Kerabu Bersuara ® |
- Utusan Brunei Vs Utusan Malaysia. Mana Yang Islamnya?
- M'kini dijual pada Umno? Langkah mayat kami
- Saman fitnah: Mahkamah arah Utusan bayar MP Shah Alam RM60,000
- Video: Awie, Zed Zaidi Dan Adam Jawab Isu Serah Borang Untuk Sertai UMNO
- Betul Ke Awie Masuk Umno? Ramai Blogger Umno Bersorak?
- Muhyiddin: Kakitangan awam wajib guna Bahasa Melayu
- PAS tempelak Dr M, jamin mampu selamatkan kuasa politik Melayu
- Jom Cari Perbezaan Antara Artis Yang Masuk PAS Dengan Masuk UMNO
Utusan Brunei Vs Utusan Malaysia. Mana Yang Islamnya? Posted: 14 Oct 2011 09:47 AM PDT Korang Jangan Salah Faham Lak.. Ni Bukan Akhbar Utusan.. Ni Akhbar Brunei... Ni Pulak Bukan Sultan Di Malaysia, Tapi Ini Adalah Sultan Brunei... Sultan Yang Memerintah Umat Islam Di Brunei & Mahukan Brunei Memulakan Hukum Allah S.W.T.. Lihatlah Akhbar Brunei Yang Menceritakan Pada Rakyatnya Betapa Indahnya Hukum Allah S.W.T. Tidak Seperti Akhbar Pencacai Kita Yang Memburuk-Burukkan Hukum Islam & Menakut-Nakutkan Rakyat Mengenai Perlaksanaan Hukum Islam. |
M'kini dijual pada Umno? Langkah mayat kami Posted: 14 Oct 2011 05:26 AM PDT Steven Gan Apabila kami melancarkan Malaysiakini 11 tahun lalu, kami sedar bahawa memang sukar bagi laman web yang masih bertatih untuk memberikan sebarang kesan politik. Pengguna Internet masih sedikit, malah modem 56k ketika itu juga tidak membantu. Rupa-rupanya kami salah. Memberikan dampak politik kerja mudah. Hanya segelintir wartawan pada masa itu berani bertegas terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, sekali gus menjadikan kami sangat menonjol. Yang sukar, untuk memastikan kewangan Malaysiakini selesa. Apabila keghairahan dot.com tiba-tiba mengendur - dua tahun selepas kami beroperasi - hakikat ini jadi lebih jelas: Malaysiakini tidak dapat bergantung kepada iklan semata-mata. Keputusan untuk memperkenalkan langganan memang sukar dibuat. Semua orang berkata kami akan gagal. Benar, siapa sanggup membayar untuk kandungan Internet? Kami keseorangan. Tiada yang akan menghulurkan tangan. Kami harus membina teknologi pembayaran dari kosong. Tetapi kami tiada pilihan. Pada 16 Ogos 2002 - hari pertama langganan diperkenal - kami menulis rayuan ini: "Tiada laman berita dalam talian terbukti bertahan. Yang paling berjaya, laman pelengkap kepada versi cetak, yang mendukungnya. Hanya sedikit benar-benar berbentuk dalam talian sepenuhnya. Sebahagian besarnya masih sangat tidak stabil. "Perkara itu meletakkan kami dalam keadaan Hobson's choice atau pilihan tunggal: Kunci laman ini dan hadapi kemungkinan hilang pembaca - dan masih tiada jaminan bertahan - atau terus pastikan Malaysiakini boleh dilayari secara percuma sehingga merempuh jalan mati. "Wartawan di Malaysiakini sudah membuat pilihan. Seterusnya kami kini serahkan kepada pembaca untuk membuat pilihan mereka." Dan pembaca yang budiman membuat pilihan. Ramai pendukung Malaysiakini mendermakan sejumlah kecil wang setiap bulan untuk membolehkan kami terus membuat liputan - dengan cara sederhana tetapi berpengaruh - resah gelisah politik dalam negara. Berdepan gergasi sejagat Kandungan bukan segala-galanya. Tetapi teknologi. Pembekal kandungan - akhbar, televisyen dan stesen radio - menghadapi masalah di merata-rata tempat. Hanya syarikat telekomunikasi dan teknologi meraih ganjaran dari Internet. Apabila pengiklanan dalam talian mula rancak, ruang maya menyediakan cabaran amat berbeza kepada pembekal maklumat. Pengiklan tidak lagi bergantung kepada kewartawanan untuk mencuri tumpuan dengan cara yang sama dengan media lama, dan mereka tidak bergantung kepada laman tempatan untuk melaksanakan tugas itu. Pesaing kita untuk lubuk pengiklanan, antara lain, gergasi besar sejagat. Malah, tiada satu pun daripada empat syarikat gergasi dalam talian - Google, Microsoft, Facebook dan Yahoo - merupakan syarikat media. Mereka dan 45 lagi menguasai lebih 95 peratus pasaran pengiklanan dalam talian di seluruh dunia. Semua di luar lingkaran elit ini menghadapi persaingan sengit untuk sejumlah wang yang tidak sebanyak mana. Malaysiakini, sama ada suka atau tidak, berdepan dengan gergasi seperti Google. Oleh itu, hakikat pahit bahawa langganan ialah satu cara - dan buat masa sekarang, mungkin jalan tunggal - untuk menyokong media bebas. Ini menjelaskan kenapa, harian bebas berbahasa Cina Merdeka Review, dengan bantuan Malaysiakini, beralih kepada kaedah langganan bulan ini. Tanpa langkah ini, Merdeka Review, mahu tidak mahu, terpaksa bergelut untuk terus beroperasi. Dan untuk memastikan padang permainan sama rata, Malayiakini versi bahasa Cina - yang percuma sejak dilancarkan pada 2005 - juga memulakan langganan. Pelbagai sumber pendapatan Kami berulang kali menegaskan - media bebas memerlukan kebebasan kewangan. Perlu kami tegaskan lagi - kita sedang merintis langkah untuk memastikan nasib kebebasan media. Kegagalan kami untuk memastikan model langganan ini berjaya bermakna masa depan media dalam talian bebas makin pudar. Tetapi untuk menjadi benar-benar bebas, laman berita perlu bergantung kepada pelbagai sumber pendapatan. Untuk itu, Malaysiakini kini mengintai peluang melampaui langganan dan pengiklanan untuk mendanai operasi. Antaranya, tambahan sumber pendapatan melalui jualan kandungan. Awal tahun ini, kami menandatangani perjanjian dengan Yahoo!, membenarkan enjin carian itu memuatkan kembali kandungan Malaysiakini dengan sejumlah bayaran. Sementara itu, sudah diketahui umum bahawa Malay Mail akan dilancarkan semula sebagai harian pagi dan bukan lagi akhbar percuma edisi petang. Untuk itu, ia mendekati beberapa pemain dalam talian, blog dan agensi berita antarabangsa untuk mendapatkan kandungannya, Malaysiakini tidak terkecuali. Jadi, ia benar-benar mengejutkan kami apabila perbincangan tentang kandungan - dan masih jauh untuk sebarang kata sepakat - diputar belit oleh beberapa laman berita menjadi isu pertukaran kandungan demi saham. Biar kami tegaskan - kami tiada sebarang niat untuk memiliki sebarang saham dalam Malay Mail atau menyerahkan pemilikan dalam Malaysiakini. Bagaimanapun, untuk menjual kandungannya - membolehkan Malaysiakini terus memberikan perkhidmatan lebih baik dan mensasarkan lebih banyak pembaca - menjadi keputusan niaga dan kewartawanan yang baik. Lebih-lebih lagi, menjual kandungan tidak menjejaskan pendirian editorial kami. Pengguna kandungan kami tiada sebarang suara dalam sidang pengarang - ambil atau tinggalkan saja. Mereka juga tidak dibenarkan mengubah kandungan yang disiarkan. Kami terkejut apabila pesaing kami gagal faham asas ekonomi ini. Tetapi, sekali lagi, mungkin mereka tidak perlu bimbang masalah wang kerana mendapatnya daripada suatu sumber. Jadi, adakah Malaysiakini akan jatuh ke tangan Umno? Langkah mayat kami dahulu. Dan kami katakan ini bukan saja pada Umno, tapi juga MCA, MIC, PAS, PKR dan DAP. Parti politik tiada urusan untuk memiliki media, dan wartawan tiada urusan untuk membuat perjanjian sebegini dengan ahli politik. Ini prinsip yang kami sanjung di Malaysiakini, dan dengan susah payah mempertahankannya sejak sedekad lalu. Kami tidak akan mengetepikannya untuk apa pun. Walaupun dengan longgokan wang ringgit. STEVEN GAN merupakan pengasas bersama dan ketua pengarang kumpulan Malaysiakini. |
Saman fitnah: Mahkamah arah Utusan bayar MP Shah Alam RM60,000 Posted: 14 Oct 2011 04:34 AM PDT Oleh Shazwan Mustafa Kamal KUALA LUMPUR, 14 Okt ─ Mahkamah Tinggi mengarahkan Utusan Malaysia membayar RM60,000 kepada Ahli Parlimen PAS Khalid Samad berhubung satu artikel berbaur fitnah disiarkan dua tahun lalu. Wakil rakyat Shah Alam itu menang dalam kes saman ke atas akhbar milik Umno pada 30 September lalu. Artikel itu bertajuk Zulkifli bidas Pak Janggut", disiarkan pada September 2009. Hakim Mahkamah Tinggi Komersial Dr Prasad Sandosham Abraham mengeluarkan perintah kepada Utusan dan Ketua Pengarang kumpulan itu Datuk Abdul Aziz Ishak agar membayar ganti rugi kerana menyiarkan tulisan tanpa mendapatkan pengesahan berkaitan kandungannya terlebih dahulu. |
Video: Awie, Zed Zaidi Dan Adam Jawab Isu Serah Borang Untuk Sertai UMNO Posted: 13 Oct 2011 10:18 PM PDT Video: Awie, Zed Zaidi Dan Adam Jawab Isu Serah Borang Untuk Sertai UMNO Semalam berlangsung'nya sidang media khas yang di'anjurkan Pemuda UMNO Malaysia yang melibatkan penyertaan beberapa artis popular tanah air seperti Awie, Zed Zaidi & Adam. Sepanjang pagi semalam, banyak ura ura mengatakan yang Awie bersama ramai selebriti lain akan menyerahkan borang penyertaan untuk menyokong Pemuda UMNO dalam majlis ini. Namun semua khabar angin itu tidak benar belaka kerana Pemuda UMNO dan para selebriti yang di'ketuai Awie sebenarnya ingin berkolaborasi untuk sebuah acara yang mereka namakan sebagai BN Youth Music 2011. Apa yang kami faham, BN Youth Music 2011 ini merupakan sebuah usaha kerajaan melalui Pemuda UMNO untuk mencungkil bakat bakat baru dalam bidang muzik melalui ujibakat secara online. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin usaha Biro Kebudayaan dan Kesenian Pemuda UMNO itu memberi tumpuan kepada anak-anak muda yang berbakat untuk menonjolkan kebolehan yang ada pada mereka. |
Betul Ke Awie Masuk Umno? Ramai Blogger Umno Bersorak? Posted: 13 Oct 2011 09:43 PM PDT |
Muhyiddin: Kakitangan awam wajib guna Bahasa Melayu Posted: 13 Oct 2011 09:17 PM PDT KUALA LUMPUR, 14 Okt — Semua penjawat awam diwajib menggunakan bahasa kebangsaan dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran kerajaan termasuk ketika bermesyuarat, surat-menyurat atau seminar — langkah yang pernah digunakan kira-kira tiga dekad lalu — bagi memantapkan peranan Bahasa Melayu selain memperkasakannya sebagai bahasa ilmu. Menurut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Kabinet bersetuju dengan keputusan itu. "Bagi memastikan arahan ini dipatuhi, pekeliling perkhidmatan berkaitan Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan Awam akan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam," katanya dipetik Berita Harian hari ini. Muhyiddin mengumumkan perkara itu pada majlis sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat kebangsaan 2011 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dekat Durian Tunggal semalam. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut meminta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memainkan peranan penting memperkasakan bahasa kebangsaan dalam segala urusan syarikat. "GLC sewajarnya mempelopori usaha menyokong agenda nasional untuk memartabatkan bahasa kebangsaan dalam bidang berkaitan perbankan, kewangan, perdagangan, perniagaan, pembuatan dan lain-lain perkhidmatan," katanya. Katanya, Malaysia wajar mencontohi sikap beberapa negara maju dan sedang berkembang maju yang tidak meminggirkan bahasa kebangsaan masing-masing, meskipun masih mementingkan penguasaan bahasa Inggeris. Malah, katanya, daripada lapan ekonomi gergasi dunia iaitu negara G7, dan China, hanya tiga negara iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada yang rakyatnya berbahasa Inggeris. Rakyat Kanada juga sebahagiannya berbahasa Perancis manakala di United Kingdom sebahagian rakyatnya berbahasa Welsh, Scottish dan Irish. "Di Brazil, Russia, India dan China (BRIC) iaitu negara yang berada pada tahap kemajuan ekonomi paling rancak, hanya India tidak mengekalkan bahasa sendiri. Kebanyakan negara Nordik yang maju, juga mengekalkan bahasa masing-masing. "Daripada empat negara Ekonomi Perindustrian Baru Asia Timur, hanya Singapura tidak mengekalkan bahasa ibunda. Jika kita teliti perkembangan negara-negara berkenaan, kita dapati bahasa Inggeris adalah bahasa penting tetapi bukanlah satu-satunya bahasa yang menjamin kemajuan. "China tidak menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikannya semata-mata kerana mahu meraih laba globalisasi. Mereka menyanjungi bahasa kebangsaan mereka dan menghormati bahasa kebangsaan negara lain," katanya. |
PAS tempelak Dr M, jamin mampu selamatkan kuasa politik Melayu Posted: 13 Oct 2011 09:15 PM PDT KUALA LUMPUR, 14 Okt — PAS, komponen Pakatan Rakyat memberi jaminan kaum Melayu negara ini tidak akan hilang kuasa, sebaliknya ia mampu menyelamatkan masyarakat Melayu Islam kerana Umno didapati gagal menjaga amanah bangsa sepanjang lima dekad lalu. "Inilah jawapan kepada kebimbangan Tun Dr Mahathir (Mohamad) yang mengatakan Melayu akan hilang kuasa dalam 10 tahun lagi," kata ahli jawatankuasa PAS pusat Idris Ahmad menjawab pendirian bekas perdana menteri itu kelmarin. Laporan media memetik Dr Mahathir berkata orang Melayu di negara ini dijangka kehilangan identiti dan kuasa terutama berkaitan hal sosial, politik dan ekonomi dalam masa 10 tahun lagi. Kata Dr Mahathir, jangkaan itu berdasarkan trend perpecahan politik yang semakin ketara di kalangan kaum itu sehingga menyaksikan terdapat di antara mereka menjadi pihak minoriti dalam mana-mana perkongsian kuasa. Apabila itu terjadi, katanya, golongan minoriti tersebut terpaksa meminta bantuan pihak lain demi kuasa, tetapi "berhutang" dengan pemberi "bantuan" berkenaan sehingga akhirnya membuatkan Melayu Islam kerugian. Menurut Dr Mahathir, yang juga bekas presiden Umno, senario identiti Melayu Islam di Singapura serta keadaan ekonomi golongan itu di Thailand wajar dijadikan iktibar. Pandangan Dr Mahathir itu bukan pertama kali diketengahkan. Beliau konsisten dengan pendirian seumpama itu sejak selepas pilihan raya umum 2008. Sehubungan itu Idris juga menegaskan, pandangan terbaru Dr Mahathir hanyalah kenyataan untuk memberikan talian hayat baru supaya orang Melayu terus menyokong Umno, ketika parti itu tidak popular di kalangan generasi muda yang celik maklumat. Malah kata beliau, kenyataan itu adalah bayangan mimpi ngeri Dr Mahathir ketika menghadapi hari tuanya. "Beliau sedang menyaksikan parti yang pernah beliau pimpin hampir 22 tahun mengalami muflis sokongan," ujar beliau dipetik Harakahdaily. Menurutnya, Umno bukan lagi parti keramat orang Melayu, ia hanya parti untuk menjadi pangkalan sementara bagi membolot kekayaan peribadi bukan untuk kepentingan bangsa dan agama. "Insya-Allah doa (bekas presiden PAS) Allahyarham (Datuk) Fadzil Noor dikabulkan Allah supaya umur Tun Mahathir panjang dan ia akan melihat sendiri hasil daripada beliau memimpin negara. Bibit-bibit kerisauan sudah pun nampak pada hari ini," kata beliau lagi. Oleh itu tambah Idris, PAS perlu mengganti Umno demi kelangsungan perjuangan agama, bangsa dan negara. PAS, tambah beliau, terbukti dan teruji kerana mampu mentadbir dengan baik negeri yang mewakili majoriti Melayu Islam di Kelantan sejak 1990 sehingga kini telah berjaya menaikkan taraf orang Melayu. Katanya lagi, kadar kemiskinan di Kelantan daripada nombor dua pada 1990 kepada nombor enam adalah satu bukti PAS mampu memelihara Melayu Islam. Begitu juga, ujarnya ketika Umno berbangga partinya pandai menjaga Melayu tetapi begitu daif untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di negeri di bawah penguasaan mereka, contohnya Terengganu nombor dua termiskin di negara ini. Jelas Idris, PAS yang menerajui Kelantan berjaya melunaskan hutang kepada kerajaan pusat sebanyak RM220 juta setakat 2010 sedangkan hutang yang ditinggalkan Umno pada 1990 sebanyak RM718 juta. Katanya, Kelantan mampu mengurus dengan baik walaupun royalti minyak dirampas. PAS, tambah beliau, mampu kerana pemimpin yang berpegang kepada prinsip amanah dan adil, merasakan bahawa pemimpin akan disoal di hari akhirat kelak, menolak sebarang bentuk perkauman dan pilih kasih kerana berlainan ideologi politik, bantuan diberi kepada mereka yang berhak, tanpa mengira parti politik. |
Jom Cari Perbezaan Antara Artis Yang Masuk PAS Dengan Masuk UMNO Posted: 13 Oct 2011 03:20 PM PDT umno pas |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan