Kerabu Bersuara ® |
- Gambar Bulan Yang Dirakan Oleh Usta Azhar Idrus
- Bulan Kelihatan Cantik? Ini Gambar Untuk Anda
- Seminar Keharmonian Masyarakat Majmuk: Pengalaman Kelantan Pembentangan YB Dato Haji Husam Musa
- Video: Mat Sabu Dan Chegu Bard 'Tazkirah' Balaci PERKASA
- Bajet P Ramlee
- Perak lambakan pemimpin bermasalah
- Statistik Miskin Tegar : Awang Adek Silap Mengira
- Ribuan hadiri Perhimpunan 109 – protes Lynas
- Wajib Baca: Pandangan Ilmuan Islam Berkenaan Bajet 2012
- Perkara Yang Perlu Suami Ketahui Ketika Isteri Mengandung
- Najib tidak faham Negara Berkebajikan
- Gambar TG Nik Aziz Masa Dulu Dan Kini
Gambar Bulan Yang Dirakan Oleh Usta Azhar Idrus Posted: 09 Oct 2011 03:00 PM PDT |
Bulan Kelihatan Cantik? Ini Gambar Untuk Anda Posted: 09 Oct 2011 09:40 AM PDT |
Seminar Keharmonian Masyarakat Majmuk: Pengalaman Kelantan Pembentangan YB Dato Haji Husam Musa Posted: 09 Oct 2011 08:50 AM PDT |
Video: Mat Sabu Dan Chegu Bard 'Tazkirah' Balaci PERKASA Posted: 09 Oct 2011 03:50 AM PDT |
Posted: 09 Oct 2011 03:00 AM PDT Muhammad Safwan Anwang @ Talib Bajet 2012 kali ini seolah-olah menggambarkan apa yang sebenarnya terkandung dalam pemikiran perdana menteri kita sepertimana dialog dalam filem P Ramlee yang masyhur, "budak-budak tak boleh pegang duit banyak-banyak ". Justeru, mahasiswa sekali lagi kecewa dengan pembentangan bajet kali ini yang juga seolah-olah tidak langsung memikirkan soal pembinaan generasi akan datang. Boleh jadi kerajaan sekarang beranggapan mahasiswa tidak boleh terlalu selesa, nanti mereka malas belajar. Cadangan peringkat kita mahasiswa sebelum ini antaranya seperti pemberian pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengikut zon berdasarkan kenaikan kos sara hidup mutakhir ini, namun ia ibarat mencurah air ke daun keladi. Belum lagi kita cadang supaya PTPTN diubah menjadi biasiswa! Lahirlah pelacur daripada kalangan mahasiswi yang rata-rata tidak sanggup untuk berhadapan dengan krisis kewangan walaupun telah menuntut ke menara gading. Boleh jadi ianya bukan menara gading lagi, tapi menara taring yang misinya membunuh masa depan mahasiswa dan belia remaja! Banyak lagi berita-berita di dada akhbar yang mengejutkan kita, ada yang jadi keldai dadah kerana bayarannya sangat lumayan dan tidak kurang ada yang sanggup menjadi pencuri kecil-kecilan di kampus! Mana tidaknya, sebaik sahaja mahasiswa keluar bergraduasi mereka sudah punyai belenggu hutang kiri dan kanan sehingga mencecah puluhan ribu ringgit. Mahasiswa juga dikenali sebagai OKU iaitu "orang kuat utang"! Pendirian di peringkat mahasiswa adalah untuk pihak kerajaan mempertimbangkan soal yuran pengajian di universiti. Sebagai contoh mudah, yuran internet dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) sehingga mencecah RM100 untuk satu semester. Dalam masa sama juga dikenakan yuran perpustakaan RM100. Tidak kurang lagi bas universiti pun dikenakan kos perkhidmatan. Bas kilang pun percuma,ini pula bas universiti! Boleh jadi ia jumlah yang tidak besar di mata para menteri dan mereka yang menaiki kereta import yang mewah, namun ia adalah beban di peringkat kami mahasiswa! Ada yang ikat perut dek kerana kos sara hidup benar-benar menjerut kehidupan mahasiswa terutama mereka yang berada di lokaliti Lembah Klang. Kenapa tidak kerajaan memperuntukkan sejumlah bajet bagi menampung kos kemudahan internet dan ICT di institut pengajian tinggi ini? Bukankah kerajaan sebelum ini beria-ria sangat mahu memperkenalkan emel percuma kepada seluruh rakyat Malaysia? Mana mahu guna e-mel tanpa internet! Nah, itulah persoalannya. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga pula. Malang sungguh mahasiswa di Malaysia! Bukan tidak bersyukur dengan kerajaan yang memberikan baucer RM200 untuk pembelian buku melalui syarikat kroni ini, tetapi tidak lagi percaya. Jom ubah kerajaan sekarang! Penulis adalah Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya. |
Perak lambakan pemimpin bermasalah Posted: 09 Oct 2011 01:30 AM PDT Zawawi Hassan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak melihat rundingan kerusi BN negeri Perak menunjukkan mereka tidak lagi sebarisan kerana komponennya tidak lagi mempercayai kewibawaan pengerusinya dan mematuhi arahannya. Rakyat patut membuat perubahan dengan menilai slogan mereka, dimanakah letaknya "1malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan". Pengerusi BN Perak sudah menyatakan perasaan cemas beliau dengan tuntutan pelbagai dari komponennya. Malah berhadapan dengan ragam bakal calon dalam mengatur strategik pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang. Kami melihat Perak adalah tempat lambakan pemimpin BN yang bermasalah kerana negeri ini jatuh di tangan kudeta yang disokong oleh tiga ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bebas yang bermasalah, bukan dari parti kompenan BN. Komponen BN Perak tidak punya pemimpin yang berkaliber dan berkredibilti sehingga kini. Rotation calon BN untuk PRU akan datang berlaku hanya sekadar mengubah selera bukan membela nasib rakyat kerana amalan ini hanya dilakukan demi menjaga kroni-kroni mereka, penindasan tetap juga berlaku dan perpecahan tercetus yang hanya menanti belah sahaja. Kawasan yang dimenangi BN pada PRU ke-12 yang lalu sudah tidak selamat lagi. Kita lihat siapakah yang bakal menjadi mangsa dan dikambing hitamkan dalam percaturan politik kronisme BN yg diketuai kudeta kini. Dengan melihat komen bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang mengakui bahawa Umno adalah parti yang lemah dan kekuatannya hanya bergantung dengan jentera kerajaan sejak ia ditubuhkan adalah pengakuan yang berlaku di negeri Perak. Jelas sebenarnya jentera Umno lumpuh akibat kronisme yang menebal serta budaya amalan rasuah yang tidak boleh dipinggirkan. Malah sepertimana yang berlaku di Perak pada awal Februari 2009 yang lalu menunjukkan perundangan atau Perlembagaan sedia ada tidak dipatuhi. Budaya Umno yang korup dan makin membarah ini tidak lagi boleh diterima oleh masyarakat kini kerana masyarakat kini sudah celik dan berpendidikan tinggi bukan lagi dijajah seperti perumpamaan 'katak di bawah tempurung'. Kami mengharapkan rakyat Perak terus bersama Pakatan Rakyat untuk tegakkan keadilan dan bersama kebenaran, jauhkan dari sebarang persengketaan, berpadu demi perlembagaan untuk tolak segala penipuan Umno/ BN yang sudah banyak penyelewengan dalam 54 tahun emerintahan lalu. Penulis merupakan ketua Pemuda PAS Perak. |
Statistik Miskin Tegar : Awang Adek Silap Mengira Posted: 09 Oct 2011 12:24 AM PDT 1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin seperti yang disiarkan di dalam akhbar Mingguan Malaysia, hari ini 9 Oktober 2011 di halaman 11. Di dalam kenyataan tersebut, Awang Adek menyatakan bahawa Bajet 2012 yang baru dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 7 Oktober 2011 yang lalu akan memberikan manfaat kepada lebih 43,000 rakyat miskin tegar di Kelantan. 2. DPPNK kesal kerana angka yang dikemukakan oleh Awang Adek itu sangat tersasar dari realiti yang sebenar. Meletakkan bilangan angka miskin tegar seramai 43,000 di Kelantan seolah-olah menunjukkan bahawa beliau gagal mengira dengan baik dan hilang kelayakan untuk menjadi Timbalan Menteri Kewangan. DPPNK ingin mengingatkan kepada Awang Adek bahawa Kadar kemiskinan tegar di Kelantan hanya 0.6% di mana lebih rendah daripada kadar jumlah kemiskinan tegar peringkat kebangsaan 0.8%. Perkara ini didedahkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dr Mohd Nor Yaakob ketika rombongan Kelantan berunding mengenai teras asas dan pemulihan projek bagi pelaksanaan RMK 10 pada 25 Jan 2010. 3. Jika bercakap tentang angka, DPPNK ingin mengingatkan kepada Awang Adek terhadap kenyataannya sendiri pada 27 November 2010 sewaktu berucap pada perasmian Program Penempatan Pekerjaan Khas Azam Kerja Kelantan di Kota Bharu. Di dalam ucapannya yang dibacakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutusan (JPP) Kelantan, Yahya Mamat, Awang Adek menyatakan bahawa daripada 4,396 yang disenaraikan sebelum ini, kini terdapat 50 ketua isi keluarga dikategorikan sebagai miskin tegar di negeri ini. Bahkan Awang Adek sanggup memberikan jaminan bahawa miskin tegar di Kelantan akan mencapai tahap sifar akhir tahun tersebut (2010) hasil program berterusan yang dilakukan oleh kerajaan pusat. Laporan tersebut boleh dirujuk di sini (http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_berita&file=/2010/11/27/mstar_berita/20101127164559). 4. Adakah pada akhir tahun 2010, hanya 50 ketua isi keluarga miskin tegar tiba-tiba berubah menjadi 43,000 orang miskin tegar di seluruh negeri Kelantan pada hari ini? Adakah sudah berlaku satu perkara ajaib yang menjadikan miskin tegar di Kelantan berubah meningkat dengan cara mendadak atau satu kegagalan Awang Adek untuk mengira dengan baik? Atau sememangnya Awang Adek sengaja mengeluarkan angka tersebut untuk memberikan persepsi yang tidak baik terhadap negeri Kelantan sekalipun sedar angka itu satu pembohongan? 5. DPPNK ingin berpesan kepada Awang Adek agar dapat menunjukkan prestasi yang baik di dalam membuat kenyataan memandangkan pilihanraya umum semakin hampir. Jika tidak, dikhuatiri peluang Awang Adek untuk dinobatkan sekali lagi sebagai bakal Menteri Besar Kelantan tidak kesampaian. Sekian, terima kasih. Yang menjalankan tugas, AHMAD FADHLI BIN SHAARI, Ketua Penerangan, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan. Bertarikh : 9 Oktober 2011 |
Ribuan hadiri Perhimpunan 109 – protes Lynas Posted: 08 Oct 2011 10:20 PM PDT Kira-kira 2,000 membanjiri pantai Taman Gelora, Kuantan bagi memberikan menyatakan bantahan terhadap pembinaan loji nadir bumi di Gebeng. Dinamakan "Himpunan Hijau 109″, perhimpunan itu dipendekkan oleh anggota polis yang menghalang penceremah membuat ucapan. Mengikut Malaysiakini, permit berhimpun dalam program NGO alam sekitar itu ditarik balik malam tadi ekoran terdapat program khidmat negara. Bagaimanapun pagi ini, mereka tetap berkumpula mulai jam 8.30 pagi di bawah pemerhatian kira-kira 50 anggota polis. Orang ramai kelihatan enggan berganjak dan membina perisai manusia tetapi selepas ditolak polis polis mereka menjadi marah dan mula mengebu serta meneriakkan slogan "Hidup rakyat". Ketua Polis Daerah Kuantan Mohd jasmani Yusof bagaimanapun tetap menegaskan supaya orang ramai bersurai. |
Wajib Baca: Pandangan Ilmuan Islam Berkenaan Bajet 2012 Posted: 08 Oct 2011 09:00 PM PDT Liqa' Ilmuan Islam Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarganya, sahabat dan seluruh umat yang menurutinya dalam kebaikan dan keimanan. Bajet 2012 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyediakan peruntukan RM232.8 bilion dengan defisit 4.7 peratus. Secara umumnya kami mengakui bahawa bajet yang dibentangkan secara umumnya adalah baik dan memberi perhatian yang banyak serta agak komprehensif kepada kemaslahatan rakyat dari pelbagai genap lapisan dan sektor. Pun begitu, agak merungsingkan apabila bajet ini masih kekal defisit, tahun lalu defisit adalah sebanyak 5.4 peratus. Perlu difahami unjuran hasil kerajaan pada tahun 2012 hanyalah RM 186.9 billion dan ini bermakna kerajaan perlu membuat hutang dalam negara yang baru sebanyak RM 45.9 billion. Kami dengan ini, menyuarakan kebimbangan kami terhadap trend menambah hutang dalam mengurus dan membangun Negara tercinta ini. Menurut Laporan Bank Negara Malaysia yang terkini bertarikh 30 September 2011, berdasarkan angka hutang negara setakat suku kedua 2011 menunjukkan jumlah hutang negara telah pun mencecah RM437 bilion dan meningkat 11.9 peratus kepada RM455.75 billion bagi hujung tahun ini. Berhutang itu bukanlah perkara yang sihat untuk diteruskan tanpa sebarang plan konkrit untuk menyelesaikannya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 ) Juga sabda baginda:- "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari." ( Riwayat Al-Bukhari, 1/214 ) Berdasarkan hasil perbincangan telus, sederhana akademik dan sifat non-partisan di antara beberapa peserta pertemuan ilmuan Islam dan pendakwah terlibat dalam pertemuan berkala ini, pihak kami menyambut Bajet Negara 2012 dengan perasaan bercampur-campur. Secara ringkas dan mudah dan berdasarkan kemampuan kami yang sederhana, berikut adalah respons kami terhadap beberapa isi penting terpilih dari Bajet 2012 yang dibentang pada 7 Oktober 2011:- A) Sokongan sepenuhnya Kami memberikan sokongan sepenuhnya terhadap item-item berikut:-
B) Sokongan dan nota perhatian
KARISMA: Untuk warga emas miskin RM 300 sebulan, kanak-kanak miskin RM 100 sebulan, kurang upaya RM 150-350 sebulan. Kami bersetuju cuma melihat agar perlu ada peruntukan bagi OKU untuk mendapatkan peluang pekerjaan di dalam perkhidmatan awam, menaikan fasiliti asasi mereka di tempat awam selaras dengan dasar OKU, selain itu sewajarnya kerajaan memberikan pengecualian cukai kepada syarikat swasta yang mengambil OKU bekerja (jika belum ada) C) Komentar umum Berikut pula komentar umum kami terhadap bajet 2012 :-
Akhirnya, kami menyeru kepada semua pihak yang terlibat dalam fasa penyampaian dan perlaksanaan segala inisiatif yang telah dimaktubkan dalam belanjawan yang diumumkan agar bersifat amanah dan menzahirkan accountability yang tinggi agar setiap inisiatif yang dijanjikan benar-benar dirasai manfaatnya oleh para kumpulan sasaran. Kami mengingatkan seluruh stakeholders yang terbabit dengan Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat". (An Nisa:58) "Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya. (Al-Qasas : 26) Sabda Rasulullah SAW: "Tiada iman pada orang yang tidak beramanah." (Riwayat Ahmad) Dari kami untuk khidmat masyarakat, Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Mursyid) Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi) Ustaz Dr. Maszlee Malik Ustaz Dr Zahazan Muhammad, Ustaz Syed Mohd Norhisyam Ustaz Dr Abdul Basit Abdul Rahman, Ustaz Hj Mohammad Nidzam Abdul Kadir, Ustaz Hj Aizam Mas'ud, Ustaz Hj Hasrizal Abdul Jamil, Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali, Ustaz Imam Muda Asyraf Mohd Ridzuan, Ustaz Ramadhan Fitri Elias, Ustaz Dr.Ahmad Wifaq Mokhtar, Ustaz Zamri Zainuldin 'Mantop' Ustaz Abdullah Bukhari Al-hafiz Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman Ustaz Shauqi Othman Ustaz Dr Firdaus Mohd Hatta Dr. Mohd Nizam Barom |
Perkara Yang Perlu Suami Ketahui Ketika Isteri Mengandung Posted: 08 Oct 2011 08:56 PM PDT Khairul Amnan bin Osman Adalah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami mereka semasa mengandung. Hal ini kerana pada waktu ini, keadaan mereka tidak stabil dan memerlukan bantuan daripada orang lain terutamanya daripada suami. Tetapi mungkin ramai lagi suami yang di luar sana masih tidak lagi memahami situasi ini. Apakah perkara yang perlu dilakukan suami semasa isteri mereka mengandung? (1) Luangkan masa bersama isteri- Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka. (2) Membantu pemakanan isteri- Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik. (3) Perlahan-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat. (4) Tidak perlu bertanya, terus lakukan- Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik. (5) Belajar- Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya. (6) Membantu menyiapkan hidangan makan- Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama. (7) Membantu menjaga anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak. (8) Membawa isteri ke mana sahaja- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi. (9) Pinjamkan tangan anda pada isteri- Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur. |
Najib tidak faham Negara Berkebajikan Posted: 08 Oct 2011 06:37 PM PDT Tuan Guru Abdul Hadi Awang Berikutan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan belanjawan 2012 di parlimen semalam bahawa BN telah melaksanakan konsep Negara Berkebajikan, PAS ingin menegaskan bahawa Najib tidak memahami konsep Negara Berkebajikan yang hendak dibawa oleh PAS dan Pakatan Rakyat. Paling penting beliau harus memahami tiga ciri asas Negara Berkebajikan yang hampir tidak dilaksanakan oleh pemerintahan Barisan Nasional sehingga kini. Pertamanya, Negara Berkebajikan mestilah ditadbir oleh pemerintah yang berintegriti atau beriman dan juga rakyat yang berintegriti. Dengan membazirkan wang rakyat untuk membayar bil air dan elektrik rumah Perdana Menteri berjumlah jutaan ringgit tidaklah menggambarkan pemimpin yang berintegriti. Keduanya, Negara Berkebajikan mestilah bercirikan kerajaan yang wajib memberi pertolongan kepada rakyat yang memerlukan secara adil. Ketiga, negara berkebajikan menekankan ciri kepimpinan yang beriman, berakhlak, menepati janji dan adil untuk semua. Nampaknya Perdana Menteri yang membentangkan belanjawan ini sebagai Menteri Kewangan gagal sama sekali memahami apa yang dimaksudkan oleh PAS sebagai Negara Berkebajikan. Tindakan kerajaan terus menafikan royalti minyak di Kelantan dan Terengganu sejak bertahun-tahun, jelas menggambarkan ciri pengkhianatan dan tidak menepati perjanjian, malah jauh sekali memenuhi ciri Negara Berkebajikan. Begitu juga dengan pemberian bantuan kepada rakyat yang bersifat bermusim di kala kerajaan memerlukan undi rakyat dan membiarkan rakyat tersepit dengan kenaikan harga barang dan petrol di luar waktu pilihanraya. Ini semua jelas kepada kita, hampir tiada ciri-ciri Negara Berkebajikan yang dilaksanakan oleh pemerintahan Barisan Nasional. Begitu juga dengan manipulasi sistem pilihanraya melalui undi pos, daftar pemilih yang kotor, penggunaan jentera kerajaan dan memberi IC kepada warganegara asing untuk mengundi, jelas satu tindakan tidak berintegriti dan tidak amanah serta menutup pintu muhasabah oleh rakyat dalam pilihanraya. Ini hanya beberapa contoh jelas bahawa BN jauh sekali menepati konsep negara berkebajikan yang hendak dibawa oleh PAS. Oleh itu, rakyat harus sedar bahawa 'Negara Berkebajikan' yang hendak dibawa oleh Pas bersama Pakatan Rakyat jauh lebih besar dan luas kerangkanya meliputi hak rakyat untuk dilayan secara adil, agihan ekonomi yang adil, hak bepolitik secara bebas, keperluan sosial yang wajib dipenuhi, pemimpin dan rakyat yang berintegiti dan seterusnya membentuk Malaysia yang sejahtera dalam semua aspek, bukan sekali-kali bersifat pemberian habuan bersifat sementara di masa rakyat diperlukan semata-mata. Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS |
Gambar TG Nik Aziz Masa Dulu Dan Kini Posted: 08 Oct 2011 05:10 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan