[Video] Ahli Politik CUN Dedah Tubuh dalam Video Kempen Pilihan Raya Posted: 14 Oct 2011 05:56 AM PDT Calon politik di Poland mengambil pendekatan ekstrem tetapi memberahikan dengan menanggalkan bajunya satu per satu dalam sebuah video kempen pilihan raya. Pendekatan wakil SLD, Katarzyna Lenart, 23, berkempen telah mencetuskan kemarahan masyarakat, namun beliau menegaskan bahawa cara itu adalah yang terbaik untuk menarik perhatian pengundi muda.
"Kempen saya mensasarkan golongan muda," ulang Lenart.
"Malangnya, anak-anak muda hanya berminat dengan sesuatu bersifat kontroversi."
Lenart, yang berharap dipilih di Lublin, muncul berpakaian sopan pada permulaan video sebelum bertindak menanggalkan bajunya. Dia kemudiannya membuka ikatan tali coli merah jambunya...sebelum kawasan dadanya ditapis dan tertera perkataan "cencored". Mesej "Want more? Vote SLD. Only we can do more." muncul selepas itu.
Jurucakap SLD menegaskan: "Saya tidak fikir kempen cara itu mempunyai tempat dalam politik berhaluan kiri. Kita perlu mengharamkan iklan bersifat seksis." -DCM
|
[Video-Wajib Tonton] Pengakuan Pesakit Tulang Belakang: "99 Peratus Anwar Tak Boleh (Lakukan Seks)" Posted: 14 Oct 2011 02:30 AM PDT
Saya petik: [TVS] PULAU PINANG 13 OKT : Seorang pesara tentera yang mengalami sakit tulang belakang yang sama seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak percaya Ketua Pembangkang itu kini mampu melakukan hubungan seks dengan sempurna kerana penyakit itu menjejaskan kekuatan tenaga batin. Ini kerana penyakit yang dialami Anwar itu menjejaskan tulang belakang kata Hashim Othman, bekas askar infantri di sini.
Tambahnya, hanya orang yang mengalami penyakit yang sama dapat merasakan penderitaan Anwar.
"Tapi kalau macam cerita Anwar mereka dok cerita tu, saya ingat mustahil. Tak terima akal. Pasal pakcik yang kena pakcik tahu. Orang yang tak kena boleh cakap apa saja. Tapi memang kekuatan tulang belakang. Pasal apa urat kita ni melalui tulang belakang.
"Tapi kalau macam Anwar kena ni saya kata , bukan saya nak masuk sebelah siapa. Makna saya kena saya tahu. Apa macam kedudukannya, Kalau macam kes Anwar ni kita kata ini kes kita kata kes-kes rogollah, paksa atau sukarela . Ini maknanya saya tak percaya . Tapi saya tak kata 100 peratus. Kalau 99 peratus saya kata Anwar tak boleh."
Bekas askar berusia 77 tahun ini tidak malu menceritakan pengalamannya agar Anwar tidak dihujani dengan fitnah dan pelbagai tuduhan dan dakwaan yang memalukan.
Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh sedang menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondo pada 26 Jun 2008.
Minggu lalu, peguambela Anwar mengemukakan bukti dari doktor beliau yang menyatakan kecederaan pada tulang belakang Anwar menghalangnya dari melakukan aktiviti-aktiviti lasak.
Beliau membuat pendedahan dalam satu sidang media di pejabat PKR di sini.
Menurut Hashim nafsunya menjadi lemah selepas menjalani pembedahan tulang belakang setelah terjatuh di banjaran berbatu batan di hutan Gunung Ledang berhampiran Tangkak, Johor.
Menurut Hashim, dia menjalani pembedahan selepas bersara pada umur 58 tahun, lebih kurang 19 tahun dahulu. Katanya, selepas pembedahan, dia menyedari nafsunya menjadi semakin lemah.
P/s: Pengarah video seks fitnah babitkan DSAI tidak menyedari fakta ini! Kah kah kah. Jika mereka tahu, sudah tentu pelakon mirip DSAI akan beraksi macam orang sakit tulang belakang. Kah kah kah!
|
[KANTOI] Warga Asing Diberi Kursus KEUSAHAWANAN, Bukan Ambil KP di JPN? Kah kah kah!!! Posted: 14 Oct 2011 12:57 AM PDT
Saya petik:
[MK] Polis menafikan dakwaan Pemuda PAS bahawa 240 warga asing yang menaiki sepuluh buah bas dari Johor kelmarin, dibawa ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapat taraf warganegara yang membolehkan mereka mengundi.
Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu kelmarin, lapor Sinar Harian.
Bagaimanapun beliau berkata, selepas menjalankan siasatan didapati perkara itu tidak benar.
"Maklumat yang kita peroleh menunjukkan semua warga asing itu berada di Desa Pinggiran Putra untuk menghadiri kursus keusahawanan.
"Mereka (warga asing) bukan dibawa untuk pergi ke JPN seperti yang didakwa oleh pihak terbabit," katanya seperti dilaporkan harian berbahasa Melayu itu.
P/s: Lawak, lawak, lawak. Warga asing maksudnya bukan warganegara Malaysia. Sejak bila Malaysia bermurah hati memberi warga asing kursus keusahawanan? 240 orang bukan 24 orang! Bolehkah mereka berniaga atau membuka kilang di sini? Maaf, orang naik kapal laut datang ke sini diberi kursus keusahawanan? Tolonglah jangan buat lawak macam ini!!!! Woi, sejak bila "kera di hutan disusukan, anak di riba mati kelaparan"?
Kemas Kini:Saya tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman berhubung dengan tuduhan Pemuda PAS yang mengatakan 240 orang warga asing yang berkubu di Istana Dugang Country Resort adalah bertujuan untuk mendapatkan hak kewarganegaraan mudah. Superintendan Imran Abdul Rahman mengatakan bahawa tujuan warga asing berada di resort tersebut adalah untuk mengikuti kursus keusahawanan.
Rakyat Malaysia tidak menerima langsung alasan yang diberikan oleh pihak polis kerana perkara-perkara berikut :
1. Tidak munasabah warga asing diberi kursus keusahawanan, sedangkan mereka tidak dibenarkan berniaga dalam negara kita. Apakah seorang warganegara asing yang datang ke negara ini atas permit pertanian dibenarkan berniaga dalam negara kita? Sejak bila pulak kerajaan Malaysia membenarkan pekerja buruh daripada kalangan warga asing dibenarkan berniaga di negara kita?
2. Pada peringkat awal pemandu bas diarah menurunkan warga asing tersebut di Jabatan Perdana Menteri(JPM). Tetapi di saat-saat akhir mereka menerima arahan untuk menuju ke Istana Dugang Country Resort. Tidak munasabah penganjur kursus keusahawanan menukar tempat kursus di saat-saat akhir daripada jabatan kerajaan ke resort di Kajang.
3. Tidak munasabah warga asing ini diberi layanan kelas pertama untuk menghadiri kursus keusahawanan. Mereka diberi perkhidmatan bas dan resort. Badan kerajaan mana yang begitu bermurah hati membenarkan mereka berkursus?
4. Dalam perjanjian dengan pemandu bas, perkhidmatan mereka diperlukan sehingga jam 1 tengahari rabu 12hb Oktober 2011. Sedangkan warga asing tersebut tiba di Putrajaya pada jam 6 pagi hari yang sama. Jika benar mereka menghadiri kursus keusahawanan maka Rakyat Malaysia ingin bertanya kursus keusahawan apa yang terlalu istimewa kepada warga asing yang hanya berkursus 5 jam sahaja(8 pagi – 1 tengahari).
5. Jika benar mereka berkursus keusahawanan 5 jam sahaja dengan jarak 800 KM, pergi dan balik daripada Johor Baharu ke Putrajaya, mengapa mereka tidak berkursus di Johor Baharu sahaja. Mengapa begitu istimewa warga asing ini dilayan oleh pihak tertentu dalam negara ini.
Berdasarkan kepada tidak munasabahnya 240 orang warga asing ini berkursus keusahawanan di Istana Dugang Country Resort maka Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak pihak polis jangan cuba bersubahat melindungi penyelewangan yang sedang diperhatikan oleh seluruh rakyat Malaysia.
SUHAIZAN BIN KAYAT PENGERUSI PEMULIHAN DEMOKRASI & MOBILISASI PEMUDA PAS MALAYSIA KETUA PEMUDA PAS NEGERI JOHOR
P/s: Selamat MELACURKAN Kedaulatan Negara!!! |
[Video] Awie NAFI Isi Borang UMNO Posted: 14 Oct 2011 12:02 AM PDT |
10 ARTIS Sertai UMNO? Siapa Mereka? Posted: 13 Oct 2011 09:06 PM PDT
Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 14 Okt — Seramai 10 artis menyerahkan borang keahlian menyertai Pemuda Umno malam tadi.
Mengetuai penyerahan borang keahlian kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin di pejabat Pemuda Umno di sini ialah Timbalan Presiden Seniman Rozaidi Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi.
Antara yang menyertai pergerakan itu ialah Rashdan Baba, Ezani Nizarif dan Haris Kool dan penyanyi Adam AF.
Zed Zaidi berkata penyertaannya dalam parti itu adalah sebagai menerima pelawaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dalam program "Jom Masuk Umno".
Pelakon itu yakin corak kepimpinan Perdana Menteri akan melahirkan generasi pelapis yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara termasuk industri hiburan.
P/s: Awie, Zed Zaidi, Adam, Ezani, Rashdan, Haris - Siapa lagi empat?
Cuba tengok dengan teliti gambar di bawah ini: |
Senjata Baru Hadapi Perogol/Pencabul di India, Wajar Diperkenal di Malaysia Posted: 13 Oct 2011 08:42 PM PDT
Saya petik: [HM] NEW DELHI: Wanita di bandar raya ini tidak lama lagi boleh mengatasi sesiapa yang cuba menyerang mereka dengan hanya menekan satu butang telefon untuk meminta tolong kepada pelbagai pihak, termasuk ahli keluarga dan polis.
Butang itu juga menghidupkan penggera di laman sesawang sosial mangsa. Polis berkata, satu daripada setiap empat kes rogol di India berlaku di New Delhi.
Biasanya, mangsa ditarik ke dalam kereta dan dirogol beramai-ramai ketika kenderaan itu dipandu sebelum mangsa dicampakkan ke tepi jalan. Data polis India menunjukkan, berlaku satu kes rogol bagi setiap 18 jam.
Namun, melalui kemudahan Fight Back itu, wanita boleh menghantar mesej kecemasan berserta lokasi tepat kepada lima pihak, termasuk polis.
Ia juga dipaparkan dalam Facebook dan Twitter. Perkhidmatan itu akan dilancarkan bulan depan. Pengasas bersama Whypoll yang pencipta aplikasi itu, Hindol Sengupta, berkata keselamatan wanita menjadi isu besar di India.
Wanita dicabul dan diganggu di mana-mana saja dan kami percaya aplikasi pertama di Asia ini membantu mereka menjadi lebih selamat," katanya. - Reuters
|
Sedap 5 Minit, Balasannya 8 Tahun Penjara, 3 Sebatan Posted: 13 Oct 2011 07:35 PM PDT
Saya petik: [HM] MELAKA: Seorang pembantu tukang masak dihukum penjara 24 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan merogol pelajar tingkatan dua, September lalu.
Hakim Ahmad Sazali Omar menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh, Jul Abdul Jalil, 27, yang beralamat di Taman Mutiara Sri Gading, Batu Pahat, Johor selepas meneliti semua fakta, rayuan dan hujah pendakwaan. Bagi tuduhan pertama, Jul yang tidak diwakili peguam didakwa merogol mangsa berusia 14 tahun enam bulan itu pada 20 September lalu, kira-kira jam 4.30 petang di dalam stor kedai di Kilometer 1256, Jalan Besar, Kampung Baru, Alor Gajah.
Bagi tuduhan kedua dia didakwa merogol mangsa sama, keesokannya, 21 September lalu, kira-kira jam 2 petang, di tempat sama. Seterusnya Jul dituduh merogol pelajar terbabit sekali lagi pada 24 September lalu, kira-kira jam 3 petang di tempat sama.
Ketiga-tiga kesalahan dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan sehingga 20 tahun serta sebatan.
Ahmad Sazali menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan ia berjalan serentak bermula dari tarikh ditangkap. Ia bermakna tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara lapan tahun dan tiga sebatan saja.
P/s: Hukuman tidak sepatutnya dijalankan secara serentak. Perosak anak dara sunti patut merengkok di dalam penjara selama 24 tahun.
|
Ingat Cerita Isteri TOLAK Seks, Gigit Telinga Suami? Susulannya di Sini Posted: 13 Oct 2011 06:17 PM PDT
Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Wanita warga Vietnam yang didakwa mencederakan dan mengugut akan memotong alat kelamin suaminya yang juga seorang pemandu teksi berusia 61 tahun tampil menemui lelaki terbabit dan memohon maaf atas perbuatannya itu.
Ketika ditemui, wanita yang dikenali sebagai Le Thi Quang, 29, berkata, dia menyesal dengan apa yang terjadi hingga menyebabkan suaminya cedera di telinga. "Saya mengaku saya salah dan ketika kejadian, saya berada dalam keadaan mabuk selepas tertekan dengan keadaan di rumah.
"Pihak berkuasa juga memberi saya peluang kedua ketika mahu menahan saya tempoh hari dan berharap suami juga dapat memaafkan saya selepas ini," katanya ketika ditemui di Wisma MCA. Sementara itu, mangsa, Chin Weng Seng, 61, berkata, dia dihubungi isterinya kelmarin selepas beberapa hari menghilangkan diri dari rumah.
"Dia memberitahu ada pergi ke rumah saudaranya di Ipoh selepas melarikan diri dari rumah namun tidak dapat menghubungi saya ketika mahu pulang.
"Saya kemudian pergi menjemputnya di sebuah perhentian bas berdekatan kawasan rumah dekat Jalan Chempaka, Ampang," katanya yang sudi memaafkan isterinya. Sementara itu, Quang pulang ke Vietnam esok selama tiga bulan untuk menziarahi keluarganya yang risau dengan keadaannya di sini selepas mengetahui mengenai laporan akhbar berkaitannya tempoh hari.
Ketua Biro pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, segala perbelanjaan menguruskan kepulangan Quang ke negara asalnya akan ditanggung agensi cari jodoh yang menemukan pasangan berkenaan. "Mereka bersetuju menguruskan perbelanjaan pulang Quang termasuk tiket kapal terbang pergi balik dan urusan lain," katanya.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan