Cursing Malay : Terus Terang |
Bahagian 03 : Bagaimana Kalau Anak Nak Jadi Artis? Posted: 17 Oct 2011 06:22 PM PDT Macam mana kalau satu hari nanti, anak kau balik rumah dari sekolah, kemudian ayat dia adalah, "Abah,abah...adik nak masuk Idola Kecil. Kawan-kawan adik ramai yang dah masuk.." Apa nak jawab waktu tu? Satu benda yang sangat kurang di kalangan orang Melayu adalah kurangnya penekanan education musical instrument. Kalau kau tanya orang Cina, mesti ramai yang hantar anak masuk kelas piano atau kelas ballet atau kelas gitar. Walaupun lebih ramai orang Cina yang hantar anak pegi belajar instrument, lebih ramai orang Melayu yang nak jadi penyanyi...Bukan pencipta lagu...tapi penyanyi. Penyanyi yang tak reti mencipta lagu kemudian mengharapkan lagu orang lain untuk popular membuatkan lagu2 yang dinyanyikan kadang2 berbunyi sangat palsu. Tahukah anda, salah seorang drummer terbaik di dunia adalah seorang mamat Cina yang disuruh oleh mak bapaknya bermain dram dari kecik dan dia berasal daripada Kelantan. Nama dia Arthur Kam dan dia baru menang salah satu award dekat US. Aku tau pasal kewujudan dia pun pasal aku dengar interview kat BFM tengah tahun aritu. Adakah aku akan bagi anak aku jadi artis? Kah kah kah. Adakah aku akan bagi anak aku belajar main instrument? Macam mana nak jawab soalan macam tu... Apa pandangan masyarakat kita bila nampak budak2 lepak tepi sungai sambil main gitar? Prasangka diorang mesti terdiri daripada : 1. Budak-budak tu jahat 2. Budak-budak tu mesti malas belajar 3. Budak-budak tu mesti kurang ajar dengan orang tua 4. Budak-budak tu mesti berakhlak buruk Apasal aa? Kenapa orang-orang Melayu yang berumur sket mesti assume macam tu bila nampak budak Melayu pegang gitar tapi mereka menyayangi artis tah apa-apa yang nyanyi lagu orang lain,dengan imej celup dan kisah gosip yang sebenarnya jauh lebih hebat berbanding talent artis itu sendiri? Dan yang paling pelik mengenai perspesi orang Melayu ni adalah ; kenapa kita terlalu mendewa-dewakan artis? Artis bukak kedai makan..kita kena tolong promote. Artis jual water filter...kita kena beli. Artis jual gelang ajaib..kita kena support. Artis masuk parti politik....beribu yang bersorak. Layak sangat ke artis jadi idola ni dan kenapakah di Malaysia..sesetengah pihak senantiasa cuba menjadikan artis sebagai idola masyarakat? What the hell. Berbalik kepada soalan asal aku...adakah aku akan bagi anak aku jadi artis? Tak..aku takkan bagi. Tapi kalau dia nak belajar alat muzik, aku akan bagi. Kalau dia nak nyanyi tepi sungai kat kampung pun aku akan bagi. Asalkan dia takde niat nak masuk TV,jadi popular dan nak digilai gadis.Adalah beberapa orang artis yang aku jumpa, memang itulah tujuan dia jadi artis. Nak digilai ramai.Paling penting,Aku harap anak aku takkan balik rumah dan kata "Abah, esok Boboi ada photoshoot dengan majalah Mangga!" Bagaimana perasaan mak bapak yang tengok gambar anaknya posing tepi swimming pool dengan alasan "berenang untuk kesihatan" ? Kalau anak perempuan.. Pergh..lagi bertambah risaunya. |
You are subscribed to email updates from Cursing Malay : Terus Terang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan