Biaqpila |
- Warga Emas, Pekerja Swasta Rasa Nasib Tidak Dibela Dalam Belanjawan 2012
- HARGA AYAM PROSES RM10 SEKILO?
- Terima kasih kat Mat Sabu
- Jangan Melayu Mudah Lupa
- LAWAK AHAD:CIKGU KENA MAIN
Warga Emas, Pekerja Swasta Rasa Nasib Tidak Dibela Dalam Belanjawan 2012 Posted: 09 Oct 2011 03:00 PM PDT SHAH ALAM 9 OKT: Golongan warga emas dan dan kakitangan swasta, merupakan antara golongan terpenting di dalam masyarakat, menzahirkan rasa kecewa dengan belanjawan 2012 kerajaan persekutuan yang dilihat tidak holistik dan releven. Tinjauan TVSelangor mendapati seorang pesara, yang hanya mahu dikenali sebagai Nagesvary berkata belanjawan kerajaan kali ini tidak menjamin kehidupan golongan pesara yang selama ini berkhidmat untuk negara. Menurut Nagesvary yang juga seorang warga emas, peningkatan kos perubatan, saban hari menekan kehidupan golongan seperti beliau untuk menyara kehidupan mereka. "Menyentuh soal warga emas, golongan kami ini telah lama berkhidmat dalam negara dalam apa jua sektor untuk memajukan negara, yang akhirnya mengimpikan suatu kehidupan yang lebih sempurna apabila bergelar pesara, ini penting kerana kos perubatan semakin meningkat" "Yang penting kebajikan kami orang yang bersara, lihatlah sekarang pendatang asing lagi gembira duduk didalam negara berbanding rakyat yang turun mengundi." Semalam, kerajaan membentangkan akan memberi caj percuma untuk pendaftaran pesakit luar di semua hospital, klinik kesihatan serta klinik pergigian kerajaan sebagai langkah menghargai jasa warga emas. Selain itu, warga emas juga diberikan diskaun 50 peratus tambang LRT dan Monorel. Namun, tawaran itu tidak membantu golongan pesara dan warga emas yang terpaksa berdepan dengan kos perubatan yang semakin meningkat dan apa yang diberikan tidak relevan dengan pengorbanan warga emas yang sekian lama berkhidmat di dalam negara, katanya. Melihat kepada belanjawan ini, Nagesvary percaya rakyat mampu menilai dan membuat keputusan terbaik dalam pilihanraya. "Pada saya, rakyat akan memilih pemerintah yang dirasakan mampu memberi pelbagai kebajikan kepada mereka, kuasa memilih ditangan rakyat, jadi kalau rakyat telah memilih parti itu, dia harus menjalankan tanggungjawabnya dengan pastikan rakyat berpuas hati dengan kerja mereka." Sementara itu, bagi seorang kerja sektor swasta, Saravanan Tamilveran mempersoalkan sikap terlepas pandang kerajaan keatas kebajikan pekerja sektor swasta. Saravanan mengalu-alukan usaha kerajaan memperkasa kehidupan kakitangan kerajaan, namun ianya tidak menyeluruh kerana kakitangan swasta juga merupakan rakyat yang sepatutnya menerima manfaat dalam peruntukan belanjawan negara. Sambil menyifatkan ia suatu yang tidak menyeluruh, belanjawan kali ini juga dilihat sebagai gula-gula politik untuk memastikan pekerja kerajaan terus menyokong kerajaan dalam pilihanraya akan datang. "Tiga Puluh Lima peratus daripda jumlah pengundi di Malaysia datangnya dari pekerja kerajaan, sebab itu kerajaan janjikan macam-macam dalam belanjawannya untuk mereka, mahu tarik hati pekerja kerajaan untuk terus menyokong barisan nasional, ini jelas dengan pengenalan terbaru pemberian bonus setengah bulan gaji atau RM500." Kerajaan dalam belanjawannya semalam, memberikan pelbagai kelebihan kepada kakitangan kerajaan termasuklah menambah baik sturktur gaji penjawat awam dengan kenaikan antara 7 peratus hingga 13 peratus. Sementara, tambahan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 juga bakal diterima kakitangan kerajaan. Selain itu kakitangan kerajaan juga diberi kenaikan gaji tahunan antara RM80 hingga RM320 mengikut tangga gred. KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
HARGA AYAM PROSES RM10 SEKILO? Posted: 09 Oct 2011 06:29 AM PDT Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada peniaga ayam di Pahang yang bertindak menaikkan harga ayam sehingga mencegah RM10 sekilogram.Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata notis itu dikeluarkan setelah kementerian tersebut menerima banyak aduan daripada pengguna yang tidak berpuas hati berikutan kenaikkan harga ayam tersebut, dan tindakan selanjutnya akan dilakukan. Gambar sekadar hiasan. Mengenai koperasi Orang Asli, beliau berkata kementeriannya akan memantau perjalanan 56 buah koperasi Orang Asli di seluruh negara bagi memastikan ia terus berdaya maju. "Pemantauan itu perlu dilakukan kerana penglibatan masyarakat Orang Asli dalam koperasi masih baru dan pemantauan itu dilakukan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)", katanya selepas melancarkan penubuhan Koperasi Orang Asli peringkat negeri Pahang di Rancangan Penempatan Semula Perkampungan Orang Asli di Pos Iskandar dekat sini hari ini. Menurutnya pemantauan itu termasuklah memberikan khidmat nasihat dan kursus berkaitan pengurusan, pentadbiran dan kewangan setiap tahun. Beliau berkata kini 11,814 Orang Asli telah menganggotai koperasi Orang Asli di seluruh negara dan berharap kepimpinan koperasi Orang Asli menceburi bidang pelancongan Inap Desa dan memasarkan produk hasil kerja kraftangan masyarakat itu secara komersial, yang dilihat sangat berdaya maju. kl-today Published with Blogger-droid v1.7.4 |
Posted: 09 Oct 2011 12:00 AM PDT SETELAH mendengar Budget 2012, akibat keceluparan mulut Mat Sabu, para bekas anggota tentera sama ada balu, duda dan sebagainya akan mendapat 'durian runtuh' sebanyak RM3,000 setiap keluarga secara one-off. Begitulah antara pandangan yang dilontarkan oleh rakyat Malaysia di dalam beberapa blog selepas pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak petang semalam. "Itulah jasa Mat Sabu kepada bekas-bekas pejuang yang kalau tak ditimbulkan isu ni, aku confirm depa-depa ni tak merasa duit pampasan ini. Mereka ini PATUT BERTERIMA KASIH kepada Mat Sabu kerana mengutarakan isu Bukit Kepong dan secara tak langsung nasib mereka terbela," tulis seorang yang menghantar komen di dalam Tranungkite online yang ditulis perkataan penuh Harakahdaily. Seorang lagi menulis, Kanang Anak Langkau pun dapat pingat kali kedua baru-baru ini atas jasa sebagai perwira negara, mungkin kebetulan kot atau ada agenda di sebaliknya. "Bajet kononnya menghargai pejuang...dah 54 tahun baru nak ingat bagi...berapa orang yang dapat...berapa orang yang tak sempat dapat?" satu lagi pandangan yang dilontarkan. Najib mengumumkan petang semalam bahawa kerajaan akan memberi sumbangan RM3,000 secara one-off kepada setiap bekas anggota pasukan keselamatan serta duda dan balu mereka, kesemuanya hampir 62,000 orang untuk membantu meringankan kos sara hidup. "Mereka yang apabila telah mendengar panggilan Pertiwi untuk berkhidmat, telah menyahutnya tanpa berlengah. Ini termasuklah lebih 48,000 bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat. "Mereka terdiri daripada anggota Home Guard, Special Constable, Extra Police Constable, Auxilliary Police, Women Auxilliary Police, Women Special Constable, Border Scout dan Jungle Scout," kata Najib. Komen yang disiarkan melalui Malaysiakini pula, ada pandangan yang mengatakan kerana marahkan Mat Sabu, akhirnya bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat mendapat faedah. "Di sinilah pentingya Malaysia mempunyai pembangkang yang kuat. So, sebelum marah Mat Sabu, perlu fikir sejenak," tulisnya. Pandangan lain pula: Yg tu baru Pakatan sound melalui Mat sabu, kerajaan dah bagi insentif pd bekas anggota pasukan keselamatan. Blom pun kerajaan Pakatan memerintah lagi. Klau betul2 nak terbela nasibnya, undilah Pakatan! Insyaallah x ada siapa yg akan tercicir, semuanya terbela, termasuk bekas anggota pasukan keselamatan... Antara komen lagi: "Di sini Mat Sabu adalah hero. Tanpa dia jangan mimpi la depa nak pandang kat hampa. tu pun jangan, ada lagi yg dok marah kat dia. Kepada bekas tentera, balu, duda tu ingat sikit......terima kasih kat Mat Sabu...kalau tak, tak merasalah duit tu..." KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 08 Oct 2011 09:00 PM PDT Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu telah didakwa dimahkamah dan jika bersalah beliau boleh didakwan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas sebab mendatangkan khianat awam selepas beliau memberikan pandangan yang berbeza tentang insiden Bukit Kepong dalam sebuah ceramah pada 21 Ogos lalu di Padang Menora, Tasek Gelugor. Melayu jangan mudah lupa. Ingatkah kita dengan PROF Ibnu Keling. Nama itu telah diberi oleh seorang bloggers MSO kerana Prof Zainal Kling telah mendawa bahawa Tanah Melayu (Malaya) tidak pernah dijajah tetapi hanya dinaungi oleh British saja. Melayu jangan mudah lupa. Tahukah anda siapakah yang mempopularkan ayat ini. Beliau adalah Tun Mahadhir. Namun adakah beliau ingat akan dakwaannya satu ketika dahulu yang mendakwa bahawa Nabi tidak cukur janggut kerana di zaman dahulu tiada pisau cukur. Ingatkah kamu? Hari ini Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu telah didakwa dan dibebaskan dengan ikat jamin RM15 ribu hanya kerana perbezaan pendapat dalam sejarah. Namun, beliau mempunyai hujah dan beliau telah masuk disetiap pelusuk bandar dan kampung untuk menerangkan idealoginya itu setakat yang termampu. Baliau juga ada mengajak TPM Tan Sri Muhyiddin bin Yassin untuk berdebat dalam kes ini memangdangkan Mat Indra dan ayah kepada TPM adalah seorang guru dan murid namun ditolak oleh TPM. Haji Mat Sabu juga bersedia untuk berdebat dengan mana-mana pun pakar sejarah untuk berdebat dengannya jika diajak namun yang ada hanyalah bercakap dibelakang. Dan mengapa hanya Hj Mat Sabu sahaja yang didakwa kerana berlaku percanggahan pendapat. Ramai pakar-pakar sejarah yang berbeza pendapat namun semuanya diselesaikan secara ke medan pentas akademik bukan ke mahkamah. Mengapa? Adakah kerana Hj Mat Sabu adalah Timbalan Presiden PAS. Prof Datuk Dr Zainal juga berbeza dengan pendapat kita 1 Malaysia iaitu prof ini menyatakan bahawa Tanah Melayu (Malaya) tidak pernah dijajah tetapi hanya dinaungi oleh British saja. Dan jika disiasat, Prof Datuk Dr Zainal berseorangan dalam hujahnya itu dan beliau juga tidak pernah untuk menerangkan secara terperinci pandangannya itu dan hanya sekali (pada pemerhatian aku) sahaja beliau keluar dalam television. Pemuda PAS telah pun membuat siasatan tetapi kenapa beliau tidak dihadapkan ke Mahkamah. Pada perkiraan rakyat, terdapat juga golongan yang menyokong Mat Sabu dibuktikan dengan kehadiran penonton yang hadir jika beliau menyampaikan ceramah yang menunjukkan pandangan Hj Mat Sabu bukan pandangan syok sendiri tetapi mempunyai peminat dan ia memerlukan diselesailkan secara ilmiah. Dan Hj Mat Sabu tidak melanggar sebarang undang-undang kerana beliau juga berhak untuk berbeza pendapat dan menyuarakan perbezaannya seperti artikel 5 Perlembagaan Persekutuan dan artikel 19 dalam Deklarasi Antarabangsa Hak Asasi Manusia. Jika anda merasakan dengan menyatakan Mat Indra adalah hero boleh menyebabkan ramai terasa hati dan marah, bagaimana dengan kenyataan Prof Datuk Dr Zainal? Adakah perbuatannya itu tidak menghina sejarah sedang kita sudah mengenali Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan beliau merupa yang melaluang perkataan "merdeka" pada 31 Ogos 1957. Adakah itu tidak menghina sejarah? Dan jika ada yang marahkan Hj Mat Sabu yang kononnya menghina sejarah, bagaimana dengan kenyataan Tun Mahadhir yang menghina sunnah nabi. Adakah anda tidak terasa marah dan benci pada Tun Mahadhir. Bagi aku, pandangan Hj Mat Sabu dan Prof Datuk Dr Zainal merupakan perbezaan pendapat dan hanya perlu diselesaikan dimedan ilmiah. Namun perbezaan fahaman yang dinyatakan Tun Mahadhir merupakan penghinaan dan memerlukan beliau untuk memohon maaf dan aku takkan lupakan kenyataan Tun Mahdhir sehinggalah beliau memeinta maaf secara terbuka walaupun kisah in telah pun lama. Isu Tun Mahadir ini walaupun telah lama namun aku akan ingat dan aku akan sentiasa mengingatkan orang lain kerana Tun Mahadhir pernah memberitahu bahawa melayu mudah lupa. Namun kenyataannya itu salah dan kisah ini akan terus diiingati dan disebut-sebut sehinggalah beliau secara terbuka memohon maaf. Dan kisah Hj Mat Sabu tidak akan dapat mengalih perhatian kami. Dalam pada masa kami akan terus mempertahankan Hj Mat Sabu, isu cincin 24 juta, isu mat bangla, isu skandal pembelian kapal selam, isu enjin jet hilang, isu kenaikan barang akan terus kami ingat dan kami akan terus perjuangkan. Mat Bangla yang ada ic dan akeluar mengundi aku akan tumbuk dan aku akan terus mengajak orang atas pagar untuk tolak UMNO dan UndiPakatan Rakyat. Melayu Umno melayu mudah lupa, Melayu Islam akan terus berjuang demi islam tercinta! sumber: lu.langsi KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 08 Oct 2011 06:00 PM PDT Cikgu : Nampak tak pen ni murid²? Murid² : Nampak cikgu... Cikgu : Kalau cikgu masukkan dalam poket nampak tak dan ada tak pen ni murid²? Murid² : Tak nampak dan tak ada cikgu... Kemudian seorang murid bernama Danish bangun dan pergi ke depan kelas. Danish : Nampak tak otak cikgu kawan²? murid² : Takk... Danish : Cikgu ada otak tak kawan² ? Murid² : Tak ada!!!! Cikgu : $#%@%%#^$^$&@&^$^#&............ KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan