DIALOG RAKYAT |
- Bersih: Koperal jadi ‘kambing hitam’ polis selesai isu Tung Shin
- Ketidakseimbangan di dalam Bajet 2012
- 6,000 berkampung di Taman Melewar 28 Oktober ini
- Bersih: Diarah hadir tapi mahkamah tutup
- Kickdefella mohon pindah kes ke Kuala Lumpur
- Bajet 2012: BN terus abai anak muda
- Penghakiman kes Altantuya yang 'tergantung' memburukkan sistem kehakiman
- Akhirnya, Mahathir vs Najib
- PM: `Pilihan raya dah dekat’
- Felcra: Penduduk diarah masuk afidavit penyampaian
- Bajet tarik undi, kata Kit Siang
- Akta Kerja: MTUC timbang piket seluruh negara, keputusan esok
- 'Ubat pos' disambut baik
- NGO mahu semua projek air, elektrik diaudit
- PAS: Bajet tak selesai pengangguran graduan
- | Buat Provokasi : Masih Di Alam Primitif - Mat Sabu
- Cara SPR Bantu BN Dalam Pilihanraya.
- HIMPUNAN BLOGGER RAKYAT JOHOR
- BAJET 2012 MENGORBANKAN KANAK-KANAK?
- Misteri Orang Bewah Sedang Dirungkai Pakar
- Program Inap Desa Di Sabah Perlu Dimajukan Lagi
- Mahasiswi Kaherah Dari Malaysia Dikelar Perompak
- Pang Chaw Jangan Ugut Pas
- Skim Rumah Pertamaku Dinaikkan Had Maksimum Daripada RM220K kepada RM400K. Patutkah?
- Sewa Atas Sewa Antara Punca Kemelut Penyewa PKNS
Bersih: Koperal jadi ‘kambing hitam’ polis selesai isu Tung Shin Posted: 09 Oct 2011 05:30 AM PDT "Ini sesuatu yang mengarut. Setiap orang ada melihat... keseluruhan dunia telah menonton video. Seorang anggota dijadikan kambing hitam. "Jika anda mengatakan hanya seorang, adakah mereka telah mengadakan siasatan lengkap? Bagaimana mereka boleh kata hanya seorang sahaja (yang terlibat)?" kata anggota jawatankuasa Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah kepada The Malaysian Insider. "Mereka seperti Menteri Kesihatan (Datuk Seri Liow Tiong Lai) yang menafikan Tung Shin dijadikan sasaran, ini satu penafian lebih seorang anggota polis terlibat," kata Chin. Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh memberi jaminan akan mengambil tindakan disiplin ke atas seorang anggota — yang berpangkat koperal — jika didapati bersalah melanggar garis panduan operasi (SOP) semasa meleraikan perhimpunan Bersih 2.0 di kawasan Hospital Tung Shin. Namun, beliau berkata pihaknya masih mengumpulkan bukti bagi menyiasat kesahihan dakwaan bahawa anggota berkenaan bertindak di luar SOP semasa melaksanakan tugas. "Kita akan ambil tindakan disiplin dan tatatertib di peringkat IPK (ibu pejabat polis Kuala Lumpur) jika siasatan mendapati perkara itu benar," kata beliau. Kenyataan Kementerian Dalam Negeri pada Selasa lalu menyebut siasatan Kementerian Kesihatan mengesahkan polis telah melanggar SOP dan bertindak secara tidak beretika ketika hendak meleraikan perhimpunan Bersih 2.0 di kawasan Hospital Tung Shin. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata, anggota polis yang didapati bersalah akan dirujuk kepada lembaga disiplin Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mahmood berkata, Kementerian Dalam Negeri mengambil maklum hasil laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Siasatan Dalaman Peringkat Tertinggi, Kementerian Kesihatan mengenai insiden gas pemedih mata dan meriam air ditembak ke dalam kawasan Hospital Tung Shin. "Keputusan siasatan mendapati bahawa memang wujud tindakan tidak beretika dan di luar daripada garis panduan operasi polis oleh kakitangan PDRM ketika tindakan penguatkuasaan dilakukan dalam menangani ahli perhimpunan yang secara salah mempergunakan premis hospital tersebut," kata beliau. Mahmood menambah, laporan itu antara lain menyebut bahawa berlaku semburan air oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat parkir kenderaan bertingkat dan pintu masuk utama hospital itu. "Bagaimanapun, tindakan ini adalah semata-mata bertujuan untuk menyuraikan kelompok penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di dalam kawasan hospital," kata beliau lagi. Mahmood juga berkata laporan itu menunjukan bahawa berlaku tembakan gas pemedih mata dari arah premis Waz Lian oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan hospital, dan bagaimanapun, dakwaan yang menyatakan berlakunya tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital adalah tidak benar kerana ia berlaku di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan hospital berkenaan. "Berlaku lontaran 'bom asap' oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat parkir kenderaan Hospital Bersalin Cina," kata beliau. Berhubung insiden lontaran bom asap, kata Mahmood, hasil siasatan mendapati ia bukan berlaku dalam kawasan Hospital Tung Shin tetapi di kawasan Hospital Bersalin Cina di mana dari segi pentadbirannya, adalah berasingan daripada Hospital Bersalin Cina. "Pihak Hospital Bersalin Cina sebenarnya telah memberhentikan operasinya semenjak September 2006 kerana akan dibuat pengubahsuaian secara makro atau menyeluruh terhadap keseluruhan premisnya yang akan bermula pada Disember 2011," katanya lagi. | ||
Ketidakseimbangan di dalam Bajet 2012 Posted: 09 Oct 2011 05:28 AM PDT
| ||
6,000 berkampung di Taman Melewar 28 Oktober ini Posted: 09 Oct 2011 05:26 AM PDT
| ||
Bersih: Diarah hadir tapi mahkamah tutup Posted: 09 Oct 2011 05:23 AM PDT
| ||
Kickdefella mohon pindah kes ke Kuala Lumpur Posted: 09 Oct 2011 05:21 AM PDT
| ||
Bajet 2012: BN terus abai anak muda Posted: 09 Oct 2011 05:18 AM PDT
| ||
Penghakiman kes Altantuya yang 'tergantung' memburukkan sistem kehakiman Posted: 09 Oct 2011 05:13 AM PDT Maclean Patrick, Malaysia Chronicle Ketidak upayaan sistem kehakiman Malaysia untuk membawa kesudahan kepada kes pembunuhan Altantuya adalah sangat memalukan dan menunjukkan keburukan yang terdapat dalam sistem kehakiman. Hakikat yang penghakiman untuk perbicaraan pembunuhan ini masih belum ditulis selepas 2 tahun pengumumannya dibuat adalah amat memalukan dan memberi tanggapan yang sangat buruk terhadap mahkamah undang-undang di Malaysia. Sebagai permulaannya, hakim kes tersebut seharusnya sudah menulis penghakiman itu, ditanda tangani olehnya dan dihantar ke Mahkamah Persekutuan. Ini adalah selaras dengan seksyen 281 (b)(ii) Criminal Procedure Code (Act 593) yang memerlukan dokumen tersebut untuk diserahkan untuk membuat rayuan terhadap hukuman mati itu. Tetapi sementara dua orang bekas pengawal peribadi Perdana Menteri Najib Razak telah dijatuhkan hukuman gantung kerana membunuh Altantuya, dan sudah pun membuat rayuan, halim Mahkamah Tinggi itu, Mohd Zaki Yasin, yang mendapati bahawa mereka bersalah, masih belum menulis penghakimannya itu sehingga sekarang. Bagaimana pula rayuan dapat dilakukan di Mahkamah Persekutuan sekiranya penghakiman belum ditulis? kelihatannya seperti mahkamah sengaja melengahkan proses rayuan supaya banyak masa terbuang, tetapi apa kebaikannya untuk kedua-dua pegawai polis ini yang sudah dijatuhkan hukuman mati? Dan kenapa pentadbiran Najib tidak menyoal Mohd Zaki Yasin tentang ketidak upayaannya untuk menulis penghakiman itu? Atau Mohd Zaki Yasin sedang menunggu orang lain untuk menulisnya bagi pihak dia? Ini bukanlah perkara mengejut, kerana hanya di Malaysia seorang hakim 'dibenarkan' untuk mengambil orang lain untuk menulisjan penghakimannya. Kerjaya undang-undang atau wild, wild West Dalam pertunjukan korupsi di dalam sistem kehakiman di Malaysia yang amat memeranjatkan, seorang setiausaha undang-undang telah memberikan keterangan pada tahun 2008 kepada Suruhanjaya Penyelidikan DiRaja (SPD) bahawa pada tahun 1994, seorang peguam kepada penuduh telah menulis penghakiman yang dibacakan oleh hakim yang membicarakan kes tersebut, yang kemudian menganugerahkan RM10 juta nilai kerugian yang dialami akibat fitnah kepada seorang kroni kepada bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad terhadap seorang jurnalis dan enam lagi yang terdakwa. Sesiapa yang mengikuti perkembangan di Malaysia sudah pasti tahu kes yang melibatkan V K Lingam, yang pada September 2006 menjadi pemain utama di dalam skandal kehakiman di mana subuah rakaman video tentang perbualan telefon olehnya dengan Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, yang merupakan hakim ketiga negara, yang bertanggungjawab dalam pemilihan hakim-hakim senior. Rakaman video itu menunjukkan beberapa orang-orang rapat Mahathir, terutamanya Vincent Tan, terlibat dalam pemastian dan pemilihan hakim-hakim yang boleh 'diatur'. Ya ampun, perkara-perkara yang dibiarkan! Suruhanjaya DiRaja yang dipilih untuk menyiasat tuduhan-tuduhan itu diberitahu oleh G Jayanthi, yang pada waktu itu merupakan setiausaha undang-undang untuk Lingam, bahawa Lingam telah menulis penghakiman untuk kes yang kontroversi itu, di mana Vincent Tan diberikan RM10 juta dalam di atas kerugian akibat empat artikel yang ditulis terhadapnya di dalam majalah Malaysian Industry yang sudah tidak beroperasi lagi. Penghakiman itu ditransfer kepada cakera komputer dan dihantar ke Hakim Mahkamah Tinggi Mokhtar Sidin, yang membacanya di mahkamah. Di dalam kenyataannya, kebanyakannya bertulis, Jayanthi berkata Lingam dibantu oleh adiknya, seorang peguam dan bekas ketua Mahkamah Industri Malaysia. Dia memberitahu mahkamah bahawa dia telah memberikan pembetulan dalam tulisan tangan bersama dengan penghakiman itu kepada peguamnya, Muhammad Shafee Abdullah. Lingam, katanya, "membetulkan draf penghakiman itu dengan dakwat merah pada beberapa muka surat. Kemudian Sumanti membuat pembetulan mengikut apa yang sudah dibuat dan membuat salinan di dalam cakera komputer untuk diberikan oleh Datuk Lingam kepada Hakim Datuk Mokhtar Sidin. Kemudian saya mendapati pengahkiman itu diikut bulat-bulat oleh hakim tersebut." Penghakiman Altantuya masih 'tergantung' - macam mana? Kelihatannya seperti penghakiman beberapa kes boleh ditulis oleh orang lain yang tidak terlibat pun di dalam kes itu, berlainan daripada kes Altantuya. Jadi apa masalah yang sedang dihadapi oleh Mohd Zaki Yasin yang membuatkan dia belum dapat menulis penghakimannya? Haruskah Suruhanjaya DiRaja diwujudkan untuk memastikan kenapa penghakiman itu belum ditulis? Terdapat banyak kes-kes masalah undang-undang untuk disebut. Daripada kes perbicaraan sodomi I pada tahun 1998 oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad hinggalah ke krisis Perak oleh Perdana Menteri Najib Razak pada tahun 2009, integriti sistem kehakiman sudah semakin merudum dan belum selesai lagi. Baru sehari lalu, 60 Ahli Parlimen pembangkang memfailkan gerakan di parlimen untuk menuntut pemecatan seorang hakim kerana meniru penghakiman yang ditulis oleh bekas hakim Singapura GP Selvam. Perkara-perkara seperti inilah yang membuatkan sistem kehakiman Malaysia tidak profesional dan busuk. hakim-hakim yang seharusnya menjadi pelindung rakyat telah gagal, melambat-lambatkan keadilan untuk yang tidak bersalah, dan membenarkan orang bersalah memanipulasi dan menyalah guna sistem untuk kepentingan mereka sendiri. Dasar perubuhan masyarakat sivil di Malaysia sudah terjejas dan untuk ini, rakyat Malaysia menuntut reform dan perubahan. Jika tidak, Malaysia sudah pastinya akan hancur.Malaysia Chronicle | ||
Posted: 09 Oct 2011 05:08 AM PDT Maclean Patrick, Malaysia Chronicle Mahathir Mohamad bukanlah seorang yang boleh berdiam diri apabila berlaku sesuatu yang menarik perhatiannya. Selepas persaraannya pada tahun 2003, Mahathir menyepi buat seketika, memberi perhatian kepada perpustakaan peribadinya, dan malah membuka kedai kek di Langkawi. Tetapi itu tidak lama sebelum dia kembali semula. Lawannya yang kurang bernasib baik adalah tidak lain dan tidak bukan, Abdullah Badawi, pengganti yang dipilihnya sendiri. Tetapi walaupun hubungan mereka baik sebelum ini, apabila Badawi mula memansuhkan projek-projek besar Mahathir, orang tua itu tidak menyukainya dan menunjukkan rasa tidak puas hatinya. Tetapi itu tidak mencukupi bagi Abdullah, yang ketika itu sedang menunjukkan imej reformnya. Badawi telah melakukan sesuatu yang tidak disangka, dengan melepaskan musuh ketat Mahathir, Anwar Ibrahim, yang Mahathir telah bersusah payah untuk memasukkannya ke dalam penjara. Dan penambahnya pula, Badawi mendakwa kawan lama Mahathir, Eric Chia, atas tuduhan jenayah penyelewengan. Semua perbuatan-perbuatan ini melukakan Mahathir, tetapi yang menambah garam pada luka ialah apabila langkah-langkah ini disambut dengan hebat dan meriah. Tidak biasa diketepikan, Mahathir tidak dapat berdiam diri dan mula mengeluarkan kenyataan demi kenyataan, bertujuan untuk memperlekehkan dan akhirnya menjatuhkan penggantinya itu. Ia mengambil masa beberapa tahun dan kegagalan dalam pilihanraya pada tahun 2008 untuk akhirnya menyingkirkan Badawi, tetapi itu kerana sebelumnya Badawi telah membawa kemenangan besar untuk BN pada pilihanraya tahun 2004. Begitu juga, pada April 2009, Abdullah digantikan oleh Najib Razak, seorang lagi pengganti Mahathir yang dipilihnya sendiri. Sekali lagi, Mahathir menyepi, timbul sekali-sekala seperti seekor jerung yang mengamati mangsanya pada majlis-majlis seperti pelancaran Perkasa dan lain-lain lagi badan-badan pro-Melayu. tetapi secara kasarnya, dia masih berdiam diri, memberi ruang kepada Najib untuk menjadi Perdana Menteri walaupun terdapat desas-desus yang Najib takut untuk melakukan apa-apa yang boleh menyinggung perasaan orang tua itu. Mahathir kembali di atas pelana? Tetapi hari-hari itu sudah mula berakhir. Kini Mahathir berada dalam berita hampir setiap hari. Apaila ada isu yang keluar, seperti pelancaran Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat Selasa lepas, pemberita berpusu-pusu untuk mendapatkan pandangannya. Beberapa bulan kebelakangan ini, Mahathir juga telah memberi amaran keras kepada Najib Razak untuk menangguhkan pilihanraya atau UMNO akan "kalah besar". Amaran yang kelihatannya seperti tidak diendahkan oleh Najib Razak, dan ini menimbulkan kemarahan bekas Perdana Menteri itu. "Senang untuk kita belanjakan wang yang bukan di bawah kawalan kita. Kita boleh buat apa sahaja seperti berjanji memberi 20 peratus royalti minyak. Ya, kiat boleh membuat janji-janji itu kerana kita bukan kerajaan. Berjanji, asalkan kamu menang pilihanraya," kata Mahathir kepada pemberita pada hari Selasa. Dan sewaktu hujung minggu, ini yang dikatakan oleh Mahathir. "Jika pilihanraya umum diadakan sekarang, UMNO mungkin akan kalah besar kerana sokongan terhadapnya sudah pudar," lapor Bernama seperti yang dikatakan oleh Mahathir pada hari Ahad. Bekas Perdana Menteri itu sudah pastinya mempunyai alsan yang kukuh untuk memberi amaran kepada Najib kerana Perdana Menteri itu sekarang ini sarat dengan skandal yang memalukan Malaysia. Najib akan membentangkan Belanjawan 2012 BN pada hari Jumaat tetapi peluangnya untuk meneggelamkan Belanjawan Pakatan adalah sangat tipis, walaupun kita boleh menjangka media yang dikawal kerajaan akan menggembar-gemburkannya. Kehilangan kepercayaan rakyat Tetapi mungkin Mahathir benar. Tentunya ini bukan waktu yang sesuai untuk Najib mengadakan pilihanraya. Semangat rakyat tidak bersamanya. Rakyat Malaysia mahukan perubahan dan ini tidak diberikan oleh Najib. Sebaliknya, mereka terpaksa akur dengan apa yang Mahathir mahu atau apa yang difikirnya adalah yang terbaik kerana Najib terlalu lemah untuk melawannya. Oleh itu, adalah agak terlambat untuk Najib mendapat kembali tumpuan dan melakukan sedaya-upayanya. Sentimen awam bertentangan dengannya, dan rakyat menyalahkan Najib. Yang sering terngiang-ngiang di minda mereka adalah skandal-skandalnya dan sememangnya, tidak pernah ada dalam sejarah Malaysia seorang Perdana Menteri yang dibebani dengan begitu banyak skandal seperti Najib Razak. Dan kerana ini, tiada orang lain yang patut dipersalahkan selain dirinya sendiri. Saga kes Altantuya-Scorpene yang berterusan menyebabkan pemerhati-pemerhati internasional menggeleng kepala tidak percaya. Tetapi di Malaysia, UMNO dan kuncu-kuncunya berpura-pura tidak tahu menahu tentang perkara ini, walaupun mereka mengikuti perkembangannya. Skandal rasuah yang melibatkan wang imbuhan untuk pembelian dua kapal selam Scorpene ini sedang menunggu perlantikan hakim penyiasat Perancis. Kes pembunuhan Altantuya ini menunggu penyudahannya, kerana hakim yang menjatuhkan hukuman gantung ke atas dua pengawal peribadi Najib masih belum menulis penghakimannya lagi; membuatkan ramai yang bertanya - adakah ini penututpan kes bunuh yang terbesar dalam sejarah Malaysia yang melibatkan sistem kehakiman dan kerajaan? Kemudian ada pula isu cincin berlian bernilai RM24 juta, yang dikaitkan dengan isterinya Rosmah Mansor. Bersama dengan desas-desus mengenai pembelian barangan mewah, percutian ke luar negara bersama kuncu-kuncunya yang menggunakan wang rakyat, Rosmah Mansor merupakan tanggungan berat tabung negara dan juga untuk imej politik Najib. Kemudian ada juga kes perbicaraan Sodomi II yang sedang berlangsung, dengan adegan 'beri kami sepina kalau mahu lihat kami di mahkamah' yang dimainkan oleh Najib dan Rosmah. Adalah mencabar logik akal sekiranya paasngan itu alah kepada mahkamah untuk membersihkan nama mereka daripada tuduhan memerangkap Anwar Ibrahim. Halim dijangka membuat keputusan mengenai alasan bertulis Najib yang beliau tidak tahu-menahu tentang kes perbicaraan Sodomi II itu pada hari Khamis, alasan yang sama yang diberikan oleh Rosmah. Mahathir memberi amaran kepada Najib Sudah pastinya Mahathir sedang marah. Ekonomi yang merudum, kos sara hidup yang meningkat dan pergolakan dalaman UMNO sudah pastinya membebankan fikirannya tetapi tidak pada Najib. Sebaliknya, Najib kelihatan seperti hanyut ke sana-sini. Dan yang terbaru sekali, Najib yang berumur58 tahun itu sedang berusaha keras untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang paling 'cool'. Mudah sahaja untuknya, yang tidak merasa apa-apa dengan membazirkan berjuta-juta wang rakyat untuk publisiti palsu. Patutlah berpendapat sekiranya pilihanraya diadakan pada tahun ini, BN dan UMNO akan hilang kuasa dalam kerajaan. Jadi sekarang, Mahathir Mohamad bertindak dengan serupa seperti apa yang beliau lakukan terhadap Abdullah Badawi - untuk memastikan Najib masuk balik ke dalam botol, seperti jin buruk, dan jika perlu, digantikan sebelum pilihanraya akan datang. Najib lawan balik Barangkali inilah puncanya Najib tidak mengambil peduli. Dia masih berusaha keras untuk meraih kembali sokongan untuk menang dalam PRU-13 dengan seberapa besar majoriti yang mungkin. Ya, Najib mempunyai alasan yang kukuh untuk mengadakan pilihanraya sebelum mesyuarat agung UMNO pada bulan Disember. Dia merupakan seorang Perdana Menteri tanpa mandat rakyat, mengambil kuasa daripada Abdullah Badawi di atas pengundurannya daripada kerusi Presiden UMNO pada tahun 2009. Jika Najib meraih mandat rakyat sebelum mesyuarat agung UMNO pada bulan Disember nanti, adalah lebih sukar untuk menyingkirnya daripada kerusi Presiden UMNO. Terdapat juga spekulasi bahawa majlis tertinggi UMNO mahukan rancangan pemindahan kuasa yang terperinci daripadanya kepada Muhyiddin. Najib tidak dijangka untuk menghabiskan tahun 2012 sebagai PM walaupun BN berjaya mengalahkan Pakatan pada PRU-13. Oleh itu, adalah lebih penting lagi buat Najib untuk meraih mandat rakyat untuk mempunyai apa-apa kuasa dalam kepimpinan UMNO. Untuk Mahathir pula, persembangan-persembangan di kedai-kedai kopi di seluruh negara adalah untuk membuang masa sehingga pilihanraya parti diadakan pada Oktober 2012, di mana Najib dijangkamendapat tentangan keras daripada timbalannya, Muhyiddin Yassin. Alternatifnya, Mahathir mahukan rancangan pemindahan kuasa bermula semasa pertemuan delegasi parti pada minggu pertama Disember tahun ini. Bagi Mahathir, kemenangan PRU-13 adalah segala-galanya. Lebih baik kehilangan seorang individu daripada mengalami kekalahan di tangan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh musuh yang paling dibencinya, Anwar Ibrahim. Inilah pergolakan Mahathir vs Najib, dan ia semakin menjadi-jadi setiap hari. Najib mahu tetap berkuasa melaui persepsi rakyat, manakala Mahathir mahukan BN tetap berkuasa dengan mengorbankan seorang individu. Dan pada akhirnya, pihak yang kalah itu bukanlah pihak yang melawan tetapi pihak yang direbutkan. Dan pihak ini adalah rakyat yang sentiasa diketepikan untuk hanya menonton perlawanan politik UMNO.- Malaysia Chronicle | ||
Posted: 09 Oct 2011 05:01 AM PDT Datuk Seri Najib Tun Razak juga menegaskan BN bukan parti kelas rendah yang hanya disokong petani dan nelayan KUALA LUMPUR: Perdana Menteri hari ini memberitahu ahli penyokong BN hari ini bahawa pilihan raya umum ke 13 sangat dekat. Berucap di majlis penerangan perdana BN Wilayah Persekutuan di PWTC, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata "gendang pilihan raya sudah dipalu dan gemanya semakin dirasai" "Anda sendiri boleh mendengarnya." Beliau yakin BN akan menang sekali lagi berdasarkan kelebihan dan kekuatan yang ada. Bagaimanapun, beliau mengingat komponen mengadakan persiapan di tahap terbaik kerana BN memasuki pilihan raya mahu menang dan bukan mahu kalah. "BN ada kekuatan sekali lagi untuk menang kerana kita berkhidmat untuk rakyat," katanya memberitahu 8, 000 ahli dan penyokong BN. Menurut Najib beliau mahu BN turut disokong oleh orang bandar terutama di Kuala Lumpur. Jangan sabotaj "Kuala Lumpur penting walaupun Kuala Lumpur bukan lagi deposit tetap (BN)," tambahnya. Pengerusi BN itu mengingatkan semua komponen BN menyelesaikan masalah masing-masing selain tidak menimbulkan masalah baru. Beliau juga tidak mahu orang parti sendiri membuat sabotaj sebagaimana yang berlaku dalam pilihan raya kecil sebelum ini. Menurutnya, ada seorang setiausaha bahagian Umno membuat sabotaj dalam pilihan raya kecil kerana tidak terpilih sebagai calon. "Bayangkan rumah Setiausaha Umno bahagian ja, 10 malam sudah gelap, buat pura-pura tidur. Dia tutup pintu rumah," katanya. Najib memberitahu seorang wakil rakyat BN Sarawak selama tiga penggal telah lari ke London kerana merajuk tidak terpilih menjadi calon. | ||
Felcra: Penduduk diarah masuk afidavit penyampaian Posted: 09 Oct 2011 05:00 AM PDT MALAYSIA KINI Mahkamah Tinggi di Kota Baharu menetapkan 23 Okt bagi 55 penduduk dari Kampung Air Piau 1 dan Air Piau 2, Tanah Merah, yang menyaman Felcra Berhad berhubung tanah yang telah diusahakan mereka, untuk memasukkan afidavit penyampaian termasuk urusan saman dalam kamar kepada Felcra Berhad. Peguam yang mewakili penduduk berkenaan, Mohd Nasir Abdullah berkata perkara itu diputuskan oleh Hakim Azman Abdullah pada prosiding pengurusan kes saman itu yang berlangsung di dalam kamar hari ini. "Pihak kami juga hari ini telah diarah untuk memfailkan pembelaan terhadap tuntutan balas oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang mengatakan 55 plaintif telah menceroboh tanah berkenaan," katanya kepada pemberita selepas prosiding itu. Pada 25 Sept lepas, 55 penduduk berkenaan memfailkan saman terhadap Felcra Berhad dan kerajaan negeri Kelantan yang dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua bagi tuntutan ganti rugi bersabit penyerahan tanah seluas 184 hektar yang telah diusahakan mereka oleh Felcra Berhad kepada pihak kerajaan Kelantan. Mereka turut menamakan tiga pihak yang lain sebagai defendan berikutnya iaitu PMBK, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kelantan dan Pentadbir Tanah Jajahan Tanah Merah. Mohd Nasir berkata kecuali Felcra Berhad, kesemua defendan yang lain telah memfailkan pembelaan masing-masing. Dalam pernyataan tuntutan penduduk terbabit, mereka menuntut kesemua defendan membayar ganti rugi am, faedah pada kadar lapan peratus setahun, kos dan relif yang akan ditentukan oleh mahkamah. Penduduk berkenaan juga menuntut agar mereka diberikan kelulusan untuk memiliki hartanah seluas 2.4 hektar setiap seorang sebagaimana yang pada awalnya tanah itu telah diusahakan mereka pada 1979 sebelum diserahkan kepada Felcra Berhad bagi mengusahakan tanah berkenaan. Menurut kesemua plaintif, tanah itu telah diteroka oleh mereka pada awal 1979 sewaktu Kelantan diperintah Barisan Nasional namun pada 2007, defendan kedua telah mengambil alih tanah berkenaan dan diletak hak kepada defendan ketiga tanpa sebarang perundingan dengan kesemua plaintif. Tindakan itu disifatkan kesemua plaintif sebagai penafian mutlak terhadap usaha mereka mengusahakan tanah itu sebelum ini atau telah gagal dan cuai mengambil kira kewujudan plaintif sejak 1979. Defendan kedua sehingga kelima diwakili Penasihat Undang-undang Kelantan, Datuk Azlan Abdul Halim.-- Bernama | ||
Bajet tarik undi, kata Kit Siang Posted: 09 Oct 2011 04:57 AM PDT MALAYSIA KINI Limpahan 'gula-gula' bagi memancing undi - begitulah ketua parlimen DAP Lim Kit Siang menilai belanjawan yang dibentangkan menteri kewangan merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin.Lim yang juga anggota parlimen Ipoh Timur berkata, ia semata-mata disasarkan menarik sokongan pengundi dengan tidak menyentuh sama sekali tentang sistem yang korup dan tidak adil. Dalam kenyataannya hari ini, Lim berkata, belanjawan itu direka untuk Najib memenangi pilihan raya dan bukan pembaharuan atau perubahan kepada sistem dan institusi dalam negara. "Ini menyaksikan bagaimana Malaysia tewas dalam persaingan antarabangsa dan dipotong lebih banyak negara di Asia Tenggara dalam bidang ekonomi, dan pembangunan sumber manusia," katanya. Lim berkata, badan ketelusan global Transparency International mengeluh bahawa Belanjawan 2012 gagal membawa negara ini ke arah ketelusan, yang sekali gus digambarkan penganalisis ekonomi sebagai "bukan acara untuk pasaran". | ||
Akta Kerja: MTUC timbang piket seluruh negara, keputusan esok Posted: 09 Oct 2011 12:04 AM PDT KUALA LUMPUR — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dijangka meluluskan syor agar diadakan piket di seluruh negara ekoran tindakan kerajaan meneruskan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 Khamis lalu. The Malaysian Insider difahamkan jawatankuasa kerja MTUC telah memutuskan untuk membawa syor itu bagi pertimbangan majlis am MTUC yang akan diadakan petang esok. "Keputusan jawatankuasa kerja (yang bermesyuarat petang Jumaat lalu) ialah mengesyorkan kepada majlis am (MTUC) membuat pertimbangan agar diadakan satu piket di seluruh. "Terpulang kepada majlis am sama ada meluluskan syor ini... hanya satu syor ini yang dibuat untuk pertimbangan majlis am. Majlis am boleh membuat keputusan lain jika perlu dan yang sesuai," kata seorang pemimpin kanan yang menghadiri mesyuarat jawatankausa kerja kelmarin kepada The Malaysian Insider. Majlis am MTUC jika meluluskan syor itu akan membuat mekanisme dan tarikh ia akan diadakan. MTUC mempunyai bahagian di setiap negeri. Pemimpin itu yang namanya tidak mahu dipetik berkata, jawatankuasa kerja kecewa dengan pendirian kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia yang enggan bertolak ansur, sebaliknya meneruskan bacaan kali kedua pindaan Akta Kerja. Timbalan Presiden MTUC Jaafar Majid ketika dihubungi pula berkata majlis am sebagai badan tertinggi dalam MTUC akan membuat keputusan dan pendirian akhir dalam isu semasa ini. "Terserah kepada majlis am, anggota majlis am akan memberikan keputusan mereka," kata beliau ketika ditanya tentang opsyen yang bakal diputuskan esok. Sumber juga memberitahu The Malaysian Insider bahawa jawatankuasa kerja telah menghalusi perkembangan sepanjang minggu lalu termasuk tindakan piket yang diadakan di pekarangan Parlimen pada Isnin lalu. "Begitu juga surat yang diserahkan kepada Menteri Sumber Manusia (Datuk Dr S Subramaniam) ketika mesyuarat NLAC (Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan) sebelum piket diadakan Isnin lalu," katanya. Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 malam Khamis lalu setelah membahaskannya selama lima jam. Perkembangan itu mencetuskan rasa tidak senang di kalangan sebahagian pemimpin MTUC. MTUC telah meminta Kementerian Sumber Manusia agar Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 ditarik balik dan ditangguhkan, serta diadakan perbincangan susulan di peringkat NLAC. Bagaimanapun kementerian bertegas mahu meneruskan bacaan kali kedua di Parlimen sehingga mengejutkan sebahagian besar kepimpinan MTUC. Kementerian Sumber Manusia berkata pindaan akta itu akan membolehkan pemantauan dan pengawalan agensi pembekal tenaga buruh yang lebih sistematik, terutama di kawasan terpencil. Selain itu, kementerian juga akan mempunyai rekod komprehensif pekerja bagi memudahkan urusan pemantauan. Bagaimanapun MTUC membantah peruntukan tersebut dan mendakwa syor tambahan yang dikemukakan juga tidak dimasukkan dalam pindaan kali ini. Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 akan dibawa ke Dewan Negara selepas ini. Rang undang-undang itu dibentangkan bagi bacaan kali pertama pada sesi Parlimen 8 Julai 2010, namun ditarik balik pada sesi Parlimen 12 Oktober 2010 bagi mengambil kira pandangan saat akhir daripada pelbagai pihak termasuk MTUC mengenai pentakrifan subkontraktor untuk tenaga kerja kepada kontraktor bagi tenaga kerja di bawah Seksyen 2 Akta Kerja 1955. "Kita dah bincang perkara ini sudah 18 kali, bukan sekali dua dan pandangan mereka diterima, sekarang di saat-saat akhir mereka membuat demikian (piket), tapi niat kita ialah untuk memberi perlindungan kepada pekerja bukan untuk buka ruang 'outsourcing' seperti yang dituduh mereka," jelas Subramaniam di Parlimen Khamis lalu. | ||
Posted: 09 Oct 2011 12:03 AM PDT MALAYSIA KINI Perkhidmatan yang bagus. Itu kesimplan yang dibuat oleh orang ramai mengenai perkhidmatan pengiriman Ubat Melalui Pos (UMP) 1Malaysia yang dilancarkan kerajaan pada 24 Jan lepas. Rata-rata mereka menyambut baik usaha kerajaan itu yang dilakukan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP), malah ada yang melihatnya sebagai bukti keprihatinan kerajaan terhadap rakyat berpendapatan rendah dan golongan miskin. "Baguslah, perkhidmatan yang macam inilah yang saya mahukan. Saya tak perlu lagi pagi-pagi bekejar ke hospital semata-mata untuk mendapatkan nombor giliran awal dan tak perlu lagi tunggu lama untuk ambil ubat. "Saya sokong usaha kerajaan ini. Bukan kerana kita ini seorang yang malas nak ke hospital tapi kalau dah ditawarkan perkhidmatan yang mudah dan senang, kita manfaatkanlah sepenuhnya," katanya pesara polis Sidek Salleh, 52, kepada Bernama. Beliau berkata perkhidmatan itu boleh mengurangkan bebanan pesakit yang sebelum ini terpaksa mengeluarkan belanja bagi petrol, menjimatkan masa dan tidak perlu lagi menunggu lama. Menerusi perkhidmatan itu, pesakit kronik seperti penghidap darah tinggi dan diabetes tidak perlu lagi berasa bimbang jika bekalan ubat mereka kehabisan kerana mereka boleh memesannya melalui perkhidmatan UMP 1Malaysia. Perkhidmatan itu memudahkan pesakit kronik yang kehabisan ubat mendapatkan bekalan tambahan yang dihantar ke mana-mana pilihan destinasi pesakit. Salmina Sulaiman, 39, pula berkata meskipun perkhidmatan yang disediakan kerajaan itu baik, individu khususnya pesakit darah tinggi dan diabetes perlu juga mendapatkan pemeriksaan doktor. "Macam mana pun dia perlu juga mendapatkan pemeriksaan daripada doktor. Kalau tak, dia mungkin tidak ada kawalan dalam pengambilan ubat," katanya, yang mengakui UMP memberi manfaat besar kepada penduduk pedalaman atau jauh dari hospital atau klinik kerana ia menjimatkan kos. Kementerian Kesihatan dalam usaha mempromosi penjagaan kesihatan dalam kalangan rakyat telah menambah nilai dan meningkatkan kecekapan beberapa perkhidmatan yang ditawarkan kepada pesakit di hospital dan klinik kesihatan. Hospital Putrajaya sebagai hospital perintis bagi perkhidmatan UMP 1Malaysia, sehingga Julai lepas, telah merekodkan 296 orang pesakit yang menggunakan perkhidmatan itu. Angka ini dijangka terus meningkat memandangkan perkhidmatan ini telahpun diperluaskan ke 26 Unit Farmasi, iaitu di semua hospital utama setiap negeri termasuk Hospital Selayang, Klinik Kesihatan Putrajaya dan Klinik Kesihatan Luyang di Sabah. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin memberitahu Bernama di sini, sejak dimulakan sehingga Julai tahun ini, sebanyak 1,901 bekalan ubat telah dikirimkan kepada pesakit. "Pesakit yang mempunyai preskripsi ubat dengan tempoh pengambilan melebihi sebulan, opsyen akan diberi kepada mereka sama ada mahu ubat berkenaan dikirimkan ke rumah atau pejabat," katanya. Beliau berkata bagi penghantaran secara ulangan, terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk memudahkan pesakit membuat pesanan sekiranya kehabisan bekalan ubat. "Hospital atau klinik boleh menghantarnya secara berterusan sekiranya pesakit telah memaklumkannya pada peringkat awal bahawa mereka ingin bekalan lanjutan dikirim sehingga habis tempoh preskripsi. "Pesakit juga boleh menelefon, menggunakan SMS kepada hospital atau klinik berkenaan dan juga menggunakan sistem PosOnline bagi hospital yang mempunyai perkhidmatan itu," katanya. Rosnah berkata pegawai farmasi di hospital atau klinik berkenaan juga akan memberikan peringatan kepada pesakit untuk berjumpa doktor selepas tempoh preskripsi berakhir. Melalui UMP 1Malaysia, pesakit boleh memilih tarikh untuk mengambil bekalan ubat susulan menerusi perkhidmatan "Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu" atau SPUB, "SMS dan Ambil", "Telefon dan Ambil" serta "Farmasi Pandu Lalu" yang memerlukan pesakit datang sendiri. Perkhidmatan SPUB itu telah dilaksanakan di semua Unit Farmasi di 136 hospital dan 532 klinik kesihatan seluruh negara, "SMS dan Ambil" di 66 hospital dan 44 klinik kesihatan, "Telefon dan Ambil" di 61 hospital dan 36 klinik, dan Farmasi Pandu Lalu telah dilaksanakan di tiga hospital dan 14 klinik kesihatan. Mengenai kos kiriman ubat menggunakan pos laju yang ditanggung oleh pesakit sendiri, Rosnah berkata RM3.50 dikenakan bagi kawasan Putrajaya, RM5 bagi kiriman di Semenanjung Malaysia dan RM8 bagi Sabah dan Sarawak. - Bernama | ||
NGO mahu semua projek air, elektrik diaudit Posted: 08 Oct 2011 11:55 PM PDT MALAYSIA KINI Ekoran peruntukan terus memberangkangkan terhadap projek bekalan air dan tenaga, Ketua Audit Negara digesa melaksanakan audit keseluruhan bagi program itu di kawasan pedalaman dari tahun 2010 hingga kini bagi mengukur pencapaian Kini terdapat aduan berhubung kekurangan penyelenggaraan yang antaranya memperlihat panel solar dilitupi dengan lumut, menurut NGO pemantau isu berkaitan air, tenaga dan alam sekitar. "Penghuni-penghuni (orang asli dan orang kampung) pula tidak tahu apa yang patut dibuat kerana mereka tidak dilengkapi dengan kebolehan untuk menyelenggara alat-alat ini," kata Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) S Piarapakaran (kanan). Katanya, berdasarkan laporan anak syarikat Tenaga Nasional Berhad, hanya 20 daripada 28 mini hidro yang terdapat di semenanjung Malaysia sedang berfungsi, lapan daripadanya dalam pelan pemulihan dan tiada laporan berkaitan status di Sabah dan Sarawak. "Maka, ia adalah penting untuk kerajaan merekod dan memantau semua kerja-kerja yang dilakukan dengan teliti untuk memastikan program bekalan air dan elektrik pedalaman masih berfungsi dengan baik," katanya. Dalam belanjawan yang dibentangkan kelmarin, sebanyak RM2.1 bilion lagi diperuntukan untuk bekalan air kepada 200,000 isi rumah dan RM1.1 bilion lagi untuk bekalan elektrik untuk 39,000 isi rumah. Tahun lalu, kerajaan memperuntukkan lebih RM3 bilion untuk projek bekalan air dan elektrik di seluruh negara, iaitu RM1.2 bilion untuk Sarawak, RM1.5 bilion untuk Sabah dan RM556 juta untuk semenanjung. AWER juga mencadangkan beberapa langkah baki menambahbaik implementasi program itu:
| ||
PAS: Bajet tak selesai pengangguran graduan Posted: 08 Oct 2011 11:41 PM PDT MALAYSIA KINI Pemuda PAS menyelar pembentangan belanjawan kali ini yang didakwa tidak menitikberatkan keperluan anak muda, antaranya bagi bersaing dalam pasaran kerja. Naib Ketua dewan itu Dr Raja Ahmad Al-Hiss (kanan) berkata, selain tiada peruntukan khas pembangunan insan dan latihan, kerajaan juga dilihat tidak mampu menyediakan alternatif pekerjaan untuk menampung pengangguran graduan di yang semakin meningkat. "Di saat ekonomi negara yang kurang bermaya, kerajaan hanya menumpukan pengekalan nilai sedia ada di universiti tempatan tanpa cuba mewujudkan kreativiti sosial dan ekonomi," kata Dr Raja Ahmad. Dalam kenyataannya hari ini Dr Raja Ahmad juga berkata, dalam sektor perkilangan sekali pun, kebergantungan masih diberikan kepada pihak luar dan bukannya anak tempatan, terutama graduan berkemahiran. Sementara itu, secara umumnnya, Dr Raja Ahmad mengucapkan syabas kepada Pakatan Rakyat kerana "berjaya" mendorong kerajaan BN memperbanyakkan peruntukan dan bantuan kepada pasukan polis dan tentera. Katanya, usaha BN memancing undi untuk pilihan raya juga jelas kelihatan apabila banyak 'gula-gula' yang yang ditawarkan diambil dari Buku Jingga dan bajet alternatif Pakatan. "...jelas bahawa idea dan strategi Pakatan telah terbukti baik dan berpandangan jauh," katanya walaupun dinafikan pemimpin BN. Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) semalam berkata, daripada beratus-ratus insentif untuk rakyat dalam Belanjawan 2012, hanya dua perkara kebetulan menyamai belanjawan pembangkang. Katanya, perkara itu adalah pemberian insentif kepada wanita RM500 yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 dan bantuan pendidikan kepada anak sekolah rendah dan menengah. | ||
| Buat Provokasi : Masih Di Alam Primitif - Mat Sabu Posted: 08 Oct 2011 11:32 PM PDT Oleh : MTDPASBENUT
LABIS- Tuan Haji Mohammed Sabu, Timbalan Presiden PAS menyifatkan tindakan pihak yang cuba melakukan provokasi pada majlis ceramahnya di Labis seolah-olah masih berada di alam primitif. Mohammad atau dikenali sebagai Mat Sabu menegaskan perkara ini dengan katanya adalah suatu yang tidak bertepatan dengan amalan demokrasi dalam negara ini dengan cara mengganggu majlis orang lain. | ||
Cara SPR Bantu BN Dalam Pilihanraya. Posted: 08 Oct 2011 11:30 PM PDT SELATAN ONLINE Sistem demokrasi pada umumnya merupakan suatu proses di mana pilihanraya akan diadakan bagi membolehkan rakyat jelata untuk memilih kerajaan mereka. Sesebuah kerajaan perlu memperbaharui mandat mereka apabila tibanya masa sebagai penilaian terhadap prestasi kerajaan tersebut di penggal yang lalu yang jauh bezanya dengan sistem autokratik di mana pemerintahnya tidak perlu menghadapi sebarang pilihanraya. Walaubagaimanapun, sesuatu pilihanraya tidak semestinya membawa kepada perubahan menyeluruh di dalam pentadbiran kerajaan bercirikan sistem satu parti di mana parti memerintah sahaja yang berpeluang untuk memenangi pilihanraya tersebut. Kerajaan yang tidak berani menghadapi pertandingan di dalam pilihanraya tetapi tetap terpaksa menghadapi pilihanraya akan mencuba untuk mencacatkan sistem demokrasi tersebut dengan memutarbelit dan menyulitkan perjalanan sistem tersebut. Di Malaysia, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah ditugaskan untuk menguruskan pilihanraya di negara ini. Pendek kata, SPR sepatutnya bebas dan berkecuali dari segi pengurusan dan pandangannya serta bertanggungjawab terus kepada Yang DiPertuan Agong, tetapi adalah amat berdukacita melihat SPR tidak menjalankan tanggungjawabnya secara bebas dan berkecuali seperti yang sepatutnya. Kaedah 'gerrymandering' ini adalah merupakan suatu amalan memanipulasi sempadan pilihanraya bagi mewujudkan lebih banyak kerusi perundangan untuk parti memerintah. Kaedah tersebut termaktub setelah Elbridge Gerry, Gabenor Massachusettes (1810-1812) di Amerika pada masa itu telah menandatangi rang undang-undang bagi mewujudkan lebih banyak kawasan pilihanraya di kawasan perundangan yang dikuasai partinya.SPR juga turut menggunakan kaedah ini dengan sepenuhnya. Kata pengerusi penganjur Bersih 2.0 Ambiga Sreenevasan: "kita telah mengkaji persempadanan semula yang telah dilaksanakan pada tahun 2003 yang meliputi pelbagai keadaan yang dipersoalkan kesahihannya di mana sesetengah kawasan perundangan telah melepasi had sempadan di antara kerajaan-kerajaan tempatan dan juga yang merangkumi keadaan yang cukup aneh. Salah satu amalan 'gerrymandering' adalah untuk mewujudkan lebih banyak kerusi-kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri di kawasan-kawasan yang dikuasai oleh BN. Apa yang telah kita perhatikan adalah tidak banyak kerusi baru yang diwujudkan di Kelantan yang telah sekian lama diperintah oleh PAS. Oleh kerana kawasan luar bandar dianggap lebih pro-BN, maka lebih banyak kerusi-kerusi baru diwujudkan di kawasan-kawasan ini jika dibandingkan dengan jumlah kerusi di kawasan bandar. Keadaan ini telah mengakibatkan banyak perbezaan yang ketara di antara saiz kawasan dengan jumlah penduduk di kawasan tersebut. Misalannya kerusi Parlimen Kapar yang kini dikuasai oleh PKR mempunyai jumlah pengundi seramai 112,224 orang, manakala banyak kerusi-kerusi di kawasan luar bandar yang dikuasai oleh BN hanya mempunyai jumlah pengundi pada kadar 50,000 orang sahaja. Di kawasan parlimen Putrajaya pula, hanya terdapat 7,000 pengundi sahaja di kawasan tersebut yang kebanyakan terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan pusat. Setelah pilihanraya umum 1999, SPR telah menumpukan perhatian mereka dalam mewujudkan lebih banyak kerusi campuran pelbagai kaum sebagai menghalang perkembangan pengaruh PAS pada masa itu. Kerusi campuran pelbagai kaum ini juga dianggap sebagai kawasan-kawasan yang selamat buat BN disebabkan oleh corak pemilihan pada masa itu di mana orang-orang Cina hanya mengundi DAP manakala orang-orang Melayu bertumpu kepada PAS. Bagaimanapun kerusi-kerusi campuran ini telah memberikan tamparan yang hebat kepada BN pada pilihanraya umum 2008 yang lalu. Persempadanan semula yang terbaru telah pun bermula pada Mac 2011 yang lalu dan ianya akan mengambil masa selama setahun untuk diseragamkan. Bagi menyempurnakan proses persempadanan semula ini, BN memerlukan sokongan majority dua pertiga undian di Parlimen tetapi BN kini tidak lagi mempunyai majoriti tersebut. Oleh itu, adalah kurang pasti sama ada persempadanan semula ini dapat dilaksanakan oleh BN di dalam pilihanraya yang akan datang atau tidak. Walaupun tidak melaksanakan proses persempadanan semula, SPR turut mencuba cara lain dengan memindahkan para pengundi dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain ataupun dari satu pusat mengundi ke satu pusat mengundi yang lain bagi mengelirukan para pengundi sewaktu pilihanraya diadakan. Kegiatan pemindahan pengundi tidak sah yang dilakukan oleh SPR jelas bertentangan dengan undang-undang pilihanraya di mana hanya pengundi itu sendiri yang berhak untuk menentukan samada seseorang pengundi itu hendak berpindah dari satu kawasan ke satu lagi kawasan yang lain. Undi pos pula merangkumi para pengundi yang berkhidmat sebagai anggota tentera, polis dan lain-lain pasukan keselamatan yang tidak akan dapat mengundi di kawasan mereka masing-masing sewaktu pilihanraya diadakan. Kritikan yang berterusan terhadap perlaksanaan undi pos ini adalah kerana selama ini para pemerhati adalah tidak dibenarkan untuk memerhati proses undi pos ini sewaktu ianya dijalankan. Sistem pengundian pos ini telah diketahui umum sebagai suatu langkah untuk menyelamatkan kerusi-kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang berisiko tinggi untuk BN. Contoh yang paling ketara adalah Perdana Menteri sekarang Najib Razak yang kalah di dalam pengiraan pertama di kerusi parlimen Pekan pada tahun 1999, tetapi beliau tiba-tiba diumumkan menang setelah pengiraan semula diadakan hasil daripada penambatan undi-undi pos ke kawasan tersebut. Selain dari itu, kekuatan Pasukan Simpanan Askar Wataniah juga telah ditambah oleh Kementerian Pertahanan sebagai langkah kerajaan untuk turut menambah jumlah undi-undi pos. Kementerian Pertahanan juga telah merancang untuk menambah kekuatan jumlah kekuatan pasukan Askar Wataniah kepada 58 kompeni di setiap kawasan parlimen di masa yang terdekat sebagai langkah berjaga-jaga. Satu lagi masalah yang sering dinafikan oleh SPR adalah kewujudan pengundi hantu. Contohnya di negeri Perak terdapat lebih 1600 orang pengundi yang telah berumur lebih daripada 100 tahun. Juga terdapat lebih daripada 100 orang pengundi yang berdaftar di satu alamat rumah di kawasan-kawasan yang tertentu, jumlah pengundian di sesuatu kawasan telah melebihi jumlah pengundi yang sebenarnya dan sebagainya. Walaupun terdapat banyak tanda-tanda dan bukti-bukti kukuh mengenai kewujudan amalan-amalan tidak sihat sewaktu pengundian, ianya sering dinafikan oleh SPR yang selalu memberi alasan bahawa kesemua taktik ini hanya mainan politik pembangkang semata-mata. Selain dari itu, permintaan umum agar SPR menggunakan dakwat kekal bagi membendung kegiatan pengundi hantu juga ditolak mentah-mentah oleh SPR. Sebagai imbasan kembali, SPR telah menarik balik penggunaan dakwat kekal pada saat-saat akhir pada pilihanraya umum 2008 yang lalu, setelah 47,000 botol dakwat tersebut telah dibeli. Mengikut undang-undang yang ada sekarang hanya empat kategori rakyat Malaysia yang berada di luar negara layak sebagai pengundi seberang laut iaitu anggota tentera, polis, pegawai kerajaan, pegawai dan kedutaan, serta pelajar-pelajar sepenuh masa bersama dengan suami dan isteri masing-masing. Manakala mereka yang bekerja di sektor swasta diseberang laut atau mereka yang berniaga di negara lain adalah tidak layak untuk menjadi pengundi seberang laut. Adalah dianggarkan terdapat lebih satu juta rakyat Malaysia yang bermastautin dan bekerja di seberang laut bagi menggelak daripada layanan tidak adil dan ketidakadilan sosial dan perkauman yang telah lama berleluasa di negara ini. Kita telah beberapa kali perhatikan di beberapa siri pilihanraya kecil baru-baru ini di mana SPR telah banyak kali menetapkan tarikh pilihanraya diadakan pada hari-hari bekerja dan enggan mengadakan pilihanraya tersebut di hujung minggu bagi menggalakan lebih ramai pengundi keluar mengundi. Jelas terbukti bahawa amalan SPR mengadakan pilihanraya ini pada hari-hari bekerja telah menyulitkan ramai pengundi kerana tidak mendapat cuti ataupun para pengundi akan menghadapi kesulitan untuk pulang ke kawasan mengundi mereka kerana keadaan yang tidak mengizinkan. Keengganan SPR untuk melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik apabila seseorang rakyat Malaysia telah mencapai umur 21 tahun juga menjadi tanda tanya apakah sebab yang sebenarnya SPR berbuat demikian. Jelas terbukti dengan pelbagai karenah di sini telah menunjukkan bahawa sekatan-sekatan ini adalah bertujuan untuk mengekalkan kerajaan dan kuasa BN yang ada sekarang. Selagi BN masih ada, demokrasi akan tetap dikekang dengan cara-cara begini dan selagi itulah demokrasi akan dilemahkan dan SPR menjadi pemegang watak utama dalam mebantu BN memanipulasi pilihanraya supaya memihak hanya kepada BN sahaja | ||
Posted: 08 Oct 2011 11:25 PM PDT Kiriman odah Negeri Johor merupakan antara negeri sasaran utama Pakatan Rakyat untuk ditawan pada pilihan raya umum akan datang. Setiap parti dari Pakatan Rakyat (Keadilan, Pas dan DAP) telah melancarkan program gerak tawan negeri Johor melalui program berkala parti masing-masing. Sebagai segmen penting dalam konteks 'peperangan maklumat' dan propaganda, maka angkatan blogger, wartawan masyarakat, sukarelawan dan biro-biro penerangan parti Pakatan Rakyat berperanan untuk menyebarluas maklumat mengenai program- program, kenyataan pimpinan, isu semasa dan tawaran dari negeri dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat.Menyedari hakikat bahawa ketika ini di negeri Johor agak ketnggalan dan masih terdapat ruang-ruang yang boleh ditambah nilai, maka Sekretariat Himpunan Blogger Rakyat Johor merasakan suatu program bagi melatih, mengasah dan mempertajam peranan blogger di negeri Johor adalah amat penting dan perlu disegerakan. Antara pihak yang terlibat langsung dalam penganjuran program Himpunan Blogger Rakyat Johor ialah Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor, Dewan Pemuda Pas Negeri Johor, Unit Amal, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), aktivis, sukarelawan dan penyokong Pakatan Rakyat. PROGRAM Tempat : Family Hostel, Rumah Kedai Taman Maju, No 10A Taman Maju, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor D.T Tarikh : 15 hb Oktober 2011 (Sabtu) Masa : 10.00 am hingga 6.00 pm Penganjur : Sekretariat Himpunan Blogger Rakyat Johor Masuk : PERCUMA MODERATOR Untuk pendaftaran dan pertanyaan, sila hubungi 017-6195764 atau 03-7056243 | ||
BAJET 2012 MENGORBANKAN KANAK-KANAK? Posted: 08 Oct 2011 11:24 PM PDT DATUK PATRICK SINDU SURAT terbuka ini saya tujukan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohammad dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berhubung penggunaan bateri asid plumbum dalam industri penjanaan tenaga elektrik solar di Sabah. Sudah hampir 100 artikel mengenai bahaya bateri asid plumbum disiarkan di Sabahkini.net dan di media masa; sudah berpuluh video dihasilkan SabahkiniTV dan sudah beratus pucuk surat rasmi dihantar ke jabatan berkaitan; namun isu pencemaran bateri asid plumbum semakin serius dan tidak ada sebarang usaha daripada kerajaan untuk menghentikan penyeludupan masuk dan keluar logam berat ini di Sabah. Hasil kajian yang dijalankan oleh Pusat Racun Negara dan Yayasan Sabah di semua Tadika di Pantai Barat Sabah pada 1996, sewajarnya menjadi teladan kepada Kerajaan Barisan Nasional yang baru sahaja membentangkan Bajet 2012 jumaat lalu. Apa gunanya Bajet 2012 yang kononnya mesra rakyat, jika terpaksa mengorbankan kanak-kanak yang tidak berdosa; semata-mata kerana menyelamatkan kocek para kroni menteri yang terlibat memanggil tender untuk membekalkan bateri asid plumbum, yang bukan sahaja terlalu mahal, malah membahayakan kanak-kanak dan mencemar alam sekitar? Di mana fungsi SPRM jika membenarkan rasuah bermaharajalela di Kementerian Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar (KKLW), Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Kementerian Pelajaran melalui penyeludupan masuk bateri asid plumbum tanpa kelulusan Jabatan Alam Sekitar? Kenapa kerajaan Negeri Sabah membenarkan lambakan bateri asid plumbum yang dibawa masuk melalui pelabuhan tanpa melalui pemeriksaan Kastam dan Jabatan Alam Sekitar, sedangkan tiada tempat pelupusan bateri asid plumbum di Sabah? Slogan 'Belilah Barangan Buatan Malaysia' tidak ubah seperti slogan pelacur jalanan menjerat pelanggan kerana ternyata Kerajaan 1Malaysia pimpinan 'Bapa Transformasi Malaysia' gagal merealisasikan slogan berkenaan sedangkan Malaysia telah mengeluarkan bateri lithium polymer untuk kegunaan dunia. Tidakkah Perdana Menteri Malaysia malu jika Amerika, Korea dan Jepun mengimport bateri lithium polymer buatan Malaysia dan mengeksport semula ke negara ini dengan harga tujuh kali ganda, sedangkan kerajaan boleh menjimatkan ratusan juta jika membeli terus daripada kilang di Malaysia? Sebagai Aktivis Masyarakat Dan Hak Asasi Manusia, saya kesal kerana Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan tidak langsung mempedulikan nasib lebih 300 kanak-kanak yang disahkan mempunyai kandungan plumbum yang tinggi dalam darah mereka pada 1996, sedangkan kesemuanya kini sudah berusia 21 tahun. Malang sekali kerana Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan kanak-kanak perempuan boleh mewariskan keracunan plumbum ini kepada anak cucu selama tiga generasi. Kenapa Perdana Menteri dan isterinya yang prihatin terhadap Kanak-Kanak sehingga menubuhkan PERMATA, tidak langsung mewujudkan Klinik Khas Rawatan Plumbum di Sabah sedangkan kajian pada 1996 sudah cukup membimbangkan? Mungkin masih belum terlambat untuk Perdana Menteri, Ketua Menteri dan SPRM mengambil langkah pencegahan sebelum terlambat kerana rakyat yang marah sudah bosan dan tidak akan membuat bising lagi; sebaliknya menjatuhi hukuman pada pilihanraya umum akan datang; mungkin lebih buruk daripada nasib BN pada 2008. | ||
Misteri Orang Bewah Sedang Dirungkai Pakar Posted: 08 Oct 2011 11:22 PM PDT MSTAR ONLINE KUALA TERENGGANU: Pakar tempatan bekerja keras untuk merungkai misteri 16,000 tahun Orang Bewah yang kini disimpan dikunci di Muzium Terengganu, di sini. Dipercayai rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di negara ini, Orang Bewah diberikan layanan "lima bintang" oleh kerajaan negeri manakala 15 ahli arkeologi dan saintis berusaha setiap hari untuk membuka misterinya. Sehingga kini, para penyelidik tempatan masih belum mengesahkan jantina Orang Bewah, yang ditemui dua tahun lalu dekat Gua Bewah berhampiran Tasik Kenyir. Pengarah muzium, Yusof Abdullah berkata rangka itu masih disimpan di tempat penyimpanan yang berhawa dingin sepenuhnya dan dikawal dengan rapi setiap masa. "Hanya kakitangan unit pemuliharaan dan ahli arkeologi yang terlibat dalam kerja-kerja penyelidikan dibenarkan masuk ke kawasan ini kerana kami tidak mahu ia dicemari oleh bakteria atau unsur-unsur luar yang lain. "Walaupun dengan langkah berjaga-jaga di dibuat, sisa tulang disimpan di dalam bekas kaca untuk mengekalkan keadaanya," katanya. Yusof menambah bahawa rangka manusia zaman kuno tersebut merupakan khazanah negara yang tidak tidak ternilai. Beliau berkata muzium itu juga mungkin akan mendapatkan kerjasama pakar-pakar dari Amerika Syarikat untuk membantu dalam kerja-kerja penyelidikan ke atas Orang Bewah. "Kami berharap dapat membuat penemuan dalam penyelidikan kami menjelang akhir tahun ini atau awal tahun depan," katanya. Rangka tersebut akan dikembalikan ke tempat asal di mana ia ditemui sebaik sahaja penyelidikan siap dilakukan, katanya. "Kami berharap Orang Bewah akan dapat menarik pengunjung ke gua sekaligus rancangan untuk menjadikan Gua Bewah sebagai satu pusat pameran terapung menjadi kenyataan," katanya. Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan untuk membina pelbagai kemudahan di sekitar kawasan itu berikutan penemuan rangka mayat tersebut. Yusof berkata usia rangka tersebut diketahui dengan bantuan pakar dari Amerika Syarikat (AS). Rangka Orang Bewah merupakan rangka prasejarah yang kedua dijumpai di kawasan itu. Penemuan pertama telah dibuat pada tahun 1976, juga di sekitar Gua Bewah. Namun ianya dikatakan hanya berusia kira-kira 2,500 tahun. Yusof berkata, ahli arkeolog juga membuat beberapa penemuan menarik di kawasan tersebut sejak beberapa tahun lalu, termasuk penemuan peralatan primitif yang digunakan semasa Zaman Batu seperti periuk dan kapak serta perkakas untuk makan. "Kami percaya Gua Bewah memegang banyak khazanah penduduk semasa era Paleolitik dan Zaman Batu Pertengahan." | ||
Program Inap Desa Di Sabah Perlu Dimajukan Lagi Posted: 08 Oct 2011 11:19 PM PDT MSTAR ONLINE KOTA KINABALU: Program Inap Desa di Sabah perlu dimajukan lagi berikutan kedatangan pelancong termasuk pelawat asing yang memberangsangkan sejak kebelakangan ini, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak. Beliau berkata selain itu penduduk juga perlu mengamalkan sikap lebih terbuka menerima kedatangan pelancong dari luar negara termasuk memberi layanan mesra sesuai dengan budaya kesopanan dan budi bahasa ketimuran. Rakyat perlu memainkan peranan yang lebih menonjol untuk memajukan sektor pelancongan negeri terutama program inap desa selain mengekalkan tarikan pelancongan sedia ada, katanya. Menurut perangkaan dari Januari hingga Julai lepas, sejumlah 1.42 juta pelancong melawat Sabah iaitu sebanyak 459,244 terdiri daripada pelancong asing manakala selebihnya pelawat tempatan, katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Cabaran Kerjaya Kebangsaan ke-5, anjuran bersama Jobmarket Malaysia, Basis Holding Sdn Bhd dan Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, Ahad. Turut hadir Timbalan Naib Canselor UMS Datuk Dr Kasim Mad Mansor. Salleh berkata Malaysia kini menduduki tempat kesembilan dalam ranking dunia dan kedua di Asia Pasifik selepas China, berdasarkan bilangan pelancong antarabangsa yang melawat negara iaitu seramai 24.6 juta pelancong yang membelanjakan RM56.5 bilion pada tahun 2010 berbanding 23.6 juta pelancong yang berbelanja RM53.4 bilion pada tahun 2009. Mengenai program Cabaran Kerjaya Kebangsaan itu, beliau yakin ia boleh membantu memberi pendedahan kepada mahasiswa untuk mentransformasikan sektor pelancongan. Pengerusi Basis Holding Sdn Bhd Tan Sri Abu Hassan Omar berkata sebanyak 72 peserta mewakili 18 pasukan dari 10 universiti dan kolej di seluruh negara menyertai program itu yang antara lain, bertujuan mendedahkan mereka kepada dunia keusahwanan khusus dalam bidang pelancongan, selain memantapkan lagi kualiti kepimpinan dan kemahiran berkomunikasi. Abu Hassan berkata Unversiti Malaysia Sarawak (UIMAS) dipilih menjadi tuan program Cabaran Kerjaya Kebangsaan ke-6 di Kuching tahun depan. -BERNAMA | ||
Mahasiswi Kaherah Dari Malaysia Dikelar Perompak Posted: 08 Oct 2011 11:16 PM PDT KELAB GREENBOC Seorang mahasiswa perempuan warga Malaysia dikelar dengan pisau selepas bergelut dengan seorang perompak yang menceroboh masuk asrama pelajar berkenaan di Kaherah, Mesir. Gambar: ROMPAK... asrama tempat mahasiswa Malaysia dikelar dengan pisau. Dalam kejadian jam 9 malam kelmarin (2.15 pagi waktu Malaysia), pelajar Universiti Al-Azhar itu diserang penjenayah warga Arab yang menceroboh bangunan asrama lima tingkat didiami ratusan pelajar Malaysia. Lebih malang, kejadian berlaku ketika mangsa mengaji al-Quran sebelum mendengar bunyi mencurigakan di dalam asrama berpunca daripada tindakan suspek mengheret 'harta rompakan'. Sumber Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) berkata, mangsa yang cuba memeriksa bagaimanapun diserang dan ditumbuk penjenayah bertopeng yang cuba melarikan melalui tingkap asrama. Difahamkan, penjenayah bersedia menurunkan plastik berisi barang rompakan milik penghuni asrama melalui bilik di tingkat tiga pangsapuri yang terletak di kawasan Rab'Ah Adawiyah. Suspek yang dipercayai memanjat bangunan asrama itu mensasarkan komputer riba, telefon bimbit dan pelbagai barangan elektronik berharga milik pelajar Malaysia. Mangsa yang bergelut dengan penjenayah turut ditumbuk di muka berulang kali sebelum penjenayah melarikan diri selepas mencederakan mangsa dengan pisau. Tindakan berani suspek bagaimanapun berjaya menyelamatkan pelbagai barangan berharga milik pelajar asrama itu daripada dilarikan penjenayah. Ketika kejadian, rata-rata penuntut tidak ada di asrama berikutan mengikuti kuliah agama di Masjid Azhar. Pihak pengurusan asrama yang membuat pemeriksaan kemudian menemui pisau digunakan penjenayah untuk menyerang mangsa dibuang di belakang pangsapuri. Kejadian terbaru itu antara siri jenayah rompakan dan samun membabitkan penuntut warga Malaysia di negara Mesir selepas kejatuhan Presiden Mesir, Hosni Mubarak, Februari lalu. Difahamkan, lebih 20 kes rompakan dicatatkan berlaku membabitkan penuntut warga Malaysia yang kembali meneruskan pengajian selepas krisis politik di negara itu berakhir. Situasi tidak menentu selain peningkatan jenayah menyebabkan 11,319 pelajar Malaysia yang mengambil jurusan pengajian Islam dan bidang perubatan kini dalam kebimbangan dan lebih berhati-hati. Sebelum ini, seorang pelajar lelaki Malaysia menjadi mangsa rompakan apabila diserang seorang lelaki Arab yang menggigit dan cuba menikam mangsa berseorangan di dalam bilik di asrama pelajar Malaysia, Jun lalu. Kejadian dikatakan berlaku jam 6 pagi apabila mangsa dikenali sebagai Asada, 20-an, selesai sembahyang subuh dan kembali berehat di dalam biliknya sebelum seorang lelaki tidak dikenali menceroboh masuk menggunakan kunci pendua. Sementara itu, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Negeri Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, pihaknya menghubungi wakil kerajaan negeri di Mesir bagi memantau perkembangan terkini itu yang dilihat membimbangkan. "Lebih 800 anak Perak antara pelajar Malaysia di Mesir dan saya menghubungi wakil kerajaan negeri di Mesir untuk mendapatkan maklumat mengenai rompakan ini. "Saya bersyukur selepas dimaklumkan mahasiswa berkenaan bukan anak Perak. Namun sebagai rakyat Malaysia, saya turut bersimpati dan berharap sesuatu dapat dilakukan bagi menjamin keselamatan pelajar kita di Mesir," katanya kepada Metro Ahad, semalam. Mohammad Zahir berkata, ibu bapa kepada pelajar dari Perak yang menuntut di Mesir tidak perlu risau mengenai keselamatan anak mereka kerana kerajaan negeri menyediakan dua asrama khas untuk mereka. -hm | ||
Posted: 08 Oct 2011 11:03 PM PDT MSO PENDIRIAN Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas, Hu Pang Chaw (foto) seperti mana dilaporkan oleh sebuah portal berita seakan menempati kebimbangan saya yang lama bersarang dihati, bahawa kehadiran kelab penyokong itu sesuatu yang tidak perlu diagung-agungkan sangat dan kemungkinan ia bakal mengudang masalah kepada Pas. Entah kenapa saya kurang yakin dengan keikhlasan himpunan berkenaan yang terdiri dari bukan muslim untuk menyokong perjuangan Pas. Bagi saya adalah silap Pas membentuk sebuah sayap di namakan Dewan Himpunan Penyokong Pas dengan memberi ruang luas kepada mereka termasuk dapat mengambil bahagian dalam muktamar. Sesetengah pemimpin Pas begitu ghairah untuk membuka pintu Pas kepada bukan Islam sehingga tidak dapat membaca tanda di hujung perjalanan. Hakikat bahawa iltizam dan azam di antara bukan muslim dengan orang muslim tetap ada perbezaan dan kepentingan yang tidak boleh dialpakan? Fungsi dan peranan kelab itu sepatutnya dihadkan sebagai sebuah kelab seperti mana kelab penyokong pasukan bola sepak saja. Mereka boleh bertepuk dan memberi sokongan moral dan material tetapi jangan sampai menganggui kerja-kerja jurulatih dan pihak pengurusan. Kalau mereka sudah bertindak jauh ingin mengajar jurulatih dan mengajar pihak pengurusan mentadbir ia sudah satu keadaan campur tangan dan melampau. Kelab itu juga tidak mengetahui sejauh mana kuasa atau apa yang mereka perlu lakukan. Itulah apa yang berlaku kini yang saya rasakan. Dewan himpunan itu cuba memainkan peranan jauh ke dalam termasuk menyentuh soal-soal polisi dan dasar Pas. Tindakan seperti itu sudah tidak kondusif dan lagi sebagai fungsi sebuah himpunan yang bertindak sebagai kelab penyokong. Peluang atau keterbukaan yang diberikan oleh Pas itu kini sudah menjadi masalah. Kalau ia tidak dilendikkan ia bakal menyerabutkan parti itu. Dengan beberapa tindak tanduk atau kenyataan-kenyataan berupa desaan dikeluarkan oleh dewan himpunan itu berpotensi untuk membawa masalah kepada Pas. Adalah wajar kalau penasihat kepada kelab berkenaan mengambil langkah perlu sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku. Untuk mengelak tindakan ini lebih luas, mungkin satu kod etika kepada kelab berkenaan perlu dikeluarkan untuk pengetahuan umum. Dengan adanya garis panduan itu ia dapat difahami oleh segenap ahli Pas mengenai apakah peranan dan juga tanggungjawab yang perlu dipikul dan tidak perlu dipikul oleh himpunan itu. Keadaan tidak kondusif ini mulai terasa apabila ketuanya, Hu Pang Chaw bercakap topik yang diluar bidang kuasanya sehingga seolah-olah ia dianggap mempunyai autoriti penuh kepada dewan itu. Terbaru kenyataan (peringatan) beliau mengatakan Pas akan kehilangan sokongan sekiranya gagal memberi penjelasan mengenai pendirian tegas Pas dan Tok Guru mengenai hukum hudud. Kata Pang Chaw Pas kemungkinan akan kehilangan sokongan bukan muslim dan menyebabkan ahli dewan itu akan bertinda keluar kelab beramai-ramai kalau masalah hudud tidak dijelaskan dengan sempurna. Beliau juga membayangkan hubungan atau sokongan bukan muslim seperti orang berkasih di mana kalau sudah tidak sesuai ia boleh memansuhkan sokongan. Kenyataan itu berbau ugutan dan ancaman serta ia menunjukkan keegoaan beliau sebagai ketua. Pang Chaw juga sombong bila mengatakan Pas perlu mengambil pandangannya sebelum hendak melaksanakan hudud? Jelas kenyataan itu menunjukkan himpunan itu sudah besar kepala. Pang Chaw telah meletakkan dia sebahagian entiti penting di dalam Pas yang boleh menganggu pelaksana dasar dan asas perjuangan Pas. Kenyataan pengerusi himpunan itu anih sedikit. Bukankah Pang Chaw adalah ketua kepada dewan himpunan berkenaan. Kalau beliau ikhlas dan mahu melihat sokongan kepada Pas di kalangan bukan muslim padu, maka beliau sendiri harus memainkan peranan memberi penjelasan. Beliau tidak sepatutnya menzahirkan rasa bimbang berupa ugutan tetapi mengambil langkah mengatasinya khasnya di kalangan ahli yang jahil mengenai hudud dan perjuangan asas Pas. Dewan himpunan atau Pang Chaw sendiri janganlah ada agenda di sebalik sokongan itu. Kalau mereka juga ada agenda ia tidak akan memberi apa-apa makna dan erti lagi. Pang Chaw sendiri jangan menjadikan dewan itu sebagai kuasa untuk bertarik tali kerana inginkan sesuatu bersifat personal. Saya yakin penerimaan Pas ke atas dewan itu seadanya sahaja tanpa melupai akan habuannya sekiranya Pas dan Pakatan Rakyat berjaya menjadi kerajaan. Sebelum kemenangan tercapai eloklah himpunan itu beperanan seperti yang ada ini bukannya menjadi 'duri kemen' yang membelit kaki apabila tersepak batangnya. Imbalasan hari ini nampaknya Pang Chaw sudah mulai menunjukkan kuasa dan menggunakan dewan berkenaan untuk merealisasikan beberapa keinginan dan juga kehendaknya. Lebih tepat lagi kalau dikatakan dewan itu digunakan untuk mencapai kemenangan peribadi, bukan kemenangan Pas. Kalau tidak silap Pang Chaw turut mempersoalkan kenapa Pas tidak mengambil pandangan dewan himpunan dulu sebelum hendak bercakap mengenai hudud. Di sini menunjukkan Pang Chaw berlagak dengan kedudukan itu. Tidak perlu bagi Pas menerima pandangan dewan himpunan kerana kewajiban melaksanakan hudud adalah mutlak. Kalau setakat meminta penjelasan, memang wajar. Pas tidak perlu layan kebimbangan negatif disuarakan oleh Pang Chawi itu. Pas tidak akan 'kalah' tanpa sokongan golongan yang menyimpang dari perjuangan asalnya atau yang jahil mengenai Pas sebagai sebuah parti agama. Perjuangan Pas bukan saja hendak memiliki dunia, tetapi Pas mahu keredhaan Allah. Tidak ada guna bagi Pas menang kalau kemenangan itu tidak diredhai Allah. Kekalahan diredahi lebih bari kemenangan yang dimurkai. Kepada Pang Chaw khasnya janganlah cuba mengambil kesempatan untuk menggeletek Pas dalam suasana hari ini. Kalau dewan itu ingin berkawan dengan Pas berkawanlah atas semangat ingin melihat perubahan dan jangan diselit dengan unsur-unsur perdagangan dan perniagaan. Sikap suka mengambil kesempatan atau menahan lukah di pergentingan tidak sesuai di musim ini | ||
Skim Rumah Pertamaku Dinaikkan Had Maksimum Daripada RM220K kepada RM400K. Patutkah? Posted: 08 Oct 2011 11:00 PM PDT Kami sememangnya agak terkejut dan hairan sehingga menimbulkan persoalan kepada kami, mengapa kerajaan bertindak menambahkan pinjaman Skim Rumah Pertamaku daripada RM200,000 kepada RM400,000? Kami bukan berfikiran negatif semata, tetapi anda boleh lihat dan nilai sendiri keadaan dan realiti harga rumah sekarang. Di mana logiknya? Seolah-olah menambah derita rakyat yang ingin memiliki rumah yang hampir pasti memberikan "green light" untuk harga rumah meningkat berganda-ganda selepas ini….. Pertamanya, kalau dilihat tujuan asal skim Rumah pertamaku ini diwujudkan, ia adalah untuk :
Dikhuatiri dengan kenaikan had pinjaman perumahan ini, selepas ini akan lebih banyak harga rumah yang akan melambung tinggi kerana harga hartanah/rumah amat mudah terdedah spekulasi dan ditambah dengan pengumuman seperti ini akan menjadikan akar spekulasi nilai hartanah "semakin kuat". Sepatutnya masalah ini yang patut kerajaan selesaikan terlebih dahulu terutamnya permasalahan & persoalan mengapa harga rumah naik melampau-lampau, bukan sekadar hanya menaikkan had pinjaman semata-mata. Bagi kami ini hanya penyelesaian jangka pendek sahaja. Sebenarnya…..
Tetapi jikalau kerajaan menaikkan had pinjaman Skim Rumah Pertamaku, ini bermakna pemaju termasuklah REDHA sendiri akan melihat lebih ramai rakyat Malaysia yang mampu membuat pinjaman walaupun sebenarnya mereka-mereka tiada kemampuan untuk "mengurus pinjaman" tersebut.
Contoh yang tidak baik di negara-negara luar dah ada yang kita sepatutnya tidak mencontohinya. Antaranya ialah :
Yang mana kita sebenarnya boleh terperangkap akhirnya kelak jika spekulasi hartanah yang semakin bermaharajelala tidak ditangani dengan tegas. Kerajaan juga diharap elakkan menambahkan lagi ruang dan peluang untuk meningkatkan lagi spekulasi hartanah. Apa yang kami tengok di sini adalah kerajaan lebih melihat masalah rakyat tak mampu nak beli rumah sahaja kurang menitikberatkan apa sebab, mengapa, kenapa disebalik rakyat Malaysia tidak mampu beli rumah. Akhirnya kerajaan bertindak "mampukan" dengan cara pinjaman bergenerasi. Kalau anda semua perasan, apa sebab kebanyakan kawasan perumahan baru, kedai-kedai setempat banyak yang kelihatan seperti hidup segan mati tak mahu. Apa sebab? Antara lainnya ialah kerana :
Bagi kami harga rumah bernilai RM400,000 itu "tidak sepadan" untuk golongan yang hanya bergaji RM3,000. Kalau kerajaan nak tolong golongan muda profesional untuk memiliki rumah pertama sendiri, kerajaan patut galakkan beli rumah pertama mereka pada kadar yang lebih munasabah daripada segi kewangan dan kedudukan mereka yang baru sahaja bekerjaya atau bekeluarga. Nama pun Skim Rumah Pertamaku.
Apa yang kami nampak kerajaan sedar dan bimbang dengan aset bubble serta kadar keberhutangan rakyat Malaysia sangatlah tinggi. Tetapi semacam ada kesukaran untuk "berdepan dengan kelompok seperti REDHA".
Jadi kami tidak mahu jadi begitu. Nah….sekarang kita baru sahaja mendengar kenyataan REDHA yang mana harga rumah akan meningkat 20%. Dengan menaikkan had pinjaman dan kemungkinan permudahkan pinjaman untuk bayaran balik selama 3-4 generasi akan menyebabkan harga rumah makin tinggi… Naik bukan sebab harga kos yang meningkat tetapi sebab permintaan yang lebih… Kononnya bilangan rakyat yang mampu (dengan loan 3 keturunan) makin ramai. Penyelesaian jangka pendek inilah yang akan membuatkan keadaan lagi bertambah teruk. Berapa ramai rakyat kebanyakan yang pada asalnya mampu beli rumah sehingga RM400,000? Mana ada orang beli rumah CASH zaman sekarang ini…
Di Malaysia, industri perumahan dan hartanah dilihat sukar untuk collapse/terjejas. Walaubagaimanapun tidak mustahil, jadi kenalah berhati-hati daripada sekarang. Antara sebab-sebab bagi mengelakkan hartanah di Malaysia terjejas ialah :
Jadi ianya merupakan satu lingkaran kebejatan:
Persoalannya di sini, kalau dah lepas pakai terma 40 tahun pinjaman pun kebanyakan rakyat Malaysia masih tidak mampu lagi, dikala harga rumah melambung tinggi, apa langkah & inisiatif kerajaan akan ambil supaya rakyat tak 'terbeban' apabila berlakunya kejatuhan harga rumah? Harga rumah dari RM400k contohnya jatuh dalam RM200k, tetapi peminjam tetap kena bayar 400k? Pernah terpikir? Dan kami merasakan masih belum terlambat lagi untuk kerajaan memperbetulkan situasi hartanah yang berlaku sekarang ini. P/S : Dan kami tinggalkan ruang dan peluang untuk anda melontarkan pendapat samada cadangan menaikkan had pinjaman perumahan Skim Rumah Pertamaku relevan atau tidak dan apa sebab anda memilih jawapan sedemikian? | ||
Sewa Atas Sewa Antara Punca Kemelut Penyewa PKNS Posted: 08 Oct 2011 10:59 PM PDT Oleh Afeeqa Afeera BATU CAVES : Kerajaan Selangor akan mengkaji semula pengstrukturan kewangan anak syarikatnya, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi menyelesaikan kemelut kenaikan harga sewa premis itu yang didakwa membelenggu penyewa, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurut Khalid, beliau telahpun bertemu dengan penyewa dan peniaga di premis berkenaan untuk memberi penerangan serta mendengar keluhan mereka dengan lebih dekat seperti yang dijanjikan sebelum ini. Jelasnya, hasil pertemuan tersebut menunjukkan bahawa penyewa sebenarnya tidak gusar akan kenaikan harga sewa yang bakal dikenakan, sebaliknya mereka mempersoalkan mengapa lebihan untung yang diperoleh PKNS hanya berjumlah RM1 juta sehingga tidak cukup untuk menaiktaraf premis tersebut. "Pendapatan PKNS untuk bangunan empat tingkat itu adalah RM11 juta setahun. RM10 juta daripadanya digunakan untuk menjaga dan mengurus bangunan tersebut manakala selebihnya untuk menyelenggara dan membaikpulih. Sebenarnya semua tapak yang disewa dikenakan harga RM3 untuk satu kaki tetapi kebanyakan penyewa mengambil kesempatan menyewakan semula tapak tersebut kepada peniaga lain (sewa atas sewa) dengan mengenakan harga yang tinggi iaitu RM100 sehari. Sewa yang dikenakan tersebut tidak termasuk dalam keuntungan PKNS. Kita akan siasat perkara itu," katanya. Khalid berkata demikian kepada pemberita semasa menghadiri Program Jelajah Pemerkasaan Desa 2011 dan Majlis Pelancaran Logo Selangorku di Kompleks Muhibah, Taman Bolton di sini petang tadi. Hadir sama, Exco Selangor Dr Yaakob Sapari dan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali. Tambah beliau, penyewaan secara 'haram' itu akan dihentikan supaya keuntungan yang diperoleh nanti dapat disalurkan ke PKNS selayaknya bagi melancarkan urusan pentadbiran di premis tersebut. "Tindakan yang dilakukan kerajaan negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat untuk berhadapan dengan penyewa itu membuktikan pengurusan yang diamalkan adalah telus, terbuka dan teratur tanpa ketirisan," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan