Biaqpila |
- GAMBAR-GAMBAR PELIK BANJIR DI THAILAND
- Lawatan Najib ke UIA esok bakal disambut demo
- LAHIR BAYI SERUPA ‘DUYUNG’
- Kekalahan besar MU, merupakan amaran kepada UMPORNO
GAMBAR-GAMBAR PELIK BANJIR DI THAILAND Posted: 24 Oct 2011 03:00 PM PDT
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | ||||||||||||||
Lawatan Najib ke UIA esok bakal disambut demo Posted: 24 Oct 2011 04:16 AM PDT Kumpulan mahasiswa, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengambil peluang atas kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) esok untuk mengadakan demonstrasi. Rancangan berkenaan bertujuan menggesa UIA menarik balik tindakan penggantungan ke atas pakar undang-undangnya, Professor Abdul Aziz Bari. SMM juga akan menghantar satu memorandum kepada perdana menteri berhubung isu tersebut, esok, kata Pengerusi SMM Ahmad Syukri Ab Razab (kanan sekali, duduk) lagi. "Kita akan minta perdana menteri campur tangan untuk lepaskan Aziz Bari dari tindakan gantung tugas. "(Kita minta perdana menteri) beri maklum balas terhadap isu ini dan supaya perdana menteri gesa kementerian pengajian tinggi bertegas dalam isu kebebasan akademik. Ahmad Syukri juga berkata gabungan kumpulan pelajar itu turut merancang untuk membuat satu lagi perhimpunan berhubung isu sama pada November. Demonstrasi berkenaan merupakan kemuncak kepada kempen "solidariti kebebasan akademik," katanya lagi. "Kami bertegas dalam hal ini kerana tidak mustahil (penggantungan pensyarah) boleh berlaku di kampus lain," tambahnya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini. 500 dijangka hadir Terdahulu beliau bersama berapa orang wakil pertubuhan pelajar menghantar satu memorandum kepada wakil menteri pengajian tinggi di bangunan sama. Turut hadir ialah wakil pertubuhan yang menganggotai SMM -- Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional, Pro-Mahasiswa Nasional, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia dan juga Persatuan Pelajar Kebangsaan Islam Malaysia. Pada 21 Oktober lalu, ratusan mahasiswa menyertai SMM berdemonstrasi di masjid UIA selepas solat Jumaat berhubung isu yang sama. Sementara itu, Malaysiakini difahamkan kumpulan itu akan berkumpul di pintu masuk kampus berkenaan di Gombak pada jam 7 malam. Najib dijangka tiba di universiti berkenaan pada 8 malam untuk merasmikan majlis penutupan sebuah pertandingan debat. Seramai 500 mahasiswa dari kampus sekitar Lembah Klang, Universiti Pendidilan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Selangor (Unisel) dijangka hadir untuk 'menyambut' kedatangan Najib. Mereka bercadang merentangkan kain rentang dan sepanduk membantah penggantungan Abdul Aziz. MK KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | ||||||||||||||
Posted: 23 Oct 2011 09:00 PM PDT MAUMERE (Indonesia) – Seorang wanita, Maria Elizabeth dari Kampung Garam, Daerah Kota Uneng di Wilayah Sikka, kelmarin, melahirkan seorang anak perempuan yang mempunyai kaki seperti ikan duyung. Bayi yang diberi nama Maria Oktaviani itu meninggal dunia pada jam 5 petang hari yang sama.Menurut Maria, ketika usia kandungannya masuk tiga bulan, dia bermimpi seekor ikan duyung datang kepadanya. Dalam mimpi itu, ikan duyung itu berjanji kandungan Maria akan membawa rezeki yang melimpah untuk keluarganya dengan beberapa syarat. Yang pertama, Maria mesti menamakan anaknya itu Puteri Duyung. Kedua, setelah dilahirkan, bayi itu mesti disimpan di dalam bekas. Manakala syarat ketiga, Maria tidak boleh menceritakan perjanjian mereka kepada sesiapa pun. Kata Maria, sekiranya syarat itu dilanggar, seorang daripada anggota keluarganya akan menjadi korban. Menurut Maria, dalam mimpi itu, dia telah menolak permintaan untuk menamakan anaknya Puteri Duyung. "Dalam mimpi itu, kami bertengkar di tepi pantai. Dia meminta saya menamakan anak saya Puteri Duyung tetapi saya menolak. Saya kata dia ikan dan kami manusia," cerita Maria. Menurut Maria, dia telah menceritakan mimpinya itu kepada suaminya kerana ketakutan. Mereka juga telah sepakat untuk menamakan anak mereka 'Maria Oktaviani' sekiranya bayi perempuan dan 'Mario Oktaviano' sekiranya bayi lelaki. Cerita Maria lagi, ikan duyung itu cuba untuk menyakinkan dia supaya tidak takut dan berkata bahawa anak dalam kandungannya itu akan membawa rezeki untuk mereka sekeluarga. – Agensi KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | ||||||||||||||
Kekalahan besar MU, merupakan amaran kepada UMPORNO Posted: 23 Oct 2011 06:53 PM PDT TERKEJUT BEWAK...SIAPA SANGKA MU KALAH 1-6 MALAM TADI...KONONNYA AJAK RAKYAT TENGOK BOLA...NAK BAGITAHU PADA RAKYAT...YANG UMNO TU SEPERTI MU...HEBAT, KUAT DAN TAK BOLEH KALAH...kah kah kah...TAU TAK PRU-13 NANTI, UMNO AKAN RANAP YOU KNOW...kah kah kah ] JIKA POLITIK ITU IBARAT BOLA...MALAM TADI UMNO PERLU AMBIL IKTIBAR SEBELUM PERMAINAN BERMULA...SEMUA ORANG KATA MU BOLEH MENANG KE ATAS M.CITY.. KALAU TAK MENANG PUN SERI...KALAU NAK KALAH PUN DENGAN JARINGAN KECIL 1 ATAU 2 SAHAJA TENGOK-TENGOK...KENA 6 BIJI...kah kah kah..kah kah MULA-MULA 'PENIPU 1MALAYSIA' TU NAK TUNJUK EGO...NAK TUNJUK KONFIDEN PADA ORANG RAMAI...UMNO ITU ADALAH MU KONON... BEZA ANTARA MU DENGAN UMNO...CUMA.. NAK TAHU KA...APA BEZANYA? MU PANDAI TAKTIKAL & TIPU HELAH...TETAPI UMNO HANYA PANDAI MENIPU...kah kah kah...TAKTIKAL UMNO HANYA HARAP PADA SPR DAN JABATAN PENDAFTARAN SAHAJA...kah kah kah..kah kah SAMPAI BILA NAK MENIPU...? MASALAHNYA...TIPU SIKIT TAK BOLEH MENANG BILA TIPU BANYAK...ORANG BOLEH NAMPAK...ORANG DAPAT TAHU. BILA ORANG NAMPAK DAN ORANG TAHU...MATI AKAI...HABIS MODAL ! BILA HABIS MODAL...AKHIRNYA 'RANAP JUA'...kah kah kah..kah kah KALAU SAYANG KETUA CAWANGAN, KETUA BAHAGIAN DAN ANAK2 CUCU...JANGAN LA BUAT LAGI PRU13 TU KALAU BUAT PRU13...UMNO RANAP...HABIS ANAK2 CUCU KETUA CAWANGAN, KETUA BAHAGIAN NAK TELAN APA...kah kah kah LAKI SUKA MU...PENYOKONG MU...MU LINGKOP BINI PULAK...SUKA BADMINTON...PENYOKONG CHONG WEI...CHONG WEI PUN LINGKOP DITANGAN CHEN LONG MALAM TADI...kah kah kah SEBENARNYA JAWAPAN DAH TERJAWAB...KENAPA CHONG WEI KALAH BADI DENGAN PEMAIN CHINA TERUTAMANYA LINDAN.. NAMANYA JER PEMAIN NO.1 DUNIA...TETAPI APA GUNA JADI PEMAIN NO.1 DUNIA...JIKA KEJOHANAN UTAMA DUNIA SENTIASA KALAH KEPADA LINDAN NAK TAHU KA...KENAPA CHONG WEI KALAH BADI DENGAN LINDAN? NI...TENGOK GAMBAR BAWAH NIH...NI LA PUNCA NYA...kah kah kah...SIAPA SURUH KAU PERGI TEMBAB MUKA PADA BUAH TEMBIKAI BERACUN TU...kah kah kah berukketawa KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan