Jumaat, 14 Oktober 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Khalid Samad menang kes atas Utusan

Posted: 14 Oct 2011 05:59 AM PDT

KL TODAY.COM



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan akhbar Umno, Utusan Malaysia membayar gantirugi RM60,000 kepada Khalid Samad kerana memfitnah ahli parlimen Shah Alam itu.

Keputusan itu dibuat hakim Dr Prasad Sandosham Abraham hari ini berhubung berita di muka hadapan akhbar itu bertarikh 11 Oktober 2009 yang bertajuk ' Zulkifli bidas Pak Janggut'.

Peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Khalid berkata, selain membayar RM60,000 itu, Utusan juga diarah membayar kos perundangan.

"Mahkamah arahkan Utusan membayar RM60,000 kepada Khalid Samad sebagai gantirugi kerana memfitnah.

"Utusan juga kena bayar kos yang jumlahnya akan ditaksir kemudian," katanya ketika dihubungi.

Hakim juga memberi tempoh satu bulan kepada Utusan untuk mengemukakan rayuan.

Utusan pada 11 Oktober lalu melaporkan 'Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin membidas individu yang digelarnya Pak Janggut yang sanggup memutar belit ayat-ayat Al Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23 Shah Alam.'

Di dalam samannya sebelum ini Khalid menyatakan berita fitnah itu merujuk kepada beliau meskipun nama beliau tidak disebut.

Beliau menamakan Ketua Pengarang Utusan, penerbit dan pencetak akhbar itu, sebagai defenden dalam saman tersebut.

Ini kerana sebelum berita itu diterbitkan, beliau ada menulis surat kepada penduduk Seksyen 23 di mana di dalam surat tersebut Khalid ada menukilkan ayat-ayat Al-Quran bagi menegaskan perlunya umat Islam berlaku adil dalam isu pembinaan kuil di Sekyen 23 Shah Alam.

Hakim pada perbicaraan 30 September lalu, bersetuju bahawa artikel tersebut merujuk kepada Khalid dan hakim berkata tuduhan memutar belit ayat al-Quran adalah fitnah yang serius, lebih serius dari menuduh orang Islam sebagai Abu Jahal.

Pada 11 Oktober lalu, mahkamah telah mendengar hujah peguam kedua-dua pihak berkaitan isu gantirugi.

Khalid Samad yang juga AJK PAS Pusat diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin dan Azhana Khairudin manakala Utusan diwakili peguam Mohan dari Tetuan Shafiee & Mohan.

Aziz Bari: Terserah pada polis siasat

Posted: 14 Oct 2011 05:55 AM PDT

KL TODAY.COM




Pakar Perlembagaan, Prof Dr. Abdul Aziz Bari menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan terhadapnya berhubung laporan yang dibuat, mendakwa beliau mempertikai titah Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).Beliau berkata, semua orang mempunyai hak untuk membuat laporan polis jika tidak berpuas hati terhadap tindakan mana-mana pihak dan polis juga berhak melakukan tugas mereka.

"Hak orang nak buat laporan polis…saya tak boleh kata apa…terpulang kepada polis untuk ambil tindakan," katanya kepada media hari ini.

Aziz berkata demikian ketika diminta memberi respons kepada lima laporan polis yang dibuat terhadapnya semalam.

Satu laporan dibuat oleh bekas ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Nor manakala empat lagi oleh NGO yang kritikal terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS).

Dalam laporan masing-masing, mereka mendakwa, Aziz tidak sepatunya mengeluarkan kenyataan itu kerana kuasa Sultan dalam hal ehwal Islam termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri.

Namun Aziz mempertahankan tindakannya itu dan menafikan beliau mengeluarkan kenyataan yang mencabar kuasa Sultan.

"Saya rasa apa yang saya sebut itu tak ada masalah dalam ruang lingkup yang kita boleh komen.

"Ada lagi kenyataan yang lebih teruk tapi tak ada pulak laporan polis dibuat terhadap mereka," katanya.

Malaysiakini Selasa lalu melaporkan Aziz sebagai berkata, tindakan Sultan Selangor campurtangan berhubung isu DUMC bukan tindakan yang lazim.

Menurutnya, walaupun sebagai ketua agama Islam negeri baginda mempunyai hak itu, tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

PROF DR AZIZ BARI AKAN BERTANDING MEWAKILI PKR DI KULIM BANDAR BARU?

Posted: 14 Oct 2011 05:50 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MERUJUK laporan akhbar Sinar hari ini, MP Kulim Bandar Baru YB Zulkifli Noordin yang digelar Zul Kulim menyelar tindakan Prof Dr Aziz Bari yang menyentuh kuasa Sultan Selangor di dalam isu pemeriksaan Gereja di Selangor baru-baru ini. Prof Dr Aziz Bari juga ada menyebut sebelum ini bahawa Sultan juga boleh dikritik oleh sesiapa sahaja sekiranya Sultan bertindak melebihi kuasa yang ada padanya.



Saya tidak mahu menyentuh samada titah Sultan Selangor itu betul atau tidak. Selaku Ketua Agama, memang benar Sultan mesti peka terhadap isu memurtadkan umat Islam. Di sebalik itu juga, Sultan mestilah adil dan saksama di dalam sebarang tindakannya sebelum memutuskan sesuatu perkara. Mungkin, Sultan Selangor telah bertindak seperti yang sewajarnya iaitu menyiasat kesemua pihak yang terlibat dan tidak meminggirkan pihak yang lain. Islam itu bukan sahaja adil tetapi mesti dilihat adil.



Zul Kulim ini pula tidak tentu pasal marah kepada Prof Dr Aziz Bari ini mengapa? Cuba hujah sedikit apa yang tidak kena dengan kenyataan Prof Dr Aziz Bari itu? Salahkah beliau berkata bahawa Sultan boleh dikritik? Benar atau tidak, di dalam sistem Raja Berpelembagaan yang kita amalkan menyebut bahawa Raja mesti bertindak atas nasihat kuasa eksekutif iaitu PM atau MB?

Tentang cabaran YB Zul Kulim agar Prof Dr Aziz Bari agar masuk gelanggang politik dan bertanding di dalam pilihanraya, saya rasa Prof Dr Aziz Bari harus memikirkannya dengan serius. Saya bersetuju jika Prof Dr Aziz Bari memasuki gelanggang politik dan gelanggang pertama yang paling sesuai untuk beliau masuk adalah di Parlimen Kulim Bandar Baru. Mengapa di situ sesuai buat Prof Dr Aziz Bari? Pada saya di situ terdapatnya `seekor lembu peliharaan' yang boleh kita buat `korban' nanti.

Jika di Pasir Mas Berahim alkataki, Presiden Perkosa pernah berangan untuk mencabut setiap helai bulu Mat Sabu kerana kelantangan Mat Sabu di dalam isu Mat Indera, maka di kerusi Parlimen Pasir Mas nanti wajar diletakkan Mat Sabu untuk kita melihat bulu siapa yang akan tercabut. `Katak' tidak mempunyai bulu tetapi katak mempunyai kulit. Adakah bulu yang tercabut atau kulit yang tersiat?

Justeru itu, di Kulim Bandar Baru elok sangat jika Prof Dr Aziz Bari dicalonkan di situ untuk berdepan dengan `seekor lembu peliharaan'./wfauzdin.blogspot.com

Lebih 4 Juta Anggota Penguatkuasa Digerak Untuk Program 6P

Posted: 14 Oct 2011 05:45 AM PDT

MSTAR ONLINE

PUTRAJAYA: Lebih empat juta anggota penguatkuasa akan digerakkan secara bersepadu di seluruh negara semasa operasi besar-besaran dilaksanakan terhadap majikan serta pendatang asing tanpa izin yang ingkarterhadap Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tan Sri Mahmood Adam berkata operasi itu, yang membabitkan lokasi darat, laut dan sempadan daratan bakal diterajui Jabatan Imigresen.

"Operasi itu akan disokong pelbagai agensi lain termasuk hampir tiga juta anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), 125,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 110,000 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Agensi Penguatkuasa Pelaksanaan Program 6P anjuran KDN yang kali pertama diadakan di sini, semalam dan dipengerusikan Mahmood.

Mahmood berkata sebagai agensi peneraju, Jabatan Imigresen antara lain bertanggungjawab merancang dan menyediakan pelan strategik operasi penguatkuasaan, menyelaras tindakan di peringkat negeri dan melaporkan statistik harian penguatkuasaan kepada Jawatankuasa Pelaksana Program 6P di KDN.

Katanya berdasarkan prosedur operasi kerja yang dicadangkan KDN, majikan serta pendatang tanpa izin yang tidak berdaftar dengan Program 6P akan diberi satu tempoh khusus bagi tampil menyerah diri di mana-mana pejabat Jabatan Imigresen seluruh negara.

"Tindakan menyerah diri ini akan mengecualikan mereka daripada hukumanundang-undang tetapi pada masa sama, kedua-dua pihak (majikan serta pendatang) akan terikat dengan peraturan untuk menghantar pulang pendatang asing tanpa izin ke negara asal mereka dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh majikan," katanya.

Selaras dengan itu, katanya kerajaan akan mengumumkan tarikh akhir bagi proses menyerah diri dan selepas tamat tempoh itu, operasi penguatkuasaan besar-besaran akan dilaksanakan.

Beliau berkata operasi penguatkuasaan itu ialah dengan menahan majikan serta pendatang asing tanpa izin yang ingkar terhadap semua arahan di bawah pelaksanaan Program 6P, iaitu mendaftar bagi tujuan rekod biometrik atau menyerah diri selepas gagal melaksanakan pendaftaran.- BERNAMA

Sultan Kedah Dipilih Yang diPertuan Agong Baru

Posted: 14 Oct 2011 05:43 AM PDT

MSTAR ONLINE

KUALA LUMPUR: Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya pada Jumaat bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan di sini hari ini.- BERNAMA

JAIS Jangan Jadi Jahil?

Posted: 14 Oct 2011 05:39 AM PDT

Oleh MSO

SELEPAS Sultan Selangor hanya melahir rasa tersinggung atas kegiatan memurtadkan umat Islam dan memberi tahu tidak ada pendakwaan ke atas sesiapa berhubungan kejadian di gereja Damansara Utama awal Ramdhan lalu, mata Jais kini berpaling bengkeng kepada Bob Lokman pula.
Penghibur itu yang telah menyertai Pas kini dalam perhatian dan tindakan Jais.

Khabarnya Jais telah menahan Bob Lokman semasa bekas seleberiti tv itu mengadakan syarahan agama di sebuah premis di bawah kelolaaan Jais di Hulu Langat Selangor atas alasan Bob Lokman tidak mempunyai tauliah. Ekoran itu Jais akan mengadakan soal siasat lanjut terhadap Bob Lokman.

Bob Lokman bagaimana pun memutuskan tidak akan hadir ke pejabat Jais. Disebabkan ketegasan Bob Lokman itu Jais katanya akan memohon waran untuk tangkap Bob Lokman. Bob Lokman pula seperti mana dilaporkan portal berita hari ini mengatakan dia tidak akan ke pejabat Jais dan sedia untuk ditangkap oleh Jais.

Kita tidak faham dengan tindak tanduk Jais terhadap Bob Lokman ini. Apakah ia mencari isu baru untuk melepaskan isu sebelum ini di mana kegagalan mendakwa mana-mana pihak berhubung kejadian di gereja itu? Kegagalan Jais mengheret mereka yang dikatakan memurtadkan umat Islam di gereja itu tempoh hari memalukan. Orang mempersoalkan di mana kredibiliti Jais yang seolah-olah macam kambing bercongek ekor sebelum hujan turun.

Atau pun Jais hanya berani bertindak terhadap ikan bilis tetapi kecut perut untuk mengambil tindakan ke atas puak yang terlibat dikatakan melakukan aktiviti permurtadan yang dilindungi oleh para profesional itu?

Kalaulah benar andaian ini nampak sangat Jais jahil di dalam bidang agama dan tugas serta tanggungjawabnya. Jais jangan melenting kalau dituduh sebagai menjadi alat kepada mana-mana pihak dan tidak melaksanakan tugas seperti sepatutnya. Ingatlah tindakan Jasi secara berat sebelah itu menyebabkan institusi agama penguatkuasaan itu akan diketawakan oleh orang ramai.

Kita tunggu nanti apa yang akan diperlakukan oleh Jais tehadap Bob Lokman. Kalau Jais mendakwa Bob Lokman tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan ke atas dakwaan aktiviti memurtadkan umat Islam di gereja Damansara Utama itu maka jelaslah Jais bertindak double standard dan bukan atas prinsip tugas dan tanggungjawabnya sebenarnya. Jais juga dilihat sudah menjadi kuda kepang oleh pihak tertentu.

Kalau menang, Mukhriz jadi MB Kedah?

Posted: 14 Oct 2011 05:37 AM PDT

Oleh Safar Jumaat


KETIKA Umno Kedah kononnya sudah bersedia berubah, kerana bimbang akan rebah buat kali kedua, rata-rata mereka tidak nampak siapakah yang bakal diketengahkan untuk menjadi calon Menteri Besar (MB) jika BN Kedah kembali berkuasa.

Beberapa pihak mentertawakan cakap-cakap bahawa Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak seperti sudah bersetuju jika Ahli Parlimen Jerlun, Dato' Mukhriz Tun Dr Mahathir dinamakan sebagai bakal MB, selepas PRU13 kerana imej yang dibawa kononnya diterima di kalangan rakyat Kedah.

Kata mereka, Najib seperti tidak belajar dari pengalaman Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri (PM) yang pernah menamakan Tan Sri Sanusi Junid sebagai MB Kedah, menggantikan Tan Sri Osman Arof, hingga membawa bencana besar kepada Umno di Kedah.

Sanusi ketika dilantik menjadi MB Kedah, bukan seorang ketua Umno bahagian. Dia dikalahkan Dato' Abu Bakar Taib sebagai Ketua Umno Bahagian Langkawi tetapi Dr Mahathir membuktikan beliau seorang yang mempunyai sifat kuku besi ketika mentadbir, tetap menamakan Sanusi sebagai MB Kedah.

Akhirnya, Sanusi yang turut dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah terpaksa meletakkan jawatan sebagai MB apabila keputusan pilihan raya umum ketika itu tidak menunjukkan Kedah adalah negeri yang diwakili Perdana Menteri dan menyebabkan Sanusi meletakan jawatannya sebagai MB. Dari 15 kerusi Parlimen di Kedah, BN hanya menang tujuh manakala PAS menang lapan.

Dr Mahathir amat marah dengan keputusan itu dan menerima perletakan jawatan Sanusi sebagai MB dan tempat Sanusi digantikan Dato' Seri Syed Razak Syed Zin.

Syed Razak tidak dapat bertahan lama kerana masalah kesihatan dan tempatnya digantikan Dato' Seri Mahdzir Khalid. Sekali lagi, perlantikan Mahdzir dibuat oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) tanpa mengambil kira kedudukan Mahdzir yang bukan ketua bahagian.

Mahdzir yang kemudiannya dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah akhirnya membawa bersama-sama tumbang BN di Kedah dalam PRU12 yang lalu. Mahdzir kini adalah Ketua Umno Bahagian Padang Terap, jawatan yang dimenanginya selepas beliau menjadi MB.

Dari pengalaman buruk Dr Mahathir dan Abdullah ini, apakah Najib masih tidak mahu belajar supaya tidak melantik seseorang yang bukan penyandang jawatan ketua bahagian sebagai MB?

Jika Najib masih berkeras mahu melantik Mukhriz, beliau sebenarnya bukan berhasrat menyelamatkan Umno di Kedah tetapi kerana takutkan Dr. Mahathir yang mungkin menyerangnya hingga tumbang sebagaimana yang berlaku terhadap Abdullah dahulu.

Dalam hal ini, suka atau tidak, Najib mestilah mempunyai calon MB Kedah dari kalangan ketua bahagian yang boeh menang. Walaupun setakat ini, bayangan yang dilihat, Najib mahukan Dato' Ahmad Basha Md Hanifah yang merupakan Ketua Umno Bahagian Alor Setar sebagai bakal MB Kedah selain Mukhriz tetapi ramai yang percaya, Najib akan menamakan seseorang yang berpendidikan tinggi untuk menjadi MB selepas PRU13 akan datang.

Umno Kedah sebenarnya ketandusan pemimpin. Dr. Mahathir ketika menjadi PM tidak mempedulikan Umno Kedah dan kesibukannya di Kuala Lumpur dan peringkat antarabangsa menyebabkan Kedah kini seperti sebuah gurun yang tidak ditumbuhi pokok.

Jika suatu masa dahulu Umno Kedah berbangga dengan beberapa nama seperti Allahyarham Dato' Raja Ariffin Raja Sulaiman, Dato' Dr Afiffuddin Omar, Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Sanusi Junid dan Dato' Mahadzir Mohd Khir, tetapi kini Umno Kedah hanya melahirkan Dato' Mohd Johari Baharom dan Ahmad Basha yang tidak mampu dibawa ke tengah.

Ada juga yang berpandangan, kononnya Dr Mahathir memang tidak memberi pilihan kepada pucuk pimpinan, agak nama anaknya, Mukhriz dipilih menjadi MB Kedah jika BN menang dalam PRU 13 akan datang.

Mukhriz yang merupakan ahli biasa Umno di bahagian Kubang Pasu bertanding di Parlimen Jerlun dan kemungkinan kali ini, dia akan diletakkan bertanding di peringkat Dun dalam Parlimen Kubang Pasu untuk melayakkannya dilantik menjadi MB Kedah jika BN menang semula. Namun, ia bukanlah mudah kerana ada 15 ketua bahagian di Kedah yang juga kepingin untuk menjadi MB jika BN menang semula.

Cuma, kelebihan yang ada pada Muhkriz ialah "peranan Dr Mahathir" akan menjadikan dia mempunyai kelebihan dari caloncalon lain yang tentunya tidak mempunyai seorang bapa yang pernah menjadi PM.

Cuma, sebagai seorang ahli biasa, apakah selepas ini politik Umno Kedah akan kembali bergolak seperti zaman Sanusi dan Mahdzir? Ketika era Sanusi, riaknya tidak begitu ketara tetapi pengundi hampir-hampir menjatuhkan kerajaan negeri dalam pilihan raya umum.

Di zaman Mahdzir, serangan bertubi-tubi Dr Mahathir ke atas kepimpinan Abdullah menyebabkan Kedah tumbang dan Mukhriz bertindak menulis surat meminta Abdullah meletakkan jawatan sebagai PM sebaik sahaja dia menang kerusi Parlimen Jerlun.

Dari apa yang Najib berikan kepada Mukhriz menunjukkan Najib cukup "menjaga hati Dr Mahathir". Mukhriz tewas jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, tetapi kemudiannya dilantik menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Kemudian, dalam rombakan Badan Perhubungan Umno Kedah, Mukhriz dinamakan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah yang baru menggantikan Ahmad Basha yang dilantik menjadi pengerusi.

Khabarnya, nama Mukhriz sudah diangkat sebagai Pengerusi Badan Perhubungan tetapi ada dakwaan mengatakan terdapat seorang Adun Umno di Kedah mahu meletakan jawatan jika Najib menamakan Muhkriz sebagai pengerusi menyebabkan Mukhriz hanya dilantik menjadi timbalan.

Sejauh mana kebenaran cerita ini, tiada siapa yang dapat mengesahkan tetapi beberapa pihak mendakwa, mereka lebih bersedia menerima Mahdzir Khalid sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah daripada Ahmad Basha, tetapi Najib tidak berani melantik Mahdzir kerana Dr Mahathir dikatakan kurang senang dengan bekas MB Kedah ini.

Mahdzir didakwa memainkan peranan hingga Dr Mahathir tewas dalam usahanya merebut salah satu kerusi perwakilan Bahagian Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung Umno beberapa tahun lalu.

http://warta-utara.blogspot.com/

Berita PANAS!!! MP Pendang kahwin sorang lagi.

Posted: 14 Oct 2011 05:28 AM PDT

Oleh Mat Kering Bakaq Bata


Seorang rakan hubungi MK beritahu sebuah blog upahan UMNO Kedah siarkan berita panas kononnya Ahli Parlimen Pendang YB Dr Mohd Hayati Othman kahwin sorang lagi, kahwin senyap2 pulak tu dengan pekerja klinik miliknya.

Oleh kerana cerita ini bukan cerita baru, MK dah dengaq lebih dua bulan lalu jadi MK dengan yakinnya habag dekat kawan tu, "Menatang apa pun kalau mai dari UMNO semuanya muhong belaka." (ayat power Kedah La).

Tapi dalam hati cuak jugak, maklumlah itu cerita dua bulan lalu. Cerita terbaru kita pun tak tau... Jadi MK pun hubungi seorang demi seorang yang rapat dengan MP Pendang tu... sampai 5 orang, jawapannya sama: "Itu cerita bohong, FITNAH yang dibuat oleh UMNO." Sahihlah, Dr. Mohd Hayati Othman MP Pendang hanya mempunyai seorang isteri buat masa ini!!!

Dan yang terakhirnya barulah MK hubungi sendiri Dr. Mohd Hayati tepat jam 12.03 pm hari ini, kebetulan dia berada di Kulim. 'Jawapan' pertama dari beliau ialah ketawa berdekah-dekah. "UMNO dah habis isu nak serang PAS, reka cerita bukan-bukan... kahwin dua bukan salah.. saya boleh kahwin lagi tiga, ada tiga kuota lagi... Tapi setakat ni isteri saya cuma seorang," ujar Dr. Mohd Hayati.

Begitulah UMNO.. FITNAH ADALAH RUKUN NO. 1 UMNO, tidak sempurna keUmnoan mereka jika tak buat fitnah. Anologinya macam kita orang Islam mengucap dua kalimah syahadah adalah rukun Islam pertama. Dahsyatnya cara hidup UMNO.

MK siarkan berita fitnah yang disiarkan dalam blog UMNO ini... untuk menjelaskan betapa jahatnya UMNO:

Selamat Pengantin Baru YB Dato' Dr. Hayati

Selamat Pengantin Baru kami ucapkan kepada YB Dato' Dr. Mohd Hayati, ahli parlimen Pendang. Kami minta maaf kerana agak terlambat mengucapkan tahniah atas pembukaan satu lagi "cawangan" baru. Kami terpaksa ikut hieraki, dan kami mulakan ucapan kepada Dato' IR Amiruddin dulu.

Selepas Dato Ir. Amiruddin membuka cawangan (baca sini), kini giliran YB Dato' pula. Kami tumpang bangga pemimpin kami mempunyai kemampuan dari pelbagai segi, bukan setakat memimpin masyarakat, malah memimpin keluarga yang berbilang.

Apatah lagi kebijaksanaan pemimpin kami memilih isteri kedua juga amat tepat dari segi logistik dan kemudahan memandangkan dari pekerja klinik YB Dato' sendiri. Ini juga strategik dari segi penjimatan kos operasi klinik YB Dato'.

Cuma keperluan untuk mendapatkan kelulusan dari "ibu pejabat" tidak patutlah di bypass. Nak bina masjid ni perkara baik, namun kena juga minta kelulusan melainkan kena bina di luar negara la. Memanglah peribahasa moden dalam soal poligami ni ada berkata " Meminta maaf lebih mudah dari minta izin", tetapi setakat meminta maaf bukan bermakna maaf sudah diberi.

Walaubagaimanapun Tahniah sekali lagi dari kami atas pembukaan "cawangan" baru YB!!!

Panas: Takungan Air Lombong Bijih Besi Pecah Di Maran, Kerajaan Negeri Pahang Di Harap Berhati-Hati Luluskan Permohonan Di Kawasan Tadahan

Posted: 14 Oct 2011 05:10 AM PDT

PAHANG DAILY


MARAN- Kerajaan Negeri Pahang diharap bertanggungjawab sepenuhnya atas musibah yang menimpa lebih seribu penduduk di dua ladang di Sri Jaya dekat sini kelmarin.

Ini kerana gara-gara kerakusan kerja perlombongan bijih besi di kawasan terbabit menyebabkan penduduk terputus hubungan akibat banjir lumpur.

Kejadian yang telah didedahkan oleh Buletin Utama TV3 malam itu dipercayai berpunca daripada takungan air sebuah lombong bijih besi yang pecah di situ. Kawasan ladang terabit dipenuhi dengan lumpur hingga menyebabkan penduduk terpaksa berhadapan dengan berbagai masalah sampingan yang lain.

Tambah menyulitkan jalan dari ladang berkenaan dan pekan Sri Jaya ditenggelami lumpur dan tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan ringan dan hubungan penduduk terputus sama sekali. Ia menyebabkan kira-kira 50 pelajar sekolah menengah dan rendah dari dua ladang serta kampung berdekatan tidak dapat ke sekolah seperti biasa.

Mereka termasuk enam pelajar yang sedang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Rata-rata penduduk yang dihubungi menyatakan rasa kekecewaan atas kejadian yang berlaku. Malah mereka kecewa dengan sikap Pejabat Tanah Dan Galian Pahang (PTG) yang dilihat gagal memantau aktiviti perlombongan secara telus. Banyak kawasan tadahan air diluluskan hanya kerana ia dipohon oleh "proksi" yang berkaitan.

Di fahamkan, lombong berkenaan adalah merupakan kawasan milik seorang tokoh politik setempat, dan kami sedang menjejaki pemiliknya untuk didedahkan kepada umum.

Isu lombong bjih besi kini menjadi panas selepas kejadian terbaru ini. Kami juga akan membongkarkan beberapa aktiviti rasuah dan penyelewengan berkaitan enam jabatan dalam memastikan kelulusan yang berkaitan. Malah difahamkan, banyak lombong kini menjadi permainan "adik beradik" kepada beberapa orang tokoh politik dan juga orang kuat di Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP).

Apakah mereka harus dibiarkan sesuka hati mengaut keuntungan jutaan ringgit, sedangkan rakyat terus dihimpit kemiskinan sekarang ini?.



Lokasi kejadian banjir lumpur yang disebabkanoleh lombong berkenaan

Sila KLIK SINI untuk menonton laporan eksklusif Buletin Utama TV3

Rakyat harus tahu semua ini, jika tidak banyak sumber hasil galian di negeri Pahang ini akan dirompak sesuka hati oleh pihak yang sama sejak sekian lama sebenarnya. Mereka sewenangnya menjadikan hasil bumi di negeri ini sebagai "harta mak bapak mereka".

Ayuh bongkarkan!. Paling menyedihkan ada pemimpin UMNO di Pahang yang memohon lombong sehingga berpuluh-puluh kawasan atas nama yang berbeza.

Difahamkan juga pada masa ini ada lebih dari 4,000 permohonan yang sedang diproses oleh Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Pahang. Itu belum termasuk ribuan lagi yang sudah dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) untuk diangkat ke Mesyuarat Exco Kerajaan Pahang bagi kelulusan.

Pendek kata, rakyat Pahang "makan habuk dan debu", sebaliknya beberapa kerat pemimpin, kroni serta proksi mereka kaya raya.

[Kerajaan Negeri Pahang digesa lebih berhati-hati meluluskan kawasan perlombongan kepada orang ramai. Ini kerana, banyak pihak yang kini menjadi "jutawan segera" akibat kelulusan projerk tersebut.

Malah ada diantara mereka langsung tidak mempunyai jasa kepada rakyat dan bermewah-mewah selepas mendapat beberapa konsesi lombong di Pahang.

Soalnya, kenapa Kerajaan Negeri Pahang begitu muda meluluskan kawasan berkenaan?. Kes yang berlaku di Sri Jaya ini harus dijadikan ikhtibar kepada semua pihak agar ia tidak berulang kembali. PDO akan membuat laporan eksklusif tentang aktiviti perlombongan bijih besi ini dalam masa terdekat.

Kita tidak mahu hasil mahsul rakyat Pahang diberikan sewenang-wenangnya kepada pihak-pihak tertentu. Malah, mereka mengaut keuntungan yang cukup lumayan sedangkan hasil kepada Kerajaan Negeri tidak seperti yang diharapkan.

Inilah yang menyebabkan ekonomi negeri merudum sedangkan proksi dan kroni mengaut keuntungan berlipat ganda. Malahan ada laporan mengatakan kegiatan perlombongan itu saja telah mendatangkan keuntungan ratusan juta kepada pihak terbabit, sedangkan Bajet negeri Pahang senantiasa defisit jutaan ringgit. Negeri papa kedana tetapi pihak terbabit kaya raya mengaut untung untuk anak cucu mereka!].

Mr Bean Malaysia dan hudud

Posted: 14 Oct 2011 05:09 AM PDT

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT


"DALAM satu kes melibatkan seorang Islam dan seorang bukan Islam, orang Islam dihukhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiCYNzk7FDWzjUkbpmRu1yHwr5_q1pKBZfclzyIk9jTWFVCp6fRqXmK81SWq6zzrXUKNuXfUQa2UOFpQbGy3YeBDxa-3ai7C6YylKoKA-mPCk4hQhxYxV7ZPvX6Xj-YtnYejZJcw1Cp55Q/s400/mahathir_cry.jpgum potong tangan dan bukan Islam dijel....adilkah itu.Bagi Nik Aziz (MB Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat) adillah, bagi saya tidak adil." Begitulah kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad di majlis 'Bicara Negarawan' beberapa hari lalu.

Maknanya, 'Dalam satu kes melibatkan seorang Islam yang berwuduk selepas bermain bola kerana tak sempat nak mandi… bersihkan itu. Bagi Tuhan bersihlah, tapi bagi Dr Mahathir tidak bersih.'

Tak tahulah perbandingan di atas ini logik atau tidak. Tapi kalau hukum agama hanya boleh diterima sebab ia logik, maka tak payahlah jadi orang Islam. Sebabnya banyak perkara dan hukum dalam Islam yang tidak dapat dikelaskan dalam kategori logik.

Untuk melakukan solat kita perlu membersihkan diri. Mana logik selepas berpeluh-peluh main bola sepak kita cuma perlu membersihkan diri dengan berwuduk sahaja. Sedangkan, mereka yang dalam keadaan berjunub, walaupun sudah mandi tetapi tidak berniat mandi wajib dianggap masih belum lagi bersih untuk mengerjakan solat.

Itulah dia yang dikatakan hukum Islam. Ia adalah perintah Tuhan bukannya undangundang yang kita suka-suka gubal di Parlimen atau Dun.

Dan mengenai hukum Islam, tidak pula disebut dalam Quran, dalam Hadis, malah tidak ada dalam Al-Ijma dan juga Al-Qias sekalipun bahawa umat Islam boleh mengamalkan pendekatan selektif terhadap hukum yang dianggap bersesuaian sekiranya mereka berada dalam kelompok masyarakat atau komuniti yang turut dianggotai oleh bukan- Islam.

Justeru logik yang digunakan oleh Dr Mahathir, juga boleh dianggap sebagai logik Umno, tak boleh diaplikasikan dalam Islam.

Kalau nak diaplikasikan juga, maka hasilnya adalah seperti contoh berikut: "Aku sokong kalau hukum hudud bongok tu tak dilaksanakan…" (Sebuah catatan wall dalam Facebook).

Melihat catatan seperti ini dan juga lain-lain catatan yang menentang hudud dalam ruang siber kerana menyokong Umno, maka dapatlah disimpulkan corak pendidikan agama yang dibentuk oleh parti tersebut sejak Merdeka dan betapa rendahnya nilai budi-pekerti mereka yang terdidik dan terindoktrinasi dengan pendidikan agama berbentuk sekular.

Tidak mustahil juga pemahaman agama dalam bentuk sekular inilah yang mendorong pengasas Sisters In Islam (SIS), Zainah Anwar menulis dalam akhbar The Star minggu lalu dengan tulisan berjudul, No hudud please, we're Malaysians (maksudnya: Tolong jangan laksanakan hudud, kami adalah orang Malaysia).

Antara hujah Zainah dalam tulisan tersebut ialah, "Bagaimana pulak jika seorang Muslim seorang India dan seorang Cina sama-sama bersepakat mencuri dan tertangkap. Si Muslim akan berakhir dengan tangannya terpotong dan akan gelap hidupnya dan si Cina dan juga India pulak akan selamat dengan hukuman yang ringan dan mampu bekerja semula selepas itu tanpa rintangan."

Melihat judul rencana yang disadur dari judul drama pementasan komedi popular Inggeris, No Sex Please, We're British (karya bersama Alistair Foot and Anthony Marriot) itu sahaja kita sudah dapat menilai sejauh mana hukum Allah SWT yang termaktub dalam kitab suci Quran dipersendakan sebegitu rupa.

Kita tak perlu menghujah semula betapa sementara si India dan si Cina itu terlepas daripada hukuman potong tangan dan boleh bekerja manakala si Muslim terpaksa menghadapi prospek masa depan yang gelap akibat sudah tidak ada tangan.

Ini kerana dalam kehidupannya, si India dan si Cina tak perlu menunaikan solat fardu dan sunnah, berpuasa di bulan Ramadan, mengerjakan ibadah haji, menyambut Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha dan apa sahaja yang perlu dilakukan oleh orang Islam kerana dia bukan Muslim.

Makna mudahnya, orang Islam perlu patuh dengan segala hukum-hukum Islam dan bukannya patuh dengan hukumhukum yang mereka berkenan sahaja. Kalau setakat boleh terima sesetengah hukum dan menolak sesetengah lain, maka itu Islam pada namanya sahaja.

Nasib baik dalam hudud tak ada hukuman lidah kena potong sebab memfitnah, membohong dan sebagainya atau otak dikehendaki dikeluarkan dari kepala kerana ia telah digunakan dalam memutar belitkan katakata Allah SWT. Kalau ada, dalam sekiranya hudud terlaksana, tentu ramai yang terpaksa hidup tanpa lidah, dan lebih parah lagi tanpa otak.

Hukum Allah adalah hukum Allah. Kita ini hamba Allah.

Justeru macam mana seorang hamba nak memandai-mandai mempertikaikan hukum Tuan (iaitu Allah). Kalau nak sebut tentang adil, hal membantah dan mempersendakan hukum Allah ini lagi maha tidak adil sedangkan Allah telah menjelaskan: "Sesungguhnya kami telah menjadikan manusia dengan sebaik-baok kejadian." (maksud surah At-Tin:4)

Dan Allah jadikan kita untuk taat dan patuh kepada perintah- Nya dan bukan menyuruh kita mempermain-mainkan, menentang dan berhujah mengenai apa yang telah diperintahkan kepada hamba-Nya. Kalau nak berhujah juga, nak menentang jugak, nak tunjuk pandai, maka janji Allah: "kemudian kami kembalikan mereka ketempat yang serendahrendahnya (Jahannam)." (maksud surah At-Tin: 5)

Dan ingatlah di sini kelak tidak ada sesiapa boleh berpersatuan untuk memutarbelitkan ayat-ayat Allah, atau memanggil bekas Perdana Menteri untuk memberikan pendapat agar suhu api Jahannam diturunkan sikit daripada beberapa bilion Kelvin kepada beberapa juta Kelvin supaya manusia yang terhumban ke sini tidaklah terlalu menderita sangat sebab kepanasan, atau menggunakan khidmat manamana hakim atau peguam bagi menyatakan hukuman dalam Jahanam tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh manusia di dunia.

Akhir sekali, segala yang berlaku kepada mereka yang mungkar dan mempromosikan kemungkaran adalah lebih dahsyat dari sekadar potong tangan menerusi hudud yang perlu dilaksanakan di dunia.

Justeru, kalau seronok nak jadi macam Mr dan Mrs Bean pun, carilah subjek lain, dan jangan jadikan hukum Allah sebagai modal untuk bergurau senda.

Umno tertekan apabila isu hudud dibangkit semula

Posted: 14 Oct 2011 04:49 AM PDT

Oleh Dr Abdul Aziz Bari


SELEPAS melawat Kelantan dan memberi taklimat kepada Menteri Besar Kelantan, Dato'http://1.bp.blogspot.com/_wKqEutTvI1A/SKer6odJqAI/AAAAAAAAAtw/V8TDCOP5blc/s320/tokguru.jpg Nik Aziz Nik Mat baru-baru ini serta mendengar sentimen daripada akar umbi, saya kini boleh meluahkan perkara berikut; yang masyarakat di luar Kelantan tidak boleh menghargai.

Saya akui bahawa apa yang saya lihat dan dengar semasa lawatan singkat itu telah mengubah perspektif saya mengenai isu berkenaan.

1. Hudud adalah tuntutan/hasrat rakyat Kelantan. Tok Guru berada di bawah tekanan dan saya fikir mereka sanggup mengadakan referendum atau pungutan suara bagi tujuan itu.

Berdasarkan sentimen ini, pemimpin Umno di Kelantan mengutuk Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak kerana menolak hukum hudud yang secara tidak langsung membawa makna Umno boleh gulung tikar di negeri itu.

2. Seminar yang dianjurkan itu bukanlah sesuatu yang baru, saya pernah menjadi ahli panel untuk acara Hari Hudud pada tahun-tahun sebelumnya. Ini adalah program tahunan walaupun sebelum Pakatan diwujudkan.

Bagaimanapun bagi tahun ini, media-media milik Umno telah memutar-belitkan isu itu atas sebabsebab yang jelas: pilihan raya dan berharap ia dapat mengkucar-kacirkan Pakatan. Sebelum ini, Umno langsung tidak mempedulikan Hari Hudud.

3. Tetapi saya berpendapat Najib membuat langkah yang salah. Dengan menolak pelaksanaan hukum hudud, beliau berfikiran bahawa boleh mendapatkan sokongan dan undi masyarakat bukan Islam.

Tetapi Tok Guru bukan bodoh. Mereka mempunyai laman Facebook sendiri dan berdasarkan yang diterima, PAS yakin bahawa Umno kini tergugat atau terdedah di kawasan Melayu/Islam. Berdasarkan sambutan di Facebook, tidak ada jaminan bahawa mereka akan mendapat undi bukan Islam. DAP juga membuat kesilapan di sini.

4. Tok Guru telah menyatakan dengan jelas: hudud adalah hanya untuk Kelantan sahaja dan untuk orang Islam. Jadi apa masalah?

Saya telah berkata bahawa dari segi perlembagaan negara, ini tidak ada masalah. Masalahnya adalah dengan pengerusi DAP Karpal Singh dan parti itu yang yang berpegang pada keputusan mahkamah yang hakim itu sendiri - Tun Salleh Abas - mendakwa berlaku kesilapan.

Dan juga, apa yang DAP perkatakan bukan sahaja merupakan satu pandangan yang hanya betul. Ia hanya pendapat. Tidak ada kebenaran mutlak dalam hal ini.

Perkara yang paling penting untuk difahami adalah bahawa perlembagaan tidak melarang pemakaian undang-undang Islam. Malah Najib sendiri mengakui perkara itu sudah ada dalam sistem sekarang. Kini, PAS boleh berkata kepada PM: Lakukannya.

5. Najib seolah-olah mengulangi apa yang saya katakan selama ini; bahawa unsur-unsur hudud sudah ada dalam sistem di negara ini.

Persoalannya jika demikian, mengapa menentang PAS berhubung isu itu? Umno sepatutnya membantu dan bukannya menjadi halangan. Atas alasan itu, saya katakan Umno berada dalam bahaya kehilangan undi orang Melayu beragama Islam dalam usaha mereka merayu mendapatkan sokongan masyarakat bukan Islam.

Dan masyarakat bukan Islam tidak semestinya mempercayai apa yang dilaporkan oleh media mereka setakat ini. Cuba perhatikan apa yang PAS akan lakukan mulai hari ini berhubung isu berkenaan.

6. Tidak timbul persoalan mengubah dasar Pakatan, seperti yang didakwa oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga adalah Setiausaha Agung DAP.

Hukum hudud adalah hanya untuk Kelantan dan untuk umat Islam. Malah di Kedah, PAS mempunyai dasar yang berbeza. Menteri Besar Dato' Seri Azizan Razak tegas berkata hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negeri pimpinan PAS itu.

Nampaknya DAP cuba membuktikan bahawa mereka mendahului MCA dan Gerakan dalam usaha menentang hudud. Mereka terlepas pandang hakikat bahawa Tok Guru Nik Aziz hanya mendengar dan bertindak mengikut sentimen akar umbi di negeri itu.

Yang DAP lihat dari perspektif ini - sama seperti Umno, MCA dan Gerakan - mengambil pendekatan tidak demokratik. Mereka menolak hudud walaupun ia tuntutan orang ramai dan permintaan seumpama itu dibenarkan oleh perlembagaan.

Di Kelantan, PAS dengan yakin mengisytiharkan bahawa mandat untuk memerintah termasuk mandat untuk melaksanakan hudud. Jadi, pada dasarnya, ini adalah mengenai menghormati permintaan ramai dan bukannya semata-mata melaksanakan hukum hudud atau mengkhianati rakan-rakan Pakatan.

Kita harus ingat bahawa permintaan hudud di Kelantan dilakukan melalui saluran demokrasi. Ini adalah apa yang Umno, DAP, MCA dan Gerakan perlu sentiasa ingat.

7. Saya bersetuju dengan Tok Guru bahawa tiada perubahan dalam sistem atau di dalam polisi. Ia hanya melakukan sesuatu yang boleh didapati dalam kerangka sistem sedia ada . Tetapi sudah tentu beliau menyedari bahawa ini hanya boleh menjadi kenyataan dengan kerjasama daripada Umno.

Akta Mahkamah Syariah yang akan mengekang kuasa Mahkamah Syariah selama ini perlu dimansuhkan dan juga bagi membolehkan agensi-agensi persekutuan seperti polis dan sebagainya menjalankan tugas mereka di sisi undang-undang.

Jika Umno menolak melakukan ini, maka PAS boleh mencanangkan perkara ini ke seluruh negara bagi mendedahkan tembelang sebenar Umno.

Selama ini, Umno telah melakukan pelbagai perkara untuk membuktikan bahawa mereka adalah pembela dan pejuang Islam yang sebenar. Antara contohnya, seperti serbuan gereja di Selangor, isu kepala lembu dan sebagainya.

Apabila Najib menolak hukum hudud, beliau sebenarnya telah merosakkan semua kerja keras parti dan ahli-ahli Umno lakukan selama ini.

8. Saya fikir PAS bersedia bertarung pada pilihan raya umum akan datang tanpa DAP. Mereka masih mempunyai KeADILan dan Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (DHPP) mereka sendiri.

Saya tidak pasti jika DAP, MCA dan Gerakan benar-benar mewakili masyarakat bukan Islam. Masalah dengan parti-parti Cina adalah kerana mereka berfikiran hudud tidak boleh diterima meskipun perlembagaan tidak menyatakan demikian.

Golongan berkecuali atau atas pagar di kalangan masyarakat bukan Islam saya fikir adalah rasional, mereka tidak bimbang, khususnya selepas Tok Guru memberi jaminan bahawa hukum hudud akan hanya dilaksanakan di Kelantan dan untuk umat Islam sahaja.

9. Umat Islam liberal? Undang-undang adalah jelas. Malah, sekarang pun, mereka tertakluk kepada undang-undang Islam. Mereka tidak mempunyai hak untuk memilih apa undang-undang.

Perlembagaan negara telah menyatakan dengan jelas bahawa di bawah Artikel 8 (5) bahawa hak sama-rata tidak boleh diguna-pakai. Sebagai contoh, jika orang Islam yang mempunyai hubungan seks dengan persetujuan orang bukan Islam, maka dia akan menghadapi tindakan manakala rakan bukan Islam akan terlepas dan dibebaskan.

10. Tok Guru Nik Aziz berkata, beliau ingin cuba melaksanakan hukum hudud di Kelantan sekarang kerana majoriti umat Islam di negeri itu telah memberikannya mandat. Negeri-negeri lain, katanya, hanya perlu menunggu dan melihat bagaimana Kelantan melakukannya. Jika ia 'baik' dan berjaya, mereka boleh melakukan perkara yang sama.

11. NGO seperti kumpulan pendesak Melayu, Perkasa, Pembela Islam dan yang lain perlu menyokong Kelantan dalam isu ini. Jika tidak, mereka menghadapi risiko dilabel sebagai boneka atau barua Umno semata-mata.

Penulis ialah pakar perlembagaan dan pensyarah di UIAM.

Wanita Lucah - Wee enggan Minta Maaf pada AMK.

Posted: 13 Oct 2011 04:53 PM PDT

KLPOS.COM

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong tidak akan memohon maaf kepada Pemuda PKR serta ketua penerangannya berhubung spekulasi yang membawa kepada penyiaran gambar tidak senonoh, yang didakwa wanita cantik yang menghadiri perhimpunan agung Pemuda MCA baru-baru ini.

Sambil menafikan beliau menyerang Pemuda PKR atau ketuanya, Wee menjelaskan bahawa apa yang beliau katanya ialah Suara Keadilan Malaysia di Wordpress, telah menyiarkan komen dan gambar.

Menurutnya, beliau hanya menyatakan alamat lamanweb tersebut.

Beliau seterusnya menjelaskan bahawa apa yang beliau katanya pada hari Rabu, ialah spekulasi dan pengumpatan yang memuncak dengan gambar-gambar yang tidak sesuai itu, bermula selepas ketua penerangan PKR Lee Khai Loon membuat komen mengenai insiden tersebut.

Katanya, jika mereka tidak bersalah dalam perkara itu, maka Pemuda PKR perlu menyertainya mengkritik orang di belakang lamanweb tersebut dan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mencari pelaku sebenarnya.


Tiada ulasan: