Isnin, 17 Oktober 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Pelancong DIBUNUH & DIMAKAN oleh Kaum Kanibal di Nuku Hiva

Posted: 17 Oct 2011 06:30 AM PDT


Pelancong Jerman bersama-sama dengan teman wanitanya singgah di sebuah pulau Pasifik terpencil dikhuatiri dibunuh dan dimakan oleh penduduk pulau itu.

Tulang dan sisa anggota badan dipercayai milik, Stefan Ramin, 40, ditemukan di kawasan perkhemahan mereka. Dia dipercayai telah dipotong-potong sebelum dipanggang oleh penduduk tempatan - walaupun sebelum ini mereka mendakwa telah menghentikan budaya kanibalisme sejak beberapa dekad yang lalu.

Ujian DNA akan dijalankan terhadap tulang rahang, gigi dan beberapa logam cair di kawasan itu. Sisa tersebut dijumpai dalam abu sejuk di kepulauan Perancis Polinesia, Nuku Hiva, 930 batu dari Tahiti.

Stefan dan teman wanita Heike Dorsch, 37 - yang telah melakukan ekspedisi pelayaran sejak tahun 2008 - singgah di pulau itu pada 16 September lalu. Dia dipercayai telah pergi memburu kambing yang merupakan tradisi penduduk di situ bersama-sama dengan seorang jurupandu tempatan.

Jurupandu yang dikenal sebagai Henri Haiti, kemudian kembali seorang diri lalu memberitahu Heike: "..Stefan telah mengalami kemalangan. Dia memerlukan bantuan."

Namun, jurupandu itu kemudiannya dikatakan telah merantai Heike pada sebatang pokok sebelum menyerangnya. Beberapa jam kemudian, Heike berjaya membebaskan dirinya dan memaklumkan hal itu kepada polis. Sekumpulan 22 anggota polis telah melancarkan operasi mencari di pulau itu, yang mempunyai penduduk sekitar 2 789.

Henri Haiti masih hilang dan tentera telah diarah untuk menjejakinya.

Sebuah laman web tempatan melaporkan: "Stefan Ramin telah bertemu dengan Henri Haiti dan tidak mempunyai apa-apa sebab untuk rasa waspada. Teman wanitanya memberitahu bahawa dia diancam dengan senjata oleh Haiti sebelum diikat pada pokok.

"Dia memberitahu penyiasat bahawa Haiti cuba memperdayanya agar mengikutnya untuk menyelamatkan Stefan yang dikatakan cedera."

Heike dan Stefan, bekas penasihat perniagaan dari bandar Haselau di utara Jerman, mengemaskinikan blog agar sahabat dan ahli keluarga dapat mengikuti perkembangan dan pengembaraan mereka.

Cerita lanjut, sila buka portal The Sun UK.





AWAS, JPJ Laksana Akta Baru, Sasaran Motosikal di Kawasan Pedalaman, Kampung

Posted: 17 Oct 2011 05:00 AM PDT


Saya petik:

[SH] MARAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di setiap negeri diarah untuk melakukan operasi tumpuan terhadap pengguna motosikal sejak awal bulan ini melalui sekatan jalan raya meliputi kawasan pedalaman dan kampung.

Timbalan Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan, Datuk Ismail Ahmad berkata, tumpuan diberikan terhadap kumpulan itu yang merupakan penyumbang terbesar kemalangan jalan raya maka operasi berterusan akan dilakukan di seluruh negara.

Menurutnya, perkara itu turut mendapat reaksi Dewan Rakyat yang melahirkan kebimbangan apabila 62 peratus kemalangan jalan raya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal terutama pada musim perayaan.

"Pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia mengarahkan JPJ supaya mengambil tindakan susulan menggunakan kaedah sedia ada bagi mengurangkan kadar kemalangan dalam kalangan pengguna motosikal.

"JPJ Negeri akan melakukan sekatan di semua jenis jalan raya dengan memberi tumpuan kepada pengguna motosikal melalui pemeriksaan menyeluruh," katanya kepada media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Daerah Maran di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Sentul, di sini.

Ismail berkata, melalui akta baru, JPJ akan melaksanakan penguatkuasaan bagi pemeriksaan dan mengeluarkan saman ke atas pengguna motokar yang didapati menggunakan cermin gelap melebihi kadar ketelusan cahaya ditetapkan di semua jenis jalan raya termasuk di kawasan letak kenderaan.

Menurutnya, alat penguji baru dikenali sebagai Auto Light Plus digunakan bagi tujuan itu dan mengikut takrif jalan raya, laluan di kawasan kampung tradisional juga merupakan jalan raya serta tidak terkecuali tempat letak kenderaan. 



P/s: Blog ini ada menyiarkan berita berkaitan dengan akta baru yang memberikan kuasa kepada JPJ menyaman dan menjalankan penguatkuasaan yang lain di semua jalan termasuk jalan kampung dan kawasan perumahan. Baca di sini.

[Wajib Baca] Hutang MALAYSIA RM437.2 BILION, Cuba Lihat Sumber Hutang, Duit Siapa?

Posted: 17 Oct 2011 03:41 AM PDT


Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR - Hutang Kerajaan Persekutuan sehingga 30 Jun 2011 berjumlah RM437.2 bilion atau 52.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Daripada jumlah tersebut, sebahagian besar hutang Kerajaan Persekutuan merupakan hutang dalam negeri yang berjumlah RM421 bilion atau 96.3 peratus daripada keseluruhan hutang, manakala baki RM16.2 bilion atau 3.7 peratus merupakan hutang luar negara.

Dengan jawapan bertulis Kementerian Kewangan kepada soalan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang meminta Menteri Kewangan menyatakan hutang luar negara mengikut negara yang memberi pinjaman kepada Malaysia.

Jawapan itu juga memberitahu sumber hutang, pinjaman dalam negeri diperolehi melalui terbitan Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan Kerajaan Kerajaan (TPK), Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM), pinjaman Kumpulan Pinjaman Perumahan dan terbitan Sukuk Simpanan Rakyat serta Sukuk 1Malaysia.

Pemegang instrumen berkenaan terdiri daripada institusi kewangan, syarikat insurans dan pertubuhan keselamatan sosial seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan SOCSO.


Dalam pada itu hutang luar negeri Kerajaan Persekutuan pula diperoleh daripada sumber pasaran modal antarabangsa melalui terbitan sukuk global dan pengeluaran pinjaman projek melalui institusi multilateral seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia dan Bank Pembangunan Islam serta bilateral dalam mata wang asing iaitu Dolar Amerika Syarikat, Yen, Dolar Eura, Dolar Kanada serta Dinar.



P/s: Berdasarkan berita di atas, sebahagian besar sumber hutang negara daripada duit rakyat. Jika difikirkan semula, patutlah susah sangat kita hendak keluar duit KWSP. Macam-macam peraturan dikenakan untuk tujuan itu. Rupa-rupanya kerajaan BN dengan selamba menggunakannya untuk tujuan yang kita sendiri masih kabur.

Kajian Dapati Air ZAMZAM Terbaik di Dunia, Menjadi Penawar Penyakit Kronik

Posted: 17 Oct 2011 01:00 AM PDT


Dr Hamdi Saif dari Universiti Iskandariah membuat kesimpulan bahawa air zamzam adalah air yang terbaik di dunia berdasarkan  kajian mengenai sifat kimia dan fizikal air tersebut. Beliau mendapati air itu mempunyai keseimbangan sempurna dalam elektrolit dan mineral surih yang penting untuk kesihatan tubuh badan, petik SG.

Di samping itu, air itu adalah semula jadi, bersih dan tulen, dan bebas daripada semua mikroorganisme patogenik.

Kata Dr Hamdi, "Air zamzam sangat bagus digunakan untuk membantu mengubat penyakit buah pinggang, jantung, dan pelbagai penyakit kronik yang lain."  

Air zamzam telah dianalisis di makmal di dunia Arab dan Eropah dan dibandingkan dengan air botol biasa daripada negara lain.

Mendedahkan hasil analisis itu, Dr Hamdi berkata, "Tidak seperti air lain, air zamzam mengandungi jumlah kalsium, magnesium dan florida yang cukup. Air itu  dapat menyegarkan jemaah yang kepenatan."

"Kami dapati air zamzam selamat diminum dan tiada tarikh luput. Air ini 100 peratus tulen, tidak mengandungi klorin atau bahan kimia lain," katanya lagi.


P/s: Allah Maha Besar!



Isteri KERAT dan BUANG "ANU" SUAMI ke dalam Sungai

Posted: 16 Oct 2011 11:30 PM PDT

Sekadar hiasan.

Berita AFP memetik seorang wanita menggunting kemaluan suaminya sebelum mencampakkan organ itu ke dalam sungai. Wanita warga Vietnam berusia 30 tahun itu bertindak demikian sebagai membalas dendam terhadap suaminya kerana menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain serta penderaan fizikal yang dilakukan terhadapnya.

Si isteri yang hanya dikenal pasti dengan nama keluarganya, Pan, memotong hampir separuh kemaluan suaminya di rumah mereka di Tainan, selatan Taiwan, ketika lelaki itu tidur selepas mengambil dadah dan pil tidur. Dia kemudian mencampakkan organ seks suaminya, warga Taiwan berusia 29 tahun ke dalam sungai sebelum menyerah diri kepada polis.

"Dia ditahan atas tuduhan menyerang," kata seorang anggota polis yang enggan namanya disiarkan.

Wanita itu memberitahu polis, dia tidak menyesal melakukan perbuatan tersebut terhadap suaminya yang menganggur dan menagih dadah. Polis berkata, Pan mendakwa menderita kerana sering dipukul walaupun dia bekerja di sebuah kelab karaoke untuk menyara keluarganya sejak pasangan itu berkahwin dua tahun lalu.

Hubungan sulit lelaki itu dengan wanita lain, yang sengaja tidak disembunyikannya, mendorong Pan bertindak demikian. Dia boleh dihukum penjara sehingga 12 tahun jika sabit kesalahan. -DCM



Selain Utusex, Dr Aziz Bari SAMAN Che Det dan Raja Sesumpah

Posted: 16 Oct 2011 10:45 PM PDT


Saya sudah pautkan berita tentang hal ini pagi tadi. Sebagai kemas kini, saya salin dan tampal perenggan yang berkenaan sahaja:

Mahathir, Ezam juga disaman
[MK] ....Sementara itu, Aziz Bari juga berkata akan turut menyaman Dr Mahathir dan bekas ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Nor berhubung kenyataan mereka yang menyelarnya dalam isu titah Sultan Selangor.

Aziz berkata, perkara itu diputuskan selepas berbincang dengan peguamnya Hanipa Maidin.

"Berdasarkan pendapat peguam saya, saya rasa kita perlu masukkan Mahathir sekali, berdasarkan apa yang dikatakannya dan dilaporkan di muka depan Utusan (Malaysia) hari ini.

Aziz berkata, notis tuntutan akan dihantar kepada Dr Mahathir dan Ezam pada bila-bila masa pada minggu ini.

Aziz semalam hanya memutuskan menyaman Utusan kerana didakwa memfitnahnya dalam laporan berkaitan kenyataannya terhadap titah diraja dan isu agama.



P/s: Selain jualan semakin merosot, saya rasa Utusex akan bankrap kerana terpaksa keluar banyak duit untuk bayar saman!

Drama Liwat II: Pasukan Pembelaan Tutup Kes

Posted: 16 Oct 2011 10:21 PM PDT


Saya petik:

[MK] Ketika pihak pembelaan dalam kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menutup kes mereka hari ini dengan keputusan untuk tidak memanggil dua orang saksi, mahkamah hari ini memberi kebenaran kepada pihak pendakwaan untuk memanggil saksi bantahan.

Ini berikutan tidak terdapat sebarang bantahan oleh peguam Anwar, - Karpal Singh berhubung permohonan pendakwaan untuk memanggil saksi-saksi berkenaan.

"Kami tidak mempunyai sebarang halangan tetapi tertakluk kepada sama ada keterangan itu boleh diterima," kata Karpal

Dalam erti kata lain, pendakwaan hari ini membuka semula kes mereka dengan permohonan memanggil empat orang saksi bagi membantah keterangan yang dibuat oleh pakar ortopedik Dr Thomas Hoogland.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden memberitahu mahkamah bahawa mereka memohon untuk penangguhan berikutan perkembangan terhadap saksi ketujuh.

"Saksi ketujuh (Hoogland) telah membawa isu-isu sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai keupayaan melakukan perkara yang dituduh di mahkamah.

"Inil diperuntukkan oleh undang-undang untuk memanggil saksi-saksi untuk membuat bantahan. Saya telah bincang perkara ini dengan Karpal dan saya percaya mereka tidak membantah," katanya.

Yusof (kiri) juga memberitahu pihaknya akan memanggil empat orang saksi dan mereka akan memberi keterangan ringkas mengenai kenyataan Hoogland berhubung 'keupayaan' Anwar.

Soalan-soalan, katanya akan dikemukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nordin Hassan yang merupakan timbalan ketua I, bahagian pendakwaan di Pejabat Peguam Negara.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata beliau akan mendengar keterangan itu esok.



Kembara BERAHI: Guru dari KL Dicekup Khalwat di Teluk Intan

Posted: 16 Oct 2011 08:30 PM PDT

Sekadar hiasan.

Saya petik:

[HM] TELUK INTAN: Seorang guru wanita sanggup mengharungi perjalanan dari Setapak, Kuala Lumpur ke rumah kekasihnya di Kampung Baru Batu 9, Changkat Jong, di sini, semata-mata mahu memadu kasih.

Paling mengejutkan, guru berusia 25 tahun dari Terengganu itu sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu di rumah bakal mentuanya ketika ibu bapa pasangannya tiada di rumah.

Bagaimanapun, tembelang pasangan itu dikesan penduduk kampung apabila mereka dicekup dalam serbuan dilakukan beberapa Pegawai Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Hilir (PAIDHP) selain dibantu anggota polis pada malam Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, serbuan yang turut disertai imam, pegawai masjid serta beberapa Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menemui pasangan itu di dalam rumah berkenaan.

Difahamkan, pasangan itu enggan membuka pintu menyebabkan penguat kuasa terpaksa memecahkan pintu hadapan rumah itu.

Sumber berkata, sebaik berjaya masuk ke dalam rumah, pasangan itu dilihat sedang berbaring di atas tilam di dalam sebuah bilik.

Katanya, pihaknya mendapati wanita berkenaan yang kini mengajar di sebuah sekolah di Setapak ditemui berselimut di katil, manakala pasangannya yang juga seorang kontraktor dari Changkat Jong hanya memakai tuala mandi.

"Mereka gagal menunjukkan dokumen untuk mengesahkan mereka sudah menjadi suami isteri apabila pegawai PAIDHP meminta berbuat demikian," katanya.

Katanya, pihaknya sudah lama mengintai aksi tidak bermoral pasangan itu sejak dua minggu lalu sebelum mengambil keputusan untuk membuat serbuan.

Difahamkan, pasangan itu sering berdolak-dalik apabila diminta menyegerakan perkahwinan.

Sumber itu berkata, serbuan itu susulan intipan dua minggu dilakukan penduduk terhadap gerak geri pasangan itu yang dikatakan menjadikan rumah berkenaan sebagai tempat bermadu kasih.

"Difahamkan ibu bapa lelaki itu sering menasihatkan anak lelaki mereka segera bernikah, tetapi tidak mendapat tindak balas. Ketika serbuan dilakukan ibu bapa lelaki itu tidak ada di rumah," katanya.

Ketua kampung, Ahmad Noor Selamat kesal dengan kejadian itu dan mengucapkan terima kasih kepada pegawai PAIDHP dan polis kerana mencegah perkara mungkar itu.

"Ini kes khalwat pertama berlaku di kampung ini dan saya harap ia tidak akan berulang," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Mohd Kamal Mohd Noor yang dihubungi mengesahkan tangkapan ke atas guru dan pasangannya kerana berkhalwat.


[Kemas Kini] Blog Pro-UMCO Tuduh Anak Guan Eng Raba Payu Dara Pelajar

Posted: 16 Oct 2011 07:15 PM PDT


Gosip liar ini mulanya hangat dengan tajuk "Anak VVIP..." yang dikatakan meraba payu dara rakan sekelasnya. Untuk menutup kes, si ayah kepada remaja lelaki itu dikatakan telah membayar RM200 ribu untuk menutup kes dan mulut keluarga remaja perempuan itu. Anak VVIP itu dikatakan telah dipindahkan ke sekolah lain. Cerita ini yang turut disiarkan di blog pro-PR hanya menyebut VVIP tidak menyebut nama atau mengaitkannya dengan sesiapa.

Sejak semalam, ada beberapa blog pro-UMCO mula mengaitkannya dengan anak Lim Guan Eng. Misalnya, screen shot blog pencacai di atas dengan jelas dan terang menyebut remaja yang terlibat itu anak kepada LGE (Lim Guan Eng).

Ringkasnya, jika hal itu tidak benar, Lim Guan Eng dan keluarga perlu mengambil tindakan drastik kerana hal ini turut disebarkan di laman sosial. Malah, blog pro-UMCO turut menyiarkan gambar remaja lelaki dan gambar remaja perempuan yang dikatakan menjadi pelaku dan mangsa dalam kes itu. Individu yang merasakan diri mereka teraniaya, sila ambil tindakan agar puak-puak ini tidak sewenang-wenang menggunakan gambar mereka untuk kepentingan politik pihak tertentu.


P/s: Seks, seks, seks. Mereka sudah tiada modal lain!


Kemas Kini:

Sebagai respons kepada khabar angin yang mengaitkan anak VVIP dengan kejadian cabul yang membabitkan rakan sekolahnya, LGE seperti yang dilaporkan oleh MK enggan mengulas lanjut sebaliknya mencabar mencabar UMCO supaya menerbitkan dakwaan itu di akhbar-akhbar dan di media milik mereka.

"Biarkan Umno menerbitkan berita itu dulu, kemudian anda boleh saksikan apa yang akan kami buat.

"Apa yang berlaku sekarang, mereka baling batu, sembunyi tangan. Mengapa harus saya menjawab mereka setiap kali?" soalnya pada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.


P/s: Untuk pengetahuan LGE, blog UMCO sudah pun mengaitkan namanya secara jelas dengan kejadian itu. Sila lihat screen shot di atas.

 

Lelaki CEMBURU BAKAR Isteri

Posted: 16 Oct 2011 06:40 PM PDT


Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Suami setan! Itu ungkapan layak diberikan kepada seorang lelaki berusia 28 tahun apabila didakwa bertindak kejam 'meletupkan' isterinya menggunakan bom petrol ketika mangsa sedang mandi di rumahnya di Kampung Baru di sini, tengah malam kelmarin.

Perbuatan keji yang dipercayai bermotifkan cemburu itu menyebabkan mangsa, 28, yang juga jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, kritikal apabila lebih 80 peratus tubuhnya melecur.

Semuanya bermula jam 12.20 tengah malam apabila mangsa yang baru pulang kerja, masuk ke bilik air di rumahnya untuk membersihkan badan.

Menurut sumber, sebelum insiden itu suami mangsa dipercayai sudah menyimbah petrol selain meletakkan bom petrol di dalam bilik air berkenaan.

"Sebaik isterinya masuk, suspek dengan sengaja membuang puntung rokok ke kawasan berkenaan menyebabkan tercetusnya api sebelum satu letupan kuat berlaku.

"Api hasil letupan kuat itu menjilat pakaian dan tubuh mangsa menyebabkannya menjerit meminta bantuan daripada suami," katanya...


P/s: GIla!


Aziz Bari SAMAN Pihak Tertentu & JAWAB Awang Selamat/Utusan

Posted: 16 Oct 2011 06:18 PM PDT


Saya petik:

[MK] Saya sudah mengambil keputusan untuk membawa segala fitnah dan kekeliruan yang dibawa oleh Utusan Malaysia dan pihak-pihak tertentu ke mahkamah.

Sebab itu saya tidak mahu mengeruhkan suasana. Dan saya tidak mahu terlibat dalam perbicaraan melalui media yang tidak adil ini meskipun Utusan semacam sudah menjatuhkan hukuman ke atas saya.

Bagaimanapun apa yang ditulis oleh Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia semalam memerlukan respon segera supaya pembaca khususnya dan umat Islam amnya tidak terkeliru. Saya berpendapat pembaca berhak untuk mengetahui fakta yang sebenar.

Mungkin Awang Selamat dan Datuk Zulkifli Nordin tidak sedar bahawa saya telah memulakan penyelidikan mengenai gejala riddah, khususnya bagaimana undang-undang menanganinya, sejak 1996 sekembalinya saya dari pengajian PhD di United Kingdom. Selain beberapa kertas seminar hasil kajian itu kemudian diterbitkan dalam jurnal undang-undang UKM pada 1999.

Dalam makalah ini saya huraikan ruang lingkup Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan, khususnya kes Jamaluddin Othman yang diputuskan oleh Mahkamah Agung pada 1989, sebuah kes yang begitu menyulitkan umat Islam.

Tafsiran baru yang saya dapati itu kemudian menjadi salah satu hujah yang dikemukakan dalam kes Lina Joy - kes murtad - di mahkamah yang akhirnya diputuskan di pihak Islam oleh Mahkamah Persekutuan pada 2007.

Ini dimaklumkan oleh para peguam yang mengendalikan kes tersebut kepada saya. Justeru untuk menuduh saya tidak sedar usaha memurtad atau mengkristiankan umat Islam adalah tidak benar.
Buku-buku

Tentang kedudukan dan peranan Raja-Raja sebagai ketua agama kenyataannya ialah setakat yang saya tahu hanya ada satu huraian mengenai perkara tersebut dan ia adalah tulisan saya sendiri yang dimasukkan dalam buku saya yang berjudul Islam dalam Perlembagaan yang terbit pada 2005.

Selain bab ini saya juga telah menyentuh isu ini dalam tesis PhD saya yang bertajuk The Development and Role of Constitutional Monarchy in Malaysia yang dikemukakan kepada fakulti undang-undang Universiti Birmingham, England pada penghujung 1995.

Saya telah menghasilkan beberapa tulisan lain selepas itu termasuk buku Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan di dalam Perlembagaan yang diterbitkan oleh DBP pada 2002. Ia telah dilancarkan oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri pada bulan Disember 2002.

Saya fikir tulisan-tulisan itu, bersama dengan sekian banyak tulisan dalam buku-buku saya yang lain, sudah cukup untuk memahamkan masyarakat tentang sikap saya kepada kedudukan Islam dan Raja-Raja dalam perlembagaan.

Mereka boleh menilai segala tuduhan dan kecaman yang dilemparkan oleh Awang Selamat, Zulkifli, Senator Ezam dan kawan-kawan mereka kepada saya selama seminggu ini. Selain itu takkan mereka tidak pernah mengikuti kolum-kolum saya dalam akhbar Sinar Harian (2008-2010) dan Sunday Sun (1996-1998) . 

Lebih menghairankan lagi saya telah banyak kali diwawancara oleh Mingguan Malaysia sendiri dalam isu-isu itu; beberapa kali selepas pilihan raya umum  2008.

Kegilaan Utusan
Pendeknya kalau Awang sibuk sangat dan tidak berkesempatan untuk membuat rujukan ilmiah wawancara-wawancara semuka penuh dengan saya dengan akhbar beliau dalam antara 2008 dan 2010 itu sebenarnya sudah memadai untuk beliau memahami perspektif saya mengenai Islam, raja dan kebebasan beragama dalam perlembagaan kita.

Saya terkejut bila Awang menghentam saya hari ini. Saya tidak anggap Zulkifli dan Ezam penting sangat, maklumlah mereka orang politik. Tetapi saya menunggu tawaran sebuah stesen TV web yang bercadang mengadakan debat antara orang buangan PKR itu dengan saya.

Adalah diharapkan ahli parlimen Kulim-Bandar Baru itu sudi hadir untuk menjernihkan keadaan. Saya tidak ada peluang mempertahankan diri di parlimen sewaktu beliau menyerang saya.

Sehingga ini saya masih tidak jelas apakah sebenarnya sikap Utusan Malaysia terhadap isu-isu Melayu dan agama itu. Apa pun saya tidak yakin dengan kegilaan yang Utusan pamerkan sekarang.
Sikap tak konsisten

Ini kerana sewaktu saya terlibat dalam usaha memerangi murtad sekitar 2005 Utusan tidak menunjukkan sikap itu. Dan semenangnya Umno - pemilik akhbar itu pun - tidak mempunyai sikap yang konsisten.

Hatta dalam tragedi Natrah yang menyayat hati di Singapura pada 1950 itu pun kita tidak tahu di mana Umno sebenarnya. Isu itu adalah isu Islam yang melibatkan orang Melayu.

Dalam kes Lina Joy itu pun kelibat Umno dan Utusan tidak kelihatan. Saya masih ingat bertemu dengan seorang menteri Umno dalam penerbangan: beliau menyumpah mengapa orang bukan Islam dipaksa masuk Islam. Sedangkan dalam kes Lina Joy itu isunya lain: orang Islam yang masuk Kristian! Apa kata Utusan?

Sikap saya jelas. Bagaimanapun saya juga menjunjung hak dan kebebasan orang bukan Islam. Ini saya tegaskan dalam wawancara saya dengan Mingguan pada akhir 2010, tidak lama selepas bekas exco Perak Ngar Kor Ming dibelasah oleh Utusan - seperti saya sekarang - kerana dikatakan membangkitkan soal peruntukan untuk masjid dan hak orang bukan Islam.

Abdul Aziz Bari adalah pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau banyak memantau perkembangan politik tanah air dan mengulasnya secara kritikal dari perspektif perlembagaan negara.




Aziz Bari Saman UtuSex

[MK] Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata akan menyaman akhbar Umno Utusan Malaysia kerana didakwa memfitnahnya dalam laporan berkaitan kenyataannya terhadap titah diraja dan isu agama.

"Sebab utamanya kerana Utusan memutarbelit dan pusing kenyataan saya.

"Mereka menggambarkan saya sebagai sombong, angkuh, tidak tahu hormat dan dan keras kepala," kata pensyarah kanan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) kepada Malaysiakini hari ini.

Aziz pada 11 Oktober lalu berkata, tindakan Sultan Selangor Sultan campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu, bukan tindakan yang lazim.

Menurutnya, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campurtangan tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

Aziz berkata beliau sudah mengarahkan peguamnya Hanipa Maidin bagi menyaman Utusan dan seorang lagi peguam Zulqarnain Lukman bagi menguruskan perkara berkaitan laporan polis yang dibuat terhadapnya.

"Isunya di sini, saya bercakap berdasarkan pengetahuan dan kepakaran saya," katanya - ahli akademik tunggal yang menulils tesis doktor fasafah tentang peranan raja-raja dalam Islam dan demokrasi.

"Tetapi mereka bukannya memberitahu saya pandangan mereka, sebaliknya pergi ke merata tempat dan membuat dakwaan terhadap saya....




Aziz Bari: "Siapa Kurang Ajar kepada Raja?"

Posted: 16 Oct 2011 06:04 PM PDT


Saya petik:

[MK] Pakar perlembagaan negara, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, hari ini, menempelak mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang membidasnya kerana mendakwa tindakan mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Shafaruddin Idris Shah adalah perlakuan kurang ajar.

"Kata Mahathir saya bersifat kurang ajar, tidak bermoral terhadap raja-raja. Adakah beliau betul?

"Cuba bandingkan, apa yang saya katakan dan tulis (mengenai Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama) dengan apa yang diperkatakan dan dilakukannya pada tahun 1983 dan 19993," kata Aziz dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Sebagai mengimbas semula, kenyataan Aziz yang bertajuk "Ehhh....look who's talking?" menceritakan bagaimana pada 1983, Mahathir meminda perlembagaan supaya undang-undang boleh digubal tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

Selain itu, kuasa menggistiyharkan darurat juga dipindahkan daripada Seri Paduka kepada Perdana Menteri. Semua pindaan itu mencetuskan krisis, katanya.

Menurut Aziz lagi, pada 1993, Dr Mahathir juga melucutkan kekebalan raja-raja Melayu dan mahu peruntukan undang-undang supaya baginda boleh diheret dan dibicarakan di mahkamah khas.

"Semua pindaan itu juga menimbulkan krisis.

"Dalam kedua-dua peristiwa itu, beliau juga menganjurkan perhimpunan di seluruh negara bagi membidas raja-raja (agar rakyat bangkit menyokongnya)," katanya.

Dr Mahathir selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Ke-11 Universiti Teknologi Petronas (UTP), di Parit, semalam dilaporkan berkata tindakan Aziz mempertikaikan titah Sultan Selangor adalah perlakuan kurang ajar.

Ahkbar milik Umno, Utusan Malaysia juga memetik mantan perdana menteri itu berkata, walaupun ia mungkin tidak menyalahi undang-undang, tindakan Aziz yang enggan meminta maaf atas kesilapannya itu jelas bertentangan dengan prinsip moral.

"Kalau dalam bahasa Melayu, kita kata kurang ajar. Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar," kata Mahathir.

Bagaimanapun menurut Aziz, terpulang kepada rakyat menentukan siapa sebenarnya yang bersikap kurang ajar kepada raja-raja Melayu kerana umum tahu pendirian Dr Mahathir dan Umno yang seringkali tidak tetap dan akan memihak kepada keputusan yang menguntungkan mereka.

"Dua tahun lalu, dia (Dr Mahathir) kata OK bagi pihak Istana menyingkirkan (Menteri Besar Perak Datuk Seri) Nizar (Jamalauddin).

"Dan awal tahun ini pula, beliau berkata dirinya tidak pernah merampas kuasa sultan dalam pelantikan SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri) Selangor (selepas Sultan bertitah baginda tidak lagi mempunyai kuasa melantik SUK)."

Pada 11 Oktober lalu, kenyataan Aziz yang berkata tindakan Sultan Selangor untuk campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu, bukan sesuatu tindakan yang lazim mencetuskan kontroversi.

Katanya, tindakan Sultan Selangor itu tidak konsisten dan tidak selaras dengan ajaran Islam.

Berikutan itu,  pemimpin BN, khususnya Umno dan media-media miliknya  memperhebatkan bidasan mendesak Aziz memohon maaf dan dikenakan pelbagai tindakan kerana didakwa biadap dan derhaka kepada institusi raja-raja.




Wanita Cemburu BAKAR Bekas Kekasih dan Tunangnya

Posted: 16 Oct 2011 05:00 AM PDT



TOI melaporkan bahawa polis di Maharastra, India, telah menghantar sepasukan anggotanya ke New Delhi dan Bangalore untuk menangkap seorang jurutera perisian berusia 30 tahun, yang didakwa membakar bekas teman lelaki dan tunangnya di apartmen mereka di Pune pada hari Khamis lalu.

Jurutera perisian tersebut, Anushree Kundra dikehendaki kerana tuduhan cubaan membunuh.

Menurut polis, Nimesh Sinha, 27, mengalami kecederaan kerana terbakar sebanyak 10% manakala tunangnya berusia 26 tahun, Juhi Prasad, mengalami kecederaan sebanyak 98%.

Senior inspektor polis Bajirao Mohite berkata Nimesh, yang juga seorang profesional IT, baru-baru ini mengikat tali pertunangan dengan Juhi, seorang peguam yang berpangkalan di Delhi.

Nimesh sebelum ini pernah hidup dengan Anushree di Gurgaon, Harayana sebelum berpindah ke Pune tiga tahun lalu Anushree mahu berkahwin dengan Nimesh tetapi kedua ibu bapa bekas teman lelakinya itu menentang hubungan mereka. Yang menyakitkan hati Anushree, mereka mengatur perkahwinan Nimesh dengan Juhi.

Ibu Nimesh menelefon Juhi pada 12 Oktober lalu dan memberitahunya agar ke Pune kerana dia mendapa tahu daripada Nimesh bahawa Anushree ada bersama dengannya.

Juhi terbang ke Pune pada petang Rabu dan pergi ke flat Nimesh. Dia mendapati Anushree ada di rumah tunangnya. Pertengkaran tercetus antara kedua-dua wanita itu.

Mohite berkata Nimesh dan Juhi telah memberikan kenyataan bahawa mereka cuba untuk menenangkan Anushree sepanjang malam.

"Mereka berkata sekitar 05:30 pagi Khamis, Anushree memberitahu mereka bahawa dia tidak akan datang ke majlis perkahwinan mereka. Beliau menasihati mereka untuk berehat di dalam bilik tidur mereka tetapi meminta mereka supaya tidak mengunci pintu dari dalam."

"Dia juga memberitahu mereka bahawa dia akan duduk di ruang tamu untuk sementara waktu sebelum meninggalkan rumah," kata Mohite.

Namun, tanpa dijangka Anushree menyelinap masuk ke dalam bilik tidur Nimesh yang ketika itu sedang sedang tidur lalu mencurahkan petrol sebelum membakar mereka.

Anushree kemudian mengunci pintu flat dan melarikan diri. Jiran yang mendengar jeritan Nimesh dan Juhi  memecah masuk ke flat dan memadamkan api pada badan mereka. Juhi dilaporkan berada dalam keadaan kritikal manakala Nimesh stabil. -DCM
 
 
P/s: Semuanya kerana CINTA!

Akhirnya, Peter Parker MATI!

Posted: 16 Oct 2011 02:36 AM PDT


Peminat buku komik yang masih "berkabung" dengan kematian Peter Parker aka Spiderman, mungkin berminat untuk mengetahui bahawa...

Ketua Editor Marvel Comics Axel Alonso percaya keputusan untuk mematikan watak Peter Parker telah dibuat dengan pertimbangan yang berhati-hati.

Alonso mendakwa keputusan untuk memperkenalkan Miles Morales sebagai watak baru Spiderman itu dibuat selepas menyedari masa yang tepat untuk perubahan yang besar dalam siri komik legenda itu katanya kepada The Spy Digital.

Dalam Ultimate Comics versi Spider-Man # 160, watak Spiderman Peter Parker meninggal dunia di tangan musuh ketatnya The Green Goblin.

Selepas kematian, Peter Parker, Marvel mengumumkan watak Morales yang berketurunan kulit hitam dan Hispanik akan memakai kostum Spiderman.

"Kami tidak membunuh Peter Parker dengan mudah, kita menyedari bahawa kematian Spiderman akan melengkapkan arka Peter," ujar Alonso kepada Comic  Book Resources. - DCM


Isu Tuntutan Kepimpinan BN di P. Pinang: Akhirnya, UMCO "Mengalah" kepada Gerakan!

Posted: 15 Oct 2011 11:58 PM PDT


Bermula dengan perang antara ketua bahagian UMCO di PP dengan Gerakan, kemudiannya kenyataan secara terbuka Zahid Hamidi yang mahu UMCO memimpin BN di PP berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi pada PRU 12, sehinggalah serangan MP Katak dan bekas pemimpin Gerakan terhadap kepimpinan Koh Tsu Koon. Antiklimaknya apabila Najib seperti yang diberitakan di MK mengeluarkan kenyataan bahawa parti pimpinannya tidak akan menuntut kepimpinan BN di negeri itu.

Selepas pelbagai usaha, akhirnya UMCO mengalah kepada Gerakan. Aduhai!!! Tidak pelik. Banyak orang  sudah menjangkakan penamat ceritanya.

Najib berkata, UMCO tidak akan menuntut untuk mengetuai pentadbiran negeri Pulau Pinang sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri itu dalam pilihan raya akan datang. Perkara itu menurutnya telah dipersetujui secara prinsip oleh ketua perhubungan Umno Pulau Pinang.

"Dia (ketua Umno negeri) pun sependapat bahawa Umno tak perlu dan tak ingin menuntut kerusi ketua menteri Pulau Pinang sekiranya BN diberi mandat."

Najib bagaimanapun menjelaskan, keputusan berkenaan hanya pendirian Umno dan masih perlu dibincangkan dalam BN.

"Tapi ianya tidak akan jadi calon (ketua menteri) Umno," katanya lagi.

Kah kah kah!

Ketuanan Melayu UMCO sudah layu di Pulau Pinang sejak puluhan tahun lagi.

Bagaimana orang Melayu LAYU di Pulau Pinang? Hal ini soal lain. Tanya diri anda: siapa yang memerintah Pulau Pinang sejak puluhan tahun lalu? DAP atau Gerakan? Saya tanya lagi, adakah DAP yang memerintah P. Pinang selama 3 tahun berjaya me-L-A-Y-U-kan  Melayu? 

Jawab dengan tenang, fikir panjang-panjang sebelum menjawab...!


P/s: PAS dicucuk hidung oleh DAP atau UMCO dicucuk hidung oleh Gerakan dan MCA?






Budak 14 Tahun Maut Dihempap Pokok, Teman Lelaki Cedera

Posted: 15 Oct 2011 09:45 PM PDT


Saya petik:

PARAH... mangsa dibantu pasukan penyelamat.
PARAH... mangsa dibantu pasukan penyelamat.

[HM] REMBAU: Hasrat seorang remaja menghabiskan cuti hujung minggu bersama rakan dipercayai teman lelakinya meragut nyawanya selepas dia terbunuh dihempap dahan pokok pulai seberat lapan tan di Hutan Lipur Gunung Datuk, di sini, semalam.

Nor Syahira Mat Edde, 14, dari Kem Terendak, Melaka dikejarkan ke Hospital Tampin kerana cedera parah di badan, tangan dan kaki, namun meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di bilik kecemasan.

Rakannya, Mohammad Zul Afiq Abdullah, 22, turut dihempap pokok berkenaan namun hanya cedera di kepala.

Difahamkan, dalam kejadian jam 11.40 pagi, kedua-dua mangsa baru meletakkan motosikal yang ditunggangi berhampiran pokok berkenaan.

Menurut saksi yang juga penyelia hutan lipur itu, Abdul Rahman Idrus, 40, ketika kejadian, dianggarkan lebih 200 pengunjung dan pendaki berada di kawasan tapak kaki gunung itu.

"Difahamkan dua remaja dari Kampung Melekai, Johol, itu baru meletakkan motosikal berhampiran pokok berkenaan.

Kami kemudian terdengar jeritan kuat dan terkejut melihat seorang lelaki dan perempuan cedera di kepala dan kaki selepas dihempap pokok. Selain itu beberapa kenderaan dan motosikal turut dihempap dahan pokok," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, kejadian itu pertama kali berlaku di hutan lipur berkenaan sepanjang menyelia kawasan itu sejak November tahun lalu.

Sementara itu, seorang lagi saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Muhammad, 45, berkata ketika kejadian dia mencari tempat letak kenderaan selepas menurunkan empat anaknya untuk mandi di kawasan jeram itu.

Menurutnya, sebaik meletakkan kereta, dia dikejutkan dengan bunyi kuat seperti benda jatuh.

"Saya terperanjat mendapati dahan pokok jatuh dan terkena bahagian depan kereta, mujur ketika itu hanya saya di dalamnya," katanya. 

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Zamrus Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.58 pagi dan enam anggota serta sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

"Pasukan bomba mengambil masa 30 minit untuk membersihkan laluan yang terhalang dengan dahan pokok.

"Siasatan mendapati pokok pulai dipercayai berusia 200 tahun seberat lapan tan itu sudah reput, menyebabkan ia tumbang," katanya.

Kejadian itu menyebabkan kecederaan dan kerosakan pada kenderaan lain membabitkan dua kereta, dua motosikal dan satu basikal.


P/s: Teman lelaki? Budak 14 tahun? Melepak di hutan libur?


Tiada ulasan: