeriksaaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Abdul Aziz dipetik berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Jejas reputasi

Berikutan itu, beberapa pemimpin BN dan Umno serta media yang dikuasai mereka membidasnya sehingga pada Khamis lalu UIA bertindak mengantung tugasnya.

Amidi berkata dengan liputan media dan kenyataan oleh pelbagai kelompok, polemik itu boleh menjejaskan reputasi kedua belah pihak.

"Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mempunyai nama dan kredibiliti yang tinggi dalam masyarakat di Malaysia.

"UIA telah berjasa melahirkan graduan yang berkualiti dan mampu memberikan sumbangan yang besar kepada agama, bangsa dan negara. UIA juga mempunyai reputasi yang baik diperingkat antarabangsa," katanya.

Menurutnya, begitu juga dengan Abdul Aziz yang merupakan seorang tokoh akademik dalam bidang perundangan yang begitu dihormati di negara ini.

"Beliau telah banyak menyumbangkan buah fikiran menerusi ceramah dan penulisan buku dan makalah dalam bidang kepakaran beliau iaitu perlembagaan," katanya.

Jumaat lalu, hampir seribu mahasiswa berhimpun selepas solat bagi mengadakan bantahan dan mengancam mengadakan perhimpunan lebih besar jika kemelut itu tidak diselesaikan. -mk

Tiada ulasan: