Isnin, 24 Oktober 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Wasiat Muammar Gaddafi

Posted: 24 Oct 2011 12:45 AM PDT


Yang berikut ialah isi surat wasiat yang didakwa ditulis oleh Muammar Gaddafi:

"This is my will. I, Muammar bin Mohammad bin Abdussalam bi Humayd bin Abu Manyar bin Humayd bin Nayil al Fuhsi Gaddafi, do swear that there is no other God but Allah and that Mohammad is God's Prophet, peace be upon him. I pledge that I will die as Muslim.

"Should I be killed, I would like to be buried, according to Muslim rituals, in the clothes I was wearing at the time of my death and my body unwashed, in the cemetery of Sirte, next to my family and relatives.

"I would like that my family, especially women and children, be treated well after my death. The Libyan people should protect its identity, achievements, history and the honourable image of its ancestors and heroes.

"The Libyan people should not relinquish the sacrifices of the free and best people. I call on my supporters to continue the resistance, and fight any foreign aggressor against Libya, today, tomorrow, and always.

"Let the free people of the world know that we could have bargained over and sold out our cause in return for a personal secure and stable life.

"We received many offers to this effect but we chose to be at the vanguard of the confrontation as a badge of duty and honour.

"Even if we do not win immediately, we will give a lesson to future generations, that choosing to protect the nation is an honour and selling it out is the greatest betrayal that history will remember forever, despite the attempts of the others to tell you otherwise."




[Berita Baik] Pakatan Rakyat HAPUS GST Jika Tadbir Negara -DSAI

Posted: 23 Oct 2011 11:55 PM PDT


Saya petik:

[KD] PULAU PINANG: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pentadbiran negara, Cukai Barangan dan Perkhidmatan
(GST) akan dihapuskan.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis ramah mesra 'Sepetang Bersama Masyarakat' di Dewan Orang Ramai Batu 5, Permatang Janggus, Permatang Pauh.

"Pakatan Rakyat berjanji, Insya Allah kalau kita memerintah negara, cadangan cukai GST ini akan kita tolak sama sekali," tegas Anwar.

Anwar dalam ucapannya berkata, jika GST dilaksanakan, rakyat akan lebih terbeban dengan kenaikan kos sara hidup ekoran harga barang yang melambung tinggi.

"Sekiranya cukai ini dikenakan kepada rakyat, ia bukan saja membebankan mereka, tetapi menjadikan rakyat terpaksa tunduk kepada hasrat kerajaan untuk menekan dan menzalimi secara hormat.

"Oleh itu, seandainya PR berjaya memenangi kerusi pilihan raya umum yang akan datang, kita berjanji akan membatalkan GST yang tidak memberi manfaat kepada rakyat, khususnya golongan yang berpendapatan rendah," ujarnya yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh.

Beliau juga menyentuh Belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan pemberian sagu hati bersifat 'One Off' yang tidak meringankan beban rakyat secara keseluruhan.

Dalam pada itu, Anwar turut membidas Umno kerana melemparkan tuduhan bahawa beliau pengkhianat Melayu dengan merujuk pembelian kilang arak San Miguel oleh anak bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir di Filipina.

Begitu juga dengan pendedahan di Parlimen berhubung pemberian Tabung Pertanian untuk nelayan, penternak dan petani berjumlah RM 250 juta kepada anak seorang Menteri Kabinet.

"Apa petani dapat? Apa pasal tak tolong orang kampung. Inikah maruah pemimpin Melayu Islam?, soal Anwar.

"Sebab itu kita kena ada pendedahan. Baca Suara Keadilan, Harakah untuk tahu apa yang berlaku dan tak mudah ditipu," kata Anwar sambil mengingatkan jentera KEADILAN perlu bersiap sedia kerana pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa.

Ketua Umum KEADILAN itu kini dalam rangka lawatan kerjanya selama sehari ke Pulau Pinang dan akan menyampaikan ceramah Perdana Demi Rakyat bersama-sama Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr Mansor Othman di Dataran PASTI Sg Acheh, malam ini.


P/s: Anda boleh katakan kenyataan DSAI ini hanyalah retorik, ayat meraih undi, dan sebagainya. Jika begitu tanggapan anda, apa kata 1Malaysia undi PR dan kita lihat kenyataan itu RETORIK atau REALITI! Jangan melulu memberikan tanggapan tanpa memberikan peluang kepada mereka membuktikannya!



Untuk Memikat Janda Kaya, Kasanova Hantar Tiga Gambar "Anu"nya

Posted: 23 Oct 2011 09:51 PM PDT


Saya petik:

[HM] IPOH: Wanita terutama kalangan ibu tunggal dinasihatkan berwaspada daripada menjadi pemuas nafsu seorang lelaki 'kasanova' yang sanggup melakukan apa saja helah bagi memerangkap mangsa termasuk menghantar gambar 'anunya' kepada wanita terbabit.

Perbuatan tidak bermoral dan jijik yang didakwa dilakukan seorang anggota beruniform yang bertugas di ibu negara itu dibongkar seorang wanita yang nyaris menjadi mangsa lelaki berkenaan.

Temberang lelaki bermulut manis berusia 30-an berasal dari sebuah negeri di pantai timur itu terbongkar apabila terjerat dalam perangkap dibuatnya sendiri.

Semuanya gara-gara wanita buruan paling dikehendaki lelaki kasanova itu menghidu setiap helah termasuk keteguhan imannya melawan gelora nafsu selama hampir lapan tahun sejak bercerai pada 2003 biarpun diumpan bukan satu tetapi tiga gambar 'anu' dalam posisi berbeza dihantar melalui lelaki terbabit melalui SMS.

Ia berikutan populariti wanita berusia awal 40-an itu apabila mendapat beberapa gelaran seperti janda gebu, montok dan seksi menyebabkannya lali dengan gangguan lelaki hidung belang yang kebanyakannya hanya mahukan seks dan hartanya.

"Saya percaya ramai wanita terutama janda yang menjadi mangsa lelaki yang mendakwa anggota polis dari Bahagian Risikan Jenayah, Bukit Aman dan saya rasa dia tidak berbohong berdasarkan cara percakapan dan pengetahuannya dalam bidang undang-undang.

"Justeru, selain mengelak lebih ramai wanita menjadi mangsa lelaki itu, saya tampil mendedahkan perkara ini bagi memastikan maruah dan imej pihak berkuasa itu terus terbela daripada dicemari tindak tanduk lelaki seperti 'Mohd Izham' jika memang benar dia anggota polis," kata wanita berkenaan.

Selepas beberapa kali gagal dan tertangguh, wartawan Harian Metro semalam menemui wanita terbabit yang kini dalam proses mengumpul maklumat dan bukti terhadap kegiatan lelaki berkenaan.
Namun demi menjaga maruah dan reputasi diri yang dikenali antara usahawan wanita berjaya di utara tanah air selain Kuala Lumpur dan Selangor, mangsa hanya mahu dikenali Siti (bukan nama sebenar).

Usaha mengatur pertemuan itu dibuat susulan maklumat diperoleh wartawan daripada sumber boleh dipercayai mengenai kegiatan seorang lelaki menjerat janda di negeri utara tanah air terutama Perak dan Kedah bagi mengikis harta mangsa selain menjadi pemuas nafsu.

Biarpun difahamkan sudah ramai wanita menjadi mangsa, namun lelaki terbabit masih meneruskan kegiatan jahatnya menjerat golongan ibu tunggal berikutan keengganan mangsa membuat laporan polis kerana mahu mengelak aib dan mahu merahsiakan daripada pengetahuan ahli keluarga dan rakan.

Namun jerat ayat cinta dan umpan terbaik lelaki berkenaan iaitu mengirim gambar 'anunya' akhirnya memakan diri apabila membawa kepada pembongkaran identiti sebenar serta kegiatan tidak bermoral kasanova berkenaan.

Ibarat pertembungan 'buku bertemu ruas', di sebalik tarikan fizikal janda berasal dari Kedah itu, lelaki miang terbabit tidak tahu selain menjalankan perniagaan, mangsa juga seorang peguam.

"Saya sudah biasa melayan kerenah lelaki termasuk yang boleh dikategorikan sebagai 'gersang melampau'. Biasanya mereka akan menghubungi atau menghantar SMS menyatakan minat berkenalan dengan saya.

"Disebabkan sibuk dan tahu niat buruk mereka, saya akan menjawab atau membalas SMS memberitahu secara elok status diri belum bersedia untuk kembali berpasangan," katanya.

Namun, berbeza dengan lelaki lain, menurut Siti, 'Mohd Izham' itu tidak berputus asa apabila terus menghubungi dan menghantar SMS bertanyakan khabar biarpun tidak dipedulikan.

Berbanding kebiasaan wanita dipermainkan dengan ditaburkan pelbagai janji, ayat manis, belaian kasih sayang melalui panggilan atau SMS, kini giliran kasanova berkenaan menjadi 'tikus' selepas Siti mengambil keputusan melayan kerenahnya bagi memastikan sama ada lelaki yang dikatakan mensasarkan golongan ibu tunggal di utara tanah air itu sebagai pemuas nafsu sejak awal tahun ini.

"Selepas berhubungan melalui telefon bimbit selama hampir tujuh bulan, lelaki ini akhirnya menunjukkan 'rupa' sebenarnya pada 29 September lalu apabila mula berbual mengenai seks dan nikmat melakukannya seminggu sebelum itu.

"Mungkin geram apabila tindakan itu masih gagal 'menewaskan' saya bagi memenuhi permintaannya supaya kami bertemu, dia akhirnya mengirimkan tiga keping gambar alat sulitnya dengan kali terakhir diterima pada 29 September lalu," katanya.

Tindakan itu meyakinkan Siti bahawa lelaki terbabit adalah kasanova sama yang diperkatakan dan mendorongnya melakukan siasatan bagi mengenal pasti identiti sebenarnya.

Hasil pemeriksaan terhadap nombor telefon bimbit digunakan lelaki terbabit mendapati ia didaftarkan atas nama seorang lelaki. Kasanova itu yang mengetahui temberang pecah sejurus Siti menghantar SMS nama berkenaan kepadanya, terus tidak lagi berhubungan dengannya.

"Saya meminta wanita terutama ibu tunggal yang pernah menjadi mangsa lelaki itu tampil membuat laporan polis atau mendapatkan bantuan mana-mana pihak berkaitan bagi membela nasib mereka seterusnya mengelak lebih ramai wanita menjadi mangsa.

"Saya menasihatkan wanita khasnya ibu tunggal yang tiba-tiba didekati lelaki yang tidak diketahui latar belakang dan hanya memperkenalkan diri sebagai anggota polis supaya berhati-hati bagi mengelak terjerat," katanya.


Menafikan Pengorbanan Polis pada Zaman Inngeris adalah Dosa yang Tidak Dapat DIAMPUN? Biar Betul PM Najib?

Posted: 23 Oct 2011 07:58 PM PDT


Ingatkan kontroversi yang berkait dengan isu Mat Indera, Mat Sabu, dan komunis sudah selesai, rupa-rupanya masih belum lagi. Najib dalam Perhimpunan Perdana bersama Perdana Menteri dengan Pesara/Bekas Polis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mengeluarkan "fatwa" bahawa "...menidakkan jasa perwira negara adalah satu pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan. Ia satu dosa yang kita tidak boleh ampunkan." 

 WOW!!!!

Baca...

Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Perbuatan mana-mana pihak yang cuba menafikan pengorbanan anggota polis terutama di waktu keganasan komunis dulu dianggap satu dosa yang tidak boleh diampunkan kerana ia umpama mengkhianati perjuangan dan jasa perwira negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau berasa hairan dan pelik apabila ada orang cuba mengagungkan kumpulan komunis sebagai pejuang nasionalis serta menidakkan jasa polis dan tentera yang berjuang bermati-matian bagi memastikan keamanan negara terjaga.

"Menyalah tafsirkan sejarah dan menidakkan jasa perwira negara adalah satu pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan. Ia satu dosa yang kita tidak boleh ampunkan.

"Polis sebenarnya mempunyai bukti kukuh Mat Indera ialah pengganas komunis berdasarkan satu rakaman temubual malah menerusi rakaman itu, dia mengaku terbabit merancang dan menembak mati anggota polis dalam serangan di Bukit Kepong.

"Dalam buku bertajuk Dialogues with Chin Peng: New light on the Malayan Communist Party juga memuatkan pengakuan Chin Peng bahawa Mat Indera ialah anggota Parti Komunis Malaya (PKM) tetapi ada pihak yang mengagungkan mereka.

"Walau apapun muslihat pihak terbabit, kerajaan tetap akan mempertahankan jasa perwira negara sampai bila-bila,"
katanya dalam ucapan pada Perhimpunan Perdana bersama Perdana Menteri dengan Pesara/Bekas Polis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam....

Saya tidak mahu ulas panjang-panjang kerana isu ini sudah hangat sebelum ini dan beberapa pandangan spontan tentang isu ini turut disiarkan dalam blog ini. 

Cuma fikirkan: Adakah pahlawan Melayu, komunis menentang Inggeris termasuk polis upahan (sebelum 31 Ogos 1957) Inggeris itu satu dosa, pengkhianatan?

Fikirkan!

Peristiwa Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950.

Polis upahan British ini juga bertanggungjawab menangkap dan menjalankan hukuman terhadap pahlawan Melayu yang lain seperti Tuk Janggut dan sebagainya. 

Siapa pengkhianat, siapa pejuang?

 
P/s: Kini, 1Malaysia sedang menunggu bukti temu bual pengakuan Mat Indera bahawa beliau ialah ahli PKM.




Remaja Dakwa DILIWAT Guru

Posted: 23 Oct 2011 06:00 PM PDT


Saya petik:

[BH] MIRI: Seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di sini mendakwa menjadi mangsa liwat seorang guru dikenalinya di laman sosial Facebook, sejak setahun lalu.

Guru lelaki terbabit berusia lingkungan 30-an dan masih bujang serta mengajar di sekolah berasingan dengan pelajar terbabit, dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu ketika mangsa datang ke rumahnya di sini.

Difahamkan pelajar lelaki berusia 15 tahun itu sering menghabiskan masa bersama guru berkenaan di rumahnya selepas berkenalan melalui Facebook sehingga wujud hubungan rapat antara mereka.
 
Bagaimanapun, bapa pelajar terbabit mengesyaki sesuatu apabila mendapati anaknya amat mesra dengan guru lelaki itu.

"Bapa pelajar itu bertanyakan anaknya mengenai hubungan mereka dan selepas didesak, pelajar berkenaan mengakui menjalin hubungan dengan guru lelaki berkenaan.

"Terkejut dan marah dengan pendedahan itu, bapa pelajar berkenaan membuat laporan Jumaat lalu di Balai Polis Pusat Miri," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Superintendan Jamaluddin Ibrahim, ketika dihubungi semalam, mengesahkan laporan kes berkenaan. Katanya, polis menjalankan siasatan terperinci berikutan mangsa mendakwa beberapa kali diliwat suspek di rumahnya.

"Kita belum membuat tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan," katanya.



Pilih Wanita Ikut Selera Masing-masing

Posted: 23 Oct 2011 05:26 PM PDT


Saya petik:

SUBANG JAYA: Pilih wanita mengikut selera masing-masing melalui Internet dan tempah melalui SMS. 

Begitulah mudahnya khidmat disediakan `Pretty Women Club' atau Kelab Wanita Cantik kepada lelaki hidung belang untuk mendapatkan teman sosial di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang dan Perak.

Lebih memeranjatkan, sindiket memperdagangkan wanita berusia 19 hingga 24 tahun dari China, Vietnam, Myanmar, Indonesia dan Filipina itu menawarkan khidmat secara terbuka dengan membuka blog khas yang boleh dilayari sesiapa saja.

Pelanggan hanya perlu melayari blog disediakan untuk memilih nama wanita yang turut disertakan gambar di lapan pusat operasi disediakan dan jika berkenan, terus hantar SMS kepada mereka tanpa melalui orang tengah atau bapa ayam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (ACP) Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi berkata, kaedah digunakan Kelab Wanita Cantik adalah cara terbaru sindiket memperdagangkan wanita di negara ini.

Sehubungan itu, katanya, polis akan menjalankan siasatan lanjut mengenai sindiket berkenaan dalam usaha membasmi kegiatan tidak bermoral itu.

P/s: Di Malaysia, semua ADA!

Tiada ulasan: