DIALOG RAKYAT |
- Anak muda bakal dijadikan pekakas UMNO-BN… sekali lagi
- Fitnah II: Peguam Anwar sedia pertahan kenyataan Dr Hoogland
- Mustahil Ratu Elizabeth sengaja berpakaian kuning
- Anwar cabar Najib debat Belanjawan 2012 secara terbuka
- Akta Kerja: Jangan sampai pekerja hilang yakin pada kerajaan, kata Pemuda PAS
- Calon boleh menang belum tentu ‘boleh menang’
- Siapa calon alternatif ketua kerajaan negeri diteraju Pakatan, Lim cabar BN
- Bersih 3.0 jawapan terbaik?
- Pemuda PAS Sabah lancar Kempen Selamatkan Pulau
- Hudud sebagai pendekatan tangani gejala sosial
- Mengapa Laporan Audit Negara masih tidak diserah?
- Tun Razak akui hak negeri dapat royalti 5 peratus
- Apa salah saya' - Aziz Bari
- Belanjawan: Anwar cabar Najib debat
- Gerakan Mansuh ISA 2.0 di Parlimen, Selasa ini
- Nik Aziz: ‘Bolehkah orang tentang hudud sokong Akta Murtad’
- Rumah YDP PAS Segamat disimbah cat merah
- Najib, Rosmah dan hakim: Tidak relevan atau alat BN?
- Sampai bila Malaysia akan diperintah oleh pemimpin yang gagal?
- Anwar Ibrahim: Malaysia bakal melewati batas hutang negara
- Pemuda PAS bidas Najib kata pilihan raya adil
- Ketua Umno: Rakyat tolak MCA, Gerakan
- Kelantan kaji sejarah sebelum beri penghargaan kepada pejuang kemerdekaan
- Kontrak Alam Flora kutip sampah di S'gor ditamatkan
- Aziz Bari jawab Awang Selamat
Anak muda bakal dijadikan pekakas UMNO-BN… sekali lagi Posted: 17 Oct 2011 02:05 AM PDT Oleh Muhammad Zir Tiga cadangan Datuk Seri Najib Razak untuk anak muda telah menimbulkan banyak persoalan tentang niat dan hasil di sebalik keindahan nama-nama program yang cuba dijualnya kepada golongan belia. Dalam pembentangan Bajet 2012, satu syarikat modal teroka milik kerajaan, iaitu MyCreative Venture Capital, akan ditubuhkan untuk menggalakkan pembabitan golongan muda menerokai bidang industri kreatif. Untuk kesekian kalinya, ia membawa maksud, kerajaan UMNO-Barisan Nasional akan menggunakan wang rakyat untuk berniaga. Ini adalah format perniagaan sentralisasi oleh kerajaan, kuasa dan monopoli kerajaan sedang berjalan rancak. Dalam asas demokrasi sosial atau dalam konsep Pakatan Rakyat sekali pun, dasar disentralisasi menjadi matlamatnya. Inilah konsep Ketuanan Rakyat, kita mahu rakyat bijak berdikari dan hanya dipandu oleh kerajaan, bukan dicucuk hidung oleh kerajaan. MyCreative Venture Capital Cadangan kerajaan UMNO-BN untuk golongan belia itu membawa maksud akan wujud sebuah lagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Penubuhan demi penubuhan pada setiap kali Belanjawan dibentangkan di Parlimen tidak pernah menjanjikan apa-apa penambahbaikan pada sistem, hatta keuntungan syarikat GLC ini. Apakah janji MyCreative Venture Capital (MVC) akan lebih berjaya daripada berlambak-lambak GLC yang sudah sedia? MVC akan ditubuhkan untuk menggalakkan pembabitan golongan muda menerokai bidang industri kreatif. Maka sekali lagi kita ingin bertanya, adakah 'keratif' ini bermakna medium seni – seni muzik, filem atau sekadar menjadi cyber trooper UMNO di alam internet? Jika demikian, dana ini sepatutnya disalurkan terus kepada kementerian yang terbabit seperti Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) atau Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara atau diagihkan kepada institusi-institusi sedia ada. Contohnya, jika aliran seni tampak, maka salurkan ke Balai Seni Lukis Negara. Bukankah ia lebih jelas dan mudah tanpa perlu menubuhkan lebih banyak GLC? Mengapa jika hanya untuk bidang kreatif maka harus ditubuhkan sebuah lagi GLC? Kos penubuhannya sudah tentu memakan belanja sedangkan kos pulangannya belum tentu berjaya. Ini belum lagi dibincangkan pula tentang bidang kuasa kementerian dan jabatan terbabit yang selalunya dilihat sebagai menghalang kebebasan berekspresi golongan muda dengan menyekat pinjaman peralatan atau permohonan geran. Gelanggang futsal Kerajaaan UMNO-BN juga telah mengumumkan pembinaan tambahan gelanggang sukan futsal yang berjumlah 150 buah bagi mencapai matlamat "1 gelanggang 1 mukim". Dari 150 buah ini, 30 buah daripadanya akan dibuat dengan padang tiruan dilengkapi dengan lampu limpah. Kita akui, membina arena untuk anak-anak muda termasuk masyarakat awam bersukan amatlah baik. Itu tidak kita persoalkan, mana-mana kerajaan sekali pun harus melaksanakan keperluan ini dan tidak perlu menagih 'kredit' (pujian) dari rakyat. Konsep bersukan harus dilihat sebagai aspek riadah dan kesihatan – mental dan fizikal. Itu jelas. Apa yang selalu menjadi isu adalah cara ia dilaksanakan. Dalam hal ini, sudah tentu pengagihan kontrak membina dan menjaga gelanggang ini akan mengikut selera kerajaan UMNO-BN, iaitu menerusi syarikat kroni. Inilah cara yang 'sah' untuk UMNO-BN merompak rakyat sendiri berkali-kali. Amalan ini adalah budaya UMNO sejak zaman Tun Mahathir Mohamad lagi. Sebagai contoh, bandingkan dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor yang telah wujud lebih awal program 'Jelajah Futsal' yang mana di semua daerah termasuk luar bandar telah memiliki gelanggang futsal mereka sendiri. Kewujudan gelanggang tidak lagi menjadi isu, hanya soal kualiti dan penambahbaikan sahaja yang sedang dirangka dan dibantu oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Ia dibina oleh pihak swasta dan operasinya berjalan begitu baik, malah kos sewaannya juga amat berpatutan. Ini berlaku sejak 2008 ketika Pakatan Rakyat mengambilalih pentadbiran Selangor. Kerajaan Pakatan Rakyat tanpa bimbang dan ragu telah melaksanakan disentralisasi aspek ini demi menggalakkan persaingan perniagaan yang sihat serta kegiatan anak muda yang bebas atau independen. Nampaknya kerajaan UMNO-BN ingin memonopoli kegiatan anak muda menerusi bisnes gelanggang futsal. Entah-entah anak muda yang ingin bermain di gelanggang itu perlu mengisi borang keahlian UMNO dahulu, siapa tahu? Program Strategik Belia 1Malaysia Kerajaan UMNO-BN juga mengumumkan Program Strategik Belia 1Malaysia atau Strategic Action for Youth (SAY 1Malaysia) yang seakan-akan bunyi dengan program Rakan Muda. Apakah kita sudah lupa pada program Rakan Muda? Apa jadi pada hari ini? Mengapa perlu sebuah lagi program sedangkan Rakan Muda yang sudah sedia ada struktur dan infrastrukturnya itu boleh dirumus dan diperbaiki lagi? Kesemua persoalan ini tidak pernah dan tidak akan dijawab oleh kerajaan UMNO-BN kerana mereka beranggapan "aku memerintah, aku punya suka lah". Inilah sikap kerajaan yang yang dicanangkan oleh Datuk Seri Najib Razak. Tawaran ikhlas Pakatan Rakyat Dalam pelbagai usaha yang akan dilaksanakan oleh kerajaan UMNO-BN, kita jangan lupa apa pula yang akan dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat kelak apabila mereka memerintah. Antaranya, sejumlah RM100 juta akan diperuntukkan kepada program Pilihan Anak Muda yang melibatkan anak muda Malaysia berumur bawah 30 tahun, untuk mengimplimentasikan projek-projek dan program-program pilihan mereka melalui sistem undian. Walau pun kita memahami bahawa inisiatif ini belum begitu lengkap perinciannya, asasnya cukup jelas sekali. Anak muda akan diberi dana untuk mereka memilih, membentuk dan melaksana sendiri apa-apa program yang mereka mahukan tanpa perlu dihambat oleh kehendak kerajaan sepertimana yang UMNO-BN lakukan. Mesejnya amat jelas, anak muda diberi kepercayaan untuk berprogram, beriadah dan bergerak bebas dalam keadaan yang penuh harmoni dan bertanggungjawab. Bukankah tawaran ini lebih realistik? Bagi golongan muda yang sejati, wang bukanlah segala-galanya bagi mereka. Maruah, harga diri dan jati diri serta komitmen yang progresif menjadi pegangan kebanyakan anak muda. Dalam hingar-bingar UMNO-BN menabur duit ratusan juta itu, Pakatan Rakyat telah mengumumkan satu dasar yang amat dinanti-nantikan oleh kebanyakan golongan muda, khususnya mahasiswa. Pakatan Rakyat akan memulihkan autonomi dan kebebasan ahli-ahli akademik universiti- univesiti di Malaysia dengan menghapuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971. Pemansuhan AUKU bertujuan membebaskan pelajar-pelajar daripada cengkaman Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan memerdekakan pensyarah dan tenaga pengajar daripada kongkongan briokrasi dan politik UMNO-BN. Malah, kepimpinan universiti-universiti awam akan ditentukan berdasarkan merit. Inilah hadiah paling penting yang tidak akan dilaksanakan oleh kerajaan UMNO-BN. Bagi mereka, anak muda hanyalah perkakas untuk mereka. Sedangkan Pakatan Rakyat melihat bahawa dengan kebebasan berekspresi, berdialog dan berakedemik, pasti akan menyegarkan kembali idealisme anak muda yang telah dimandulkan oleh UMNO-BN selama hampir 40 tahun. Jika anak muda mensia-siakan peluang ini, jangan merungut jika kehidupan di kolej atau universiti, atau pun di alam kerja sewaktu muda, masih terperuk dan mandom selama ini. Selagi UMNO-BN di tampuk kuasa, selama itu anak muda tidak merasai nikmat kebebasan sebenar. – Roketkini.com | ||
Fitnah II: Peguam Anwar sedia pertahan kenyataan Dr Hoogland Posted: 17 Oct 2011 02:04 AM PDT Oleh: Ahmad Fadli
KUALA LUMPUR : Peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair berkata pasukan peguam bela Anwar bersedia mempertahankan kenyataan pakar tulang belakang dari Jerman, Dr Thomas Hoogland. Ini kerana pakar tulang berkenaan yang merawat kecederaan Anwar pada 2004, mengesahkan Ketua Pembangkang itu masih mengalami sakit belakang dan tidak mampu secara fizikal melakukan aksi seks yang difitnah terhadapnya. "Sudah tentu (kami sedia pertahankan kenyataan Dr Hoogland)," kata Sankara melalui kiriman pesanan ringkas kepada Keadilandaily. Sankara menyatakan perkara tersebut sewaktu ditanya sama ada pasukan peguam bela bersedia untuk berhadapan dengan saksi-saksi bidasan (rebuttal witness) yang akan dikemukakan pendakwa raya kelak. Beliau juga menyifatkan permohonan itu sebagai sesuatu yang amat jarang berlaku dalam mana-mana perbicaraan kerana pendakwa raya sepatutnya sudah selesai mengemukakan saksi mereka sewaktu sesi soal balas pendakwa raya lagi. "Ia amat jarang (perkara ini berlaku)," kata Sankara. Keterangan Dr Hoogland yang merupakan saksi pembelaan sebelum ini akan dicabar empat saksi bidasan (rebuttal witness) yang akan dikemukakan oleh pendakwa raya. Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden membuat permohonan itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pagi tadi. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan penangguhan itu dan beliau akan mendengar permohonan itu pagi esok. Seandainya dibenarkan, pendakwa raya akan mengemukakan empat saksi untuk mencabar bukti dan keterangan Dr Hoogland sebelum ini. | ||
Mustahil Ratu Elizabeth sengaja berpakaian kuning Posted: 17 Oct 2011 02:01 AM PDT Oleh: Sidiqin Omar KUALA LUMPUR : Adalah mustahil Ratu Elizabeth II sengaja memakai pakaian berwarna kuning ketika menerima kunjungan hormat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya pada 14 Julai lalu. Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata demikian terhadap jawapan Menteri Luar, Senator Kohilan Pillay, yang mengandaikan Ratu Elizabeth sebagai 'ceria, gembira, dan bahagia' ketika memakai baju berwarna kuning itu. "Apakah kerajaan mentafsir tanpa membuat kajian? Atau adakah ia secara kebetulan dan tak memberi apa-apa mesej?," Soal Sivarasa dalam soalan tambahannya di Dewan Rakyat, hari ini. Kuning merupakan warna tema Bersih 2.0 yang mengadakan himpunan pada 9 Julai, namun menerima tekanan hebat daripada kerajaan apabila ratusan peserta ditangkap, manakala ribuan yang lain dibelasah dan disembur dengan gas pemedih mata. Selain di Kuala Lumpur, himpunan sama turut diadakan di puluhan bandaraya di seluruh dunia seperti di Kota London, Perth, Australia, Christchurch, New Zealand dan Seoul, Korea Selatan. Tindakan keras kerajaan menangani perhimpunan itu, telah membawa kecaman hebat dunia antarabangsa, termasuk isyarat oleh Ratu Elizabeth ketika menerima kunjungan Datuk Seri Najib Razak dengan berpakaian kuning, Terdahulu, Sivarasa dalam soalan bertulisnya meminta Kementerian Luar menyatakan sama ada tindakan Ratu Elizabeth II itu menjejaskan hubungan Malaysia dengan United Kingdom. Menegaskan tindakan Baginda Ratu England itu tidak boleh dipandang ringan, Sivarasa berkata, setiap reaksi Ketua Negara yang dilawati mencerminkan pandangannya. "Istana Buckhingam ada protokol dan setiap langkah yang dibuat perlu diteliti. Seminggu iaitu pada 9 Julai sebelum Perdana Menteri ke Britain, telah berlaku himpunan di Malaysia. "Malah semasa Najib sampai ada bantahan dari penduduk London dengan berpakaian kuning. Ia tak boleh dipandang ringan. Kerajaan mesti lakukan siasatan," kata Sivarasa. | ||
Anwar cabar Najib debat Belanjawan 2012 secara terbuka Posted: 17 Oct 2011 01:59 AM PDT Oleh: Nabihah Hamid
KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri berdebat secara terbuka berhubung kedudukan ekonomi dan Belanjawan 2012. Ia berikutan kenyataan Datuk Seri Najib Razak semalam mengkritik belanjawan Pakatan Rakyat dengan menyifatkannya 'Belanjawan Republikan aliran kanan' yang gagal memahami kehendak rakyat. "Ini membuktikan Dato' Seri Najib mengelak dari isu asas yang menjangkiti pentadbiran beliau seumpama tadbir urus yang goyah, rasuah berleluasa dan dasar Barisan Nasional yang memperkaya keluarga dan kroni" "Justeru saya mengambil peluang ini untuk mempelawa Dato' Seri Najib Razak berdebat berkaitan kedudukan ekonomi negara dan persoalan berkaitan belanjawan," kata Anwar ketika mengadakan sidang media di parlimen hari ini. Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, debat tersebut seharusnya disiarkan secara langsung dan ditayangkan melalui televisyen ke seluruh negara. Kerajaan juga perlu memberi peluang supaya debat terbuka itu diadakan kerana perbahasan Belanjawan di Parlimen tidak mendapat liputan yang meluas dan rakyat tidak mendapat maklumat mengenainya. "Ya, memang kita boleh bahaskan dalam Parlimen tetapi ia tertutup dan seolah-olah berbahas dengan orang pekak (tidak didengari)," katanya. Katanya lagi, beliau akan memikul tanggungjawab itu atas kapasitinya sebagai Ketua Pembangkang, manakala Najib sebagai menteri kewangan. "Najib sebagai Menteri Kewangan perlu berdebat. Kalau tidak Najib siapa lagi? Kenapa dia tidak dapat melakukannya? "Saya akan bertanggungjawab untuk membahaskan Belanjawan 2012 di atas kapasiti Ketua Pembangkang," "Tapi kalau dia hantar Pemuda Umno untuk berdebat, kita hantar pemuda kita lah," Sindir Anwar ketika ditanya wartawan sekiranya Najib menghantar individu lain bagi tujuan itu. Anwar dalam sidang media itu berkata, sejak Pakatan Rakyat melancarkan Buku Jingga setahun lalu, beliau telah pun mempelawa perdana menteri untuk berdebat mengenainya, namun ditolak. "Sewajarnya Najib perihatin terhadap kebimbangan meluas berkaitan kenaikan kadar hutang negara, bukannya mengejek kekhuatiran tersebut (berdebat isu Buku Jingga)," ujarnya. | ||
Akta Kerja: Jangan sampai pekerja hilang yakin pada kerajaan, kata Pemuda PAS Posted: 17 Oct 2011 01:58 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR— Pemuda PAS meminta kerajaan mendengar keluhan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang membantah pindaan Akta Kerja 1955 memandangkan badan induk pekerja itu mempunyai asas kukuh membantah rang undang-undang yang telah dibentang dan diluluskan oleh Dewan Rakyat baru-baru ini. Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar sayap pemuda itu, Mohd Firdaus Jaafar berkata, kerajaan sepatutnya berbincang dahulu dengan pelbagai peringkat terutama golongan pekerja dan kesatuan sekerja bagi mendapatkan pandangan sebelum membentangkan Rang Undang-Undang Akta Kerja. "Ini kerana ia melibatkan hak dan kepentingan golongan ini. Jika benar kerajaan prihatin terhadap rakyat, golongan pekerja mestilah antara keutamaan yang perlu diberikan perhatian," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. MTUC sebelum ini menegaskan pihakya menentang Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 kerana ia menghapuskan sistem perlindungan, yang secara langsung akan menjadikan sistem 'hamba'. Mereka menentang sistem kontraktor tenaga buruh pihak ketiga kerana kesannya akan menjadikan soal kebajikan pekerja tidak dipedulikan. Kesan jangka panjang pula adalah menjadikan jurang pendapatan semakin meningkat dan tekanan ke atas hak-hak pekerja yang boleh menyebabkan kesan buruk ke atas sistem ekonomi, sosial dan politik di negara ini. "Dalam hal ini, LPAS mempersoalkan bagaimanakah khidmat nasihat yang diterima oleh kerajaan sehingga rang undang-undang ini menimbulkan kemarahan banyak pihak, khususnya golongan kesatuan sekerja? "Mungkinkah kerajaan mendapat nasihat yang salah, atau maklumat yang tidak tepat sehingga sanggup menegepikan golongan pekerja," kata beliau. Malah kata beliau, perkembangan itu menunjukkan betapa banyak keputusan kerajaan yang dibuat dalam keadaan terburu-buru dan tidak tepat. "Orang Melayu baru kehilangan Kampung Baru ekoran Rang Undnag-Undang Perbadanan Kampong Baru 2011 yang dibentang dan diluluskan baru-baru ini dalam keadaan yang sangat tergesa-gesa. "Kerajaan pula sengaja mahu mencari permusuhan berpanjangan dengan MTUC dan kesatuan sekerja yang lain kerana sanggup membentangkan akta ini dan diluluskan pula beberapa jam kemudiannya," kata beliau lagi. Walaupun kerajaan memberi 'gula-gula' yang banyak dalam Bajet 2012 baru-baru ini, kata beliau, rakyat masih tetap tidak berpuas hati kerana banyak perkara kerajaan telah membelakangkan rakyat. "Jangan sampai rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan, lalu memprotes pemimpin Umno-BN dalam pilihan raya umum ke-13 nanti. "Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar juga meminta kerajaan melayan tuntutan MTUC dengan baik dalam piket yang akan mereka anjurkan nanti," kata beliau sambil menambah, "negara demokrasi seperti Malaysia membenarkan hak berhimpun dan menyatakan suara hati mereka." "Justeru Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar meminta jaminan kerajaan agar jangan mengambil tindakan terhadap mereka selama mana piket berlangsung dengan aman," katanya lagi. | ||
Calon boleh menang belum tentu ‘boleh menang’ Posted: 17 Oct 2011 01:55 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Sementara Datuk Seri Najib Razak mengulangi mahu meletakkan calon-calon boleh menang dalam pilihan raya umum ke-13 mewakili Barisan Nasional (BN), penganalisis dan pemerhati politik melihat aspek atau pendekatan itu tidak semestinya akan membawa kemenangan kepada perikatan tersebut. Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, kriteria sebegini menjadi pilihan rakyat mahupun parti kerana rakyat mahukan calon terbaik yang dapat mewakili kepentingan dan memberi khidmat terbaik serta memahami masalah rakyat. "Bukan semua calon boleh menang akan pasti menang. Kekuatan sokongan atas parti lawan masih lagi satu faktor penting. Calon yang akan dipilih adalah calon yang pengundi tidak akan berkata tidak untuk mengundi mereka dan mereka rasa rugi kalau calon itu kalah dalam pilihan raya," katanya. Beliau berkata, berkemungkinan wujud unsur sabotaj jika calon boleh menang itu tidak disenangi ahli parti yang tidak terpilih menjadi calon pilihan raya. "Berkemungkinan wujud unsur sabotaj jika calon yang tidak terpilih itu terlalu berharap dan bercita-cita besar serta tiada didikan politik yang baik untuk utamakan perjuangan parti daripada kepentingan individu," katanya dipetik Sinar Harian hari ini. Beliau berkata kajian telah menunjukkan faktor calon bertanding akan menjadi pilihan utama jika dibandingkan dengan parti politik. "Malah calon yang diutamakan adalah yang beragama, beramanah, bertanggung jawab dan mesra dengan rakyat. Namun begitu kajian terkini juga menunjukkan golongan pengundi muda lebih dicorakkan oleh kecenderungan politik pro-Barisan Nasional, pro-Pakatan Rakyat atau pengundi atas pagar," katanya. Naib Canselor Universiti Utara Malaysia ini berkata, dengan dua senario itu, tugas memilih calon bertanding dan memperkemaskan parti politik supaya berada di hati pengundi sangat diperlukan. Calon terpilih mesti mendapat sokongan jawatankuasa pilihan raya parti setempat dan mengelak sabotaj sesama parti dan parti komponen. "Jalinan kerjasama di antara calon bertanding dengan barisan kepimpinan parti dan parti komponen perlu jelas dan dirasai kewujudan dan manfaat mereka ke atas kawasan setempat," katanya. Dalam pada itu, pensyarah sains politik Universiti Sains Malaysia, Dr. Azeem Fazwan Farouk berkata, calon yang mewakili rakyat seharusnya mewakili suara majoriti. "Pengundi mengandaikan wakil mereka seharusnya memiliki nilai murni. Oleh itu, kriteria yang diambil kira sebagai kriteria utama dalam pemilihan seseorang calon sudah semestinya baik," katanya. Beliau berkata, calon seharusnya mempunyai integriti kerana mereka membuat keputusan yang memberi kesan mendalam dalam kehidupan rakyat. Azeem berkata, unsur sabotaj tidak dapat dielakkan kerana status sebagai wakil rakyat membawa beberapa keistimewaan. Awal tahun ini, Najib berkata beliau akan menunaikan haknya sebagai pengerusi BN untuk menolak calon-calon berpotensi yang mempunyai kedudukan dalam parti, bagi memastikan hanya mereka yang boleh membawa kemenangan menjadi calon dalam pilihan raya akan datang. Wujud keperluan untuk memastikan bahawa calon-calon yang dipilih juga diterima rakyat di kawasan pilihan raya, katanya. Berdasarkan prinsip itu, beliau berkata semua parti komponen BN di negeri ini perlu menjalankan penilaian bukan dari sudut kedudukan calon dalam parti semata-mata tetapi berfikir lebih mendalam supaya ada opsyen atau pertimbangan yang lain. Dalam satu kenyataan awal bulan ini, Najib mengingatkan semua anggota parti komponen BN supaya tidak menganggap diri sebagai calon boleh menang pilihan raya umum akan datang dan bertindak mensabotaj parti apabila tidak terpilih. Katanya, calon-calon BN yang bakal diketengahkan kelak adalah calon terbaik yang mempunyai ciri-ciri boleh menang, yang dipilih selepas membuat tinjauan sistematik dan semakan terperinci. | ||
Siapa calon alternatif ketua kerajaan negeri diteraju Pakatan, Lim cabar BN Posted: 17 Oct 2011 01:52 AM PDT KUALA LUMPUR— Barisan Nasional (BN) seharusnya mengumumkan nama-nama calon alternatif bagi jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, kata Lim Guan Eng hari ini. Ketua Menteri Pulau Pinang mengulas jaminan Datuk Seri Najib Razak kepada Gerakan bahawa parti itu tetap akan mengekalkan tampuk kepimpinan apabila BN menawan balik negeri tersebut. "Saya mahu mengatakan sebelum mereka melakukan, mereka harus menamakan calon ketua menteri alternatif. "Kita perlu bersedia.. jika ada ketua menteri alternatif, kami berminat untuk tahu. Bukan sahaja di Pulau Pinang, di Selangor juga. Siapa Menteri Besar alternatif? Di Kedah juga, dan juga di Kelantan," kata beliau (gambar) di George Town hari ini. Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata Pakatan Rakyat melihat cabaran BN untuk mahu menang balik Pulau Pinang dengan sangat serius. Kata beliau, BN menggunakan pembohongan dan taktik-taktik kotor untuk memperlekehkan pentadbirannya. "Kami akan berhadapan dengan pilihan raya paling kotor. Anda ada Umno yang menyebarkan pembohongan bahawa kami ini anti-Islam dan di sebelah lain pula anda ada Gerakan yang menyerang kerajaan negeri menambah peruntukan untuk hal ehwal Islam," katanya lagi. Lim juga berkata Pulau Pinang tidak akan ikut langkah Najib jika memanggil pilihan raya umum tahun ini tetapi sebaliknya kemungkinan berbuat demikian jika pilihan raya umum dipanggil 2012. | ||
Posted: 17 Oct 2011 01:49 AM PDT
| ||
Pemuda PAS Sabah lancar Kempen Selamatkan Pulau Posted: 17 Oct 2011 01:48 AM PDT
| ||
Hudud sebagai pendekatan tangani gejala sosial Posted: 17 Oct 2011 01:47 AM PDT
| ||
Mengapa Laporan Audit Negara masih tidak diserah? Posted: 17 Oct 2011 01:45 AM PDT
| ||
Tun Razak akui hak negeri dapat royalti 5 peratus Posted: 17 Oct 2011 01:44 AM PDT
| ||
Posted: 17 Oct 2011 01:39 AM PDT
| ||
Belanjawan: Anwar cabar Najib debat Posted: 17 Oct 2011 01:39 AM PDT
| ||
Gerakan Mansuh ISA 2.0 di Parlimen, Selasa ini Posted: 17 Oct 2011 01:35 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR - Pimpinan Pakatan Rakyat akan melancarkan Gerakan Mansuhkan ISA 2.0 di bangunan Parlimen, Selasa ini jam 12.30 tengah hari. Pelancarannya dijangka akan dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang juga ahli Parlimen Marang atau Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh. Gerakan ini merupakan gabungan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan nasib peneroka antaranya Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa), Bangkit dan Waris. Penubuhannya bertujuan mendesak Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad ditamatkan kontraknya secepat mungkin kerana menimbulkan banyak konflik dalam Felda sehingga menyebabkan rasa tidak senang peneroka. Terbaru, berlaku pertembungan kuasa di antara Isa dan Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab apabila Isa dilantik sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang didakwa mendapat persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Menurut Presiden Anak Mazlan Aliman, gerakan tersebut akan mengumpulkan tandatangan warga Felda di setiap negeri yang tidak bersetuju dengan pelantikan Isa sebagai Pengerusi Felda dan Pengerusi KPF. "Kita akan mengumpulkan tandatangan peneroka yang tidak bersetuju dengan Isa dan akan serahkan kepada Perdana Menteri supaya kontrak Isa ditamatkan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat juga berkata, selain mengumpul tandatangan, gerakan itu juga akan mengadakan siri solat hajat agar warga Felda diselamatkan daripada pihak berkepentingan dan sesi taklimat mengenai kesan apabila Felda Holding disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Selain itu katanya, pihaknya akan membawa pemegang saham KPF ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi menuntut tribunal dijalankan mengenai pelantikan Isa sebagai pengerusi koperasi. "Pemegang saham KPF akan serah borang bantahan kepada Suruhanjaya bagi membolehkan satu tribunal dijalankan ke atas pelantikan Isa.Itu prosedurnya," kata beliau. Tambahnya, gerakan itu ditubuhkan atas kesedaran warga Felda sendiri, bukan pengaruh mana-mana parti politik. "Kita buat semua ini bukan atas faktor politik tapi kerana memikirkan nasib peneroka yang sudah lama ditindas dan ditipu." katanya sambil mengalu-alaukan mana-mana NGO yang ingin menyertai gerakan tersebut.- Harakah Daily | ||
Nik Aziz: ‘Bolehkah orang tentang hudud sokong Akta Murtad’ Posted: 17 Oct 2011 01:34 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menyokong idea agar digubal satu undang-undang khusus mengawal murtad di negara ini, tetapi pada masa yang sama menyoal sama ada pihak-pihak yang menentang hukum hudud boleh undang-undang sedemikian. "Saya diminta untuk memberikan respons tentang isu Akta Murtad, saya menyokong. "Cuma saya musykil, bolehkah orang yang menentang hudud menyokong Akta Murtad?" kata beliau (gambar) dalam satu mesej menerusi laman sosial Facebook hari ini. Sehubungan itu kata beliau, liputan berkaitan dengan undang-undang itu "hanyalah mainan media, sampai masanya Umno dan seluruh media massa akan senyap." "Lihat sahajalah nanti," kata Mursyidul Am PAS ini dalam kenyataan terbaru mengenai debat agar diadakan satu undang-undang khusus bagi mencegah murtad. Dalam satu pandangan dikeluarkan semalam, Nik Aziz yakin negara sudah lama telah menggubal undang-undang khusus mencegah murtad jika tidak terhalang hanya disebabkan oleh sikap ego Umno yang melampau. Menurutnya, jika 'tiada halangan' dalam bentuk itu daripada Umno, undang-undang seumpama sudah pasti telah diterima pakai kira-kira dua dekad yang lalu. Pendirian itu diketengahkan ketika pelbagai pihak mengulas kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, yang diutarakan minggu lalu, agar negara menggubal Akta Murtad bagi mengawal isu berkaitan. "Jika tidak kerana keegoan Umno yang terlampau mengutamakan sentimen politik, pada adatnya negara kita sudah pun memiliki undang-undang khusus menangani gejala murtad. "Paling lewat pun pada sekitar awal 90-an dulu, sudah ada usaha secara serius dan bersaluran oleh PAS untuk membuka jalan perbahasan secara positif dan signifikan ke arah penggubalan suatu undang-undang berkaitan murtad," kata beliau. Idea berkenaan undang-undang murtad ini muncul ketika Nik Aziz mengulangi hasrat kerajaan negeri Kelantan mahu memperkenalkan undang-undang hukum hudud. Kerajaan negeri menggubal enakmen berkaitan pada 1993, tetapi tidak dapat dikuatkuasakan ekoran sekatan kerajaan pusat atas faktor peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cadangan supaya Akta Murtad diwujudkan harus dibincangkan secara bersama-sama oleh majlis-majlis agama Islam negeri kerana soal agama terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri. Beliau berkata penguatkuasaan enakmen melarang orang bukan Islam menyebarkan agama mereka kepada kalangan orang Islam juga terletak dalam kuasa kerajaan negeri. Akta Murtad dicadangkan Harussaini untuk menghukum individu yang terbukti bersalah memurtadkan orang Islam kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.- Malaysian Insider | ||
Rumah YDP PAS Segamat disimbah cat merah Posted: 17 Oct 2011 01:30 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE SEGAMAT - Rumah Yang Dipertua PAS Segamat, Firdaus Masood, telah dilontar cat merah dipercayai dilakukan pihak-pihak yang begitu marah setelah merasakan pengaruh mereka tergugat dan tercabar berikutan kehadiran dua tokoh Pakatan Rakyat, baru-baru ini. Kehadiran Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada 10 Oktober dan diikuti dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dua hari kemudian (12 Oktober), benar-benar telah menimbulkan kemarahan pihak-pihak terbabit sehingga bertindak di luar batas moral. Terdahulu dari itu Firdaus turut mendakwa menerima ugutan melalui telefon termasuk membakar pejabatnya jika meneruskan hasrat untuk mengadakan ceramah oleh Mohamad Sabu pada 10 Oktober lalu. Firdaus ketika ditemui di rumahnya kelmarin memberitahu, beliau tidak akan lemah semangat dengan ugutan-ugutan itu sebaliknya akan meneruskan perjuangan untuk menjatuhkan Umno BN Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. "Ugutan dan simbahan cat ini adalah petanda bahawa Umno BN memang dalam keadaan yang sangat terdesak sekarang ini, sebab itu mereka cuba menghalang pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mendedahkan segala kepincangan mereka selama ini. "Mereka cuba menghalang program ceramah kita kerana menyedari Segamat adalah kawasan hitam bagi mereka" katanya. Firdaus yang juga pengamal undang-undang seterusnya menyifatkan, tindakan itu merupakan permulaan kepada cabaran-cabaran yang mungkin lebih besar lagi selepas ini, namun terus bertekad untuk meneruskan perjuangan. "Perjuangan ini akan tetap diteruskan bahkan insiden yang berlaku ini akan menambahkan lagi semangat juang setiap pendukung PAS dan Pakatan Rakyat khususnya di Segamat ini," ujarnya. Ekoran insiden itu, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Segamat, kira-kira jam 1.00 petang kelmarin. Pada satu majlis di Labis, 7 Oktober lalu, seorang petugas Jabatan Amal Johor, Shahril Sulaiman, tercedera dan menerima tujuh jahitan setelah dilontar dengan objek keras ketika cuba menghalang kira-kira 50 penunggang motorsikal yang cuba membuat bising untuk mengganggu majlis tersebut. Sementara itu cubaan untuk mengganggu ceramah Mohamad Sabu di Kampung Tahang Rimau Segamat pada 10 Oktober lalu berjaya digagalkan, kehadiran ratusan petugas Jabatan Amal dan Angkatan Muda Keadilan yang mengawal lalu lintas menyebabkan taktik sama yang cuba dilakukan kumpulan penunggang motosikal untuk membuat bising bagi mengganggu ceramah, tidak menjadi. | ||
Najib, Rosmah dan hakim: Tidak relevan atau alat BN? Posted: 17 Oct 2011 01:26 AM PDT Malaysia Chronicle Ada sebab penting kenapa Anwar Ibrahim mahukan hakim Kes Liwat II diketepikan. Hakim itu terlalu mentah dan masih belajar menangani kes penting seperti kes Liwat II itu. Apa yang penting, beliau yang diserap ke dalam sistem melalui saluran Eksekutif kerajaan, adalah satu yang memalukan. Ini juga boleh dikatakan pada keputusan mahkamah yang membenarkan permintaan Najib dan Rosmah untuk tidak hadir ke mahkamah sebagai saksi diterima. Anwar menyifatkan keputusan itu sebagai pengolahan kuasa semata-mata. Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah bersetuju bahawa Najib dan Rosmah tidak boleh memberikan sebarang maklumat yang terkait dalam kes Liwat II sebagai sah. "Dengan ini saya membenarkan permohonan dan memerintah mahkamah untuk bersambung," ujar Zabidin. "Kita ada bukti yang menyokong bahawa kedua-dua mereka ada terlibat. Posisi kami ialah isu ini dirancang. Najib patut hadir dan menafikannya. Pihak pendakwaan memohon Najib dan Rosmah sebagai saksi. Sekiranya mereka dikatakan tidak relevan, kenapa mereka dimohon?" Anwar berkata kepada pemberita. Pendakwaraya menawarkan saksi tidak relevan? Benar, pihak pendakwarayalah yang menawarkan dua saksi itu dan pihak pendakwaraya yang sama jugalah yang cuba melindungi Najib dan Rosmah. Alasan bahawa kedua-dua mereka itu tidak relevan dalam kes Liwat II ini bohong dan salah. Sifat utama kenapa Najib menafi dan menarikbalik kenyataannya bila disoal sekiranya beliau mengenali Saiful Bukhari Azlan menunjukkan adanya konspirasi. Apakah yang dibincangkan antara Najib dan Saiful, beberapa hari sebelum Saiful membuat laporan polis? Apakah hubungan antara Saiful dan Najib yang membuatkan Saiful dengan mudah bertemu Najib yang pada waktu itu Timbalan Perdana Menteri, di rumah rasminya untuk membincangkan soal 'biasiswa'? Namun, persoalan ini jauh lebih dalam lagi. Apakah yang Najib dan Rosmah lindungi dari umum? Apakah alahan mereka untuk tidak hadir ke mahkamah? Untuk menzahirkan wacana ini, mahkamah pula beroperasi memperkenankan permintaan mereka untuk tidak dipanggil hadir. Reputnya institusi kehakiman Ini merupakan satu misteri dan ini menunjukkan yang institusi kehakiman mula mereput. Mahkamah undang-undang seharusnya bebas dari gengaman para Eksekutif kerajaan. Ia sepatutnya menjadi benteng ampuh kepada mereka yang tidak boleh mempertahankan diri sendiri, namun di Malaysia, mahkamah mempunyai wewenang untuk melangsaikan hal golongan elit negara ini dengan cara tersendiri. Mahkamah boleh dibeli atau dieram atau ditekan dan inilah yang berlaku dalam kes Liwat II. Bukankah sepatutnya testimoni diperdengar dahulu sekiranya relevan atau tidak oleh hakim? Namun, Mohd Zabidin bertindak menyatakan testimoni itu tidak relevan sebelum sesi pendengaran atau soal-jawab dilakukan. Bukankah sepatutnya hakim bertindak untuk kepentingan umum dan menjadikan Najib dan Rosmah warganegara Malaysia, menyatakan 'tidak bersalah' di dalam mahkamah undang-undang? Mahkamahlah yang berkuasa untuk menentukan sama ada mereka bersalah atau tidak hanya selepas testimoni mereka didengarkan. Kerana ini, Mohd Zabidin telah bertindak diluar etik profesionalisme telah memalukan institusi kehakiman yang sepatutnya mengutamakan umum sebagai asas badan itu, lebih dari apa-apa kepentingan lain. Jika tidak, masyarakat tidak berfungsi dan semuanya akan menjadi porak-peranda. Protes di Wall St Malang sekali sebuah institutsi yang sepatutnya menjadi lambang kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia telah dilacurkan. Ada 'double-standards' yang digunapakai oleh mereka-mereka yang duduk dikerusi-kerusi empuk hukum yang turut dihuni oleh para Eksekutif pemakan rasuah. Institusi kehakiman bukan sahaja mereput, tetapi turut merebak ke dalam semua sistem undang-undang negara. Kenapa bantahan berbentuk protes di Wall Street, New York masih berlangsung hingga hari ini tanpa ada sebutir gas pemedih mata dilemparkan kepada pendemo? Di Kuala Lumpur 9 Julai yang lalu, warga yang mengikuti perhimpunan BERSIH 2.0 telah dihujani serangan pihak polis yang menembak 262 butir kanister gas pemedih mata. Polis Malaysia turut menyembur air berasid menggunakan jenteranya, menembak bom asap kepada warganegara yang tidak bersenjata dan yang duduk di atas jalan tanpa melakukan aksi provokasi. Ini juga adalah pihak polis yang sama ketika Anwar Ibrahim ditumbuk sehingga lebam matanya pada kes Liwat I tahun 1998. Apa yang digeruni ialah keputusan yang akan dibuat untuk Anwar dalam kes Liwat II ini nanti. Masa menghumban Najib dan Rosmah keluar Jelas, cara untuk mengelakkan Najib dari dipanggil mahkamah dilakukan kerana demam pilihanraya ke-13 semakin hampir. Dengan melengah-lengahkan kes Liwat II Anwar ini, Najib boleh mengumumkan tarikh pilihanraya umum sambil memastikan kem Anwar serta Pakatan Rakyat tempang untuk turun ke padang bertemu rakyat jelata. Inilah jawapan kepada kes Liwat II yakni untuk menghancurkan karier politik Anwar dalam apa jua cara. Namun, Najib tersalah baca firasat dan kehendak rakyat. Rakyat Malaysia tidak memerlukan Anwar untuk berhimpun pada 9 Julai yang lalu kerana rakyat melakukan ini untuk diri mereka sendiri. Dan walaupun Najib merasakan dirinya selamat, akhir nanti rakyat jualah yang akan menghumban pasangan 'pertama' Malaysia ini ke dalam penjara.- Malaysia Chronicle | ||
Sampai bila Malaysia akan diperintah oleh pemimpin yang gagal? Posted: 17 Oct 2011 01:23 AM PDT Najib Razak menyindir Belanjawan Pakatan Rakyat sebagai bajet yang "menjanjikan bulan dan bintang" yang bunyinya sama seperti ejekan budak-budak sekolah yang masih berhingus. | ||
Anwar Ibrahim: Malaysia bakal melewati batas hutang negara Posted: 17 Oct 2011 01:21 AM PDT Adalah suatu kritikan yang dangkal oleh Najib Razak menggelar Belanjawan Pakatan Rakyat 2012: Kesejahteraan Untuk Semua sebagai "belanjawan Republikan aliran kanan yang gagal memahami kehendak rakyat." Ini membuktikan Najib mengelak dari isu asas yang menjangkiti pentadbiran beliau seumpama tadbir urus yang goyah, rasuah berleluasa dan dasar Barisan Nasional yang memperkaya keluarga dan kroni. | ||
Pemuda PAS bidas Najib kata pilihan raya adil Posted: 17 Oct 2011 01:19 AM PDT Ketua Penerangan, Riduan Mohd Noor menganggap Najib terlupa sejarah pilihanraya umum di Malaysia yang menyaksikan bagaimana BN memainkan peranan bagi memenangi setiap pilihan raya berlangsung. PETALING JAYA: Pemuda PAS tetap menolak dan membidas kenyataan Perdana Menteri yang berkata pilihan raya di negara ini adil kepada pembangkang dan BN tidak pernah memanipulasi proses pilihan raya. Ketua Penerangan, Riduan Mohd Noor menganggap Najib terlupa sejarah pilihanraya umum di Malaysia yang menyaksikan bagaimana BN memainkan peranan bagi memenangi setiap pilihan raya berlangsung. "Barangkali Najib tidak mengerti definisi sebenar adil menurut perspektif yang betul. Untuk itu, DPPM ingin menanyakan beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh Najib bagi membuktikan bahawa kenyataannnya betul. "Dalam sejarah pilihanraya umum berlangsung sejak dahulu sehingga sekarang, bilakah media milik kerajaan Umno-BN benar-benar bersih daripada kongkongan parti pemerintah?" katanya dalam kenyataan hari ini. Kata Riduan, setahu Pemuda PAS, tidak pernah media rasmi negara bebas dalam melaporkan hal yang sebenarnya. PAS dan Pakatan Rakyat tambahnya, sejak dahulu tidak pernah mendapat liputan yang adil daripada media rasmi. Ditujah dan diserang Menurutnya, pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat selalu ditujah dan diserang dari pelbagai penjuru bagi memburukkan imej PAS di mata masyarakat. "Pernahkah kerajaan Najib memberi kebebasan untuk pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat tampil di media rasmi negara bagi berkempen sebagaimana pemimpin Umno perolehi setakat ini? "Dalam soal undi pos, PAS telah banyak kemukakan bukti serta saksi betapa undi pos digunakan sebagai alat untuk memenangkan parti pemerintah. "PAS pernah membawa beberapa orang bekas anggota tentera yang mengaku pernah mengundi banyak kali dalam sesebuah pilihan raya umum. Adakah Najib mahu menafikan lagi hal ini? "Memang benar ada tempat yang undi pos memihak kepada PAS, tetapi berapa sangatkah jumlah keseluruhannya berbanding undi yang diperolehi oleh Umno-BN. "Pemuda PAS ingin bertanya, jika betul BN sebagai adil, bolehkah undi pos dimansuhkan dan digantikan dengan undi biasa sepertimana rakyat biasa. Berat sebelah Riduan juga mendakwa, dalam soal berkempen, apakah Najib lupa bahawa Umno-BN selalu bertindak berat sebelah. "Para guru, pegawai kerajaan, tentera, polis dan lain-lain digunakan sebagai alat berkempen. Seolah-olah pilihanraya kecil atau umum adalah milik Umno-BN. "Adakah Najib mahu menafikan hal ini, dan adilkah sebuah kerajaan melawan sebuah parti pembangkang dalam pilihanraya?" tambahnya lagi. Menurut Riduan, Pakatan Rakyat memenangi banyak negeri di Semenanjung bukan membuktikan BN itu adil, tetapi rakyat telah melihat kebenaran. Kebenaran tidak boleh disorok, maka kejahatan yang dibuat tidak mampu menenggelamkan kebenaran yang diterima rakyat | ||
Ketua Umno: Rakyat tolak MCA, Gerakan Posted: 17 Oct 2011 01:15 AM PDT "Tetapi kemenangan Umno sendirian tidak cukup kerana Gerakan dan MCA kalah semua kerusi yang mereka bertanding," kata ketua Umno Bukit Gelugor. PETALING JAYA: Umno Pulau Pinang menegaskan BN tidak akan mampu merampas Pulau Pinang jika Gerakan dan MCA terus ditolak pengundi dalam pilihan raya ke 13 nanti. Ketua Umno Bukit Gelugor Datuk Omar Faudzar berkata, Gerakan dan MCA kalah besar dalam pilihan raya umum 2008. Menurutnya, Umno cuma kalah empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dari 15 yang ditandingi dan dua dari empat kerusi Parlimen pada 2008. "Tetapi kemenangan Umno sendirian tidak cukup kerana Gerakan dan MCA kalah semua kerusi yang mereka bertanding. "Prestasi kedua-dua parti itu sangat buruk dalam pilihan raya umum 2008. Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN" katanya hari ini. Omar mengulas keyakinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa BN mampu merampas Pulau Pinang dalam pilihan raua umum akan datang. Najib membuat kenyataan demikian ketika berucap merasmikan perasmian perhimpunan agung Gerakan di Kuala Lumpur semalam. Janji Umno kepada Gerakan, MCA Ketua Umno Bukit Gelugor itu juga mengulas kenyataan Najib bahawa pemimpin Umno tidak akan dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN menang dalam pilihan raya umum akan datang. Omar berkata, Umno telah membuat perjanjian dengan Gerakan dan MCA bahawa parti orang Melayu itu tidak akan menjadi Ketua Menteri. "Umno akan berpegang teguh dengan janji yang telah dibuat dengan Gerakan dan MCA itu," tambahnya. Sementara itu, Ketua Umno Bukit Mertajam Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, Umno bercadang bertanding lebih banyak kerusi DUN dalam pilihan raya umum akan datang. Menurutnya, ini kerana prestasi baik yang ditunjukkan parti itu dalam pilihan raya umum akan datang. Mengenai Gerakan dan MIC, Musa berkata, kedua-dua parti berkerja kuat untuk mendapatkan semula sokongan pengundi Cina. "Ada kemungkinan mereka akan menang semula dalam pilihan raya umum ke 13 kelak," tambahnya. Pakatan Rakyat merampas Pulau Pinang setelah menang besar dalam pilihan raya 2008. | ||
Kelantan kaji sejarah sebelum beri penghargaan kepada pejuang kemerdekaan Posted: 17 Oct 2011 01:08 AM PDT KOTA BAHARU: Kerajaan Negeri Kelantan akan mengkaji terlebih dahulu sejarah negara sebelum mahu memberikan sebarang penghargaan kepada pejuang kemerdekaan negara. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata ini kerana pihaknya mahu mendapatkan gambaran sebenar sejarah kerana ada yang berpandangan negara tidak pernah dijajah British. "Cadangan untuk memberikan penghargaan ini adalah sangat baik tetapi kita mahu teliti terlebih dahulu sejarah yang ada, nanti kita tidak mahu dikatakan Kelantan tidak tahu sejarah," katanya pada sesi soal jawab di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini, hari ini. Mohd Amar berkata kerajaan negeri Kelantan bagaimanapun tidak pernah melupai jasa pejuang itu terutama kepada guru-guru agama yang ketika itu turut berjasa berjuang untuk menegak kemerdekaan negara. "Kelantan sudah meletakkan nama pejuang itu pada tempat-tempat tertentu seperti jalan menggunakan nama seperti Tok Janggut," katanya. Menjawab soalan Datuk Abdul Aziz Derashid (BN-Kuala Balah) yang mahu kerajaan negeri Kelantan membuat pendirian mengenai kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengenai pengiktirafan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan, Mohd Amar berkata perkara itu juga akan diteliti terlebih dahulu. "Profesor Mat Sabu" Sebelum itu Abdul Aziz ditegur Timbalan Speaker Mohd Zaki Ibrahim kerana menyebut Mohamad sebagai "Profesor Mat Sabu", wakil BN itu kemudiannya menarik balik perkataan tersebut. Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fattah Mahmood ketika menjawab soalan Muhammad Mustafa (PAS-Demit) berkata kerajaan negeri akan membina sebuah mini stadium yang lokasinya di Kuala Krai sekiranya kerajaan pusat membayar royalti petroleum. Katanya pemilihan Kuala Krai untuk pembinaan mini stadium itu kerana di jajahan itu mempunyai keluasan tanah yang mencukupi bagi tujuan itu. Selain itu, kerajaan negeri menafikan projek Bazar Tengku Anis dan Bazar Tok Guru merupakan projek yang gagal sebaliknya telah berjaya membantu peniaga. Menjawab soalan Abdul Aziz, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata sebanyak 70 peratus premis kedua-dua bazar perniagaan itu telah dipenuhi peniaga. "Tempat ini sangat berdaya maju buat peniaga dan melalui Majlis Perbandaran Kota Baharu, kedua-dua bazar ini dipantau bagi kepentingan peniaga," katanya. Sebelum persidangan berhenti rehat, dewan itu juga turut meluluskan usul merakamkan ucapan tahniah kepada Sultan Muhammad V yang telah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong selama lima tahun bermula Disember ini. Persidangan bersambung esok. -Bernama | ||
Kontrak Alam Flora kutip sampah di S'gor ditamatkan Posted: 17 Oct 2011 01:05 AM PDT MALAYSIA KINI Alam Flora Sdn Bhd tidak lagi menjalankan tugas mengutip sisa pepejal dan pembersihan awam di Selangor mulai semalam. Ini berikutan pengambilalihan sepenuhnya perkhidmatan berkenaan oleh kerajaan negeri Selangor. "Alam Flora menghormati keputusan yang dibuat. Kami berharap mendapat peluang semula pada masa hadapan untuk menyediakan perkhidmatan kutipan dan pembersihan untuk rakyat Selangor," kata Alam Flora dalam satu kenyataan hari ini. Penduduk Selangor diminta mengemukakan sebarang aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan masing-masing. Bernama | ||
Posted: 17 Oct 2011 12:57 AM PDT Abdul Aziz Bari Saya sudah mengambil keputusan untuk membawa segala fitnah dan kekeliruan yang dibawa oleh Utusan Malaysia dan pihak-pihak tertentu ke mahkamah. Buku-buku Kegilaan Utusan Pendeknya kalau Awang sibuk sangat dan tidak berkesempatan untuk membuat rujukan ilmiah wawancara-wawancara semuka penuh dengan saya dengan akhbar beliau dalam antara 2008 dan 2010 itu sebenarnya sudah memadai untuk beliau memahami perspektif saya mengenai Islam, raja dan kebebasan beragama dalam perlembagaan kita. Adalah diharapkan ahli parlimen Kulim-Bandar Baru itu sudi hadir untuk menjernihkan keadaan. Saya tidak ada peluang mempertahankan diri di parlimen sewaktu beliau menyerang saya. Sikap tak konsisten Abdul Aziz Bari adalah pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau banyak memantau perkembangan politik tanah air dan mengulasnya secara kritikal dari perspektif perlembagaan negara. ULASAN ini adalah pendapat peribadinya dan tidak semesti mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan